Pertamanya belum ada dakwaan rasmi dan kedua jangan buat spekulasi, itulah reaksi dan amaran Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Syed Hamid, bagaimana gesaan Anwar agar dakwaan liwat yang melibatkan dirinya hendak digugurkan sedangkan siasatan pihak polis belum pun selesai dan tiada pendakwaan dibuat setakat ini.
``Belum ada dakwaan rasmi lagi.... Jadi mana timbul soal hendak menggugurkan apa-apa dakwaan lagi,'' katanya kepada para pemberita pada sidang media sempena Persidangan Antarabangsa Berkaitan Islam Di dalam Media hari Selasa.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Anwar agar kes yang membabitkan dirinya itu digugurkan dan siasatan dihentikan kerana mendakwa laporan perubatan seorang doktor hospital Pusrawi mengesahkan tiada kesan liwat terhadap Saiful.
Saiful yang merupakan bekas pembantu peribadi Anwar pada 28 Jun lalu membuat laporan polis mendakwa dilliwat Anwar di sebuah kondominium mewah di Damansara,
Selain itu, Anwar juga membuat kesimpulan dengan adanya laporan berkenaan, ia merupakan bukti wujudnya konspirasi untuk mensabitkannya dengan kejadian liwat berkenaan.
Menurut Syed Hamid, pihak polis perlu meneruskan siasatan terhadap aduan yang dibuat sehingga memperolehi semua bukti yang berkaitan.
Malah ujarnya, siasatan yang membabitkan kes berkenaan tidak boleh dihentikan hanya kerana adanya laporan yang didakwa sebagai laporan perubatan yang mendakwa tiada kesan liwat terhadap pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan oleh seorang doktor sebuah hospital swasta.
Mengenai dakwaan wujudnya konspirasi, Syed Hamid mengingatkan Anwar agar jangan membuat tuduhan melulu kerana penyiasatan polis terhadap dakwaan liwat yang dibuat oleh bekas pembantunya sedang dijalankan.
“Tiada siapa yang
“Kenapa beliau (Anwar) enggan membiarkan polis menyiapkan penyiasatan itu. Jika tidak, beliau (Anwar) juga bertanggungjawab membuat spekulasi,” katanya.
Beliau turut menafikan tuduhan Anwar bahawa dakwaan liwat terhadap dirinya adalah bermotifkan politik.
Beliau juga menyangkal dakwaan Anwar yang menjadikan rekod pemeriksaan perubatan berkenaan mengesahkan teori konspirasi itu.
Syed Hamid berkata tidak perlu kerajaan membuat konspirasi terhadap Anwar kerana polis menjalankan penyiasatan terhadap kes liwat itu secara adil dan akan melayani semua pengadu secara saksama, tanpa berat sebelah. – 29/7/2008
Wednesday, July 30, 2008
Belum ada dakwaan...nak gugur apa - Syed Hamid
Posted by
Sang Pemantau
at
11:06 PM
Labels: agenda daily, DSAI, konspirasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Anwar khuatir konspirasi lakonannya terhadap kes terbabit akan didedahkan. Beliau sudah cemas dan takut kerana tahu beliau akan ditangkap jua. Ini hanyalah sandiwara untuk propaganda sahaja.
Post a Comment