KLpos |
Oleh Helme Hanafi | |
Rabu, 23 April 2008 | |
DAN kematian terasa akrab. Terutama bila mengenang sahabat dan guru kita, Rustam A Sani. Saya memanggilnya Pak Rustam. Semalam, dia mengirimkan rencananya pada KLpos.com, dengan pesan, “Sudilah menyebut alamat blog saya, supaya populer”. Rupa-rupanya pesan yang terakhir. Anak kepada tokoh gerakan kiri Abdullah Sani atau lebih terkenal dengan nama Ahmad Booestaman ini, dijemput ilahi jam 3.00 pagi tadi kerana serangan jantung di rumahnya di Bukit Lela, Gombak, pada usia 63 tahun. Beberapa minggu sebelum itu, satu pagi, Rustam menghubungi saya di rumah, katanya dia mahu menyumbang rencana untuk KLpos.com. “Saya hendak kembali menulis selepas berehat panjang,” katanya ketawa. Pergilah Pak Rustam, pergilah ke sana. Tapi selalulah pulang ke bumi. Selalulah menjenguk kami di sini. Pak Rustam memang tidak aktif sejak bulan Ogos tahun lalu. Mungkin kerana sakitnya iaitu paru-paru berair, serta, yang selalu mengganggunya sakit lutut. Sudah lama dia tidak menghadiri majlis politik. Cuma ketika hari penamaan calon, beliau dan isteri Kak Rohani, turun menyaksikan perarakan orang ramai menggiringi Nurul Izzah Anwar di Bangsar. Sebelum kesihatannya terganggu, beliau aktif menulis untuk Harakah, Siasah, dan Suara Keadilan. Beliau dianggap kolumnis terbaik bagi gerakan reformasi terutamanya tatkala menghurai dan menganalisis isu semasa. Berkenalan dengan Rustam SAYA diperkenalkan kepada Rustam oleh Khalid Jaafar, pada hari pertama saya memulakan kerja sebagai wartawan Berita Keadilan. Ketika itu, lapan tahun yang lalu, Khalid merupakan Pengarang Berita Keadilan manakala Rustam adalah Pengarang Suara PRM. Belum ada kerjasama antara KeADILan dengan PRM lagi ketika itu, tetapi masing-masing, Khalid dan Rustam, memulakan langkah tersebut dengan berkongsi kemudahan dan sumber menerbitkan akhbar parti masing-masing. Saya yang baru, tentu saja bangga dapat berkerja dengan tunjuk ajak dari pengarang yang hebat seperti mereka. Tambah lagi di dalam team kami, terdapat juga bekas sub editor NST Rahman Adnan dan Cik Bakar. Selain Raja Petra Kamaruddin. Rustam tidak datang ke pejabat setiap hari, ada gilirannya. Kerana Berita Keadilan diterbitkan dua minggu sekali, dan begitu juga dengan Suara PRM, maka Rustam hanya datang ke pejabat pada minggu menyiapkan Suara PRM. Gilirannya begini, minggu pertama Berita Keadilan, minggu kedua Suara PRM, minggu ketika Berita Keadilan dan minggu keempat Suara PRM. Jadi pada minggu menyiapkan Suara PRM, Pak Rustam ada ada di pejabat sehingga lewat malam, terutamanya hari dateline. Saya masih ingat, bagaimana beliau dengan sabar mengajar saya yang masih mentah ini. “Dia (Ahmad Boestaman) pulang ke rumah untuk berkemas baju, dan kemudian demam, beliau hanya menunggu baik demam sahaja, untuk menyertai rakan-rakannya masuk hutan,” Ada kalanya untuk menghilang tension, beliau akan bercerita. Ceritanya tentulah pengalaman beliau ketika menjadi Fellow Kanan ISIS yang berfungsi sebagai pasukan pemikir rasmi kerajaan Malaysia. Saya terkesan, hubungannya dengan Dr Mahathir, seperti “benci tapi rindu”.
Bekas Ketua Pengarang NSTP, Tan Sri Abdullah Ahmad, terkejut bila dimaklumkan kematian Rustam. "Saya memang mencari beliau untuk terjemahkan buku baru Dr Mahathir ke dalam Bahasa Melayu," katanya. Buku itu kiranya kini berusia lebih 30 tahun. Saya ceritakan pada Rustam, beliau begitu teruja dan minta supaya dapat dipinjamkan buku tersebut kepadanya. Pernah satu ketika, saya bertanya mengapa Ahmad Beostaman rela ditangkap. Mengapa beliau tidak berjuang bersama rakan-rakan lain, seperti Shamsiah Fakeh (bekas isteri kedua Ahmad Boestaman) yang lari ke hutan. Kata Rustam. “Dia (Ahmad Boestaman) pulang ke rumah untuk berkemas baju, dan kemudian demam, beliau hanya menunggu baik demam sahaja, untuk menyertai rakan-rakannya masuk hutan,” jelas beliau. “Tapi belum sempat baik demam polis sudah tangkap dia di rumah,” katanya lagi. Dan jika Boestaman ke hutan, tentu sahaja, sejarah berubah. Tokoh yang terkenal dengan slogan 'Merdeka dengan darah' ini mendapat dukungan kuat daripada masyarakat Melayu. Cerita detail penangkapan itu boleh di baca dalam buku Tujuh Tahun Malam Memanjang yang diterbitkan semula oleh UKM. Hajat tak sampai RUSTAM orangnya kiri yang liberal. Dia senang melayan orang muda dan tidak kekok bergaul dengan mereka. Dia bersungguh mahu saya hadir ke pelancaran bukunya Failed Nation? Concerns of a Malaysian Nationalist dan Social Roots of the Malay Left. Pelancarannya dijadualkan 26 April ini di Perpustakaan Raja Tun Uda di Shah Alam oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dia sudah menghantar jemputan lewat email pada saya 10 April lalu. Saya sudah kata padanya. “Insallah saya akan pergi,”. Tapi semalam, sekali lagi dia menghantar email, “apakah sdr sudah terima undangan ke pelancaran buku saya pada 26 april? saya harap akan bertemu saudara di sana. RAS” Saya ulang lagi. Mana mungkin saya menolak jemputan seorang guru yang akrab sepertinya. Tapi tuhan juga yang berkuasa. Dia dijemput ilahi tiga hari sebelum tarikh yang bersejarah itu. Jep, rakan saya yang menguruskan KLpos.com, sudah berkira-kira menyiapkan kolum khas untuk Pak Rustam di KLpos. Ingatan rakan-rakan KETIKA menziarahinya tadi. Saya terserempak dengan Datuk Hassan Ahmad, regu intelektual Rustam, rakan-rakan beliau dari Universiti Malaya, Lim Kit Siang dan rombongannya, Nurul Izzah Anwar, wartawan dari berbagai media. Rumah di atas Bukit Lela itu tidak putus-putus dikunjungi pelawat. Bertali arus. Khalid Jaafar, bekas rakan kongsi Rustam, hadir pagi lagi. Begitu juga Anwar Ibrahim. Bekas Ketua Pengarang NSTP, Tan Sri Abdullah Ahmad, terkejut bila dimaklumkan kematian Rustam. "Saya memang mencari beliau untuk terjemahkan buku baru Dr Mahathir ke dalam Bahasa Melayu," katanya. Seorang kawan lama beliau, dari Singapura, menghantar email seperti berikut; Innalillahi wainna illahiraji'un. Saya terkejut dan berlinangan airmata mendengar khabar tentang pemergian kawan yang dikasihi, Allahyarham Rustam, pagi tadi. Saya akan sentiasa doakan semoga rohnya dicucuri Rahmat oleh Allah subhanawataala. Amin. Mohd Ismail Abdullah (MIA), Hari ini Rustam telah pergi. Dan saya kira beliau pergi dengan tenang. Wajahnya seperti orang yang sedang tidur. Ada percikan peluh di dahinya. Pergilah Pak Rustam, pergilah ke sana. Tapi selalulah pulang ke bumi. Selalulah menjenguk kami di sini. AL FATIHAH Tiga artikel terakhir Arwah untuk kolum Karya Merdeka di KLpos.com
|
0 comments:
Post a Comment