+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, August 2, 2008

Mufti Perlis tegur Abdullah kalung bunga di Tugu Negara

KLpos

Cetak E-mail
Oleh Mstar
Sabtu, 02 Ogos 2008

PERBUATAN bertafakur, meletakkan kalungan bunga atau tabik hormat yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan.

Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin membuat kenyataan ini ketika mengulas tentang istiadat meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sempena sambutan Hari Pahlawan semalam yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah memulakan upacara meletakkan kalungan bunga itu, diikuti Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin; Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.

"Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh. Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin," jelas Dr Asri.
Terdahulu, Abdullah menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan penghormatan membabitkan 103 anggota dan pegawai Askar Melayu Diraja.

“Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan," jelas Dr Asri.

Kata beliau lagi, perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati.

"Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh. Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin," jelas Dr Asri.

Menurut Dr Asri, jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas.

"Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan. Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar," katanya.

Firman Allah: (maksudnya) “Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Ibrahim sebelum itu jalan yang benar (dalam bertauhid), dan Kami mengetahui akan halnya. Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Apakah patung-patung ini yang kamu berdiri di hadapannya (memujanya)? Mereka menjawab: “Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata”. (Surah al-Anbiya 50-54)”

Perbuatan menyempurnakan istiadat meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara ini juga difahamkan melanggar Fatwa Mufti (Edisi 2008).

Di bawah SubSeksyen 36(1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak mengikut SubSeksyen 39(6) Enakmen menyatakan, " Meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan"

Read More...

Kutipan zakat RM1.6j diseleweng

Berita Harian

Oleh Mohamed Farid Noh
mfarid@bharian.com.my


BANTUAN: Ahmad Zahid menyerahkan sumbangan kepada Mustafa Abdul Manap, 55, sambil diperhatikan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) Abd Ghafar Yusof di Kuala Lumpur, semalam.

Pengurusan dua negeri meragukan, tiada audit selama lima tahun: Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengesan berlakunya penyelewengan dalam pengurusan wang zakat termasuk pecah amanah, membabitkan lebih RM1.6 juta di dua negeri sejak lima tahun lalu.

Menterinya, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, berkata perkara itu dikenal pasti selepas laporan Jabatan Audit Negara yang diperoleh awal tahun ini mendedahkan dua negeri mempunyai urus niaga pengurusan zakat 'meragukan' serta tidak telus.

Katanya, jabatan sudah membuat laporan polis terhadap beberapa individu yang bertanggung jawab.


Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan dua nege ri terbabit.

"Apa yang boleh saya katakan, Johor dan Selangor adalah antara negeri yang mempunyai sistem pengurusan zakat yang sangat kemas dan cemerlang. Negeri lain juga kemas pengurusan zakatnya tapi ada beberapa masalah membabitkan individu, bukannya organisasi.

"JPM mengesan penyelewengan wang zakat di sebuah negeri apabila badan pengurusan wang zakat di bawah seliaan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) terbabit tidak melakukan audit dalaman selama lima tahun dengan RM1.6 juta wang zakat tidak dimasukkan ke dalam akaun.

"Di sebuah negeri lain pula kutipan zakat yang diterima tidak dimasukkan ke akaun bank sehingga 1,000 hari atau lebih tiga tahun," katanya selepas pelancaran Bulan Zakat Kebangsaan, di sini, semalam.

Ahmad Zahid berkata, tujuannya mendedahkan perkara itu bukan mahu menakutkan pembayar zakat tapi lebih kepada peringatan kepada semua MAIN dan Syarikat Mengurus Zakat (SMZ) supaya lebih amanah.

"Ini kerana mereka menguruskan wang zakat berjumlah RM2.26 bilion iaitu nilai sejak 2005 sehingga 2007 atau puratanya RM700 juta setahun," katanya.

Pengurusan zakat yang telus dan amanah perlu menjadi pegangan supaya pembayar zakat tidak hilang keyakinan," katanya.

Beliau berkata, bagi mengatasi penyelewengan, JPM diarahkan mengadakan seminar penyelarasan dan penyeragaman kutipan serta pengurusan zakat termasuk dari segi akaun, pelaburan, pengagihan serta kesan kepada penerima.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata, Kabinet minggu lalu mengarahkan beliau mengetuai jawatankuasa bagi membincangkan hal-ehwal agama Islam dengan menjemput parti politik termasuk Pas serta badan bukan kerajaan (NGO) Islam.

"Kabinet mengarahkan supaya muzakarah atau muqabalah berkaitan hal ehwal Islam termasuk berkaitan akidah, muamalat serta pegangan umat Islam terus diadakan sebagai usaha penyatuan umat seluruh negara tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik.

"Jawatankuasa ini hanya membincangkan aspek hal ehwal Islam dan bukan politik. Kita juga sudah merancang mengadakan Muktamar Permuafakatan Islam, Disember ini sebagai proses awal penyatuan umat Islam," katanya.

Read More...

Ada usaha pujuk Hadi Awang

KLpos

Cetak E-mail
Oleh Mohd Sayuti Omar
Jumaat, 01 Ogos 2008

APA masalah yang sedang menghimpit Tokguruku Nik Aziz kini. Apakah beliau sakit dan sudah tidak relevan untuk memegang jawatan tertinggi dalam parti sebagai Mursyidul Am Pas?

Persoalan ini timbul apabila ada usaha di kalangan pemimpin tertinggi Pas akan memujuk Abdul Hadi Awang supaya memegang jawatan berkenaan.

Apakah Nik Aziz sudah tidak inginkan jawatan itu apa pun beliau sudah tidak dapat dijinakkan semasa mesyuarat jawatankuasa agung Pas bersama Majlis Syura Ulama kelmarin.

Tidak ada pula perkara buruk dilaporkan berlaku dalam mesyuarat berkenaan.

Nik Abdul Aziz dikatakan mengambil sikap yang menggembirakan dan sehaluan dengan sesetengah pihak apabila beliau juga tidak bersetuju Pas berunding dengan Umno untuk tubuh kerajaan bersama.

Khabarnya Nik Aziz bukan saja tidak mahu diadakan berunding bagi membentuk kerajaan, kalau tidak jumpa terus lagi bagus!

Keadaan ini menimbulkan sedikit tanya tanya. Sekiranya dalam mesyuarat kelamrin beliau bersikap sebaliknya memesongkan kata-katanya sebelum ini yang tidak setuju kemudian setuju berunding dengan Umno ada logiknya juga kalau beliau perlu disingkirkan dari jawatan berkenaan.

Kerana dengan adanya disitu sebagai orang tua menyusahkan!

Bagaimana pun dalam mesyuarat semalam Nik Aziz dikatakan keluar dari bilik mesyuarat selepas beliau memberi kata nasihat dan pandangan berhubung isu semasa yang menjadi tumpuan kini.

Apakah tindakan itu setelah timbul ketegangan dalam mesyuarat berkenaan dan sehinggakan beliau dicadangkan agar melepaskan jawatan?

Untuk tujuan membujuk Abdul Hadi itu dikatakan dua pemimpin tertinggi Pas yang menetang keras ura-ura Pas hendak bermuqabalah dengan Umno akan terbang ke Jakarta esok untuk menemui Abdul Hadi.

Abdul Hadi kini sudah pun berada di Jakarta.

Perkembangan ini masih menjadi tanda tanya. Bagaimana pun pada hemat saya, tidak munasabah kalau Nik Aziz hendak disingkirkan dari kedudukan itu. Beliau sendiri masih menampakkan komitmennya dengan jawatan berkenaan.

Cadangan itu bukan kerana Nik Aziz sudah letih atas jemu tetapi ia lebih kepada strategi. Apa yang dapat dibaca dari cadangan ini ada golongan yang mahukan Abdul Hadi turun dari kerusinya itu.

Mungkin mereka mengira dengan adanya Abdul Hadi di situ yang dilihat keras dan tegas dengan prinsip siasah Islamiyah sukar untuk mereka menjanakan parti menurut acuan sekular mereka.

Jadi satu cara terhormat dilakukan agar Abdul Hadi pegang jawatan Mursyidul Am dan mengumumkan persaraan sebagai presiden pada muktamar di Ipoh mulai 13 Ogos hadapan.

Pujukan itu adalah paksaan secara halus! Mungkin idea ini telahpun disampaikan kepada Nik Aziz dan Nik Aziz telahpun merestuinya.

Kenapa dikatakan begitu kerana kalau benar Nik Aziz sudah tidak berkeupayaan kenapa jawatan itu tidak dilepaskan kepada Dr Haron Din, timbalan Mursyidul Am Pas?

Apakah Haron Din masih belum cukup ilmu untuk memegang jawatan berkenaan!

Read More...

Kurang 50% yakin BN, Pakatan Rakyat penuhi janji pilihan raya

Mstar Online

02-08-2008 03:21:05 PM
Oleh G. MANIMARAN

KUALA LUMPUR: Selepas empat bulan pilihan raya umum ke-12 berlangsung, rata-rata kurang 50 peratus rakyat negara ini yakin bahawa kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat akan memenuhi janji-janji yang dipertaruhkan semasa kempen selama 13 hari.

Kajian pendapat umum kendalian Merdeka Center menunjukkan, BN memperoleh keyakinan keseluruhan 40 peratus responden manakala Pakatan Rakyat pula 45 peratus - berhubung soalan sejauh mana kedua-dua perikatan itu akan menunaikan janji masing-masing.

Bagaimanapun dilihat daripada sudut sama ada "terlalu yakin akan menunaikan janji", 13 peratus responden memihak kepada BN berbanding hanya lapan peratus ke atas Pakatan Rakyat.

Seramai 27 peratus responden agak yakin dengan BN dan 38 peratus responden agak yakin dengan Pakatan Rakyat.

Peratusan responden yang "agak tidak yakin" adalah tinggi bagi BN iaitu 36 peratus tetapi hanya 27 peratus di sebelah Pakatan Rakyat.

Malah, peratusan "sangat tidak yakin" juga agak tinggi bagi BN iaitu 19 peratus berbanding 15 peratus responden yang memihak Pakatan Rakyat.

Kajian ini dijalankan antara 4 dan 14 Julai lalu membabitkan 1,030 responden di Semenanjung menerusi temu bual telefon.

Pilihan raya umum ke-12 berlangsung 8 Mac lalu menyaksikan BN kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Selain itu BN juga kehilangan kuasa kerajaan negeri di lima negeri iaitu Pulau Pinang, Perak, Kedah, Kelantan dan Selangor.

Meskipun BN berkempen menggunakan manifesto sendiri tetapi Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS menggunakan manifesto sendiri, bukan atas nama Pakatan Rakyat.

Panggilan Pakatan Rakyat hanya diumumkan selepas keputusan pilihan raya umum diketahui.

-------------------------------------------------------------------------------------

TAHAP KEYAKINAN TERHADAP BN DAN PAKATAN RAKYAT

BARISAN NASIONAL PAKATAN RAKYAT

Sangat yakin 13% 8%

Agak yakin 27% 37%

Kurang yakin 36% 27%

Tidak yakin langsung 19% 15%

Tidak tahu 4% 12%

Tiada jawapan 1% 1%

---------------------------------------------------------------------------------------

Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian ketika dihubungi memberitahu, pihaknya tidak terkejut dengan penemuan tersebut yang menunjukkan tidak sampai separuh rakyat negara ini yakin sama ada BN ataupun Pakatan Rakyat akan menunaikan janji-janji pilihan raya.

"Saya tidak terkejut kerana dari segi persaingan politik kedua-dua BN dan Pakatan Rakyat masih belum ada keputusan muktamad... masih banyak perkara yang belum menunjukkan penyelesaian ketara," katanya.

Sejak kali pertama selepas pilihan raya umum 1969, negara menyaksikan urutan perisitiwa politik hampir setiap minggu - termasuk yang terbaru keputusan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melepaskan jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata Ibrahim, ketika banyak pihak masih meletakkan harapan yang tinggi terhadap Pakatan Rakyat untuk melaksanakan apa yang dijanjikan, penemuan ini menunjukkan BN kehilangan sokongan ekoran sentimen selepas kenaikan harga minyak dan kesan susulan.

"Banyak pengundi merasakan mereka telah dibelakangi dengan keputusan kerajaan menaikkan harga minyak. Ini faktor utama (menyebabkan paras rendah tahap keyakinan ke atas BN)," katanya.

Jelas beliau, persekitaran pendapat umum kemungkinan berubah menjelang akhir tahun memandangkan Pakatan Rakyat "masih dalam tempoh berbulan madu" dan ada banyak perkara yang tidak boleh dilakukan oleh ikatan pembangkang itu disebabkan halangan batasan kuasa.

Berhubung soalan sejauh mana berpuas hati dengan kerajaan Pakatan Rakyat, 57 peratus menyatakan persetujuan berpuas hati walaupun hanya sembilan peratus yang berada dalam kumpulan "amat berpuas hati".

Bilangan responden yang "tidak berpuas hati" dan "sangat tidak berpuas hati" adalah seramai 32 peratus.

Berkaitan soalan yang sama membabitkan kerajaan persekutuan BN pula, 44 peratus "berpuas hati" dengan pakatan 14 parti komponen itu dengan "lapan peratus sangat berpuas hati".

Seramai 54 peratus responden pula "tidak berpuas hati" dan "sangat tidak berpuas hati" dengan kerajaan persekutuan BN.

Hanya 42 peratus responden yang "berpuas hati" dengan prestasi Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi manakala 54 peratus melahirkan pandangan sebaliknya.

Sama ada Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak akan muncul sebagai Perdana Menteri yang baik kelak (ekoran pelan peralihan kuasa Jun 2010), 34 peratus "yakin" dengan kenyataan tersebut berbanding 47 peratus yang "tidak yakin" manakala 17 peratus "tidak pasti".

Hanya kira-kira 36 peratus berpandangan bahawa Umno, anggota komponen utama BN, mencerminkan aspirasi dan keperluan rakyat negara ini manakala 33 peratus "tidak berpuas hati" dengan pandangan sedemikian.

Read More...

Pirdaus: Sukar bagi calon BN, PKR

Malaysiakini

Aug 1, 08 9:52pm

Datuk Pirdaus Ismail, calon BN yang tewas dua kali di Permatang Pauh, berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menang mudah apabila bertanding pada pilihan raya kecil tidak lama lagi.

Pirdaus menambah, peluang mana-mana calon untuk memenangi kerusi itu sukar diramal berikutan perubahan senario politik di Pulau Pinang selepas pilihanraya umum 8 Mac lepas.

"Kenapa saya katakan tidak mudah bagi Anwar, dan juga sukar kepada BN adalah kerana dahulu kita (BN) memerintah negeri ini.

"Mereka menilai kita dan jadi pembangkang. Sekarang ini mereka jadi kerajaan dan kita pula menilai mereka dan jadi pembangkang.

"Saya yakin rakyat tahu apa yang terbaik untuk mereka dan Umno telah bersiap sedia. Pilihan raya kali ini bukan satu perkara mudah.

bm version permatang pauh election results 310708"Rakyat menilai mereka dan rakyat juga menilai kita," kata cxco Pemuda Umno itu kepada Bernama.

Penyandang kerusi itu dan juga presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berundur semalam bagi memberi laluan kepada penasihat parti dan suaminya Anwar.

Permatang Pauh merupakan kerusi tradisi Anwar selama 17 tahun sejak memenanginya pada 1982 atas tiket BN.

Dr Wan Azizah menguasainya selama tiga penggal sewaktu Anwar dipenjarakan pada pilihanraya umum 1999 dan 2004 dan dilarang bertanding dalam pilihanraya umum Mac lalu.

Mac lepas, beliau memperoleh 30,338 undi bagi menewaskan Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,388.

Menurut agensi berita itu, Pirdaus berkata tindakan Dr Wan Azizah itu secara tergesa-gesa memperlihatkan tindakan itu seperti mengkhianati kepercayaan rakyat.

"Perkara itu menyusahkan rakyat. Pada pilihan raya lalu, saya dah beritahu rakyat jangan memberi undi. Ini dah buktikan dia (Dr Wan Azizah) bukan bertanding untuk rakyat tetapi untuk diri sendiri.

"Ini juga membuktikan peluang Anwar untuk menang tidak mudah kerana telah mengkhianati kepercayaan rakyat. Namun itu juga sukar bagi kita kerana ia boleh dikatakan kubu kuat mereka," katanya.

Ditanya kemungkinan beliau dicalonkan sekali lagi pada pilihanraya kecil nanti, Pirdaus berkata perkara itu terserah kepada pucuk pimpinan parti.

"Sekiranya diarah berbuat demikian, saya patuh. Sebagai pejuang, saya merasakan itu adalah tanggungjawab.

"Lagipun saya bersedia dan tidak gentar untuk berhadapan dengan dia (Anwar) kerana ini bukan kali pertama saya bertanding," katanya.

Read More...

Permatang Pauh: Umno guna talian hayat 'perpaduan Melayu'

Harakahdaily

Mohd Sabri Said

Sat | Aug 02, 08 | 6:37:49 pm MYT

PERMATANG PAUH, 2 Ogos (Hrkh) - Umno nampak gayanya sudah nyalakan 'lampu hijau' sebagai propaganda sempena pilihan raya kecil P44 Permatang Pauh yang bakal diadakan ekoran peletakan jawatan Ahli Parlimennya, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertempat di Politeknik Seberang Perai pada hari Ahad ini (esok).

Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Dato' Seri Najib Tun Razak dijangka hadir berucap atas nama perpaduan Melayu kononnya orang Melayu harus bersatu bukan berpecah sebagaimana sekarang.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri, Suraya Saat ketika ditanya menyifatkan, program anjuran Badan Bukan Kerajaan (NGO) itu adalah tali hayat Umno untuk memperhebahkan kepada rakyat bahawa orang Melayu harus bersama mereka bukan parti lain yang dilabelkan petualang bangsa.

Walhal, orang Melayu tidak lagi simpati dengan Umno ekoran kedegilan kepimpinan yang dikatakan meneruskan agenda kepentingan peribadi daripada perjuangan parti.

"Program yang dilaksanakan atas nama Himpunan Perpaduan Melayu secara jelas merupakan lampu hijau untuk Umno berkempen bukan bermatlamat menyatukan perpaduan melayu. Ada sesuatu yang tak kena, " tambahnya.

Jelas beliau lagi, agenda penyatuan Melayu lebih waras jika disatukan atas dasar Islam daripada nama Melayu sendiri kerana Melayu belum tentu boleh mengeratkan persefahaman abadi sepertimana yang terkandung dalam al-Quran.

Sifat kasih sayang kerana Islam sambungnya, lebih terjamin dari kasih kerana Melayu. Persahabatan atas nama Islam lebih selamat daripada kata-kata seorang kawan sebangsa kerana banyak berlaku kawan tikam belakang bila dirinya terasa tersepit.

"Apa salahnya Melayu disatukan atas nama Islam bukan Melayu sepertimana yang dimimpikan oleh kepimpinan Umno yang asyik menimba kepentingan bila merasakan diri mereka berkuasa, " terang Suraya yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Permatang Pauh.

Menyentuh mengenai pilihan raya kecil Permatang Pauh itu nanti beliau bertekad akan membawa Dewan Muslimat turun padang bersama Wanita KeADILan bagi memastikan perjuangan Pakatan Rakyat diteruskan dengan kemenangan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Kemenangan itu amat penting ujarnya, untuk Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri menggantikan Abdullah yang dianggap Perdana Menteri terlemah manakala menyekat kemaraan Najib yang disifatkan tidak sesuai ekoran terlalu banyak skandal.

Muslimat tetap memberi kerjasama seratus peratus dengan Wanita KeADILan sama ada bahagian ataupun negeri semata-mata tidak mahu Barisan Nasional (BN) bertapak di kubu Pakatan Rakyat.

"Inilah masanya rakyat di Permatang Pauh teruskan perjuangan bersama Pakatan Rakyat dengan menolak BN yang zalim serta banyak melakukan penyelewengan, " jelas beliau. - mks. _

Read More...

Kembalikan harga RM1.92 seliter - Pakar

Kosmo

KUALA LUMPUR - Kerajaan wajar menurunkan harga petrol mengikut harga sebelum kenaikan iaitu RM1.92 seliter manakala RM1.58 seliter bagi diesel ekoran penurunan harga minyak dunia ketika ini.

Menurut Pensyarah Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Abdul Rahim Anuar, ia tidak mustahil dilaksanakan bagi membendung kadar inflasi yang semakin tinggi.

"Saya percaya harga bahan api boleh diturunkan kepada harga asal iaitu RM1.92 seliter bersama-sama syarat kerajaan ambil semula pemberian subsidi sebelum ini.

"Apa yang saya maksudkan ialah pemberian subsidi kepada nelayan, pengusaha bas serta lori dan yang terbaru rebat petrol diambil semula dan semua jumlah ini digunakan untuk menampung subsidi kedua-dua bahan api ini sehingga ke paras asal,'' katanya ketika dihubungi semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam memberi bayangan untuk menurunkan harga minyak setelah ia dibincangkan di kabinet dan kini katanya, kerajaan masih meneliti beberapa perkara sebelum membuat pengumuman.

Bagi pakar ekonomi, Datuk Dr. Ismail Md. Salleh, penurunan sebanyak 30 sen seliter atau RM2.40 seliter bersesuaian kerana harga minyak di pasaran dunia setakat jatuh AS$20 setong dan ia bukan satu yang besar.

Ismail menegaskan, walaupun penurunan itu rendah tetapi ia juga mengambil kira pendapatan negara dan pelbagai subsidi yang telah diberi oleh kerajaan.

Read More...

Pilihan raya tak halang kes liwat

Berita Harian

Oleh Wan Hazmir Bakar dan Abdul Razak Raaff
bhnews@bharian.com.my

Proses perundangan diteruskan walaupun Penasihat PKR umum untuk bertanding

PUTRAJAYA: Proses perundangan berhubung dakwaan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diteruskan jika ada kes walaupun Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mahu bertanding pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata, keputusan sama ada Anwar akan didakwa di mahkamah ditentukan Pejabat Peguam Negara berdasarkan hasil siasatan polis, manakala kelayakannya bertanding pilihan raya ditentukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Sudah tentu pihak berkuasa akan mengikut proses undang-undang... Pejabat Peguam Negara akan tentukan sama ada kes ini akan dibawa ke mahkamah. Kalau tiada kes, gugur sajalah... saya pun tak tahu hasil siasatan yang sudah dijalankan polis.


"Tidak pernah berlaku proses undang-undang dihentikan hanya kerana seseorang itu nak bertanding, nak pegang jawatan... proses undang-undang mesti berjalan," katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, semalam.

Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas jika imej negara pada peringkat antarabangsa akan terjejas jika tindakan undang-undang dikenakan terhadap Anwar selepas beliau mengumumkan hasratnya untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu.

Perdana Menteri berkata, proses undang-undang tidak terhenti apabila seseorang hendak bertanding pilihan raya sebaliknya kedua-dua undang-undang dan pilihan raya kecil tidak boleh dicampuradukkan.

Beliau berkata proses undang-undang tidak mengetepikan hak pengadu mendapatkan keadilan di mahkamah sekiranya ada kes.

"Yang mengadu ialah (Mohd) Saiful (Bukhari Azlan). Dia yang buat aduan. Dia nak minta keadilan. Bawa kes ke mahkamah untuk diadili. Tak boleh ketepikan dia (Mohd Saiful), seolah-olah dia tak penting.

"Semua orang penting. Proses undang-undang penting dan semua berhak mencari keadilan," katanya.

Mengenai tawaran bekas pemimpin PKR, Mohamad Ezam Mohd Noor, yang menyertai semula Umno untuk bertanding menentang Anwar di Permatang Pauh, beliau berkata, Barisan Nasional (BN) akan menentukan soal calonnya.

Abdullah berkata, BN juga tidak akan memberikan kemenangan percuma kepada Anwar dan sememangnya sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil itu.

Kelmarin, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, mengosongkan kerusi berkenaan bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar, bertanding pada pilihan raya kecil.

Abdullah berkata, tindakan Wan Azizah sangat tidak bertanggungjawab dan membelakangkan pilihan pengundi kerana rakyat memilih beliau untuk berkhidmat dan bukannya letak jawatan beri pada orang lain.

Read More...

Liwat: Pendedahan terbaru Saiful, ucap Anwar selamat bertanding

Mstar Online

02-08-2008 10:13:02 PM
Oleh G. MANIMARAN

(Mutakhir) KUALA LUMPUR: Sambil mengucapkan "selamat bertanding" kepada bekas bosnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi Permatang Pauh, Mohd Saiful Bukhari Azlan (gambar) yang mendakwa diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri mendedahkan beberapa perkara baru - antara lain dia pernah keluar bersamanya tiga kali sejak Mei lalu.

Malah Saiful, 23, mendakwa sepanjang tempoh perkhidmatan dia pernah diberikan beberapa tanggungjawab oleh bekas majikannya, termasuk mengatur pertemuan sulit antara Anwar dengan Ahli Parlimen yang ingin melompat parti.

Dalam tulisannya itu, Saiful turut mendedahkan bahawa tugasan serta tanggungjawabnya ialah membantu Ketua Staf Anwar, Ibrahim Yaackob.

"Di sini, ingin saya terangkan tugas-tugas saya sebagai seorang coffee boy... membantu Ibrahim Yaacob iaitu Ketua Staf menguruskan jadual DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

"Mengatur pertemuan sulit (sebagai contoh Ahli Parlimen yang hendak melompat parti, mesyuarat di Kondo Desa Damansara milik Encik Hassanudin yang juga seorang ahli/ketua cawangan PAS.

"Mengiringi DSAI ke Hong Kong awal Mei 2008, Bangkok hujung Mei 2008 dan Singapura 16 dan 18 Jun 2008," kata Saiful menerusi tulisan terbaru dalam blognya http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com.

Blog ini dimulakan bulan lalu.

Tulisan kali ini yang bersifat mendedahkan "butiran mendalam" bertajuk "Tugas-tugas seorang bekas Coffee Boy kepada DSAI".

Dia menulis perkara selanjutnya akan didedahkan di mahkamah.

"Selanjutnya saya akan bongkar di mahkamah nanti. Diharap bersabar," katanya.

"Terpulang kepada pembaca untuk percaya atau tidak... atau cuba minta DSAI (Anwar) jelaskan sendiri sama ada benar atau tidak," katanya.

Saiful berkata, beliau berdoa agar Pejabat Peguam Negara dapat mengendalikan kes ini kerana mahu mendapatkan keadilan.

Dia juga menyentuh pendiriannya untuk bersumpah membuktikan kebenaran pihaknya.

"Buat saudara saudari sekalian, seperti yang dijanjikan saya akan melakukan sumpah dalam masa terdekat memandangkan siasatan kes saya ini seperti yang dimaklumkan telah pun selesai," katanya.

Baru-baru ini Saiful menerusi peguamnya Zamri Idrus berkata, dia akan membuat akuan bersumpah menggunakan al-Quran kerana siasatan polis terhadap kes liwat itu selesai.

Semalam, Zamri mengesahkan kepada mStar Online bahawa persiapan sedang dilakukan untuk menguruskan majlis itu.

Pada 28 Jun lalu, Saiful membuat laporan polis dengan mendakwa Anwar meliwatnya beberapa kali, termasuk kali terakhir di sebuah kondominium di Damansara dua hari sebelum laporan polis itu dibuat.

Dia kini dikatakan berada dalam perlindungan polis dan tidak pernah muncul di umum sejak itu kecuali dirakamkan pergerakannya ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Brickfields.

Kelmarin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, siasatan dakwaan itu telah selesai dan sudah dikemukakan kepada Peguam Negara untuk tindakan susulan.

Read More...

Kini sudah 66 usul tolak Abdullah sebagai Presiden Umno

Harakahdaily

Tarmizi Mohd Jam

Sat | Aug 02, 08 | 9:46:06 pm MYT

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Hrkh) - Jumlah cawangan Umno yang membawa usul ke bahagian masing-masing supaya tidak mencalonkan semula Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ke jawatan Presiden Umno, kini meningkat kepada 66.

Perkara ini didedahkan oleh bekas Ahli Parlimen Batu Pahat, Dato' Ruhanie Ahmad dalam satu tulisannya pada blog kudakepang.blogspot.com.

Katanya, terdapat satu cawangan dalam Umno Bahagian Kota Belud, Sabah iaitu Cawangan Kulambai Dundau, telah mengusulkan supaya bahagiannya mencalonkan Tengku Razaleigh Hamzah bertanding jawatan Presiden Umno.

Sebuah lagi Cawangan Umno Kampung Masjid, Jeneri, dalam Bahagian Sik, Kedah, turut mengusulkan supaya Umno bahagian itu juga mencalonkan Tengku Razaleigh sebagai Presiden parti.

Sebelum ini, Umno dikejutkan dengan usul Cawangan Kg. Tua dalam Bahagian Langkawi, yang bersidang pada 26 Julai lalu, agar Datuk Seri Najib Tun Razak dicalonkan sebagai Presiden Umno dan dan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku calon Timbalan Presiden.

Dalam perkembangan berkaitan, Ruhanie mendedahkan lagi pada blognya tentang satu usul yang yang diluluskan pada Mesyuarat Pemuda Umno Cawangan Kg. Mengkuang dalam Bahagian Kuala Langat, Selangor, menuntut agar peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Najib dipercepatkan dari Jun 2010 kepada 1 Disember 2008.- tmj _

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |