+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, August 2, 2008

Kini sudah 66 usul tolak Abdullah sebagai Presiden Umno

Harakahdaily

Tarmizi Mohd Jam

Sat | Aug 02, 08 | 9:46:06 pm MYT

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Hrkh) - Jumlah cawangan Umno yang membawa usul ke bahagian masing-masing supaya tidak mencalonkan semula Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ke jawatan Presiden Umno, kini meningkat kepada 66.

Perkara ini didedahkan oleh bekas Ahli Parlimen Batu Pahat, Dato' Ruhanie Ahmad dalam satu tulisannya pada blog kudakepang.blogspot.com.

Katanya, terdapat satu cawangan dalam Umno Bahagian Kota Belud, Sabah iaitu Cawangan Kulambai Dundau, telah mengusulkan supaya bahagiannya mencalonkan Tengku Razaleigh Hamzah bertanding jawatan Presiden Umno.

Sebuah lagi Cawangan Umno Kampung Masjid, Jeneri, dalam Bahagian Sik, Kedah, turut mengusulkan supaya Umno bahagian itu juga mencalonkan Tengku Razaleigh sebagai Presiden parti.

Sebelum ini, Umno dikejutkan dengan usul Cawangan Kg. Tua dalam Bahagian Langkawi, yang bersidang pada 26 Julai lalu, agar Datuk Seri Najib Tun Razak dicalonkan sebagai Presiden Umno dan dan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku calon Timbalan Presiden.

Dalam perkembangan berkaitan, Ruhanie mendedahkan lagi pada blognya tentang satu usul yang yang diluluskan pada Mesyuarat Pemuda Umno Cawangan Kg. Mengkuang dalam Bahagian Kuala Langat, Selangor, menuntut agar peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Najib dipercepatkan dari Jun 2010 kepada 1 Disember 2008.- tmj _

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |