Harakahdaily Anis Nazri Wed | May 14, 08 | 6:36:52 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Hrkh) - Media perdana dilihat cuba melaga-lagakan barisan Pakatan Rakyat bagi menimbukan rasa resah dan kekeliruan di kalangan rakyat berhubung kerjasama Pakatan Rakyat, khususnya antara PAS dengan DAP. Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, rakyat perlu bijak menilai segala berita atau cubaan yang dibuat media perdana bagi memburukkan kerjasama antara Pakatan Rakyat. Beliau berkata demikian apabila diminta penjelasan tentang pendirian PAS berkenaan slogan 'Malaysian Malaysia' yang dibawa DAP. "Saya suka berpijak di alam nyata pada hari ini, yang mana pada hari ini melalui pilihan raya umum, rakyat telah memecahkan tembok perkauman dan agama, sekali gus ia dilihat sangat menarik. Apa yang penting, bukan istilah tetapi objektif untuk mewujudkan perpaduan dan keadilan," jelas beliau dalam sesi dialog bersama media sempena Majlis Makan Malam Rakan Media PAS, di sebuah hotel di ibu kota, malam semalam. Menurut Ustaz Hadi, PAS bersifat terbuka dalam hal ini, dan perlu memberi penekanan terhadap titik persamaan, dan bukannya titik perbezaan yang wujud di antara Pakatan Rakyat. Jelasnya, dalam menghadapi keperitan, seperti ISA contohnya semua tahanan ISA menerima layanan dan keadaan yang sama, tanpa sebarang perbezaan yang perlu diperjuangkan bersama. "Orang PAS yang ditahan ISA, dihantar ke Kamunting. Begitu juga Hindraf. Semua dihantar ke Kamunting, tiada bezanya. Orang DAP juga yang ditahan, dibawa ke Kamunting. Tiada bezanya dan titik persamaan itu perlu diperjuangkan bersama," tegas beliau. Dalam pada itu, Ustaz Hadi mengakui yang menjadi masalah kepada Pakatan Rakyat hari ini ialah peranan media yang cuba melaga-lagakan Pakatan Rakyat. "Saya pernah buat pepatah 'jangan kita menjadi seperti lesung dan alu, yang kenyang ayam'. Lesung dan alu tumbuk-menumbuk, sakit...yang kenyang, tetap ayam. Jadi kalau kita lawan sama-sama kita (Pakatan Rakyat), yang untung nanti lawan kita. Yang penting bukan istilah, tapi pengisiannya yang membawa kebaikan kepada semua pihak tanpa mengira kaum dan agama," tegas beliau. Beliau turut menjelaskan bahawa tiada peruntukan berkenaan 'negara Islam' dalam Perlembagaan PAS, tetapi wujud hukum yang tertinggi iaitu al-Quran, Sunnah, Qias, Ijmak Ulama' mewujudkan negara yang memerintah berasaskan ajaran Islam yang ada di dalamnya keadilan. Sementara itu, dalam respons berhubung peranan blogger, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin, yang turut hadir di majlis itu berkata, media perdana hari ini begitu tersepit kerana mereka cuba menyesuaikan diri dengan kehendak pemerintah, sedangkan di lima buah negeri sudah berubah pemerintahannya. "Media perdana hari ini tersepit kerana mereka tidak berlandaskan kebenaran. Jika saudara-saudara, sebagai blogger yang jujur dan ikhlas, sudah pasti tidak tersepit dengan keadaan hari ini dalam melaporkan kebenaran," jelas beliau. Dalam pada itu, Nizar turut meminta para blogger yang dahulunya lantang mengkritik kelemahan BN agar berbuat serupa terhadap kelemahan yang dilakukan Pakatan Rakyat. "Kalau dulu saudara-saudara kritik dengan begitu hebat BN, maka sekarang untuk mengkritik Pakatan Rakyat juga perlu diteruskan, dalam menyatakan kebenaran," tegas beliau lagi, sambil menerima tepukan gemuruh daripada para blogger dan hadirin. Majlis makan malam itu diadakan sebagai tanda penghargaan PAS kepada para media, termasuk blogger yang memainkan peranan besar dalam memberikan keputusan pilihan raya umum, 8 Mac lalu. Majlis tersebut turut dihadiri Lajnah Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub; Ketua Muslimat PAS, Nuridah Salleh; Timbalan Ketua Muslimat, Wan Hasrina Wan Hassan; ahli-ahli Parlimen PAS; Exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu; pimpinan PAS di peringkat negeri, pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan isteri; blogger Sang Kelembai, dan beberapa blogger lain. - mns |
Wednesday, May 14, 2008
Rakyat perlu bijak menilai berita media perdana - Presiden PAS
0 comments Labels: Harakahdaily, kerajaan BN, TGHA
Musa: ISA tidak kejam
Mstar Online
14-05-2008 04:39:20 PM
KUALA LUMPUR: Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak kejam tetapi sebaliknya masih diperlukan bagi menjamin keselamatan negara daripada sebarang bentuk ancaman dalaman, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.
Beliau berkata ISA masih diperlukan untuk menjaga keselamatan negara dan beliau menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya tahanan di bawah akta itu tidak berpeluang mendapat pembelaan di mahkamah.
"Tahanan ISA masih boleh mendapat pembelaan dengan mengemukakan bukti di mahkamah" katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat pertama Yayasan Pencegahan Jenayah Asean (ARCPF) di sini.
Musa berkata ISA juga mempunyai penal penasihat bagi membuat penilaian terhadap kes-kes berkaitan tahanan.
"Jika badan ini menyatakan mereka (tahanan ISA) tidak mengancam keselamatan negara, jadi kita bebaskan," katanya.
Menjawab soalan seorang wartawan dari Indonesia yang membuat liputan, Musa berkata antara tahanan ISA ialah 13 orang warga Indonesia berstatus penduduk tetap (PR) negara ini.
Mereka ditahan di kem tahanan termasuk Sabah, katanya.
Mesyuarat selama tiga hari itu memberi tumpuan kepada aktiviti Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) yang memberi penekanan kepada aspek pencegahan jenayah daripada segi penyeludupan dadah, penyeludupan manusia dan penguatkuasaan polis.
Turut hadir Pemangku Pengerusi ARCPF Tan Sri Da'i Bachtiar yang juga bekas Ketua Polis Indonesia. BERNAMA
0 comments Labels: ISA, mstar online, polis
Klip video Lingam diputuskan dedah kepada umum Jumaat ini.
Utusan Online
KUALA LUMPUR 13 Mei - Kabinet akan memutuskan Jumaat ini sama ada laporan Suruhanjaya Diraja siasatan klip video Lingam akan didedahkan kepada umum, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd. Zaid Ibrahim hari ini.
Beliau berkata, keputusan itu akan dibuat selepas dibentangkan kepada Kabinet kerana ia mempunyai kepentingan awam.
"Kabinet akan memutuskan laporan inkuiri tersebut pada Jumaat. Kita akan tahu tindakan lanjut kerajaan berhubung perkara itu pada hari tersebut.
"Ia merupakan satu perkara yang menarik perhatian ramai dan saya rasa, faktor itu akan diambil kira dalam memutuskan untuk mendedahkan laporan suruhanjaya kepada umum," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Zaid berkata, hasil siasatan suruhanjaya itu tidak dikelaskan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) tetapi ia memerlukan keputusan Kabinet untuk didedahkan.
Beliau mengulas mengenai hasil siasatan Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kesahihan klip video memaparkan perbualan telefon seorang peguam terkemuka, Datuk V.K. Lingam dengan seseorang yang dikatakan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.
Suruhanjaya Siasatan Diraja itu dipengerusikan bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohamed Noor dan dianggotai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong; bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mahadev Shankar; bekas Peguamcara Negara, Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan ahli sejarah, Prof. Emeritus Datuk Dr. Khoo Kay Khim.
0 comments Labels: parlimen, Pita Lingam, utusan
Ghapur: Jangan cabar kami
Mstar Online
14-05-2008 06:58:04 PM
KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh hari ini memberi amaran kepada wakil rakyat yang lain supaya tidak mempersoal keikhlasan anggota dari Sabah terhadap Barisan Nasional (BN) dan berhenti bertindak bagi pihak kerajaan dalam menjawab sebarang isu mengenai Sabah.
Sambil membidas Datuk Mohamed Abdul Aziz (BN-Sri Gading) mengenai kenyataan beliau tentang anggota Parlimen Sabah semasa membahaskan usul terima kasih terhadap titah Diraja semalam, Abdul Ghapur berkata, sepatutnya di dalam BN, anggota tidak patut mencabar satu sama lain.
"Sri Gading masih berpemikiran penjajah, tidak terbuka. Apa yang saya titik beratkan ialah kita mahu BN diperbaiki, saya bercakap mengenai Sabah, pembangunannya, mengenai masalah pendatang tanpa izin...kenapa orang lain mahu mencabar kami," katanya semasa ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.
Semalam, Mohamed menasihatkan wakil dari Sabah supaya tidak mempertikaikan pelantikan menteri-menteri oleh pucuk pimpinan dan jangan bongkak dan berbangga dengan kemenangan mereka dalam pilihan raya umum lepas.
Abdul Ghapur berkata, setiap pandangan yang dibangkitkan MP Sabah di Parlimen ialah untuk menyuarakan kebimbangan rakyat terutama isu pembangunan dan pendatang tanpa izin.
"Jangan salahkan kami (membangkitkan itu) sebab kalau mereka salahkan kami, penduduk Sabah akan mendesak kami berhenti daripada parti," katanya.
Ghapur berkata, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi patut diberi masa untuk menangani masalah di Sabah.
"Tak apa... Pak Lah mungkin sedang memikirkannya, tetapi jangan tanya Sri Gading (Mohamed) untuk menjawabnya pada kami," katanya.
Sementara itu, Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Shafei Apdal menolak tanggapan bahawa anggota Parlimen dari Sabah yang membidas kerajaan Pusat pada persidangan Dewan Rakyat sebagai antiperpaduan dan anti-Semenanjung.
Kata beliau, anggota Parlimen Sabah hanya inginkan pendapat atau pandangan mereka diberi perhatian serta mendapat tindakan sewajarnya daripada kerajaan pusat.
"Anggota Parlimen dari Sabah bukan hendak bergaduh, cuma membangkitkan masalah yang timbul. Ini tidak boleh dijadikan tanggapan untuk mengatakan anggota Parlimen Sabah tidak suka akan perpaduan dan anti-Semenanjung.
"Ia bukan jalan untuk memecahbelahkan perpaduan. Apa yang mereka minta ialah lebih banyak pembangunan di Sabah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.
Mengenai keluhan berhubung pembahagian portfolio menteri yang kurang penting kepada Sabah, Shafie berkata: "Kita sudah biasa dalam keadaan ini. Apa yang diberi, kita terimalah." BERNAMA
0 comments Labels: keluar BN, mstar online, Sabah
Timbalan Menteri enggan jawab siapa pembekal peralatan ICT RM2.1 billion
Harakahdaily Salmiyah Harun Wed | May 14, 08 | 12:56:30 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Hrkh) - Timbalan Menteri Pelajaran Dato' Razali Ismail (BN-Kuala Terengganu) tidak mempunyai jawapan kepada soalan yang dikemukakan oleh Azmin Ali (KeADILan-Gombak) berhubung syarikat yang mendapat projek bagi membekalkan peralatan ICT yang bernilai RM2.1 billion. Dalam penjelasan kepada soalan yang dikemukakan oleh Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Razali memperincikan jumlah perbelanjaan bagi melaksanakan dasar mengajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Antara butir-butir perbelanjaan yang dinyatakan oleh Razali termasuklah pembekalan peralatan ICT iaitu RM2.1 billion, perbelanjaan ICT berjumlah RM2.4 juta, latihan perkhidmatan RM317 juta dan intensif kepada guru RM638 juta. Bagaimanapun, Azmin dalam soalan tambahannya meminta menteri berkenaan memberitahu Dewan syarikat mana yang mendapat tender bagi membekalkan ICT itu memandangkan jumlah perbelanjaan itu terlalu besar. "Untuk perbelanjaan membekalkan peralatan ICT itu jumlanya terlalu besar, ini kerana bukan untuk melaksanakan dasar ini tetapi untuk mewujudkan kontrak untuk kroni, bolehkah YB memberitahu Dewan syarikat mana yang mendapat tender itu," katanya dalam sesi soal jawab pagi tadi. Razali pula menganggap pertanyaan yang dikemukakan kepada beliau berbaur politik dan beliau tidak menjawab. Tuan Yang di-Pertua Tan Sri Dato' Pandikar Amin pula mencelah dan memberitahu Razali tidak perlu menjawab jika pertanyaan itu bersifat politik. Azmin yang tidak berpuas hati terus mencelah dan membidas Razali bahawa pertanyaannya itu bukan bersifat politik sebaliknya ia adalah perkara yang harus diketahui oleh rakyat. "Ini bukan pertanyaan politik, ini adalah soalan yang perlu ada jawapannya saya hanya menanyakan siapa yang dapat tender itu. "Jika timbalan menteri tak boleh jawab, saya tunggu jawapan daripada menteri," katanya sebaik sahaja Razali duduk. Soalan asal, Nga Kor Ming, meminta menteri terbabit menyatakan jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan untuk melaksanakan dasar mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris sejak 2003 mengikut peringkat sekolah rendah dan menengah serta tahap pencapaian sehingga kini. - mns |
0 comments Labels: Harakahdaily, parlimen, penyelewengan
Azizah: BN cuba tutup isu video Lingam
Malaysiakini |
May 14, 08 3:45pm |
Barisan Nasional didakwa cuba menutup isu kontroversi rakaman video peguam VK Lingam apabila menolak usul tergempar isu itu yang ingin dibawa oleh ketua pembangkang di Dewan Rakyat hari ini. Usul Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk membahaskan laporan siasatan suruhanjaya diraja - yang telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan belum didedahkan kepada umum - ditolak di peringkat dalam kamar yang dipetua dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia. "Keputusan yang dipertua Dewan Rakyat untuk menolak usul tergempar tersebut amat mengecewakan," kata presiden PKR, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh, dalam satu kenyataan hari ini. "Malah alasan yang dikemukakan jelas memperlihatkan percubaan kerajaan Barisan Nasional untuk menutup perkara yang berkepentingan umum ini dibahaskan dalam Parlimen." Tambahnya, usul tersebut perlu dibahaskan segera memandangkan jemaah menteri akan memutuskan sama ada laporan tersebut akan didedahkan atau sebaliknya kepada pengetahuan umum Jumaat ini. Menurutnya lagi, Pandikar Amin memaklumkan bahawa penolakan usul tersebut menurut peraturan mesyuarat 18(5) yang menyebut "tidak lebih daripada satu usul boleh dibawa pada satu hari persidangan mesyuarat". Wan Azizah berkata, yang dipertua memaklumkan bahawa terdapat satu usul lain daripada ahli parlimen Ipoh Barat akan dibahaskan hari ini. "Kami berpendirian bahawa, sekiranya kerajaan Barisan Nasional bersungguh-sungguh ingin memulihkan integriti sistem kehakiman negara,... yang dipertua sewajarnya menangguhkan usul yang penting itu kepada keesokan hari, dan bukannya ditolak mentah-mentah dalam kamar," katanya lagi. "Perbahasan usul tersebut dalam Dewan Rakyat penting bagi memulihkan kembali keyakinan umum terhadap badan kehakiman negara yang begitu teruk tercemar seperti mana didedahkan dalam video Lingam." |
0 comments Labels: malaysiakini, parlimen, Pita Lingam
Makan keledek, ubi kentang ganti nasi
KUALA TERENGGANU 13 Mei - Rakyat Malaysia disaran memakan keledek dan ubi kentang bagi menggantikan nasi sebagai makanan ruji.
Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Dr. Mahani Zainal Abidin berkata, pengambilan ubi-ubi berkenaan sebagai pengganti beras sesuai dengan trend makanan masyarakat sekarang.
"Kanak-kanak sekarang juga menggemari kentang goreng serta pelbagai produk daripada ubi termasuk kerepek ubi yang dapat membantu mengubah trend makanan rakyat negara ini.
"Di Jepun, harga keledek sangat mahal kerana penduduk negara itu lebih menggemari makanan tersebut berbanding nasi," katanya pada sesi pertama forum umum bertajuk Peningkatan Harga dan Kebajikan Rakyat: Langkah Semasa dan Masa Depan di sini hari ini.
Felo Kanan ISIS, Dr. Larry Chee Yoong Wong turut menjadi panel dalam sesi pertama forum sehari yang dipengerusikan oleh Pengerusi ISIS, Datuk Seri Mohamed Jawhar Hassan.
Dr. Mahani memberitahu, penukaran makanan ruji itu akan membantu rakyat terutama penduduk berpendapatan rendah daripada mengalami beban ekoran kenaikan harga beras di pasaran.
Dr. Larry turut menyokong cadangan yang dikemukakan oleh Dr. Mahani itu.
Beliau berkata, keledek yang terdiri daripada pelbagai warna mempunyai berbagai-bagai khasiat yang baik untuk kesihatan.
"Berdasarkan kajian pakar, keledek mempunyai pelbagai vitamin dan khasiat seperti beta-karotena yang baik untuk kesihatan.
"Justeru, pilihan keledek dan kentang sebagai pengganti nasi dilihat keputusan yang baik," katanya.
0 comments Labels: krisis negara, utusan
Tak perlu peraturan halang wakil rakyat lompat parti - Nik Aziz
Harakahdaily Salmah Mat Husain Wed | May 14, 08 | 6:02:17 pm MYT | |
KOTA BHARU, 14 Mei (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat tidak perlu kepada undang-undang khas menghalang mana-mana wakil rakyat melompat parti. Ini kerana kata beliau ia adalah hak individu terbabit. "Walaupun undang-undang dibuat untuk mengekang kemaraan anggota Parlimen atau anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) supaya tidak melompat parti, namun tindakan melompat parti boleh berlaku juga," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di Kota Darulnaim, di sini hari ini. Menurutnya kerajaan Kelantan pada awal 1990-an pernah meminda undang-undang bagi menghalang Adun melompat parti, bagaimanapun ada juga Adun iaitu dari Parti Semangat 46 melompat parti. Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim mencadangkan undang-undang menyekat wakil rakyat melompat parti digubal bagi menjaga kepentingan awam. Isu itu ditimbulkan selepas Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua pertiga di parlimen sekarang. Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga menyifatkan cadangan menggubal undang-undang menghalang wakil rakyat melompat parti dibuat atas kepentingan Umno dan bukannya atas dasar demokrasi. Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, beliau mengalu-alukan kalau ada wakil rakyat Umno atau BN yang beragama Islam menyertai PAS. "Ia bersesuaian dengan dasar PAS yang memperjuangkan Islam, jadi sekiranya kita menyertai PAS bererti kita telah kembali kepada jalan sebenar iaitu untuk memperjuangkan Islam. "Bagaimanapun kalau mereka enggan menyertai PAS, mereka boleh masuk parti lain dalam Pakatan Rakyat termasuk KeADILan. Itu hanya hak masing-masing, terpulang kepada individu terbabit," ujarnya. Ditanya hasrat anggota Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali menyertai parti yang serasi dengan perjuangannya kata beliau, dialu-alukan bekas Ketua Umno Bahagian Pasir Mas itu kalau ingin menyertai PAS. Bagaimanapun katanya beliau tidak berminat membuat pelawaan, cuma lebih suka pendekatan dakwah walaupun Ibrahim pernah bertanding menggunakan lambang bulan pilihan raya umum lalu. "Saya tak suka mempelawa, tetapi suka memberi dakwah dan penerangan kepada orang lain. Pelawa ni saya tak suka sangat," ujarnya. Ibrahim minggu lepas menemui Menteri Besar Kelantan di pejabatnya di Kota Darulnaim. Selepas itu beliau membuat kenyataan kemungkinan menyertai mana-mana parti tidak lama lagi. - mj |
0 comments Labels: Harakahdaily, TGNA
Permintaan Khalid, Guan Eng
KUALA LUMPUR 13 Mei - Kerajaan negeri Selangor boleh mengasingkan nama pemimpin-pemimpin UMNO di negeri itu daripada menerima air percuma mulai 1 Jun ini jika ia merupakan satu pembaziran dan rasuah kepada rakyat.
Sehubungan itu Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim meminta senarai nama mereka diserahkan kepadanya supaya perkara itu dapat dilakukan.
''Ahmad Maslan (BN-Pontian) mengatakan pemberian air percuma ini merupakan satu rasuah pakatan pembangkang kepada rakyat Selangor.
''Oleh itu saya mengesa Ahli Parlimen Pontian menulis surat kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor mencadangkan bahawa parti itu tidak berminat untuk dapat air percuma dan serahkan senarai nama kepada Menteri Besar Selangor.
''Kerajaan Selangor akan menyediakan program komputer yang akan mengasingkan nama-nama yang tidak mahu air percuma dan lebihan wang itu akan diserahkan kepada sekolah agama rakyat (SAR), Sekolah Rendah Kebangsaan Cina dan Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil,'' kata Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul ucapan terima kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Khalid memberitahu, usaha pemberian air percuma itu merupakan usaha pengurusan kontrak sosial dan kebajikan yang dapat dijalankan dengan teratur serta tertib.
Katanya, ia dapat membantu dan memastikan rakyat dan negara terus makmur serta ekonomi negara maju.
''Usaha kerajaan Selangor ini dicemburui oleh BN, untuk pengetahuan, kerajaan negeri menggunakan mekanisme harga untuk mengurangkan pengunaan air berlebihan oleh pengguna.
''Sekiranya pengguna mengunakan air yang lebih banyak maka mereka perlu membayar harga yang tinggi. Oleh itu saya percaya mereka akan menggunakan air sebaik-baiknya,'' katanya.
Sementara itu Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang ketika membahaskan usul yang sama mahukan menteri-menteri Kerajaan Pusat tidak membatalkan projek- projek di negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang.
Katanya, tidak ada gunanya berdendam kerana Malaysia adalah milik semua dan tidak ada niat lain hanya untuk membantu serta meningkatkan taraf hidup rakyat melalui pembangunan ekonomi.
''Kerajaan negeri di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kedah dan Kelantan tidak ada niat lain selain membantu rakyat melalui pembangunan ekonomi yang seimbang serta adil.
''DAP yakin Kerajaan Pusat juga mahu negara bersih dari anasir-anasir buruk yang boleh menghancurkan negara di samping menyebabkan rakyat menderita,'' katanya.
Tegasnya, Kerajaan Pusat perlu berkerjasama dengan kerajaan negeri dan bukan menyulitkan keadaan dengan membazirkan wang rakyat melalui penubuhan badan-badan yang mewakili BN yang akan bercanggah dengan kepentingan rakyat di negeri yang ditadbir oleh pembangkang.
Katanya, jika dendam menjadi asas pentadbiran Kerajaan Pusat, hanya rakyat akan menentukan kewibawaan serta adakah BN masih relevan.
''Jika kerajaan BN enggan berkerjasama, padahnya diterima oleh rakyat, jika rakyat marah jangan salahkan DAP atau orang lain,'' katanya.
0 comments Labels: KM PPinang, MB Selangor, utusan
Beza antara pemimpin Pakatan Rakyat dengan BN
Detik Daily
Posted on Wednesday, May 14 @ 15:53:52 MYT by reformis
Oleh Azamin Amin
KUALA LUMPUR: Merekalah pemimpin PAS, DAP dan KeADILan yang juga dikenali sebagai Pakatan Rakyat yang dipilih rakyat dan memperjuangkan serta membela jatuh bangunnya nasib rakyat di dalam negara.
Sungguhpun mereka sudah mempunyai jawatan baik sebagai Menteri Besar, Ahli Parlimen mahupun Wakil Rakyat namun sikap dan tindakan mereka sentiasa menarik perhatian ramai dan menyentuh hati semua pihak.
1. Menteri Besar Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat
- Beliau menghapuskan peruntukan Menteri Besar untuk Juadah Hari Raya sebanyak RM 30,000 dan Juadah Berbuka Puasa sebanyak RM 15,000serta memotong bonus / elaun Menteri Besar sebanyak 45 peratus yang dibahagikan 40 peratus kepada parti dan lima peratus kepada Perbendaharaan Negeri. Beliau tidak tinggal di kediaman rasmi Menteri Besar sebaliknya masih menduduki rumah lamanya di Pulau Melaka.
2. Menteri Besar Kedah Ustaz Azizan Abdul Razak
- Menolak peruntukan kerajaan negeri untuk membaik-pulih pagar kediaman rumah beliau kerana tidak mahu menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi walaupun telah dinasihati oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dan pihak polis.
- Beliau masih menggunakan kenderaan lamanya dan tidak mendiami kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di Sri Mentaloon sebaliknya terus tinggal di rumah lamanya di Jalan Sultanah, Alor Setar.
3. Ketua Menteri Pulau Pinang
- Lim Guan Eng juga tidak menduduki kediaman rasmi kerana berpendapat agak sukar berpindah-randah setelah jawatan tersebut tidak dipegangnya lagi.
- Beliau menduduki hotel bukan mengikut kadar seorang Menteri Besar walaupun telah diperuntukan malah menaiki kapal terbang kelas ekonomi tidak kelas bisnes.
4.Menteri Besar Selangor
- Menurut beberapa kakitangan awam, Tan Sri Khalid Ibrahim menjamu selera di kantin pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bersama kakitangan lain dan tidak di 'cafe' khas yang disediakan untuk Menteri Besar dan Exco Negeri.
5. Ahli Parlimen Pakatan Rakyat
- Ahli Parlimen PAS Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusuf bersama suami menaiki bas di Hentian Putra untuk pulang ke kampung meninjau kawasan.
- Ahli Parlimen Mahfuz Omar tidak mendiami hotel sebaliknya Markas PAS Taman Melewar sekiranya datang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri sidang Parlimen dan adakalanya menaiki pengangkutan awam berulang-alik ke Kedah.
- Beberapa ahli parlimen PAS 'berkongsi kereta' untuk datang ke Kuala Lumpur bagi menghadiri sidang Parlimen.
- Adun PAS kawasan Paroi, Negeri Sembilan Taufek Abd Ghani sanggup memotong sejumlah 50 peratus gaji Adun yang diperolehi setiap bulan untuk disalur kepada Pusat Khidmat Masyarakat dan membantu golongan miskin di kawasannya.
- Adun PAS kawasan Cempaka, Selangor Iskandar Samad yang juga merupakan Exco negeri dilihat orang ramai beratur panjang untuk membayar bil di Bangunan SUK.
Kisah dan fakta ini merupakan antara beberapa petikan dan rakaman menarik berhubung dengan sikap dan tingkah laku pemimpin Pakatan Rakyat yang berjaya direkodkan malah terdapat lagi pelbagai kisah menarik ahli-ahli parlimen yang lain yang tidak dapat dicoretkan kesemuanya.
0 comments Labels: Detik daily, pemimpin rakyat
Pakatan menang kerana undi Cina, India
Malaysiakini |
Muda Mohd Noor | May 14, 08 1:53pm |
Menteri besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin berkata pengundi Cina dan India telah memenangkan kerajaan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu. Dalam pilihanraya tersebut, Pakatan berjaya merampas empat negeri - Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak - manakala PAS berjaya mengekalkan Kelantan dengan tambahan kerusi. Manakala di peringkat pusat pula, Pakatan berjaya menafikan Barisan Nasional (BN) penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat. BN menang 140 kerusi parlimen manakala Pakatan pula menang 82 kerusi. Bercakap dalam sesi soaljawab di majlis makan malam media anjuran PAS, Mohd Nizar berkata, pengundi bukan Melayu mengetahui kedudukan sebenar mengenai isu-isu semasa yang berlaku dalam di negara ini Katanya, mereka mengetahui perkara tersebut kerana mempunyai akses kepada laman-lamanweb dan blog, terutama semasa kempen pilihanraya umum lalu. Menurut, peranan lamanweb dan blog telah memberi tekanan kepada parti pemerintah dan berjaya ‘memujuk' mereka supaya mengundi pembangkang dalam pilihanraya umum lalu. Tolak akhbar utama Malah, tambah, semasa kempen pilihanraya umum lalu, akhbar-akhbar utama tidak mendapat tempat kerana laporan yang tidak benar. "Bagaimana (kini) kita hendak fikir supaya ia juga sampai kepada orang Melayu," tambahnya. Bercakap di majlis yang sama, presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pilihanraya umum lalu telah berjaya memecahkan tembok fanatik perkauman dan agama, dengan pengundi kaum Cina dan India mengundi calon-calon PAS. Bekas menteri besar Terengganu itu juga berkata, pengundi Cina dan India juga turut mengundi calon Melayu dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). "Pengundi di kawasan bandar, yang terdiri daripada orang terpelajar, telah membuat perubahan yang unik tetapi ia tidak berlaku di kawasan pedalaman," katanya. Hadi juga berkata, konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan DAP tidak penting, sebaliknya objektif keadilan dan perpaduan adalah lebih utama. Keadilan untuk rakyat Katanya, dari sudut agama, Islam tidak boleh menghapus bangsa dan bangsa kaum lain apabila menjadi pemerintah.. "Ini mesti difahami kerana kita semua rakyat Malaysia. Orang Cina dan India tidak fikir hendak balik negeri lagi. "Kita mesti terima apa itu keadilan. Ekonomi tidak boleh menyatupadukan masyarakat, sebaliknya keadilan boleh berbuat demikian. Sementara itu, exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu pula berkata, bekalan air percuma merupakan janji pembangkang dalam pilihanraya umum lalu. "Oleh kerana kedudukan kewangan negeri Selangor yang lebih baik, kita boleh beri kemudahan itu (air percuma). "Kalau kerajaan negeri lain sudah mampu, mereka juga boleh memberi manfaat kepada rakyat," katanya. |
0 comments Labels: bela rakyat, malaysiakini, Pakatan Rakyat
Presiden PAS lancar tabung bantuan kemanusiaan di Parlimen
Harakahdaily Salmiyah Harun | Foto Nasir Sudin Wed | May 14, 08 | 2:39:53 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Hrkh) - PAS melancarkan tabung bantuan kemanusiaan mangsa Taufan Nargis di Myanmar dan mangsa gempa bumi di Sichuan barat daya China, di parlimen hari ini. Tabung kemanusiaan itu dilancarkan oleh Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang bersama-sama barisan ahli parlimen PAS. Sebagai sembolik pelancaran tabung kemanusiaan itu, semua ahli parlimen PAS masing-masing memasukkan sejumlah wang ke dalam tabung yang disediakan. Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru semua pihak bukan sahaja ahli PAS bahkan orang lain bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada dua bencana yang menimpa rakyat negara terbabit. Katanya, PAS akan berusaha sedaya upaya melalui mekanisme yang ada di dalam PAS, yang punya pengalaman dalam misi kemanusiaan ketika tsunami di Indonesia dan peperangan di Afghanistan untuk membantu mangsa yang terlibat. "Apabila sesuatu perkara di atas nama kemanusiaan kita mestilah memecahkan sempadan agama dan politik," katanya dalam pertemuan dengan wartawan. Beliau juga mengharapakan Junta Mynamar membenarkan semua pihak memasuki negara itu bagi membantu mangsa-mangsa bencana. "Masalah politik, kaum dan perbezaan agama tidak boleh dijadikan alasan untuk menyekat bantuan, faktor kemanusiaan harus dipandang serius, saya rasa di Cina kita tidak ada masalah untuk menyalurkan bantuan," katanya. Tuan Guru Abdul Hadi juga meminta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bertindak mendesak kerajaan Myanmar membuka jalan untuk misi kemanusiaan. Dalam pada itu, Dr Hatta Ramli memberitahu pasukan kemanusiaan dari PAS sudah bersedia untuk berlepas cuma tidak ada kebenaran masuk di pihak kerajaan Myanmar. Tambahnya, di Cina pihak PAS tidak mempunyai masalah jadi misi kemanusiaan PAS akan bertolak dalam masa terdekat ini. "Jadi kita terpaksa menunggu sampai ada kebenaran, kita tidak mahu berada di pinggir Mynamar, rombongan ini akan diketuai salah seorang exco kerajaan negeri Kedah," katanya. Misi kemanusiaan itu katanya, tidak lebih daripada membawa barangan keperluan seperti makanan dan pakaian serta perubatan. Katanya, orang ramai juga boleh menyalurkan bantuan itu melalui media PAS dan semua cawangan PAS di peringkat negeri. Kira-kira 100,000 penduduk dipercayai terbunuh dalam taufan yang melanda kawasan pertanian dan perkampungan di kawasan Delta Irrawaddy. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan 1.5 juta penduduk Myanmar terjejas teruk akibat taufan yang melanda pada 3 Mei lalu. Manakala gempa berukuran 7.8 pada skala Richter telah melanda wilayah Sichuan di barat daya China mengakibatkan sekurang-kurangnya 12,000 orang dilaporkan maut. Sekurang-kurangnya 18,000 orang tertimbus di bandar Mianyang dan lebih 10,000 lagi terperangkap di bandar Mianzhu. - mns |
0 comments Labels: bantuan kemanusiaan, Harakahdaily, TGHA
Karpal: Dewan diraja terburu-buru
Malaysiakini |
May 14, 08 11:32am |
Pengerusi DAP Karpal Singh berkata Dewan Diraja Selangor tidak sepatutnya terlalu terburu-buru membuat kenyataan terhadap beliau. "Saya tidak buat sebarang tuduhan khusus terhadap Sultan Selangor," katanya kepada pemberita di ruang legar Parlimen semalam. Karpal berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar bahawa Dewan Diraja Selangor menyelar beliau kerana menuduh Sultan Sharafuddin Idris Shah mencampuri urusan badan eksekutif di negeri itu, demikian menurut Bernama. Dalam kenyatannya kelmarin, Dewan Diraja itu berkata sebagai Sultan, baginda bertindak dalam lingkungan perlembagan apabila baginda melahirkan pendapat dan pandangan tentang sesuatu perkara yang mempunyai kaitan dengan rakyat baginda. Dewan Diraja itu berkata kenyataan Karpal seperti yang dilaporkan sebuah akhbar pada 6 Mei, sungguh mengelirukan. Karpal sebaliknya berkata memandangkan beliau tidak membuat sebarang tuduhan khusus terhadap Sultan Selangor, maka dewan itu sepatutnya menggunakan bahasa yang lebih lembut dalam kenyataannya. 'Bermotif politik' Sementara itu, Bernama juga melaporkan bahawa Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan pendirian PKR mempertahankan kenyataan Karpal Singh yang mempertikaikan kuasa Sultan Perak adalah pendirian yang bermotifkan politik. Katanya, pembangkang tidak perlu mengambil masa yang begitu lama untuk menyokong kenyataan itu jika ia benar-benar berasaskan kepada pendapat yang tulen dan tidak mempunyai kepentingan tertentu. "Ia sudah terlewat. Mengapa ambil masa yang begitu lama nak menyokong. Saya percaya apabila ia dilakukan selepas beberapa hari diulang oleh Karpal, ia dibuat bersandarkan kepada pertimbangan politik," katanya mengulas tindakan pemimpin PKR mempertahankan kenyataan Karpal yang mempersoalkan kuasa Sultan Perak dalam pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Jamry Sury. Semalam, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan yang parti itu menerima penjelasan Karpal atas alasan kenyataan itu tidak bermaksud menyinggung Raja-Raja Melayu. Hishammuddin berkata, persepakatan pembangkang dalam hal itu boleh dipersoalkan kerana Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga menteri besar Kelantan memberikan kenyataan bahawa beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Karpal itu. "Nik Aziz kata beliau tidak bersetuju, jadi macam mana sekarang boleh kata bersepakat pula," katanya. Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, sokongan terhadap institusi raja berperlembagaan adalah sokongan yang merentasi semua kaum, justeru kenyataan Karpal itu perlu dikaji untuk menjelaskan matlamat sebenar ia dikeluarkan. Janji siasatan adil Sementara itu di Shah Alam, ketua polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata polis akan menyiasat dua laporan berkaitan dengan ahoi Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng (foto) dengan adil. Katanya, polis menerima satu laporan daripada seorang pegawainya pada 8 Mei lalu yang mengatakan bahawa Lim telah merusuh dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas. Menurut Bernama, pada keesokannya, Lim pula membuat laporan bahawa polis telah merosakkan kereta dan mencederakan beliau. Sehingga kini percakapan Lim belum dapat dirakamkan dan polis akan mengaturkan seorang pegawai untuk melakukannya di Parlimen. "Ialah, dia seorang ahli Parlimen, dia sibuk, jadi dia telah minta kami merakamkan percakapannya di Bangunan Parlimen," katanya. Khalid berkata polis masih menunggu laporan perubatan dari pihak hospital mengenai kecederaan Lim. Dalam kejadian 8 Mei itu, Lim dan kira-kira 150 orang penduduk Bandar Mahkota Cheras membantah pemasangan tembok penghalang di laluan percuma penduduk taman berkenaan ke Lebuh raya Cheras-Kajang. Polis telah menembak gas pemedih mata dan semburan air untuk menyuraikan mereka. |
0 comments Labels: Karpal, malaysiakini, selangor, Sultan
Sesuap nasi disubsidi - Kerajaan belanja RM2.2 bilion setahun kawal harga beras
KUALA LUMPUR 13 Mei – Setiap suap nasi yang dimakan oleh rakyat Malaysia disubsidi oleh kerajaan dan nilai subsidi itu kini melonjak sehingga RM2.2 bilion setahun.
Kerajaan memperuntukkan kira-kira RM923 juta setahun untuk subsidi baja padi, subsidi harga padi, insentif pengeluaran padi, insentif peningkatan hasil dan insentif pengeluaran benih padi.
Ini bermakna setiap seorang daripada 140,000 pesawah di Malaysia menerima subsidi dan insentif sebanyak RM2,656 bagi sehektar tanah sawah yang mereka usahakan.
Baru-baru ini, apabila para pesawah merungut input pertanian telah semakin mahal, kerajaan memperuntukkan dana tambahan RM549 juta untuk subsidi infrastruktur, penyuburan tanah dan racun rumpai.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed pada sidang akhbar di sini hari ini berkata, subsidi untuk beras kini bukan setakat diberi kepada pesawah, tetapi turut dinikmati secara langsung oleh berjuta-juta pengguna di Malaysia.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kerajaan memperuntukkan sekurang-kurangnya RM725 juta untuk subsidi pembelian beras import selain melaksanakan empat langkah tambahan menangani kenaikan harga padi dan beras.
Menurut Mustapa, inilah kali pertama dalam sejarah kerajaan memberikan subsidi kepada pengguna secara langsung bagi membolehkan harga beras yang dijual di pasaran lebih rendah daripada kos sebenar.
Beliau berkata, subsidi RM725 juta itu diberikan kerajaan bagi menampung kos mengimport 500,000 tan metrik beras hancur 15 peratus dari Thailand dalam usaha menambah stok penimbal beras negara.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan berapa harga pembelian beras import tersebut, tetapi satu laporan agensi berita dari Bangkok menyatakan bekalan beras itu dibeli
oleh syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) pada harga AS$1,000 (RM3,100) setan metrik.
Katanya, beras hancur 15 peratus itu akan mula dibawa masuk secara berperingkat mulai dua minggu lagi sebelum dibungkus semula sebagai beras Super Tempatan (ST) 15 peratus untuk dijual kepada pengguna pada harga kawalan RM1.65 dan RM1.80 sekilogram.
‘‘Kita lakukan semua ini untuk memastikan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah tidak terjejas ekoran krisis makanan global,’’ katanya.
Menjawab satu soalan, beliau menjangkakan kerajaan mampu mengekalkan harga siling beras gred ST 15 peratus yang dikawal harganya untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan akan datang.
‘‘Harga beras di pasaran dunia semakin stabil sekarang.
‘‘Dengan syarat, tiada sebarang perubahan yang berlaku dari segi cuaca atau malapetaka di negara pengeksport beras, Malaysia akan mempunyai bekalan beras yang mencukupi pada harga yang stabil menjelang akhir tahun ini,’’ katanya.
Mustapa memberitahu, subsidi kepada para pesawah tidak dapat dielakkan kerana faktor keselamatan makanan selain menjadi tanggungjawab kerajaan memastikan rakyat yang berpendapatan rendah dilindungi.
‘‘Kita tidak boleh membiarkan mereka terjejas dengan kenaikan harga padi dan beras,’’ tegasnya.
Beliau menjelaskan, harga beras ST 15 peratus, misalnya, dikekalkan pada harga sedia ada dan dikawal bertujuan untuk memenuhi keperluan pengguna berpendapatan rendah.
‘‘Dengan mengekalkan harga ini, pihak pengilang swasta dan Bernas akan menampung perbezaan harga itu menerusi keuntungan pengeluaran beras gred-gred Super Spesial Tempatan (SST) lima peratus dan SST 10 peratus serta keuntungan daripada jualan beras import oleh Bernas,’’ ujar Mustapa.
Malah, katanya, langkah kerajaan memperluaskan kawalan harga beras kepada gred SST lima peratus dan 10 peratus adalah bagi melengkapkan strategi kawalan harga beras.
‘‘Kerajaan telah memberikan subsidi yang begitu besar kepada 140,000 pesawah padi. Inilah rasional tindakan kita menjadikan beras SST lima peratus dan SST 10 peratus barang kawalan dengan harga siling masing-masing RM2.70 dan RM2.80 sekilogram,’’ ujarnya.
Kerajaan, kata Mustapa, perlu mengawal harga beras gred lebih berkualiti itu bagi memberi justifikasi kepada subsidi berbilion ringgit yang dibayar kepada para pesawah.
0 comments Labels: bela rakyat, subsidi, utusan
Tiada cadangan letak Suruhanjaya Anti Rasuah di bawah Parlimen
Mstar Online
13-05-2008 01:50:52 PM
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (SARM) yang akan ditubuhkan kelak tidak akan diletakkan secara khusus di bawah tanggungjawab Parlimen, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.
Beliau berkata mengikut struktur baru suruhanjaya itu, sebuah Lembaga Penasihat Bebas Pencegahan Rasuah serta Jawatankuasa Parlimen Mengenai Pencegahan Rasuah akan diwujudkan.
Anggota Lembaga Penasihat Bebas Pencegahan Rasuah akan dimaklumkan oleh pihak suruhanjaya mengenai keskes rasuah yang melibatkan kepentingan umum bagi membolehkan lembaga memantau dan membuat pertanyaan serta memberi syor untuk tindakan lanjut mengenai keskes tersebut, katanya di Dewan Rakyat ketika menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) sama ada Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan bebas daripada kawalan Jabatan Perdana Menteri.
"Suruhanjaya ini akan membentangkan laporan tahunannya kepada ahliahli Jawatankuasa Parlimen Mengenai Pencegahan Rasuah, dan dengan itu Lembaga Penasihat Bebas dan jawatankuasa parlimen itu akan dapat memastikan ketelusan dan keberkesanan pelaksanaan fungsi suruhanjaya.
"Ini mewujudkan elemen akauntabiliti bagi setiap tindakan yang diambil," kata Nazri.
Menjawab soalan Teo berhubung mengapa kerajaan tidak memberi kuasa kepada suruhanjaya itu untuk membuat pendakwaan, beliau berkata Perlembagaan memperuntukkan kuasa pendakwaan terletak pada Peguam Negara.
Malaysia, katanya, mengamalkan undang-undang yang membezakan antara tugas membuat siasatan, mendakwa dan menghakimi bagi mengelak pertindihan tugas dan berlakunya konflik kepentingan.
Kepada pertanyaan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) sejauh mana Perdana Menteri tidak akan campur tangan, Nazri berkata soal pendakwaan berada sepenuhnya pada Peguam Negara yang bebas membuat keputusan sendiri. BERNAMA
0 comments Labels: BPR, mstar online
Teks penuh ucapan Ahli Parlimen Rembau (KJ) 12 Mei 2008
|
0 comments Labels: KJ beruk, klpos, parlimen
Isu Kerugian Petronas - Menteri Gagap dan Tidak Menjawab
Suara Keadilan
Selasa, 13 Mei 2008
PARLIMEN, 13 Mei (SK) – Isu berhubung kerugian Petronas tidak dijawab tepat oleh Kerajaan dalam Dewan Rakyat hari ini sebaliknya memberikan jawapan jauh terpesong dari soalan yang diberikan. Soalan berhubung isu kerugian tersebut dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang di Parlimen, Dr. Wan Azizah Wan Ismail di dalam soalan tambahannnya.
Di dalam soalan tersebut, beliau telah meminta pihak kerajaan menjelaskan berapa lama lagi dan berapakah jumlah kerugian yang ditanggung Petronas berikutan telah menjual produk bahan mentah berkenaan kepada negara tertentu dengan harga yang telah ditetapkan melalui kontrak perjanjian penjualan di mana ianya jauh lebih murah berbanding harga pasaran semasa.
Dr. Wan Azizah juga turut bertanyakan soalan mengapa Petronas boleh terlibat memasuki perjanjian demikian di samping mempersoalkan mengapa negeri-negeri yang mengeluarkan hasil minyak dan gas seperti Terengganu, Sabah dan Sarawak adalah merupakan negeri-negeri yang paling miskin di Malaysia.
Soalan tajam tersebut tidak dapat dijawab oleh wakil dari Kerajaan yang mewakili Perdana Menteri untuk menjawabnya sebaliknya memberikan jawapan yang jauh meleset dengan fakta yang dikehendaki. Bahkan semasa di awal ucapan untuk menjawab soalan tersebut, Menteri berkenaan agak tergagap untuk menjawab soalan berkenaan.
Menteri Senator berkenaan hanya memberikan jawapan yang tidak munasabah dengan mengatakan bahawa perjanjian tersebut dibuat atas kos bagi mengeluarkan petrol dan gas cecair memerlukan pelaburan yang besar oleh itu ianya memerlukan Petronas untuk mendapatkan kontrak jangka panjang dari segi keuntungan jangka panjang kepada Korea, Jepun dan Taiwan. Beliau turut cuba memesongkan fakta dengan mengatakan bahawa harga jualan bahan tersebut diselaraskan mengikut formula tertentu berpandukan harga pasaran semasa.
Berdasarkan jawapan tersebut, jelas menunjukkan kerajaan enggan menjelaskan kerugian sebenar yang terpaksa ditanggung Petronas di samping tidak mahu secara telusnya mendedahkan tempoh kerugian yang secara terus menerus ditanggung oleh syarikat kerajaan tersebut.
Menteri berkenaan turut tidak menjawab soalan mengapa ketiga-tiga negeri pengeluar petroleum berkenaan adalah merupakan negeri yang paling miskin di negara ini. Sebaliknya mengelak dengan memberi jawapan bahawa negeri-negeri tersebut telah diberikan 5% royalti petroleum oleh Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang ditetapkan mengikut perjanjian.
Berikutan jawapan yang diberikan, Dr. Wan Azizah meminta Menteri berkenaan untuk menjawab soalan tersebut namun Menteri itu bertegas menyatakan bahawa beliau telah menjawab soalan berkenaan.
Hal ini sekaligus menggambarkan pihak kerajaan cuba sembunyikan fakta sebenar serta berusaha menafikan salahguna perolehan hasil bahan mentah tersebut daripada pengetahuan rakyat. - Zuwairi Zakwa
Berita Berkaitan;
0 comments Labels: penyelewengan, PETRONAS, royalti, suara keadilan
Pengendali Monsoon Cup bukan milik kerajaan Terengganu? Exco gagal memberi penjelasan….
Buletin Online |
Ditulis oleh SM Noor & WanKay | |
Wednesday, 14 May 2008 | |
Rahin berkata Pertandingan kapal layar Monsoon Cup telah diadakan di Pulau Duyong sejak tahun 2005 dengan tujuan asal adalah untuk menarik pelancong dan orang ramai datang ke Terengganu pada masa musim tengkujuh. Menurutnya T-Best Event Sdn Bhd yang dulunya dikenali sebagai Premium Project Management Sdn Bhd telah diberi kebenaran oleh Swedish Match Grand Prix AB untuk mengendalikan Monsoon Cup dengan perjanjian yang ditandatangani pada 5 Ogos 2005. Beliau tidak menafikan kenyataan majalah antarabangsa Asia Pacific Boating yang menyebut belanja penganjuran Monsoon Cup adalah sebanyak RM 300 juta setahun tetapi beliau hanya menyatakan tidak mahu ianya menjadi rujukan. Menurut Rahin, kerajaan negeri hendaklah mengadakan kewangan sebanyak RM 4 juta setahun bagi menganjurkan sukan tersebut. ”Didalam perjanjian yang ditangani, Kerajaan negeri hendaklah berusaha untuk mendapatkan sejumlah RM 4 juta setiap setahun sehingga 2012, ”tanggungjawab kerajaan negeri adalah untuk mendapatkan RM 4 juta setahun adalah untuk menganjurkan Monsoon Cup’” jelas beliau Sehubungan dengan itu, ADUN Batu Buruk, YB Dr. Syed Azman Ahmad Nawawi telah meminta penjelasan berkaitan syarikat T-Best Event Sdn Bhd. Dr. Syed Azman telah memohon kerajaan negeri memberi penjelasan berkaitan pemilikan saham T-Best Event Sdn Bhd yang dimiliki oleh dua syarikat lain. ”Saya ingin memohon penjelasan dari Exco, mengenai T-Best Event, saya membaca ‘company profile’ mengenai T-Best yang perlu kepada penjelasan, antara Pengarah syarikat T-Best Event adalah Chiu Kok Foo beralamat di Kuala Lumpur dan, ”dengan izin according to filing T-Best major shareholders is Prestasi Wangi Sdn Bhd which hold 67.1% dan TDM Bhd which hold 42.9% of the company, ”jadi saya pohon penjelasan atas kepentingan apa Prestasi Wangi Sdn Bhd dan beberapa individu di Kuala Lumpur memegang saham lebih besar daripada kerajaan negeri Terengganu, kalaulah dkatakan program Monsoon Cup ini adalah untuk kepentingan rakyat Terengganu.” tanya Syed Azman Soalan ADUN Batu Buruk tidak dijawab oleh Rahin, tetapi Rahin mengatakan kerajaan akan membuat kajian terhadap Monsoon Cup dan mengatakan satu perjumpaan akan diadakan dengan syarikat T-Best Event pada 14 Mei akan datang, dan akan memperincikan perjanjian yang telah ditandatangani. Apabila soalan yang dikemukakan tidak dijawab, ADUN Batu Buruk sekali lagi memohon penjelasan, meminta Rahin menghuraikan dengan lebih ‘spesifik’ tentang peranan Prestasi Wangi Sdn. yang pemegang sahamnya adalah orang-orang Terengganu. Menurut Dr. Syed Azman, yang mengejutkan, salah seorang pemegang saham T-Best Event Sdn Bhd adalah seorang yang bernama Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Timbalan Menteri Dalam Negeri. |
0 comments Labels: buletin online, monsoon cup, penyelewengan, terengganu
Lim: Orkestra filharmonik satu pembaziran
Malaysiakini |
Fauwaz Abdul Aziz | May 13, 08 9:08pm |
RM130,000 sebulan? Itulah gaji bulanan yang dibayar kepada konduktor Orkestra filharmonik Malaysia (MP0). Dan menurut ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, langkah mengekal konduktor dan anggota MPO yang ramai rakyat asing, adalah satu pembaziran wang Petronas. Setiausaha agung DAP itu membangkitkan isu tersebut sewaktu membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini. Lim mendedahkan bahawa kos membiayai anggota MPO itu mencecah RM3.5 juta sebulan. Menurutnya, 95 peratus pemuzik asing itu dibayar antara RM16,000 hingga RM28,000 sebulan dan mendapat dua bulan cuti bergaji setiap tahun. Konduktornya pula dibayar RM130,000 sebulan manakala penolongnya dibayar gaji RM50,000 sebulan. Sejak 10 tahun ia ditubuhkan, kata Lim, kos pembiayaan orkestra tersebut berjumlah RM500 juta. Lim juga mendakwa, bekas konduktor residen MPO, rakyat Malaysia - Ooi Chean See - telah meletakkan jawatan selepas tidak diberi peranan sewajarnya. Sehubungan itu, beliau bertanya, mengapakah Petronas membelanjakan wang yang banyak tetapi tidak memberi faedah kepada pemuzik tempatan. Katanya, pemuzik tempatan dipinggirkan manakala Petronas membelanja begitu banyak wang untuk melayan orang asing, terutama dari Eropah. Menurut Lim, sikap tersebut yang membuat rakyat begitu marah dengan Barisan Nasional (BN). Sebaliknya, Lim yang juga ahli parlimen Bagan, menggesa kerajaan supaya mengagihkan secara saksama perolehan dan keuntungan syarikat minyak nasional itu untuk faedah rakyat Malaysia, terutama yang miskin, bukannya mementingkan Pengeluar Kuasa Bebas (IPP). Sebagai contoh, katanya, ia termasuk bayaran bonus RM6,000 setiap tahun kepada setiap keluarga dan ia tidak akan menjejaskan keuntungan Petroasn yang mencecah hampir RM80 bilion. Mengenai pembelian jet pejuang Sukhoi dari Russia, Lim bertanya mengapa harga yang dipersetujui adalah AS$50 juta sebuah, sedangkan India membeli pesawat yang sama pada harga AS$40 juta sebuah. Ramalan pelaburan Sementara itu, menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim (PKR-Bandar Tun Razak), dalam ucapannya, mempersoalkan unjuran bahawa 12 juta pekerjaan akan diwujudkan dalam tempoh lima tahun akan datang, ke arah mewujudkan 23 juta peluang pekerjaan pada 2013. Katanya, andaian hendaklah berdasarkan kepada angka-angka yang betul, kerana memandangkan keadaan ekonomi semasa dunia, angka tersebut mungkin terpaksa diubah. Beliau juga mempersoalkan ramalan bahawa RM30 bilion akan dilaburkan dalam bidang hartanah, pelancongan dan sektor rekreasi memandangkan "bencana" yang menimpa Zon Bebas Pelabuhan Klang dan mempersoalkan faedah projek Iskandar Malaysia di Johor kepada negara. Mengenai keputusan kerajaan Selangor memberi bekalan 20 kubik meter air percuma, Khalid berkata, risiko pembaziran air diimbangi dengan sistem bil progresif di mana penggunakan air seterusnya akan lebih mahal. Berhubung dakwaan Ahmad Maslan (BN-Pontian) bahawa pemberian bekalan air percuma itu boleh dianggap sebagai 'merasuah' rakyat, Khalid mencadangkan ahli-ahli Umno Selangor yang tidak bersetuju dengan langkah tersebut, supaya jangan menerima bekalan air percuma dari kerajaan negeri. Dengan itu, katanya, bekalan tersebut boleh disalurkan kepada sekolah agama, sekolah Cina dan sekolah Tamil. |
0 comments Labels: malaysiakini, PETRONAS
Isyarat 'hijrah' semakin jelas
KLpos |
Oleh Mohd Sayuti Omar | |
Selasa, 13 Mei 2008 | |
UCAPAN Ahli Parlimen Kalabakan, Abdul Ghafur Salleh di Parlimen pagi tadi sungguh sentimental dan emosional. Ada maksud yang tesirat di sebaik ucapan berterus terang ahli Parlimen berkenaan. Seperti mana katanya, apa yang diungkapkan bukan kerana beliau kecewa atau sengaja berbuat demikian tetapi ianya lahir dari lubuk hati sebenarnya yang perlu diberikan perhatian serius. Jika diamati secara menghalusi nada ucapan Abdul Ghafur ada kesenimbungan dengan apa yang diucapkan oleh rakannya ahli Parlimen Kiamanis, Anifah Aman minggu lalu. Bahkan, Abdul Ghafur mengakui bukan sahaja beliau, tetapi (Ahli Parlimen Sabah) sanggup untuk tinggal bukan saja di rumah teras bahkan di rumah kampung sekali pun mereka sanggup. Maknanya mereka bersedia untuk meninggalkan kemewahan yang dijanji oleh kerajaan BN dan bersedia untuk bersusah payah dengan pembangkang. Abdul Gharuf berkata demikian apabila merujuk kepada ucapan Anifah Aman yang minggu lalu yang menngatakan kemungkinan ahli Parlimen Sabah akan berhijrah kepada pembangkang sekiranya perlu dan tidak merasa sayang untuk meningalkan BN yang baginya menyakitkan hati. Anifah ketika menjawab pertanyaan dibangkitkan Ahmad Zahid Hamidi, yang ingin tahu apakah beliau (ahli Parlimen Sabah) sanggup meninggalkan rumah banglow (BN) untuk tinggal di rumah teres (Pakatan Rakyat), sambil menempelak balik Zahid mengatakan apa guna berada di dalam banglow kalau diletakkan di tepi tandas. Ucapan Hanifah itu jelas mengenai pendirian wakil rakyat Sabah dan ianya ditafsirkan bahawa ahli Parlimen Sabah kini dalam bersiap sedia untuk bersama Pakatan Rakyat sekiranya mereka terus dianaktirikan. Abdul Ghafur dalam ucapan semasa menyokong titih ucapan Yang di-Pertua Agong itu memberi reaksi yang sama menjelaskan ahli Parlimen Sabah akan melakukan jika perlu untuk berbuat begitu. Namun beliau lebih apologitik bila mana meminta kerajaan Persekutuan meneliti dan mengkaji apa yang dibangkitkan. Abdul Ghafur mengungkit soal Sabah dianaktirikan, layanan double standard dalam membawa pembangunan infrastruktur dan pendidikan. Begitu juga peruntukan tiga kerusi menteri kepada ahli Parlimen Sabah yang merupakan kerusi tidak penting sebagai penghinaan kepada rakyat Sabah. Ia katanya berbeza dengan layan ke atas sebuah negeri di Semenanjung di mana tujuh peruntukan menteri penting diberikan. Adalah dipercayai beliau merujuk kepada Johor. Abdul Ghafur ternyata kecewa dengan tindakan itu lantas mencabar PM agar merombak semula Kabinet dan memperuntukkan jawatan menteri penting kepada Sabah. "Kita cabar agar Kabinet dirombak dan disusun semula,” ujarnya disambut dengan tepukan meja ahli Parlimen. Selain daripada membangkitkan isu tersebut ahli Parlimen Kalabakan itu juga meminta agar royalti minya untuk Sabah dinaikan 20 persatus daripada kadar sekarang hanya 5 peratus dan wang itu dimasukkan terus ke dalam tabung pembangunan Sabah. Cadangan itu sejajar dengan tawaran pembangkang sekiranya ahli Parlimen Sabah menyokong Pakatan Rakyat royalti minyak sebanyak 20 peratus akan diserahkan kepada Sabah. Dalam nada mengancam Abdul Ghafur berkata tidak mustahil kalau segala permintaan dan tuntutan-tuntutan itu tidak dipenuhi, ahli Parlimen BN Sabah akan berhijrah kepada pembangkang. Dalam hubungan ini jelas beliau, mereka tidak perlu menyertai pembangkang sebaliknya boleh mencari makenisme lain misalnya menubuhkan parti baru kemudian bergabung dengan Pakatan Rakyat. Apakah ucapan Abdul Ghafur yang tidak ada non stop meluahkan perasaan rakyat Sabah itu berupa amaran dan isyarat jelas dan terakhir kepada kerajaan BN bahawa mereka sesungguhnya sudah hiulang sabar dan sedang bersiap sedia dan memerhati perluang untuk berhijrah kepada pembangkang? Dan apakah isyarat itu menandakan dakwaan Anwar Ibrahim kononnya ada 30 ahli MP Sabah akan menyertai Pakatan Rakyat sudah hampir tiba, dan antara mereka ialah ahli Parlimen Kalabakan (Abdul Ghafur) dan Kimanis (Hanifah Aman)? Memerhati kepada suhu politik kini yang semakin panas dan perkembangan politik akhir-akhir ini yang sukar untuk diteka, ia memberi bayangan seolah-olah apa yang didakwa Anwar Ibrahim itu sudah hampir sangat ketibaanya? BERITA BERKAITAN
Penulis dilahirkan di Kampung Gual Nibong, Gual Periok, Pasir Mas Kelantan pada Feb, 1960. Mendapat pendidikan dan pengalaman kewartawanan di Indonesia awal tahun 1980-an. Berkecimpung dalam dunia kewartawan/penulisan buku politik sejak lebih 20 tahun. Sehingga kini telah menghasilkan lebih 45 buah buku politik semasa. Antara buku yang menjadi sebutan "Anwar Ibrahim: Mimpi dan Realiti, "Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa:,"Saya Mahafiraun", "Hitam Putih: Darul Arqam" dan lain-lain. Blog beliau boleh dilayari di msomelayu.blogspot.com - PengarangBERITA SEBELUMNYA Ada berita besar Rabu ini GEMPAR: Seramai 17 Ahli parlimen Barisan Nasional (BN) dikatakan hampir pasti akan menyertai pakatan pembangkang, Rabu ini. Menurut sumber yang rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang layak dipercayai, perkara itu bukan lagi perang saraf Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu sebaliknya satu perkara akan menjadi kenyataan. Malah menurut sumber itu, seorang ahli perniagaan dari Kuala Lumpur yang bergelar Tan Sri dikatakan terlibat di dalam urusan antara Anwar dan para Ahli Parlimen yang berkenaan. Sumber itu berkata majoriti daripada 17 Ahli Parlimen BN yang akan menyertai pakatan pembangkang adalah dari Sabah. Selain itu beberapa orang antaranya adalah dari semenanjung. Sebelum ini beberapa maklumat yang diperolehi mengatakan Anwar telah mengadakan pertemuan dengan beberapa Ahli Parlimen BN termasuk seorang Presiden sebuah parti komponen BN Sabah semasa berada di Hong Kong baru-baru ini. Anwar juga sebelum ini dilaporkan memberikan bayangan bahawa pakatan pembangkang akan membentuk kerajaan yang baru paling lewat 16 September depan bersempena dengan hari penubuhan Malaysia. Anwar sejak pilihan raya umum lalu telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan berhubung adanya Ahli parlimen BN yang telah menyatakan kesediaan mereka untuk menyertai beliau membentuk kerajaan baru. Dakwaan yang dibuatnya itu menjadi bualan yang akhirnya mula dikhuatiri akan menjadi kenyataan ekoran prestasi BN yang buruk selepas pilihan raya umum ke-12 yang menyaksikan BN kehilangan majoriti dua pertiga. Agendadaily |
0 comments Labels: keluar BN, klpos, msomelayu, parlimen