Buletin Online |
Ditulis oleh SM Noor & WanKay | |
Wednesday, 14 May 2008 | |
Rahin berkata Pertandingan kapal layar Monsoon Cup telah diadakan di Pulau Duyong sejak tahun 2005 dengan tujuan asal adalah untuk menarik pelancong dan orang ramai datang ke Terengganu pada masa musim tengkujuh. Menurutnya T-Best Event Sdn Bhd yang dulunya dikenali sebagai Premium Project Management Sdn Bhd telah diberi kebenaran oleh Swedish Match Grand Prix AB untuk mengendalikan Monsoon Cup dengan perjanjian yang ditandatangani pada 5 Ogos 2005. Beliau tidak menafikan kenyataan majalah antarabangsa Asia Pacific Boating yang menyebut belanja penganjuran Monsoon Cup adalah sebanyak RM 300 juta setahun tetapi beliau hanya menyatakan tidak mahu ianya menjadi rujukan. Menurut Rahin, kerajaan negeri hendaklah mengadakan kewangan sebanyak RM 4 juta setahun bagi menganjurkan sukan tersebut. ”Didalam perjanjian yang ditangani, Kerajaan negeri hendaklah berusaha untuk mendapatkan sejumlah RM 4 juta setiap setahun sehingga 2012, ”tanggungjawab kerajaan negeri adalah untuk mendapatkan RM 4 juta setahun adalah untuk menganjurkan Monsoon Cup’” jelas beliau Sehubungan dengan itu, ADUN Batu Buruk, YB Dr. Syed Azman Ahmad Nawawi telah meminta penjelasan berkaitan syarikat T-Best Event Sdn Bhd. Dr. Syed Azman telah memohon kerajaan negeri memberi penjelasan berkaitan pemilikan saham T-Best Event Sdn Bhd yang dimiliki oleh dua syarikat lain. ”Saya ingin memohon penjelasan dari Exco, mengenai T-Best Event, saya membaca ‘company profile’ mengenai T-Best yang perlu kepada penjelasan, antara Pengarah syarikat T-Best Event adalah Chiu Kok Foo beralamat di Kuala Lumpur dan, ”dengan izin according to filing T-Best major shareholders is Prestasi Wangi Sdn Bhd which hold 67.1% dan TDM Bhd which hold 42.9% of the company, ”jadi saya pohon penjelasan atas kepentingan apa Prestasi Wangi Sdn Bhd dan beberapa individu di Kuala Lumpur memegang saham lebih besar daripada kerajaan negeri Terengganu, kalaulah dkatakan program Monsoon Cup ini adalah untuk kepentingan rakyat Terengganu.” tanya Syed Azman Soalan ADUN Batu Buruk tidak dijawab oleh Rahin, tetapi Rahin mengatakan kerajaan akan membuat kajian terhadap Monsoon Cup dan mengatakan satu perjumpaan akan diadakan dengan syarikat T-Best Event pada 14 Mei akan datang, dan akan memperincikan perjanjian yang telah ditandatangani. Apabila soalan yang dikemukakan tidak dijawab, ADUN Batu Buruk sekali lagi memohon penjelasan, meminta Rahin menghuraikan dengan lebih ‘spesifik’ tentang peranan Prestasi Wangi Sdn. yang pemegang sahamnya adalah orang-orang Terengganu. Menurut Dr. Syed Azman, yang mengejutkan, salah seorang pemegang saham T-Best Event Sdn Bhd adalah seorang yang bernama Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Timbalan Menteri Dalam Negeri. |
0 comments:
Post a Comment