+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Friday, June 20, 2008

MT SAPP sokong usul tidak percaya

Malaysiakini

Jun 20, 08 11:59am

Mesyuarat majlis tertinggi Parti Progresif Sabah (SAPP) hari ini memutuskan untuk menyokong usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri seperti dikemukakan oleh presidennya Datuk Yong Teck Lee.

Bagaimanapun, mesyuarat tersebut tidak membuat sebarang keputusan sama ada akan keluar dari Barisan Nasional.

Sebaliknya, Yong meminta pemberita bertanya kepada setiausaha agung BN, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor mengenai kedudukan SAPP dalam BN.

sapp sabah meeting 200608 07Seramai 33 daripada 35 ahli majlis hadir, kecuali timbalan presiden yang juga ahli parlimen Sepanggar, Datuk Eric Enchin Majimbun, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Likas, Datuk Liew Teck Chan.

Kedua-duanya berada di luar negara.

Pertemuan itu bermula jam 10 pagi tadi, di ibu pejabatnya di Kota Kinabalu.

Hadir sama, timbalan presiden Datuk Raymond Tan, yang juga timbalan ketua menteri Sabah, yang kritikal terhadap Yong.

Majlis tertinggi SAPP juga menggariskan lapan "perisytiharan penduduk Sabah" ke arah mewujudkan sebuah kerajaan beramanah dan masyarakat adil, harmoni dan progresif.

bullet buttonKerajaan berasaskan tadbir urus yang baik, masyarakat madani dan politik bukan perkauman.

bullet button Sabah harus mempunyai autonomi politik, yang kerajaannya dibentuk dan diuruskan oleh penduduk Sabah.

bullet button Sabah dan negeri lain yang mengeluarkan minyak berhak mendapat 20 peratus royalti petroleum.

bullet button Wilayah Persekutuan Labuan dikembalikan kepada Sabah dan diuruskan sebagai satu wilayah khas.

bullet button Undang-undang pusat yang tidak adil kepada Sabah, dan jabatan persekutuan yang tidak membawa manfaat kepada negeri itu, dikaji semula.

bullet buttonSabah diberikan penyertaan adil dan saksama dalam pentadbiran persekutuan, perkhidmatan awam dan sektor swasta, dan jabatan persekutuan di Sabah, seboleh-bolehnya diketuai rakyat tempatan.

bullet button Kerajaan pusat dan kerajaan negeri menyediakan sumber, kesungguhan dan kepimpinan dalam menyelesaikan masalah kehadiran pendatang tanpa izin dengan cara yang tegas tetapi berperikemanusiaan, dengan tumpuan kepada konsep serantau dan perkongsian bijak.

bullet button Kerajaan pusat dan kerajaan negeri bekerjasama membetulkan ketidakseimbangan dalam struktur ekonomi dan sosial melibatkan Sabah dan negeri lain.

Mesyuarat itu diadakan bagi membincangkan hala tuju parti itu ekoran kenyataan Yong pada Rabu lalu bahawa SAPP telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah.

Sebelum ini, Tan mengecam keputusan Yong itu, dengan menyatakan beliau berasa "keliru dan malu" dengan tindakan partinya, satu daripada komponen BN yang dipengerusikan Abdullah.

Tan juga mendakwa majlis tertinggi tidak dirujuk terlebih awal berhubung perkara tersebut dan mendakwa usul tidak percaya tersebut tindakan politik Yong sahaja.

Kedua-dua pemimpin itu dilaporkan mengadakan pertemuan empat mata kira-kira sejam sebelum mesyuarat majlis tertinggi parti.

Tiga wakil rakyat parti antara yang dilaporkan hadir: ahli parlimen Tawau Datuk Dr Chua Soon Bui; Adun Luyang, Melanie Chia, dan Adun Elopura, Au Kam Wah.

sapp sabah pc 180608 02Sementara itu, Yong (foto, duduk tengah) dilaporkan sedang disiasat kerana disyaki terlibat dalam satu kes rasuah membabitkan RM5 juta yang didakwa dilakukan ketika beliau sebagai ketua menteri Sabah.

Ketua pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan memberitahu Utusan Malaysia hari ini, badan itu sedang menyiasat pembabitan Yong susulan satu pendedahan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Mahkamah diberitahu Yong telah mengarahkan pembayaran lebih RM5 juta hasil keuntungan jualan saham syarikat milik kerajaan Sabah kepada ejen pilihannya pada 1996.

Bekas pengarah Briskmark Enterprise Sdn Bhd, Datuk Wasli Mohd Said berkata, semasa beliau menjadi pengurus besar Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS), beliau berjumpa bekas ketua menteri itu di pejabatnya untuk memberikan taklimat mengenai cadangan pengambilalihan pengurusan 40 peratus saham Sapi Plantation milik lembaga tersebut.

Wasli berkata, menurut laman web akhbar itu, peguam yang mewakilinya William Cheah mencadangkan penubuhan syarikat (Briskmark) untuk dijadikan wadah bagi dana politik dan peguam itu memintanya memberikan taklimat kepada ketua menteri berhubung perkara itu.

Read More...

Mahathir: Tindakan SAPP tidak boleh gugat Abdullah

Mstar Online

20-06-2008 07:34:10 AM
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: Tindakan Parti Maju Sabah (SAPP) yang menyatakan pendirian hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak mungkin berjaya menggugat kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, suara SAPP sahaja tidak cukup untuk menjatuhkan Abdullah.

“Mereka (SAPP) tak mungkin berjaya, jumlah mereka kecil sangat. Buat undi tak percaya pun tak akan bagi apa-apa kesan kepada beliau (Abdullah),” katanya selepas menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-100 Kolej Sultan Abdul Hamid di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata, Abdullah hanya boleh digulingkan jika lebih 35 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyatakan pendirian tidak percaya terhadap kepimpinan beliau.

Katanya lagi, dalam situasi sekarang barisan pembangkang juga tidak mahu Abdullah digantikan dengan mana-mana pemimpin Umno yang lain.

“Macam Karpal Singh, beliau tak mahu Abdullah letak jawatan kalau hendak digantikan dengan orang Umno juga. Tapi kalau bagi pada dia, dia setujulah,” katanya lagi.

Ditanya mengenai imej Abdullah yang tercalar dengan tindakan SAPP kerana perkara seumpama ini pertama kali terjadi terhadap seorang Perdana Menteri, beliau berkata, imej Abdullah memang sudah tercalar.

“Tak jadi apa-apa, beliau tak akan peduli semua itu. Selama ini pun memang imej beliau dan tercalar,” katanya.

Dr. Mahathir menambah, sebenarnya terdapat ramai lagi anggota BN lain yang sudah tidak yakin dengan Abdullah.

“Buktinya sudah dua orang ahli Gerakan yang tinggalkan parti itu kerana menyertai pembangkang.

“Saya percara parti komponen lain dalam BN termasuk Umno juga mempunyai pendapat yang sama (tidak percaya), cuma mereka tidak berani suarakannya,” katanya.

Read More...

Ahmad Said tolak untuk berbincang dengan PAS

Buletin Online


PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh SM Noor & WanKay
Friday, 20 June 2008

The image “http://buletinonline.net/images/berita6/madsaidbodoh.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Kuala Terengganu
- Tawaran PAS Terengganu untuk ‘duduk semeja’ bersama-sama berbincang dengan kerajaan negeri Terengganu berkaitan perkembangan semasa yang berlaku sekarang, tidak diterima dan ditolak oleh Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said.

“Saya dah kata, tidak perlu bincang dan kalau ada idea bawa mari kepada kita,

“tunggu surat apa, kalau ada idea bawa mari, Takkan nak buat dailog dan semua sekali.” kata Ahmad Said kepada media ketika ditanya berkenaan tawaran PAS.

Ahmad Said bukan sahaja menolak tawaran ikhlas PAS tersebut, bahkan menuduh PAS bermain politik

”Dia (PAS) hendak main politik. Kalau dia (PAS) betul-betul O.K, awak (PAS) hantar kita surat satu, dua, tiga, empat, lima O.K, saya boleh tunjuk ini suratnya berapa, daripada 20 surat itu lima kita boleh pakai. Kita pakailah, bukan payah,” tuduh Ahmad Said.

Sebelum ini, Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Yahaya Ali yang menyatakan bahawa PAS mempunyai formula khas untuk menangani isu kenaikan harga minyak dan barang keperluan.

Menurut Yahaya, formula yang diyakini berkesan itu bagaimanapun hanya akan dihebahkan sekiranya kerajaan bersedia bersemuka dan berbincang dengan PAS untuk melaksanakannya demi faedah rakyat.

Yahaya memberitahu, dalam situasi sekarang semua pihak yang mempunyai kepakaran, pandangan dan idea diyakini berkesan harus duduk semeja dan berbincang bagi mencapai satu jalan penyelesaian terbaik.

“Rakyat kini menilai pendekatan konkrit yang digunakan oleh kerajaan dan sebagai pemerintah, mereka (kerajaan) tidak boleh fikir siapa yang berkuasa kini. Sikap seumpama ini tidak boleh diamalkan dalam keadaan sekarang,” katanya.

Mengulas lanjut pelawaan PAS itu, Ahmad Said bukan sahaja menolak tawaran ikhlas PAS tersebut, bahkan menuduh PAS bermain politik

”Dia (PAS) hendak main politik. Kalau dia (PAS) betul-betul O.K, awak (PAS) hantar kita surat satu, dua, tiga, empat, lima O.K, saya boleh tunjuk ini suratnya berapa, daripada 20 surat itu lima kita boleh pakai. Kita pakailah, bukan payah,” tuduh Ahmad Said ketika sidang media beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Iman, Rabu lalu.

Lebih teruk lagi, Ahmad Said seolah-olah memperkecil-kecilkan saranan yang dikemukakan oleh PAS bagi menyelesaikan masalah kenaikan harga minyak dan tekanan yang sedang dialami oleh rakyat sekarang.

”Kalau dia (PAS) ada pakar dan sebagainya, Pakar dia (PAS) lebih hebat dari pakar kita O.K boleh terima,

“jangan cakap sahaja, mari sini dan tidak semestinya mari jumpa kita, buat mari surat, “serah memorandum kita terima, memorandum cadangan beratnya satu kilo kertas cadangan daripada PAS untuk menyelesaikan masalah rakyat Terengganu,”sindir Ahmad Said.

Ahmad Said juga ‘mencemuh’ usaha PAS mengadakan demonstrasi membantah kenaikkan harga minyak

“Ini hendak tunjuk perasaanlah. Adakah tunjuk perasaan harga minyak boleh turun, “Harga minyak dunia akan terus naik lagi. Adakah jika PAS menang harga minyak boleh turun sampai 50 sen seliter?

“Jadi, saya mintalah kalau PAS ada idea hantarlah memorandum kepada kita dan tidak semestinya kita panggil jumpa dan berbincang, boleh tak? Kalau dia (PAS) ikhlaslah dan ada satu formula,” tambah Ahmad Said.

Mengulas jawapan Ahmad Said, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustaffa Ali berkata tujuan PAS mengajak kerajaan negeri Terengganu ‘duduk semeja’ dan berbincang adalah kerana PAS menganggap pimpinan kerajaan negeri khususnya Mnteri Besar, setaraf dengan pimpinan PAS.

“Sebab itu kita (PAS) ajak duduk, berbincang, kalau kita (PAS) hantar memorandum, seolah-olah kita mengajar dia,

“Kita tidak anggap dia ‘bodoh’ sebab kalau kita hantar surat, memorandum, macam kita mengajar orang ‘bodoh’ sahaja,” kata Mustafa selepas sidang media di Pejabat Perhubungan PAS, disini hari ini.

Read More...

Bekas hakim: Dr M mahu kuasai badan kehakiman

Malaysiakini

Syed Jaymal Zahiid | Jun 20, 08 8:03pm

Seorang daripada enam bekas hakim yang terbabit dalam krisis kehakiman pada 1988 hari ini mendedahkan bagaimana integriti badan kehakiman telah dicerobohi dengan campurtangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

bar council judiciary dinner 170408 azmi kamaruddinBekas Hakim Mahkamah Agung, Tan Sri Azmi Kamaruddin mendakwa, Dr Mahathir mahu meminta Artikel 121 dalam Perlembagaan Persekutuan - satu peruntukan mengenai pemisahan kuasa antara badan perundangan, badan kehakiman dan kerajaan.

"Saya rasa beliau mahu memerintah seperti seorang diktator. Beliau (Dr Mahathir) sudah pun mengetuai badan perundangan (dan) beliau mahu badan kehakiman juga diletak di bawah kuasanya. Itulah niatnya," kata Azmi.

Beliau berkata, Dr Mahathir sebenarnya sangat bijak "membunuh dua ekor burung dengan satu batu".

"Saya kata begitu kerana apa yang beliau lakukan sangat bijak kerana beliau mahu meminta perlembagaan dan meletakkan badan kehakiman di bawahnya," tambah Azmi.

Azmi memberitahu pemberita demikian selepas menerima bayaran ex-gratia yang disampaikan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

Zaid menyerahkannya kepada Azmi di rumah bekas hakim tersebut, dekat Jalan Ampang di Kuala Lumpur hari ini. Mereka berdua bagaimanapun enggan menyatakan jumlah yang diterima itu.

Berbalik kepada Dr Mahathir, bekas hakim itu juga berkata, ketika waktu kritikal pada 1988, Dr Mahathir sedang menghadapi satu kes di mana 11 penyokong Tengku Razaleigh Hamzah, yang mencabarnya bagi jawatan presiden, telah membawa perkara itu ke mahkamah.

"Itulah sebabnya beliau mahu badan kehakiman diletakkan di bawahnya. Saya pasti beliau tidak akan menafikannya," tambah Azmi.

Pertelingkahan antara Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh kemudiannya membawa kepada pengharaman Umno. Umno baru ditubuhkan kemudiannya.

Azmi juga mendedahkan bagaimana penggantungan perkhidmatannya telah membunuh kariernya sebagai seorang hakim kanan.

Azmi: Dr M bunuh karier saya


"Saya hilang kenaikan pangkat dan kekananan saya bila semua ini berlaku. Ketika itu, dalam hirarki hakim-hakim, saya di tempat keenam bila perkhidmatan saya digantung.

"Dan bila saya didapati tidak bersalah (oleh tribunal), saya kekal di tempat keenam dan dinaikkan pangkat ke tempat kelima hanya selama 10 tahun, manakala mereka yang di bawah saya, telah melompat melepasi saya," kata Azmi.

Azmi dan lima lagi hakim kanan, termasuk Ketua Hakim Negara ketika itu, Tun Salleh Abbas (kini) telah dihadapkan ke tribunal pada 1988 yang berakhir dengan pemecatan tiga hakim mahkamah agung, termasuk Salleh manakala yang lainnya digantung perkhidmatan.

Sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memulihkan integriti badan kehakiman ekoran tekanan daripada masyarakat perundangan, yang mencapai kemuncaknya selepas pendedahan klip video Lingam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi - pada 17 April lalu - berkata kerajaan akan membayar ex-gratia kepada mereka.

tun salleh abas zaid ibrahim ex gratia payment 200608 01Zaid juga menyampaikan bayaran tersebut kepada Salleh di rumahnya di Setiawangsa. Semua hakim-hakim lain yang turut terbabit, juga menerima bayaran ex-gratia mereka.

Salleh menyambut baik bayaran tersebut sebagai satu usaha ikhlas oleh pihak kerajaan untuk "menamatkan
peristiwa krisis kehakiman 1988 yang memalukan itu".

"Walaupun sukar bagi sukar kreajaan untuk memohon maaf sepenuhnya dalam keadaan politik sekarang, bayaran ex-gratia itu merupakan satu kompromi dan mencerminkan keberanian kerajaan untuk berbuat demikian," kata bekas hakim negara itu.

Sementara itu, Zaid berkata kerajaan mesti belajar daripada apa yang telah berlaku.

"Satu daripadanya ialah prinsip pemisahan kuasa di mana tiada campurtangan dalam badan kehakiman oleh pihak eksekutif, mesti dihormati dan kerana itulah saya mencadangkan kabinet mengembalikan semula Artikel 121 Perlembagaan Persekutuan.

tun salleh abas zaid ibrahim ex gratia payment 200608 02"Jika kita dapat lakukan ini, maka ia bermakna prinsip yang Azmi dan Salleh cuba pertahankan pada 1988 akan mencapai objektifnya. Kita tidak mahu seorang diktator memerintah negara ini di mana beliau seorang sahaja yang boleh mengatur segala-galanya. Kita mahu badan kehakiman mempertahankan demokrasi," kata Zaid.

Katanya, perkara kedua yang perlu dipelajari ialah mempunyai hakim-hakim perlunya berani dan berhemah tinggi yang integriti mereka tidak dapat dipersoalkan.

Read More...

Jika adakan pilihan raya semula Dun Sanglang: PAS akan saman SPR

Siasah daily

Thursday, June 19, 2008

ARAU, 20 Jun: PAS mempertimbangkan untuk menyaman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan tuntutan gantirugi jika badan pengendali pilihan raya itu mengisytiharkan diadakan pilihan raya semula untuk Dun Sanglang.

Ini kerana, dalam perbicaraan kes itu jelas, pihak SPR dan peguam calon BN telah mengaku berlaku kesilapan pengumuman keputusan pemenang pilihan raya itu.

Ini bermakna, mahkamah telah mengesahkan rakyat telah membuat keputusan memenangkan calon PAS dalam pilihan raya itu.

Demikian kata peguam Ustaz Hashim Jasin, calon PAS Dun Sanglang, Mohamed Hanipa Maidin selepas Mahkamah memutuskan keputusan pilihan raya itu tidak sah dan batal.

Sepatutnya, kata Hanipa, mahkamah mengisytiharkan Hashim Jasin menang dalam pilihan raya itu setelah kedua-dua pihak defendan (SPR dan calon BN) mengaku berlaku kesilapan pengumuman.

"Yang menjadi masalah adalah pada tahun 2003, berikutan kes Wee Choo Keong, satu pindaan kepada undang-undang pilihan raya telah dibuat yang menetapkan mahkamah tidak boleh mengisytiharkan mana-mana pihak memenangi pilihan raya itu.

"Mahkamah hanya berhak mengisytiharkan pilihan raya itu sah atau tidak sah sahaja dan terserah kepada SPR untuk mengumumkan samada perlu diadakan pilihan raya kecil atau mengisytiharkan pemenangnya," jelas Hanipa yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS.

Menurut Hanipa, kini PAS mempunyai tiga pilihan berikutan kes ini.

"Pertama, rayu ke Mahkamah Persekutuan. Kedua memfailkan agar dibuat penilaian perundangan agar menggantikan nama calon BN yang telah digezetkan dengan nama calon PAS yang sebenarnya menang dan ketiga menyaman SPR jika pengendali pilihan raya itu mengisytiharkan pilihan raya semula untuk Dun Sanglang."

Menurut Hanipa, pada 28 Mei, ketika perbicaraan itu berjalan, peguam yang mewakili SPR telah mengaku berlaku kesilapan pengumuman dalam pilihan raya itu oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

Yang sepatut diumumkan menang adalah Hashim Jasin tetapi pegawai pengurus itu mengisytiharkan calon BN yang menang.

Pada 4 Jun pula, peguam yang mewakili Umno mengaku berlaku kesilapan itu.

"Bagi saya, Parlimen perlu membuat pindaan terhadap peruntukan tidak boleh mengisytiharkan pemenang ini walaupun didapati menang dalam perbicaraan di mahkamah.

"Jika dibiarkan, akan berlaku salah guna kuasa dimana undang-undang ini boleh disalahgunakan oleh pihak yang berkepentingan.

"Misalnya, calon BN kalah. Tetapi pegawai SPR umumkan dia menang. Bila dibawa ke mahkamah, terbukti calon BN kalah, lalu dibatalkan keputusan itu dan diadakan pilihan raya semula sebagaimana yang berlaku dalam kes ini. Padahal yang sebenarnya calon BN memang kalah. Ini bermakna, ia terdedah kepada salah guna," jelas Hanipa.

Ketika ditanya kes Pasir Puteh dimana Mahkamah mengisytiharkan calon BN yang menang sedangkan ketika keputusan pilihan raya calon PAS yang diisytiharkan menang, Hanipa menjelaskan;

"Dalam kes itu, kedua-dua pihak secara baik berunding dan bersetuju untuk mengaku calon Umno yang sepatutnya menang tetapi calon PAS tersalah diisytihar. Mahkamah hanya mengumumkan keputusan itu tanpa perbicaraan," katanya.

Tetapi dalam kes Sanglang ini, calon BN menafikan SPR tersalah umum pada peringkat awalnya bahkan memfailkan permohonan untuk membatalkan petition PAS itu.

"Setelah bicara baru calon Umno dan SPR mengaku tersalah umum," jelas Hanipa.

Read More...

Etika pakaian: ADUN DAP dilarang sertai sidang dewan

Utusan Online

JOHOR BAHRU 19 Jun – Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor daripada DAP dilarang menyertai istiadat perasmian persidangan Dewan itu hari ini kerana tidak mematuhi etika pakaian.

Gwee Tong Hiang, wakil Bentayan yang hanya memakai kot, telah diarah meninggalkan Dewan oleh Speaker Datuk Mohd. Ali Hassan kerana dianggap tidak menghormati majlis perasmian yang disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Iskandar.

Tong Hiang yang ditemui pemberita di luar Dewan berkata, beliau tidak memakai pakaian lengkap suit berwarna putih seperti yang dipakai barisan ADUN lain kerana berpegang pada prinsipnya.

“Saya diarahkan keluar Dewan sebelum ketibaan Sultan. Bagi saya pakai uniform atau tidak, yang penting saya berkhidmat kepada rakyat. Saya tidak tahu tidak boleh hanya memakai kot sahaja. Lagipun peraturan pemakaian uniform itu tidak termaktub dalam arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri,” katanya.

Tong Hiang merupakan antara empat wakil DAP yang memenangi pilihan raya umum Mac lalu, selain Dr. Boo Cheng Hau (Skudai), Ng Lam Hua (Mengkibol) dan Ong Kow Meng (Senai). Bagaimanapun, tiga wakil lain masing-masing berpakaian lengkap termasuk bersongkok hari ini.

Mengulas lebih lanjut, Tong Hiang berkata, beliau menempah pakaian menerusi pemberian elaun uniform oleh kerajaan negeri, namun tidak mengambil pakaian yang ditempah itu.

Ditanya mengenai tindakannya itu yang kemungkinan bertentangan dengan prinsip DAP, katanya, beliau menganggap pakaian bukan merupakan isu besar.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang ditemui selepas istiadat itu berkata, tindakan Tong Hiang adalah perbuatan melampau kerana berpakaian lengkap menjadi amalan DUN Johor sejak 50 tahun lalu bagi menghormati institusi raja.

“Tiga bulan lepas, semasa upacara angkat sumpah Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri, memang kita lihat empat ADUN dari DAP tidak hadir ke Istana Besar dengan alasan tidak mahu bersongkok. Tetapi, kalau tiga ADUN dari Senai, Mengkibol dan Skudai boleh berpakaian lengkap hari ini, kenapa ADUN Bentayan tidak boleh melakukannya,” katanya.

Mohd. Ali pula berkata, beliau mengarahkan Tong Hiang keluar Dewan sebelum ketibaan Sultan kerana ADUN itu tidak mengikut arahan rasmi dan protokol.

Read More...

Palanivel: Dr M harus ingat asal usulnya

Malaysiakini

Jun 20, 08 2:43pm

Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel hari ini menegur mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menuduh presiden parti itu, Datuk Seri S Samy Vellu sebagai seorang yang rasis dan berkata kenyataan seumpama itu boleh meningkatkan lagi sentimen perkauman.

Dalam satu kenyataan hari ini, Palanivel juga berkata, komen mantan perdana menteri itu mengenai Hindraf adalah tidak tepat dan tidak sensitif terhadap sentimen kaum India di negara ini.

g palanivel"Adalah menyedihkan bahawa Dr Mahathir tidak menyedari hakikat bahara Hindraf bukan sahaja terdiri daripada orang Tamil tetapi juga termasuk orang bukan Tamil dan malah bukan penganut Hindu," katanya.

"Dr Mahathir tersilap apabila berkata pemimpin Hindraf hanya mewakili kaum Tamil sahaja," kata Palanivel mempertahankan Samy Vellu yang menyokong gesaan supaya dibebaskan lima pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA .

Palanivel juga berkata, Dr Mahathir harus ingat kepada "asal usulnya" sebelum membuat kenyataan seumpama itu. Nenek moyang Dr Mahathir berasal dari selatan India.

mahathir mohamad 180108Beliau juga menegaskan bahawa Dr Mahathir "gagal melihatkan gambaran yang besar" dalam keghairahannya mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Samy Vellu.

Katanya, kesedaran politik rakyat sudah semakin meningkat dan Dr Mahathir seharusnya tahu bagaimana mereka melihatnya.

Oleh itu, katanya, Dr Mahathir tidak sepatutnya membuat kenyataan yang tidak berasas.

Katanya, masyarakat sivil bersama-sama memperjuangkan lebih kebebasan dan rakyat pelbagai bangsa juga percaya bahawa ISA adalah undang-undang yang menyekat proses demokrasi.

Dr Mahathir membuat teguran terhadap Samy Vellu itu dalam blognya semalam, kerana mendesak kerajaan supaya membebaskan pemimpin Hindraf yang menurutnya mewakili rasis Tamil yang bermotif seperti Tamil Tigers di Sri Lanka.

Dengan bersimpati dengan Hindraf, Dr Mahathir berkata, Samy Vellu telah mendedahkan sentimen rasisnya.

Read More...

Saya kini hanya debu - Samy Vellu

Mstar Online

20-06-2008 07:59:16 PM

KOTA BAHARU: Tidak mahu kemelut dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad berpanjangan, Presiden MIC. Datuk Seri S Samy Vellu hari ini berkata, beliau tidak akan membalas sebarang kenyataan berkaitan dirinya yang dibuat bekas Perdana Menteri itu.

Bekas Menteri Kerja Raya itu berkata, beliau tidak akan membuat sebarang kenyataan balas yang boleh menjejaskan nama baik bekas ketuanya itu.

"Siapalah saya, hanya debu. Saya tidak mahu bawa apa-apa yang boleh rosakkan nama dia.

"Beliau adalah bos saya dulu, beliau jadi pucuk pimpinan yang kuat dan beri banyak pembangunan pada negara, jadi saya tak mahu komen berkenaan beliau," katanya kepada pemberita pada perasmian Persidangan Agung Tahunan MIC Kelantan di sini hari ini.

Samy Vellu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir bahawa beliau seorang yang bersikap perkauman kerana memberi kenyataan simpati terhadap pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf).

Kenyataan bekas perdana menteri itu yang dipetik dari blognya turut disiar beberapa media tempatan hari ini.

Tanpa menafikan atau membenarkan dakwaan Dr Mahathir itu, beliau berkata, isu pokok yang disuarakannya sebelum ini ialah usaha menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini yang masih perlu dilakukan walaupun negara sudah lama mencapai kemerdekaan.

"Bila saya baca kenyataan Tun itu, saya hanya ketawa. Apa lagi saya boleh buat?.

"Dalam kenyataan saya dulu, saya minta Tun jadi pemimpin kepada semua masyarakat dalam negara ini. Sebagai pemimpin kepada semua masyarakat, beliau mesti bincang masalah semua masyarakat.

"Walaupun sudah 50 tahun merdeka, kita mesti menyatukan semua rakyat. Dalam masa yang sama, kita juga ada masalah sosial, masalah ekonomi dan lainlain, apabila satu kaum ada masalah mereka akan suarakan masalah itu.

"Bila mereka suarakan masalah, ini bukan bererti ia isu perkauman," katanya. BERNAMA

Palanivel selar Tun Mahathir kerana komen Hindraf

Read More...

BN tidak boleh bertindak membelakangi YDP Agong

Harakahdaily

Tarmizi Mohd Jam

Fri | Jun 20, 08 | 10:05:12 am MYT

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - Profesor Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengingatkan parti-parti politik supaya tidak bertindak membuta tuli dalam menghadapi kemelut politik negara dengan membubarkan Parlimen atau mengisytiharkan darurat.

Beliau menegaskan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai peranan yang sangat penting di dalam mententeramkan keadaan politik yang tidak menentu sekarang.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kemungkinan apa yang akan berlaku, selepas Parti Maju Sabah (SAPP) yang dipimpin Dato' Yong Teck Lee mengisytiharkan partinya akan membawa atau menyokong undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam sidang Parlimen yang akan bermula minggu depan.

Ekoran tindakan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu, pelbagai spekulasi telah timbul. Ini termasuklah tindakan mengadakan pilihan raya mengejut oleh BN untuk menyelamatkan dirinya.

Selain itu, tegas beliau, ada yang bimbang bahawa perisytiharan darurat akan dibuat bagi mengelakkan kejatuhan kerajaan BN melalui undi tidak percaya di parlimen.

"Oleh kerana kemungkinan-kemungkinan itulah maka Perlembagaan secara idealnya memberi ruang kepada Yang di-Pertuan Agong untuk bertindak bebas dari nasihat atau pengaruh kerajaan yang memerintah," tegas Aziz.

Beliau yang juga pakar Perlembagaan, mengingatkan bahawa kedudukan dan peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan tidak harus disamakan dengan cop getah yang perlu melaksanakan apa sahaja yang diminta oleh kerajaan.

"Raja berperlembagaan sebenarnya lebih merujuk kepada seorang raja yang bertindak selaras dengan tuntutan dan semangat demokrasi bukan mengikut nasihat membuta tuli", tambah beliau.

Mengenai pilihan raya mengejut Aziz berkata ia hanya boleh dilakukan sekiranya Yang di-Pertuan Agong berkenan dengan permohonan Perdana Menteri untuk membubarkan Dewan Rakyat.

Aziz berkata di bawah Perlembagaan kuasa itu adalah kuasa baginda dan Perdana Menteri tidak boleh memaksa Yang di-Pertuan Agong. "Perkara 40(2)(b) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa ia adalah kuasa budibicara Yang di-Pertuan Agong," tambahnya lagi.

Dua minggu lalu Aziz berkata bahawa di dalam senario sekarang adalah tidak wajar untuk Yang di-Pertuan Agong membubarkan dewan bagi membolehkan pilihan raya semula diadakan.

Beliau menjelaskan, meskipun kuasa itu kuasa budibicara baginda diberi tanggungjawab untuk menilai keadaan dan mempastikan bahawa kepentingan negara dan rakyat mengatasi segala-galanya.

"Inilah sebabnya mengapa Suruhanjaya Reid meminta Yang di-Pertuan Agong melihat pengalaman negara-negara Komanwel yang lain," tegas beliau.

Aziz menjelaskan di dalam keadaan sekarang pembubaran dewan adalah tidak perlu kerana dua sebab.

"Yang pertama kita sudah mendengar hasrat untuk membawa usul undi tidak percaya di parlimen. Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong mesti menunggu sehingga usul itu dikemukakan dan melihat hasilnya. Sekiranya Yang di-Pertuan Agong berkenan membubarkan dewan maka baginda akan dilihat menyebelahi kepentingan Barisan Nasional dan ini tidak selaras dengan ideal Perlembagaan yang mahukan baginda bebas dari politik dan melindungi proses Perlembagaan," tegas Aziz.

Sebab yang kedua, bahasnya, wujudnya potensi pembentukan kerajaan baru tanpa melalui pilihan raya. Beliau menjelaskan sama ada melalui undi tidak percaya atau lompat parti, sebuah kerajaan baru sebenarnya boleh dibentuk.

"Cara ini jelas lebih murah dan lebih menjimatkan masa. Lagipun pilihan raya baru sahaja diadakan," ujarnya.

Bagaimanapun, Aziz berasa ragu sekiranya pilihan raya adalah satu pilihan yang sesuai ekoran kenaikan harga minyak kerana isu itu menyebabkan kerajaan yang memerintah sekarang tidak lagi popular.

Mengenai pemerintahan darurat di bawah Perkara 150, Aziz berkata ia adalah tidak baik kerana krisis politik yang ada sekarang boleh ditangani melalui proses dan prosedur biasa yakni undi tidak percaya dan seterusnya.

"Dalam soal ini Yang di-Pertuan Agong mesti menolak nasihat untuk mengisytiharkan darurat kerana ia akan menyebabkan Perlembagaan digantung dan kerajaan yang ada diberi kuasa untuk membuat undang-undang tanpa ke parlimen. Ini berbahaya", tegas Aziz. - mr _

Read More...

8 perisytiharan penduduk Sabah - SAPP

Berita Harian

KOTA KINABALU:
Majlis Tertinggi SAPP yang mengadakan mesyuarat tergempar, hari ini menggariskan lapan 'perisytiharan penduduk Sabah' bagi membawa perubahan dalam negara ke arah mewujudkan satu kerajaan beramanah dan satu masyarakat yang adil, harmoni dan progresif.

Lapan perisytiharan itu ialah :

* Kerajaan berasaskan kepada tadbir urus yang baik, masyarakat madani dan politik bukan perkauman.

* Sabah harus mempunyai autonomi politik, yang kerajaannya dibentuk dan diuruskan oleh penduduk Sabah.

* Sabah dan negeri lain yang mengeluarkan minyak berhak mendapat 20 peratus royalti petroleum.

* Wilayah Persekutuan Labuan dikembalikan kepada Sabah dan diuruskan sebagai satu wilayah khas.

* Undang-undang pusat yang tidak adil kepada Sabah, dan jabatan persekutuan yang tidak membawa manfaat kepada negeri itu, dikaji semula.

* Sabah diberikan penyertaan adil dan saksama dalam pentadbiran persekutuan, perkhidmatan awam dan sektor swasta, dan jabatan persekutuan di Sabah, sebolehnya diketuai rakyat tempatan.

* Kerajaan pusat dan kerajaan negeri menyediakan sumber, kesungguhan dan kepimpinan dalam menyelesaikan masalah kehadiran pendatang tanpa izin dengan cara yang tegas tetapi berperikemanusiaan, dengan tumpuan kepada konsep serantau dan perkongsian bijak.

* Kerajaan pusat dan kerajaan negeri bekerjasama membetulkan ketidakseimbangan dalam struktur ekonomi dan sosial melibatkan Sabah dan negeri lain. - Bernama

Read More...

Mufti Perlis: Sedia 20 dalil sebab Pak Lah perlu berhenti

Mstar Online

20-06-2008 09:03:54 PM
Oleh ZIEMAN

PUTRAJAYA: Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin menyarankankan agar mereka yang tidak puas hati dengan Datuk Seri Abdullah Badawi agar senaraikan masalah yang timbul dari kepimpinannya dan beri ruang untuk beliau mengatasinya.

"Jangan sibuk timbulkan isu tidak percaya kepada kepemimpinannya. Bertanya dulu siapa calon yang hendak dilantik dan bukan soalkan siapa yang hendak ditumbangkan. Takut nanti penggantinya lebih buruk.

"Adakah penggantinya lebih baik darinya? Kalau tidak nanti, takut keluar mulut harimau, masuk mulut buaya," kata beliau kepada mStar Online di sini hari ini.

Beliau mengesyorkan agar disenaraikan dulu 20 dalil kenapa Pak Lah perlu berhenti dan 20 dalil bagi membuktikan penggantinya lebih baik dan bukan sekadar menukar orang sahaja.

Tambah beliau, persoalan sekarang tidak berkisar pada Barisan Nasional (BN) lagi kerana dalam BN ada desas desus yang tidak suka kepimpinan Pak Lah.

Menurut Dr Asri, terpulang pada kejujuran Abdullah sendiri untuk mengatasi masalah yang telah disenaraikan ini.

"Jika soal-soal yang membabitkan keluarga, tengok sejauhmana ketulusan beliau menangani masalah ini. Atau adakah ideanya yang tidak cukup bernas supaya kita boleh selesaikan perkara ini dengan lebih objektif kerana situasi ini sudah menjadi sentimen umum," jelasnya.

Beliau turut melahirkan kebimbangan berhubung pengganti Abdullah.

"Mungkin nanti penggantinya juga ada masalah yang sama atau lebih buruk," katanya.

Kata Dr Asri lagi, masalahnya sekarang, sistem demokrasi kita sudah begitu yakni sistem demokrasi ala barat walaupun dicorak dalam acuan sendiri.

"Islam ada pendekatan sendiri untuk mengatasi masalah ini seperti mengadakan majlis syura dengan mereka yang berkenaan. Bukannya mengikut cakap para penyokong dan pengampu," katanya.

Krisis politik sekarang perlu dilihat dengan kaca mata yang lebih objektif, ujar Dr Asri.

"Kalau hendak berbalahpun, berbalahlah tapi kena lihat kesan dari perbalahan itu yang meninggalkan kesan besar pada rakyat.

"Saya sendiri setuju Pasca PRU 12 telah membuktikan beberapa perkara seperti ia berjaya mematahkan keegoaan, keangkuhan dan kesombongan sesetengah ahli politik Barisan Nasional yang selama ini ingat mereka tidak boleh tumbang dan jatuh.

Tapi episod itu sudah berlalu dan PRU telah membayar dan menunaikan hasrat rakyat. Sudah cukup pengajaran itu. Orang yang hendak dihukum telahpun dihukum. Jangan bicara lagi pasal hukuman, lihat kesan pada hukuman. Umno pun telah dihukum, yang tinggalpun nyawa-nyawa ikan...," kata Dr Asri.

Kata Dr Asri, jangan disebabkan kita ghairah menumbangkan satu keegoan, kita timbulkan satu keegoaan yang baru. Pihak alternatif hendaklah memastikan mereka tidak mengulangi kesilapan dan kesombongan BN.

"Kini masanya untuk uruskan negara dengan baik bukan untuk berbalah," kata Dr Asri.

Beliau juga berpendapat walaupun kepimpinan Abdullah banyak dikritik, tapi hakikatnya setuju atau tidak Abdullah telah memberikan kebebasan kepada media.

"Memang benar banyak perkara yang kerajaan hendak lakukan tidak boleh dilakukan kerana kerajaan tidak cukup kuat. Tapi kita juga kena akur, di bawah kepimpinan Pak Lak banyak ruang telah diberikan pada pihak akhbar, yang mana peluang ini tidak pernah diberikan sebelum ini. Begitu juga dengan Badan Kehakiman. Jadi kita kena timbang tara dengan adil kesemua kelemahan dan kekuatan Pak Lah secara rasional.

"Buat pertama kali kita menikmati kebebasan akhbar. Cuma ditakuti kebebasan yang diberikan itu akan mengulangi kesilapan Presiden BJ Habibi Indonesia bila mana ia membuka ruang tapi akhirnya ruang itu telah menyusahkannya," kata Dr Asri.

"Sepatutnya apabila kita memberi senjata pada orang, kita sendiri kena tangkas bermain dengan senjata barulah terserlah kehebatan kita. Walau bagaimanapun Pak Lah bukan seorang yang zalim," jelas Dr Asri mengakhiri perbualan.

Read More...

Anwar bakal pilih Permatang Pauh?

Siasah daily

Tuesday, June 17, 2008

SHAH ALAM, 17 Jun: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengesahkan, kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang diwakili beliau sekarang adalah salah satu dari tiga kerusi pilihan jika Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bertanding dalam pilihan raya kecil untuk membolehkan beliau menjadi anggota Parlimen.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak fakir Anwar dan partinya, PKR akan memilih Bandar Tun Razak untuk dijadikan tempat bertanding dalam pilihan raya kecil kerana ia bukan kawasan selamat.

“Saya adalah pihak yang paling gembira jika Anwar memilih kerusi itu tetapi melihat kepada peluang untuk menang, saya tidak fikir ia kerusi pilihan,” kata Khalid ketika ditanya Siasah dalam pertemuannya dengan ketua-ketua pengarang media di kediaman rasmi MB Selangor petang ini.

Lebih 30 pengarang kanan media termasuk ketua pengarang menyertai sessi yang berlangsung lebih dua jam itu.

Sebelum ini, Siasah melaporkan, kawasan Parlimen Bandar Tun Razak antara kawasan pilihan Anwar jika beliau perlu bertanding dalam pilihan raya kecil memandang Khalid adalah juga Menteri Besar Selangor di samping anggota Parlimen kawasan itu.

Menurut Khalid, beliau hanya menang dengan majoriti tidak sampai 3,000 undi sahaja dalam pilihan raya lalu dan bukanlah satu kawasan yang selamat untuk Anwar.

Dua lagi kawasan yang disebut-sebut menjadi fokus Anwar adalah kawasan yang diwakili isterinya, Dr Wan Azizah Ismail iaitu Permatang Pauh dan kawasan yang diwakili anaknya, Nurul Izaah, Lembah Pantai.

Dalam pilihan raya umum lalu, Khalid menang dengan majoriti 2, 515, Wan Azizah menang dengan majoriti 13, 888 di Permatang Pauh manakala Nurul Izzah menang dengan majoriti 2, 895 undi.

Bagi memastikan kemenangan, Permatang Pauh dipercayai bakal menjadi pilihan Anwar jika beliau memutuskan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil.

Walaupun Anwar pernah menyebut berminat untuk bertanding di Perak namun factor kawasan selamat untuk Anwar dijangka menjadi penyebab utama sesuatu kawasan itu dipilih.

“Saya merasai sendiri bagaimana berada dalam suasana semua jentera BN memberikan tumpuan kepada suatu kawasan dalam satu pilihan raya kecil iaitu dalam pilihan raya kecil Ijok. Tidak boleh bergerak kita,” kata Khalid.

Read More...

Kes Sanglang - Pasir Puteh serupa, namun keputusan berlainan - Harun Din

Harakahdaily

M Faqih

Fri | Jun 20, 08 | 7:16:29 pm MYT

KOTA BHARU, 20 Jun (Hrkh) � Keputusan Mahkamah Pilihan Raya di Perlis yang tidak mengembalikan kerusi Dun Sanglang kepada calon yang sepatutnya menang dianggap sesuatu yang pelik.

Ini kerana kes serupa pernah berlaku di kerusi Parlimen Pasir Puteh pada pilihan raya umum 2004 apabila mahkamah di sini mengembalikan kerusi tersebut kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Che Min Che Ahmad.

Sedangkan pada pilihan raya ketika itu calon PAS, Hajah Kalthum Ahmad diisytiharkan menang oleh pegawai pengurus pilihan raya.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din berkata, dalam kes petisyen Dun Sanglang telah terbukti pegawai pengurus pilihan raya melakukan kesilapan sehingga mahkamah membuat keputusan kerusi itu perlu dikosongkan.

�Sekarang telah terbukti kesilapan dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya dan bukannya calon PAS atau Barisan Nasional. Namun peliknya yang salah tidak pula dihukum.

�Mengapa mahkamah mengambil jalan yang payah sedangkan kes serupa pernah berlaku di Pasir Puteh apabila mahkamah memberi hak kepada calon yang sepatutnya menang,� katanya ketika merasmikan mesyuarat agung PAS Kawasan Kota Bharu di sebuah hotel di sini, hari ini.

Rabu lalu Mahkamah Pilihan Raya di Kangar memutuskan kerusi Dun Sanglang yang disandang calon BN, Abdullah Hassan perlu dikosongkan.

Bagaimanapun Hakim Dato� Zainal Adzam Abdul Ghani menolak permohonan calon PAS, Ustaz Hashim Jasin untuk mendapat pengisytiharan sebagai calon yang menang di kerusi berkenaan.

Menurut Zainal Adzam, mahkamah tiada hak untuk mengisytiharkan Hashim sebagai pemenang kerusi Dun berkenaan kerana Seksyen 35 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 tidak memberi bidang kuasa kepada mahkamah untuk berbuat demikian selepas dimansuhkan pada 2003.

Sehubungan itu, mahkamah menyerahkan kepada SPR untuk menentukan sama ada pilihan raya kecil perlu diadakan atau sebaliknya.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Abdullah diisytiharkan menang dengan majoriti 149 undi setelah memperolehi 3,384 undi, manakala Hashim mendapat 3,235 undi.

Sepatutnya Hashim diumumkan menang kerana mendapat kelebihan 47 undi.

Dr Harun berkata, beliau bimbang perkara itu seperti disengaja kerana mahu memastikan Umno memenangi semula kawasan berkenaan melalui pilihan raya kecil yang bakal diadakan.

�Kalau macam itu mungkin kita boleh pulau pilihan raya yang bakal diadakan kot..,� ujarnya.

Sebelum ini Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga melahirkan rasa hairan bagaimana kes petisyen Sanglang dan Pasir Puteh diputuskan berlainan sedangkan faktanya hampir sama.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, biar pun pembangkang di bawah Pakatan Rakyat menang besar pada pilihan raya umum lalu, namun masalah hubungan kaum tidak berlaku seperti peristiwa 13 Mei 1969.

Sedangkan katanya, pada pilihan raya umum 1969 pembangkang memenangi banyak kerusi sehingga akhirnya tercetus rusuhan antara kaum.

�Sedangkan pilihan raya umum yang baru lalu kemenangan pembangkang lebih besar lagi berbanding pilihan raya 1969, namun tidak berlaku masalah kaum.

�Ini kerana politik perkauman sudah lama berlalu kerana rakyat sekarang semakin matang berpolitik,� katanya.

Beliau juga memberitahu kemenangan PAS dan KeADIlan di Kelantan pada 8 Mac lalu menyamai jumlah kerusi yang dimenangi pada pilihan raya 1990 iaitu 39 di peringkat Dun. - mj _

Read More...

Dua dakwa polis paksa seks oral

Malaysiakini

Jimadie Shah Othman | Jun 20, 08 4:16pm

Empat didakwa didera oleh polis Kajang baru-baru ini, termasuk dipaksa mengadakan seks oral, disembur racun pembunuh nyamuk di bahagian muka dan menjilat kasut anggota polis.

"Semasa proses siasatan, selepas menerima reman pertama, anak guam saya telah dipukul dan dua daripada suspek dipaksa melakukan oral seks," kata peguam mereka, Kartigesan Shamugam.

Mereka berdua, termasuk seorang suspek bawah umur, dipaksa melakukan seks oral antara satu lain di depan sekumpulan anggota polis, seorang berpangkat sarjan.

Lima orang, termasuk keempat-empatnya, ditahan mulai 29 Mei lalu dan ditahan reman selama lapan hari di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kajang.

Mereka seterusnya ditahan reman lagi di Cheras, Dang Wangi dan Brickfields masing-masing selama lima, satu dan tiga hari.

suhakam police abuse pc 200608 karthigesan siva subranamiam"Lima ditangkap. Seorang telah dibebaskan (selepas itu) dan dia tidak mahu membuat sebarang laporan polis kerana tidak disentuh (didera)," kata peguam itu (foto, kiri) dalam sidang medianya dengan pesuruhjaya hak asasi Datuk Siva Subramaniam di pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini.

Keempat-empat membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, tambah peguam itu.

Tarikh tepat penderaan tidak dinyatakan, kata peguam itu lagi, namun mereka dipercayai didera dalam tempoh reman tersebut – lima hari bagi kali pertama dan kemudian ditambah tiga hari.

Kejadian penderaan pertama – melibatkan seks oral – kemudian diadukan kepada majistret Kajang sewaktu mereka dibawa untuk lanjutan tempoh reman.

"Selepas mereka mengadu kepada majistret, tempoh reman disambung lagi tiga hari. Selepas itu mereka dipukul lagi. Mereka ditanya (oleh polis), kenapa mengadu kepada majistret?

"Menurut anak guam saya, mereka dipaksa menjilat kasut polis serta racun pembunuh nyamuk disembur ke muka mereka," katanya.

Bapa tahanan juvana itu membuat aduan kejadian luar biasa ini di balai polis Salak Selatan Baru pada 9 Jun.

Dua hari kemudian, beliau membawa kes tersebut kepada pengetahuan Suhakam.

Kelima-lima suspek ditangkap bagi siasatan kesalahan rompakan berkumpulan bawah Seksyen 391 Kanun Keseksaan.

Ketika di IPD Cheras, kata Kartigesan, suspek tidak membuat laporan kerana takut dibawa kembali ke IPD Kajang dan dipukul sekali lagi.

Menurutnya lagi, sekarang ini tiga daripada suspek termasuk remaja itu telah dibebaskan, manakala dua lagi dipercayai masih berada di penjara Sungai Buloh kerana gagal membayar ikat jamin.

Subramaniam mengesahkan Suhakam menerima aduan rasmi daripada bapa suspek dan pihaknya telah mengirim surat memohon penjelasan daripada ketua polis daerah Kajang pada Jumaat minggu lepas.

"Suhakam memandang serius isu ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya selepas memperoleh maklumat terperinci dan kami percaya bahawa perkara ini dalam siasatan aktif pihak polis," katanya.

Beliau menambah, kejadian itu telah dirujuk kepada ibu pejabat polis persekutuan Bukit Aman.

"Kita juga telah merujuk kes ini kepada pihak atasan (polis) dan kami telah menghantar satu salinan (aduan) kepada Bukit Aman bagi perhatian ketua polis negara," katanya.

Read More...

SAPP lulus bawa usul tidak yakin pimpinan Pak Lah

Mstar Online

20-06-2008 08:45:47 PM
Oleh G. MANIMARAN dan ARIFFUDDIN ISHAK

YONG Teck Lee (kiri) mendengar sesuatu yang diperkatakan oleh Raymond Tan sambil diperhatikan oleh Dr. Chua Soon Bui pada sidang akhbar selepas mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi SAPP di Kota Kinabalu hari ini. - fotoTHESTAR

(Mutakhir) KUALA LUMPUR: Parti Maju Sabah (SAPP) selesai mengadakan mesyuarat tergempar lebih lima jam petang tadi menerima pendirian Presidennya, Datuk Yong Teck Lee tidak yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri dan mahu membawa usul undi tidak percaya di Parlimen, Isnin ini.

Bagaimanapun Majlis Tertinggi SAPP tidak membuat apa-apa keputusan mengenai keanggotaan parti itu dalam Barisan Nasional (BN).

Pun begitu, sejauh mana SAPP akan membawa usul berkenaan di Dewan Rakyat menjadi tanda tanya memandangkan menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, sehingga petang ini tiada usul dikemukakan kepada Parlimen.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dijangka mengulas perkembangan terbaru dalam waktu terdekat.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib menyifatkan tindakan SAPP hari ini menunjukkan ia tidak menghormati semangat BN meskipun Majlis Tertinggi BN telah "memberikan peluang semalam."

Ketika ditanya sama ada SAPP perlu dipecat keanggotaannya, beliau berkata, "kita serahkan kepada BN yang akan bermesyuarat untuk memutuskannya."

"Setelah menimbang semua pendapat, Majlis Tertinggi membuat keputusan menyetujui usul itu dibawa," kata Yong kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar di Kota Kinabalu hari ini.

Bagaimanapun, menurut Yong, mesyuarat hari ini tidak membuat keputusan sama ada SAPP akan keluar daripada Barisan Nasional.

Mesyuarat itu diadakan sehari selepas BNmengadakan mesyuarat tergempar di sini semalam.

Majlis Tertinggi SAPP juga menggariskan lapan "perisytiharan penduduk Sabah" bagi membawa perubahan dalam negara ke arah mewujudkan satu kerajaan beramanah dan satu masyarakat yang adil, harmoni dan progresif.

Lapan perisytiharan itu ialah :

* Kerajaan berasaskan kepada tadbir urus yang baik, masyarakat madani dan politik bukan perkauman.
* Sabah harus mempunyai autonomi politik, yang kerajaannya dibentuk dan diuruskan oleh penduduk Sabah.
* Sabah dan negeri lain yang mengeluarkan minyak berhak mendapat 20 peratus royalti petroleum.
* Wilayah Persekutuan Labuan dikembalikan kepada Sabah dan diuruskan sebagai satu wilayah khas.
* Undang-undang pusat yang tidak adil kepada Sabah, dan jabatan persekutuan yang tidak membawa manfaat kepada negeri itu, dikaji semula.
* Sabah diberikan penyertaan adil dan saksama dalam pentadbiran persekutuan, perkhidmatan awam dan sektor swasta, dan jabatan persekutuan di Sabah, sebolehnya diketuai rakyat tempatan.
* Kerajaan pusat dan kerajaan negeri menyediakan sumber, kesungguhan dan kepimpinan dalam menyelesaikan masalah kehadiran pendatang tanpa izin dengan cara yang tegas tetapi berperikemanusiaan, dengan tumpuan kepada konsep serantau dan perkongsian bijak.
* Kerajaan pusat dan kerajaan negeri bekerjasama membetulkan ketidakseimbangan dalam struktur ekonomi dan sosial melibatkan Sabah dan negeri lain.


Kelmarin Yong menggemparkan negara apabila, buat kali pertama dalam sejarah BN, mengisytiharkan tidak yakin dengan Perdana Menteri yang merupakan Pengerusi BN.

SAPP yang ditubuhkan oleh bekas penyokong Parti Bersatu Sabah (PBS) menyertai BN pada 1994.

Sebelum permulaan mesyuarat pagi tadi, Yong dan salah seorang daripada tiga timbalannya, Datuk Raymond Tan mengadakan pertemuan empat mata hampir sejam sementara anggota majlis pula menanti di bilik mesyuarat.

Mesyuarat itu dipengerusikan Yong sendiri.

Seramai 33daripada 35 anggota Majlis Tertinggi SAPP menghadiri mesyuarat itu.

Semalam, Majlis Tertinggi BN yang mengadakan mesyuarat tergempar mengutuk kenyataan SAPP ekoran pendiriannya Yong bahawa pihaknya sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Abdullah.

Parti-parti komponen BN berpendirian pandangan Yong sebagai "sebagai tidak berprinsip, tidak beretika dan bertentangan dengan semangat pakatan BN" manakala Majlis Tertinggi BN sendiri tidak mengambil sebarang tindakan termasuk penyingkiran SAPP.

Sebaliknya BN mahu mendengar penjelasan rasmi dan melihat pendirian dua wakil rakyatnya di Dewan Rakyat minggu depan dan SAPP.

Tindakan ke atas SAPP hanya akan diputuskan selepas mendapat penjelasan daripada Majlis Tertinggi parti itu secara rasmi mengenai kenyataan Yong, kata kenyataan itu.

SAPP mempunyai tiga timbalan presiden. Selain Tan dua yang lain ialah Datuk Liew Teck Chan dan Datuk Eric Majimbun iaitu Ahli Parlimen Sepanggar, yang menurut Yong akan menyokong usul undi tidak percaya ke atas Abdullah di Dewan Rakyat minggu depan.

Tan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Karamunting dan Timbalan Ketua Menteri Sabah mendakwa beliau dan yang lain tidak dirunding terlebih dahulu berhubung isu berkenaan manakala Majlis Tertinggi SAPP tidak dimaklumkan sewajarnya.

"Ia salah sama sekali," kata Tan semalam.

Read More...

Kerajaan sembunyi fakta sebenar minyak- Husam

Detik Daily

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa, yang juga seorang ahli ekonomi mempunyai pandangan serta penyelesaian menarik bagaimana untuk mengatasi krisis kenaikan harga minyak dalam negara.

Anggota Exco Kerajaan Negeri Kelantan ini turut menyanggah segala macam hujah yang diberikan oleh kerajaan, khususnya Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau turut membuat pendedahan yang mengejutkan, apa yang disifatkannya sebagai fakta yang disembunyikan oleh kerajaan. Ikuti wawancara beliau bersama MOHD RASHIDI HASSAN dan WAN NORDIN WAN YAACOB, bersama jurugambar WAN ZAHARI WAN SALLEH di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, 9 Jun lepas.



HARAKAH: Kerajaan menaikkan harga minyak dengan menarik subsidi kepada rakyat, atas alasan kenaikan harga minyak dunia, apa pandangan Dato'?

HUSAM: Dalam hal ini saya mempersoalkan, pertama, adakah kerajaan Malaysia mampu memberi subsidi harga minyak kepada pengguna tempatan atau tidak? Yang kedua, wajarkah subsidi ini diberikan atau tidak?

Pada pandangan saya, Malaysia mampu beri subsidi bagi membolehkan harga minyak negara berada pada tahap yang tidak bebankan rakyat dan membantu kembangkan ekonomi negara,

Ini kerana kedudukan kita sebagai 'nett exporter'(eskport bersih). Malaysia kini dikelaskan sebagai 'nett exporter' minyak kerana minyak yang kita keluarkan lebih daripada apa yang kita gunakan.

Malaysia mengeluarkan antara 650,000 tong sehari, dan pernah pada tahun 2006 kita pernah keluarkan 747,000 tong sehari.




Apa maksud 'nett exporter'?

Bila kita dikelaskan sebagai 'nett exporter', kita dengan sendirinya mempunyai kedudukan yang membolehkan kita mampu membiayai subsidi ke atas rakyat, sekali pun harga minyak naik lebih tinggi lagi.

Ini kerana apabila harga minyak makin tinggi kita ada duit yang banyak untuk memberikan subsidi.

Yang mudah pengiraannya ialah, berdasarkan jumlah pengeluaran dan penggunaan kita bagi kadar sehari, kita masih ada lebihan lagi sejumlah 150,000 tong sehari, berdasarkan penggunaan sekarang iaitu sekitar 500,000 tong sehari.

Itu belum masuk pengeluaran Petronas di luar negara yang mana ada perkongsian dengan Sudan, dengan Negara Teluk dan lain-lain.



Tetapi kerajaan mendakwa mahu rakyat bersedia hadapi krisis yang lebih buruk?
Itu hujah kerajaan. Kerajaan mendakwa oleh kerana minyak kita boleh bertahan hanya, tujuh tahun lagi, kerajaan mahu melatih rakyat untuk menerima kadar harga minyak antarabangsa. Jadi dengan tarik subsidi ini kita akan dekati harga pasaran minyak dunia, dan bila minyak habis tujuh tahun daripada sekarang kita akan terus ke pasaran dunia (pasaran terbuka).

Bagi saya hujah ini adalah tidak benar kerana mengikut rekod yang ada pada Petronas, kalau kita buka laporan Petronas 2006, jangka hayat minyak Petronas masih ada 20 tahun lagi.

Jadi kita boleh guna selama 20 tahun akan datang dan jangka hayat rizab gas pula ada 34 tahun lagi.

Apa yang kita perlu fahami tentang jangka hayat rizab ini ialah, kita akan sentiasa dapat sumber-sumber baru dalam istilah Petronas ialah disebut sebagai 'replacement ratio' (nisbah penggantian) yang membawa maksud, sumber baru yang akan ditemui bagi mengantikan sumber sedia ada yang telah dikeluarkan.

Ikut sumber Petronas ini, 'replacement ratio' pada tahun 2006 ialah, 1.8 kali ganda. Bermakna tiap-tiap satu liter yang kita gunakan sekarang akan diganti dengan nisbah 1 liter (digunakan sekarang) : 1.8 liter ('replacement ratio') sumber baru.

Ini yang rakyat tidak tahu dan kerajaan tidak pernah dedahkan.

Ini bermakna minyak kita tidak akan kering dalam masa terdekat kerana kita ada rizab yang sentiasa bersambung. Ini bermakna sebenarnya kerajaan mampu meneruskan subsidi bagi jangka masa yang lebih lama lagi.



Apakah implikasi ekonomi apabila subsidi minyak ditarik balik?

Apabila kerajaan tarik semula subsidi ini, kerajaan sebenarnya menyebabkan rakyat biasa tertekan dari segi kehidupan mereka; permintaan pengguna akan jatuh, pelancongan domestik akan menguncup; barang-barang akan naik harga termasuk barang-barang pembinaan sekali gus akan menguncupkan industri pembinaan.

Ia akan menyumbang kepada penguncupan peluang pekerjaan dalam industri pembinaan; menyerap sebahagian pendapatan rakyat sebab kos-kos baru yang timbul akibat kenaikan harga-harga dan perkhidmatan ini.

Secara keseluruhannya penarikan subsidi akan membebankan rakyat.



Tetapi kerajaan membandingkan harga minyak kita masih murah berbanding negara lain?

Cuba kita lihat macam di Mesir, harga minyaknya jauh lebih rendah berbanding Malaysia, harga minyaknya ialah RM1.03 sen, dan rizab minyak di Mesir hanya 3.7 bilion tong berbanding Malaysia kita ada 4.2 bilion tong.

Kalau Mesir boleh letak harga lebih rendah dengan rizab minyak yang lebih kecil, mengapa Malaysia yang ada rizab minyak lebih besar, sampai 30 sen kurang daripada harga dunia?.

Begitu juga harga di Nigeria hanya 32 sen (dalam RM), UAE RM1.19 sen; Venezuela (16 sen) dan Turkmemistan (22 sen). Turkmenistan ini rizabnya lebih rendah lagi iaitu, 0.56 bilion tong, tetapi harga di Turkmenistan hanya pada kadar 22 sen seliter.



Kerajaan kata naikkan harga minyak dan tarik subsidi kerana mahukan peruntukan subsidi disalur kepada pembangunan dan subsidi lain?

Memanglah jumlah subsidi akan meningkat tetapi kerajaan perlu bimbang kerana wang itu diperolehi daripada peningkatan keuntungan hasil daripada harga minyak dunia yang meningkat.

Kerajaan tidak perlu ambil daripada wang lain seperti balak, getah atau sebagainya kerana kita hanya perlu ambil daripada keuntungan yang meningkat berikutan kenaikan harga minyak itu.

Bila kerajaan tarik subsidi ini rakyat akan terbeban, ekonomi akan menguncup, yang setersunya kerajaan juga tak akan dapat lebihan duit sebab kenaikan harga minyak yang kita lihat sekarang ini salah satu sebab adalah kerana akibat penurunan nilai Dollar Amerika (USD).

Jadi kerajaan akan kejar bayang-bayang ini sampai habis, umpamanya baru-baru ini kerajaan naikkan hingga RM2.70, selang dua tiga hari minyak dunia naik USD10 lagi bagi satu tong, bermakna RM18 bilion yang kerajaan kata cuba jimat itu jadi menguncup.

Cuma kerajaan boleh jimatkan perbelanjaannya dan keuntungan yang diperolehi hasil lain digunakan dengan berhemah, itu adalah cara penjimatan yang sebenar dan bukannya dengan menekan rakyat yang menyebabkan rakyat terbeban dengan kerajaan mahu jimatkan RM18 bilion tadi, daripada poket rakyat.

Jadi negara akan mengalami pengurangan wang rakyat sebanyak RM18 bilion juga yang diserap kerajaan untuk jadi dana untuk dana pembangunan seperti yang didakwa kerajaan itu.



Mengapa dana Petronas tidak diguna untuk membantu rakyat?

Saya hendak sebutkan sejarah Petronas. Petronas ditubuhkan oleh Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussien pada tahun 1974 untuk melaksanakan konsep 'inoculasi'.

Dalam kes ini, Petronas ditubuh untuk memastikan keuntungan daripada harga minyak yang Malaysia keluarkan itu untuk melindungi pengguna tempatan dengan harga yang murah.

Ini bermakna, harga minyak dunia boleh naik tetapi harga minyak negara perlu lebih rendah daripada harga minyak dunia, ini konsep yang menyebabkan Petronas ditubuhkan.

Fungsi utama Petronas bukan semata untuk keuntungan, Petronas boleh bergerak mencari keuntungan tetapi keuntungan itu adalah mesti digunakan untuk rendahkan harga minyak Malaysia, bukan hanya untuk rekodkan keuntungan dan berbangga dengan keuntungan besar itu tetapi tak mahu gunakan wang itu untuk rakyat.

Petronas hanyalah pengawal kepada minyak tadi milik yang sebenarnya ialah milik rakyat, dan Petronas tak boleh kata itu milik mereka dan keuntungan itu milik mereka kerana keuntungan itu untuk rakyat gunakan untuk melindungi harga kerana pemilik asalnya adalah negara iaitu rakyat Malaysia.

Harus diberi keutamaan ialah rakyat yang menjadi tuan punya kepada Petronas itu.

Lebih-lebih lagi kini Petronas berkembang di luar negara dan rizab Petronas diluar negara ialah 3.2 kali lebih tinggi daripada jumlah 'replacement ratio' tadi.

Maknanya jika sekarang kita guna 1 liter, kita ada 'replacement ratio' 3.2 kali ganda lagi pada kadar rizab kini.


Petronas dilaporkan untung besar saban tahun, apa pandangan Dato' bagaimana sewajarnya keuntungan itu disalurkan?

Ya, jika melihat rekod Petronas berdasarkan laporan tahunannya, hasilnya sentiasa meningkat dari setahun ke setahun, di mana pada tahun 2006, keuntungan selepas cukai ialah RM43 bilion, sedangkan harga minyak dunia ketika itu ialah USD65 (satu tong).

Sekarang harga minyak naik lebih USD130 setong, tentunya Petronas akan mendapat keuntungan yang lebih lagi.

Pada tahun 2007 pula keuntungan bersih Petronas ialah 46.4 bilion.

Dalam laporan tahunannya pendapatan besar Petronas disumbangkan oleh minyak yang telah dijual kepada orang ramai melalui stesen-stesen minyak (domestik) iaitu RM62.7 bilion pada tahun 2007.

Ini bermakna minyak yang dijual Petronas kepada orang ramai menjadi sumber pendapatan terbesar Petronas.

Selain itu harga minyak kita 30 peratus lebih tinggi berbanding minyak yang kita import kerana minyak kita dikenali sebagai 'tapis blend' yang ada kualiti yang lebih baik dan harga yang tinggi bermakna di atas kualiti minyak ini, kita akan dapat lebihan pendapatan berbanding harga minyak yang kita beli pada pasaran dunia untuk kegunaan domestik tadi.

Ini semua membuktikan Malaysia mampu memberi subsidi kepada rakyat untuk mengekalkan harga pada kadar yang rendah dan dengan itu mengurangkan beban rakyat jelata dan membolehkan rakyat ada cukup wang untuk dipusingkan dalam ekonomi.


Sebelum pilihan raya kerajaan jamin tidak naikkan harga minyak, tetapi sebaliknya dinaikkan secara mendadak ....
Kupasan saya ini berdasarkan data. Dari sudut politik ini saya fikir orang ramai boleh memikirkannya sendiri (soal janji politik yang tidak betul).

Saya berhasrat supaya rakyat memahami beberapa asas yang tidak pernah disebut oleh kerajaan tentang 'replacement ratio'; jangka hayat minyak kita yang masih wujud ini yang tidak pernah didedahkan oleh kerajaan kepada rakyat.


Selain minyak, Malaysia juga ada simpanan gas yang cukup besar, apa pandangan Dato'?

Ya. Mengenai gas, di Thailand sendiri kerajaannya sedang dan telah mempersiapkan negaranya dengan penggunaan NGV.

Namun di negara kita sendiri pam NGV sendiri tidak mencukupi, di Kelantan dan Terengganu tidak dipasang paip besar (PGU) untuk hantar gas NGV ini kerana itu kita tidak boleh diadakan stesen pam NGV di Kelantan dan Terengganu.

Sedangkan NGV ini adalah sumber tenaga yang murah yang boleh digunakan oleh kenderaan menggantikan minyak dan kita ada rizab gas yang sangat besar.

Rizab gas kita sangat besar iaitu gas diukur dalam kadar tong minyak, total rizab kita hingga Januari 2007, 26 bilion 'Barrel Oil Equivalent' (BOE) (gas campur minyak) itu pada tahun 2007, pada tahun 2008 ialah 25.85 maknanya kita ada penemuan rizab baru. Ini bermakna rizab kita bertambah.



Adakan fakta ini disembunyikan?

Yang mustahak kini ialah, oleh kerana Petronas tidak pernah ada audit bebas diadakan sama ada penggunaan oleh kerajaan mahupun Petronas sendiri.

Justeru, saya cadangkan jika kerajaan tiada apa-apa yang hendak sembunyikan daripada rakyat, saya cadangkan kerajaan lantik satu audit bebas untuk mengaudit penggunaan hasil keuntungan Petronas ini.


Dato' setuju rakyat harus diberikan subsidi minyak?

Subsidi ini diperlukan bagi meningkatkan kecekapan ekonomi dan memberikan kelebihan kepada negara.

Ini kerana jika kita boleh keluarkan barang dalam kadar yang murah kita ada kelebihan pada penetapan harga.

Jika kos pengeluaran kita mahal, kos penjualan pun mahal dan mungkin berbanding dengan negara lain harga barang, produk keluaran kita akan tidak berdaya saing dan tidak kompetitif.

Kita tidak boleh bandingkan dengan negara macam Singapura yang bukan pengeluar minyak.

Dengan Indonesia juga tidak boleh dibandingkan kerana pengeluaran minyaknya dengan jumlah penduduknya nisbah pengeluarannya sangat kecil berbanding Malaysia yang pengeluaran minyak lebih dengan penduduk yang kurang berbanding Indonesia.

Thailand sendiri memberi cukai jalan percuma sedangkan Malaysia masih mengenakan cukai jalan.

Pendapatan hasil keuntungan ini (cukai jalan) ialah sejumlah RM5 bilion setahun dan ia boleh digunakan untuk perbelanjaan negara dengan cermat melaksanakan pembangunan.


Bagaimana dengan impak kenaikan harga minyak?

Kerajaan sudah tidak boleh mengawak impak kenaikan harga minyak ini kepada harga-harga barangan lain. Misalnya dalam kes larangan merokok 18 tahun ke bawah, akhirnya berapa orang peniaga yang dikenakan tindakan kerana melanggar larangan ini? Tidak ada seorang pun lagi yang kena.

Malaysia ada undang-undang tetapi tak ada penguatkuasaan.

Justeru, satu kesimpulannya ialah lepas kerajaan umumkan kenaikan ini kerajaan seolah-olah dilihat seperti kesian kepada rakyat dengan umumkan beberapa langkah untuk mengurangkan beban rakyat, tetapi ini semua satu kepura-puraan yang tidak sepatutnya berlaku.

Kerajaan yang naikkan harga minyak itu dan rakyat dah terbeban, sekarang kerajaan pula cerita nak bantu rakyat dengan ringankan bebanan, tolong kurangkan tol, dan bagi lebih bantuan.

Kalau kerajaan tidak naikkan harga minyak, kerajaan tidak perlu umum langkah ini, kerana semua orang akan dapat nikmat harga minyak tidak naik.

Kalau harga minyak naik, harga beras yang naik atas lori pun naik, justeru orang susah dan orang kaya pun akan merasai kenaikan harga beras.

Pada saya, jika Pakatan Rakyat dapat memerintah Malaysia, memang kita yakin akan dapat mengekalkan subsidi yang munasabah walaupun harga minyak dunia meningkat.

Read More...

Yong Teck Lee belot lagi

Berita Harian

Oleh Veena Rusli


BUAT KEJUTAN: Yong ketika sidang media di Pejabat SAPP Kota Kinabalu, semalam.

Pernah ketuai kumpulan khianati Pairin sehingga kerajaan PBS tumbang pada 1994

KOTA KINABALU: Selepas beberapa minggu mengkritik Kerajaan Pusat, Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee semalam mengisytiharkan partinya hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Tindakannya itu bagaimanapun tidak mencerminkan keputusan sebulat suara kepimpinan parti apabila Timbalan Presiden SAPP, Datuk Raymond Tan, yang bukan saja tidak bersetuju tetapi terkejut dengan pengumuman berkenaan.Perdana Menteri, dalam reaksi awalnya menyifatkan tindakan terbaru Presiden SAPP itu adalah disebabkan 'saya tidak dapat memenuhi ketamakan dirinya.' Beliau tidak mengulas lanjut tetapi seorang pembantunya memberitahu, Abdullah akan membuat huraian kemudian.

Yong, ketika mengumumkan pendiriannya pada sidang media di sini, berkata dua Ahli Parlimennya, Datuk Eric Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawau) akan menyokong usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat, Isnin ini.

Soal sama ada SAPP terus kekal sebagai komponen Barisan Nasional (BN) pula, akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi SAPP di sini, esok.

"SAPP sudah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri. Peruntukan undi tidak percaya ada dalam Perlembagaan dan menjadi sebahagian daripada proses demokrasi di Malaysia," katanya pada sidang media selama 45 minit di ibu pejabat SAPP di Luyang di sini.

Dr Chua yang juga Naib Presiden SAPP turut hadir, manakala Eric berada di luar negara bagi tugasan rasmi tetapi menyatakan pendiriannya dalam kenyataan media yang ditandatanganinya.

Tan yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, tidak menghadiri sidang media itu tetapi ketika dihubungi berkata, beliau terkejut dengan tindakan Yong kerana perkara itu tidak pernah dibawa ke peringkat Majlis Tertinggi parti untuk diperhalusi.

"Ia bukan persetujuan sebulat suara, malah ia sepatutnya dibincang di mesyuarat Majlis Tertinggi terlebih dulu. Saya tidak nampak sebarang sebab ini perlu dilakukan dan ketetapan itu salah sama sekali," katanya yang tidak diundang ke sidang media berkenaan.

Tan menyifatkan pendirian terbuka membabitkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri sama seperti menyokong pembangkang dan boleh menimbulkan ketidakstabilan bukan saja di Sabah, tetapi Malaysia keseluruhannya.

"Saya tidak mahu menyokong pendirian yang cenderung menyebelahi pembangkang kerana ia bermakna kita memberi isyarat salah kepada rakyat," katanya.

SAPP mempunyai dua kerusi Parlimen dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Tanjung Papat (Tan), Likas (Datuk Liew Teck Chan), Luyang (Melanie Chia), Elopura (Au Kam Wah).

Pengumuman Yong itu bercanggah dengan pendiriannya sebelum pilihan raya umum 8 Mac lalu apabila beliau dilaporkan memuji dan menyatakan sokongan padu kepada kepemimpinan Abdullah. Malah, tindakannya itu bukan sesuatu yang mengejutkan kerana beliau pernah mengambil tindakan serupa 14 tahun lalu.

Pada 1994, Yong menjadikan 'hilang kepercayaan' sebagai alasan meninggalkan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Joseph Kitingan, yang bertanggungjawab membawanya masuk dalam politik. Beliau kemudian mengetuai sekumpulan Ahli Parlimen dan Adun China daripada PBS, membentuk SAPP.

Yong yang juga bekas Ketua Menteri Sabah pada 1996 hingga 1998 mengikut sistem penggiliran, semalam mendakwa BN hanya wujud di Sabah secara dasar tetapi bukan kuasa yang membolehkan pelbagai tuntutan dipenuhi demi manfaat rakyat negeri ini.

"Selepas pilihan raya umum lalu, beberapa Ahli Parlimen BN dari Sabah turut menganggap BN tidak memberi pengiktirafan sewajarnya kepada negeri ini. Bagi saya, semangat BN di Sabah hilang sejak beberapa bulan lalu dan cuma wujud sebagai nama.

"Pelbagai pihak menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kepemimpinan Perdana Menteri dan kami memulakan langkah dengan menunjukkannya secara terang-terangan menerusi undi tidak percaya.

"Ada pihak meramalkan SAPP dipecat daripada BN sebelum Jumaat dan ada berpendapat sebaliknya. Kami sudah menyatakan pendirian dan sedia menghadapi apa juga kemungkinan," katanya

Ditanya sama ada Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman, dirujuk sebelum SAPP membuat ketetapan berhubung undi tidak percaya itu, Yong berkata, segala isu yang dibangkitkan sudah kerap dibincang bersama pemimpin BN negeri.

"Peluang keemasan ini tidak akan berulang selepas 45 tahun Sabah menyertai Malaysia dan kita mesti menyatakan pendirian sebelum Ogos ini.

"Mulai Ogos, tumpuan akan beralih kepada pemilihan Umno dan MCA, disusuli kesibukan menyambut puasa dan Aidil Fitri, peperiksaan dan acara hujung tahun.

"Ketika itu, politik tanah air akan berhenti memperkatakan isu berkaitan Sabah dan SAPP berpendapat sekarang adalah masa terbaik Sabah mendapatkan kembali autonomi, royalti minyak sebanyak 20 peratus dan meminta Labuan dikembalikan," katanya.

Yong bagaimanapun berkata, beliau tidak menentang Perdana Menteri secara peribadi, malah pertemuan tertutupnya bersama Abdullah di Kuala Lumpur baru-baru ini berlangsung dalam suasana mesra.

"Tiga kali saya beritahu Perdana Menteri, hanya kerana tiada Ahli Parlimen BN melompat parti pada 14 Mei lalu, ia bukan bermakna perkara itu mustahil berlaku selepas ini. Walaupun kerajaan mendakwa komited menangani isu di Sabah, saya tidak nampak kesungguhan ke arah itu," katanya.

Mengenai kemungkinan SAPP menyertai Pakatan Rakyat, beliau berkata, isu meninggalkan BN atau beralih kepada komponen lain tidak berbangkit kerana tumpuan parti itu ialah mendapatkan semula autonomi politik Sabah.

Katanya, SAPP tidak berminat menyerahkan autonomi berkenaan dengan menjadi sebahagian daripada pakatan lain.

Yong juga mengakui pernah menemui Penasihat Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebanyak dua kali, masing-masing di Hong Kong dan Kuala Lumpur.

PROFIL: Datuk Yong Teck Lee

  • Dilahirkan pada 1958.
  • Berkelulusan LLB (Hons) University of London dan Barrister-at-Law dari Lincoln's Inn London.
  • Berkecimpung dalam politik menerusi PBS sejak 1985.
  • Menjadi Adun Likas dari 1985 hingga 2002 dan Ahli Parlimen Gaya dari 1999 hingga 2002.
  • Menubuhkan SAPP pada 21 Januari 1999.
  • Menjadi Ketua Menteri Sabah ke-10 di bawah sistem penggiliran dari Mei 1996 hingga Mei 1998.
  • Hilang kelayakan sebagai Adun Likas dan Ahli Parlimen Gaya sejak September 2002 berikutan kesalahan mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana rasuah.
  • Tidak dibenar bertanding pilihan raya selama lima tahun dan terlepas Pilihan Raya Umum 2004.

KRONOLOGI:
  • 19 Januari 1994 - Datuk Yong Teck Lee meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dan meninggalkan Parti Bersatu Sabah (PBS).
  • 20 Januari 1994 - Yong bersama Datuk Yee Lung Fook dan Datuk Tham Nyip Shen ke Kuala Lumpur untuk mendaftarkan SAPP sebagai parti dengan Yong bertindak selaku Presiden Penaja.
  • 21 Januari 1994 - Pendaftaran SAPP diluluskan Pendaftar Pertubuhan sebagai parti politik baru.
  • 22 Januari 1994 - Yong sah sebagai Presiden SAPP pertama hingga hari ini.
  • Februari 1994 - menyertai Barisan Nasional (BN).
  • 18-19 Februari 1994 - Pertama kali menyertai pilihan raya negeri berikutan pembubaran DUN Sabah pada 10 Januari 1994.
  • 8 Mac 2008 - Memenangi empat kerusi DUN dan dua kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-12. Yong tidak bertanding.

Read More...

MB Kedah bidas TV3 siar berita fitnah

Harakahdaily

Izwan Abdul Halim

Thu | Jun 19, 08 | 5:18:17 pm MYT

ALOR STAR, 19 Jun (Hrkh) - Kerajaan Negeri Kedah semalam melahirkan rasa kekesalan di atas laporan berita yang disiarkan oleh oleh TV3 kelmarin.

Berkata kepada media selepas mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan semalam, Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak menyatakan rasa kesal Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terhadap fitnah yang dibuat oleh TV3 itu.

Sedangkan, menurut Ustaz Azizan, pihak Kerajaan Negeri telah memberi layanan yang baik dan menghormati semua media massa.

Oleh itu, beliau meminta media massa menghormati etika kewartawanan dan profesionalisme mereka.

"Kerana zaman kita zaman orang maju, orang bertamadun, jangan buat lagi kerja-kerja yang primitif, kerja-kerja yang tidak bertamadun.

"Kita bersedia menjawab apa-apa soalan dan bertanggung jawab dengan tindakan kita. Kita sedia untuk dikritik, ditegur dan dianalisis tapi bukan fitnah yang tidak betul," ujarnya.

Buletin Utama TV3 malam kelmarin yang membuat liputan sempena 100 hari pemerintahan Kerajaan Negeri Kedah menyentuh mengenai perlantikan Pengarah Eksekutif Kumpulan Kulim Hi-Tech oleh kerajaan Negeri.

Dalam laporan itu, Buletin Utama menyifatkan perlantikan tersebut sebagai usaha mengetepikan Ketua Pengarah Urusan Kumpulan Kulim Hi-Tech, Dato' Ahmad Shukri Tajuddin dan satu tindakan politik.

Menurut Ustaz Azizan, Kerajaan Negeri masih mengekalkan Dato' Ahmad Shukri sebagai Ketua Pengarah Urusan Kumpulan Kulim Hi-Tech yang berfokus kepada urusan promosi Kulim Hi-Tech.

Oleh itu, memandangkan keperluan meningkatkan aktiviti ekonomi di Kulim Hi-Tech yang telah bertambah jumlah pelaburnya, maka Kerajaan Negeri melantik Pengarah Eksekutif Kumpulan yang akan memberi tumpuan kepada operasi.

"Lain kali kalau nak buat berita mai jumpa saya, jangan tanya orang tepi jalan. Be professional. Be smart reporters," kata Ustaz Azizan mengulas hal berkenaan. - mns_

Read More...

"SAPP tikam kawan dari belakang" Nik Aziz


KLpos

Cetak E-mail
Oleh Bernama
Khamis, 19 Jun 2008

KB: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Parti Maju Sabah (SAPP) mengisytiharkan telah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai tindakan tikam belakang yang dilakukan oleh orang yang kecewa.

"Tikam kawan ini kerja orang yang kecewa, sepatutnya kita kena bincang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh di sini hari ini.

Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee semalam mengisytiharkan bahawa parti itu telah hilang kepercayaan terhadap Abdullah dan akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

Nik Aziz berkata tindakan SAPP itu merupakan "titik pertemuan" SAPP dengan parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat.

"Saya tak biasa (belum kenal) lagi dengan dia, tapi dia sudah mulai ikut line (laluan) pembangkang, maknanya sudah ada titik pertemuan di antara kami dengan dia. Cukuplah tu untuk permulaan," katanya.

Bandar Satelit Islam yang berpaksikan masjid sebagai pusat aktiviti dibina di satu kawasan di pinggir bandar.

Antara yang akan dibina ialah sebuah masjid, sekolah pondok moden, kemudahan awam seperti pasar, gerai, unit kediaman banglo dan apartmen serta hotel bajet.

Projek dengan anggaran kos RM100 juta itu dibina hasil kerjasama Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandar Raya Islam dan MSO Corporation Sdn Bhd.

Read More...

Roslan Aziz mohon maaf

Malaysiakini

Jimadie Shah Othman | Jun 19, 08 7:14pm

Komposer terkenal Roslan Aziz memohon maaf kepada ahli PAS kerana kenyataannya yang dianggap menghina parti itu berhubung tindakan Dewan Pemuda PAS Selangor membantah konsert penyanyi terkenal Ella dan Mas Idayu, sempena 100 hari Pakatan Rakyat mentadbir negeri itu.

"Sebagai seorang manusia yang beragama Islam, (juga) bapa, suami dan anak yang masih menagihkan ilmu pengetahuan dan keredhaan-Nya, saya dengan merendah hati memohon maaf kepada semua muslimin dan muslimat khususnya ahli-ahli PAS atas perlakuan saya itu," kata Roslan dalam blognya Roslan Aziz Production (http://roslanaziz.blogspot.com) semalam.

Kelmarin, Roslan menyifatkan tindakan Pemuda PAS Selangor membantah konsert penyanyi terkenal Ella dan Mas Idayu sebagai tindakan "ego" golongan agama dan bermotifkan politik.

"Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi kepada seorang ustaz dan kata kepada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rancangan Pemuda PAS Selangor untuk mengadakan perhimpunan untuk membantah konsert tersebut yang dijadual 6 Julai di Shah Alam.

Dalam permohonan maafnya itu, Roslan mengaku tidak berfikir panjang sebelum menjawab soalan yang diajukan, sebaliknya menggunakan emosi dan "perasaan kecewa yang telah lama terpendam".

"Sebagai seorang Islam dan bapa kepada anak-anak, saya tidak sepatutnya menjawab begitu yang menyebabkan ada pihak yang berasa terhina," kata beliau yang juga bekas pengetua Akademi Fantasia musim lalu.

Beliau bagaimanapun menegaskan tidak sama sekali berniat untuk menghina atau menimbulkan permusuhan.

Tidak niat menghina

"Saya tidak sama sekali berniat untuk menghina, jauh sekali untuk bermusuh sesama saudara (seagama)," katanya.

Permohonan maaf itu dipercayai dibuat berikutan banyak kritikan dibuat terhadap kenyataannya dalam blog-blog dan forum maya di internet.

Konsert itu, yang dilapor diadakan bersempena sambutan 100 hari Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, akan diadakan sebelum perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor antara Singapura dengan pasukan negeri itu.

Menurut Harakahdaily.net, ketua Pemuda PAS negeri Sallehen Mokhyi, yang menyerahkan memorandum bantahan itu kepada Nik Nazmi semalam, berharap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim "bertindak segera agar tidak mencetuskan ketidakpuasan hati rakan kongsi (dalam Pakatan Rakyat) khususnya PAS."

"Kami difahamkan bagi menyerikan program itu turut diadakan konsert Mas Idayu dan Ella. Sudah pasti persembahan mereka akan mengundang risiko moral yang tinggi dan tidak ada tempat dalam Islam," katanya seperti dilaporkan.

Selain mendakwa konsert anjuran syarikat kerajaan negeri Kelab Darul Ehsan Bhd itu sebagai "pembaziran dan gaya hidup mewah", Sallehen berkata ia "mengundang imej tidak baik terhadap kerajaan Pakatan Rakyat, apatah lagi imej Islam di ambang 100 hari" menguasai Selangor.

Semalam, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Sultan Selangor telah menyatakan persetujuan baginda untuk bertemu Dewan Pemuda PAS negeri itu bagi membincangkan bantahan dewan tersebut.

Pertemuan itu, menurut Khalid, akan diadakan sebelum akhir bulan ini.

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |