Kuala Terengganu - Tawaran PAS Terengganu untuk ‘duduk semeja’ bersama-sama berbincang dengan kerajaan negeri Terengganu berkaitan perkembangan semasa yang berlaku sekarang, tidak diterima dan ditolak oleh Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said. “Saya dah kata, tidak perlu bincang dan kalau ada idea bawa mari kepada kita, “tunggu surat apa, kalau ada idea bawa mari, Takkan nak buat dailog dan semua sekali.” kata Ahmad Said kepada media ketika ditanya berkenaan tawaran PAS.
Ahmad Said bukan sahaja menolak tawaran ikhlas PAS tersebut, bahkan menuduh PAS bermain politik
”Dia (PAS) hendak main politik. Kalau dia (PAS) betul-betul O.K, awak (PAS) hantar kita surat satu, dua, tiga, empat, lima O.K, saya boleh tunjuk ini suratnya berapa, daripada 20 surat itu lima kita boleh pakai. Kita pakailah, bukan payah,” tuduh Ahmad Said.
Sebelum ini, Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Yahaya Ali yang menyatakan bahawa PAS mempunyai formula khas untuk menangani isu kenaikan harga minyak dan barang keperluan.
Menurut Yahaya, formula yang diyakini berkesan itu bagaimanapun hanya akan dihebahkan sekiranya kerajaan bersedia bersemuka dan berbincang dengan PAS untuk melaksanakannya demi faedah rakyat. Yahaya memberitahu, dalam situasi sekarang semua pihak yang mempunyai kepakaran, pandangan dan idea diyakini berkesan harus duduk semeja dan berbincang bagi mencapai satu jalan penyelesaian terbaik.
“Rakyat kini menilai pendekatan konkrit yang digunakan oleh kerajaan dan sebagai pemerintah, mereka (kerajaan) tidak boleh fikir siapa yang berkuasa kini. Sikap seumpama ini tidak boleh diamalkan dalam keadaan sekarang,” katanya.
Mengulas lanjut pelawaan PAS itu, Ahmad Said bukan sahaja menolak tawaran ikhlas PAS tersebut, bahkan menuduh PAS bermain politik
”Dia (PAS) hendak main politik. Kalau dia (PAS) betul-betul O.K, awak (PAS) hantar kita surat satu, dua, tiga, empat, lima O.K, saya boleh tunjuk ini suratnya berapa, daripada 20 surat itu lima kita boleh pakai. Kita pakailah, bukan payah,” tuduh Ahmad Said ketika sidang media beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Iman, Rabu lalu. Lebih teruk lagi, Ahmad Said seolah-olah memperkecil-kecilkan saranan yang dikemukakan oleh PAS bagi menyelesaikan masalah kenaikan harga minyak dan tekanan yang sedang dialami oleh rakyat sekarang.
”Kalau dia (PAS) ada pakar dan sebagainya, Pakar dia (PAS) lebih hebat dari pakar kita O.K boleh terima, “jangan cakap sahaja, mari sini dan tidak semestinya mari jumpa kita, buat mari surat, “serah memorandum kita terima, memorandum cadangan beratnya satu kilo kertas cadangan daripada PAS untuk menyelesaikan masalah rakyat Terengganu,”sindir Ahmad Said. Ahmad Said juga ‘mencemuh’ usaha PAS mengadakan demonstrasi membantah kenaikkan harga minyak “Ini hendak tunjuk perasaanlah. Adakah tunjuk perasaan harga minyak boleh turun, “Harga minyak dunia akan terus naik lagi. Adakah jika PAS menang harga minyak boleh turun sampai 50 sen seliter? “Jadi, saya mintalah kalau PAS ada idea hantarlah memorandum kepada kita dan tidak semestinya kita panggil jumpa dan berbincang, boleh tak? Kalau dia (PAS) ikhlaslah dan ada satu formula,” tambah Ahmad Said. Mengulas jawapan Ahmad Said, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustaffa Ali berkata tujuan PAS mengajak kerajaan negeri Terengganu ‘duduk semeja’ dan berbincang adalah kerana PAS menganggap pimpinan kerajaan negeri khususnya Mnteri Besar, setaraf dengan pimpinan PAS. “Sebab itu kita (PAS) ajak duduk, berbincang, kalau kita (PAS) hantar memorandum, seolah-olah kita mengajar dia, “Kita tidak anggap dia ‘bodoh’ sebab kalau kita hantar surat, memorandum, macam kita mengajar orang ‘bodoh’ sahaja,” kata Mustafa selepas sidang media di Pejabat Perhubungan PAS, disini hari ini. |
0 comments:
Post a Comment