Wednesday, July 2, 2008
Gambar Ceramah Anwar Di Stadium Melawati Semalam
0 comments Labels: bloggers united, DSAI, gambar
Kes Liwat: Konspirasi Najib atau Konspirasi Anwar?
Detik Daily
Posted on Wednesday, July 02 @ 17:23:30 MYT by reformis
Buat kali kedua rakyat Malaysia dipersaksikan dengan satu lagi peristiwa dakwaan kes liwat, kali ini sekali lagi membabitkan Anwar Ibrahim. Bagaimanapun dakwaan kali ini benar-benar menjadi penentu kepada keadaan politik negara yang begitu meruncing, iaitu ketika teraju kepimpinan negara tidak diketahui akan beralih ke tangan siapa.
Oleh sebab itu, kes dakwaan liwat ini merupakan satu faktor yang begitu penting boleh menentukan senario politik itu. Pak Lah awal-awal lagi menafikan beliau terlibat dengan konspirasi tersebut. Manakala Tengku Razaliegh pula tidak mungkin terbabit dengan tuduhan yang dilemparkan kepada Anwar kerana setakat yang diketahui beliau tidak mempunyai orang-orang kuat yang boleh bertindak ala-gestapo dan mafia. Malah kedua-dua Pak Lah dan Tengku Razaliegh dilihat tidak akan mendapat kesan langsung dari segi politik sekiranya isu dakwaan itu akan menjadi isu penentu dalam politik negara. Maka tinggal dua individu yang akan terkesan secara langsung iaitu Anwar dan Najib.
Selepas tersebarnya dakwaan itu senario politik negara kelihatan mengimbau semula kepada simpati rakyat terhadap peristiwa pemecatan Anwar hampir satu dekad yang lalu. Peristiwa itulah yang telah menyebabkan majoriti kaum Melayu bersimpati dengan Anwar sehingga simpati itu diterjemahkan ke dalam bentuk sekongan politik dalam Pilihanraya Umum 1999. Sokongan itu bagaimanapun mulai berkurangan dengan tertabalnya Pak Lah sebagai Perdana Menteri. Sokongan majoriti kaum Melayu pada tahun 1999 sememangnya diakui berpunca daripada simpati terhadap Anwar dan boleh dikatakan ketika itulah pembangkang mendapat sokongan majoriti kaum Melayu.
Faktor Anwar ini mulai merosot selepas Pilihanraya Umum 1999 dan berterusan sehinggalah Anwar disumbat ke dalam penjara. Seruan reformasi Anwar yang bercampur-baur dengan simpati terhadapnya bagaimanapun terus ditiup oleh penyokong-penyokong kuat Anwar seperti Ezam dan rakan-rakannya. Bagaimanapun menjelang tahun 2004 setelah Dr Mahathir meletakkan jawatan sokongan terhadap Anwar itu semakin merosot. Fenomena kemerosotan ini dibuktikan melalui peti-peti undi pada Pilihanraya Umum 2004. Kemungkinan selepas menyedari bahawa Anwar tidak lagi menjadi faktor politik yang penting dalam senario politik, terdapat usaha-usaha untuk membebaskan Anwar daripada tuduhan yang dilemparkan.
Tidak dinafikan selepas pembebasan itu pengaruh Anwar kembali meningkat sedikit tetapi tidaklah seperti yang berlaku seperti sejurus selepas pemecatannya pada tahun 1998. Sokongan terhadap Anwar ini dengan seruan reformasinya mulai mendapat tempat di kalangan kaum bukan Melayu, manakala kaum Melayu tidaklah begitu banyak berubah. Malah agak menghairankan juga apabila rakan-rakan lama Anwar dalam ABIM, PKPIM, JIM dan lain-lain juga turut meragui masa depan Anwar dalam politik. Keputusan Pilihanraya Umum 1999, merupakan antara petunjuk yang penting kepada sokongan kaum Melayu dan bukan Melayu kepada Anwar.
Dengan tercetusnya isu terbaru tentang liwat ini, dilihat telah mengimbau semula sokongan masyarakat Melayu kepada Anwar. Rakan-rakan lama Anwar mulai menzahirkan simpati termasuklah melalui proksi mereka seperti PKPIM. Akhbar internet Malaysiakini pula menyatakan bahawa isu ini akan menaikkan semula reputasi Anwar dalam senario politik negara. Sememangnya sukar dan tidak bertanggungjawab untuk menuduh Anwar merancang ini semua untuk tujuan itu sebagaimana tuduhan Dr Mahathir bahawa Anwar menumbuk dirinya sendiri. Bagaimanapun kemungkinan itu tidak seharusnya diketepikan betapa pula tiada telahan dibuat oleh kebanyakan pemerhati politik tentang itu.
Tuduhan liwat terhadap Anwar ini sememangnya satu perbuatan yang melampau kerana cuba membunuh nama baik lawan politik dengan cara yang begitu jijik. Pandangan majoriti rakyat terhadap imej baik Anwar boleh tergugat sekiranya pihak pendakwa benar-benar berjaya menunjukkan dakwaan itu berlaku. Menyedari hakikat tersebut kemungkinan untuk Anwar merancang sendiri konspirasi itu agaklah kecil kerana isu ini amat berisiko terhadap Anwar. Sekiranya kita menerima tanggapan ini maka, tidak boleh tidak pihak yang merancang itu sebagaimana tuduhan Anwar ialah Najib. Jika benar Najib yang terlibat sebagai dalang, maka telahan kebanyakan pemerhati politik ada kebenarannya.
Berdasarkan kemungkinan-kemungkinan tersebut, maka isu berkaitan dengan gambar budak yang diliwat dengan Pegawai Khas Najib ini mungkin boleh menjadi penentu yang terbaik. Pegawai Khas Najib itu ialah Khairil Anas Jusoh. Beliau sebenarnya bekas lulusan UIA dan University of Cambridge dalam bidang undang-undang. Beliau juga dikatakan pernah berguru dengan Edward De Bono yang terkenal sebagai tokoh yang memperkenalkan banyak kaedah berfikir. Khairil Anas ini seorang yang agak Islamik yang mendapat tarbiyah ABIM dan dipercayai beliaulah antara yang membantu Najib dalam memperkenalkan beberapa idea seperti Melayu Glokal.
Bagaimanapun Khairil Anas ini pula sememangnya merupakan penyokong Anwar yang agak kuat. Gambar-gambar beliau di rumah Anwar semasa pemecatan Anwar tahun 1998 boleh menjadi bukti keterlibatannya menyokong Anwar semasa reformasi dahulu. Semasa di kampuspun beliau merupakan antara pengkagum Anwar serta mengenali ramai pembantu-pembantu rapat Anwar seperti Khalid Jaafar. Persoalannya sekarang kepada siapakah kesetiaannya diberi. Adakah Khairil Anas masih setia kepada Anwar atau beliau telah berpaling kepada Najib. Hanya beliau yang tahu di mana kesetiaannya dan kemungkinan beliaulah lebih mengetahui siapakah berkonspirasi.
0 comments Labels: Detik daily, DSAI, konspirasi, najib razak
Saiful akan ada peguam - Uncle Pat
PETALING JAYA - Keluarga Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, akan melantik seorang peguam bagi membantu Saiful berhubung laporan dakwaan liwat yang dibuatnya Sabtu lalu.
Bapa saudara Saiful, yang mahu dikenali sebagai 'Uncle Pat' berkata, sebaik melantik peguam, keluarga Saiful akan mengadakan sidang akhbar berhubung perkara itu.
"Jadi minta maaf sidang akhbar hari ini (semalam) batal, kita akan buat nanti dalam masa terdekat, harap semua wartawan bersabar ya,'' katanya di hadapan rumah keluarga Saiful di Bandar Utama, Damansara di sini semalam.
Semasa itu terdapat berpuluh-puluh wartawan yang menunggu di luar rumah banglo tersebut dan Uncle Pat hanya muncul pukul 2.45 petang bagi bertemu wartawan.
Berikutan itu, Uncle Pat berkata, buat masa ini, beliau tidak dapat memberi sebarang kenyataan berhubung isu liwat itu selain perlu memberi peluang kepada polis untuk menyiasat perkara tersebut terlebih dahulu.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan semasa dihubungi memberitahu ''Kita ikut perkembangan siasatan dan jika ada yang baru serta perlu dihebahkan, kita akan beritahu.''.
Musa semasa ditanya berhubung laporan polis yang dibuat oleh Anwar yang turut mengaitkan dengan beliau juga enggan mengulas perkara itu.
0 comments Labels: DSAI, konspirasi, kosmo
Gara-gara konspirasi bodoh atau apa?
Ini bila berdepan dengan soalan Agendadaily apakah bukti dan petanda yang menjadi asas dakwaan wujudnya ancaman bunuh keatas suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar dalam sidang akhbar di pejabat PKR di Tropicana dekat Petang Jaya langsung mendakwa tiga orang yang dikenali Saiful terlibat dalam rancangan dakwaan meliwat membabitkan beliau. Pada sidang akhbar itu Anwar juga mendakwa Saiful mempunyai hubungan akrab dengan Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan Khairil Anas. “Saya juga sedar akan perjuangan yang menanti kami di hadapan. Insya-Allah kami akan menghadapinya bersama walaupun ia memakan masa yang lama. Kebenaran akan terbukti jua....,” kata Janna. Saiful mendakwa beliau telah diliwat oleh Anwar pada 26 Jun di Kondominium mewah di Damansara. Saiful telah membuat laporan polis pada Sabtu lalu. Tidak kurang menarik ialah laporan akhbar itu yang memetik ayah saudaranya Saiful bahawa bekas pelajar UNITENitu pernah nekad untuk membunuh diri kerana tertekan dengan apa yang telah dilakukannya. Beliau yang enggan dikenali berkata, Saiful hampir mengambil jalan pintas untuk membunuh diri kerana dia sedar apa yang dilakukannya adalah satu dosa besar. “Saiful membuat pengorbanan ini demi negara walaupun dia sedar masyarakat akan memandang serong dan mencemuh dirinya dan keluarga selepas pendedahan ini,” katanya lagi. "Sebagai keluarga, kami akan berdiri teguh di belakangnya," katanya. Beliau juga tegas berkata, tidak ada siapapun yang memaksa Saiful membuat pengakuan tersebut dan menyifatkan apa yang terjadi sebagai masalah keluarga. “Kami tidak mendapat sokongan daripada pihak kerajaan. Kami bersendirian dalam hal ini. Sebagai keluarga kami akan menyokong penuh tindakan Saiful. “Sebelum ini, kami pernah Beliau juga mengaku sudah beberapa kali menghubungi Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tetapi diberitahu agar tidak menghubunginya lagi. Beliau juga memberitahu bahawa anak saudaranya pernah pergi ke Bukit Aman untuk membuat laporan tetapi pihak Mohd Saiful akhirnya telah membuat laporan di pondok polis Hospital Kuala Lumpur yang sanggup mengambil laporan polisnya, kata ayah saudara Saiful lagi. “Saiful bukan berada di hospital tetapi di bawah perlindungan polis dan keluarga kami sendiri tidak tahu di mana dia berada kini," katanya. Ayah saudara Saiful mengaku beliau pernah menjadi penyokong kuat Anwar sebelum ini tetapi tidak lagi selepas apa yang berlaku kini. Ketika ditanya tentang gambar yang dirakam Saiful bersama beberapa Menteri Kabinet dan pegawai di Pejabat Perdana Menteri, beliau berkata itu adalah perkara biasa bagi pelajar untuk mengambil foto dengan pegawai kerajaan.
Soalan ini dikira satu soalan biasa bagi mana-mana wartawan mengenangkan ramai yang tertanya-tanya mengenainya termasuk ada yang kata ia tidak masuk akal melihatkan Anwar kebelakangan ini bebas sekali ke
Kenapa pula tiba-tiba lepas timbul dakwaan pembantu khasnya Saiful Bukhari Azlan terus timbul cerita keseselamatannya di hujung tanduk.
Jangan kata orang politik orang biasa di warung-warung kopi pun hairan dan nak tahu apa bukti pada semua dakwaan macam itu.
Apa lagi bila Penasihat PKR itu lari untuk mendapat perlindungan di Kedutaan Turki di Kuala Lumpur.
Wan Azizah nampak melenting sangat pasal soalan itu dan terus bercakap soal kes mata lebam Anwar yang lampau sebagai sandarannya bagaimana soal keselamatan Anwar tiada jaminan.
Ramai para wartawan yang hadir di sidang akhbar itu tercengang melihat cara Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang tidak senang sekali dengan soalan itu.
Asasnya dakwaan itu terhad melibatkan Anwar VS Saiful saja.
Ia kini
Setakat ini sandaran pada dakwaan itu hanyalah sekeping gambar Saiful bergambar dengan Khairil Anas Yusof ,seorang pegawai di pejabat Timbalan Perdana Menteri.
Datuk Seri Najib sendiri sudah jelaskan gambar itu diambil semasa Saiful datang ke pejabatnya pada 12 Feb lepas bersama seorang rakan untuk berjumpa dengan pegawainya bagi mendapatkan sokongan untuk mendapatkan biasiswa dari kerajaan melanjutkan pelajaran.
"Dia (pegawai Anwar) seorang pemimpin di kalangan pelajar. Dia pun ambil gambar dengan pemimpin lain. Soalnya bukanlah peranan sesiapa tetapi sama ada perkara itu berlaku atau tidak. Saya bukan orang di sebalik perkara ini. Itu terserah pada polis untuk tentukan," katanya.
Katanya adalah menjadi lumrah tetamu, terutamanya para pelajar yang datang ke pejabat Timbalan Perdana Menteri untuk mengambil gambar dengan pegawai-pegawai sebagai kenangan lawatan mereka.
Najib menyifatkan sebagai tidak berasas dakwaan yang dibuat oleh Dr Wan Azizah kononnya gambar itu adalah satu bukti adanya pihak berniat jahat untuk membunuh karier politik Anwar.
"Ini (dakwaan Dr Wan Azizah) bertujuan untuk mengalihkan perhatian terhadap tuduhan sebenar," kata Najib.
Beliau berkata tindakan Dr Wan Azizah membuat kenyataan itu serta menyebarkan gambar tersebut boleh menimbulkan kekeliruan dan salah sangka dalam kalangan umum.
"Saya pasti tuduhan ke atas saya mesti dirancang oleh ketiga-tiga karakter ini, bukan orang lain," katanya .
Beliau bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang bukti pada dakwaan itu.
Anwar hanya menceritakan bahawa Saiful adalah seorang petugas sukarelawan dan bukan kakitangan tetap dan tidak bergaji tetap.
Katanya Saiful bukanlah pembantu khasnya seperti yang didakwa.
Menurutnya Saiful diambi kerja menjelang pilihanraya 8 Mac untuk membantu tugas ketua para pegawainya bernama Ibrahim Yaacob dan seorang lagi yang dikenali sebagai Rahimi.
Ini kerana tiga pegawainya yang lain Nik Nazmi Nik Ahmad, Sim Tze Tsin dan Nurul Izzah bertanding dalam pilihanraya.
Setakat ini tidak banyak diketahui mengenai latar belakang Saiful kecuali beliau adalah bekas pelajar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan pernah bergiat aktif dalam persatuan pelajar.
Tunangnya pula bernama Janna Syariza seorang penyampai berita di sebuah stesyen televisyen.
Gambar pertunangan mereka telah tersebar luas dalam internet.
Jana dilaporkan oleh akhbar The Star sebagai berkata beliau akan tetap berdiri teguh menyokong tunangnya itu dan bersama-sama akan mengharungi segala dugaan yang bakal mendatang.
Kadar sewa kondominium itu dikatakan sekitar RM7,000 sebulan.
Tidak dapat dipastikan bagaimana menampung perbelanjaan menyewa kondominium yang mahal itu.
Sementara itu banyak persoalan yang belum terjawab diketika polis masih lagi menjalankan siasatan termasuk di kondominium dimana kejadian didakwa berlaku.
Sekalipun tidak ada apa-apa kukuh diperolehi setakat ini apa yang berlegar kini khususnya yang didakwa oleh Anwar dan PKR ialah wujudnya konspirasi yang merancang dakwaan itu.
Bagi sesetengah pemerhati dakwaan wujudnya konspirasi ialah jalan termudah mengaburi senario kes itu.
Cubaan untuk mengaitkan Timbalan Perdana Menteri dalam konspirasi itu juga adalah jalan paling mudah mengunakan modal gambar Saiful dengan Khairil Anas.
“Beliau sepatutnya cool saja dan tunggu hingga selesai siasatan polis ”kata salah seorang dari mereka.
Malah menurut sesetengah pemerhati tindakannya lari ke Kedutaan Turki sudah mencetuskan kecurigaan orang.
Dalam pada itu andaian yang popular kebelakangan ini kalau betulah ada konspirasi untuk kenakan Anwar ia satu usaha yang bodoh untuk main balik dakwaan liwat terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1999.
Juga kalau betul ada konspirasi kenapa ia lekeh sangat dan tidak pasang perangkap betul-betul keatas Anwar.
“Kalau macam kes video Datuk Chua Soi Lek itu betul boleh rasa ada perancangan dan konspirasi yang teliti…kalau macam inilah jawabnya konspirasi bodoh’, kata seorang lagi.
Katanya kalau ada konspirasi high level ia pasti amat rapi dan video ala–Chua Soi Lek sudah pasti tersebar luas sekarang.
Andaian itu membuat ramai juga yang lebih melihat dakwaan ini terhad Saiful vs Anwar saja.- 2/7/2008
0 comments Labels: agenda daily, DSWA, kenyataan media, konspirasi
Menteri Umno nafi lompat parti
Malaysiakini |
Muda Mohd Noor | Jul 2, 08 5:23pm |
Seorang menteri dan timbalan menteri dari Umno hari ini menafikan khabar angin yang menyebut mereka adalah antara empat ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat parti, menyertai Pakatan Rakyat. Mereka yang disebut-sebut itu ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaacob (kiri) dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah (kanan). Dakwaan mengenai perkara itu tersebar luas di internet sejak Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, dua daripada empat ahli Parlimen yang akan melompat parti itu, adalah dari Umno. Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Ismail menyifatkan dakwaan tersebut sebaagai "tidak masuk akal dan tidak ada asas". "Saya tidak pernah berkawan dan berjumpa dengan orang PKR. Tidak ada tawaran untuk berbuat demikian (lompat parti)," katanya. Ismail yang juga ahli Parlimen Bera berkata, tidak mungkin beliau menyertai Pakatan kerana sudah mempunyai jawatan iaitu menteri belia dan sukan. "Buat apa lagi saya melompat parti kerana PKR sebuah parti yang tidak berjaya di masa depan. "Ia parti sementara, pada tahun 2012, parti itu akan kalah teruk," katanya. Saifuddin turut nafi Ismail berkata, beliau bukan seorang yang kecewa dalam politik, sebaliknya gembira kerana sudah menjadi menteri belia dan sukan. Katanya, ada kemungkinan Anwar hendak mengalih perhatian rakyat daripada krisis peribadi yang sedang dihadapinya. Anwar dikatakan akan mengumumkan nama empat ahli Parlimen BN yang akan menyertai Pakatan Rakyat di Stadium Malawati, Shah Alam malam tadi, termasuk dua daripada Umno. Bagaimanapun, Anwar tidak berbuat demikian dalam ceramahnya malam tadi. Sementara itu, Bernama memetik Saifuddin menafikan dakwaan beliau akan PKR seperti yang disiarkan di internet. Katanya, dakwaan yang beliau pernah ke luar negara untuk bertemu Anwar baru-baru ini adalah tidak benar sama sekali kerana beliau tidak pernah bertemu dengan mantan timbalan perdana menteri itu sejak 10 tahun lalu. "Saya tetap ahli Umno dan Barisan Nasional (BN) yang setia...Saya dipilih sebagai ahli Parlimen Temerloh atas kepercayaan pengundi saya. "Malah saya dilantik sebagai timbalan menteri di atas tiket Umno dan BN dan saya tidak akan membelakangkan perdana menteri,” katanya dalam kenyataan ringkas melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama. |
0 comments Labels: keluar BN, malaysiakini, UMNO haprak
"Tok Guru pesan sabarlah dalam hadapi dugaan" - Anwar
Harakahdaily Wan Nordin Wan Yaacob Wed | Jul 02, 08 | 5:30:52 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengunjungi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Anwar di Petaling Jaya jam 4.00 petang tadi. Dalam pertemuan dua mata itu antaranya Tuan Guru Nik Aziz melahirkan keprihatinan beliau terhadap apa yang berlaku (tuduhan liwat), kata Anwar ketika mengulas pertemuan tersebut. Ujar Anwar Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan turut melahirkan rasa kesalnya dengan taktik kotor dan berterusan yang dihadapi kini. "Tuan Guru berkata kepada saya, supaya sabar dan katanya adatlah seumpama 'pohon tinggi maka gelobang laut atau angin yang datang ia akan terkena juga' sabarlah dalam hadapinya," katanya. Anwar mengucapkan terima kasih kepada kesudian Tuan Guru Nik Aziz mengunjunginya tatkala Ketua Umum KeADILan itu berhadapan dengan dugaan tersebut. Tuan Guru Nik Abdul Aziz bertemu kira-kira 45 minit dengan Anwar dan meninggalkan pejabat Anwar pada jam 4.50 petang. Menteri Besar Kelantan itu yang datang dengan jubah putihnya ditemani dengan pemandu dan beberapa orang pegawainya, sementara Anwar turut ditemani Naib Presiden, Sivarasa Rasiah./wann _ |
0 comments Labels: DSAI, Harakahdaily, TGNA
Siapa 2 MP UMNO Yang Sertai Pakatan Rakyat?
Tranungkite
Dilulus terbit pada Wednesday, July 02 @ 10:27:29 MYT oleh greenboc
Oleh Greenboc
Spekulasi menjadi bertambah hebat. Di dalam jawapan di lobi parlimen, Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Mohd Ali menyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan 4 orang ahli parlimen Barisan Nasional termasuk dua orang dari UMNO menyertai PKR pada perhimpunan di Stadium Melawati Shah Alam pada 1 Julai 2008 malam tadi.
Namun ia tidak menjadi kenyatan. Difahamkan Datuk Seri Anwar telah diminta oleh keempat-empat ahli parlimen tersebut supaya pengumuman itu ditangguhkan ekoran dari pelbagai tekanan dan ancma yang mereka akan hadapi dari pemimpin tertinggi UMNO/BN sepertimana yang telah berlaku ke atas dua orang ahli parlimen SAPP dari Sabah yang terpaksa pulang ke negerinya tanpa dapat menyertai perbahasan parlimen untuk sessi kedua penggal ke 12 setelah menerima ancaman kerana gara-gara cuba mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri.
Sementara yang kedua ialah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah yang dikatakan telah mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar negara baru-baru ini.
Kelab GB mendedahkan hal ini di atas kepercayaan bahawa kedua-dua orang ahli parlimen ini adalah ikhlas dan jujur di dalam membuat pilihan mereka tanpa perlu rasa bimbang, takut atau gentar kerana selagi rakyat tidak mengetahui selagi itulah spekulasi menjadi-jadi dan kepercayaan rakyat terhadap pemimpin Pimpinan Rakyat akan luntur ekoran dari pelbagai harapan yang tak kesampaian.
Apa-apa juga tekanan atau ancaman yang dilakukan oleh UMNO/BN terhadap ahli parlimen mereka sendiri yang telah hilang kepercayaan terhadap partinya adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan.
Seandainya benar-benar berlaku tekanan, ugutan dan ancaman ke atas kedua orang ahli parlimen tersebut jelas sangat menyerlahkan bahawa pimpinan UMNO/BN adalah di dalam keadaan yang amat tenat dan tertekan.
Barisn Nasional kini berada di dalam keadaan yang amat goncang. Pelbagai masalah yang melanda parti berkenaan tidak memungkinkan untuk mereka terus menerajui kerajaan Malysia dan Putrajaya akan menyaksikan peralihan kuasa di dalam masa yang terdekat ini.
Penderitaan rakyat ekoran kenaikan harga minyak dan barang keperluan, pergolakan yang berlaku di dalam batang tubuh parti-parti komponen BN seperti penarikan diri Presiden dan Timbalan Presiden MCA untuk memprtahankan jawatan di dalam partinya, perletakan jawatan pemuda MIC di Perak, kehilangan kepercayaan masyarakat Cina Pulau Pinang terhadap Gerakan, isu kronisma dan nepostisma yang mendarah-daging di dalam UMNO ekoran kuasa dari tangan-tangan ghaib sang anak dan sang menantu Perdana Menteri - kesemuanya itu menjelaskan bahawa Barisan Nasional sedang hampir karam dan menunggu masa untuk tenggelam ke dasar lauatan yang amat dalam.
Konspirasi terbaru terhadap Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan diatur oleh Timbalan Perdana Menteri bersama sokongan dengan Perdana Menteri sendiri jelas membuktikan keadaan terdesak mereka.
Jawapan Najib sewaktu persidangan medianya mendedahkan bahawa konspirasi itu jelas wujud. Apabila foto seorang pemuda yang bernama Saiful Bukhari Azlan bergambar di pejabat Timbalan Perdana Menteri, iaitu orang yang mendakwa dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim didedahkan dan Najib menyatakan kedatangannya adalah berkaitan dengan biasiswa yang diphon jelas tersasar kerana baru kali ini rakyat mendengar urusan biasiswa pelajaran diuruskan oleh TPM! Sementelah lagi TPM mengetahui foto itu telah dirakam 3 bulan yang lalu.
Orkestra dilanjutkan dengan wujudnya kenyataan-kenyataan menteri-menteri kabinet lain yang sekarang keseumanya cuba menafikan keterlibatan mereka sekalipun foto yang ada menjelaskan bahawa mereka mengenal pemuda liwat berkenaan seperti penafian Azlina Othman Said dan Shahrir Abdul Samad baru-baru ini.
Apa-apa pun kepada kedua-dua ahli parlimen UMNO/BN yang berani membuat perubahan itu demi rakyat dan kebenaran, kami merekamkan syabas dan tahniah. Semuga Allah memberikan anda perlindungan Allah dari sebarang perbuatan jahat dari pemim pin tertinggi UMNO yang kini kian menggelabah untk menunggu saat parti mereka dikeranda dan dikuburkan!
0 comments Labels: keluar BN, tranungkite
Anwar ada bukti dimana beliau berada 26 Jun
Harakahdaily Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh Wed | Jul 02, 08 | 12:44:15 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkh) - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan mengumumkan fakta dimana beliau berada pada 26 Jun lalu iaitu tarikh yang didakwa Saiful Bukhari Azlan sebagai tarikh kejadian liwat kononnya berlaku. Dalam ceramahnya di Stadium Melawati Shah Alam malam tadi, Anwar menyatakan penjelasan mengenai hal itu akan dibuat dalam masa terdekat. Sebelum ini, Saiful Bukhari yang membuat laporan di Pondok Polis HKL di bawah kawalan Jalan Travers mendakwa beliau diliwat Anwar pada 26 Jun lalu di Kondominium Desa Damansara. Bagaimanapun Anwar menafikan dakwaan itu sejurus selepas laporan mengenai dakwaan liwat itu diketahuinya. Di hadapan 10,000 penyokongnya, Anwar turut menegaskan bahawa tuduhan yang dihadapkan ke atasnya itu adalah 'rekaan' semata-mata untuk menjatuhkan beliau. Malah beliau menyesyaki tuduhan itu dilakukan kerana niat jahat pihka tertentu tatkala melihat sokongan terhadap Pakatan Rakyat semakin meningkat. Kenyataan itu disambut dengan sorakan oleh para penyokong yang setia menanti penjelasan Anwar sejak isu tuduhan liwat ke atas beliau dilaporkan media Ahad lalu. Turut berceramah antaranya, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah. Sementara itu Anwar juga memberitahu penyokongnya bahawa beliau telah membuat satu laporan polis terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara berhubung penyelewengan fakta laporan kes 'mata lebam pada tahun 1998. Menurut Anwar laporan polis itu berhubung siasatan kes beliau ditumbuk (mata lebam) oleh bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor pada 1998 yang didakwa melibatkan penyelewengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail. Anwar percaya Musa Hassan dan Gani Patail telah hadir di Bukit Aman pada 20 September 1998 dan mengetahui mengenai serangan Tan Sri Rahim Noor terhadapnya. "Musa dan Gani selanjutnya menyembunyikan fakta mengenai serangan terhadap saya daripada pengetahuan umum sehinggalah mata saya yang lebam dan kecederaan yang saya alami didedahkan di mahkamah," katanya sambil disambut oleh sorakan gemuruh penonton. Dalam ceramah tersebut juga Anwar mengecam sebarang percubaan jahat untuk menjatuhkannya. Bagi Anwar kerja-kerja sedemikian adalah kerja golongan yang terdesak yang tidak mahu melihat Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya untuk mengambil alih pemerintahan. Justeru beliau memberi amaran kepada pihak yang cuba untuk menjatuhkan reputasi beliau agar berhati-hati kerana beliau tidak akan tertipu dengan permainan mereka ini. _ |
0 comments Labels: DSAI, Harakahdaily
Ilham buat Anwar: Jelaskan dimana anda pada 26 Jun 2008
|
Oleh Mohd Sayuti Omar | |
Rabu, 02 Julai 2008 | |
MALAM ini kalau tidak ada aral merintang Anwar Ibrahim akan berucap di stadium Melawati Shah Alam untuk menjelaskan isu yang membelenggu dirinya dan diri orang ramai kini berhubung dakwaan huduh Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa penasihat PKR itu telah meliwatnya di sebuah kondominum pada 26 Jun lalu. Dakwaan Saiful menerusi laporan polis pada 28 Jun itu sungguh berat dan mengejutkan rakyat terutamanya penyokong Anwar dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Rata-rata dakwaan itu dianggap fitnah berniat jahat untuk menghalang Anwar menjadi Perdana Menteri. Kata Anwar laporan polis itu rekan semata-mata dan fitnah yang hendak membunuh kerier politiknya.
Semoga Anwar tabah dan bersikap berani kerana benar dan takut kerana salah. Yakin dan percayalah rakyat akan bersama mendokong kebenaran dan menentang sampai ke tulang hitam setiap kemungkaran! Kejadian itu tak ubah nasib pelari pecutan yang sudah hendak sampai ke penyudahnya tiba-tiba ditembak dari jarak dekat! Bagi orang ramai perbuatan Saiful itu bukan saja membunuh kerier Anwar dan sekaligus cuba menyekat Anwar daripada menjadi Perdana Menteri, tetapi turut membunuh impian dan harapan rakyat. Bagi mereka yang bergelumang bersama dengan Anwar, memperjuangkan politik baru, menegakkan keadilan, menghapuskan neporimse, kroinisme benar-benar kecewa dan hampa. Orang tidak boleh menerima sama sekali dakwaan berkenaan. Betapa lagi kalau selepas ini Anwar ditangkap dan dikurungkan dalam penjara sekali lagi, orang ramai akan merasakan seolah perjungan mereka selam 10 tahun untuk membebaskan Anwar sia-sia sahaja. Kini dakwaan itu dilihat dan berwajah sebagai konspirasi. Memang ada tanda-tanda bahawa ia suatu konspirasi pihak tertinggi sekali lagi. Kalau dulu konspiratornya mendapat perlindungan bekas PM Mahathir Mohamad, kini konspirator dikatakan dilindungi oleh Mohd Najib Razak. Ada munasabahnya persepsi demikian kerana Najiblah sekarang dilihat orang yang sedia menunggu untuk mengambil alih tempat Abdullah. Najib melihat orang yang mengancam dan bakal mengecewaknanya ialah Anwar. Maka adalah tepat kalau beliau bertindak mengekang Anwar mara menrampas kerusi emasnya. Pun begitu Najib menafikannya. Tetapi seperti mana kata Abdullah Ahmad Badawi orang yang kena tuduh akan menafikan bahawa dia tidak terlibat. Penafian Najib itu tidak mudah diterima sebaliknya penafian itu menyebabkan orang makin beranggapan Najib adalah pemain utama di sebalik konspirasi kali ini. Dan maklumat liar mengatakan bahawa ada satu rundingan atas kapal kepunyaan seorang korporat antara Mahathir Mohamad, Daim Zainuddin dan Sanusi Junid mengenai usaha untuk memastikan Najib tetap menjadi PM mungkin ada kaitan dengan tuduhan konspirasi memalukan Anwar kali kedua ini. (Maklumat ini masih dalam siasatan). Seperti dikatakan sebelum ini Anwar tidak perlu takut dan gabra dengan apa yang berlaku kali ini. Kejadian pertama memberi pengalamannya kepadanya. Sekiranya beliau tidak bersalah, untuk apa beliau takut. Sebaliknya beliau kena berani dan bersiap sedia melawan sesiapa saja atas kebenaran. Kebenaran akan disokong Kerana malam ini Anwar akan berucap menjelaskan tuduhan dan dakwaan itu maka elok kalau beliau memberi keyakinan kepada umum bahawa tuduhan itu benar-benar satu konspirasi terjahat sekali. Anwar harus berdiri tegas dan penuh confiden. Dari akal saya yang ceteknya, mudah bagi Anwar menjelaskan isu yang timbul kini. Anwar kena memberi satu bukti sahaja yang beliau tidak terlibat dengan dakwaan itu. Seperti mana yang dilaporkan Saiful Bukhari bahawa beliau diliwati oleh majikannya pada 26 Jun lalu di sebuah kondominium di Bukit Damansara. Anwar perlu patahkan fakta-fakta dalam laporan berkenaan Pertama ialah siapakah majikan Saiful Buhari itu. Beliau tidak menyebut nama majikannya dan ini menimbulkan kekeliruan. Mungkin beliau mempunyai dua majikan atau tiga majikan selain Anwar. Kedua Anwar perlu jelas kepada umum malam ini di mana beliau berada di sepanjang hari 26 Jun lalu. Beliau kena bentangkan diarinya kepada umum malam ini. Saya yakin sekiranya beliau dapat mengingat di mana beliau berada pada hari itu secara automatik kekeliruan atas tuduhan itu akan selesai. Tarikh itu penting kerana Saiful menyebut sekali sahaja tarikh dalam laporan berkenaan iaitu pada 26 Jun. Sekiranya Anwar boleh mematahkan fakta laporan ini, maka rakyat akan menerima sepenuh hati bahawa dakwaan Saiful itu satu fitnah besar dan mungkin beliau layak untuk di hukum penjara atau ditimbus hidup-hidup dalam telaga buta! Semoga Anwar tabah dan bersikap berani kerana benar dan takut kerana salah. Yakin dan percayalah rakyat akan bersama mendokong kebenaran dan menentang sampai ke tulang hitam setiap kemungkaran! *Penulis dilahirkan di Kampung Gual Nibong, Gual Periok, Pasir Mas Kelantan pada Feb, 1960. Mendapat pendidikan dan pengalaman kewartawanan di Indonesia awal tahun 1980-an. Berkecimpung dalam dunia kewartawan/penulisan buku politik sejak lebih 20 tahun. Sehingga kini telah menghasilkan lebih 45 buah buku politik semasa. Antara buku yang menjadi sebutan "Anwar Ibrahim: Mimpi dan Realiti, "Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa:,"Saya Mahafiraun", "Hitam Putih: Darul Arqam" dan lain-lain. Blog beliau boleh dilayari di msomelayu.blogspot.com - Pengarang |
0 comments Labels: DSAI, klpos, msomelayu, penjelasan isu
Krisis MIC makin runcing, Briged Pemuda Kedah pula dibubar
Utusan Online
KULIM 2 Julai – Kemelut politik dalaman MIC semakin meruncing apabila hampir
semua pemimpin Briged Pemuda Kedah termasuk Ketuanya, M. Magendiran bertindak
meletak jawatan dan sekali gus membubarkan sayap pergerakan tersebut hari ini.
Menurut Magendiran, 31, mereka tiada pilihan selain meletakkan jawatan dan membubarkan sayap tersebut kerana mendakwa parti itu sudah hilang arah apabila mengarahkan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, S.A. Vigneswaran berundur.
Katanya, kira-kira 800 ahli Briged Pemuda dari 11 bahagian di Kedah kini juga telah hilang kepercayaan terhadap Presiden parti, Datuk Seri S. Samy Vellu.
"Tujuan kami adalah jelas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Kami bertindak kerana ingin membantah tindakan Presiden parti yang mengarahkan Vigneswaran untuk berundur dengan alasan umur melebihi 40 tahun.
"Kalaulah orang yang dipilih oleh perwakilan Pemuda MIC seperti Vigneswaran senang-senang saja diarahkan berundur, apakah nasib orang seperti kami di Briged Pemuda.
"Kami hanya dilantik oleh pucuk pimpinan dan ini bermakna pada bila-bila masa boleh dibuang begitu saja,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
- Utusan
0 comments Labels: MIC, utusan
Yahya: Surat MB 'politik murahan' Ezam
Malaysiakini |
Jimadie Shah Othman | Jul 2, 08 12:31pm |
Bekas pemimpin kanan PKR Mohamad Ezam Mohd Nor bermain "politik murahan" apabila mendakwa kepala surat pejabat menteri besar Selangor digunakan untuk meminta sumbangan bagi sambutan 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat, kata bekas seorang pegawai kanan. "Bagi saya, perkara itu (tindakan Ezam) adalah politik murahan," kata Mohd Yahya Mat Sahri (foto kiri), bekas pegawai khas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang digantung tugas mulai 26 Jun dan menimbulkan kontroversi berhubung kutipan tersebut. Dalam aduannya kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) semalam Mohamad Ezam mendakwa nombor faksimili yang tertera di surat itu juga menunjukkan ia dihantar dari pejabat Abdul Khalid – ketika itu Yahya masih bertugas. Bekas ketua angkatan muda PKR itu dilaporkan berkata, dengan itu, PKR menggunakan pejabat menteri besar untuk tujuan individu dan parti, yang menurutnya satu bentuk "salah guna kuasa". Yahya berkata, kertas yang ditunjukkan kepada media oleh Ezam hanyalah bahagian hadapan kiriman faksimili sahaja, tanpa mendedahkan kandungan surat yang dihantar serta individu yang menandatanganinya. "Tunjuk fax cover, siapa pun boleh. Maksud (yang dikatakan sesuatu) surat mestilah ada tandatangan, isi dan kepala surat. (Contohnya) Kalau surat dihantar, sampul tidak boleh menjadi bukti tetapi surat itu sendiri," katanya. Menurut Yahya lagi, muka depan kiriman faksimili itu "boleh diambil di mana-mana, boleh dibuat". Beliau bagaimanapun enggan membuat penafian terhadap tuduhan bekas setiausaha Datuk Seri Anwar Ibrahim itu kerana "bukti" yang dikemukakan itu tidak wujud. "Memang tak ada (surat ditunjukkan), jadi saya tak perlu nafi," kata Yahya, yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR. Jumaat lalu, Yahya dilaporkan berkata "Ezam berbohong" berikutan dakwaannya terdapat sejumlah wang sumbangan daripada syarikat-syarikat swasta dimasukkan ke dalam akaun PKR sempena majlis sambutan itu. Semalam, sebagai menjawab tuduhan lawan politiknya itu, Mohamad Ezam tampil ke pejabat BPR Selangor (foto kanan) untuk mengemukakan surat yang menurutnya boleh membantu siasatan kes itu. "Ezam jangan buat kes baru. Mana enam kotak yang dia sebut-sebut dulu?" katanya kepada Malaysiakini hari ini apabila diminta mengulas tindakan ahli Umno itu, mengulas dakwaan Mohamad Ezam pada 1999 bahawa wujud enam kotak dokumen sulit mengenai salah laku barisan pemimpin negara. Yahya menambah, sepatutnya Mohamad Ezam mendedahkan kandungan surat yang dikirim kepada sebuah syarikat swasta bagi membuktikan bahawa ia ada kaitan dengan kutipan derma untuk majlis berkenaan, 20 Jun lalu. |
0 comments Labels: Ezam, malaysiakini, selangor
Family shoots down conspiracy theory
PETALING JAYA: Mohd Saiful Bukhari Azlan’s family stands by him and stresses that no one put them up to accuse Datuk Seri Anwar Ibrahim of sodomy.
An uncle of Mohd Saiful, who did not want to be named, said the family was on its own in this matter.
“We are not getting any backing from the Government. We are on our own but as a family we fully support Saiful.
“We had asked for the Government’s help but they have chosen to back off and not dirty their hands,” he said when met at his house here yesterday.
The uncle added that they had repeatedly called the Inspector-General of Police but were told to stop calling his number.
He said his nephew had initially approached the Bukit Aman police station to lodge his report against Anwar but they turned him away upon learning who he was accusing.
Mohd Saiful eventually found a police station in Kuala Lumpur which was willing to accept his report, his uncle added.
“Saiful is no longer in the hospital but is under police protection and even our family does not know his whereabouts,” he said.
The uncle said the family would eventually hold a press conference to allow Saiful to “explain from A to Z” his accusations against Anwar.
“Our family is a small family and we do not benefit in any way from Saiful’s revelation.
“We are not getting any money and in fact our family is being cut off by other people.
“Saiful is sacrificing himself for the country even though he knows that society will scorn him and the family for his accusation,” the uncle said.
He said Mohd Saiful had also contemplated suicide as he felt that he had committed a sin.
The uncle said he had been a strong supporter of Anwar but was disillusioned now.
On why Mohd Saiful had pictures with of him posing with Cabinet Ministers and a Prime Minister’s Department aide, his uncle said it was normal for a student leader to take pictures with government officials
0 comments Labels: DSAI, konspirasi, the star
Kes Anwar: PM Beri Jaminan Keselamatan Kepada Semua Pihak
Bernama | |
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kerajaan memberi jaminan bahawa keselamatan semua pihak yang terlibat dalam dakwaan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baik pihak pengadu mahupun pihak yang dituduh akan dilindungi.
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata undang-undang negara ini pasti akan digunakan untuk menjamin keselamatan mereka yang terlibat.
"Kerajaan akan pastikan sesiapa juga yang terlihat dalam kes ini sama ada pihak yang buat aduan, atau pihak yang dituduh mestilah dipastikan selamat dan (mengikut) undang-undang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di pejabatnya di sini, hari ini.
Abdullah berkata, Dr Wan Azizah dalam pertemuan itu antara lain memaklumkan kepada beliau mengenai kes yang melibatkan suaminya dan kebimbangan beliau terhadap keselamatan Anwar dan meminta kerajaan memastikan suaminya selamat dan tidak dizalimi dalam siasatan kes berkenaan.
Merujuk kepada keraguan Dr Wan Azizah terhadap peranan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dalam siasatan kes terbaru Anwar, Abdullah berkata perkara itu tidak berbangkit.
"Saya ingin menegaskan di sini bahawa mereka berdua (Abdul Gani dan Musa) adalah orang profesional, mereka masing-masing ada tugas dan tanggungjawab, mesti tahu menjalankannya dengan betul mengikut undang-undang dan tidak akan menyebabkan apa-apa berlaku yang boleh menjadi pelanggaran kepada undang-undang," tegasnya.
Abdullah mengakui Wan Azizah ada menyuarakan keraguannya itu ekoran penglibatan Abdul Gani dan Musa semasa siasatan kes dakwaan liwat terhadap Anwar pada 1998.
Pada waktu itu Abdul Gani merupakan Pendakwa Raya Kanan manakala Musa adalah Pegawai Penyiasat dalam kes itu.
Ditanya adakah mereka akan terus terlibat dalam siasatan terhadap Penasihat PKR itu, Abdullah berkata: "Pada waktu ini saya tidak mendapat kepastian siapa yang akan menjalankan siasatan itu, tetapi yang saya tahu pegawai tertinggi polis daripada Divisyen Jenayah yang mengepalai siasatan yang dijalankan".
Dalam pada itu Abdullah menegaskan bahawa beliau tidak akan campurtangan bagi memastikan siasatan berjalan dengan lancar kerana yakin dengan pihak berkuasa.
"Ini kerana (orang) yang menyiasat akan menjalankan tugas mereka masing-masing kerana mereka adalah profesional, tahu tangungjawab dan kerja masing-masing, tahu apa yang dibenarkan, apa yang menjadi kesalahan, apa yang tidak boleh dilakukan, mereka faham, mereka adalah orang yang berpengalaman dalam hal ini," katanya.
Ditanya sama ada siasatan akan dibuat terhadap Abdul Gani dan Musa berikutan laporan polis oleh Anwar terhadap mereka hari ini, Abdullah berkata adalah menjadi tanggungjawab polis untuk membuat siasatan jika laporan itu berasas.
Anwar hari ini membuat laporan polis berhubung kes pemalsuan keterangan membabitkan serangan ke atas beliau oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor ketika berada dalam tahanan polis, kira-kira 10 tahun lepas.
Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, kira-kira pukul 3 petang.
Ditanya mengenai dakwaan pemimpin PKR bahawa mereka mendapat maklumat daripada risikan negara jiran yang memberi amaran kononnya ada ancaman bunuh terhadap Anwar, Abdullah berkata jika benar, mereka sepatutnya membuat laporan polis.
"Kalau mereka ada apa-apa yang ada hubung kait dengan keselamatan atau berupa ancaman terhadap Anwar, maka mereka perlu buat laporan yang betul kepada polis.
"Jangan hanya buat andaian, (dan) buat cakap, ini yang tidak baik. Dalam kes seperti ini, diharap tidak ada pihak yang membuat andaian atau spekulasi, hendak melemparkan tuduhan-tuduhan kepada mana-mana pihak.
"Biarlah siasatan kes ini dijalankan dengan baik, profesional dan adil," katanya.
Ditanya adakah dakwaan ugutan bunuh itu satu usaha PKR untuk mempolitikkan keadaan, Abdullah berkata: "Serba kemungkinan boleh berlaku kalau tidak ada bukti atau aduan mengenai fakta, maka itu tentulah boleh dianggap cubaan untuk mempolitikkan isu ini."
Ditanya adakah Dr Wan Azizah pada pertemuan itu memohon supaya dakwaan terhadap Anwar digugurkan, Abdullah berkata presiden PKR itu hanya meminta jaminan terhadap keselamatan suaminya dan siasatan terhadap Anwar dijalankan secara adil.
Di akhir sidang media itu, Perdana Menteri sekali lagi menolak dakwaan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) terlibat dalam konspirasi politik bagi menganiaya Anwar.
"Kerajaan tidak akan membuat apa-apa yang berupa penganiayaan dan tidak akan membuat apa-apa tuduhan tidak berasas kepada mana-mana pihak, jadi untuk mengatakan bahawa kerajaan akan mengulangi apa yang dianggap sebagai konspirasi (1998), ini tidak betul," katanya.
-- BERNAMA
0 comments Labels: bernama, DSAI, Pak Lah undur
Akuan pembabitan pejabat Najib
Malaysiakini |
Abdul Rahim Sabri | Jul 1, 08 11:55pm |
PKR mempunyai satu akuan berkanun yang mengaitkan pembabitan pejabat Datuk Seri Najib Razak dengan dakwaan liwat terbaru yang dilaporkan kepada polis Sabtu lalu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Hari ini kita ada satu pengakuan bersumpah daripada seseorang yang belum kita dedahkan yang tahu bahawa memang ada pakatan dan perencanaan yang melibatkan pejabat timbalan perdana menteri untuk menghina saya," kata penasihat PKR malam ini dalam program ceramah penjelasan isu panas tersebut. Sebelum itu beliau mengulangi lagi dakwaan awalnya di sidang media petang tadi, bahawa wujud penglibatan Najib bersama isterinya Rosmah Mansor dan pegawainya Khairil Anas Yusof dalam dakwaan pemuda yang membuat laporan polis Mohd Saiful Bukhari Azlan. Beliau turut mengulangi laporan polisnya di Shah Alam - mendakwa peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan terlibat dalam pemalsuan laporan kedua kes beliau ditumbuk oleh Tan Sri Rahim Noor pada 1998, ketua polis negara waktu itu. Ucapannya hampir sejam itu diikuti pemaparan imej-imej individu-individu berpengaruh, termasuk Najib dan isterinya, yang disebutkan dalam ucapannya. Selain imej Abdul Gani, Musa, Khairil Anas dan Mohd Saiful, imej-imej demonstrasi Gerakan Reformasi 1998 dan perhimpunan Bersih tahun lalu turut ditayangkan di skrin besar di belakang Anwar. Dalam program tersebut, lebih 10,000 penyokong Anwar hadir di Stadium Melawati di Shah Alam untuk mendengar sendiri ucapan tokoh pembangkang tersebut. Selain tayangan imej, turut dinaikkan kain pemidang besar, dianggarkan bersaiz 5 x 5 meter, di bahagian atas, belakang pentas utama. Pemidang itu memaparkan imej mata lebam Anwar akibat dibelasah Rahim sedekad lalu dengan tulisan berhuruf besar "jangan biarkan ini berlaku lagi." Tiga pemidang berimej yang sama dalam saiz lebih kecil digantung di dalam stadium itu. Sebelum Anwar menyampaikan ucapannya pada 10.20 malam, program yang dipengerusikan oleh ahli parlimen Sungai Petani, Johari Abdul, dimulakan dengan ucapan dua naib presiden PKR - Sivarasa Rasiah dan Mohd Azmin Ali. Sewaktu Anwar tiba, mereka menyanyikan lagu Negaraku dan kemudian teriakan "reformasi" bergema di stadium itu sebanyak tiga - dimulakan dengan beliau sendiri sebagai menandakan berakhirnya program tersebut menjelang 11.30 malam. Barisan pemimpin utama pembangkang yang hadir di pentas termasuklah menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, exco kerajaan negeri Ronnie Liu, speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Teng Chang Khim, timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali, setiausaha agungnya Datuk Salehuddin Hashim dan pengerusi PSM Dr Mohamad Nasir Hashim. Program yang bermula jam 9.10 malam itu mula dihadiri orang ramai kira-kira setengah jam lebih awal. |
0 comments Labels: konspirasi, malaysiakini, najib razak
Anwar tak jadi umum kerusi ditandingi, nama 4 MP BN sertai Pakatan
Mstar Online
02-07-2008 12:00:16 AM
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK dan ZANARIAH ABD. MUTALIB
PENYOKONG-penyokong Anwar Ibrahim mengikuti ucapan beliau di Stadium Malawati, Shah Alam malam tadi. - fotoThe Star K.K. Sham
SHAH ALAM: Pengumuman mengenai kerusi Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal tandingi dan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang didakwa akan melompat parti, yang dinanti-nantikan banyak pihak tidak menjadi kenyataan malam ini!
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disebut ramai akan mengumumkan kerusi yang bakal ditandinginya dalam pilihan raya kecil tidak berbuat demikian.
Malah, Anwar yang kini berhadapan dengan isu terbaru dakwaan meliwat seorang pembantu khasnya juga menangguhkan hasrat beliau untuk mengumumkan nama empat Ahli Parlimen BN yang mahu menyertai Pakatan Rakyat.
Sebaliknya kata Anwar, mengambil kira suasana politik semasa beliau akan mengumumkan nama mereka dalam beberapa minggu lagi atas alasan mahu menyelesaikan kes terbaru dihadapinya sekarang.
Beliau memberi jaminan keempat-empat wakil rakyat berkenaan akan tetap bersama Pakatan Rakyat.
Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 10,000 penyokongnya dalam satu rapat umum yang diadakan di Stadium Malawati di sini.
Anwar tiba di stadium itu pada pukul 10 malam dan mula berucap kira-kira sejam bermula 10.15 malam.
Semalam Anwar mengatakan bahawa dua daripada mereka merupakan wakil rakyat Umno.
Dalam ucapannya itu, Anwar berkata, beliau akan turut menjelajah ke seluruh negara untuk menjelaskan kepada rakyat berhubung kes yang menimpanya.
Anwar juga menyentuh isu kesan kenaikan harga minyak, kerajaan tidak telus dan isu yang dihadapinya pada 1998.
Turut hadir dalam rapat umum itu adalah Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali; Setiausaha Agung yang juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Naib Presiden PKR, R. Sivarasa dan Azmin Ali, Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul.
Bagaimanapun pemimpin-pemimpin parti komponen Pakatan Rakyat tidak hadir.
Petang tadi, Azmin ketika ditemui wartawan di bangunan Parlimen berkata, Anwar akan mengumumkan rancangannya untuk bertanding pilihan raya kecil dan nama wakil rakyat BN terbabit.
Terdahulu, Anwar mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya bagi menafikan tuduhan liwat terhadap dirinya oleh bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23.
Beliau percaya, ia merupakan satu konspirasi untuk menjatuhkan karier politiknya.
Anwar membuat laporan polis terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail kerana dikatakan memalsukan keterangan membabitkan serangan ke atas beliau oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor ketika berada dalam tahanan polis, 10 tahun lalu.
0 comments Labels: DSAI, mstar online, PKR