| Malaysiakini |
| Andrew Ong | Nov 21, 08 1:21pm |
| Rakaman video perhimpunan nyalaan lilin pada 9 November di Petaling Jaya yang dirampas polis, kini didapati telah diubah sewaktu dalam jagaan pihak berwajib itu. Rakaman itu dan kamera video Malaysiakini dirampas di hujung perhimpunan tersebut, yang diadakan sebagai membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan sambutan ulang tahun perhimpunan menuntut pilihanraya bebas dan adil anjuran Bersih. Seramai 23 orang - termasuk ahli-ahli politik dan juruvideo Malaysiakini, Shukri Mohammad - ditahan dalam insiden tersebut. Beliau kemudiannya dibebaskan dan dikehendaki melaporkan diri di balai polis Petaling Jaya, Isnin depan. Polis memulangkan rakaman tersebut bersama kamera itu kepada Malaysiakini Selasa lepas.Selepas semakan rakaman 36 minit tersebut, sejumlah tiga minit dan 42 saat gambar daripada perhimpunan tersebut "telah hilang" di dua bahagian. Potongan pertama berlaku pada masa rakaman di minit ke-10 dan 54 saat, sewaktu Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar mengarahkan peserta perhimpunan tersebut bersurai, yang digantikan dengan satu rakaman baru. Rakaman baru itu kedengaran dibuat oleh seorang penumpang dari sebuah kenderaan polis. Rakaman yang diubah terjadi pada minit ke-14 dan 40 saat, apabila gambar sekumpulan anggota polis pencegah rusuhan, digantikan dengan rakaman kira-kira enam saat sebuah almari pakaian. Kandungan rakaman yang "hilang" setakat ini, tidak dapat dipastikan. Shukri (foto) semalam membuat satu aduan polis di balai Jalan Travers berhubung isu pengubahan rakaman video tersebut kerana ia mungkin akan digunakan di mahkamah jika ada pertuduhan di mahkamah."Kami tidak menuduh polis mengubah bahan bukti kerana ada kemungkinan rakaman tersebut terpadam secara tidak sengaja sewaktu dalam jagaan polis," kata ketua pengarang Malaysiakini, Steven Gan. "Bagaimanapun, polis sewajarnya menjaga bahan-bahan itu yang bakal dijadikan bukti dengan berhati-hati dan tidak bermain-main dengan kamera kami." |
Saturday, November 22, 2008
Rakaman video Mkini berubah sewaktu di balai
0 comments Labels: malaysiakini, penyelewengan, polis
Saturday, November 15, 2008
Heboh Pasai Lawatan Guan Eng ke Korea Selatan
Aku ingatkan, Umno saja yang pandai ‘main bil’, rupanya Gerakan pun serupa. Hari tu, heboh orang Umno Pulau Pinang buat bising pasai lawatan Lim Guan Eng ke Korea Selatan.
Kalau nak dikirakan..lawatan ke Korea Selatan memakan belanja yang lebih tinggi berbanding lawatan ke India. Tapi..jumlah yang dibelanjakan oleh Koh Tsu Koon…phew!!! boleh beli satu banglo kat Parit Buntar.
Hangpa tafsir la sendiri. Pasai apa Umno Pulau Pinang bising bila Guan Eng pi Korea Selatan, tapi diam bila Koh Tsu Koon pi India?Mungkin depa pun sama-sama pekena Indian-desi-masala kot. Tu pasai semua diam.
Gambar dari blog asidburn.
0 comments Labels: bloggers united, penyelewengan
Wednesday, November 12, 2008
Eurocopter: Kit Siang mahu laporan siasatan PAC diserah Isnin
KUALA LUMPUR: Penasihat DAP, Lim Kit Siang mahu Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, Datuk Seri Azmi Khalid supaya mengotakan janjinya untuk menyerahkan laporan siasatan berhubung isu pembelian Eurocopter EC-725 kepada Dewan Rakyat selewat-lewatnya Isnin depan.
"Azmi telah berjanji semalam untuk serahkan laporan tersebut dalam masa dua atau tiga hari... jadi saya harapkan laporan itu dapat dibentangkan pada hari Isnin minggu hadapan.
"Jika Azmi gagal berbuat demikian, beliau perlu menjelaskan sebabnya kerana beliau telah berjanji di Dewan dan juga di luar Dewan," katanya dalam sidang media hari ini.
Semalam Azmi memberi jaminan bahawa laporan siasatan tersebut akan siap dalam masa beberapa hari.
Alasan yang diberikan Azmi atas kelewatan menyerahkan laporan itu ialah ia dibuat dalam bentuk verbatim (sama seperti yang dicakapkan) mengikut kaedah yang diguna pakai dalam persidangan Dewan Rakyat.
Jelas Lim, laporan siasatan pembelian Eurocopter bernilai RM1.6 bilion itu perlu dibentangkan segera ke Dewan Rakyat untuk dibahaskan.
Lim berkata, tiada pertelingkahan antara beliau dan Pengerusi PAC itu, sebaliknya hanya mahu mandat yang diberikan kepada PAC dapat dilaksanakan dengan baik bagi mengelakkan penyalahgunakan wang rakyat.
Beliau menbuat kenyataan demikian bagi menjelaskan ketegangan yang berlaku semasa sesi perbahasan Dewan Rakyat semalam apabila beliau mendesak supaya PAC menyerahkan laporan siasatan itu secepat mungkin dan turut menggesa supaya Azmi meletakkan jawatan sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut kerana didakwa gagal menjalankan tugas dengan sempurna.
Malah, beliau turut menawarkan bantuan yang diperlukan kepada PAC bagi memastikan siasatan yang dibuat dapat dijalankan dengan berkesan.
"Saya juga sentiasa bersedia untuk membantu mereka membuat siasatan malah ada mengemukakan beberapa cadangan kepada PAC untuk dijadikan panduan yang perlu diberi perhatian dalam siasatan mereka," katanya.
Tambah Lim, PAC juga perlu mendapatkan pandangan semua pihak termasuk daripada syarikat-syarikat pengeluar helikopter, pengendali helikopter Nuri dan juga bekas juruterbangnya.
0 comments Labels: mstar online, penyelewengan
Friday, November 7, 2008
Tangguh beli Eurocopter tidak jejas kredibiliti ATM
KUALA LUMPUR 6 Nov. - Keputusan kerajaan menangguhkan pembelian 12 unit helikopter Eurocopter EC725 tidak menjejaskan kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal berkata, dalam keadaan negara yang aman seperti sekarang, perkhidmatan helikopter Nuri yang mampu digunakan sehingga tahun 2015 adalah memadai.
''Kita telah gunakan Nuri sejak zaman pemberontakan komunis lagi dan ia terbukti berkesan sehingga sekarang.
''Jadi kita (ATM) akur dengan keputusan penangguhan kerajaan itu berdasarkan kemampuan kewangan negara," katanya pada sidang akhbar selepas menerima tabik hormat Perbarisan Hari Ulang Tahun ATM Ke-75 di Kem Sungai Besi di sini hari ini.
Hadir sama Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin; Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.
Pada 28 Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pembelian helikopter itu ditangguh sebagai langkah berjimat cermat berikutan krisis kewangan dunia.
Abdul Aziz memberitahu, perancangan pembelian Eurocopter adalah sebagai nilai tambah kepada aset-aset ATM khususnya Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) seperti dalam operasi-operasi mencari dan menyelamat.
''Jika kita perlukan helikopter sebegitu, Nuri masih ada dan ia boleh disokong oleh pesawat milik agensi lain seperti bomba, polis serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)," jelasnya.
Terdahulu dalam ucapannya beliau berkata, kematangan ATM terbukti setelah dipilih sebagai 'Institusi Paling Dipercayai di Malaysia' hasil kajian Asia Barometer Survey baru-baru ini.
Beliau memberitahu, pengiktirafan itu adalah bukti keyakinan orang awam terhadap integriti dan keupayaan ATM sesuai dengan tema sambutan hari ulang tahunnya iaitu 'Komitmen Kami, Keyakinan Anda'.
Menjawab satu soalan, beliau berkata, penugasan aset serta para pegawai dan anggota ATM yang kini mengawal keselamatan laluan kapal-kapal dagang Malaysia di perairan Teluk Aden, Somalia akan berakhir pada hujung bulan ini.
Dalam pada itu, perbarisan Jubli Intan ATM hari ini menampilkan 56 pegawai dan 691 anggota lain-lain pangkat daripada ketiga-tiga perkhidmatan darat, laut serta udara yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Romainor Mohamed.
Perbarisan itu turut menampilkan aset-aset ATM yang digunakan sejak awal penubuhannya sehingga sekarang.
0 comments Labels: penyelewengan, utusan
Thursday, November 6, 2008
Ke mana Najib larikan RM5 bilion?
| Malaysiakini |
| Hishamuddin Rais | Oct 30, 08 7:47pm |
| Hari ini telah dipastikan bahawa sistem ekonomi kapitalis neoliberal telah berakhir. Krisis ekonomi yang melanda sistem kapitalis neoliberal ini sedang nazak. Secara bengong, hanya Najib Razak sahaja yang cuba menafikannya dan berkata Malaysia “terselamat.” Dasar Ekonomi Bengong (DEB) ini akan membawa mudarat yang amat sangat kepada orang ramai. Justeru, mari kita memahami dasar ekonomi Najib ini. Dua hari sebelum meninggalkan Kementerian Pertahanan, Najib telah menandatangani perjanjian membeli Eurocopter. Helikopter ini berharga RM2 bilion. Brazil telah membeli helikopter yang sama dengan harga 1 bilion ringgit. Apakah Malaysia ditipu 1 bilion ringgit? Jawabnya - tidak. Harga helikopter ini sama. Tidak berubah-ubah. Tukang buat dan tukang jual ini tidak menipu. Kita rakyat Malaysia yang kena tipu oleh Najibk. Harga ini telah ‘dinaikkan’. Yang membayar nanti kita semua kerana yang membeli helikopter ini kerajaan. Kerajaan itu orang ramai. Orang ramai itu kita semua. Cara “menipu” ini samalah seperti cara Najib membeli jet pejuang Sukhoi (Rusia) dan kapal selam Scorpene (Perancis). Yang berbeza kali ini hanyalah tidak ada perterjemah cun dari Mongolia. Juga kali ini bukan syarikat perunding Razak Baginda yang menjalankan urus jual-beli. Berita masih belum jelas syarikat kroni mana pula yang mendapat komisen 1 bilion ringgit membeli Eurocopter ini. Dari mana agaknya duit-duit ini akan datang? Apakah duit ini juga datang dari punca yang sama? Dalam suasana gawat ini banyak persoalan timbul kenapa beli helikopter? Pertanyaan ini terjawab pantas. Belum pun satu bulan menjadi menteri kewangan, Najib telah “melarikan 5 bilion ringgit” duit KWSP. Duit ini ialah duit simpanan kaum buruh dan kaum pekerja. Duit KWSP adalah duit simpanan yang wajib disimpan oleh semua pekerja. Majikan juga diwajibkan menyumbang dalam dana KWSP. Duit KWSP ini untuk kegunaan di hari tua – sebagai pencen atau untuk diambil membuat rumah, pergi naik haji dan sebagainya. Menurut DEB Najib, duit 5 bilion ringgit ini akan disalurkan kepada syarikat ValueCap Sdn Bhd. Penyaluran duit KWSP ini bertujuan menaikkan harga nilai saham syarikat-syarikat yang dianggap “jatuh nilai”. Persoalan timbul - nilai saham ini rendah kerana orang ramai tidak yakin terhadap syarikat-syarikat ini. Memasukkan duit ke dalam syarikat ini tidak akan membawa apa-apa keuntungan. Untuk sementara waktu, kemungkinan nilai saham syarikat ini akan naik tetapi akhirnya akan jatuh terlingkup juga. Apabila saham ini mendapat suntikan 5 bilion ringgit, maka nilai sahamnya naik. Apabila nilainya naik, maka makin ramai tuan empunya saham akan menjualkan saham mereka kerana ekonomi sedang gawat. Apabila saham banyak terjual, maka nilai saham ini akan jatuh kembali. Hanya orang bengong sahaja yang tidak faham bagaimana spekulasi bergerak pantas di bursa saham Kuala Lumpur. Lima bilion ringgit ini akan dicekup oleh pemodal besar terutama dari luar negara. Dalam masa yang singkat 5 bilion ringgit ini pasti akan hangus. Lima bilion ringgit ini adalah duit kita semua yang diperjudikan di Bursa Malaysia oleh Najib. Lihat pula ekonomi kita. Harga bahan bakar petroleum telah jatuh. Ketika artikel ini ditulis, harga setong minyak mentah 62 dolar. Untuk mengeluarkan minyak dari perut laut, Petronas memerlukan 60 dolar. Ertinya, dalam satu tong kita hanya untung 2 dolar. Jika harga minyak jatuh lagi maka tidak berbaloi Petronas mengeluarkan minyak. Lihat pula harga kelapa sawit. Harganya juga jatuh. Pada ketika ini harga setan minyak sawit kurang lebih 1,500 ringgit. Perbelanjaan mendapat setan minyak sawit dianggarkan antara 1,200 ke 1,700 ringgit. Dalam masa yang tidak lama kos pengeluaran – baja, buruh, pengangkutan – lebih tinggi daripada pendapatan. Justeru, kerana menyedari semua ini Pakatan Rakyat meminta agar Belanjawan 2009 disemak kembali. Belanjawan yang dibentangkan di Parlimen sekarang berdasarkan harga minyak yang melebihi 100 dolar setong dan harga sawit hampir 3,000 ringgit setan. Pendapatan negara yang dijadikan asas Belanjawan 2009 bergantung kepada hasil petroleum dan minyak sawit. Jika harga dua bahan eksport utama negara kita jatuh, ertinya pendapatan negara jatuh. Justeru Belanjawan 2009 wajib dikaji semula. Najib yang menjalankan DEB (Dasar Ekonomi Bengong) telah menolak permintaan Pakatan Rakyat di Parlimen. Apa yang dilakukan oleh Najib ialah “melarikan duit KWSP.” Selama lebih 30 tahun sistem ekonomi kapitalis neoliberal diperkenalkan oleh Amerika Syarikat. Kapitalis neoliberal bermakna “apa yang boleh jual akan dijual, apa yang boleh beli dibeli”. Sistem ini mengetepikan peranan daulah. Kerajaan tidak dibenarkan memiliki hospital, sekolah dan universiti, janakuasa elektrik, sistem pengangkutan, air atau menyediakan subsidi untuk orang ramai. Menurut falsafah neoliberal, jika kerajaan campur tangan, maka sistem ekonomi akan cacat. Justeru gerombolan United Malays National Organistion telah turut mengamalkan sistem kapitalis neoliberal. Hasilnya – lembaga elektrik dijual pada kroni, lembaga agihan air dijual pada kroni, jalan raya dijual pada kroni, hospital dijual pada kroni. Siapa kroni ini ? Mereka anak-beranak dan kaum keluarga gerombolan United Malays National Organisation. Untuk menipu rakyat, maka gerombolan United Malays National Organisation mengatakan bahawa ini adalah Dasar Ekonomi Baru untuk menolong orang Melayu. Apabila ada kritikan muncul, maka gerombolan ini akan berselindung bawah Perlembagaan Persekutuan dan hak keistimewaan Melayu. Jika kritikan datang daripada bukan Melayu, maka mereka akan mengatakan bahawa bukan Melayu tidak ada hak untuk membincangkan hak keistimewaan Melayu. Gerombolan ini akan mengancam mereka dengan tindakan undang-undang. Tingkah laku dan perangai gerombolan United Malays National Organisation ini samalah seperti satu gerombolan perompak – selepas melakukan rompakan, mereka berselindung di masjid, kuil atau gereja. Beginilah taktik yang telah dilakukan oleh gerombolan United Malays National Organisation berulang-ulang kali. DEB Najib ini akan membawa mudarat yang maha besar kepada kita semua – Melayu dan bukan Melayu. Ekonomi kapitalis tidak pernah kenal kamu beragama apa, kamu berbangsa apa atau kamu bersembahyang di mana. Apabila ekonomi kuncup, yang terpukul tenat ialah kelas bawahan – kaum pekerja, kaum buruh, kaum tani dan nelayan dipukul hebat. Ramai warga hilang pekerjaan dan mata pencarian. Kita wajib menerima hakikat bahawa Malaysia turut sama mengamalkan sistem ekonomi kapitalis neoliberal. Sistem ini berpusat di Amerika Syarikat. Apabila ekonomi Amerika Syarikat menguncup, maka semua ekonomi kapitalis neoliberal dalam dunia ini juga akan turut menguncup. Justeru Pakatan Rakyat tidak ada pilihan melainkan wajib mengambil alih kerajaan secepat mungkin untuk menyelamatkan negara daripada bencana kemelesatan ekonomi. DEB Najib wajib digantikan secepat mungkin. Malah Najib sendiri wajib dihumbankan dalam tong sampah sejarah. Langkah awal ialah konsep kembali ke bumi. Pertanian wajib dijadikan tulang belakang ekonomi Malaysia. Pertanian ini bukan hanya menanam sawit atau getah sahaja tetapi rakyat wajib dibantu untuk menghasilkan tanaman makanan. Jika ekonomi meleset, orang ramai masih ada makanan. Makanan untuk diekspot bukan tujuan utama kerana pasaran makanan dunia juga sedang menguncup. Jika kita dapat mengekspot makanan, maka anggaplah ini sebagai bonus. Kembali ke bumi bertujuan membeli masa agar kita dapat menyusun kembali struktur ekonomi kita yang selama 30 tahun ini telah diporak-perandakan oleh dasar kapitalis neoliberal. Tidak dapat tidak penstrukturan baru ekonomi yang akan dibawa oleh Pakatan Rakyat tidak akan berpandukan keuntungan maksimum atau dasa “apa boleh jual, jual; apa boleh beli, beli”. Struktur ekonomi baru wajib memperlihatkan peranan daulah yang lebih kuat. Wajib diwujudkan garis pemisah untuk mengasingkan pengaruh kaum pemodal dari politik negara. Kuasa kaum pemodal menentukan dasar ekonomi negara berlandaskan neoliberal. Dasar ini sedang terbogel dan terbukti gagal. Dasar kapitalis neoliberal ini wajib ditinggalkan. Rakyat dunia memerlukan satu struktur baru yang berasaskan kekutaan kaum pekerja, buruh dan tani. |
0 comments Labels: malaysiakini, najib razak, penyelewengan
Eurocopter: 'Game high profile' yang ranapkan wang rakyat?
| Wan Nordin Wan Yaacob Thu | Nov 06, 08 | 1:38:23 pm MYT | |
| Pengumuman Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) bahawa urusan pembelian Eurokopter EC725 Cougar tiada berlakunya penyelewengan mengundang pelbagai reaksi daripada pelbagai lapisan kepimpinan. Sebelum pengumuman itu pun, banyak pihak mempertikaikan beberapa kenyataan dua pemimpin utama negara, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Dato' Seri Najib Razak yang sangat bercanggah antara mereka. Pada mulanya, 27 September 2008, Abdullah mengumumkan bahawa syarikat pengeluar helikopter, Eurocopter Malaysia Sdn. Bhd. telah memenangi tender terbuka antarabangsa untuk menggantikan helikopter Nuri dengan Eurocopter EC725 Cougar. Ramai yang melihat pengumuman tersebut memberikan sedikit kelegaan kepada keluarga angkatan tentera khususnya kepada yang ahli keluarganya pernah terkorban dalam kemalangan melibatkan Nuri. Pada hemat rakyat dan ahli keluarga mangsa mungkin sekurang kurangnya pengorbanan keluarga mereka diberi perhatian dengan kerajaan mengambil keputusan tidak lagi menggunakan 'keranda terbang' Nuri. Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa bahawa India membeli 197 unit EC725 Cougar pada harga yang sama dengan jumlah wang yang dibayar Malaysia untuk hanya mendapat 12 buah. Sementara MT KeADILan, Badrul Hisham Shaharin memetik dalam www.defenseindustrydaily.com yang melaporkan mengenai pembelian Kerajaan Korea untuk model yang sama tetapi dengan harga yang juga lebih murah berbanding Malaysia. Skandal ini mendapat perhatian sebagai skandal berprofail tinggi apabila pendedahan berserta bukti oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengenai terdapat skandal dibelakang pembelian ini. Terdapat banyak percanggahan mengenai harga pesawat tersebut antara Timbalan Menteri Pertahanan, Dato' Wira Abu Seman Yusop yang berkata harganya RM1.6 bilion. Sementara Setiausaha Kementerian Pertahanan, Abu Bakar Abdullah berkata harganya RM 1.1 bilion. Paling menarik perhatian, ketika berucap di Parlimen Abu Seman mendedahkan keputusan pembelian helikopter pengganti Nuri hanya dibuat hanya berpandu kepada katalog. Malangnya, dengan merujuk kepada katalog ini pembelian dengan harga yang berlipat kali lebih mahal dari yang dibeli oleh kerajaan lain diiktiraf PAC dengan mendakwa ianya mengikut prosedur. Luluh hati rakyat dibuatnya, malah isu tersebut yang pada pandangan Anwar boleh dibawa ke Parlimen ketika Najib menggulung perbahasan Belanjawan 2009, akhirnya tidak kesampaian kerana sikap Najib menutup ruang perbahasan. Gegak-gempita Dewan Rakyat pada 4 November lalu ketika seluruh anggota Parlimen Pakatan Rakyat bertindak keluar dewan selepas melihat ruang demokrasi disempitkan oleh Najib. Beberapa ahli Parlimen yang bangun termasuk Anwar, Dato' Kamaruddin Jaffar (PAS Tumpat); Mahfuz Omar (PAS Pokok Sena); Azmin Ali (KeADILan Gombak); Salahuddin Ayub (PAS Kubang Kerian); Saifuddin Nasution (KeADILan Machang); Tian Chua (KeADILan Batu) dan ramai lagi mendesak Najib membuka ruang tidak diendahkan. Malah, ketetapan yang dibuat Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung Peraturan Mesyuarat 37 (2) dengan pengakuan Najib bahawa tidak akan memberi ruang sehingga selesai membacakan cadangan menyebabkan dewan panas dan berbalam dengan reaksi berang tindakan 'boikot' pembangkang. Pastinya seperti kata Mahfuz Omar, Najib bimbang dengan segala pendedahan mengenai skandal membabitkannya termasuk isu Eurokopter menjadi bahan perbahasan pada petang 4 November lalu. Najib seolah-olah sudah membaca rentah dan hati Anwar yang sememangnya akan melayangkan soalan tersebut bagi dijawab sendiri oleh Presiden Unmno yang baru itu. Pastinya kemarahan rakyat pada pilihan raya umum ke-12 lalu yang disemarakkan Anwar dengan isu-isu penyelewengan pembelian Sukhoi dan Scorpene membayangi Najib berdepan dengan Anwar. Paling pelik dalam skandal burung besi baru yang diidamkan Najib sebelum ini (ketika menjadi menteri Pertahanan) dimana 23 hari selepas umumkan pembelian Ec725 Cougar Abdullah badawi terpaksa umumkan 'penangguhan' pembelianya atas alasan ekonomi antarabangsa tidak stabil. Namun pastinya persepsi umum tidak terlepas dari melihat bahawa pengumuman pembatalan dibuat dua minggu selepas keputusan dibuat dan lebih pelik ialah ia dibuat sehari sebelum PAC bersidang untuk menyiasat skandal tersebut. Rela atau tidak, Najib pastinya tidak lupa dengan kenyataannya sendiri yang mengatakan faktor ekonomi tidak wajar dijadikan pengukur tunggal untuk membuat keputusan perbelanjaan untuk pertahanan negara. Beberapa pemerhati politik dan Ketua Pemuda PAS sendiri melihat kenyataan Najib seolah terus mempertahankan usaha pembelian Eurocopter. Pastinya tidak terjangkau oleh pemikiran rakyat bahawa sebenarnya mungkin percanggahan ini sebenarnya bibit 'perang' antara dua pemimpin tertinggi negara ini. Malah bak kata Salahuddin, skandal ini dan keputusan PAC pastinya perlu diteliti semula kerana ianya membelakangi Parlimen, polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang sekaligus menimbulkan tanda tanya adakah ini 'game high profile'? - mks. _ |
0 comments Labels: bohong rakyat, Harakahdaily, penyelewengan
Wednesday, November 5, 2008
Eurocopter: Najib mula berpesta
| Abdul Aziz Mustafa Wed | Nov 05, 08 | 2:24:47 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 5 Nov (Hrkh) - Kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) Datuk Azmi Khalid bahawa tidak ada penyelewengan dari segi prosedur pembelian 12 unit helikopter Eurocopter EC725 bernilai RM1.604 bilion digunakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berpesta membidas pembangkang hari ini. Beliau, yang menjadi Menteri Pertahanan ketika pembelian itu diputuskan, mendakwa tuduhan pembangkang bahawa kerajaan berbelanja besar bagi pembelian 12 unit helikopter Eurocopter EC725 bernilai RM1.604 bilion ternyata meleset dan tidak berasas berdasarkan penilaian Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Najib tidak pula mengulas laporan bahawa keputusan PAC yang diumumkan oleh Azmi itu tidak sebulat suara. Beberapa anggota jawatankuasa itu berpendapat urusniaga untuk membeli Eurocopter EC725 Cougar bagi menggantikan helikopter Nuri yang berusia 42 tahun tidak dijalankan dengan sepatutnya. Mereka memandang berat hakikat bahawa urusniaga itu hanya dibuat untuk Eurocopter. "Tidak ada penender yang dipanggil untuk mengemukakan klarifikasi tender pada dokumen tender," Malaysian Insider memetik salah seorang anggota PAC. Semalam, Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengecam Azmi kerana kenyataannya yang mendakwa tidak ada penyelewengan dari segi prosedur dalam pembelian Eurocopter itu. "Keputusan yang dibuat bukan berdasarkan pandangan semua ahli PAC, ia sangat tidak adil dan tidak demokrasi apabila Azmi mendakwa keputusan tersebut adalah keputusan bersama. "Saya juga diberitahu bahawa tiada sebarang undian dibuat sebelum keputusan itu dibuat," katanya. Lim menyifatkan Azmi sebagai mendakwa sebagai boneka kepada beberapa kementerian tertentu dalam membuat keputusan berhubung siasatan jawatankuasa tersebut terhadap isu pembelian Eurocopter EC-725 itu. Katanya, keputusan yang yang diumukan Azmi semalam yang mendapati tiada sebarang penyelewengan dari segi prosedur pembelian tersebut akan menyebabkan menghilangkan keyakinan rakyat terhadap PAC. "Bagaimana beliau mendakwa tiada penyelewengan dalam prosedur urusan tender sedangkan tiada penilaian fizikal dan pandu uji dibuat terhadap helikopter berkenaan... itulah penyelewengan prosedur," katanya pada sidang media di lobi Parlimen. Lim juga menggesa supaya Azmi menyerahkan laporan lengkap siasatan tersebut kepada Parlimen untuk dibahaskan sama ada untuk menerima atau menolak keputusan yang dibuat. Beliau meminta Azmi bertindak sebagai pengerusi PAC yang telus tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak untuk kepentingan tertentu. "Saya bukan minta dia undur, saya hanya mahu dia berindak sebagai pengerusi yang betul kerana pencapaiaannya kini sebagai pengerusi amat mendukacitakan," katanya. Lim mengingatkan Azmi supaya tidak mempunyai 'pemikiran ala menteri' yang akan mempengaruhi keputusannya yang boleh mewujudkan keraguan orang ramai. Kontroversi pembelian Eurocopter yang pertama kali dibangkitkan oleh blogger Syed Azidi Bukhari semakin hangat selepas Mentari Services Sdn Bhd mempertikaikan tatacara perolehan helikopter tersebut. Pengerusi syarikat itu, Kapt (B) Datuk Zahar Hashim mendakwa keputusan kementerian mengeluarkan surat hasrat (LOI) kepada Eurocopter "agak luar biasa dan bertentangan dengan prosedur yang telah diamalkan selama ini." Malaysia telah menandatangani kontrak berjumlah RM2 bilion hanya untuk 12 buah helikopter sedangkan Brazil telah menandatangani kontrak pembelian 50 buah helikopter yang bernilai US$1.2 bilion ataupun RM4 bilion._ |
0 comments Labels: Harakahdaily, najib razak, penyelewengan
Dari Brickfield: 500 Juta Duit KWSP Untuk Siapa?
oleh Isham Tukartiub
HARI INI telah dipastikan bahawa sistem ekonomi kapitalis neo liberal telah berakhir. Krisis ekonomi yang melanda sistem kapitalis neo liberal ini sedang nazak. Secara bengong hanya Najib Razak sahaja yang cuba menafikannya dan berkata bahawa Malaysia ‘terselamat’.
Dasar Ekonomi Bengong (DEB - editor) Najib Razak ini akan membawa mudarat yang amat sangat kepada orang ramai. Justeru, mari kita memahami dasar ekonomi bengong Najib Razak.
Langkah akhir Najib – dua hari sebelum meninggalkan Kementerian Pertahanan Najib Razak telah menanda tangani perjanjian untuk membeli Eurocopter. Helikopter ini berharga 2 bilion ringgit. Negara Brazil telah membeli helikopter yang sama dengan harga 1 bilion ringgit. Apakah Malaysia ditipu 1 bilion ringgit?
Jawabnya - tidak. Harga helikopter ini sama. Tidak berubah-ubah. Tukang buat dan tukang jual ini tidak menipu. Kita rakyat Malaysia yang kena tipu oleh Najib Razak. Harga ini telah ‘dinaikkan’. Yang membayar nanti ialah kita semua kerana yang membeli helikopter ini ialah keajaan. Kerajaan itu orang ramai. Orang ramai itu ialah kita semua.
Cara ‘menipu’ ini samalah seperti cara membeli jet pejuang Sukhoi dan kapal selam dari Peranchis. Yang berbeza kali ini hanyalah tidak ada perterjemah cun dari Mongolia. Juga kali ini bukan syarikat perunding Razak Baginda yang menjalankan urus jual/beli.
Ini kerana Razak Baginda penasihat politik Najib Razak sedang ditahan dalam penjara kerana di tuduh terlibat membunuh Altantuya. Berita masih belum jelas syarikat kroni mana pula yang mendapat komisen 1 bilion ringgit membeli Eurokopter ini.
Dari mana agaknya duit-duit ini akan datang? Dalam suasana gawat ini banyak persoalan timbul kenapa beli helikopter ?
Pertanyaan ini terjawab pantas. Belum pun satu bulan menjadi Menteri Keewangan Najib Razak telah ‘mengsongklap 5 billion ringgit’ duit KWSP. Duit ini ialah duit simpanan kaum buruh dan kaum pekerja.
Duit KWSP adalah duit simpanan yang wajib disimpan oleh semua pekerja. Majikan juga diwajibkan menyumbang sama dalam dana KWSP. Duit KWSP ini bertujuan untuk digunakan di hari tua – sebagai pencen atau untuk diambil membuat rumah, pergi naik haji dan sebagainya.
Menurut dasar ekonomi bengong Najib Razak duit 5 bilion ringgit ini akan disalurkan kepada syarikat ValueCap Sdn. Bhd. Tujuan penyaluran duit KWSP ini ialah untuk menaikkan harga nilai saham-saham syarikat-syarikat yang dianggap ‘nilai jatuh’.
Persolaan timbul - nilai saham ini rendah ialah kerana orang ramai tidak yakin terhadap syarikat-syarikat ini. Memasukan duit ke dalam syarikat ini tidak akan membawa apa-apa keuntungan. Untuk sementara waktu kemungkinan nilai saham syarikat ini akan naik tetapi akhirnya akan jatuh terlungkup juga.
Apabila saham ini mendapat suntikan 5 bilion ringgit maka nilai saham ini akan naik. Bila nilai saham ini naik maka makin ramai tuan empunya saham akan menjualkan saham kerana ekonomi sedang gawat. Bila saham banyak terjual maka nilai saham ini kan jatuh kembali.
Hanya orang bengong sahaja yang tidak faham bagaimana spekulasi bergerak pantas di Bursa Saham Kuala Lumpur. Duit 5 bilion ringgit ini akan di cekup oleh pemodal besar terutama dari luar negara. Dalam masa yang singkat 5 bilion ringgit ini pasti akan hangus. Duit ini adalah duit kita semua dijudikan di bursa saham oleh Najib Razak.
Lihat pula ekonomi kita. Harga bahan bakar petrolium telah jatuh. Ketika menulis ini harga satu tong minyak mentah ialah USD62 dolar. Untuk mengeluarkan minyak dari perut laut Petronas memerlukan USD60 dolar. Ertinya dalam satu ting kita hanya untung USD2 dolar. Jika harga minyak jatuh lagi maka tidak berbaloii untuk mengeluarkan minyak.
Lihat pula harga kelapa sawit. Harganya juga telah jatuh. Pada ketika ini harga satu tan minyak kelapa sawit kurang lebih 1,500 ringgit. Perbelanjaan untuk mendapat satu tan minyak sawit dianggarkan antara 1,200 ke 1,700 ringgit. Dalam masa yang tidak lama kos pengeluaran – baja, buruh, pengangkutan - lebih mahal dari pendapatan.
Justeru, kerana menyedari semua ini Pakatan Rakyat telah meminta agar Balanjawan 2009 di ulang kaji kembali. Belanjawan 2009 yang dibentangkan di Parlimen sekarang berdasarkan harga minyak yang melebihi 100 dolar satu tong. Dan harga kelapa sawit yang hampir 3000 ringgit satu tan.
Pendapatan negara yang dijadikan asas Belanjawan 2009 bergantung kepada hasil bahan bakar minyak petrolium dan minyak sawit. Jika harga dua bahan ekspot kita ini jatuh ertinya pendapatan negara jatuh. Justeru Belanjawan 2009 wajib diulang-kaji.
Najib Razak yang menjalankan dasar ekonomi bengong telah menolak permintaan Pakatan Rakyat di Parlimen. Apa yang dilakukan oleh Najib Razak ialah ‘mengsongklap duit KWSP.’
Selama lebih dari 30 tahun sistem eknonomi kapitalis neo liberal telah dijalankan. Neo liberal bermakna – apa yang boleh dijual, dijual – apa yang boleh dibeli, dibeli. Sistem kapitalis ini telah mengenepikan peranan daulah.
Kerajaan tidak dibenarkan memiliki hospital, sekolah dan universiti, leterik, sistem pengangkutan, air atau menyediakan subsidi. Menurut falsafah neo liberal jika kerajaan campur tangan maka sistem kapitalis akan cacat.
Justeru gerombolan United Malays National Organistion telah turut sama mengamalkan sistem kapitalis neo liberal. Hasilnya – sistem api leterik dijual pada kroni, sistem agihan air dijual pada kroni, membuat jalan raya dijual pada kroni, hospital dijual pada kroni. Siapa kroni ini? Mereka adalah anak beranak dan kaum keluarga gerombolan United Malays National Organisation.
Untuk menipu rakyat maka gerombolan United Malays National Organisation telah mengatakan bahawa ini adalah Dasar Ekonomi Baru untuk menolong orang Melayu. Bila ada kritikan muncul maka gerombolan ini akan berselindung dibawah Perlembagaan Hak Keistemewaan Orang Melayu.
Jika kritikan datang dari yang bukan Melayu maka mereka akan mengatakan bahawa orang bukan Melayu tidak ada hak untuk membincangkan hak keintemewaan Melayu. Gerombolan ini akan mengancam dengan tindakan undang-undang.
Tingkah laku dan perangai gerombolan United Malays National Organisation ini samalah seperti satu gerombolan perompak yang selepas melakukan rompakan akan berselindung di Masjid atau di Kuil atau di Gereja. Ini taktik yang telah dilakukan oleh gerombolan United Malays National Organisation berulang-ulang kali.
Dasar Ekonomi Bengong Najib Razak ini akan membawa mudarat yang maha besar kepada kita semua – Melayu dan bukan Melayu. Ekonomi kapitalis tidak pernah kenal kamu agama apa, kamu bangsa apa atau kamu sembayang dimana. Apabila ekonomi kuncup maka kita dari kelas bawahan – kaum pekerja, kaum buruh, petani dan nelayan akan dipukul hebat. Kita akan hilang pekerjaan dan mata pencarian.
Kita wajib menerima hakikat bahawa Malaysia mengamalkan sistem ekonomi kapitalis neo liberal. Sistem ini berpusat di Amerika Syarikat. Apabila ekonomi Amerika Syarikat menguncup maka semua ekonomi neo libeal juga akan menguncup sama.
Justeru Pakatan Rakyat wajib mengambil alih kerajaan secepat mungkin untuk menyelamatkan negara dari bencana kemelesatan ekonomi. Dasar Ekonomi Bengong Najib Razak wajib diganti secepat mungkin. Malah Najib Razak sendirikan wajib di humbankan ke dalam tong sampah sejarah
Langkah awal ialah konsep ‘Kembali Ke Bumi’. Petanian wajib di jadikan tulang belakang ekonomi Malaysia. Pertanian ini bukan hanya menanam sawit atau getah sahaja tetapi rakyat wajib dibantu untuk menanam tanaman untuk dimakan.
Jika ekonomi meleset orang ramai ada makanan. Ekspot bukan tujuan utama kerana pasaran dunia untuk membeli makanan juga sedang menguncup. Jika kita dapat mengekspot makanan maka ini adalah bonus.
Tujuan Kembali Ke Bumi ini bertujuan untuk membeli masa agar kita dapat menyusun kembali struktur ekonomi kita yang selama 30 tahun ini telah di porak perandakan oleh dasar kapitalis neo liberal.
Tidak dapat tidak penstrukturan baru ekonomi nanti tidak akan berpandukan keuntungan maksima – apa boleh jual jual – apa boleh beli beli. Struktur ekonomi baru wajib memperlihatkan peranan daulah yang lebih kuat. Wajib diwujudkan garis pemisah pengaruh kaum pemodal dengan politik.
Kuasa kaum pemodal menentukan dasar ekonomi negara adalah dasar neo liberal. Dasar ini sedang terbogel dan terbukti gagal. Dasar kapitalis neo liberal ini wajib ditingalkan. Rakyat dunia memerlukan satu struktur baru yang berasakan kekutaan kaum pekerja, buruh dan tani.
******************* Untuk menipu rakyat maka gerombolan United Malays National Organisation telah mengatakan bahawa ini adalah Dasar Ekonomi Baru untuk menolong orang Melayu. Bila ada kritikan muncul maka gerombolan ini akan berselindung dibawah Perlembagaan Hak Keistemewaan Orang Melayu.
1 comments Labels: minda rakyat, penyelewengan, suara keadilan
Tuesday, November 4, 2008
AMK dakwa PAC mahu tutup skandal Eurocopter
| Malaysiakini |
| Nov 4, 08 3:39pm |
| Angkatan Muda Keadilan (AMK) kesal dengan keputusan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) yang didakwanya mengambil keputusan menutup siasatan skandal pembelian Eurocopter tanpa sebarang penemuan yang munasabah. Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid dilaporkan sebagai berkata tiada sebarang penyelewengan dari segi prosedur dalam pembelian helikopter Eurocopter tersebut . Azmi juga dilaporkan berkata, penilaian dari segi teknikal dan kewangan pembelian 12 helikopter itu yang keseluruhan berharga RM1.604 bilion termasuk pakej ofset adalah mengikut piawaian antarabangsa. "Kenyataan ini adalah sesuatu yang mengecewakan dalam keadaan harga tersebut adalah jauh berbeza dengan jumlah yang dibelanjakan oleh negara-negara seperti India dan Brazil yang boleh membeli lebih daripada 50 helikopter yang sama pada kadar RM1 billion," kata Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin."AMK juga kesal apabila PAC sekadar 'kurang senang' dek kerana tiada penilaian fizikal dilakukan terhadap helikopter yang bakal dibeli sebelum kerajaan membuat sebarang keputusan. "Sewajarnya, dalam sebarang pembelian aset, pandu uji perlu dilaksanakan agar ianya dijamin selamat dan tidak membahayakan kepada pengguna, khususnya senjata dan juga pengangkutan. 'Gagal main peranan' "Dalam konteks profesionalisme urusniaga, sebarang pembelian barangan khususnya aset seumpama ini perlu diuji cuba terlebih dahulu, bukannya sekadar melihat spesifikasi melalui dokumen dan terus meluluskan tanpa sebarang tindakan susulan," tambah Shamsul. AMK, tambahnya, melihat bahawa PAC telah gagal memainkan peranannya untuk memanggil Datuk Seri Najib Tun Razak selaku mantan Menteri Pertahanan yang bertanggungjawab meluluskan pembelian berkenaan. Sebaliknya, tegas Shamsul, hanya membuat penilaian berdasarkan laporan daripada Kementerian Pertahanan yang didakwanya, pasti telah diatur dan disusun supaya 'cantik dipandang dan sedap didengar'. Apa yang menghairankan, dakwa beliau, sebarang kes yang mengaitkan Najib akan 'disenyapkan' oleh pihak berkenaan. "Apakah ini satu pelan terancang untuk menyembunyikan kekotoran yang boleh memalitkan imej Najib yang begitu bersemangat untuk dinobatkan sebagai perdana menteri menjelang Mac 2009?" soalnya. AMK, tambahnya, kekal konsisten dengan kenyataan terdahulu bahawa Badan Pencegah Rasush (BPR) perlu meneruskan siasatan meskipun PAC menetapkan tidak ada apa yang berlaku di sebaliknya. |
0 comments Labels: malaysiakini, penyelewengan, PKR
Pembelian Eurocopter tiada penyelewengan - PAC
KUALA LUMPUR 3 Nov. – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati tiada sebarang penyelewengan dari segi prosedur dalam pembelian helikopter Eurocopter EC725 Cougar.
Pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, penilaian dari segi teknikal dan kewangan pembelian 12 helikopter itu yang keseluruhan berharga RM1.604 bilion termasuk pakej ofset adalah mengikut piawaian antarabangsa.
‘‘Kita mendapati wujud pematuhan kepada prosedur yang ditetapkan dan diguna pakai di peringkat antarabangsa. Ia juga mematuhi syarat-syarat ketat yang ditetapkan dalam rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara negara ini dan Amerika Syarikat,” katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di bangunan Parlimen di sini hari ini. Turut hadir Timbalan Pengerusi PAC dari DAP, Dr. Tan Seng Giew.
Mesyuarat yang berlangsung selama tiga hari melibatkan sesi taklimat daripada pegawai tertinggi Kementerian Pertahanan mengenai aspek penilaian teknikal dan Kementerian Kewangan berhubung penilaian kos.
Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan keputusan kerajaan untuk menangguhkan pembelian helikopter itu sebagai langkah berjimat cermat berikutan krisis kewangan dunia.
Azmi menjelaskan, sebelum ini sebanyak tiga syarikat telah disenarai pendek dalam tender berkenaan yang masing-masing pada harga RM1.262 bilion, RM1.604 bilion dan RM2.442 bilion.
‘‘Kementerian Kewangan telah membuat perakuan untuk memilih Eurocopter pada harga RM1.604 bilion walaupun terdapat sebuah syarikat lain yang menawar kos lebih rendah.
‘‘Ini kerana pengalaman kita mendapati wujud peraturan ketat oleh negara syarikat itu berasal sekiranya kita ingin menaik taraf helikopter yang dibeli,” katanya.
Bagaimanapun, kata beliau, skop penilaian oleh PAC hanya melibatkan harga yang ditawar ketika tender dan tidak dapat mencadangkan harga terbaik yang sepatutnya dibeli berdasarkan perbandingan dengan negara lain kerana pakej Eurocopter mempunyai harga berbeza mengikut keperluan tentera negara terbabit.
Dalam pada itu, Azmi berkata, PAC kurang senang kerana tiada penilaian fizikal dilakukan terhadap helikopter yang bakal dibeli sebelum kerajaan membuat sebarang keputusan.
‘‘Kita juga mengambil berat akan hakikat bahawa jika dilewatkan pembelian Eurocopter, harga yang ditetapkan dalam tender hanya dapat dipertahankan sehingga Februari 2009. Selepas itu rundingan harga baru perlu dilakukan,” katanya.
Menurut beliau, PAC juga memandang serius tentang kelewatan untuk mendapatkan helikopter baru kerana ia akan menyebabkan Nuri yang telah berusia 42 tahun terpaksa diguna sehingga tahun 2015.
‘‘Kerajaan perlu mengambil kira kebimbangan rakyat berikutan 10 buah Nuri telah terhempas dan mengorbankan 95 orang.
‘‘Walaupun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah membuat perakuan Nuri boleh dipakai sehingga 20 tahun lagi, kita berpendapat perlu dilakukan proses naik taraf bagi membolehkan ia beroperasi pada waktu malam dan mempunyai sistem pemanduan automatik ketika operasi menyelamat,” ujarnya.
Bagi menjamin tidak wujud sebarang kelemahan daripada segi penilaian teknikal, tambahnya, PAC telah mendapat perakuan Kementerian Pertahanan dan TUDM untuk mewujudkan pangkalan data yang merekodkan masalah yang timbul dalam pembelian terdahulu termasuk pesawat pejuang Skyhawk dan kereta perisai Scorpion sebagai rujukan.
Kata beliau, pihaknya juga mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan panel penilai bebas di semua kementerian untuk memantau segala pembelian yang besar dan menggunakan wang banyak supaya rakyat berasa yakin bahawa segala perolehan dibuat dengan telus.
Menurut Azmi, PAC juga membuat keputusan untuk terus memantau proses pembelian Eurocopter kerana ia adalah kes berprofil tinggi dan akan memanggil balik pegawai berkenaan jika wujud isu-isu baru yang berbangkit.
‘‘Jika kerajaan membuat keputusan untuk membelinya, maka PAC mencadangkan kepada pihak TUDM supaya diadakan pemeriksaan rapi sebelum menerima helikopter yang sudah siap,” ujarnya.
Mengenai nilai RM1.604 bilion itu berbeza daripada jumlah terbaru yang diumumkan oleh Abdullah iaitu RM1.607 bilion pada minggu lalu, beliau menjelaskan, angka yang disebut Perdana Menteri adalah termasuk kos penghantaran helikopter tersebut.
0 comments Labels: penyelewengan, utusan
Monday, November 3, 2008
Koleksi Video - Pembelian Eurocopter tanpa penilaian dan pemeriksaan fizikal?
OK - Beli helikopter macam beli mainan. Tengok orang lain pakai, nampak OK je terus beli. Betul ke Pak Najib??? Beli pun mahal dari yang negara lain beli. Rakyat disuruh jimat, kerajaan belanja macam pangang....Jangan Eurocopter jadi Nuri dah...lepas terhempas...terhempas....habis perajurit kita mati gitu je....haprak!!!haprak!!!!
0 comments Labels: koleksi video, najib razak, penyelewengan
Sunday, September 28, 2008
Kes Altantunya: Biarpun Perbicaraan Selesai, BPR Harus Menyiasat Pengeluaran Bom C4 !!
Keputusan perbicaraan kes bunuh wanita Monggolia, Altantunya Shariibuu khabarnya akan diumumkan pada penghujung Oktober ini. Ini bermakna Altantunya dibunuh bulan Oktober 2006 dan keputusannya pula bulan yang sama 2008. Dalam kes itu, Cif Inspektor Azilah Hadri, 31, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 35, didakwa membunuh Altantuya, 28, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja Shah Alam. Kedua-dua tertuduh itu dibicara bersama penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda yang didakwa bersubahat dengan mereka melakukan pembunuhan tersebut dua tahun lalu. Biarpun perbicaraan tersebut sudah pun selesai dan keputusan sama ada kesemua yang tertuduh bersalah serta menerima hukuman akan diumumkan tidak lama lagi. Namun sesuatu harus diingat disini.Persoalan ini harus dijawab oleh pihak-pihak berkenaan termasuk Badan Pencegah Rasuah (BPR). Persoalannya ialah, bagaimanakah "Bom C4" Tentera boleh digunakan dalam kes ini. Umum mengetahui bahawa Azilah dan Sirul adalah anggota UTK, maka itu menurut maklumat pihak UTK tidak akan membunuh dengan menggunakan Bom. Sebaliknya mereka telah dilatih sebagai "penembak tepat" dan akan melakukan arahan berdasarkan kepakaran mereka iaitu tembakan tepat dari jauh. Maka mengapakah tiba-tiba "Bom C4" boleh berada ditangan mereka. Dalam masa yang sama persoalan timbul bagaimanakah bom itu boleh digunakan sedangkan ianya adalah sejenis bom yang hanya boleh digunakan ketika peperangan. Hanya anggota tentera sahaja dibenarkan menggunakan alat senjata tersebut. Ini harus dijawab.
Tambahan pula kedua-dua jenis bahan letupan yang dikesan pada barang bukti kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu kebanyakannya digunakan dalam aktiviti ketenteraan dan boleh menghasilkan tindak balas supersonik serta mengakibatkan kerosakan besar. Dengan gelombang kelajuan secara umumnya melebihi 1,000 meter sesaat, gegaran bahan letupan Pentaerythritol Tetranitrate (PETN) dan Cyclotrimethylene Trinitramine (RDX) boleh memusnahkan kawasan persekitaran termasuklah sebarang halangan yang berdekatan dengan pusat letupan.
Salah seorang saksi kes iaitu Ketua Unit Senjata Api dan Kesan Alat di Seksyen Kriminalistik, Bahagian Forensik, Jabatan Kimia Malaysia di Petaling Jaya, Shaari Desa (gambar foto) , 40, mengesahkan perkara tersebut ketika memberikan keterangan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 4 November 2007 dulu. Beliau ada berkata bahawa Kesimpulan yang boleh beliau buat berdasarkan analisis yang dijalankan ke atas sampel rambut bertanda Z7, Z10, Z11 dan Z13 (berlabel unknown yang diambil di tempat kejadian), mendapati terdapatnya penggunaan bahan letupan PETN dan RDX.
Bukan itu sahaja, kata Shaari, sampel ketulan berwarna merah jambu yang bertukar menjadi warna peach (bertanda Z20) dan serbuk putih dalam detonating cord (Z22) turut mengandungi bahan letupan jenis PETN dan RDX. Menurut saksi, PETN dan RDX adalah sejenis bahan letupan yang ditakrifkan di bawah Akta Bahan Letupan 1957. Selain itu, empat sampel rambut iaitu yang bertanda Z7, Z10, Z11, Z13, helaian plastik berwarna hitam (Z32), plastik hijau (Z40), Z48 (plastik hijau kehitaman), keratan wayar (Z44) mempunyai kesan bahan letupan jenis yang serupa. Manakala keratan wayar (Z47), putik kapas (Z12), cebisan plastik (Z29), sampel tanah (spesimen tanah di tempat kejadian yang ditandakan sebagai bahagian kepala, perut dan kaki yang bertanda Z49, Z50, Z51 ) juga terdapat kesan bahan letupan jenis RDX.
Beliau juga ada berkata bahawa tiada kesan bahan letupan ditemui pada empat cebisan tulang (ZZ1 hingga ZZ4). Beliau juga dikatakan telah selaras submesingan HK-MP5 SD (P263A) tanpa kelopak yang dipasang penyerap bunyi (silencer) yang turut dianalisis, dan mengesahkan senjata api tersebut pernah melepaskan tembakan. Katanya setelah dianalisis, beliau mendapati terdapat sisa serbuk senjata api (gun powder residue) pada bahagian dalam laras dan penyerap bunyi yang dipasang. Ini bermaksud tembakan pernah dilepaskan dan senjata itu tidak dibersihkan selepas tembakan terakhir dilepaskan terhadap mangsa. Beliau menyatakan demikian ketika disoal dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin pada perbicaraan terhadap ketiga-tiga tertuduh yang dibicarakan di hadapan Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin.
Inilah yang berlaku di Pakistan baru-baru ini, bila bom seberat 600 tan meletop di Hotel J.W Mariott yang mengorbankan banyak nyawa manusia. Inilah yang kita takutkan sebenarnya. Andainya kecurian seperti ini tidak disiasat maka rakyat hanya melihat kes Altantunya dari satu sudut sahaja, iaitu pembunuhan seorang manusia. Tetapi dari sudut yang lain iaitu kecuaian kakitangan kerajaan juga harus disiasat. Jika tidak rakyat akan hilang keyakinan dan kepercayaan kepada anggota keselamatan di Malaysia termasuk juga pasukan tentera. Sudahlah sebelum ini rakyat hilang keyakinan kepada pasukan polis, ini pula berlaku kepada pasukan tentera. Apakah perkara ini harus didiamkan begitu sahaja?. Biarpun kes pembunuhan itu sudah selesai dan hanya menunggu keputusan daripada mahkamah. Namun kes kecuaian ini harus dibuka semula, bagi mengenal pasti siapakah yang cuai dan arahan siapakah kerja ini dilakukan.
[Selama ini BPR bercakap soal ketelusan dan keadilan, maka sekarang laksanakanlah tugas kalian dengan adil dan telus. Siasat sedalam-dalamnya bagaimana Bom C4 yang sepatutnya digunakan oleh tentera untuk pergi berperang boleh dikeluarkan sesuka hati untuk tujuan pembunuhan dengan niat bagi menghilangkan bukti. Sudah pasti ada unsur rasuah dalam hal ini. Hebahkan maklumat ini kepada umum, agar rakyat tidak hilang kepercayaan dan keyakinan mereka kepada pasukan tentera di negara ini].
0 comments Labels: Altantuya, BPR, pahangdaily, penyelewengan
Wednesday, September 17, 2008
Balak: K'jaan Pahang diperintah bayar RM60 juta
| Malaysiakini |
| Sep 17, 08 7:40pm |
| Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum yang bersidang bersama Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman dan Datuk Abdul Aziz Mohamed sebulat suara menolak permohonan kebenaran untuk merayu oleh kerajaan negeri dan Pengarah Perhutanan Negeri Pahang. Hakim Malanjum berkata persoalan undang-undang yang dikemukakan oleh kerajaan Pahang, yang diwakili Penasihat Undang-undang Datuk Mat Zara'ai Alias, "bukanlah satu persoalan yang wajar dan ia dibangkitkan di Mahkamah Rayuan." Kerajaan negeri Pahang dan pengarah perhutanan negeri telah memohon kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 3 Ogos lalu yang menolak rayuan mereka untuk melanjutkan masa bagi memfailkan notis rayuan, demikian dilaporkan oleh Bernama. Notis rayuan itu adalah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 yang memerintahkan mereka membayar RM37,127,471.60 kepada Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd dengan faedah pada kadar 8 peratus setahun mulai 31 Disember 2000 sehingga selesai pembayaran. Mahkamah Tinggi memerintahkan mereka membayar jumlah itu kepada Seruan Gemilang setelah berpuas hati bahawa pengarah perhutanan negeri telah bertindak secara cuai apabila enggan mengguna pakai pelan terkini yang dikemukakan oleh Seruan Gemilang yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) pada 5 April 2000, sebaliknya mengarahkan pelan asal yang diluluskan oleh exco pada 7 Januari 1998, diguna pakai. Atas tanah Umno Pada 9 Disember 2002, Seruan Gemilang memfailkan saman terhadap Kerajaan negeri Pahang dan pengarah perhutanan negeri bagi memohon ganti rugi RM31 juta kerana didakwa melanggar perjanjian kontrak konsesi pembalakan berhubung pengeluaran kayu balak di atas tanah milik Umno di Mukim Bebar, Daerah Pekan seluas 4,000 hektar. Seruan Gemilang menamakan kerajaan negeri Pahang sebagai defendan pertama dan pengarah perhutanan negeri, defendan kedua. Dalam pernyataan tuntutan, Seruan Gemilang mendakwa pada 31 Julai 2000, defendan kedua telah memberi kelulusan kepadanya bagi mengeluarkan kayu balak dari mukim itu bagi kawasan seluas 3,200 hektar. Pada 13 Mei 2002, defendan kedua telah memberi kelulusan kepada Seruan Gemilang bagi mengeluarkan kayu balak dari baki kawasan seluas 800 hektar di tanah yang sama. Ini bermakna Seruan Gemilang telah diberi kelulusan untuk mengeluarkan kayu balak dari kawasan seluas 4,000 hektar. Bagaimanapun defendan kedua hanya membenarkan Seruan Gemilang mengeluarkan kayu balak dari kawasan seluas 2,800 hektar sahaja manakala baki selebihnya telah diberikan kepada beberapa pihak ketiga untuk mengeluarkan kayu balak dari tanah tersebut. Kedua-dua defendan dalam pernyataan pembelaan mereka menyatakan bahawa Seruan Gemilang hanya diberi lesen untuk menjalankan kerja pembalakan secara pemindahan bagi kawasan seluas 2,800 hektar sahaja manakala bagi baki 1,200 kektar itu pula, defendan mendapati Seruan Gemilang tidak berminat untuk menjalankan kerja pembalakan di situ. |
0 comments Labels: malaysiakini, MB Pahang, penyelewengan
Monday, September 15, 2008
Temasek akan ambil alih Petronas?
perisik rakyat
Monday, September 15, 2008
Beberapa pihak telah menunjukkan hasrat mereka untuk mengambilalih kedudukan Mohd Hassan Marican ini dan kini sedang dalam proses melakukan lobi (berskala mega). Semua lobi-melobi ini tertumpu kepada Abdullah Ahmad Badawi. Ada yang melobi dengan wang dan ada pula yang melobi dengan cara-cara yang lain.
Tetapi ada dua orang calon telah bersaing diantara mereka dan dikhabarkan bahawa kedua-dua mereka mendapat restu daripada Abdullah Ahmad Badawi untuk mengambilalih kedudukan Mohd Hassan Marican sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas. Salah satu dari dua calon ini dijangkakan akan dilantik menggantikan Mohd Hassan Marican manakala seorang lagi dijangkakan akan menduduki jawatan Ahli Lembaga Pengarah Petronas.
Calon yang begitu kuat melobi untuk menggantikan tempat Mohd Hassan Marican dikenalpasti adalah Khairy Jamaludin. Beliau khabarnya telah berjaya meyakinkan Abdullah Ahmad Badawi bahawa beliau mampu untuk menerajui Petronas dan memangkinkan pertumbuhan dan pemerolehan Petronas dalam jangka masa singkat. Abdullah Ahmad Badawi juga dikhabarkan telah bersetuju jika Khairy Jamaludin dilantik kejawatan tersebut dan sedia mengarahkan Petronas untuk membuat perlantikan tersebut sebaik tempoh akhir perkhidmatan Mohd Hassan Marican tamat.
Dengan pengaruh wang dan lobi yang besar, Khairy Jamaludin percaya bahawa beliau dapat menerajui Petronas dalam masa terdekat. Ini dibantu dengan sokongan berterusan (wang dan kuasa) yang datangnya dari Singapura melalui Temasek Group.
Berdasarkan kepada analisis semasa dan pasaran Asia Tenggara, Temasek Group amat berminat untuk menguasai Petronas demi untuk mengukuhkan aliran tunai dan kewangan mereka. Buat masa ini hanya cabang industri Minyak dan Gas sahaja yang masih belum dikuasai sepenuhnya oleh Temasek Group. Beberapa transaksi kewangan berskala besar telah dikesan dibiayai oleh Temasek Group kepada beberapa individu dalam industri Minyak dan Gas tempatan termasuklah kepada pihak yang membekalkan khidmat sokongan kepada industri yang sama.
Dengan penguasaan dalam industri Pelabuhan (seperti masa telah dikenalpasti bahawa beberapa pelabuhan utama di Malaysia kini telah dipindahkan sahamnya kepada proksi Temasek Group) tempatan, maka dapat dijangkakan bahawa Temasek Group kini sedang berusaha membuat beberapa pemerolehan lagi demi memantapkan organisasi mereka.
Proksi-Proksi Temasek Group di Malaysia kini nampaknya sedang ditimbunkan dengan wang ringgit dan jaminan keselamatan sehinggakan mereka sanggup menggadaikan aset negara. Berdasarkan kepada senario semasa, SCOMI Group juga dikenalpasti telah mendapat laba daripada usahasama haram dengan Temasek Group.
Jika Khairy Jamaludin dibenarkan menjadi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, maka jangan kita terkejut jika akhirnya Petronas dikuasai oleh Temasek Group (Singapura). Kita wajar menyekat perkara ini daripada menjadi kenyataan. Abdullah Ahmad Badawi memang mudah dikuasai oleh Khairy Jamaludin. Jangan pula kita biarkan Kamaludin Abdullah Ahmad Badawi menjadi Ahli Lembaga Pengarah Petronas kerana ini juga akan menguatkan pengaruh Temasek Group kedalam Petronas.
Petronas adalah hak Malaysia dan bukannya Singapura. Jangan gadaikan aset negara.
Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa - ISIS
Diambil tanpa kebenaran dari Tranungkite
0 comments Labels: bloggers united, penyelewengan, PETRONAS
Sunday, September 14, 2008
Kerana Exco Nak Guna Mercedes, Pemilik Bengkel DiSeret Ke Mahkamah
| Buletin Online
| | | |
| Ditulis oleh SM Noor | |
| Sunday, 14 September 2008
| |
(Gambar - Exco Terengganu terus menggunakan Mercedes walaupun Kabinet Pak Lah memutuskan Terengganu mesti guna Proton)
|
0 comments Labels: buletin online, penyelewengan, terengganu
Saturday, August 2, 2008
Kutipan zakat RM1.6j diseleweng
Berita Harian
Oleh Mohamed Farid Noh
mfarid@bharian.com.my
BANTUAN: Ahmad Zahid menyerahkan sumbangan kepada Mustafa Abdul Manap, 55, sambil diperhatikan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) Abd Ghafar Yusof di Kuala Lumpur, semalam. |
Pengurusan dua negeri meragukan, tiada audit selama lima tahun: Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengesan berlakunya penyelewengan dalam pengurusan wang zakat termasuk pecah amanah, membabitkan lebih RM1.6 juta di dua negeri sejak lima tahun lalu.
Menterinya, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, berkata perkara itu dikenal pasti selepas laporan Jabatan Audit Negara yang diperoleh awal tahun ini mendedahkan dua negeri mempunyai urus niaga pengurusan zakat 'meragukan' serta tidak telus.
Katanya, jabatan sudah membuat laporan polis terhadap beberapa individu yang bertanggung jawab.
Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan dua nege ri terbabit.
"Apa yang boleh saya katakan, Johor dan Selangor adalah antara negeri yang mempunyai sistem pengurusan zakat yang sangat kemas dan cemerlang. Negeri lain juga kemas pengurusan zakatnya tapi ada beberapa masalah membabitkan individu, bukannya organisasi.
"JPM mengesan penyelewengan wang zakat di sebuah negeri apabila badan pengurusan wang zakat di bawah seliaan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) terbabit tidak melakukan audit dalaman selama lima tahun dengan RM1.6 juta wang zakat tidak dimasukkan ke dalam akaun.
"Di sebuah negeri lain pula kutipan zakat yang diterima tidak dimasukkan ke akaun bank sehingga 1,000 hari atau lebih tiga tahun," katanya selepas pelancaran Bulan Zakat Kebangsaan, di sini, semalam.
Ahmad Zahid berkata, tujuannya mendedahkan perkara itu bukan mahu menakutkan pembayar zakat tapi lebih kepada peringatan kepada semua MAIN dan Syarikat Mengurus Zakat (SMZ) supaya lebih amanah.
"Ini kerana mereka menguruskan wang zakat berjumlah RM2.26 bilion iaitu nilai sejak 2005 sehingga 2007 atau puratanya RM700 juta setahun," katanya.
Pengurusan zakat yang telus dan amanah perlu menjadi pegangan supaya pembayar zakat tidak hilang keyakinan," katanya.
Beliau berkata, bagi mengatasi penyelewengan, JPM diarahkan mengadakan seminar penyelarasan dan penyeragaman kutipan serta pengurusan zakat termasuk dari segi akaun, pelaburan, pengagihan serta kesan kepada penerima.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata, Kabinet minggu lalu mengarahkan beliau mengetuai jawatankuasa bagi membincangkan hal-ehwal agama Islam dengan menjemput parti politik termasuk Pas serta badan bukan kerajaan (NGO) Islam.
"Kabinet mengarahkan supaya muzakarah atau muqabalah berkaitan hal ehwal Islam termasuk berkaitan akidah, muamalat serta pegangan umat Islam terus diadakan sebagai usaha penyatuan umat seluruh negara tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik.
"Jawatankuasa ini hanya membincangkan aspek hal ehwal Islam dan bukan politik. Kita juga sudah merancang mengadakan Muktamar Permuafakatan Islam, Disember ini sebagai proses awal penyatuan umat Islam," katanya.
1 comments Labels: Berita Harian, penyelewengan, zakat
Wednesday, July 30, 2008
BPR Siasat Masjid Kristal, Piala Monsun
| | | | |
| Ditulis oleh Malaysiakini | |
| Wednesday, 30 July 2008 | |
Masjid kristal yang terapung di tengah sungai dan Piala Monsun - dua projek besar yang menjadi sebutan umum di Terengganu kini dalam perhatian serius Badan Pencegah Rasuah (BPR). Badan itu akan menyiasat dakwaan berlakunya penyelewengan dalam pelaksanaan projek masjid kristal atau dikenali juga Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man dan kejohanan kapal layar Piala Monsun di Pulau Duyung. |
0 comments Labels: BPR, buletin online, penyelewengan, terengganu
Tuesday, July 29, 2008
Tindakan bekas MB tidak kena
| Buletin Online
|
|
|
|
| Ditulis oleh Editor | |
| Sunday, 27 July 2008
| |
Proton Perdana V6 Eksekutif yang digunakannya sepanjang berkhidmat dengan kerajaan negeri, disifatkan tidak kena.
|
2 comments Labels: buletin online, penyelewengan, pokyeh
Idris Jusoh ‘Juara’ - Senggara kereta kerajaan tertinggi, lebih suku juta
| Buletin Online | | | |
| Ditulis oleh Editor | |
| Thursday, 24 July 2008 | |
| Bekas Menteri Besar Terengganu sekali lagi ‘Memahat Sejarah Mencipta Tamadun’ kerana di anugerahkan sebagai juara, walaupun kini hanya menjadi wakil rakyat biasa Ekoran dari hebatnya tindakan Idris dan Gengnya sehinggakan Proton Holdings Bhd. (Proton) terpaksa menubuhkan sebuah jawatan kuasa khas untuk membuat penyiasatan dalaman. Sudah tentu, hasil siasatan mungkin menakutkan, kerana ia tidak menolak kemungkinan berlaku penyelewengan oleh pihak-pihak tertentu yang sengaja mengenakan harga lebih tinggi untuk mengaut untung semasa penyenggaraan kenderaan kerajaan negeri itu. Harga yang dikenakan dipercayai 20 hingga 30 peratus lebih tinggi daripada harga sebenar. Menurut sumber industri, kos menyenggara kereta Perdana V6 mungkin tidak akan menjadi isu sekiranya kerajaan negeri Terengganu melakukan servis di pusat servis Proton Edar. Di Terengganu, terdapat sebuah pusat servis Proton Edar dan empat wakil servis. ''Ini kerana, di pusat servis berkenaan, para pengguna tidak akan tertipu kerana harga bagi setiap alat ganti dan kos menyenggara telah diselaraskan di seluruh negara,'' kata beliau. Sekiranya kerajaan Terengganu menghantar kereta Perdana V6 ke pusat servis Proton, pasti kejadian penyelewengan harga bagi alat ganti dan kos penyenggaraan juga tidak akan berlaku. Menurut sumber Proton, berdasarkan jadual penyenggaraan kereta Perdana V6, kos bagi perjalanan berdasarkan kilometer (km) dari 1,000 km hingga 100,000 km yang biasanya mengambil tempoh antara tiga hingga empat tahun ialah RM7,032.54. Bagi kos membaiki atau menggantikan kotak gear pula adalah di antara RM3,000 hingga RM10,000, bergantung kepada bentuk kerosakan yang berlaku. ''Sebenarnya, kos menyenggara kereta Perdana V6 tidak semahal yang didakwa oleh kerajaan negeri itu, sebab itu kos yang dinyatakan seolah-olah tidak masuk akal. '' Sumber Proton menambah lagi, sebenarnya setiap pembeli kereta Perdana V6 akan mendapat jaminan untuk kotak gear dalam tempoh dua tahun sekiranya berlaku kerosakan. Malah, selepas penggantian dibuat pada kotak gear, pengguna masih diberi jaminan selama setengah tahun atau bagi perjalanan sehingga 10,000 kilometer. Mengulas mengenai isu kerosakan kotak gear yang didakwa kerap berlaku, sumber itu berkata, perkara itu sukar diulas kerana ia banyak bergantung kepada cara pemanduan. ''Sekiranya kereta berkenaan digunakan dengan cara yang betul, mustahil ia mudah rosak dan begitulah sebaliknya,'' katanya lagi. |
0 comments Labels: buletin online, penyelewengan, pokyeh, terengganu
Polis memulangkan rakaman tersebut bersama kamera itu kepada Malaysiakini Selasa lepas.
Shukri (foto) semalam membuat satu aduan polis di balai Jalan Travers berhubung isu pengubahan rakaman video tersebut kerana ia mungkin akan digunakan di mahkamah jika ada pertuduhan di mahkamah.
"Kenyataan ini adalah sesuatu yang mengecewakan dalam keadaan harga tersebut adalah jauh berbeza dengan jumlah yang dibelanjakan oleh negara-negara seperti India dan Brazil yang boleh membeli lebih daripada 50 helikopter yang sama pada kadar RM1 billion," kata Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin.





