+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, May 14, 2008

MB Kedah: Cari penyelesaian jangka panjang masalah beras

Mstar Online

13-05-2008 06:41:34 PM

ALOR STAR: Kerajaan negeri Kedah hari ini menyambut baik langkah kerajaan membendung kenaikan harga beras tetapi mahu penyelesian jangka panjang dicari.

Menteri Besar Azizan Abdul Razak berkata, permintaan beras pada masa ini adalah tinggi sedangkan pembekalnya semakin berkurangan.

"Kerajaan pusat kena fikir bagaimana cara nak tambah pengeluaran padi sebab semua rakyat Malaysia makan nasi," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama kakitangan perkhidmatan awam negeri dan persekutuan di sini.

Beliau berkata, usaha menangani kenaikan harga beras sebenarnya masih tidak menyelesaikan masalah bebanan rakyat ekoran kenaikan harga barangan keperluan lain.

Azizan berkata, kerajaan Kedah akan menyokong mana-mana pihak yang mahu mengusahakan tanah terbiar yang mempunyai sistem pengairan, untuk dijadikan tanah sawah baru.

"Sekarang ini kerajaan cuma tak ada duit tetapi dari aspek teknikal ini boleh dibincangkan dengan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)," kata beliau.

Katanya, jika tanah terbiar itu tidak dapat diusahakan sebagai tanah sawah, kerajaan akan mengambil inisiatif untuk memajukan tanah itu sebagai tanah pertanian seperti menanam jagung, projek ternakan ikan, udang dan sebagainya. BERNAMA

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |