+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Sunday, April 13, 2008

PKR: Rundingan lompat parti 'lancar'

Malaysiakini

Muda Mohd Noor | Apr 10, 08 11:38am

Rundingan PKR dengan ahli-ahli parlimen BN "berjalan lancar" dan perkembangan lompat parti itu akan diumumkan "bila tiba masanya", kata seorang pemimpin kanan parti pembangkang itu.

"Ia (sambutan) di luar jangkaan kita.

"Kita hanya memerlukan 30 lagi ahli parlimen, tetapi sambutannya memberangsangkan sekarang, 30 kerusi itu jumlah minimum yang kita boleh dapat," kata naib presiden PKR Azmin Ali.

"Kita tidak menawarkan wang kepada ahli parlimen tersebut tetapi perjuangan untuk membela rakyat dan negara."

Ahli parlimen Gombak itu berkata, wakil-wakil BN yang bakal menyertai PKR itu bertanggungjawab terhadap pengundi di kawasan mereka.

"Umno tidak lagi relevan kepada orang Melayu dan tindakan wakil rakyat tersebut untuk menjamin survival dan ketuanan Melayu," katanya lagi.

azmin pkr bn 050408Tambahnya, ahli parlimen terbabit tidak meletakkan jawatan dan bertanding semula untuk menyertai PKR kerana mempunyai banyak pilihan berbuat demikian.

Menurutnya, PKR tidak mengejar masa untuk membawa masuk ahli-ahli parlimen itu kepada parti pembangkang.

"Apa maknanya mereka terus berada dalam Umno kerana parti itu telah kalah dan tidak lagi diterima rakyat," tambahnya.

PKR juga, kata Azmin, akan menfailkan petisyen untuk membuktikan penyelewengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dalam mengendalikan pilihanraya umum 8 Mac.

Beliau mendakwa, pihaknya mempunyai banyak bukti bahawa SPR melakukan penyelewengan dalam pilihanraya umum lalu.

"Kemenangan Barisan Nasional (BN) adalah melalui penipuan SPR," katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti itu di Brickfields hari ini.

Tambah Azmin lagi, PKR akan meneruskan tekanan untuk memaksa pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman supaya melepaskan jawatan.

Katanya, PKR telah membincangkan perkara ini dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) baru-baru ini.

anwar ibrahimSementara itu, Azmin berkata kira-kira 10,000 orang dijangka menghadiri majlis sambutan 'Gelita 14' yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di ibu negara, Isnin depan.

"Anwar akan menyampaikan ucapan perdana yang pertama selepas pilihanraya umum lalu. PKR juga mengundang pemimpin PAS dan DAP untuk majlis tersebut," katanya.

'Gelita 14' disambut setiap tahun sebelum ini bersempena tarikh Anwar dijatuhkan hukuman bagi kes pertama pada 1999.

Sambutan ini pada tahun-tahun awal 2000-an biasanya bersifat demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur anjuran aktivis Gerakan Reformasi dan penyokong PKR.

Perhimpunan "Menghitung Masa dari Black 14 ke Arah Kemenangan Rakyat" kali ini berbeza, menurut seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR Badrul Hisham Shaharin.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |