+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Sunday, April 13, 2008

Video SCHISM lawan dakyah Fitna

Tranungkite

Posted on Sunday, April 13 @ 11:42:09 MYT by SongkokPutih
Video Klip Oleh is

" JEDDAH: Seorang penulis blog Arab Saudi berjaya menghasilkan sebuah video selama enam minit berjudul Schism dengan memetik ayat dalam kitab Injil yang menghalalkan peperangan, sebagai reaksi tindakan ahli parlimen Belanda Geert Wilder menghina Islam menerusi filem bertajuk Fitna.

Raid Al-Saeed, 33, menunjukkan di dalam filemnya, beberapa petikan kitab Injil yang menggalakkan peperangan dan membuat tambahan dengan klip rakaman memperlihatkan kumpulan ekstremis Kristian menyampaikan ceramah berunsur keganasan.

[http://www.youtube.com/watch?v=rpiccERJaFk]


“Saya menghasilkannya dalam tempoh kurang 24 jam. Dalam ‘Schism’ saya menggunakan metodologi sama digunakan Wilders dan ia membabitkan petikan yang disalah tafsir,” katanya.

Beliau berkata langkah yang diambil untuk menghasilkan filem itu adalah bagi membuktikan bahawa adalah salah untuk mengadili dan menilai Islam dengan menonton Fitna. Petikan ini dicatatkan Raid pada penghujung filemnya.

“Memang mudah untuk memetik mana-mana bahagian dalam kitab suci dan menyalah tasfirkan petikan itu sehingga membuat ia seolah-olah kelihatan seperti sebuah kitab yang tidak mempunyai nilai kemanusiaan.”

“Inilah yang dilakukan Geert Wilders untuk mendapat sokongan bagi ideologinya yang penuh perasaan kebencian. Berikutan itu saya menghasilkan Schism sebagai satu reaksi balas,” katanya.

Raid berkata beliau tidak percayai ada kitab suci menggalakkan keganasan dan pertumpahan darah.

Beliau berkata Fitna dibuat ‘berasaskan kebencian’ dan Wilders menyalahgunakan ‘kebebasan bersuara yang dinikmatinya,” kata beliau yang menambah, filem Wilders menunjukkan perasaan perkauman dan kebencian yang dimilikinya.

Apabila Raid mengirim klipnya ke YouTube pada 1 Mac, ia dibatalkan 12 jam kemudian dengan satu pesanan daripada laman itu yang menyatakan klip berkenaan bercanggah dengan terma yang ditetapkan.

Raid menulis semula kepada You Tube dan bertanya mengapa filemnya dibatalkan sedang Fitna dibenarkan untuk terus dilayari. Beliau memuat naik filem itu sekali lagi dan menambah mesej kepada pentadbir laman meminta mereka menyaksikan Wilders sebelum membatalkan ‘Schism’.

Video beliau sudah disaksikan lebih 1,800 kali dan kembali semula ke YouTube sejak 2 Mac. Ia juga boleh disaksikan melalui Google.

Raid menegaskan matlamat beliau bukan untuk menyemarakkan kebencian sebaliknya untuk memberitahu dunia bahawa seseorang itu tidak boleh mengadili sesuatu agama atau ideologi dengan tafsiran yang menyalahi hakikat dan perkara sebenar. – Agensi

Saksikan video ini..


"

Read More...

Isu babi: "Akhbar sengaja melaga-lagakan Melayu dan kaum lain" MB Selangor

Klpos



Oleh Ben Rosa / Agenda Selangor
Ahad, 13 April 2008

KUALA SELANGOR: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, laporan isu projek penternakan babi moden yang dilaporkan sesetengah akhbar dilihat berat sebelah.

"Ada akhbar-akhbar tertentu seolah-olah menggunakan isu projek itu untuk melaga-laga orang Melayu dan kaum lain, dan juga antara beliau dengan Menteri Besar sebelumnya"
Malah pada pandangannya, ada akhbar-akhbar tertentu seolah-olah menggunakan isu projek itu untuk melaga-laga orang Melayu dan kaum lain, dan juga antara beliau dengan Menteri Besar sebelumnya.

Malangnya, menurut beliau, kaedah pemberitaan berat sebelah itu tidak dapat beliau perbetulkan.

Abdul Khalid menegaskan, projek berkenaan tetap akan diteruskan walaupun ada sesetengah pihak membantahnya kerana hanya kaedah itu terbaik bagi mengawal penternakan babi dan mengelak pencemaran serta wabak penyakit.

Dalam pada itu, beliau kecewa kerana permintaannya untuk ke udara selama sejam bagi menerangkan agenda pembangunan dan dasar negeri Selangor menerusi radio Selangor FM juga masih belum menerima jawapan.

“Setelah menunggu selama dua setengah minggu, saya belum dapat jawapan,” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan golongan belia dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, di Ijok dekat sini, petang tadi..

“Pejabat Selangor FM ada di sana dan mereka gelar diri sebagai Radio Selangor. Jika mereka gelarkan diri 'Radio Non-Selangor', mereka boleh cari pejabat di tempat lain, itu pandangan saya," tambahnya.
"Saya berhasrat ke udara sejam seminggu untuk ditemu ramah di radio supaya saya boleh beritahu rakyat apa visi dan program saya untuk Selangor. Saya juga mencadangkan kepada mereka supaya membuka program kepada penyertaan rakyat Selangor," katanya.

Menurut Abdul Khalid, jika pihak berkenaan masih enggan komited, beliau tidak mahu mereka berada di pejabat Selangor (bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri).

“Pejabat Selangor FM ada di sana dan mereka gelar diri sebagai Radio Selangor. Jika mereka gelarkan diri 'Radio Non-Selangor', mereka boleh cari pejabat di tempat lain, itu pandangan saya," tambahnya.

Sementara itu Abdul Khalid meminta belia berumur antara 21 dan 35 tahun yang tidak melanjutkan pelajaran supaya mendaftar diri dengan kerajaan negeri untuk diberikan pekerjaan.

Beliau berkata di Selangor terdapat 18 pusat latihan kemahiran yang tidak berapa aktif dan beliau mahu sebanyak mungkin belia mendaftar dan diberi latihan.

Sebelum ini, Abdul Khalid pernah menjelaskan bahawa pensyarah dalam dan luar negara akan dipanggil bagi merangka modul-modul latihan yang sesuai dan diminati golongan tersebut.

Golongan terbabit dijamin memperolehi gaji sehingga RM2, 000 sebulan selepas menjalani latihan itu dan jika masih gagal mencapai jumlah tersebut, mereka akan terus dilatih sehingga mahir.


Read More...

'Saya kesal lantik Abdullah' - Tun Mahathir

Harakahdaily

Nyza Ayob | Foto Wan Zahari Wan Salleh

Sun | Apr 13, 08 | 10:30:27 am MYT

KAJANG, 13 April (Hrkh) - "Persoalan sama ada saya kesal atau tidak pada waktu ini kerana melantik Abdullah sebagai Perdana Menteri, memang saya kesal. Sebab sewaktu saya pilih dia dulu, dia dikenali sebagai 'Mr Clean'. Dulu bukan main bersih." Image

Demikian antara penegasan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu diajukan pertanyaan sama ada beliau menyesal melantik Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.

Persoalan tersebut ditimbulkan sewaktu sesi soal jawab bersama beliau dalam satu majlis bertajuk 'Krisis Kepimpinan Melayu Pasca PRU-12, Mana Silapnya' anjuran Umno Hulu Langat di salah sebuah hotel di sini, semalam

Mahathir menjelaskan, beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri kerana telah terlalu lama memegang jawatan tersebut dan telah tiba masanya beliau menyerahkan kepada orang lain.

"...tetapi apabila saya pilih dia, rupanya Umno itu miliknya, milik keluarganya.

"Jika dia beritahu saya dahulu bahawa sebaik sahaja dia ambil alih, dia akan serahkan kepada orang kedua yang terdiri daripada Khairy Jamaluddin, Reezal Merican, tetapi sekarang payahlah saya hendak tarik balik.

"Memang saya kesal, tetapi saya tidak tahu keadaan ini akan berlaku,"katanya.

Sementara itu, beliau turut diajukan persoalan sama ada beliau bersetuju dengan kenyataan Abdullah kekalahan teruk Barisan Nasional dalam pilihan raya kerana unsur sabotaj ahli-ahli BN sendiri. Image

Menjelaskan pertanyaan tersebut, jelas Mahathir dalam sebuah negara merdeka yang mengamalkan demokrasi, seseorang berhak mengundi sesiapa sahaja calon pilihannya.

Malah katanya, tindakan yang diambil ke atas orang yang mengundi calon pilihannya adalah tidak demokratik.

"Ini yang menjadi masalah kerana kita tidak faham cara yang demokratik. Dalam pemilihan pemimpin, tidak dibenarkan kita melantik 'si polan' sahaja.

" Dalam parti tidak ada demokrasi dan dalam negara tidak akan ada demokrasi,"tegasnya.

Terdahulu, dalam ucaptamanya, Mahathir menegaskan Abdullah seharusnya 'tanya dahulu pada diri sendiri' punca sebenar berlakunya sabotaj dalam pilihan raya lepas.

"Tanya dulu pada diri jika berlaku sabotaj, kenapa...Kenapa beliau mengatakan ahli BN sabotaj?

"Sebenarnya ahli Umno memilih parti lawan bukan kerana sayangkan parti lawan tetapi untuk menyampaikan maklumat bahawa 'parti awak', awak itu tidak betul.," katanya.

Dengan 'cara itu' katanya ahli Umno sebenarnya cuba menyedarkan kepimpinan namun pemimpin tidak sedar akan kesilapan mereka,"katanya.

Sementara itu, Mahathir turut mempersoalkan tindakan Abdullah yang dilihat tergesa-gesa mengadakan pilihan raya sedangkan beliau boleh menunggu sehingga 2009 untuk mengadakan pilihan raya. Image

Tambah Mahathir, BN berjaya mencapai kemenangan besar pada 2004 kerana rakyat belum melihat pencapaian sebenar Abdullah sebagai Perdana Menteri.

"Sepanjang tempoh 2004 sehingga 2008, rakyat telah melihat sejauh mana pencapaian beliau.

"Rakyat sudah tidak tertarik, bosan dan mungkin meluat dengan kepimpinannya. Malangnya kepimpinan tetap tidak sedar,"katanya.

Mahathir juga turut mencuit hati tetamu yang hadir dengan kata-kata sinisnya terhadap bekas Timbalan Menteri Kewangan yang juga bekas Ahli Parlimen Bachok, Dato' Dr Awang Adek Hussin.

"Bukan main lagi hendak menang, Awang Adek isytihar dialah bakal Menteri Besar dan gambarnya dijaja ke merata tempat. Inilah keadaan sebelum pilihan raya,"katanya.

Sementara itu, dalam sidang media itu beliau turut ditanya sama ada akan terus membuat teguran kepada kepimpinan Abdullah.

Jelas Mahathir bahawa beliau berhak untuk membuat teguran, walau siapa pun yang menjadi Perdana Menteri malah tegasnya, teguran itu bukan untuk kepentingan diri tetapi untuk keseluruhan parti.- Az/mks.

Read More...

Shabery 2 x 5 Dengan Zainuddin Maidin

msomelayu

SEBAIK mengangkat sumpah menjadi Menteri Penerangan Shabery Cheek membentangkan idea dan rancangannya untuk membaiki RTM. Antara lain katanya beliau mahu RTM mengubah pendekatannya menjadi saluran yang lebih rasional dan efektif.

Besarlah harapan orang ramai mahu melihat sejauh mana RTM rasional berbanding dengan sebelum ini. Sudah lama RTM dalam menyiarkan berita. laporan dan ulasan berat sebelah terhadap parti pembangkang terutamanya menjelang pilihan raya dan sehinggalah pilihan raya selesai.

Apa yang disiarkan tentang pembangkang seolah-olah semua buruk dan berita mengenai parti kerajaan baik belaka walaupun ia meloyakan apabila mendengarnya.

RTM menjadi lebih teruk lagi sewaktu berada di tangan Zainuddin Maidin. Ia bukan saja menjadi alat propaganda kerajaan tetapi turut menjadi alat kepada Zainuddin untuk membodek ketuanya, Abdullah Ahmad Badawi.

Sejajar dengan perlantikan Shabery Cheek menjadi menteri orang ramai juga menanti mahu melihat sejauh mana Shabery dapat memperbaiki keadaan RTM dan ia menjadi saluran yang positif untuk membina minda rakyat sesuai dengan fungsinya penyampai maklumat.

Bagaimana pun harapan demikian nampaknya tidak akan kesampaian. Shabery seperti juga menteri-menteri penerangan sebelum ini masih berpegang kepada pandangan dan sikap lama iaini terkokong dan berlegar dalam 'genak' usang terus menjadikan RTM sebagai perkakas kerajaan sahaja.

Reaksinya untuk mengarahkan Radio Selangor FM Selangor supaya berpindah dari bangunan Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, di Shah Alam menjelaskan sikap jumud Shabery yang diwarisi dari menteri-menteri penerangan yang lampau.

Beliau sepatutnya tidak bersikap bengis begitu dan perlu waras serta bersedia memenuhi permintaan Menteri Besar Selangor yang inginkan Radio Selangor FM turut sama menyiarakan maklumat dan aktiviti kerajaan Selangor.

Adalah hak Khalid memohon agar Radio Selangor FM turut menyiarkan kegiatan kerajaan negeri memandangkan ia beroperasi di negeri berkenaan. Dan tindakannya untuk meminta radio itu tidak beroperasi di bangunan milik kerajaan itu juga kena pada tempatnya. Apa guna bagi kerajaan negeri memberi susu kepada RTM kalau ianya dibalas dengan tuba.

Langkah Shabery yang mahukan Radio Selangor FM keluar dari bangunan itu menjelaskan janji Shabery untuk merubah pendekatan RTM hanya sekadar untuk mengeringkan air liur sahaja. Shabery sudah mula menunjukkan belang dan mededahkan kelemahannya yang tidak berani bersikap telus dan professional.

Demikian juga katanya untuk menemui dan mendekati para bloger tidak lebih daripada suara burung kakak tua, yang tahu bercakap tetapi tidak memahami apa yang diucapkan. Kalau hanya bloger penjilat buntut saja yang ditemui, maksud dan tujuan asal beliau ingin mendapat poandangan secara bebas dan telus juga tidak akan menjadi kenyataan.

Tentulah apa-apa yang disampaikan oleh bloger penjilat buntut itu baik belaka kerana mereka ingin menjaga perut agar tidak kempis!

Apapun diharap semoga Shabery tetap lebih baik daripada Zainuddin Maidin.[wm.kl 6:10 am 13/04/08]

Read More...

Muhyiddin kata, Abdullah akan bincang dengan Najib mengenai peralihan kuasa

Klpos



Oleh Bernama
Jumaat, 11 April 2008



PERDANA Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan berbincang dengan Datuk Seri Mohd Najib Razak mengenai pelan peralihan kuasa kepada timbalannya itu, kata Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yasin hari ini.

Beliau berkata Abdullah memberitahu perjumpaan tertutup dengan Badan Perhubungan Umno Johor di sini bahawa beliau akan berbincang secara terperinci mengenai pelan tersebut dengan Najib yang juga Timbalan Presiden Umno.

"Tempoh peralihan dan sebagainya tidak disebut secara terperinci... hal-hal berkaitan dengan bila masa dan sebagainya beliau akan bincang dengan Datuk Seri Najib," kata Muhyiddin kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan berkenaan di sebuah hotel di sini.

Beliau berkata Abdullah telah pun secara terbuka sebelum ini menyatakan bahawa Najib bakal menggantikan beliau.

Abdullah, yang juga Presiden Umno memberitahu Majlis Penerangan Bersama Presiden Umno untuk jentera penerangan parti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur Sabtu lepas bahawa Najib adalah penggantinya dan beliau akan menyerahkan jawatan apabila tiba masanya.

Muhyiddin, yang juga Ketua Umno Bahagian Pagoh, berkata pada perjumpaan itu juga, Abdullah menjelaskan isu-isu yang dibangkitkan berkaitan pilihan raya umum lepas seperti punca kekalahan, isu berkaitan sokongan pengundi bukan Melayu dan pengundi muda.

"Beliau juga menyatakan ada inisiatif sedang dirangka untuk menangani masalah-masalah ini supaya parti lebih kuat lagi," katanya.

Beliau berkata Abdullah meminta pimpinan di semua peringkat membantu dalam perkara berkenaan.

Sementara itu, Ketua Puteri Umno Johor, Nor Aslina Zainal Abidin pula berkata Badan Perhubungan Umno Johor telah bertanyakan kepada Abdullah sama ada beliau mempunyai pelan peralihan kuasa.

"Kita tidak minta Pak Lah berundur tetapi ada bunyi-bunyi bahawa contohnya pada zaman (Perdana Menteri pertama Allahyarham) Tunku Abdul Rahman di mana proses peralihan kuasa berjalan dengan lancar kepada (Allahyarham) Tun Abdul Razak Hussein, begitu juga di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad proses peralihan kuasa berjalan lancar kepada Pak Lah."

Ketua Penerangan Umno Johor, Dr Mohd Puad Zarkashi yang juga Ketua Umno Batu Pahat berkata pelan peralihan kuasa tersebut akan menjawab persoalan-persoalan yang timbul di kalangan rakyat dan meningkatkan sokongan mereka terhadap kerajaan.

Dalam pada itu, Ketua Umno Bahagian Johor Baharu Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, UMNO Johor tidak meminta Abdullah berundur sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO semasa mesyuarat hari ini.

Shahrir yang juga anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO berkata mesyuarat itu yang berjalan dalam suasana ikhlas, mesra dan terbuka hanya membincangkan senario politik parti itu dan Barisan Nasional pada masa ini dan masa depan.

"Beliau tahu. Beliau telah menyatakannya banyak kali. Tidak ada desakan supaya beliau meletak jawatan. Sebab beliau telah pun mengumumkan rancangannya sendiri untuk menyelesaikannya dengan Datuk (Seri) Najib," kata beliau.

Pemberita berulang kali meminta Shahrir menjelaskan hal itu dan beliau menunjukkan notanya mengenai mesyuarat tersebut.

"Abdullah akan bereskan perkara itu dengan (Datuk Seri) Najib selepas Perhimpunan Agung UMNO. Kita akan bekerjasama sehingga perhimpunan agung," kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu.

Ditanya sama ada ini akan diselesaikan semasa perhimpunan itu, Shahrir berkata ia akan diselesaikan selepas perhimpunan kecuali terdapat cabaran terhadap jawatan presiden parti oleh mana-mana anggota semasa perhimpunan.

"Nota saya betul-betul (menyatakan) apa yang telah diperkatakan (di mesyuarat itu)," tegas Shahrir.

Ditanya mengenai ahli-ahli UMNO di Kedah dan Pulau Pulau yang meminta Abdullah meletak jawatan, Shahrir berkata pemberita perlu berhati-hati dalam situasi sedemikian dengan tidak menyebut laporan media dan mesti membezakan sama ada ia benar-benar keputusan sepakat hasil satu perbincangan atau pandangan tertentu yang dilahirkan oleh kalangan tertentu saja.

Sama ada golongan akar umbi dapat menerima keputusan Abdullah, Shahrir menjawab: "Pihak akar umbi saya tidak ada masalah. Akar umbi mana yang anda cakapkan?".

Mengenai rumusan mesyuarat itu, beliau berkata ini akan diumumkan oleh parti dan kerajaan dari masa ke masa.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan mesyuarat hari ini sebagai perbincangan dari hati ke hati yang berjalan dengan baik tanpa sebarang desakan.

Beliau yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata Umno Johor telah menyampaikan keputusan yang dirasakan perlu disampaikan kepada Abdullah demi kebaikan dan pengukuhan parti pada masa akan datang.

"Apa yang kita sampaikan itu rahsia. Tetapi tiada soal-soal desakan meminta Pak Lah berundur, sebaliknya mesyuarat hari ini lebih kepada melihat bagaimana soal-soal pengukuhan parti," katanya.

Read More...

Isu Selangor FM & Celuparnya Ahmad Sabree.

Tranungkite

Posted on Sunday, April 13 @ 09:43:00 MYT by greenboc
Analisis Isu Oleh GB

aKemelut yang melanda Selangor.fm yang menerima kata dua dari Kerajaan Selangor supaya menyiarkan visi dan program kerajaan pimpinan pakatan pembangkang itu atau keluar dari Bangunan SSAAS menjadi bertambah kusut dengan kenyataan angkuh dan bongkak Menteri Penerangan, Ahmad Shabery Cheek (foto) yang mengarahkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang mengendalikan Radio Selangor FM supaya mengosongkan pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), Shah Alam secepat mungkin.

Tindakan Menteri Penerangan tersebut amat menjelaskan tentang sikap Kementerian Penerangan yang sebenar : mereka sebenarnya selama ini adalah penyebar propaganda UMNO - BN yang mendiskriminasi rakyat yang bukan UMNO-BN dari menikmati siaran radio dan TV kendalian Kementerian Penerangan.

Ahmad Shabery telah dilaporkan berkata bahawa kononnya tindakan kementeriannya itu dibuat bagi membuktikan bahawa pihak kerajaan tidak tunduk terhadap sebarang ancaman atau ugutan kerajaan negeri Selangor.

Persoalan kini, PAKATAN RAKYAT yang telah menguasai 5 buah negeri selama ini bukan sahaja telah diancam dan diugut, malah telah dizalimi dan di diskriminasikan sekian lama oleh Kementerian Penerangan yang telah memperkosakan media massa arus perdana dengan rakus tanpa memberikan sedikit ruang pun kepada mana-mana negeri yang dikuasai PAKATAN RAKYAT untuk sama-sama menikmati siaran media arus perdana khususnya Selangor dengan enggan untuk membenarkan Kerajaan negeri menyiarkan visi dan program kerajaan pimpinan pakatan pembangkang tersebut.

Sikap sedemikianlah menggambarkan sikap kemaruk kuasa pihak Kementerian Penerangan yang telah menghalang orang lain selain UMNO-BN dari menikmati kemudahan awam sekali gus dan yang akan menyulit dan menjejaskan hubungan kerajaan negeri dengan Persekutuan dalam pelaksanaan pelbagai projek pada masa depan, bukan akibat dari tindakan kerajaan Selangor yang telah pada kali ini memperlihatkan "ketegasan"nya untuk tidak diperbodoh dan dipermainkan oleh mana-mana agensi kerajaan persekutuan terutama RTM.

Umum mengetahui bahawa kerajaan persekutuan UMNO-BN kini hanya tinggal sedikit kuasa dan dengan sedikit kuasa itu sesetengah pemimpinnya seperti Shabery ini masih ingin terus memperlihatkan keangkuhannya kepada rakyat. Arus kebangkitan rakyat yang menolak UMNO-BN tidak dihormati menyebabkan keangkuhan dan keceluparannya untuk mengkaitkan isu Selangor.fm dengan isu babi di Selangor lebih menimbulkan kebencian yang meluap-luap serta kutukan di seluruh anggota masyarakat di Selangor.

Rakyat berbilang kaum di Selangor tidak akan dapat menerima UMNO-BN lagi. Bagi masyarakat India, tragedi Rimba Jaya tetap terpahat sebagai satu monumen hitam walaupun seluruh menteri datang menyembah kepada kaum India di Selangor, mereka tidak samasekali memaafkan. Doperburukkan lagi apabila wakil rakyat M.Manoharan masih tertahan dengan ISA dinafikan hanya untuk mengangkat sumpah. Kaum Cina pula telah lama diperalatkan oleh pemimpin BN-UMNO ntuk memenuhi kerakusan dan tamak harta menjadikan seluruh kaum Cina begit jijik dan menolak UMNO-BN di Selangor serta sebilangan besar kaum Melayu sudah jelek dengan sikap tamak haloba dan gila kuasa pemimpin UMNO-BN dengan tidak melupakan tragedi Berembang dan Rimba Jaya yang penuh dengan kisah duka dan airmata.

RTM? Hah itu cerita dongeng hari semalam. Siapa agaknya rakyat yang nak mendengar Selangor.fm? Puarata pendengarnya sekitar 200 orang sahaja... itupun di kalangan remaja yang telah lama rosak binasa dihancurkan oleh UMNO-BN.

TKO melalui TKO.fm bermula saat ini akan menghentikan rancangan Berita Perdana TV1 yang kerap disiarkan di blog GB sebagai membantah keceluparan Ahmad Shabery di samping menyeru seluruh rakyat Malaysia memboikot terus RTM d dalam usaha untuk memberi signal kepada RTM supaya mereka juga perlu "bungkus" dari angkasapuri tidak lama lagi. Ahmad Shabery perlu sangat diajar dan dihantar pulang ke kampungnya untuk tidak bersikap angkuh dan celupar supaya beliau lebih menghormati arus kebangkitan rakyat yang kini rata-rata telah menolak UMNO-BN di ngara ini khususnya di Selangor Darul-Ehsan ini.

Read More...

Isu Babi: Ali Rustam 'dibelasah' dalam blog

Harakahdaily

Azamin Amin

Sun | Apr 13, 08 | 1:26:10 pm MYT

KUALA LUMPUR, 13 April (Hrkh) - Isu cadangan membina ladang ternakan babi dengan kaedah sistematik bernilai RM100 juta di Selangor masih terus dipolemik dan dipolitikkan bagi memberi gambaran negatif kepada Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.

Tidak cukup dimanipulasi media, Menteri Besar Melaka Dato' Ali Rustam turut mengambil kesempatan 'menyerang' kerajaan Selangor sedangkan Melaka pernah mencetuskan kontroversi berkaitan isu penternakan babi.

"Tahniah kepada kerajaan Selangor kerana meluluskan cadangan untuk membina ladang ternakan babi bernilai RM100 juta di Sepang.

"Sesungguhnya usaha yang dilakukan oleh kerajaan baru gabungan KeADILan, DAP dan PAS ini adalah sebagai hadiah kepada para pengundi yang menyokong parti mereka, termasuk para pengundi beragama Islam pada pilihan raya umum lalu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam blog mohdalirustam.blogspot.com dan turut mengakui bahawa isu babi telah lama menjadi masalah di negeri Melaka dan kerajaan negeri sentiasa bersikap bahawa ternakan babi hanyalah untuk keperluan dalam negeri dan bukannya untuk tujuan eksport.

Bagaimana pun pandangan beliau disanggah oleh hampir kesemua pemberi komen dalam blognya yang tidak setuju termasuk mengkritik Ali Rustam yang dilihat tidak bijak dan matang dalam mengemukakan pendapat berhubung isu terbabit.

"Babi adalah sumber makanan kaum bukan Islam tapi tanggungjawab kita sebagai pemimpin Islam untuk sediakan tempat yang selamat dan tidak mencemarkan alam sekitar. Ini adalah tuntutan fardhu kifayah . Bukan macam Dato' cari populariti dengan isu babi...," kata pemberi komen yang dikenali sebagai Rustam.

Dalam pada itu Sifu Apek dalam komennya menyatakan bahawa cadangan di Selangor itu wajar dirujuk oleh kerajaan Melaka kerana kemungkinan pengurusan ladang itu adalah lebih baik daripada yang dilaksanakan Ali Rustam.

"Mengurangkan jumlah babi tidak menyelesaikan masalah termasuk menutup ladang babi. Tetapi apa yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat adalah kaedah lebih baik dan terancang mangambil kira pandangan semua pihak," kata waikatomalaysians dalam bahasa Inggeris.

"Patutlah isu penternakan babi di Melaka tidak dapat diselesaikan hingga membawa kepada rusuhan. Patutlah Timbalan PM terpaksa campur tangan dan menyelesaikannya," kata seoarang yang mahu dikenali sebagai Jebat Setia yng dilihat turut sependapat dengan pemberi komen yang lain.

Ini termasuk Zul, yang kesal dengan pandangan Ali Rustam itu dan menyatakan bahawa tidak boleh menafikan hak semua penduduk Malaysia berkaitan perakara tersebut.

"Jangan nafikan hak semua penduduk Malaysia..bak kata pemimpin pas.. orang cina pun punyai hak mereka...

"Kenapa harus ditentang suatu sistem yang lebih baik untuk semua... semata mata kerana kalah pada pilihanraya orang yang sebelum ni sokong pun bertukar jadi tak sokong...mana maruah? orang umno tak bermaruah ke?," katanya.

Demikian adalah sebahagian komen yang disiarkan daripada 59 komen yang dipetik daripada laman blog terbabit. - mks.


Read More...

Lindungi hak istimewa Melayu - TM Kelantan

Malaysiakini

Muda Mohd Noor | Apr 12, 08 8:00pm

Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Mohammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail berkata, adalah tidak wajar bagi kaum-kaum bukan Melayu yang mendapat kerakyatan, menuntut persamaan hak dan keistimewaan sebagaimana orang Melayu.

bbpm tengku faris 120408 tengku faris"Sewajarnyalah semua rakyat bersatu dan tidak harus ada ungkit mengungkit mengenai hak dan keistimewaan orang Melayu.

"Ia adalah quid pro quo sebagai balasan kepada beri paksa kerakyatan kepada 2.7 juta kaum lain yang datang ke Persekutuan Tanah Melayu," titahTengku Mohammad Faris ketika merasmikan perhimpunan perpaduan Melayu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ib u negara hari ini.

Perhimpunan yang disertai hampir 1,000 orang itu adalah anjuran Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM).

Ahli panel majlis tersebut ialah bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Hassan Ahmad; Presiden Gapena, Tan Sri Ismail Hussein, pakar ekonomi, Datuk Kamal Salleh dan tokoh agama, Uthman El Muhammadi.

Tengku Mohammad Faris bertitah, hak dan keistimewaan orang Melayu adalah amanah dan tanggungjawab yang wajar dilindungi oleh generasi keturunan Melayu.

Orang Melayu, titah baginda, adalah penduduk asal negeri-negeri Melayu yang dijamin hak istimewa sebagai rakyat Malaysia.

Jadi tonggak

bbpm tengku faris 120408 crowd"Ia bukan sahaja perlu dipertahankan tetapi juga dijadikan tiang seri atau tonggak kepada kelangsungan ketuanan Melayu," titah baginda.

Bagaimanapun, titah Tengku Mohammad Faris, dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, hak kaum lain adalah sentiasa terjamin.

"Melihatkan tindak tanduk dan karenah mereka yang menang dan kalah (dalam pilihanraya), ia memberi petunjuk bahawa kedaulatan dan ketuanan Melayu amat mencabar.

"Mungkinkah ianya akan terhakis atau hilang terus," titah Tengku Mohammad Faris.

Tengku Mohammad Faris turut menegur sikap kalangan pemimpin Melayu - demi kekuasaan - sanggup mengenepikan kepentingan orang Melayu sendiri.

Ini, tidak baginda, berbeza dengan pemimpin kaum lain yang sanggup bersatu walaupun berbeza fahaman demi mempertahankan hak mereka.

"Malangnya, saya dapati orang Melayu masih mengamalkan sikap marahkan nyamuk kelambu dibakar atau marahkan pemimpin, masa depan anak cucu digadaikan.

Pertahan Raja Melayu

"Yang menyedihkan ada pula paling taksub hendakkan kuasa sehingga membujur lalu, melintang patah asalkan mendapat kuasa," titah baginda.

Sehubungan itu, Tengku Mahkota Kelantan itu berharap perhimpunan ini dapat menyatukan semula orang Melayu.

Ismail pula ketika berucap berkata, jika kerajaan negeri Pulau Pinang berlaku tidak adil kepada orang Melayu, perlulah ada satu perhimpunan seperti Hindraf sebagai protes.

Katanya, kedudukan orang Melayu sebelum peristiwa berdarah 13 Meil 1969, tidak ubah seperti orang Red Indian di Amerika Syarikat.

"Tetapi ia telah telah disusun oleh Tun Razak (Hussein) sehingga seperti yang ada sekarang ini," katanya.

Sementara itu, Osman pula, dalam ucapannya berkata, perhimpunan ini bertujuan untuk mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu dan agama Islam sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Katanya, ia juga bertujuan untuk menangani hambatan dan cabaran yang mengancam perpaduan Melayu dan agama Islam, serta mengatasi sindrom senyap di kalangan orang Melayu mengenai hak-hak mereka.

Read More...

Tak arah tutup mulut - Najib

Berita Harian

Oleh Sariha Mohd Ali


MESRA RAKYAT: Najib bersalaman dengan orang ramai sebelum merasmikan majlis pecah tanah Projek Akuakultur LKIM Teknologi Fish Protech, di Kampung Kuala Pahang, semalam.

Umno benar ahli suarakan rasa tidak puas hati: Najib

PEKAN: Datuk Seri Najib Razak berkata, Umno tidak akan mengeluarkan arahan supaya 'menutup mulut' ahlinya terutama pada peringkat akar umbi daripada menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka terhadap parti itu selepas kehilangan sokongan pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

Timbalan Presiden Umno berkata, larangan seumpama itu jika dilaksanakan bukan saja boleh menyebabkan orang ramai marah kepada Umno, sebaliknya menganggap parti ini sebagai tidak demokratik lagi.

Berikutan itu, katanya, Umno tidak akan melarang ahlinya bercakap untuk meluahkan pandangan mereka kerana input ini penting untuk diteliti pucuk pimpinan.


"Kita tidak akan keluarkan arahan tutup mulut bagi melarang orang Umno bercakap sebab mereka akan kata Umno tidak demokratik.

"Mereka juga akan marah kepada kita dan bagi menunjukkan Umno mengamalkan demokrasi, kita akan terus beri peluang mereka bercakap.

"Paling penting sekarang ialah kita dapat maklum balas secara terbuka dan ikhlas daripada ahli pada semua peringkat dan kita akan serahkan pandangan itu kepada pucuk pimpinan untuk diteliti," katanya selepas merasmikan majlis pecah tanah Projek Akuakultur Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Teknologi Fish Protech, di Kampung Kuala Pahang, dekat sini semalam.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed dan Pengerusi LKIM, Datuk Adam Abdul Hamid.

Najib yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, Umno memberi peluang kepada pemimpin pada peringkat bahagian menyuarakan pandangan mereka tetapi pihak terbabit juga perlu memberi peluang kepada Jawatankuasa Pengurusan Umno untuk merumuskan perkara itu.

"Berilah juga peluang kepada pucuk pimpinan khasnya Presiden parti yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memikirkan apakah cara terbaik untuk memulihkan parti dan mengembalikan keyakinan rakyat," katanya.

Ditanya mengenai perbezaan pendapat mengenai sistem kuota untuk bertanding pada pemilihan Umno dan terbaru kenyataan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo yang turut tidak bersetuju sistem itu dikekalkan, Najib berkata ada beberapa pandangan tetapi perkara itu akan dibincangkan di peringkat MT selepas ini.

"Apa yang terbaik pada masa sekarang ialah kita masih lagi memakai peraturan sedia ada," katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas pelan peralihan kuasa Perdana Menteri kepadanya seperti dinyatakan Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin, Najib berkata:

"Nantilah... saya akan cakap bila tiba masanya. Hari... hari cakap hal itu, tak apalah... nanti," katanya.

Akhbar semalam melaporkan Muhyiddin sebagai berkata, Abdullah akan berbincang dengan Najib mengenai pelan peralihan kuasa itu tetapi tempoh peralihan dan sebagainya tidak disebut secara terperinci.

Abdullah secara terbuka sebelum ini menyatakan bahawa Najib bakal menggantikannya dan beliau akan menyerahkan jawatan apabila tiba masanya.

Read More...

Bagaimana nak pergi ke Kelab Sultan Sulaiman???

politiktoday


(marhaen) Ramai yang telefon, sms atau email cheGuBard untuk tahu bagaimana nak ke tapak program 14 April ini. Di atas ialah peta Kelab Sultan Sulaiman. Walaubagaimanapun untuk mengelakan kesesakan, rakyat diminta menggunakan pengangkutan awam malam tersebut. Bagi pengguna LRT boleh menggunakan stesen Kampung Baru dan berjalan ke arah 'Nasi Lemak Antarabangsa', sebelum melintasi jalan untuk ke KSS. Jarak berjalan kaki kira kira 250 meter.....

Bagi pengguna Monorel sila gunakan stesen Jalan Sultan Ismail (berhampiran Concorde Hotel) berjalan ke arah Kg. Baru - Hotel Renaissance. Jarak berjalan kaki kira 350 meter.

Dari Negeri Sembilan disediakan bas (oleh keADILan Rembau) dengan tambang berpatutan sila hubungi 0123696474 NorAzizi Aziz. Untuk bahagian lain sila berhubung keADILan bahagian tersebut.

Penganjur juga meminta maaf kepada semua peniaga kerana tidak akan ada peniaga yang dibenarkan berniaga di dalam kawasan KSS.

Che'GuBard

Read More...

10,000 Dijangka hadiri perhimpunan Gelita 14 Isnin ini

Suara Keadilan


KIRA-KIRA 10,000 orang dijangka menghangatkan majlis sambutan ‘Gelita 14′ yang akan diadakan isnin depan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di ibu negara.

Menurut Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali perhimpunan ini juga akan lebih bersejarah apabila Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim, buat pertama kalinya akan menghadiri perhimpunan tersebut dan akan menyampaikan ucapan julung kalinya selepas pilihanraya.

“Anwar akan menyampaikan ucapan perdana yang pertama selepas pilihanraya umum lalu. KeADILan juga mengundang pemimpin PAS dan DAP untuk majlis tersebut,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KeADILan, semalam.

‘Gelita 14′ disambut setiap tahun sebelum ini bersempena tarikh Anwar dijatuhkan hukuman bagi kes pertama pada 1999.

Sambutan ini pada tahun-tahun awal 2000-an biasanya bersifat demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur anjuran aktivis Gerakan Reformasi dan penyokong KeADILan.

syafiq @ April 11, 2008

Read More...

Rakyat perlukan perhatian, sumbangan Presiden PAS - Dato' Rahman Bakar

Harakahdaily

Awang Harun

Sat | Apr 12, 08 | 10:56:33 am MYT

KUALA TERENGGANU, 12 April (Hrkh) - Mantan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato' Abdul Rahman Bakar (gambar) berkata rakyat masih memerlukan perhatian dan sumbangan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau yakin dan percaya Presiden PAS akan dapat menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya selepas sembuh dan sihat semula setelah diserang 'minor stroke' khamis lalu.

"Saya datang khusus untuk melawat beliau (Abdul Hadi) dan saya mendoakan supaya cepat sembuh dan juga dapat menjalankan tugas semula dengan sebaik-baiknya.

"Apabila saya melawat tadi, saya melihat keadaannya bertambah baik dan kita yakin bahawa beliau akan dapat menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya kerana di bawah sana rakyat memerlukan perhatian dan sumbangan beliau," ujarnya ketika ditemui media selepas melawat Presiden PAS di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), dekat sini semalam.

Beliau berharap agar pihak hospital (HSNZ) dapat memberikan rawatan terbaik serta menumpukan perhatian terhadap kesihatannya.

"Saya minta pihak hospital berikan rawatan yang sebaik-baiknya dan menumpukan kepada kesihatannya supaya dia (Presiden PAS) akan baik dan pulih dan kita percaya bahawa rawatan yang sedang diterimanya merupakan rawatan yang terbaik.

Abdul Rahman berkata rakyat tidak perlu risau dengan kesihatan Tuan Guru Abdul Hadi kerana berkeadaan baik dan stabil.

"Saya tidak nampak ada masalah yang kritikal atau masalah yang beratlah. Jadi kita doa supaya beliau cepat sembuh, pulih dan dapat kembali bertugas dengan sebaik-baiknya,

"Keadaan dia baik, alhamdulillah. Dia boleh bercakap dengan saya, bergurau, berjenaka dan baik, alhamdulillah," jelasnya ketika ditanya tentang perkembangan kesihatan Presiden PAS.

Beliau juga berkata Presiden PAS meminta agar ahli dan penyokong PAS bertenang serta tidak bimbang dengan tahap kesihatannya.

Beliau dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada jam 7.20 pagi Khamis lalu setelah diserang 'minor stroke' (angin ahmar) dan dinasihatkan oleh doktor agar berehat secukupnya.

Harakahdaily dimaklumkan, Tuan Guru Abdul Hadi menyedari kesihatannya terganggu ketika bangun untuk bersahur dan dibawa ke HSNZ oleh ahli keluarga pada jam 7.30 pagi.

Katanya, pemeriksaan kesihatan yang dilakukan oleh pihak doktor menunjukkan tekanan darah dan jantung berkeadaan baik dan stabil.

Antara pimpinan PAS negeri yang melawat Presiden PAS itu adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dato' Abu Bakar Chik, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Adun Ladang, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar dan Ketua Pemuda PAS negeri, Ustaz Azman Shapawi Abd.Rani.

Manakala, pimpinan PAS Pusat yang turut berbuat demikian Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Naib Presiden PAS Pusat, Dato' Husam Musa dan Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayob./wann

Read More...

Tiada lagi tender rundingan terus, tiada lagi 'pena sakti' - MB Selangor

Harakahdaily

Wan Nordin Wan Yaacob

Sat | Apr 12, 08 | 6:50:15 pm MYT

KUALA LUMPUR, 12 April (Hrkh) - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan menghapuskan pemberian tender secara rundingan terus kepada kontraktor Bumiputera untuk mengelakkan tender terbabit dimonopoli pihak tertentu sahaja.

Menurut Khalid, keputusan itu dibuat selepas melihat sebanyak 98 peratus projek di bawah biayaan kerajaan negeri Selangor semasa pemerintahan kerajaan BN, diperoleh dan dilaksanakan oleh kumpulan tertentu sahaja.

Beliau menganalisa semua dan ada projek di negeri ini tertumpu kepada kumpulan tertentu, katanya.

"Walaupun nama syarikat berbeza tapi pemegang saham dalam syarikat itu tetap sama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-22 Gabungan Ikhtisas dan Usahawan Bumiputera Anak Selangor (GIBS), di Shah Alam hari ini.

Menurut Khalid, senarai nama kontraktor yang telah diberikan projek kerajaan negeri itu akan dihebahkan.

Namun ia memerlukan masa kerana perlu mendapat izin daripada pihak tertentu terlebih dahulu yang didakwa mempunyai kaitan dengan pemberian tender itu, ujarnya.

Khalid turut memberi jaminan bahawa syarikat kontraktor yang banyak mendapat kontrak kerajaan negeri menerusi kaedah rundingan terus itu tidak akan disenaraihitamkan, kecuali jika kontraktor terbabit gagal melaksanakan projek dalam tempoh yang telah ditetapkan.

"Kita hanya akan senarai hitamkan mereka sekiranya tidak menunjukkan prestasi yang baik. Kita kena ada alasan yang rasional untuk bertindak demikian. Kita juga akan lihat dan kaji nilai projek yang telah diberikan kepada kontraktor terbabit," katanya.

Dalam ucapannya semasa majlis tersebut Abdul Khalid berkata beliau tidak akan menggunakan 'pena sakti' yang dikatakan menjadi milik Menteri Besar untuk memberi kebenaran dan kelulusan kepada mana-mana kontraktor mendapatkan projek.

"Saya tidak ada lagi 'pena sakti' kerana saya sudah buang. Tidak boleh lagi (kontraktor datang) ke pejabat Menteri Besar untuk dapatkan 'pena sakti' ini," katanya.

Khalid berkata, pihaknya tetap memberi bantuan kepada kontraktor Bumiputera untuk mendapatkan projek tetapi berdasarkan kepada kemampuan, keupayaan dan pengalaman yang ada pada syarikat kontraktor terbabit.

Katanya segala urusan pentadbiran kerajaan negeri akan diputuskan bersama oleh semua anggota Exco dan pegawai yang terlibat, bukannya bergantung kepada 'pena sakti' Menteri Besar.

"Saya mahu mereka bersama-sama saya menyediakan segala bentuk keputusan. Saya tidak mahu hanya Menteri Besar menjadi pembuat keputusan tapi mahu semua Exco dan pegawai kerajaan juga terlibat sebagai pembuat keputusan," tegasnya.

Read More...

Interpreting Pas

Mysinchew

I went to seven states of Malaysia to participate in the political forum after the general elections in the past few weeks. The significant gain from the forum was not only applause from the audiences but as well the public opinion collected that enabled me to understand the people's thoughts.

When the audience is enthusiastic at asking questions and expressing their opinions by passing down notes or standing in front of the microphone courageously, you will find that the people are really cute.

In fact, the people have a high degree of political awareness and a lot of views are actually different from the past. Most obviously, it would be the view of Chinese on Pas. Chinese no longer think Pas a poisonous snake or a savage beast.

Many people identified the role played by Pas in the elections. They also think Pas is indispensable to Pakatan Rakyat.

Most impressively, the people agreed with the welfare society proposed by Pas and the party's stance on honesty, justice and race relations. It did not mean that they supported Pas, or agree with the party's aim to turn Malaysia into an Islamic state. But the people believed that many ideologies of the party fitted the country's needs as a whole that could become a progressive consensus.

As for the implementation for hudud laws, we cannot see the possibility for its implementation at the moment and in the future, its implementation possibility could be reduced through check and balance.

I would like to say that this is a Chinese's thought transformation.

When Pas became more enlightened and moderate, it was able to gain support from some Malay and non-Muslim voters. Otherwise, if it keeps its rigid dogma and remains conservative like what it did in 2004, it would be cast aside.

This would have to refer back to the remarks made by Pas deputy spiritual leader Datuk Dr Haron Din that said once Pas gains the federal regime, it will amend the Federal Constitution to implement hudud laws.

Such remarks is not surprising as Haron Din belongs to the elder generation of the party, which is more conservative. Meanwhile, the party's pragmatic group and professionals do not seem to agree with him.

Of course, Haron Din does not represent the whole party. His reply to the readers on the website does not necessarily reflect the stand of the party too. Besides, his remarks made on the website might be meant to satisfy the party's loyal supporters.

We must understand that Pas has its own complexity as there are different views, as well as different leadership styles within the party. Pas is still groping for its path.

In all fairness, Pas is an Islamic party because it comes together with religious concepts. What we can see is, it is quite impossible for Pas to deny the concept of Islamic state and most importantly, is whether such concept can be implemented and whether it will be included in the implementation agenda.

Certainly, the Chinese community and other non-Muslims may solemnly tell Pas that our concept is to maintain secular lifestyle, as well as to defend our rights conferred by the Federal Constitution.

We can find common space only through mutual respect. (By TAY TIAN YAN/ Translated by SOONG PHUI JEE/ Sin Chew Daily)

( The opinions expressed by the writer do not necessarily reflect those of MySinchew ) MySinchew 2008.04.12

Read More...

Pelan PM letak jawatan disusun

Malaysiakini

Apr 11, 08 9:38pm

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan berbincang dengan timbalannya mengenai pelan peralihan kuasa, kata naib presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yasin hari ini.

abdullah ahmad badawi and barisan nasional bn manifesto election 2008Dalam perjumpaan tertutup dengan Umno Johor, kata Muhyiddin, Abdullah menyatakan beliau akan berbincang secara terperinci mengenai pelan penggantian kepemimpinan dengan Datuk Seri Najib Razak.

"Tempoh peralihan dan sebagainya tidak disebut secara terperinci... hal-hal berkaitan dengan bila masa dan sebagainya beliau akan bincang dengan Datuk Seri Najib," kata Muhyiddin, lapor Bernama, selepas menghadiri perjumpaan itu di sebuah hotel di Johor Bahru.

Ketua Puteri Umno negeri Nor Aslina Zainal Abidin pula berkata, dalam pertemuan itu, badan perhubungan bertanya kepada Abdullah sama ada beliau mempunyai pelan peralihan kuasa.

"Kita tidak minta Pak Lah berundur tetapi ada bunyi-bunyi (seumpama itu) bahawa contohnya pada zaman (Perdana Menteri pertama allahyarham) Tunku Abdul Rahman di mana proses peralihan kuasa berjalan dengan lancar kepada (allahyarham) Tun Abdul Razak Hussein, begitu juga di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad proses peralihan kuasa berjalan lancar kepada Pak Lah," Nor Aslina dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, selain mengaku beliau sendiri menjadi satu daripada punca-punca kemerosotan BN dalam pilihanraya umum, Abdullah juga mendedahkan beliau menerima desakan negeri-negeri agar berundur.

barisan nasional najib tun razak"Ada (terima desakan), bukan semua (negeri) kata begitu. Saya juga dapat laporan...

"Takpelah mereka nak cakap... tentang undur apa semua... saya pun bukan orang yang nak kekal selama-lamanya dalam kepimpinan," kata perdana menteri lagi selepas pertemuan dengan Umno Johor.

Menurut satu laporan Bernama, Abdullah mengulas laporan bahawa pemimpin-pemimpin bahagian Umno di Kedah dan Pulau Pinang dalam pertemuan dengan jawatankuasa pengurusan, yang diketuai Najib, semalam.

Umno Johor hari ini, seperti diduga, secara lembut mendesak Abdullah berundur apabila menyarankan beliau menyediakan "pelan peralihan" kuasa kepada penggantinya.

BN mengalami kemerosotan luar biasa apabila gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, manakala lima negeri - termasuk Kelantan - jatuh ke tangan pembangkang.

Di Wilayah Persekutuan, BN hanya meraih satu daripada 11 kerusi parlimen.

Selepas pilihanraya umum 8 Mac, kepemimpinan dan imej Abdullah terus tercalar apabila calon-calon menteri besar lantikannya di Perlis dan Terengganu ditolak mentah-mentah oleh Sultan masing-masing.

Awal bulan ini, mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Abdullah memerintah di lima negeri sahaja, termasuk Sabah dan Sarawak, selepas "sembilan negeri" menolak kepemimpinannya.

Sembilan negeri itu: lima yang ditadbir pembangkang, Wilayah Persekutuan, Perlis, Terengganu dan Johor.

Read More...

"Cukuplah enam tahun mereka dizalimi..."

Harakahdaily

Anis Nazri | Foto Wan Zahari Wan Salleh

Fri | Apr 11, 08 | 2:17:50 pm MYT

KUALA LUMPUR, 11 April (Hrkh) - Penahanan lanjutan tanpa alasan kukuh dan munasabah seharusnya dihentikan kerana mangsa dan keluarga tahanan ISA sudah terlalu lama menderita setelah mangsa ditahan lebih enam tahun.

ImageSehingga hari ini, berdasarkan statistik terkini GMI yang diperolehi daripada sumber keluarga tahanan, seramai 10 tahanan akan cukup tempoh enam tahun penahanan mereka, termasuk lima tahanan yang telah dilanjutkan penahanan mereka untuk dua tahun berikutnya, menjadikan lapan tahun.

"10 tahanan yang dinamakan 'Jemaah Islamiyyah' (JI) adalah tahanan ISA yang paling lama ditahan di bawah ISA di abad ke 21 ini. Sepanjang tempoh ditahan, tiada satu pun bukti yang dapat dikemukakan pihak Kemta. Mengapa tempoh ini perlu dilanjutkan?" soal Presiden GMI, Syed Ibrahim Syed Noh, dalam sidang media, di Dewan Perhimpunan Cina, hari ini.

Justeru, GMI telah merancang satu kempen khas untuk mereka yang ditahan selama enam tahun ini yang bertemakan "Cukuplah enam tahun mereka dizalimi' dengan harapan rakyat turut bangkit memberi sokongan.

Menurut Pengarah Program kempen ini, Norlaila Osman, kempen ini telah bermula sejak Februari 2008 dan akan berlanjutan hingga Jun 2008.

"Walaupun pada dasarnya kempen ini diadakan khas untuk mereka yang telah ditahan selama enam tahun, namun GMI sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa semua tahanan ISA hendaklah dibicarakan atau dibebaskan," tegas beliau, yang juga merupakan seorang isteri tahanan ISA, Mohd Sah Satray, yang kini masuk tahun ke enam ditahan.

ImageAntara kempen yang dijalankan GMI ialah 'Letter Signing Marathon/ Petition On-Line'yang bermula April ini, kempen poskad (Mei), mogok lapar dan 'vigil' (Jun).

Kempen 'Letter Signing Marathon' dan 'Petition On-Line' ini boleh dicapai melalui laman web Suaram, www.suaram.net (bahagian 'events') dan petitiononline.com/noisa/petition.html.

"Jika rakyat telah menunjukkan keberanian menolak kerajaan BN dengan menafikan dua pertiga dalam parlimen, maka bangkitlah dan tunjukkan keberanian sekali lagi dengan mendesak kerajaan membebaskan tahanan enam tahun serta semua tahanan yang ditahan di bawah ISA yang zalim," tegas Norlaila.

Sementara itu, Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman, menyerahkan sumbangan cek bernilai RM3000 kepada GMI, hasil sumbangan daripada pembaca Harakah yang prihatin dengan kesengsaraan keluarga mangsa ISA, khususnya isteri dan anak-anak.

"Saya berharap sumbangan ini dapat meringankan beban perasaan dan kewangan yang ditanggung isteri dan anak-anak mangsa ISA. Saya juga merakamkan terima kasih kepada penderma yang bermurah hati menyumbang untuk tujuan ini.

Image"Harakah akan berusaha menimbulkan kesedaran awam, bukan saja untuk terus menentang kezaliman ISA dan berkempen membebaskan semua mangsa di Kamunting, tetapi juga mengutip bantuan kewangan untuk disalurkan kepada keluarga mangsa yang amat memerlukan," ujar Lutfi.

Lutfi juga berkata, sehingga kini Harakahdaily telah menerima sumbangan daripada orang ramai kira-kira RM5000, bagaimanapun sumbangan tersebut akan diserahkan kepada GMI secara berperingkat.

Buat pembaca yang prihatin dengan nasib malang keluarga mangsa ISA ini, sila hantar sumbangan anda kepada HARAKAHDAILY DOT COM, nombor akaun Maybank 564070000336. - mns

Read More...

Pas open to Umno members, says Nik Aziz


11 Apr 2008


KOTA BARU: Kelantan Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat yesterday said Pas would be open to offers from any disgruntled Umno members, including Tengku Razaleigh Hamzah, to either make a pact with it or join the party.

He said pacts made for political reasons are allowed in Islam.

However, he said Umno members who wish to join Pas would have to undergo a cooling-off period of several years to enable them to understand the party's struggle. "Let them give talks at our ceramah for a couple of years. Then they can come in as members. They can't just join us as we are not like a garbage can. "Political pacts are different Joining Pas is different. In Islam, there is a specific method that we must follow," he said after meeting a group from CNMC Goldmine Limited from China. The company is due to start a gold-mining venture in Sokor, Tanah Merah soon.

Nik Aziz, who is Pas' spiritual advisor, said the party's success in recapturing the state in 1990 was due to the pact it made with the now-defunct Umno splinter party, Semangat 46, which was helmed by Tengku Razaleigh. The pact eventually fell through following Semangat 46's decision to join Umno. "One of the reasons why we (Pas) got Kelantan was because of our co-operation with Semangat 46. Although they left us after that, it was their decision. We did not chase them or push them away. Semangat 46 wanted out."

He said the current "pakatan rakyat" it has with Parti Keadilan Rakyat and DAP could function as a way to streamline the various views in administering the five states under the alliance. This was to avoid misunderstanding. On the controversy over the RM100 million modern pig farming project in Selangor, Nik Aziz felt the issue should not be blown out of proportion as Islam allows non-Muslims to continue to consume pork and alcohol. "In Kelantan, we allow shops selling pork and alcohol as long as the business does not disturb others. If Selangor wants to approve the project, that is their right."

Read More...

Anwar ziarah Ayah Chik

amdang81
11 April 2008
Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Berikut adalah gambar-gambar Anwar Ibrahim dalam jadualnya menziarahi Ayah Chik. Kiranya Anwar ke Terengganu semalam semata-mata menziarahi Ayah Chik je. Anwar tiba di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sekitar jam 5.30 petang.

Anwar tiba bersama YB Dato Tg Hassan sebagai pemandu. Dato Tg Hassan ni orang lama Abim. Maybe sebab tu kot Anwar rapat dengan dia.

Pihak keselamatan Hospital menyambut Dato Seri Anwar. Semalamnya sambutan yang sama diberikan kepada YB Hussam Musa.

Anwar diiringi beberapa pimpinan PAS dan penyokong di Terengganu.

Apa khabar? Senyuman jelas terpancar di wajah kedua-dua pimpinan ini.

Pelukan sahabat seperjuangan.

Bersembang pasal 14 April agaknya.

Kemesraan jelas terpancar.

Mungkin Ayah Chik bercerita tentang penyakitnya.. Anwar serius pula mendengarnya.

Dato' Tg Hassan memberi laluan 2 pimpinan ini berbicara.

Anwar keluar dari bilik rawatan

Silau la plak banyak kamera. Eh, bukan ke hospital tak leh ambik gambar?

Dalam lawatan semalam juga, Anwar dan Ayah Chik telah mengadakan pertemuan sulit sekitar 30 minit. Ketika itu, semua pimpinan termasuk ahli keluarga tidak dibenarkan berada dalam bilik tersebut. Mungkin ada beberapa strategi yang sedang diatur bagi melicinkan perjalanan Pakatan Rakyat.

Apapun, sama-sama kita terus mendoakan Ayah Chik berada dalam keadaan sihat dan selamat untuk terus memimpin perjuangan yang masih panjang ini. Wallahua'lam.

Read More...

Tiada Agenda Peribadi Selepas 14 April – Anwar

Buletin Online





Ditulis oleh SM Noor & Wan Kay
Saturday, 12 April 2008

The image “http://buletinonline.net/images/berita/dsaihospital0.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Kuala Terengganu – Agenda dan kepentingan peribadi, seperti bila dan dimana bertanding, bukan menjadi keutamaan selepas 14 April depan. Demikian dinyatakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim didalam sidang media yang diadakan selepas menziarahi Presiden PAS dan tazkirah di Ma’ahad Tahfidz Wal Tarbiah,Tok Jiring dekat sini semalam

Beliau berkata beliau datang segera ke Kuala Terengganu dalam tempoh yang singkat setelah mendengar Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dirawat di hospital Sultanah Nur Zahirah kerana keuzuran.

Beliau datang menziarahi Dato’ Seri Abdul Hadi sebagai seorang sahabat, pemimpin dan mewakili kawan-kawan serta keluarga.

The image “http://buletinonline.net/images/berita/dsaihospital1.gif” cannot be displayed, because it contains errors. Beliau mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana Dato’ Seri Abdul Hadi telah kembali dan hampir pulih, memerlukan waktu untuk cergas seperti sediakala serta perlu banyak berehat.

Disamping itu beliau sempat berbual dengan Dato’ Seri Abdul Hadi mengenai perkembangan terakhir senario politik tanah air.

Justeru, kata beliau, Dato’ Seri Abd Hadi meminta beliau terus berusaha memantapkan Pakatan Rakyat (Pakatan) kerjasama diantara PAS, PKR dan DAP.

Beliau berkata pimpinan Pakatan bersetuju memastikan kerjasama tersebut benar-benar berkesan sementara diperingkat bawah memerlukan sedikit masa.

Beliau berpuashati dengan pendirian dan sikap Presiden PAS dalam menjayakan program bersama Pakatan selama ini.

Beliau menegaskan soal agenda peribadi seperti soal-soal bila dan dimana bertanding, bukan menjadi keutamaan kepada beliau

Beliau berkata demikian sebagai respon apabila ditanya apakah agenda beliau selepas 14 April ini.

”Agenda utama kita, nak tentukan negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan dapat melaksanakan program dengan baik lebih berkesan.
”isu (good)‘governance’, isu penanggungjawaban, bersih dari rasuah dan peka terhadap tuntutan rakyat,” kata Anwar.

Justeru kata beliau agenda Melayu Islam, kebajikan dan keadilan untuk semua tetap menjadi agenda Pakatan dan InsyaAllah akan dapat laksanakan.

”Kita menghadapi sedikit masalah kerana media yang dikuasai oleh UMNO/BN belum selesai kempen pilihanraya,
”kita terpaksa tangani ini dengan bijak, dan saya puashati dengan pimpinan kerajaan-kerajaan negeri.
”sikap mereka cukup baik bahkan (mereka) menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan kerajaan persekutuan,” kata Anwar.

The image “http://buletinonline.net/images/berita/dsaimtt1.gif” cannot be displayed, because it contains errors. Namun kata beliau, kerajaan persekutuan tidak begitu boleh diharapkan kerana menurut beliau UMNO sedang dalam gelombang dan persaingan sengit sekarang.

”Apa-apa keputusan yang akan dibuat, kita buat secara muafakat, bersama rakan-rakan pimpinan PAS, PKR dan DAP,

“soal apa yang akan berlaku, kita ada waktu untuk berunding dan berbincang bagi meastikan perjalanan Pakatan mantap,” jelas Anwar.

Beliau berkata beliau telah menegaskan perkara tersebut kepada semua pimpinan Pakatan dan menyatakan perkara tersebut kepada Dato’ Seri Abdul Hadi didalam kesempatan waktu lawatannya pada petang semalam.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata prospek dan usaha bagi Pakatan untuk menguasai Malaysia sedang berjalan dengan baik.

“Kalau pilihanraya umum yang lalu bersih dan adil, guna dakwat hitam, tidak ada penipuan, undi pos itu bebas, kita dah menang,” kata Anwar.

The image “http://buletinonline.net/images/berita/dsaihospital0.gif” cannot be displayed, because it contains errors. Justeru beliau meminta kawan-kawan dalam komponen BN dan UMNO tunduk kepada kehendak rakyat dan bersama-sama bergabung didalam Pakatan Rakyat.

”Jadi soal dia lompat tak timbul dia hanya menghormati keputusan rakyat,” kata Anwar.

Oleh yang demikian, beliau berkata Pakatan memerlukan sedikit masa dan tidak akan bertindak secara ‘gopoh’ didalam usaha menguasai Malaysia.

”Banyak kerja yang perlu kita uruskan dan sekarang ini kita hanya tengok sandiwara dan drama,
“perebutan kuasa dan pergeseran UMNO, itu drama yang menarik sekarang,” kata Anwar.

Turut hadir adalah Dato’ Ustaz Hj Abu Bakar Chik, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Hj Abu Bakar Abdullah, Timbalan Ketua Dewan Ulama’ PAS Terengganu, YB Dato’ Tengku Hassan Omar, ADUN Ladang, Dr Abd Manaf serta pimpinan PKR dan PAS negeri Terengganu.

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |