
Memang diakui saya ada bertemu beliau dan kerap berhubung dengan beliau mutakhir ini, sebagai seorang teman. Tiada pertemuan sulit. Kami membincangkan secara serius mengenai masa depan GERAK sebuah gerakan muda yang memfokuskan usaha pembenterasan rasuah dan pemerkasaan demokrasi yang saya terlibat membantu Ezam menubuhkanya. GERAK telah diserahkan kepada sekumpulan anak muda untuk mengekalkan sikap non partisan demi matlamat kelahiranya yang lebih besar.
Sebelum ini saya mengelak memberikan komen kerana melihat perkembangan Ezam yang sememangnya sudah setahun lebih keluar parti tidak perlu diperbesarkan. Saya tidak mahu terperangkap untuk memberi komen dalam peristiwa yang kurang penting. Saya selaku MPT yang di pilih melalui pertandingan parti tidak akan sekali kali mengkhianati mandat yang diberikan kepada saya oleh perwakilan parti.
Ezam masih teman saya. Semoga beliau tidak 'hanyut' dalam Umno.
Saya kini dan saya percaya teman MPT yang lain juga sedang secara serius dan bersungguh - sungguh mempersiapkan keADILan dan PAKATAN yang berada di peringkat akhir untuk mengambil alih kerajaan pusat. Saya menyeru seluruh pimpinan, ahli parti dan aktivis reformasi terus bekerja keras demi merialisasikan agenda pemerkasaan kedaulatan rakyat.
Salam REFORMASI.
0 comments:
Post a Comment