Mstar Online
   20-06-2008 07:59:16 PM                 
 KOTA BAHARU: Tidak mahu kemelut dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad berpanjangan, Presiden MIC. Datuk Seri S Samy Vellu hari ini berkata, beliau tidak akan  membalas sebarang kenyataan berkaitan dirinya yang dibuat bekas Perdana Menteri itu.
KOTA BAHARU: Tidak mahu kemelut dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad berpanjangan, Presiden MIC. Datuk Seri S Samy Vellu hari ini berkata, beliau tidak akan  membalas sebarang kenyataan berkaitan dirinya yang dibuat bekas Perdana Menteri itu.
Bekas Menteri Kerja Raya itu berkata, beliau tidak akan membuat sebarang kenyataan balas yang boleh  menjejaskan nama baik bekas ketuanya itu.
"Siapalah saya, hanya debu. Saya tidak mahu bawa apa-apa yang boleh rosakkan nama dia.
"Beliau adalah bos saya dulu, beliau jadi pucuk pimpinan yang kuat dan beri banyak pembangunan pada negara, jadi saya tak mahu komen berkenaan beliau," katanya kepada pemberita pada perasmian Persidangan Agung Tahunan MIC Kelantan di  sini hari ini.
Samy Vellu berkata demikian ketika diminta mengulas  kenyataan Dr Mahathir bahawa beliau seorang  yang bersikap perkauman kerana memberi kenyataan simpati  terhadap pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf).
Kenyataan bekas perdana menteri itu yang dipetik dari  blognya turut disiar beberapa  media tempatan hari ini.
Tanpa menafikan atau membenarkan dakwaan Dr  Mahathir itu, beliau berkata, isu pokok yang disuarakannya sebelum ini ialah usaha menyatupadukan rakyat berbilang  kaum di negara ini yang masih perlu dilakukan walaupun  negara sudah lama mencapai kemerdekaan.
"Bila saya baca kenyataan Tun itu, saya hanya ketawa. Apa lagi saya boleh buat?.
"Dalam kenyataan saya dulu, saya minta Tun jadi pemimpin kepada semua masyarakat dalam  negara ini. Sebagai pemimpin kepada semua masyarakat,  beliau mesti bincang masalah semua masyarakat.
"Walaupun sudah 50 tahun merdeka, kita mesti  menyatukan semua rakyat. Dalam masa yang sama, kita juga  ada masalah sosial, masalah ekonomi dan lainlain, apabila  satu kaum ada masalah mereka akan suarakan masalah itu. 
"Bila mereka suarakan masalah, ini bukan bererti ia isu perkauman," katanya. BERNAMA
Palanivel selar Tun Mahathir kerana komen Hindraf 
 
0 comments:
Post a Comment