Malaysiakini |
Muda Mohd Noor | May 28, 08 11:54am |
Bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ezam Mohd Nor menyerahkan borang keahlian untuk menyertai semula Umno hari ini. Bekas setiausaha politik mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, menyerahkan borang keahlian tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini. Beliau menyerahkan borang tersebut ketika mengadakan pertemuan dengan presiden Umno itu di bangunan Parlimen petang tadi. Perkara tersebut diumumkan oleh Abdullah selepas pertemuan selama 30 minit dengan Ezam itu. Ezam yang hadir sama dalam sidang akhbar tersebut tidak membuat sebarang kenyataan. Beliau dijangka mengadakan sidang akhbar esok. Abdullah juga berkata, Ezam menyertai semula Umno tanpa sebarang syarat atau keistimewaan. Sebelum ini, Ezam dilaporkan akan dilantik sebagai senator dan menerajui sebuah syarikat berkaitan kerajaan selepas menyertai semula Umno. Abdullah berkata, Ezam mahu kembali semula kepada Umno dan parti itu mengalu-alukannya. "Dulu dia di luar dan kritikal terhadap parti. Kini sudah ubah fikiran, mungkin kerana merasa Umno adalah landasan lebih baik untuknya," kata perdana menteri. [Berita lanjut menyusul] |
Wednesday, May 28, 2008
Ezam sertai semula Umno
Posted by
Sang Pemantau
at
8:29 PM
Labels: malaysiakini, UMNO haprak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment