+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, May 28, 2008

Hindraf 5: Suaram, FIDH lancar laporan

Malaysiakini

May 27, 08 3:17pm

Suaram bersama Persekutuan Antabangsa bagi Hak Asasi Manusia (FIDH) akan melancarkan laporan pemantauan mengenai permohonan habeas corpus Hindraf 5 di Dewan Perhimpunan Cina Selangor esok.

bm lima tahanan hindrafLima pemimpin Hindraf itu - M Manohan, P Uthayakumar, V Ganabatirau, R Kengadharan dan K Vasantha Kumar - ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selepas terbabit menganjurkan perhimpunan 25 November lalu serta membuat kenyataan yang berunsur hasutan terhadap kerajaan.

Menurut penyelaras Suaram, Nalini.E, pemerhati dari FIDH, Laurie Berg telah menjalankan pemantauan terhadap perbicaraan berhubung permohonan habeas corpus lima pemimpin Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) itu pada 26 hingga 28 Januari lalu.

"Sekarang FIDH akan mengumumkan laporan tersebut dan menggesa supaya dimansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Laporan tersebut juga, kata Nalini, menggesa supaya kerajaan membebaskan kelima-lima pemimpin Hindraf tersebut.

Angkat sumpah

Seorang daripada mereka, Manoharan, telah terpilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M Manoharan dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Manoharan, yang mewakili DAP, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Ching Su Chen dengan majoriti 7,184 undi.

Beliau mendapat 12,699 undi untuk menewaskan calon BN-Gerakan, Ching Su Chen yang memperolehi 5,515 undi.

Beliau mengangkat sumpah di Kem Tahanan Kamunting pada 8 Mei lalu d ihadapan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chang Khim.

Sebelum ini, dua calon DAP yang ditahan di bawah ISA - Chan Kok Kit yang menang kerusi parlimen Sungai Besi dan Chian Heng Kai (Batu Gajah) dalam pilihanraya 1978 - mengangkat sumpah dalam kem tahanan.

Fail semakan

Pada 14 Mei lalu, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan mereka supaya dibebaskan daripada tahanan di bawah ISA.

Dalam penghakimannya pagi ini, Hakim Besar Malaya yang juga pengerusi panel hakim Datuk Alauddin Mohd Sheriff dilaporkan erkata arahan penahanan yang dikeluarkan oleh menteri keselamatan dalam negeri pada 13 Disember tahun lalu adalah sah dan memenuhi semua keperluan di bawah ISA.

Keputusan tersebut bermakna kelima-lima pemimpin Hindraf itu telah menggunakan semua ruang perundangan dan akan terus ditahan bawah ISA, yang membenarkan seseorang itu ditahan tanpa bicara.

Dalam permohonan habeas corpus mereka, kelima-limanya berhujah bahawa penahanan mereka adalah haram kerana alasan yang diberikan kerajaan tidak jelas mengapa mereka ditahan.

Peguam mereka Gobind Singh Deo dilaporkan berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan supaya Mahkamah Persekutuan menyemak semula penghakimannya.

Kelima-lima mereka ditahan mengikut Seksyen 8(1) ISA atas arahan Abdullah. Mereka dihantar terus ke Taiping untuk ditahan selama dua tahun, tanpa terlebih dahulu menjalani tempoh siasatan selama 60 hari.

Perhimpunan 25 November

Kelima-lima mereka mendapat liputan meluas selepas menganjurkan perhimpunan yang dihadiri oleh 30,000 kaum India di ibunegara pada November lalu untuk membantah peminggiran kaum tersebut.

Pihak berkuasa menggunakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan perhimpunan tersebut.

Para peguam Hindraf kemudiannya dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membuat kenyataan menghasut terhadap kerajaan manakala sebilangan mereka yang menyertai perhimpunan tersebut telah didakwa atas tuduhan menyertai perhimpunan haram dan percubaan membunuh.

Penyokong mereka bagaimanapun, mendakwa, kelima-lima pemimpin Hindraf itu - empat daripadanya peguam - hanyalah membangkitkan isu-isu yang membabitkan kepentingan kaum India.

Pelbagai pihak termasuk parti-parti komponen Barisan Nasional seperti MIC, MCA dan Gerakan, turut menggesa kerajaan supaya membebaskan lima pemimpin Hindraf tersebut.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |