Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Mohammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail berkata, adalah tidak wajar bagi kaum-kaum bukan Melayu yang mendapat kerakyatan, menuntut persamaan hak dan keistimewaan sebagaimana orang Melayu.
"Sewajarnyalah semua rakyat bersatu dan tidak harus ada ungkit mengungkit mengenai hak dan keistimewaan orang Melayu.
"Ia adalah quid pro quo sebagai balasan kepada beri paksa kerakyatan kepada 2.7 juta kaum lain yang datang ke Persekutuan Tanah Melayu," titahTengku Mohammad Faris ketika merasmikan perhimpunan perpaduan Melayu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ib u negara hari ini.
Perhimpunan yang disertai hampir 1,000 orang itu adalah anjuran Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM).
Ahli panel majlis tersebut ialah bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Hassan Ahmad; Presiden Gapena, Tan Sri Ismail Hussein, pakar ekonomi, Datuk Kamal Salleh dan tokoh agama, Uthman El Muhammadi.
Tengku Mohammad Faris bertitah, hak dan keistimewaan orang Melayu adalah amanah dan tanggungjawab yang wajar dilindungi oleh generasi keturunan Melayu.
Orang Melayu, titah baginda, adalah penduduk asal negeri-negeri Melayu yang dijamin hak istimewa sebagai rakyat Malaysia.
Jadi tonggak
"Ia bukan sahaja perlu dipertahankan tetapi juga dijadikan tiang seri atau tonggak kepada kelangsungan ketuanan Melayu," titah baginda. Bagaimanapun, titah Tengku Mohammad Faris, dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, hak kaum lain adalah sentiasa terjamin.
"Melihatkan tindak tanduk dan karenah mereka yang menang dan kalah (dalam pilihanraya), ia memberi petunjuk bahawa kedaulatan dan ketuanan Melayu amat mencabar.
"Mungkinkah ianya akan terhakis atau hilang terus," titah Tengku Mohammad Faris.
Tengku Mohammad Faris turut menegur sikap kalangan pemimpin Melayu - demi kekuasaan - sanggup mengenepikan kepentingan orang Melayu sendiri.
Ini, tidak baginda, berbeza dengan pemimpin kaum lain yang sanggup bersatu walaupun berbeza fahaman demi mempertahankan hak mereka.
"Malangnya, saya dapati orang Melayu masih mengamalkan sikap marahkan nyamuk kelambu dibakar atau marahkan pemimpin, masa depan anak cucu digadaikan.
Pertahan Raja Melayu
"Yang menyedihkan ada pula paling taksub hendakkan kuasa sehingga membujur lalu, melintang patah asalkan mendapat kuasa," titah baginda. Sehubungan itu, Tengku Mahkota Kelantan itu berharap perhimpunan ini dapat menyatukan semula orang Melayu.
Ismail pula ketika berucap berkata, jika kerajaan negeri Pulau Pinang berlaku tidak adil kepada orang Melayu, perlulah ada satu perhimpunan seperti Hindraf sebagai protes.
Katanya, kedudukan orang Melayu sebelum peristiwa berdarah 13 Meil 1969, tidak ubah seperti orang Red Indian di Amerika Syarikat.
"Tetapi ia telah telah disusun oleh Tun Razak (Hussein) sehingga seperti yang ada sekarang ini," katanya.
Sementara itu, Osman pula, dalam ucapannya berkata, perhimpunan ini bertujuan untuk mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu dan agama Islam sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.
Katanya, ia juga bertujuan untuk menangani hambatan dan cabaran yang mengancam perpaduan Melayu dan agama Islam, serta mengatasi sindrom senyap di kalangan orang Melayu mengenai hak-hak mereka. |
0 comments:
Post a Comment