Harakahdaily Intan Abdullah Tue | May 27, 08 | 11:45:30 am MYT | |
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat beserta rombongan telah berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah pagi tadi. Turut serta bersama beliau, isteri, Tuan Sabariah Tuan Ishak, bersama lima ahli keluarga lain yang terdiri daripada anak-anak dan menantu beliau. Beliau yang juga merupakan Menteri Besar Kelantan itu dijangka akan berada di Mekah selama dua minggu. Ustaz Nik Aziz ketika ditemui di bilik rehat VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semasa penerbangan beliau daripada Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa berhenti pada jam 8.50 malam sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya pada jam 3 pagi. Dalam pertemuan ringkas bersama ahli parlimen Rantau Panjang, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof dan Senator Mumtaz mat Nawi, beliau sedang berehat bersama keluarga melahirkan rasa syukur beliau kerana berkesempatan menunaikan ibadah umrah bersama keluarga. Sungguhpun begitu, Ustaz Nik Aziz masih sempat bertanyakan mengenai perkembangan semasa yang berlaku di dalam perbahasan dewan rakyat dan dewan negara kepada kedua-dua ahli parlimen tersebut. Siti Zailah dan Senator Mumtaz, beserta rakyat Kelantan keseluruhannya mendoakan kesihatan Tuan Guru, agar beliau dapat menyempurnakan ibadah umrah serta kembali bertugas dengan sebaiknya. Sepanjang pemergian beliau selama dua minggu, jawatan MB Kelantan dipangku oleh Dato' Husam Musa kerana TMB Kelantan, Dato' Ahmad Yaakob sedang menjalani rawatan di hospital Kota Bharu. - mr |
Wednesday, May 28, 2008
Tuan Guru Nik Aziz berangkat menunaikan umrah pagi tadi
Posted by
Sang Pemantau
at
7:21 AM
Labels: Harakahdaily, TGNA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment