+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, May 28, 2008

Tiga perkara ajaib berlaku terhadap MB Nizar

Tranungkite

Dilulus terbit pada Friday, May 23 @ 08:00:49 MYT oleh greenboc
Artikel Oleh alhusseyn

"

a
Lawatan kerja menemui rakyat di Dewan Gopeng

Di suatu hari Sabtu tanggal 17 Mei lalu; jadualnya sangat ketat dimulai dari sebelah pagi di Stadium Indra Mulia menemui rakyat , tengaharinya ke Batu Gajah dan Malim Nawar. Kemudian di Gopeng pada sebelah petangnya dan menghadiri Santapan Malam di Hotel Kasuarina meraikan pemain hoki piala Sultan Azlan Shah.Tidah habis setakad disitu, beliau berkejar pula untuk berceramah di Mini Stadium Sungai Tapah.

Pagi esoknya tentulah sepatutnya berehat bersantai bersama keluarga yang dikasihi setelah seharian bersama rakyat sebelumnya. Tetapi tidak bagi Nizar - Pagi-pagi beliau sudah terpaksa berpergian ke Kelantan kerana menyambut jemputan Tok Guru MB Besar Kelantan dan anda tentu sukar mahu percaya - jam 3 petang, beliau sudah berada semula di Stadium Indera MuliaIpoh kerana menyaksikan pertandingan akhir hoki piala alSultan !

Suku sakat Karpal pun turut hadir sewaktu ceramah di Mini Stadium Sungai Tapah untuk mendengan ucapan MB Nizar


Tetapi , sedarkah anda perkara yang paling ajaib berlaku disepanjang peristiwa tersebut?

Selain keajaiban tenaga yang ada pada Nizar, saya perhatikan ada dua lain kejadian ajai yang dapat saya saksikan sendiri.

Pertama , tidak ada ‘police escort’ - kereta yang dinaiki Nizar ikut sama bersesak-sesak dengan kenderaan lain disepanjang perjalanan!

Yang kedua , amat ajaib sekali kerana tiada liputan berita walaupun secubit tahi hidung oleh media perdana negara.

a
Lihat - itu adalah kereta yang dinaiki MB Nizar - sama bersesak tanpa kawalan polis,


Para pemberita media perdana tempatan releks sahaja seolah-olah Menteri Besar Perak kita ini tidur sahaja kerjanya seperti mana seorang pemimpin besar disebuah negara ; yang amat terkenal gemar tidur di khalayak ramai walau pun sedang berdiri!

Diharap pihak media perdana tempatan , ikutlah berubah sebagaimana kehendak rakyat yang ramai , yang telah memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui negeri Perak ini.Media adalah jambatan yang menghubungkan antara pemerintah dengan rakyatnya; maka janganlah di runtuhkan jambatan tersebut.

"

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |