+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Sunday, April 13, 2008

Isu babi: "Akhbar sengaja melaga-lagakan Melayu dan kaum lain" MB Selangor

Klpos



Oleh Ben Rosa / Agenda Selangor
Ahad, 13 April 2008

KUALA SELANGOR: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, laporan isu projek penternakan babi moden yang dilaporkan sesetengah akhbar dilihat berat sebelah.

"Ada akhbar-akhbar tertentu seolah-olah menggunakan isu projek itu untuk melaga-laga orang Melayu dan kaum lain, dan juga antara beliau dengan Menteri Besar sebelumnya"
Malah pada pandangannya, ada akhbar-akhbar tertentu seolah-olah menggunakan isu projek itu untuk melaga-laga orang Melayu dan kaum lain, dan juga antara beliau dengan Menteri Besar sebelumnya.

Malangnya, menurut beliau, kaedah pemberitaan berat sebelah itu tidak dapat beliau perbetulkan.

Abdul Khalid menegaskan, projek berkenaan tetap akan diteruskan walaupun ada sesetengah pihak membantahnya kerana hanya kaedah itu terbaik bagi mengawal penternakan babi dan mengelak pencemaran serta wabak penyakit.

Dalam pada itu, beliau kecewa kerana permintaannya untuk ke udara selama sejam bagi menerangkan agenda pembangunan dan dasar negeri Selangor menerusi radio Selangor FM juga masih belum menerima jawapan.

“Setelah menunggu selama dua setengah minggu, saya belum dapat jawapan,” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan golongan belia dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, di Ijok dekat sini, petang tadi..

“Pejabat Selangor FM ada di sana dan mereka gelar diri sebagai Radio Selangor. Jika mereka gelarkan diri 'Radio Non-Selangor', mereka boleh cari pejabat di tempat lain, itu pandangan saya," tambahnya.
"Saya berhasrat ke udara sejam seminggu untuk ditemu ramah di radio supaya saya boleh beritahu rakyat apa visi dan program saya untuk Selangor. Saya juga mencadangkan kepada mereka supaya membuka program kepada penyertaan rakyat Selangor," katanya.

Menurut Abdul Khalid, jika pihak berkenaan masih enggan komited, beliau tidak mahu mereka berada di pejabat Selangor (bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri).

“Pejabat Selangor FM ada di sana dan mereka gelar diri sebagai Radio Selangor. Jika mereka gelarkan diri 'Radio Non-Selangor', mereka boleh cari pejabat di tempat lain, itu pandangan saya," tambahnya.

Sementara itu Abdul Khalid meminta belia berumur antara 21 dan 35 tahun yang tidak melanjutkan pelajaran supaya mendaftar diri dengan kerajaan negeri untuk diberikan pekerjaan.

Beliau berkata di Selangor terdapat 18 pusat latihan kemahiran yang tidak berapa aktif dan beliau mahu sebanyak mungkin belia mendaftar dan diberi latihan.

Sebelum ini, Abdul Khalid pernah menjelaskan bahawa pensyarah dalam dan luar negara akan dipanggil bagi merangka modul-modul latihan yang sesuai dan diminati golongan tersebut.

Golongan terbabit dijamin memperolehi gaji sehingga RM2, 000 sebulan selepas menjalani latihan itu dan jika masih gagal mencapai jumlah tersebut, mereka akan terus dilatih sehingga mahir.


0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |