Utusan Online
![]() |
| Najib Tun Razak bersalam dengan sebahagian peserta selepas merasmikan Sidang Kemuncak Media Asia 2008 di Kuala Lumpur, semalam. |
KUALA LUMPUR 27 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak akan berdiam diri lagi dalam menghadapi ledakan tohmahan di alam siber yang bertujuan meracuni pemikiran rakyat.
Timbalan Perdana Menteri sebaliknya berkata, kerajaan akan beri lebih perhatian kepada media bukan konvensional iaitu laman web dan blog di Internet untuk memastikan rakyat mendapat maklumat yang tepat.
Menurutnya, Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu telah memberikan pengajaran agar kerajaan menyiapkan diri sepenuhnya untuk berhadapan dengan medium media baru itu.
Katanya, kesilapan besar kerajaan sebelum ini adalah kegagalan untuk meneutralkan segala tuduhan tidak berasas yang tersebar luas melalui blog di Internet.
"Kita sememangnya telah terlepas pandang akan kaedah terbaik untuk menguruskan media baru (sebelum ini), saya juga mengakui kita tidak terlalu arif akan kaedah bagi berhadapan dan meneutralkan (tohmahan yang dilemparkan melalui) teknologi baru.
"Kita telah tewas di alam siber dalam konteks politik, iaitu salah satu faktor yang paling tidak dijangkakan," katanya ketika sesi soal jawab selepas merasmikan Sidang Kemuncak Media Asia, di sini hari ini.
Jelas Najib, kerajaan memutuskan bahawa berdiam diri bukan lagi satu pilihan yang bijak dan setiap isu yang dimainkan dalam media baru perlu dijawab melalui saluran yang sama.
Menjawab satu lagi soalan seorang wartawan dari Amerika Syarikat (AS), Najib berkata, usaha kerajaan berhadapan dengan media baru tidak melibatkan sebarang tindakan memenjarakan mana-mana pengendali blog.
"Dalam satu kes yang anda maksudkan itu, pengendali blog terbabit telah melanggar undang-undang negara ini dan dia sendiri asalnya telah menolak ikat jamin sebelum bersetuju untuk membuatnya, keadaan itu menyebabkan dia terpaksa bermalam di lokap beberapa hari," katanya.
Katanya, kerajaan tidak pernah melarang kebebasan untuk menyuarakan pendapat di negara ini dan bersikap liberal, tetapi dalam negara pelbagai kaum dan agama, ada batas atau garisan yang tidak boleh dilangkau.
Beliau juga memberitahu wartawan yang sama, jika ada rakyat AS yang berminat untuk mengkritik sistem demokrasi di negara ini, maka mereka juga perlu mengkritik dasar luar negara sendiri.
"Beritahu kerajaan AS untuk menutup kem di Teluk Guantanamo dahulu," katanya.









Beliau menyerahkan borang tersebut ketika mengadakan pertemuan dengan presiden Umno itu di bangunan Parlimen petang tadi.

Mereka memulakan kerja tersebut pada kira-kira jam 1 pagi tadi dan menyiapkannya pada kira-kira jam 3.30 petang tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Buka Jalan, Tan Boon Hwa ketika dihubungi malam tadi berkata, beliau menerima maklumat bahawa kumpulan lelaki tersebut bersenjatakan batang besi, helmet dan kayu.
Pada kira-kira jam 10 malam, kira-kira 400 hingga 500 penduduk berhimpun di kawasan tersebut, dan cuba meruntuhkan benteng konkrit itu.
Pada kira-kira jam 10.10 malam, enam trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) tiba di tempat kejadian. Penduduk yang berhimpun di situ sekali lagi diarahkan bersurai dan kali mereka mereka bergerak dari kawasan tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Buka Jalan BMC, Tan Boon Hwa memberitahu Malaysiakini bahawa mereka menyerahkan perkara itu untuk diselesaikan oleh kerajaan negeri Selangor.
Selepas mahkamah membuat keputusan yang memihak kepada Grand Saga, Zainal Abidin mengeluarkan notis semalam bahawa benteng konkrit akan dibina semula di situ dan berharap orang ramia tidak
Nik Nazmi menambah, kerajaan negeri Selangor akan mengumumkan tindakan selanjutnya berhubung perkara tersebut dalam tempoh 24 jam kerana terdapat banyak isu yang perlu dipertimbangkan.

Turut serta bersama beliau, isteri, Tuan Sabariah Tuan Ishak, bersama lima ahli keluarga lain yang terdiri daripada anak-anak dan menantu beliau.
Sungguhpun begitu, Ustaz Nik Aziz masih sempat bertanyakan mengenai perkembangan semasa yang berlaku di dalam perbahasan dewan rakyat dan dewan negara kepada kedua-dua ahli parlimen tersebut.
Menurut sumber yang rapat dengan beliau, pengumuman mengenai kemasukan Ezam semula ke dalam Umno akan dibuat oleh Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Lima pemimpin Hindraf itu - M Manohan, P Uthayakumar, V Ganabatirau, R Kengadharan dan K Vasantha Kumar - ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selepas terbabit menganjurkan perhimpunan 25 November lalu serta membuat kenyataan yang berunsur hasutan terhadap kerajaan.