+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, July 30, 2008

BPR Siasat Masjid Kristal, Piala Monsun

Buletin Online


PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Malaysiakini
Wednesday, 30 July 2008

http://buletinonline.net/images/berita9/masjidkristal.jpgMasjid kristal yang terapung di tengah sungai dan Piala Monsun - dua projek besar yang menjadi sebutan umum di Terengganu kini dalam perhatian serius Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Badan itu akan menyiasat dakwaan berlakunya penyelewengan dalam pelaksanaan projek masjid kristal atau dikenali juga Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man dan kejohanan kapal layar Piala Monsun di Pulau Duyung.

Pengarah BPR Terengganu, Sharuddin Sapian berkata BPR sentiasa mengamalkan dasar telus dan responsif terhadap perkara yang dilaporkan dan tidak pernah mengamalkan dasar pilih kasih dalam menjalankan siasatan.

"Kita akan teliti dahulu (laporan)... kalau ada asas yang kukuh berhubung perkara yang berkaitan, kita akan siasat," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau diminta mengulas gesaan Pemuda PAS serta angkatan muda PKR negeri yang meminta badan itu menyiasat mengenai dua projek besar yang sering dipertikaikan oleh dua parti tersebut.

http://buletinonline.net/images/berita9/monsooncup.jpgLaporan itu dibuatkan oleh ketua Pemuda PAS, Azman Shapawi Abdul Rani dan ketua AMK Fariz Musa di Wisma Persekutuan di Kuala Terengganu hari ini.

Menurut agensi berita itu, Azman Shapawi hadir bersama dua lagi anggota PAS membuat laporan kepada BPR memintanya menyiasat kenyataan menteri besar Datuk Ahmad Said serta dua projek tersebut seperti disiarkan di akhbar.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, beliau berharap BPR menyegerakan tindakan untuk menyiasat perkara tersebut kerana ia melibatkan kepentingan awam dan harta rakyat.

Sementara itu Fariz bersama empat lagi anggota PKR pula membuat laporan kepada pejabat BPR meminta siasatan segera dilakukan terhadap dua projek terbabit, selain kos penyelenggaraan melampau Proton Perdana V6, kehilangan wang royalti petroleum sejumlah RM3 bilion dan kes rasuah projek Bandar Baru Kijal di Kemaman.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |