SELESAI… Kontroversi laluan di persimpangan Bandar Mahkota Cheras dan lebuhraya Grand Saga akhirnya selesai apabila Menteri Kerjaraya, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed datang sendiri ke tempat tersebut menyampaikan keputusan kerajaan untuk membuka laluan berkenaan bagi kegunaan penduduk kawasan perumahan berkenaan.
Beliau yang tiba jam 3.30 petang disambut oleh kira-kira 1,000 penduduk dan terus mengambil pembesar suara mengumumkan keputusan kerajaan itu.
Pengumuman beliau itu disambut sorak dan tepukaan gemuruh para penduduk yang hadir sambil ada yang melaungkan hidup ‘Abang Zin’.
Kontroversi tersebut berlarutan sejak sebulan lalu apabila penduduk BMC mengambil tindakan memecah halangan konkrit yang dibina oleh Grand Saga di persimapangan tersebut.
Walaupun pihak Grand Saga beberapa kali cuba membina semula halangan berkenaan, penduduk terus mengambil tindakan memecahkan halangan berkenaan. Akibatnya beberapa insiden termasuk pertembungan antara penduduk dan pihak polis berlaku hingga menyebabkan ada yang tercedera ekoran pergaduhan yang berlaku.
Menurut Zin, kerajaan prihatin dengan masalah yang di terhadap hadapi oleh penduduk BMC dan dengan keputusan yang dibuat oleh kerajaan itu beliau berharap tidak ada lagi pihak-pihak yang cuba mencetruskan lagi kekecohan dan melanggar undang-undang.
Menurutnya, pihak kerajaan tidak berdiam diri dalam isu berkenaan sebaliknya telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Grand Saga dan pemaju BMC, Narajaya Sdn Bhd untuk mencari jalan penyelesaian.
“Rakyat sepatutnya bersabar dan tidak bertindak di luar batas undang-undang kerana kerajaan tidak pernah mengabaikan setiap rungutan dan keluhan rakyat,” katanya.
Dengan keputusan berkenaan, pihak Grand Saga bersetuju untuk tidak membuat tuntutan ganti rugi terhadap kerajaan sehingga kes mahkamah yang melibatkan pemaju dan Grand Saga diputuskan.
Serentak dengan keputusan berkenaan, sebuah jentolak terus memulakan kerja-kerja merobohkan halangan yang ada dan para pekerja Grand Saga melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan berkenaan.– 30/5/2008









"Tindakan seperti ini tidak berbeza dengan pemerintahan lalu. Maka demi menjaga kuota, kualiti akan dirobohkan."
Melalui laman webnya 'Minda Mufti', beliau mengulas kenyataan exco hal ehwal agama Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali awal minggu ini, termasuk isu pengharaman arak dan hiburan.
Dr Hassan, yang juga pesuruhjaya PAS, menafikan parti itu pernah berjanji menutup semua pusat hiburan termasuk kilang arak dalam pilihanraya umum lalu.



Pengerusi Jawatankuasa Buka Jalan BMC, Tan Boon Hwa berkata, beliau telah dimaklumkan oleh menteri pengangkutan Datuk Ong Tee Keat mengenainya tengah hari tadi.
Pertikaian berhubung tindakan syarikat itu membina benteng menutup jalan akses berlarutan sejak tiga tahun lalu tetapi ia sampai ke kemuncaknya pada 21 April lalu apabila penduduk di situ, dengan sokongan beberapa ahli exco kerajaan negeri Pakatan Rakyat, bertindak memusnahkan benteng yang dibina pada 2005.
Selepas mahkamah membuat keputusan yang memihak kepada Grand Saga, Zainal Abidin mengeluarkan notis tiga hari lalu bahawa benteng konkrit akan dibina semula di situ dan berharap orang ramai tidak


Artikel yang disiarkan dalam blog tersebut antaranya bertajuk 'Ezam ada bukti PM dan Dr Mahathir beri projek kepada anak menantu'.
Adakah ini tanda-tanda besar kiamat buat UMNO? Adakah UMNO sudah sampai pada waktunya lantas akan turun dari takhta politik tanah air? Dr Mahathir pengasas UMNO Baru sudah melepaskan keahliannya dan akan hanya kembali pada UMNO setelah Pak Lah meletakkan jawatannya.
Najib mengulas tindakan Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Tan Kee Kwong menyertai kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Tan, 61, yang juga bekas timbalan menteri tanah dan pembangunan koperasi, mengikut jejak langkah bekas timbalan setiausaha agung Datuk Lee Kah Choon yang sebelum ini menerima tawaran kerajaan Pulau Pinang yang ditadbir Pakatan Rakyat bagi mengetuai dua agensi kerajaan negeri - investPenang dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.
Ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim yang meminta BN mengambil tindakan terhadap wakil rakyatnya, Datuk Mukriz Tun Dr Mahathir (Jerlun) dan Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak) kerana kritikan menghina kerajaan atau Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Najib berkata ia akan dikaji.