+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, July 7, 2008

Gambar2 Koleksi Sekitar Himpunan Sejuta Rakyat ( part 1 )

Perisik Rakyat

Assalamu'alaikum...


Macam yang aku janjikan...ni la serba sikit gambar-gambar sekitar "Himpunan Sejuta Rakyat 678" yang sempat aku snap siang tadi...untuk sessi pengenalan ni aku lampirkan gambar-gambar para pimpinan Pakatan Rakyat yang sempat aku ambik & juga mereka-mereka yang terlibat memeriahkan acara "Himpunan Sure Merah" anjuran PROTES hari ini...

Aku tak nak komen apa-apa tentang acara hari ni sebab dah ramai sangat yang komen...lantak pi lah depa...kita tengok gambar je dulu...wokey...1st session aku bagi 10 keping dulu no...banyak sangat ni semua sekali 353 keping gambar...bagi can la gua update slow-slow ek...penat ni...

antara yang terawal menghadirkan diri & antara yang tak pernah ponteng dalam semua acara Pakatan Rakyat...tahniah buat YB Loh Gwo-Burne MP Kelana Jaya.

Brader Hishamudin Rais pun ada jugak...stage & Hishamudin tak dapat dipisahkan...

Dr.Hatta & Che'Gu Bard antara tulang belakang PROTES.

Dinsman - Rakyat Tengok Dia "MACAM ORANG GILA!!!" bravo Dinsman...your the man!

Bakal Menteri Dalam Negeri YB Mat Sabu & Dr.Hatta.

Pyan Habib...lu hebat...

YB Tumpat saudara Kamaruddin Jaafar pun hadir sama.

Azmin Ali & ??? ( aku lupa la nama uncle ni... )

Pengunjung setia ISA...korang tau sape kan???

YB MB Selangor Dato' Khalid Ibrahim sempat meninjau gerai jualan DUN Paroi...meriah beb...rekod jualan gerai DUN Paroi - 6000 helai T.Shirt PROTES dalam masa seminggu & hari ni di Stadium MBPJ 1000 helai sebelum jam 9 pagi setel.(T.Shirt PROTES SAHAJA!!!) ni tengah kira untung ni kot...bertambah la Dana Dun Paroi...Tahniah...

Ok...setel sessi pengenalan...gambar selanjutnya bakal menyusul...sabar bro & sis...

Berjuang,berjuang,berjuang & terus berjuang!!!



OK - banyak lagi gambar himpunan PROTES di blog perisik rakyat. Sila layari!!!

Read More...

Koleksi Video - Balasubramaniam Diugut Atau Dirasuah ?

Balasubramaniam Diugut Atau Dirasuah ?




Kedua-dua juga jenayah! Bala telah mengubah Akuan Bersumpah pertamanya dan menerbitkan Akuan Bersumpah kedua.

Apakah yang berlaku pada Bala di Bricksfield?

Lu fikir la sendiri!!!!!!!!!!!

Read More...

Perak bekal air paip percuma

Malaysiakini

Jul 7, 08 4:57pm

Selepas Selangor memberikan 20 meter padu air percuma, kini Perak - sebuah lagi kerajaan Pakatan Rakyat - turut memperkenalkan langkah serupa untuk mereka berpendapatan rendah.

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata penduduk berpendapatan kurang daripada RM750 sebulan akan mendapat kemudahan itu bermula Ogos ini.

nizar jamaluddin 100 days interview 180608Selangor, yang menunaikan janji dalam manifesto PAS dan PKR, mula melaksanakan kemudahan itu bulan lalu seluruh negeri kepada pemilik meter air individu.

Menteri besar Perak menambah, 15,000 penduduk miskin di negeri ini dikenal pasti bakal menerima manfaat itu dengan anggaran kos perbelanjaan yang ditanggung Lembaga Air Perak (LAP) sebanyak RM2 juta sebulan.

"Pemberian air percuma itu adalah sebahagian daripada sumbangan kerajaan negeri kepada penduduk miskin di Perak bagi meringankan beban mereka berikutan harga barang yang semakin meningkat," katanya hari ini, lapor Bernama.

Read More...

Di Sebalik Pembunuhan Altantuya.

Utara Online


Artikel

 Najib tidak berani jawab isu hubungan dengan Altantuya. Najib juga akui bertemu Saiful 2 hari sebelum Saiful membuat repot Polis terhadap Anwar -- Bukti dia terlibat dalam konspirasi. (Sumber: Parti Keadilan Rakyat)

Bersama-sama ini disertakan beberapa isu dan telahan mengenai kes pembunuhan wanita Mongolia, Aminah Abdullah.



Pertama:
Peguam Zulkifli Noordin pernah mendedahkan Altantuya Shaaribu telah memeluk agama Islam dengan nama Aminah Binti Abdullah.

Telahan:
Apakah Altantuya memeluk Islam bagi berkahwin dengan lelaki Muslim? Jika benar, siapakah lelaki tersebut?

Berdasarkan kepada Akuan Berkanun Encik P. Bala, lelaki tersebut ialah Abdul Razak Baginda.

Kedua:
Peguam Karpal Singh telah menimbulkan satu persoalan, apakah Altantuya mengandung ketika mayatnya diletupkan? Apakah motif penggunaan bom C4 untuk memusnahkan badannya? Jika dia mengandung, siapakah bapa kepada kandungan tersebut?

Ketiga:
Akuan Berkanun Raja Petra Raja Kamaruddin menyatakan Rosmah turut berada di tempat kejadian ketika mayat Altantuya diletupkan. Jika benar, mengapa Rosmah perlu berada di situ?

Keempat:
Akuan Berkanun P. Bala menyatakan Menteri Pertahanan Najib Razak pernah meniduri dan meliwat Altantuya (Akuan ini dipinda). Jika tidak benar, mengapa Najib tidak berani menjawab hubungannya dengan wanita Mongolia itu?

Kelima:
Tujuan Altantuya mengembara dari jauh datang ke Malaysia. Menurut Akuan Berkanun P. Bala, Altantuya mahu mendapatkan wang imbuhan USD 500 000 seperti yang dijanjikan semasa menguruskan transaksi pembelian kapal selam.

Telahan:
Altantuya bukan datang sebagai seorang pelancong. Dia mempunyai agenda lain ketika bertandang ke sini.

Lagipun mayat pelancong tidak akan dimusnahkan dengan bom C4.

Kesimpulan Kes: Hubungkan perkataan - perkataan tersebut.

Menteri Pertahanan, Najib Razak, meniduri dan meliwat, Aminah Abdullah, berkahwin, Razak Baginda, pembelian kapal selam, USD 500 000, mengandung?, Rosmah, bom C4.

Read More...

Suruhanjaya siasat Najib, Gani, Anwar

Malaysiakini

Jul 7, 08 4:20pm

Pemuda PAS menyerahkan memorandum kepada Yang di-pertuan Agong, menyeru baginda menubuhkan suruhanjaya diraja menyiasat beberapa dakwaan terkini melibatkan tokoh-tokoh utama negara, termasuk timbalan perdana menteri, ketua polis negara dan peguam negara.

Dalam memorandum yang sama, ketuanya Salahuddin Ayub juga berkata dakwaan itu termasuklah tuduhan liwat terhadap penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Patik merasa terpanggil untuk meminta supaya satu suruhanjaya siasatan diraja dapat dibentuk untuk membuat penyiasatan terhadap YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak dan isterinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Gani Patail dalam aduan-aduan tersebut," katanya, yang menyerahkan memorandum kepada seorang pegawai Istana Negara tengah hari tadi.

pas youth submit memo to agung 070708 meet with palace officerSalahuddin, yang juga ahli parlimen Kubang Kerian, memohon agar baginda menitahkan Najib, Musa dan Abdul Gani untuk bercuti daripada jawatan mereka sehingga selesai penyiasatan oleh suruhanjaya tersebut.


Berikut teks lengkap memorandum tersebut:

Seri Paduka Baginda Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya patik merafakkan sembah dan berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wataala, mudah-mudahan Seri Paduka Baginda Tuanku dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sentiasa berada dalam selamat dan kesejahteraannya.

Adalah dengan ini patik Salahuddin bin Ayub, selaku Ketua, Dewan Pemuda Parti Islam Se Malaysia (PAS) yang mewakili seluruh saf pimpinan dan ahli-ahli parti serta rakyat Malaysia yang menyokong dan bersimpati dengan kami, dengan ini mengangkat sembah mengadu dan membawa ke perhatian Seri Paduka Baginda Tuanku mengenai kemelut politik negara yang semakin tenat dan perlu kepada tindakan segera.

Patik percaya sekalian rakyat amat bimbang dan gusar terhadap suasana perebutan kuasa serta lontaran fitnah dan tuduhan yang melibatkan kredibiliti pihak-pihak paling tertinggi dalam negara.

Patik merujuk kepada pertuduhan-pertuduhan berikut:-

1. Surat akuan bersumpah YM Raja Petra Raja Kamarudin bertarikh 18 Jun 2008 melibatkan Datin Seri Rosmah Mansor isteri YAB. Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, Timbalan Perdana Menteri dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu;

2. Laporan polis terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertarikh 28 Jun 2008 oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan melibatkan tuduhan liwat;

3. Laporan polis Dato’ Seri Anwar bertarikh 1 Julai 2008 terhadap Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara dan Tan Sri Abdul Ghani Patail Peguam Negara memberi keterangan palsu berhubung beliau dipukul oleh bekas Ketua Polis Negara, Abdul Rahim Noor pada 20 September 1998;

4. Surat akuan bersumpah P. Balasubramaniam bertarikh 1 Julai 2008 berkenaan tuduhan terhadap YAB. Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd Razak dan surat akuan bersumpah keduanya bertarikh 4 Julai 2008 yang menarik balik tuduhannya.

Patik berpandangan pada masa ini, oleh kerana terdapat tuduhan langsung terhadap YAB. Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd Razak dan isterinya, serta tuduhan terhadap Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara dan Tan Sri Abdul Ghani Patail Peguam Negara maka badan eksekutif negara sudah hilang kelayakan untuk menangani penyiasatan dan pendakwaan dalam kesemua tuduhan dan laporan di atas yang amat berkaitan antara satu sama lain.

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun.

Oleh yang demikian, patik merasa terpanggil untuk meminta supaya satu Suruhanjaya Siasatan Diraja dapat dibentuk untuk membuat penyiasatan terhadap YAB. Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd Razak dan isterinya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Ghani Patail dalam aduan-aduan tersebut.

Patik sekalian juga memohon agar Seri Paduka Baginda Tuanku menitahkan YAB. Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Ghani Patail untuk bercuti dari jawatan mereka sehingga selesai penyiasatan oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja.

Ampun Tuanku,

Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan doa kehadrat Allah Subhanahu Wataala mudah-mudahan Seri Paduka Baginda Tuanku dan Seri Paduka Raja Permaisuri Agong dan seluruh kerabat Tuanku sekalian dilanjutkan usia dan berada di dalam kesejahteraan dan kebahagiaan selama-lamanya.

Amin Ya-Rabbal-Alamin.

Ampun Tuanku.

Patik dengan segala hormat takzimnya,

Salahuddin bin Ayub
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
4 Rejab 1429 / 7 Julai 2008

Read More...

Tiga teori Bala 'hilang'


SEORANG jiran memeriksa kunci rumah Balasubramaniam di Taman Pelangi, Rawang yang tidak berpenghuni.


KUALA LUMPUR - Polis menyifatkan 'kehilangan' penyiasat persendirian P. Balasubramaniam yang dilaporkan oleh anak saudaranya, R. Kumaresan, 26, kelmarin boleh dikaitkan dengan tiga teori.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, Teori pertama: berkemungkinan Balasubramaniam merasa takut untuk berjumpa polis lalu menyembunyikan diri.

"Tapi jika dia takut untuk berjumpa kita, dia boleh datang ke balai polis bersama peguamnya untuk tujuan siasatan terhadap kedua-dua akuan bersumpah yang dibuatnya,'' kata beliau di sini semalam.

Teori kedua: berkemungkinan dia disembunyikan oleh pihak-pihak tertentu yang merasakan keselamatannya terancam selepas dia menarik semula akuan bersumpahnya.

Teori ketiga: kebuntuan mengenai misteri 'kehilangan' Balasubramaniam pula disebabkan oleh anak saudaranya sendiri, R. Kumaresan.

"Kumaresan kurang memberi kerjasama kepada polis kerana setiap kali ditanya perkara-perkara berkaitan dengan bapa saudaranya itu dia banyak menyuruh kira rujuk pada peguam,'' ujarnya.

Katanya, tindakan Kumaresan itu menyukarkan polis menjalan siasatan mengenai kehilangan Balasubramaniam yang dilaporkan sendiri oleh Kumaresan.

Jumaat lalu, Balasubramaniam menarik semula akuan bersumpah pertama yang dibuatnya pada 1 Julai lalu.

Dalam akuan bersumpah yang ditarik itu antara lain menyebut penglibatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kononnya telah memperkenalkan Altantuya Shaariibuu kepada penganalisis politik, Abdul Razak Baginda.

Bagaimanapun, sehari selepas penyiasat persendirian itu menarik balik akuan bersumpah itu, dia bersama keluarganya dilaporkan hilang.

Ditanya kemungkinan Balasubramaniam sudah keluar dari negara ini, Mohd. Bakri memberitahu, daripada maklumat Interpol dan polis di sempadan, Balasubramaniam belum keluar dari negara ini.

Katanya, pihaknya akan terus menyiasat kedua-dua akuan bersumpah yang dibuatnya selain menyiasat mengenai 'kehilangannya' yang membantutkan penyiasatan polis mengenai kes tersebut

Read More...

Nik Aziz: Hanya ambil kakitangan, pemimpin solat 5 waktu

Mstar Online

07-07-2008 01:40:24 PM

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan membawa satu usul dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mewajibkan mereka yang menunaikan solat lima waktu dan solat Jumaat sebagai syarat wajib pengambilan bekerja bagi pemimpin, ketua jabatan dan kakitangan awam kerajaan negeri.

Beliau berkata, cadangan untuk syarat menunaikan solat itu akan dijadikan sebagai satu kemestian dalam memegang jawatan sama seperti syarat kelayakan mesti lulus Bahasa Malaysia dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaan.

"Saya akan mencadangkan di dewan sebagai syarat wajib untuk memilih jawatan ketua kampung, tok penghulu, pemimpin dan kakitangan awam. Mereka mesti menunaikan solat lima waktu dan solat Jumaat.

"Syarat ini bagi memastikan mereka yang dipilih adalah mereka yang menjaga akhlak mereka supaya menjauhi daripada elemen rasuah dan tidak bermoral," katanya kepada pemberita semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Beliau mengulas soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit, Muhamad Mustafa mengenai langkah kerajaan negeri bagi mengatasi gejala meninggalkan solat khususnya solat Jumaat dan sejauhmana penguatkuasaan undang-undang terhadap isu itu.

Nik Aziz berkata, pada pandangan beliau menunaikan solat lima waktu yang ditetapkan sebagai rukun Islam adalah menjadi satu tanggungjawab yang wajib perlu ditunaikan oleh orang Islam dan mereka yang tidak menunaikan rukun itu mempunyai masalah di dalam hati iaitu kelemahan di dalam nilai akhlak dan moral.

"Sembahyang itu adalah makanan kepada hati sama seperti makan makanan untuk keperluan perut. Jika hati tidak diisikan maka hati kita akan lapar dan mudah terpengaruh kepada nilai-nilai negatif.

"Mereka yang tidak menunaikan sembahyang itu menunjukkan bahawa mereka sudah tidak takut kepada Tuhan, Tuhan yang maha berkuasa, apatah lagi kepada manusia, yang sememangnya kurang berkuasa. Mesti mereka ini tidak takut dan berani berbuat apa saja," katanya.

Mengulas enam anggota pembangkang daripada Barisan Nasional yang bertindak keluar Dewan sebagai membantah tindakan Speaker Mohd Nassuruddin Daud menolak 10 daripada 15 soalan lisan, Nik Aziz berkata ,ia (tindakan keluar) merupakan pilihan mereka.

"Terdapat juga soalan-soalan daripada ADUN PAS yang ditolak dan ini adalah satu perkara biasa," katanya.

Ketika sidang Dewan bersambung, Mohd Nassurudin mengumumkan Datuk Ahmad Rusli Ibrahim dipilih sebagai Senator untuk mewakili Dewan negeri Kelantan mulai hari ini.

Nama Ahmad Rusli dicadangkan oleh Nik Aziz dan disokong Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob.

Ahmad Rusli, yang menggantikan Wan Ubaidah Umar, adalah bekas Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kelantan dan tewas di tangan Datuk Alwi Che Ahmad di kerusi DUN Kok Lanas pada pilihan raya umum 8 Mac lalu. BERNAMA

Read More...

kes liwat -18 saksi dipanggil


Berita Harian

Oleh Nik Sukry Ramli
niksukry@bharian.com.my


Datuk Seri Anwar Ibrahim

Polis rekod keterangan dakwaan kes liwat babit Anwar

KUALA LUMPUR: Polis sudah memanggil 18 orang termasuk pakar perubatan untuk merekodkan keterangan berhubung dakwaan kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Bakri Zinin, berkata lebih ramai saksi mungkin dipanggil dan polis akan mendapatkan perintah mahkamah mengikut Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah sekiranya saksi terbabit enggan bekerjasama. Memberitahu sidang media di sini semalam, Bakri bagaimanapun berkata setakat ini polis belum memanggil Anwar untuk merekodkan keterangannya.

"Kita perlu rekodkan semua keterangan saksi terlebih dulu termasuk meneliti keputusan ujian DNA. Sekiranya keterangan itu mencukupi dan ada asas untuk Anwar dipanggil, kita akan panggil.

"Saya harap media tidak membuat andaian, dan membuat perbicaraan melalui media sebelum kes ini dibawa ke mahkamah," katanya.

Datuk Bakri Zinin

Bakri berkata, polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh dan seadil-adilnya tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

"Kes ini akan disiasat dengan adil. Kita akan kumpul seberapa banyak maklumat termasuk mengambil kira hasil ujian DNA bagi membuktikan siapa di pihak yang benar," katanya.

Pada 28 Jun lalu, pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis yang mendakwa beliau diliwat Penasihat PKR itu di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Damansara, dua hari sebelum itu.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara antara lima hingga 20 tahun dan sebatan.

Khamis lalu, Mohd Saiful dibawa ke Ibu Pejabat Polis Brickfields di sini untuk direkodkan keterangannya.

Bakri berkata, Mohd Saiful kini diletakkan dalam perlindungan polis atas permintaannya selepas membuat laporan beliau diliwat Anwar.

Mohd Saiful, bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Universiti Tenaga Nasional (Uniten), mula berkhidmat sebagai sukarelawan PKR pada pilihan raya umum lalu sebelum menjadi pembantu Anwar.

Read More...

Laporan polis kehilangan Bala

Malaysiakini

Andrew Ong | Jul 5, 08 7:49pm

Penyiasat persendirian P Subramaniam yang membuat akuan berkanun yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya Shaariibuu - dan menariknya balik sehari selepas itu - kini tidak dapat dihubungi.

Turut hilang ialah isterinya dan tiga orang anaknya.

Ekoran itu, anak saudaranya, R Kumaresan membuat laporan polis hari berhubung kehilangan Balasubramaniam serta isteri dan anak-anaknya itu.

balasubramaniam nephew 050708 reportKumaresan, 27, yang ditemani seorang peguam, membuat laporan 'orang hilang' di balai polis Brickfields pada 5 petang tadi.

Semalam Balasubramaniam membuat akuan berkanun kedua, tanpa bahagian yang merujuk kepada pembabitan Najib dalam kes Altantuya.

Dalam akuan berkanun pertamanya, Balasubramaniam mendakwa Najib mempunyai seksual dengan wanita Mongolia tersebut.

Peguam N Surendran, yang mewakili Kumaresan, memberitahu pemberita bahawa pelanggannya itu "amat rapat" dengan keluarga Balasubramaniam dan membuat laporan polis itu kerana bimbangkan keselamatan mereka.

Surendran, yang menegaskan beliau tiada kaitan dengan PKR, berkata Balasubramaniam telah keluar dari rumahnya di Rawang dan membiarkan dua ekor anjingnya di situ tanpa memaklumkannya pada sesiapa.

"Balasubramaniam (dan keluarganya) tiba-tiba hilang begitu sahaja," kata Surendran.

Menjawab soalan pemberita, Kumaresan menafikan kemungkinan Balasubramaniam sedang bersembunyi.

Katanya, kali terakhir dia bercakap dengan Balasubramaniam adalah selepas penyiasat persendirian itu membuat akuan berkanun pertamanya pada 1 Julai.

"Beliau menyerahkan satu salinan kenyataan asalnya kepada adik saya, Segar, untuk disimpan," katanya, sambil menambah, beliau tahu yang bapa saudaranya akan mengumumkan dokumen tersebut dalam satu sidang akhbar.

Kumaresan berkata, dia dapat bercakap dengan isteri Balasubramaniam pada malam Khamis selepas sidang akhbar bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menurutnya, tiada apa yang tidak kena pada masa itu.

Bagaimanapun, Kumaresan percaya Balasubramaniam dan keluarganya hilang pada pagi berikutnya, pada hari akuan kedua dibuat, dan tidak dapat dihubungi lagi selepas itu.

Kumaresan memberitahu pemberita bahawa agak luar biasa bagi
Balasubramaniam dan keluarganya berbuat demikian kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Jika beliau ditahan, kami mahu polis memberitahu kami. Saya tidak fikir beliau sedang bersembunyi," tegasnya, sambil menambah, Balasubramaniam tidak pernah menyatakan dia dalam bahaya.

Sementara itu, ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang tiba di balai polis tersebut kemudiannya, memberitahu pemberita bahawa PKR bimbang dengan keselamatan Balasubramaniam.

Tegasnya, inilah yang akan berlaku jika tidak ada undang-undang untuk melindungi saksi atau pemberi maklumat.

Chua adalah antara tiga ahi Parlimen Pakatan Rakyat yang turut berada di balai polis Brickfields untuk memberi sokongan kepada Balasubramaniam.

Read More...

Jika Paklah Kekal Memerintah Beberapa Bulan lagi, Ekonomi Malaysia Merudum

Utara OnlineArtikel

Semalam pasaran indeks saham Kuala Lumpur ditutup paling rendah dalam satu tahun selepas pada hari sebelumnya pasaran saham malaysia digantung akibat kegagalan sistem komputer berfungsi. Kegagalan tersebut dipercayai akibat dari virus yang dikenali sebagai C4, dalam minggu lepas juga kita mendengar bagaimana kilang Nikko Eletronik menutup operasinya secara tiba tiba yang menyebabkan 1000 pekerja dan melibatkan 1000 keluarga hilang punca pendapatan.

Jangan disebutlah soal kenaikan harga makanan, barang keperluan dan barang pembinaan, kerana kenaikan ini sudah umpama pesta dan hadiah kemenggan kerajaan Barisan Nasional.ini baru 1 bulan kesan yang kita dapat lihat akibat kenaikan harga minyak yang melampau dilakukan oleh seorang Menteri kewangan yang bodoh dan menteri kewangan kedua yang dikenal sebagai kaki judi.

Daripada petunjuk ini dapatkah kita bayang apa yang bakal menanti kita 2-3 bulan akan datang? Ditambah keadaan politik dan kacau bilau yang direncanakan sendiri oleh Paklah dan budak tingkat 4. Mereka tidak belajar dari permainan mereka dahulu dalam isu Hindraf. Kini permainan mereka menjerumuskan kita ke arah mebangkrapkan Negara.

Selain dari haru-biru Politik, kini ancaman sudah kita dengar dari fenomena ekonomi Global, kisah kelemahan nilai matawang dollar Amerika, soal kenaikan harga minyak dan Perang Amerika Iran hanya menunggu masa dan diramalkan bermula sebelum bulan ramadhan. Tanda tandanya kini diperingkat akhir.

Malangnya dalam kita menghadapi situasi sukar ini negara kita mempunyai jeneral yang begitu Bodoh dalam soal ekonomi, perbelanjaan dalam negara kini dalam keadaan teruk, peniaga dalam keadaan tertekan akibat kurangnya kuasa membeli sehingga ke peringkat peniaga gerai makan sudah merungut kerana rakyat sudah mulai berjimat dalam soal makan.

Apakah anda tidak nampak tandanya kini makin dekat? Bayangkan dalam keadaan kakitangan kerajaan yang mengalami kenaikan gaji sehingga 40% tetapi perbelanjaan negara sama seperti negara miskin. Apa sudah jadi? Gaji naik tapi nak makan masih tak cukup. Usah cerita soal nak renovate rumah atau beli kereta baru lebih parah lagi polisi yang membenarkan kakitangan Kerajaan berniaga. Kerajaan makin bingung. Inilah PM paling bodoh pernah saya lihat.

Tidak cukup dengan itu, polisi bagi kakitangan awam pencen di umur pada umur 58 akan memberi kesan 30ribu peluang pekerjaan bagi lepasan universiti . Apa sudah jadi?

Simen , besi semua ikut harga pasaran, kini banyak dari projek yang siap 50% terpaksa dihentikan akibat kenaikan barang pembinaan, malah Paklah terpaksa bentang tambahan 30 billion hanya untuk menggerakan projek sedia ada, bukannya melakukan projek baru. Manakala belanja pengurusan kerajaan meningkat dari tahun ketahun sedangkan produktiviti negara menurun.

Tidak lama lagi kita akan mendengar satu persatu Kilang yang beroperasi di malaysia akan mengucapkan "Selamat Tinggal Malaysia" ataupun pelabur ini akan lari malam seperti yang dilakukan kilang Nikko Elektronik. Bayangkang andai 10 Kilang lagi memberhentikan operasinya dan setiap kilang mempunya 1500 pekerja, ia akan mengakibatkan 15000 keluarga hilang pendapatan. Maknanya mereka akan jatuh miskin. Itu belum dikira kontraktor-kontraktor yang akan mula hilang pendapatan.

Projek jambatan Pulau Pinang sahaja belanjanya 5 Billion yang dapat hanya satu syarikat bersama kroninya, sedangkan kontraktor kelas F kini yang berjumlah 40,000pun akan hilang punca pendapatan. Salahnya siapa? Salahnya kita membiarkan orang Bodoh memerintah Negara. Mereka yang diatas hidup senang lenang menyapu semua khazanah negara, rakyat papa kedana. Perdana Menteri jenis bodoh dan kuat tidurnya, malah pergerakannya dikawal si anak menantu. Sampai bila kita harus membiarkan negara kita dibawa ke arah kemiskinan?

Persatuan perniagaan Cina kini sudah mula resah. Nahkoda Malaysia terlalu bodoh, pemimpin Umno tidak henti henti memainkan sentimen perkauman. Permainan politik sudah semakin kotor, orang no 1 dan 2 MCA sudah meletak jawatan sebagai mengambil sikap bertanggungjawab manakala pemimpin no 1 dan 2 UMNO kini masih mahu mempertahankan kuasa biarpun negara ini jatuh miskin atau jadi huru-hara. Satu cara nak pertahan kuasa guna cara politik paling kotor.

Negara akan terjerumus ke kancah kemiskinan dan kegawatan. Tidak ada lagi cara lain kita mahu menyelamatkan Ekonomi Malaysia, hanya peralihan kuasa dan kepimpinan baru yang mampu menjadi jeneral bagi menghadapi fenomena global dan ancaman ekonomi.

Kini tiba masanya pemimpin BN bukan Melayu menyertai Pakatan Rakyat sebagai mengambil rasa tanggungjawab membentuk gagasan baru kepimpinan negara ,membina ekonomi baru yang lebih gemilang. Kalau tidak, bangsa cina yang akan mengalami kesan yang paling teruk andai Paklah terus memerintah negara dalam kebodohannya. Kerana mereka antara kelompok terbesar golongan peniaga. Berfikirlah demi generasi anda.

Jika Paklah memerintah 2-3 bulan lagi negara akan menghadapi krisis ekonomi , politik dan juga diheret kepada ketegangan kaum. Bagi rakyat inilah masanya kita mendesak satu perubahan. Demi masa depan kita, Paklah tidak pernah insaf dengan penindasannya kepada Rakyat.

Hanya kita punyai kuasa terakhir sebelum Malaysia terjerumus ke kancah kemelesetan Ekonomi dan akhirnya jatuh miskin. Andai suatu masa nanti bila kita hanya bergantung kepada minyak di kala ekonomi dan perindustrian kita sudah mati. Jadilah kita seperti Nigeria dan Sudan, negeri yang ada hasil minyak yang banyak tetapi rakyatnya miskin.

"Kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan"

AYUH LAWAN AGENDA JAHAT UMNO!!
AWAN TETAP LAWAN

- Reformis Muda

Read More...

Allah akan tentukan kebenarannya - Najib


Agenda Daily

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak gentar atau takut untuk menghadapi fitnah terhadap dirinya kerana yakin kebenaran akan terbukti kelak.

Timbalan Perdana Menteri berkata hanya Allah yang akan menentukan kebenarannya kelak terhadap segala fitnah yang dilemparkan kepadanya.

"Allah yang akan menentukan yang benar, Allah yang akan membalas di Akhirat, silap-silap di dunia pun dah dapat balasannya nanti," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan Berkelompok Tahunan Umno bahagian Pekan , Sabtu.

"Saya tidak gentar, tidak takut untuk hadapi fitnah, kebenaran akan terbukti, saya dan isteri (Datin Seri Rosmah Mansor) akan hadapi segala-galanya dan yakin kebenaran akan timbul," katanya.

"Sejarah sendiri akan menilai atau menghukum apa yang kita buat (jika kita bersalah)," katanya.

Bernama melaporkan Kenyataan beliau dipercayai merujuk kepada laporan mengenai kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Kepada Umno anggota bahagian Pekan, Najib secara berseloroh berkata: "Janganlah buat saya rungsing hati dan kepala untuk serabut fikir hal di (bahagian Umno) Pekan. Dah banyak cabaran sehari dua ini, jangan ada kerenah pula di Pekan ini," kata Najib sambil tersenyum.

Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan turut berharap mesyuarat Umno peringkat cawangan bahagian itu pada Julai ini akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

"Kita bawalah nilai baru, semangat baru, terus berjuang dengan semangat baru dan jadiakan Umno parti yang segar, dinamik, anggun dan menarik kepada masyarakat," katanya.

Sebanyak 139 cawangan Umno di Pekan akan mula bermesyuarat pada 17 Julai ini dan bahagian Pekan merupakan bahagian Umno paling ramai keanggotaannya di Pahang iaitu seramai 32,087 ahli.

Najib berkata kemenangan besar Parlimen Pekan pada pilihan raya umum lepas perlu dipertahankan bagi memastikan Pekan dan Pahang terus menjadi kubu kuat Barisan Nasional.

Sementara itu Timbalan Ketua Umno bahagaian Pekan Datuk Ishak Muhamad berkata Umno Pekan akan terus berdiri teguh di bawah kepimpinan Najib bagi menghadapi sebarang fitnah yang dilemparkan pihak pembangkang terhadapnya.- 5/7/2008

------------------------------

Dari laporan polis ke akuan bersumpah...




Ibarat kita sedang memandu – pastikan pakai tali pinggang keledar.Mungkin banyak yang tidak diduga bakal ditempohi sepanjang perjalanan nanti.

Begitulah halnya untuk mengharungi senario politik semasa yang diwarnai oleh dakwaan itu ini yang ‘meletup-letup’.

Laporan polis yang dibuat petang Sabtu lalu oleh Saiful Bukhari Azlan bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu meliwatnya sudah cukup sensasi.

Ini diikuti oleh drama Anwar lari ke Kedutaan Turki dan dakwa wujudnya konspirasi kenakan beliau.

Pada waktu orangramai ternanti-nanti untuk tahu apa ceritanya kes itu,jam 11.30 pagi Khamis Anwar adakan sidang akhbar untuk lepas ‘ bom’ terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau mengunakan akuan bersumpah pasal kes Altantuya oleh seorang bekas penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam yang diupah oleh penganalisis politik Abdul Razak Baginda.


Betul ke tak betul dakwaan yang terkandong dalam akuan bersumpah setebal 16 muka surat.. itu lain cerita.Bunyinya memang sensasi.

Antara yang didakwanya ialah maklumat penting mengenai hubungan antara Najib dan wanita Altantuya yang pernah diberikannya pada polis dua tahun lalu tidak dimasukan dalam perbicaraan mahkamah kes wanita Mongolia itu yang sudah masuk hari ke 124.

Balasubramaniam mendakwa Najib yang memperkenalkan Altantuya kepada Razak Baginda, yang ketika itu Pengarah Eksekutif Pusat Kajian Strategik Malaysia (MRSC) pada satu pameran berlian di Singapura,




Selain itu, Altantuya juga telah dijanjikan komisyen AS$500,000 atas khidmat sokongannya dalam urusan pembelian kapal selam.

Anwar mendesak agar sebuah suruhanjaya diraja di tubuhkan untuk menyiasat dakwaan-dakwaan itu.

Ada juga pemerhati yang andaikannya sebagai bom asap Anwar untuk kaburi perhatian keatas kes dakwaan liwat keatasnya.

Ada juga yang menilai senarionya sudah macam ‘ perang ‘ antara Anwar dan Najib.Ini membuatkan para wartawan dan jurugambar berkampong di bangunan Parlimen pula.

Jam 6.40 petang Najib pula berdepan dengan para wartawan di pejabatnya di situ untuk menjawab dakwaan yang nyata sekali boleh conteng arang pada imejnya.

Di satu arina lain macam-macam khabar angin bertiup.Ini hal biasa dalam senario politik sebegini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berpendapat fitnah kini bermaharajalela dalam negara kerana terlalu banyak khabar angin yang menyusahkan hati rakyat.

"Banyak sangat khabar angin. Buat cerita, tabur fitnah itu ini..tak habis-habis. Seolah-olah fitnah bermaharajalela.

“Ini menyebabkan rakyat tak pernah senang. Dengar cerita yang bukan-bukan dan mudah sangat percaya.

"Mereka jadi kelam kabut dan tambah-tambah lagi (cerita) dan jadi makin teruk, bukan makin baik,” katanya menjawab soalan para wartawab dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) di pejabatnya di bangunan Parlimen.

Abdullah berkata, sepanjang 35 tahun terbabit dalam dunia politik, beliau tidak pernah melihat terlalu banyak perkara yang berlaku termasuk khabar-khabar angin yang membimbangkan rakyat.

Perdana Menteri enggan mengulas mengenai tuduhan terbaru yang yang dibuat Anwar terhadap Najib kerana menyifatkannya subjudis memandangkan ia masih dalam perbicaraan mahkamah.

"Beliau (Najib) ada memberitahu saya tadi tapi kami tidak membincangkannya,"katanya.

Dengan nada kesal Abdullah juga kata terbaru beliau diberitahu oleh pegawainya bahawa terdapat khabar angin yang mendakwa Saiful mempunyai kaitan dengan keluarga menantu perempuannya.

"Ada yang kata, Saiful adalah anak angkat kepada keluarga menantu perempuan saya. Apa itu... tak pasal-pasal.

"Belum tahu lagi betul atau tidak tapi orang dah tanya," katanya.

Apapun kata Perdana Menteri keadaan negara adalah aman dan selamat, dan rakyat tidak perlu bimbang dan percaya dengan khabar angin yang mendakwa negara kini dalam keadaan darurat.

Abdullah berkata, keadaan ekonomi dan keselamatan negara juga dalam keadaan terkawal dan rakyat tidak sepatutnya terlampau teruja dengan apa yang berlaku di negara pada masa ini.

"Negara tidak berada dalam keadaan darurat. Kerajaan ini sebuah kerajaan yang stabil, percayalah.

"Keselamatan negara ini masih terkawal dan berada dalam keadaan mengawal semua (perkara).

"Kita tahu apa yang sedang berlaku dan negara ini akan aman dan selamat dan pada hari ini pun (selamat)," katanya bila ditanya tentang andaian kononnya latihan bersama yang diadakan antara Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera menunjukkan negara menghadapi darurat.

"Rakyat tidak perlu bimbang. Mereka boleh mengadakan latihan bersama jika mereka mahu. Mereka mahu berkoordinasi. Ini tidak patut dianggap atau diandaikan sebagai sesuatu yang kita perlu bimbangkan," katanya.


Kata beliau, kerajaan akan bertindak jika terdapat sebarang masalah.- 3/7/2008

Read More...

Usah 'bermain' dengan sumpah laknat: Mufti

Berita Harian

Islam tak anjur individu terbabit fitnah junjung al-Quran


KUALA LUMPUR: Umat Islam tidak harus mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan sesuatu masalah fitnah dengan memaksa individu yang didakwa terbabit melafazkan sumpah mubahalah atau sumpah laknat, sekali gus menjadikan al-Quran sebagai alat untuk membuktikan seseorang itu berada di pihak benar atau tidak.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata melafazkan sumpah itu wajar dijadikan jalan terakhir selepas mereka yang saling tuduh-menuduh tidak dapat membuktikan kebenaran dakwaan itu melalui proses lain dalam mencari keadilan.

“Dalam soal tuduhan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim misalnya, mana-mana pihak mesti berhati-hati dalam membuat keputusan untuk menggunakan al-Quran dan lafaz sumpah laknat ketika mahu menyelesaikan masalah berkenaan.

“Berusaha cara lain dan cari dulu cara lain yang boleh mengait atau mengelakkan seseorang itu daripada tuduhan berkenaan. Biarlah pihak keselamatan atau proses perundangan menentukan kebenaran tuduhan ini melalui proses pencarian bukti, saksi dan sebagainya.

“Jika tuduhan itu terus melarat, barulah lafaz sumpah itu digunakan,” katanya diminta mengulas kewajaran cadangan untuk bersumpah menjunjung al-Quran bagi membuktikan kebenaran masing-masing.

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid, berkata Islam tidak pernah mensyariatkan supaya orang yang terbabit dalam fitnah bersumpah dengan menjunjung al-Quran tetapi cukup hanya bersumpah dengan nama Allah SWT.

Beliau berkata, adalah tidak wajar dan haram hukumnya untuk seseorang Islam menjadikan al-Quran sebagai alat untuk bersumpah kerana yang diharuskan agama ialah bersumpah dengan melafazkan nama Allah sebanyak tiga kali.

“Hanya Allah SWT yang berhak menggunakan nama makhluknya seperti al-Quran dan alat lain dalam mempertahankan kebenaran sesuatu perkara. Manusia pula disyariatkan bukan bersumpah dengan alat atau al-Quran sekalipun ketika mempertahankan diri mereka daripada fitnah atau penipuan tetapi cukup dengan menyebut tiga nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi.

“Kalimah sumpah itu adalah yang termasyhur dan biasa disebut semua orang sama seperti lafaz sumpah yang digunakan ketika pemimpin politik mengangkat sumpah di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri,” katanya.

Mufti Johor, Datuk Noh Gadut, berkata isu fitnah yang berleluasa ketika ini wajar ditangani di mahkamah yang bakal membabitkan lebih ramai pihak berwibawa dalam menentukan keputusan sama ada seseorang itu bersalah atau tidak.

Read More...

Tindakan provokasi, bukan pembangkang

Malaysiakini

Jimadie Shah Othman | Jul 7, 08 1:28pm

Vokalis kumpulan Carburetor Dung, yang mengadakan persembahan kontroversi di perhimpunan membantah harga minyak semalam, percaya kekecohan terjadi akibat provokasi pihak yang tidak dikenali.

"Saya rasa kejadian ini berpunca daripada provokasi tiga orang yang menghalang itu.

"Tetapi saya tidak rasa mereka ini kumpulan penyokong (pembangkang) yang hadir itu. Tidak tahulah siapa (mereka)," kata Alak kepada Malaysiakini hari ini.

Sebelum kejadian membaling objek dan menyerbu pentas sehingga mencederakan beliau, Alak waktu itu sedang menyanyikan Mari nyanyi menjilat.

Tiga orang itu pada mula melahirkan rasa tidak senang dengan lagu tersebut di depan pentas apabila penyanyi ini menunjukkan punggungnya, sehingga ternampak seluar dalam, kepada penonton.

Mereka kemudian naik ke pentas dan diikuti serbuan penonton ke depan, sambil marah-marah kepada Alak dan kumpulannya.

Kumpulan penyokong itu juga membaling botol minuman dan batu bata.

protes fuel price hike rally mppj stadium 070708 26Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7 petang semalam sewaktu majlis perhimpunan anjuran Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) di stadium Kelana Jaya.

Kira-kira 2,000 penonton berada di depan pentas dan tempat duduk menyaksikan konsert ringkas selama 15 minit.

Ekoran itu, skuad AMK terpaksa membawa anggota kumpulan seramai empat orang itu beredar di situ bagi melindungi keselamatan mereka.

Sebelum itu, keadaan meriah ketika kumpulan itu menyampaikan tiga buah lagi - sebuah lagi inggeris, dan dua buah lagi Melayu - Tak boleh dan Hantu raya di Putrajaya - yang berunsur satira politik.

Penulis kolum terkenal Hishamuddin Rais, yang turut terlibat menganjurkan segmen muzik dalam perhimpunan sehari suntuk semalam, kemudiannya memohon maaf kepada para penonton dan berkata beliau bertanggungjawab atas kejadian tersebut.

Beliau juga menjelaskan beliau yang membawa kumpulan tersebut dan mereka tiada kena mengena dengan mana-mana parti politik.

Hishamuddin juga kelihatan terlalu sedih dan mengalirkan air mata.

Menurut Alak lagi, ketika tiga lelaki tersebut menegurnya, beliau tidak perasan dengan teguran itu kerana sedang asyik dengan lagu yang dibawanya.

"Saya tidak sedar, saya tengah asyik (feel) dengan lagu," jelasnya.

"Saya sebenarnya tidak melondehkan seluar seperti yang ditulis oleh beberapa media hari ini."

Ketika membuat persembahan itu, tambah Alak, beliau tidak berniat menimbulkan ketidakpuasan hati penonton.

Sehubungan itu, beliau meminta maaf sekiranya tindakannnya itu menimbulkan kemarahan penonton.

"Saya minta maaf kalau buat penonton marah. Bukan niat saya untuk membuatkan orang marah," katanya, sambil menambah persembahan mereka semalam dibuat secara percuma dan kehadiran mereka "demi rakyat."

"Mungkin kami salah khalayak."

Carburetor Dung merupakan kumpulan punk rock terkenal yang ditubuhkan pada 1991 di Kuala Lumpur. Kumpulan ini diasaskan oleh pemain bes Fendi dengan nama Stormfish pada mulanya.

Nama itu ditukar kepada Carburetor Dung apabila Joe Kidd - seorang nama besar dalam perkembangan muzik indie - menyertai kumpulan itu.

Nama kumpulan ini diambil daripada sebuah buku tulisan wartawan muzik Lester Bangs berjudul Psychotic Reactions and Carburetor Dung.

Carburetor Dung setakat ini mempunyai dua album, satu EP dan album bersama serta enam album kompilasi. Kumpulan ini sangat sinonim dengan dunia muzik indie tempatan dan bermain dalam pelbagai konsert dan gig di Malaysia mahupun luar negara.

Mengulas cara bantahan itu dibuat, vokalis kumpulan punk rock itu berkata:

"Beliau tidak puas hati dengan cara bantahan di buat. Sepatutnya mereka (penonton) bertenang dan bawa berbincang, bukan (guna) kekerasan."

Sebelum persembahan, Alak berkata, Carburetor Dung tidak menjangkakan perkara itu akan berlaku memandangkan mereka "berjuang untuk perkara yang sama".

Sebelum itu, mereka juga diminta berpakaian kemas dan permintaan itu dipatuhi, kata Alak.

Menurut beliau, lagu Mari nyanyi menjilat ciptaan 2004 sebuah satira, yang dimuatkan dalam EP Macam celaka/hanturaya Putrajaya kumpulan tersebut, tentang orang yang suka membodek, antaranya untuk mendapatkan kontrak.

Ketua kumpulan itu Joe Kidd pula menyifatkan bantahan itu terjadi berpunca daripada salah faham penonton terhadap satira dan insiden ini tidak patut berlaku.

"Ini semua salah faham, tak boleh faham satira. Perkara ini tidak patut berlaku," katanya kepada Malaysiakini.

Persembahan pentas merupakan sebahagian daripada kebudayaan dan pemuzik seperti mereka mempunyai cara tersendiri menyampaikan pandangan mereka, kata pemain gitar itu yang turut berada di pentas sewaktu kejadian.

"Ini merupakan sebahagian daripada kebudayaan. Kami ada cara tersendiri meluahkan pandangan. Mungkin kami terlupa, situasi berbeza," kata beliau.

Menurut Joe , mereka tidak perlu meminta maaf kerana lagu-lagu mereka membicarakan soal rasuah dan integriti.

"Tidak perlu meminta maaf kerana kami bercakap soal rasuah dan integriti dalam lagu. (Lagipun) bantahan itu lebih kepada emosional," katanya.

Lagu terakhir mereka dalam perhimpunan semalam, menurutnya disampaikan berdasarkan lirik asal tanpa ad lib dan penambahan.

Kedua-dua ahli kumpulan itu menyatakan kesediaan mereka untuk terus membuat persembahan sekiranya diundang lagi di masa akan datang.

Read More...

Sumpah: Anwar sudah rujuk Ulama dalam, luar negara

KLpos


Cetak E-mail
Oleh Bernama
Isnin, 07 Julai 2008

PJ: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mahu mengangkat sumpah atas nama Allah dalam kes tuduhan liwat ke atasnya oleh bekas pembantunya 28 Jun lepas kerana dinasihatkan oleh ulama dalam dan luar negara supaya tidak berbuat demikian.

Beliau mendakwa 10 tahun lepas, beliau pernah bersumpah atas tuduhan liwat tetapi tetap dituduh, diterajang, dipukul dan dipenjarakan yang kesemuanya tidak mengikut Islam dan al-Quran.

"Saya nak jawab perkara ini setelah merujuk dengan ulama dalam dan luar negara. Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria juga mengulas perkara ini dan begitu juga bekas Mufti Wilayah Datuk Hashim Yahaya," katanya semasa berucap pada perhimpunan 'Protes Sampai Turun Harga Minyak 2008' di Stadium MBPJ di Kelana Jaya Ahad malam.

Beliau berkata sekiranya perkara itu hendak dibawa pertuduhannya di bawah Mahkamah Syariah, Anwar berkata beliau sudah mencadangkannya pada 1998 apabila pertuduhan liwat dikenakan ke atasnya.

"Saya meminta empat orang bukti dan saya sedia didakwa. (Sekiranya tidak) saya anggap kes ini tidak ada asas sama sekali," katanya.

Katanya beliau tidak mahu ada pemimpin Umno yang mahu mendabik dada meminta beliau berbuat demikian kerana bersumpah atas nama Allah bukan perkara politik tetapi mengikut kaedah syarak dan memerlukan nasihat oleh ulama yang berwibawa.

Read More...

Perhimpunan Protes: Sekatan dan dakwaan batal bantut sasaran 1 juta

Utara OnlineBerita

PERHIMPUNAN Aman membantah kenaikan harga minyak anjuran Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) yang sedang hangat berlangsung di Stadium MBPJ Kelana Jaya dijangka tidak mampu memenuhi sasaran penyertaan seramai satu juta rakyat.



Ini berikutan tindakan pihak polis mulai semalam telah mengadakan sekatan jalanraya dan membuat pemeriksaan setiap kenderaan bukan sahaja yang memasuki kawasan susur masuk stadium berkenaan tetapi juga turut melibatkan jalan-jalan negeri .


Perkara ini didedahkan sendiri oleh beberapa pemimpin Protes termasuk penyelarasnya, Dr Hatta Ramli yang melihat lima sekatan diadakan sepanjang perjalanannya dari Kuala Krai.

Tidak kurang juga ada kalangan rakyat yang awalnya begitu berkobar-kobar turut serta dalam perhimpunan ini kemudiannya was-was untuk mengamatkan suasana perhimpunan selepas menerima perkhabaran bahawa ia telah dibatalkan dan dianggap satu perhimpunan haram kerana tidak mendapat kelulusan permit dari pihak polis.

Selain itu ada juga yang menganggap pertukaran lokasi beberapa kali dalam tempoh singkat turut menjadi faktor yang menjadikan sasaran penyertaan rakyat jauh menyimpang ditambah lagi kontroversial penarikan diri 700 anggota Unit Amal PAS yang ditugaskan mengawal perhimpunan ini.

Acara kemuncak

Justeru, tidak hairanlah andai penyertaan hanya mampu mencapai lingkungan 100, 000 orang sahaja menjelang jam 9.00 malam sebelum bermulanya kemuncak program ucapan perdana para pemimpin tertinggi komponen Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Md Isa dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Ketika ini, Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri yang mewakili negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kedah sedang menyampaikan ucapan masing-masing manakala Perak dan Kelantan diwakili Datuk Nga Kor Ming dan Datuk Husam Musa.

Dalam hal ini, kita tidak harus menyalah atau menunding jari kepada pihak Protes semata-mata kiranya sasaran yang diharapkan gagal dicapai angkara halangan-halangan kecil ini kerana setiap persiapan kearah itu giat dijalankan setiap hari termasuk roadshow dan majlis penerangan di seluruh negara.

Read More...

GAMBAR SEKITAR HIMPUNAN PROTES HARGA MINYAK

Mstar Online

06-07-2008 04:09:13 PM

Senarai gambar perhimpunan yang diadakan bagi membantah kenaikan harga minyak di Stadium Kelana Jaya hari ini.

ANTARA peserta perhimpunan bantah kenaikan harga minyak di Stadium Kelana Jaya hari ini. - foto Bloomberg News

MELAHIRKAN protes dalam perhimpunan bantah kenaikan harga minyak di Stadium Kelana Jaya. - foto Bloomberg News

GERAI jual cenderamata juga menjadi tumpuan hadirin.

MENUNJUKKAN risalah yang diedarkan di Stadium Kelana Jaya.

SEBAHAGIAN daripada hadirin di Stadium Kelana Jaya pagi tadi.

BERLATARBELAKANGKAN kain rentang menggesa kerajaan menurunkan balik harga minyak.

DENGAN mengenakan kemeja-T berwarna merah melaungkan seruan meminta harga minyak diturunkan.

PERKEMBANGAN SEMALAM:

PENGANJUR menghiaskan Stadium Kelana Jaya sejak petang tadi.

KESESAKAN ekoran sekatan jalan di Jalan Ipoh.

ANGGOTA polis turut diletakkan di kawasan padang Jalan Timur, Petaling Jaya iaitu lokasi awal pilihan penganjur untuk mengadakan perhimpunan protes.

PEMERIKSAAN polis melibatkan semua jenis kenderaan.




Read More...

"Bersumpah...saya akan lakukan" - Anwar


Harakahdaily


Mon | Jul 07, 08 | 7:10:58 am MYT

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Hrkh) - "Jika mahu saya bersumpah dengan nama Allah, insya-Allah saya akan lakukan,"demikian kata Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan oleh Malaysiakini sewaktu berceramah di hadapan lebih 30,000 orang di Stadium MPPJ, Kelana Jaya malam tadi.

Menurutnya, beliau sanggup bersumpah dan dibicarakan di mahkamah syariah terhadap tuduhan liwat terhadapnya, dengan syarat ia mengikut undang-undang syariah sepenuhnya.

"Saya mencabar mereka memberikan bukti-bukti sebelum menuduh dan mengaitkan saya.

"Saya sedia menerima apa sahaja hukuman jika dibuat mengikut undang-undang yang adil.

"Saya akan tunduk jika mereka boleh memberikan bukti tuduhan terhadap saya.

"Jika mahu saya bersumpah dengan nama Allah, insya-Allah saya akan lakukan," tegasnya diikuti tepukan gemuruh para hadirin.

Malaysia mesti diselamatkan

ImageUcapan beliau malam tadi merupakan acara kemuncak perhimpunan rakyat membantah kenaikan harga minyak semalam.

Menurut Anwar lagi, pada 1998, katanya, beliau dituduh dengan kes yang hampir sama.

"Saya telah bertanya kepada ulama-ulama, mereka melarang saya bersumpah.

"Tetapi saya tetap bersumpah, namun saya dipukul dan dipenjarakan.

"Mengapa kes ini dibangkitkan sekarang? Kerana kita maju ke depan. Kamu main drama 'Sivaji The Boss', kita main drama 'Sivaji The Boss'.

"Malaysia mesti diselamatkan, Malaysia mesti diselamatkan, Malaysia mesti diselamatkan," ulang Anwar sambil disambut temukan gemuruh dan laungan reformasi.

Pada 28 Jun lalu, pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis mendakwa mantan timbalan perdana menteri itu meliwatnya di Kondominium Desa Damansara, beberapa kali sekitar bulan Jun lalu.

Sebelum ini, Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan supaya isu liwat yang mengaibkan itu diselesaikan secara mubahalah atau "sumpah" sekiranya ia tidak dapat diselesaikan secara perundangan dunia.

Manakala, Pergerakan Pemuda Umno Terengganu meminta mufti Perlis itu tampil sebagai orang tengah bagi membawa mereka yang terbabit dalam mubahalah dengan alasan Dr Mohd Asri tidak dipengaruhi mana-mana badan politik.

Dan semalam, Dr Mohd Asri mencadangkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi orang tengah yang akan membawa Anwar dan Saiful untuk "mubahalah" atau 'bersumpah' sebagai jalan penyelesaian isu liwat yang kini menjadi tumpuan nasional.

Saya akan bongkar habis-habisan

ImageDalam ceramahnya juga, Anwar mendakwa beliau tidak mahu isu tuduhan liwat ini menjadi isu peribadi beliau.

"Tetapi (ia) diulang dengan jahat dan (dengan) fitnah yang kejam. Kita tidak terima ini.

"Saya akan bongkar habis-habisan. Siasatan polis tidak seteruk tahun 1998-1999 tetapi akan beri kerjasama penuh untuk siasatan," kata Anwar lagi.

Anwar berkata, jika beliau dipukul, ditangkap dan dipenjarakan lagi, ia tidak akan menyelesaikan masalah.

Beliau bertanya selama enam tahun beliau di dalam penjara, adakah politik baik, rasuah turun dan harga minyak turun?

Anwar menambah, politik sudah tidak terkawal dan kerajaan Pakatan Rakyat mahu memulihkan keyakinan pelabur.

Mengenai dakwaan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamid Albar bahawa beliau memberi maklumat kepada Amerika Syarikat, Anwar berkata:

"Kalau ada bukti saya telefon dan surat yang saya hantar kepada Amerika Syarikat, saya boleh diambil tindakan.

"Jika tidak saya akan saman kamu," katanya disambut tepukan gemuruh pada hadirin.

Anwar juga berkata, beliau sedia berdebat dengan Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek pada 15 Julai ini berhubung isu kenaikan harga minyak.

Bagaimanapun, katanya, lebih baik debat itu dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi atau Timbalannya, Dato' Seri Najib Tun Razak. - mks._

Read More...

Mufti Perlis cadang Nik Aziz jadi orang tengah

Malaysiakini

Jul 6, 08 1:24pm

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan Mursyidul Am Pas menjadi orang tengah yang akan membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan untuk "mubahalah" atau 'bersumpah' sebagai jalan penyelesaian isu liwat yang kini menjadi tumpuan nasional.

nik azizKatanya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga menteri besar Kelantan mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat terutama di kalangan para penyokong PAS dan sudah semestinya, beliau layak untuk menjadi orang tengah itu.

Ketika dihubungi Bernama di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini, Dr Mohd Asri berkata, beliau sebolehnya tidak mahu terbabit dalam sebarang isu politik tetapi terpaksa mengeluarkan pandangan apabila menyentuh perkara yang berkaitan agama.

"Saya percaya dengan pengaruhnya, Nik Aziz berupaya menjadi orang tengah," katanya yang baru selesai menjalani pembedahan kecil di IJN dan dibenarkan keluar dari institut itu hari ini.

mohd asri zainul abidinDr Mohd Asri sebelum ini mencadangkan supaya isu liwat yang mengaibkan itu diselesaikan secara mubahalah atau "sumpah" sekiranya ia tidak dapat diselesaikan secara perundangan dunia.

Semalam, Pergerakan Pemuda Umno Terengganu meminta Mufti Perlis tampil sebagai orang tengah bagi membawa mereka yang terbabit dalam mubahalah dengan alasan Dr Mohd Asri tidak dipengaruhi mana-mana badan politik.

Tidak perlu modal

Bagaimanapun, Dr Mohd Asri berkata, apa yang lebih penting ialah tokoh yang menjadi orang tengah itu mempunyai pengetahuan agama yang tinggi dan diterima masyarakat meskipun beliau merupakan pemimpin politik.

Beliau turut menegur kesilapan fakta berhubung mubahalah yang dikaitkan sebagai kaedah "menjunjung al-Quran" sedangkan menurutnya dalam mubahalah, setiap orang akan memohon kelaknatan Allah ke atas dirinya jika berada di pihak yang salah.

Mufti Perlis itu percaya mubahalah yang tidak memerlukan wang atau modal akan menghapuskan prasangka dan hukumannya adalah adil.

Dalam mubahalah, seseorang yang dikaitkan perlu menyebut "Ya Allah! Jika aku lakukan apa yang dituduh ke atasku, maka laknatilah aku" manakala satu pihak lagi perlu menyebut " Ya Allah! Jika dia tidak lakukan apa yang aku tuduh itu, maka laknatilah aku."

Katanya, dalam isu yang melanda negara kini, seeloknya bermubahalah agar orang ramai tidak berbalah dan bertelingkah.

"Selepas bermubahalah, kita serah keputusan kepada Allah," katanya.

Read More...

Anwar cabar kerajaan buktikan beliau hubungi Amerika

Harakahdaily

Suhaimi Taib

Sun | Jul 06, 08 | 2:57:15 pm MYT

Kerajaan Malaysia sepatutnya mengheret bekas Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah sekiranya terdapat bukti beliau menghubungi mana-mana pihak yang ada hubungannya dengan Amerika Syarikat (AS) dalam kes keselamatan diri dan yang berkaitan.

Tidak wajar pemimpin Umno hanya berani menuduh Anwar dalam media milik parti itu tetapi tidak berani berdepan secara undang-undang dengan membawa kes berkenaan ke mahkamah.

Tindakan sedemikian membolehkan orang awam membuat telahan bahawa pemimpin Umno kini takut dengan bayang-bayangnya sendiri.

Sebaliknya Anwar pula berani menyaman sesiapa sahaja yang menfitnah beliau termasuk bekas pembantu khasnya, Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa beliau diliwat Anwar.

Satu saman berkenaan sudah difailkan di sebuah mahkamah di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Walaupun banyak pihak tidak yakin dengan ketelusan mahkamah, namun banyak kes menandakan mahkamah mahu bersikap adil dan memutuskan untuk menolak kes dakwaan yang tidak cukup bukti seperti kes tuduhan liwat ke atas Anwar tahun 1998.

Najib perlu membersihkan dirinya dari sebarang tuduhan yang mencalari imej dan kredibilitinya sebagai pemimpin negara dengan mengemukakan bukti dan memberi keterangan di mahkamah bahawa beliau tidak terbabit dengan sebarang jenayah dengan mana-mana orang di dalam negara dan luar negara.

Jika tidak ada bukti direkodkan di mahkamah, ia boleh didakwa sebagai usaha menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan umum tentang apa yang berlaku di sebalik kejadian yang menggembarkan negara termasuk pembunuhan wanita Mongolia, tuduhan liwat dan konspirasi politik terhadap Anwar.

Sementara itu, Bernama melaporkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dato' Seri Anwar Ibrahim mencabar kerajaan Malaysia membuktikan bahawa beliau ada berhubung dengan wakil kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk meminta bantuan daripada negara itu.

Anwar berkata sekiranya kerajaan mempunyai bukti bahawa beliau ada berbuat demikian bekas Timbalan Perdana Menteri itu sedia untuk tampil ke mahkamah.

"Saya tidak buat panggilan, saya tidak menulis surat dan (isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) sendiri pun tidak menghubungi mana-mana pihak dari kerajaan AS. Tetapi ada beberapa pemimpin Islam dari luar negara yang menghubungi saya dan meminta saya bersabar serta mereka mendoakan keselamatan saya.

"Saya sudah beritahu saya akan hadapi perkara ini, kalau mereka (kerajaan) ada bukti, bawalah saya ke mahkamah. Saya bersedia," katanya dalam ceramah perdana di sini Sabtu malam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Syed Hamid Albar yang mengatakan campur tangan terbaru AS yang menentang sebarang penyiasatan atau pendakwaan bermotifkan politik terhadap Anwar jelas membuktikan bahawa Anwar adalah 'tukang lapor' kepada kuasa besar itu.

Katanya sikap Anwar yang cepat menggelabah untuk memberitahu AS membuktikan beliau tidak layak untuk memimpin negara ini kerana seorang yang tidak bebas.

Sebagai seorang yang beragama Islam, Anwar berkata Syed Hamid perlu meminta maaf kepadanya sekiranya tuduhan yang mengatakan beliau menjadi ejen AS, tidak benar.

Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata tuduhan liwat terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah isu peribadi dan tidak harus dipolitikkan hingga menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan di kalangan rakyat.

Beliau berkata cara Anwar menangani masalah hingga melibatkan hampir seluruh rakyat di negara ini dalam isu peribadi beliau telah meletakkan rakyat dalam keadaan tidak tentu arah atau keliru.

"Saya dapat maklumat, sudah ada kebimbangan di kalangan rakyat bahawa Dato' Seri Anwar akan mengulangi episod-episod lama tahun 1998 dahulu. Rakyat juga tidak faham ada pengakuan bersumpah dikemukakan tetapi ditarik balik, semuanya berbangkit kerana kes Dao' Seri Anwar," katanya.

Akibatnya, perkara ini menimbulkan situasi kurang selesa dalam negara apatah lagi ketika rakyat sedang menghadapi masalah kenaikan harga barang ekoran harga minyak global, katanya selepas merasmikan Bengkel Usahawan Wanita dan pelancaran Direktori Usahawan Wanita Malaysia 2008, di sini.

Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata beliau dimaklumkan bahawa laporan media barat menggambarkan seolah-olah Malaysia sedang menghadapi kegawatan politik sehingga ada tanggapan bahawa ekonomi negara diteraju secara 'auto pilot' sedangkan ia sebenarnya ditadbir oleh kerajaan. - mns_

Read More...

'Debat minyak 'live' Anwar-Shabery 'On'

KLpos

Cetak E-mail
Oleh Agendadaily, Bernama
Isnin, 07 Julai 2008

PENASIHAT Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim Ahad malam umum dalam ucapannya di depan 30,000 orang di Stadium Kelana Jaya beliau sedia sertai debat anjuran Agendadaily dengan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Katanya pada Himpunan Sejuta Orang anjuran Protes bagi membantah kenaikan harga minyak, kalau boleh beliau nak berdebat dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri atau dengan setengah kabinet sekali pun tak apa.

Sekitar 30,000 orang berhimpun hadir pada acara kemuncak Himpunan Sejuta Orang anjuran Protes di Stadium Kelana Jaya Ahad malam.
Debat dibawah tajuk 'Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak' yang dicadang disiarkan secara live di televisyen itu akan diadakan pada malam 15 Julai ini di Dewan Bahasa dan Pustaka, KL.

Ahmad Shabery sebelum ini telah menyatakan persetujuannya untuk berdepan dengan Anwar dalam debat itu.

Ini adalah kali pertama debat sesuatu isu negara antara dua tokoh pembangkang dan kerajaan akan disiarkan secara langsung di televisyen.

Sementara itu Bernama melaporkan, walaupun tidak berpuas hati kerana permintaannya mahu berdebat dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri mengenai harga minyak tidak dipenuhi, Anwar berkata debat dengan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek yang dijadualkan 15 Julai ini juga memadai.

"Lebih baik debat dengan PM dan TPM, separuh kabinet pun boleh. Ini bukan masalah politik biasa tetapi ini masalah rakyat yang membebankan. Biar dengar betul-betul (cara nak turunkan harga minyak)," katanya.

Perhimpunan Protes

Sekitar 30,000 orang berhimpun hadir pada acara kemuncak Himpunan Sejuta Orang anjuran Protes di Stadium Kelana Jaya Ahad malam. Selain Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berucap ialah orang kuat DAP, Lim Kit Siang.

Hadir sama ialah Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Walaupun tidak berpuas hati kerana permintaannya mahu berdebat dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri mengenai harga minyak tidak dipenuhi, Anwar berkata debat dengan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek yang dijadualkan 15 Julai ini juga memadai.
Bagaimanapun Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang dikatakan akan hadir pada acara itu tidak hadir.

Macam Jom Heboh TV3

Suasana di himpunan yang dinaungi oleh parti-parti pembangkang dan beberapa NGO untuk membantah kenaikan harga minyak itu adalah seperti karnival Jom Heboh.

Ada gerai jual macam-macam dan sebagainya.Kehadiran orangramai sepanjang ia bermula dari jam 10 pagi pasang surut. Pada sebelah awal tengahari ada sekitar 5,000 orang di kawasan stadium.

Waktu itu dipercayai melihat tidak ramai orang,pihak penganjur telah buat pengumuman meminta hadirin keluarkan telefon bimbit mereka dan sms segera rakan-rakan mereka ajak ke situ.

Tidak nampak sebarang kehadiran polis yang ramai di kawasan sekitar stadium.

Kecoh penyanyi rock tunjuk punggung

Sementara itu pada jam 7 malam berlaku kekecohan sekejap bila seorang penyanyi rock yang buat persembahan diselang seli ucapan-ucapan telah tonggeng bontot pada para hadirin.

Ramai yang marah dan baling botol air mineral. Ada juga yang nak naik pentas pukul dia. Penganjur terpaksa bergegas kawal keadaan.

Jawab Syed Hamid

Beliau mencabar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar supaya membuktikan tuduhan bahawa beliau menghubungi kerajaan Amerika Syarikat berhubung amaran daripada Jabatan Negara negara berkenaan yang menolak segala tuduhan dan siasatan ke atasnya yang bermotifkan politik.

"Sekiranya ada bukti saya hubungi atau ada surat kepada mereka, saya sanggup didakwa... buktikan dan jika tidak saya akan saman," katanya.

Foto-foto oleh Reuters, AFP

Malaysia de facto oppositon leader Anwar Ibrahim speaks during ...

Malaysia de facto oppositon leader Anwar Ibrahim speaks during ...

Supporters of Malaysia opposition parties shout slogans during ...

Malaysia's opposition supporters gather to protest against ...

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |