| Malaysiakini |
| Nov 28, 08 7:31pm |
| Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands kira-kira 6.30 petang tadi. Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika dihubungi Bernama hari ini. Beliau merupakan ahli parlimen Kuala Terengganu selama dua penggal berturut-turut. Difahamkan Razali, 59, rebah ketika bermain badminton di institut itu. Alimuddin berkata jenazah Allahyarham akan dibawa ke Hospital Bentong, Pahang. Razali meninggalkan seorang isteri Datin Nooraini Lob Yusoff dan lima Malaysiakini difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kampungnya di Terengganu malam ini. Hisham: Satu kehilangan Sementara itu, Bernama juga melaporkan, seorang kakitangan institut itu berkata ketika kejadian, Razali sedang bermain badminton di situ untuk beriadah dengan beberapa kakitangan institut berkenaan. |
Friday, November 28, 2008
Timbalan menteri mati mengejut
0 comments Labels: dalam kenangan, malaysiakini
Saturday, September 6, 2008
Pemergian Pak Samad, kehilangan besar kepada negara - Wan Azizah
| Wan Nordin dan Irwan Muhammad Zain | Foto Wan Zahari Wan Salleh Fri | Sep 05, 08 | 12:57:39 pm MYT | |
| PETALING JAYA, 5 Sept (Hrkh) - Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan pemergian tokoh wartawan, Tan Sri Abdul Samad Ismail (Pak Samad) sebagai satu kehilangan besar kepada negara. Wan Azizah yang ditemui selepas menziarahi keluarga Allahyarham Pak Samad sebentar tadi turut menyatakan Pak Samad sebagai seorang tokoh dalam duani kewartawanan yang disegani. Ujarnya lagi, Pak Samad terkenal dengan penulisannya ketika era kemerdekaan negara. Turut kelihatan menziarahi Allahyarham Pak Samad ialah, veteran PAS, Subky Latiff dan bekas Menteri Penerangan, Dato' Zainuddin Maidin (Zam); Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin; Pengerusi Bernama, Dato' Seri Annuar Zaini dan para wartawan dari pelbagai media. Menurut laporan Bernama, Abdul Samad, 84, dimasukkan ke hospital sejak 24 Ogos lepas setelah mengalami kesukaran bernafas. Anak kelahiran Singapura itu meninggalkan seorang balu Puan Sri Habibah Hamid dan 10 orang anak termasuk blogger dan bekas wartawan Nuraina dan Maria. Isteri pertamanya Hamidah Hassan meninggal dunia pada 2 Jun 1990. _ |
0 comments Labels: dalam kenangan, Harakahdaily, negarawan
Pak Samad Ismail meninggal dunia
| Malaysiakini |
| Sep 4, 08 2:12pm |
| Tokoh Kewartawanan Negara Tan Sri Abdul Samad Ismail meninggal dunia kira-kira 5.58 petang tadi di Pusat Perubatan Pantai selepas menghadapi jangkitan paru-paru penghujung bulan lalu. "Keadaannya tidak bagus langsung, walaupun mesin dialisis sudah dipasang ia tidak menunjukkan perubahan. |
0 comments Labels: dalam kenangan, malaysiakini
Tuesday, June 24, 2008
Eric Chia meninggal dunia
| Malaysiakini |
| Jun 24, 08 5:59pm |
| Bekas pengarah urusan Perwaja Steel Sdn Bhd, Tan Sri Eric Chia Eng Hock telah meninggal dunia pada jam 9 pagi tadi. Beliau, 74, meninggal dunia di Hotel Park Avenue miliknya di Sungai Petani. Jurucakap polis berkata, Chia, 75, meninggal dunia di bilik peribadinya akibat sakit tua. Menurut laporan Bernama, kumpulan wartawan bagaimanapun sukar untuk menemui keluarga mendiang bagi mendapat komen dan sebaliknya hanya dibenarkan berlegar di kawasan lobi hotel itu. Pada 10 Februari 2004, Chia, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan asal melakukan pecah amanah melibatkan jumlah wang yang sama dengan, secara tidak jujurnya, mengarahkan pembayaran wang itu kepada akaun Frilsham Enterprise Incorporated di American Express Bank Ltd di Hong Kong bagi kerja teknikal di kilang syarikat itu Gurun, padahal pembayaran itu tidak |
0 comments Labels: dalam kenangan, malaysiakini
Friday, June 13, 2008
Pilot peluk Islam setelah pesawat bawa jenazah ulama dilindungi awan
Tranungkite Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau. Antaranya : Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah. Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot yang membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengan keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini. Almarhum disegani teman dan lawan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum. Al-Fatihah.
Dilulus terbit pada Friday, June 13 @ 08:23:16 MYT oleh SongkokPutih
Oleh husamjr
"
Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel diruangan Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms 84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam.
Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.
Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut. Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS.
0 comments Labels: dalam kenangan, pemimpin rakyat, tranungkite
Tuesday, May 20, 2008
Ucapan Mahathir di Parlimen @ 11/8/1965
Tranungkite
Dilulus terbit pada Tuesday, May 20 @ 08:04:18 MYT oleh SongkokPutih
Oleh badakapi
"Mari kita tengok dan kaji apakah sebenarnya pendirian Mahathir pada 43 tahun yang dulu, tentang isu hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu yang kononnya diperjuangkan oleh UMNO itu. Berikan lebih tumpuan pada tulisan yang di'bold'kan.
Dari Hansard Dewan Rakyat, 11/08/1965. Halaman 41-43.
Dr Mahathir bin Mohamed (Kota Star Selatan): Tuan Yang di-Pertua, saya bangun hendak chakap untok menentang usul di-bawa oleh Enche' Abdul Samad Gul, ia-itu bahawa Majlis ini mengambil keputusan meminda Perlembagaan Malaysia dengan maksud supaya terjamin hak2 bumiputra di-dalam lapangan politik, ekonomi, pelajaran dan kebudayaan.
Sebab-nya saya menentang usul ini, ia-lah oleh kerana ini ada-lah bukan satu usul yang akan membina satu Malaysia yang kuat, tetapi chuma akan menimbul perasaan perkauman yang akhirnya akan menjahanamkan sama sekali Malaysia yang kita sayangi.
Sebab, Tuan Yang di-Pertua, ia-lah dengan kerana saya berpandu kapada keadaan yang ada di-Tanah Melayu sa-belum peperangan yang kedua. Di-masa itu sunggoh pun pehak penjajah British telah ada kuasa berkenaan dengan soal2 luar negeri dan pertahanan, tetapi di-dalam soal2 yang bersangkutan dengan ekonomi, politik dan sa-bagai-nya di-dalam negeri, memang Raja2 Melayu dan juga Ahli2 Dewan yang ada pada masa itu berkuasa penoh. Dan masa itu, orang2 Melayu boleh-lah di-katakan ada hak yang penoh untok mentadbirkan negeri ini dengan sa-chara apa pun juga dia suka.
Tetapi, Tuan Yang di-Pertua, kalau kita banding keadaan pada masa itu maka tentu-lah nyata ia-itu sunggoh pun pada masa itu orang2 Melayu boleh di-katakan berkuasa, tetapi keadaan orang2 Melayu bukan-lah lebeh baik daripada masa sekarang, tetapi boleh di-katakan lebeh burok lagi. Mereka memang berkuasa, tetapi oleh kerana kurang kepandaian, kurang perasaan, maka orang2 Melayu telah tertinggal ka-belakang di-dalam serba-serbi di-masa sa-belum perang dahulu. Orang2 China dan orang2 India, dan juga orang2 lain, tidak berhak sama sekali di-Tanah Melayu pada masa itu, dapat juga memperbaiki keadaan mereka itu sa-hingga pada satu masa sa-belum lagi pechah peperangan yang kedua mereka telah memegang peranan yang terbesar sa-kali di-dalam Tanah Melayu ini.
Dan pada masa itu juga saya ingin memperingatkan wakil daripada Kelantan yang berchakap tadi ia-itu mereka juga telah di-jadikan Dato'2 dan sa-bagai-nya. Masa itu orang2 Melayu ber-hak penoh. Tetapi orang2 Melayu telah beri kapada orang yang tidak ada hak sama sa-kali di-dalam Tanah Melayu pangkat2 yang di-sebutkan tadi. Dari itu kita tentu-lah nyata ia-itu chuma dengan mengadakan chatitan yang saperti di-katakan di-sini di-dalam Perlembagaan Tanah Malaysia ini bukan-lah akan menjamin kebaikan kedudokan orang2 Melayu di-Tanah Melayu ini.
Yang mustahak ia-lah kita berusaha, dengan sa-chara orang2 Perikatan berusaha, supaya membaiki kedudokan orang2 Melayu dengan memberikan kapada mereka kepandaian2 yang ke-kurangan di-sisi mereka.
Satu lagi yang timbul di-dalam uchapan Yang Berhormat tadi ia-lah berkenaan dengan Brunei juga dapat di-tinggalkan di-luar daripada Malaysia dan juga dapat berada di-dalam dunia ini dengan tidak payah memasoki Malaysia ini. Saya ingin memperingatkan ia-itu Brunei ini sunggoh pun ada, bukan-lah satu negeri yang merdeka, tetapi ia-lah maseh menjadi tanah jajahan British - di-jajah oleh British.
Di-dalam uchapan-nya pada pagi tadi Ahli Yang Berhormat telah menyebutkan berkenaan dengan perkara jururawat di-Kedah yang mana saya sendiri telah mengambil peranan yang besar. Banyak di-antara orang2 PAS memikirkan bahawa saya telah mengambil bahagian di-dalam perkara ini ia-lah dengan kerana saya memikirkan sa-bagai sa-orang yang berdasarkan kapada perkauman, tetapi yang sa-benar-nya saya ingin menerangkan kapada Rumah yang bahagia ini, saya telah mengambil berat atas perkara ini ia-lah sa-bagai sifat saya sa-orang wakil Perikatan yang ingin berusaha supaya di-adakan satu masharakat yang sama di-dalam Tanah Melayu ini. Saya perchaya sa-bagai wakil Perikatan, dengan ada-nya masharakat yang sama atau pun equitable society baharu-lah dapat kita membena satu negeri yang terpelihara dari huru-hara.
Di-dalam pilehan jururawat di-Kedah itu telah pun terpileh 16 orang yang bukan Melayu dan chuma sa-orang Melayu. Kesalahan ini bukan-lah kesalahan daripada pehak Jawatan-kuasa Temu Duga tetapi ia-lah kesalahan dengan kerana tidak ada arahan yang di-beri kapada Jawatan-kuasa ini berkenaan dengan chara2 untok memileh jururawat itu. Mereka ini chuma berpandu kapada sijil yang di-bawa oleh orang2 yang minta menjadi juru-rawat itu. Dengan sebab itu mereka itu telah memileh sijil yang tertinggi sa-kali. Maka dengan sebab itu-lah kita dapati ia-itu 16 daripada 17 orang yang di-pileh itu bukan orang2 Melayu.
Di-dalam penyelidekan yang saya telah lakukan di-Kedah itu saya dapati bahawa semua daripada 120 orang yang minta menjadi jururawat itu ada-lah terdiri daripada orang yang layak menjadi jururawat. Kalau-lah kita chuma berpandu kapada kebolehan yang terchatit dalam sijil2 mereka maka sudah tentu kita akan memileh orang2 yang bukan Melayu. Ini bukan-lah sebab apa, tetapi kita tentu-lah tahu ia-itu di-dalam pepereksaan L.C.E. dan Senior Cambridge pada tiap2 tahun kebanyakan penuntut2 yang dapat sijil yang tinggi saperti grade I dan juga dapat distinction bukan-lah terdiri dari-pada orang2 bangsa Melayu. Jadi kalau di-dalam 120 orang yang layak menjadi jururawat tadi kita chuma mengikut sijil sahaja maka terpaksa-lah kita memileh orang yang bukan Melayu. Dengan kerana Jawatan-kuasa Temuduga tadi telah memileh chuma tentang sijil2 ini maka orang2 Melayu tidak di-pileh.
Tetapi di-Kedah, Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan daripada orang2 yang akan di-jaga oleh jururawat2 itu terdiri daripada orang2 Melayu, maka mustahak-lah juga jururawat bekerja di-Kedah terdiri dari-pada-nya orang2 yang faham berkenaan dengan adat, berkenaan dengan ugama, berkenaan dengan chara tutor bahasa orang2 yang akan jatoh di-bawah jagaan mereka. Kalau perkara ini di-timbangkan oleh Jawatan-kuasa Temuduga maka sudah tentu-lah mereka akan memileh orang yang boleh memaham orang2 yang pada satu masa akan di-jaga oleh jururawat2 itu. Ini-lah sebab kerana tidak ada arahan di-beri kapada Jawatan-kuasa Temuduga ini maka mereka itu telah memileh orang2 yang benar2-nya sunggoh pun mereka itu ada sijil yang tinggi tetapi bukan-lah orang yang boleh menjalankan tugas mereka dengan sempurna di-tempat itu.
Kalau-lah pemilehan ini berlaku di-Pulau Pinang atau di-mana2 tempat di-mana bilangan orang2 Melayu kurang, maka ini tentu-lah tidak berperasaan apa2 oleh kerana kalau di-pileh di-Pulau Pinang, umpama-nya, orang2 itu terdiri daripada orang China, jururawat semua-nya orang China, mereka tentu-lah dapat bekerja dengan chekap lagi di-dalam Hospital di-Pulau Pinang. Tetapi di-Kedah dengan kerana kalau sa-orang jururawat itu tidak dapat berchakap dalam bahasa Melayu, dia tidak mengerti tentang tutor Bahasa dan juga adat orang2 Melayu maka boleh jadi mereka itu akan menyenggong orang2 sakit di-bawah jagaan mereka dan ini akan menimbulkan satu perasaan tidak puas hati di-antara orang2 yang akan pergi ka-Hospital2 dan Kelinik2. Jadi, ini-lah sebab-nya saya memikirkan bahawa supaya keadaan di-dalam Jabatan Kesihatan di-Kedah akan di-jalankan dengan lebeh sempurna lagi, maka keberatan juga patut di-beri kapada kerja yang akan di-buat oleh jururawat2 ini. Kalau-lah sa-mata2 berpandu kapada sijil yang tinggi, maka ini akan membawa kapada keadaan di-mana pekerja2 di-dalam Jabatan2 Kerajaan akan terdiri sa-mata2 daripada orang yang bukan Melayu dan mereka ini akan bekerja di-antara orang Melayu dan tidak dapat membawa pengertian yang penoh kapada orang2 yang mana mereka itu mesti bekerjasama. Hanya ini-lah yang mustahak sa-kali di-timbangkan oleh Jawatan-kuasa Temuduga.
Saya harap tiap2 parti pembangkang, terutama yang membawa usul ini, jangan-lah memikirkan ia-itu ini akan menjadi satu daripada alasan2 supaya di-masokkan, di-chatitkan di-dalam Perlembagaan kita hak2 bumiputra yang mana di-sebut di-sini. Sa-benar-nya apa yang di-katakan hak2 bumiputra atau pun Malay privileges di-dalam Perlembagaan kita bukan-lah sa-benar2-nya hak, tetapi ia-lah satu chara untok mempertahankan pehak yang lemah, supaya pada satu masa, mereka dapat berdiri dan bertanding dengan lain2 kaum dengan tidak payah lagi bersandar kapada hak2 ini. Dengan chara kita chuma menuliskan di-dalam Perlembagaan hak2 ini bukan-lah akan terjamin kehidupan mereka (Ketawa).
Saya tidak nampak apa2, yang saya kata tadi, yang boleh membawa kapada gelak ketawa. Saya bukan kelakar macham Ahli2 yang berchakap tadi. Saya tidak perchaya, saya sebutkan lagi tidak perchaya dengan di-ada-kan, dengan di-chatitkan di-dalam Per-lembagaan hak2 bumiputra, maka ini akan membawa kapada kesenangan bagi orang2 Melayu. Apa yang musta-hak ia-lah kita bekerja dan mengguna-kan apa yang di-katakan hak2 istimewa orang Melayu itu untok membangun-kan orang2 Melayu, orang2 yang boleh mempertahankan diri mereka dalam sa-barang pertandingan. Dan pada satu masa kita akan buang sama sa-kali hak2 istimewa orang Melayu. Saya faham bahawa hak2 ini yang ada terchatit di-dalam Perlembagaan pada masa sekarang juga ia-lah satu tanda kehinaan bagi orang2 Melayu. Ini menyipatkan orang2 Melayu saperti orang Red Indian di-dalam Amerika, di-mana mereka itu mesti di-berikan reserve supaya mereka itu dapat hidup di-Amerika.
Kita di-sini juga ada Malay reserve dengan kerana orang2 Melayu selalu-lah bersandar kapada reserve2 ini dan kalau tidak ada, mereka ta' ada-lah tanah. Ini-lah satu tanda bahawa kita ini lemah. Dan saya berharap hak2 ini ta' akan kekal dan kita akan berusaha, saya perchaya Parti Perikatan, bagitu juga Kerajaan Perikatan, akan berusaha supaya pada satu masa kita dapat membuangkan sama sa-kali hak2, jangan-lah menambahkan lagi hak2 ini. Terima kaseh.
0 comments Labels: dalam kenangan, dr det, parlimen, tranungkite
Saturday, May 3, 2008
Perginya tokoh korporat Melayu

KUALA LUMPUR - Setelah hampir tiga bulan menjalani rawatan kanser paru-paru di sebuah hospital di Los Angeles, pengasas dan pengerusi Kumpulan Naza, Tan Sri S.M Nasimuddin S.M Amin, 53, menghembuskan nafas terakhirnya Khamis lalu.
Allahyarham meninggal dunia pada pukul 9 pagi (waktu Los Angeles) iaitu pukul 10 malam waktu tempatan.
Berada di sisi Allahyarham di saat-saat terakhir ialah isterinya, Puan Sri Datin Sri Utama Zaleha Ismail dan anak-anak beliau. Nasimuddin meninggalkan seorang balu, lima anak dan seorang cucu.
Jenazah tokoh perniagaan Melayu berjaya itu dijangka tiba ke Malaysia Ahad ini dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Melaka, Batu 9 Cheras, Hulu Langat di Kajang.
Tinjauan Kosmo! semalam mendapati rumah pemilik empayar industri automotif terbesar itu tidak berpenghuni.

Ia hanya dikawal oleh dua orang pengawal keselamatan dan dipenuhi oleh media sejak awal pagi lagi.
Dalam pada itu, adik Allahyarham, S.M Shalahuddin berkata, arwah cukup meminati kereta dan mendedikasikan dirinya kepada hobi tersebut.
Pada pertemuan ringkas dengan pihak akhbar di Menara Naza semalam, beliau berkata, walaupun bisnes ini telah menjadikan Nasimuddin dan adik beradiknya taikun dunia automobil, kejayaan itu datang perlahan dan semestinya menerusi kerja keras.
"Kami bermula pada 1975, mengimport tujuh ke lapan buah kereta recond Jepun sebulan, kami adalah (syarikat) Melayu pertama memperkenalkan kereta recond di Malaysia kerana tidak ramai yang benar-benar memberi pengkhususan dalam bisnes berkenaan ketika itu.
"Ketika itu, menjual kereta recond tidak seperti hari ini. Kami perlu bekerja keras, menyediakan kredit-leasing sendiri, kami sendiri terpaksa memantau sama ada pelanggan terus membuat bayaran... hanya pada 1979 bisnes mula mengutip hasil berjuta (ringgit)," kata Shalahuddin, juga Presiden Naza Kia Sdn. Bhd.
Shalahuddin, menyifatkan arwah sebagai seorang bertutur lembut, tenang dan mudah bekerja dengannya.
Malah, kata beliau, abangnya itu amat mementingkan kesihatannya dengan bermain badminton dan segera mendapat rawatan walaupun untuk masalah kecil seperti batuk.
Bagaimanapun, katanya, penyakit abangnya itu muncul secara mengejut.
"Kami tahu beliau berada di California sejak Januari untuk melihat bisnesnya di sana serta rawatan perubatan isterinya.
"Dalam tiga minggu lepas penyakit beliau mula kritikal dan terus mendapat rawatan di sana,'' kata beliau.
Abang sulung Nasimuddin, Datuk Sharifuddin berkata, mungkin arwah tidak menyedari penyakitnya itu hingga kanser tersebut berada di tahap serius.
0 comments Labels: dalam kenangan, kosmo
Pengasas Naza meninggal dunia
| Malaysiakini |
| May 2, 08 11:09am |
| Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Naza, Tan Sri S.M Nasimuddin S.M Amin meninggal dunia akibat kanser paru-paru di Los Angeles, California, pagi semalam. Dengan modal tersebut, beliau membeli 20 AP dan kemudian berlepas ke Jepun selama tiga bulan. Beliau membawa balik 20 kereta terpakai dari Jepun, dan berjaya menjualnya dalam masa tiga bulan. |
0 comments Labels: dalam kenangan, malaysiakini
Thursday, April 24, 2008
Rustam Abdullah Sani
| KLpos | | |
| Oleh Helme Hanafi | |
| Rabu, 23 April 2008 | |
| DAN kematian terasa akrab. Terutama bila mengenang sahabat dan guru kita, Rustam A Sani. Saya memanggilnya Pak Rustam. Semalam, dia mengirimkan rencananya pada KLpos.com, dengan pesan, “Sudilah menyebut alamat blog saya, supaya populer”. Rupa-rupanya pesan yang terakhir. Anak kepada tokoh gerakan kiri Abdullah Sani atau lebih terkenal dengan nama Ahmad Booestaman ini, dijemput ilahi jam 3.00 pagi tadi kerana serangan jantung di rumahnya di Bukit Lela, Gombak, pada usia 63 tahun. Beberapa minggu sebelum itu, satu pagi, Rustam menghubungi saya di rumah, katanya dia mahu menyumbang rencana untuk KLpos.com. “Saya hendak kembali menulis selepas berehat panjang,” katanya ketawa. Pergilah Pak Rustam, pergilah ke sana. Tapi selalulah pulang ke bumi. Selalulah menjenguk kami di sini. Pak Rustam memang tidak aktif sejak bulan Ogos tahun lalu. Mungkin kerana sakitnya iaitu paru-paru berair, serta, yang selalu mengganggunya sakit lutut. Sudah lama dia tidak menghadiri majlis politik. Cuma ketika hari penamaan calon, beliau dan isteri Kak Rohani, turun menyaksikan perarakan orang ramai menggiringi Nurul Izzah Anwar di Bangsar. Sebelum kesihatannya terganggu, beliau aktif menulis untuk Harakah, Siasah, dan Suara Keadilan. Beliau dianggap kolumnis terbaik bagi gerakan reformasi terutamanya tatkala menghurai dan menganalisis isu semasa. Berkenalan dengan Rustam SAYA diperkenalkan kepada Rustam oleh Khalid Jaafar, pada hari pertama saya memulakan kerja sebagai wartawan Berita Keadilan. Ketika itu, lapan tahun yang lalu, Khalid merupakan Pengarang Berita Keadilan manakala Rustam adalah Pengarang Suara PRM. Belum ada kerjasama antara KeADILan dengan PRM lagi ketika itu, tetapi masing-masing, Khalid dan Rustam, memulakan langkah tersebut dengan berkongsi kemudahan dan sumber menerbitkan akhbar parti masing-masing. Saya yang baru, tentu saja bangga dapat berkerja dengan tunjuk ajak dari pengarang yang hebat seperti mereka. Tambah lagi di dalam team kami, terdapat juga bekas sub editor NST Rahman Adnan dan Cik Bakar. Selain Raja Petra Kamaruddin. Rustam tidak datang ke pejabat setiap hari, ada gilirannya. Kerana Berita Keadilan diterbitkan dua minggu sekali, dan begitu juga dengan Suara PRM, maka Rustam hanya datang ke pejabat pada minggu menyiapkan Suara PRM. Gilirannya begini, minggu pertama Berita Keadilan, minggu kedua Suara PRM, minggu ketika Berita Keadilan dan minggu keempat Suara PRM. Jadi pada minggu menyiapkan Suara PRM, Pak Rustam ada ada di pejabat sehingga lewat malam, terutamanya hari dateline. Saya masih ingat, bagaimana beliau dengan sabar mengajar saya yang masih mentah ini. “Dia (Ahmad Boestaman) pulang ke rumah untuk berkemas baju, dan kemudian demam, beliau hanya menunggu baik demam sahaja, untuk menyertai rakan-rakannya masuk hutan,” Ada kalanya untuk menghilang tension, beliau akan bercerita. Ceritanya tentulah pengalaman beliau ketika menjadi Fellow Kanan ISIS yang berfungsi sebagai pasukan pemikir rasmi kerajaan Malaysia. Saya terkesan, hubungannya dengan Dr Mahathir, seperti “benci tapi rindu”.
Bekas Ketua Pengarang NSTP, Tan Sri Abdullah Ahmad, terkejut bila dimaklumkan kematian Rustam. "Saya memang mencari beliau untuk terjemahkan buku baru Dr Mahathir ke dalam Bahasa Melayu," katanya. Buku itu kiranya kini berusia lebih 30 tahun. Saya ceritakan pada Rustam, beliau begitu teruja dan minta supaya dapat dipinjamkan buku tersebut kepadanya. Pernah satu ketika, saya bertanya mengapa Ahmad Beostaman rela ditangkap. Mengapa beliau tidak berjuang bersama rakan-rakan lain, seperti Shamsiah Fakeh (bekas isteri kedua Ahmad Boestaman) yang lari ke hutan. Kata Rustam. “Dia (Ahmad Boestaman) pulang ke rumah untuk berkemas baju, dan kemudian demam, beliau hanya menunggu baik demam sahaja, untuk menyertai rakan-rakannya masuk hutan,” jelas beliau. “Tapi belum sempat baik demam polis sudah tangkap dia di rumah,” katanya lagi. Dan jika Boestaman ke hutan, tentu sahaja, sejarah berubah. Tokoh yang terkenal dengan slogan 'Merdeka dengan darah' ini mendapat dukungan kuat daripada masyarakat Melayu. Cerita detail penangkapan itu boleh di baca dalam buku Tujuh Tahun Malam Memanjang yang diterbitkan semula oleh UKM. Hajat tak sampai RUSTAM orangnya kiri yang liberal. Dia senang melayan orang muda dan tidak kekok bergaul dengan mereka. Dia bersungguh mahu saya hadir ke pelancaran bukunya Failed Nation? Concerns of a Malaysian Nationalist dan Social Roots of the Malay Left. Pelancarannya dijadualkan 26 April ini di Perpustakaan Raja Tun Uda di Shah Alam oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dia sudah menghantar jemputan lewat email pada saya 10 April lalu. Saya sudah kata padanya. “Insallah saya akan pergi,”. Tapi semalam, sekali lagi dia menghantar email, “apakah sdr sudah terima undangan ke pelancaran buku saya pada 26 april? saya harap akan bertemu saudara di sana. RAS” Saya ulang lagi. Mana mungkin saya menolak jemputan seorang guru yang akrab sepertinya. Tapi tuhan juga yang berkuasa. Dia dijemput ilahi tiga hari sebelum tarikh yang bersejarah itu. Jep, rakan saya yang menguruskan KLpos.com, sudah berkira-kira menyiapkan kolum khas untuk Pak Rustam di KLpos. Ingatan rakan-rakan KETIKA menziarahinya tadi. Saya terserempak dengan Datuk Hassan Ahmad, regu intelektual Rustam, rakan-rakan beliau dari Universiti Malaya, Lim Kit Siang dan rombongannya, Nurul Izzah Anwar, wartawan dari berbagai media. Rumah di atas Bukit Lela itu tidak putus-putus dikunjungi pelawat. Bertali arus. Khalid Jaafar, bekas rakan kongsi Rustam, hadir pagi lagi. Begitu juga Anwar Ibrahim. Bekas Ketua Pengarang NSTP, Tan Sri Abdullah Ahmad, terkejut bila dimaklumkan kematian Rustam. "Saya memang mencari beliau untuk terjemahkan buku baru Dr Mahathir ke dalam Bahasa Melayu," katanya. Seorang kawan lama beliau, dari Singapura, menghantar email seperti berikut; Innalillahi wainna illahiraji'un. Saya terkejut dan berlinangan airmata mendengar khabar tentang pemergian kawan yang dikasihi, Allahyarham Rustam, pagi tadi. Saya akan sentiasa doakan semoga rohnya dicucuri Rahmat oleh Allah subhanawataala. Amin. Mohd Ismail Abdullah (MIA), Hari ini Rustam telah pergi. Dan saya kira beliau pergi dengan tenang. Wajahnya seperti orang yang sedang tidur. Ada percikan peluh di dahinya. Pergilah Pak Rustam, pergilah ke sana. Tapi selalulah pulang ke bumi. Selalulah menjenguk kami di sini. AL FATIHAH Tiga artikel terakhir Arwah untuk kolum Karya Merdeka di KLpos.com
|
0 comments Labels: bloggers united, dalam kenangan, klpos
Pemergian Rustam kehilangan besar kepada dunia penulisan
| Harakahdaily Intan Abdullah | Foto Wan Zahari Wan Salleh Wed | Apr 23, 08 | 2:33:29 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 23 April (Hrkh) - Harakahdaily merakamkan takziah kepada keluarga arwah A Rustam Sani di atas pemergian beliau pada jam 2.30 pagi tadi. "Bagi saya, peranan dan sumbangan arwah terutamanya dalam era reformasi sememangnya cukup besar kerana beliau merupakan seorang ideolog atau pemikir hebat pada ketika itu," ujarnya ketika dihubungi. Jelasnya, Rustam telah muncul sebagai penulis yang berupaya menghasilkan karya yang dapat diterima oleh kawan dan lawan. "Beliau mempunyai kelebihan dan kebijaksanaan tersendiri dalam mengetengahkan kritikan sosialnya meskipun dalam akhbar pro-pemerintah," katanya. Ianya dapat dilihat sebelum era reformasi arwah merupakan kolumnis dalam akhbar Utusan Melayu dan News Straits Times. Lutfi menyifatkan arwah Rustam sebagai penganalisis politik paling hebat disebabkan tulisannya yang begitu bertenaga disokong dengan hujah bernas serta bahasa indah yang mudah difahami pelbagai peringkat pembaca. "Walaupun beliau merupakan sarjana dan intelek terulung negara, beliau berjaya menghasilkan penulisan yang berkesan serta mampu membawa isu yang berat dan besar dengan gaya kewartawanan yang menarik," ujarnya. Sepanjang menerajui Harakah, Lutfi menganggap sikap Rustam bekerjasama dalam berkongsi idea dan buah fikiran. "Secara peribadi, orang yang saya rujuk ketika saya memulakan sesuatu penerbitan adalah Rustam dan beliau terbukti tidak pernah menghampakan," katanya lagi. Tambahnya, pada peringkat permulaan penerbitan majalah Detik pada 1988 dan akhbar Siasah tiga tahun lepas, beliau telah meminta arwah Rustam menjadi kolumnis dalam kedua-dua majalah dan akhbar itu. "Saya amat terharu dengan sifat mudah membantu merangsang penerbitan baru kerana tanpa ragu-ragu, beliau terus menyatakan kesediaannya," ujarnya lagi. Arwah Rustam mempunyai blog peribadinya yang boleh dilayari di alamat karya-merdeka.blogspot.com Pada masa yang sama, Lutfi mengharapkan ada pihak yang boleh mengusahakan pengumpulan tulisan arwah Rustam yang telah banyak disiarkan sebelum ini kerana ia satu khazanah tidak ternilai khususnya buat generasi akan datang. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, serta menempatkannya bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah. - mr |
0 comments Labels: bloggers united, dalam kenangan, Harakahdaily
Foto-foto terakhir Pak Rustam
| | | |
| Oleh Wartawan KLpos.com | |
| Rabu, 23 April 2008 | |
| AL-FATIHAH.. Foto-foto terakhir Arwah yang sempat lensa kamera KLpos.com rakamkan sewaktu hari penamaan calon Parlimen Lembah Pantai 24 Februari lalu. Warga kerja KLpos.com mewakili semua pembaca dan sahabat KLpos.com mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Kepada yang beragama Islam marilah kita sedekahkan Al-Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah..
|
0 comments Labels: bloggers united, dalam kenangan, klpos
Dalam pilihanraya umum Mac lalu, beliau menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan calon bebas, Maimun Yusuf.
Jenazah Allahyarham telah disembahyangkan di rumahnya dan kini sedang di bawa ke Masjid Kolej Islam Malaya sementara menanti untuk disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Jumaat.
Abdul Samad, 84, yang lebih dikenali sebagai Pak Samad, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Pantai pada 25 Ogos lalu akibat jangkitan paru-paru.
Akhtar dilaporkan berkata, mahkamah serba kekurangan untuk membuat penilaian maksimum kerana saksi-saksi material tidak dipanggil langsung untuk memberi keterangan dalam perbicaraan ini.
Ahmad berkata isteri Nasimuddin, Puan Sri Zaleha Ismail dan anak-anak mereka berada di sisi Allahyarham ketika beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada kira-kira jam 9 pagi Khamis waktu tempatan.

Mengimbas kembali sumbangan dan penglibatan beliau di persada penulisan, Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman berkata pemergian beliau adalah merupakan suatu kehilangan besar kepada negara khususnya dalam dunia penulisan kewartawanan dan media alternatif.
"Di Harakah juga, setahu saya pada awal era reformasi arwah cukup banyak membantu Harakah selain kolumnya, sentiasa memberikan buah fikiran, bimbingan dan tunjuk ajar dalam meletakkan Harakah sebagai media nombor satu negara. 




