Berita Harian
PUTRAJAYA: Laporan perubatan yang dikatakan dikeluarkan oleh Hospital Pusrawi berkenaan Mohd Saiful Bukhari Azlan sebenarnya hanyalah nota perubatan, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad hari ini.
Menurut beliau, ini kerana mengikut amalan pengamal perubatan, laporan perubatan seharusnya lengkap dan bertaip, bukannya hanya bertulis tangan.
“Ini bukan laporan perubatan. Pengamal perubatan faham ia mesti lengkap, bukan tulisan cakar ayam saja.
“Ini apa yang doktor tulis pun tak faham. Tulisan doktor ini selalu doktor yang tulis saja yang faham,” katanya di sini ketika ditanya pemberita mengenai perkembangan kes itu ekoran pendedahan portal media mengenai konon wujudnya laporan perubatan itu.
Bagaimanapun, Dr Abd Latiff berkata kementerian masih menyiasat kesahihan nota perubatan itu.
Semalam Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta polis menghentikan siasatan terhadapnya kerana mendakwa rekod perubatan Pusrawi yang diedarkannya kepada pihak media mendapati Mohd Saiful Bukhari tidak diliwat.
Mohd Saiful Bukhari, 23, membuat laporan polis pada 28 Jun mendakwa Anwar, yang juga bekas majikannya meliwatnya beberapa kali termasuk kali terakhir di sebuah kondominium di Damansara, dua hari sebelumnya. - Bernama
1 comments:
Sememangnya kes ini telah menjadi semakin membingungkan. Kejap cakap sodomy berlaku, lepas tu tak.
Medical report yang disensasikan oleh RPK rupa-rupanya adalah satu penipuan..
http://rights2write.wordpress.com/2008/07/29/pusrawi-medical-report-did-rpk-erred/
Post a Comment