Malaysiakini |
May 29, 08 11:50am |
Penduduk Bandar Mahkota Cheras (BMC) telah membuang semula benteng yang dibina oleh syarikat konsesi tol, Grand Saga, yang menutup jalan yang mengelak tol di Lebuhraya Cheras-Kajang, malam tadi. Ini merupakan kali ketiga batu benteng yang dibina di jalan tersebut, dibuang oleh penduduk di situ. Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang turut berada di situ pada kira-kira jam 7.30 malam, memberi lampu hijau kepada penduduk untuk mengalihkan batu benteng tersebut. Pada penduduk selesai mengalihkan batu benteng di jalan tersebut pada jam 9.30 malam. Pihak polis, yang sebelum ini didakwa menyebelahi syarikat konsesi itu, memantau keadaan ketika penduduk mengalihkan batu benteng yang menutup jalan tersebut. Khalid juga memberi amaran kepada Grand Saga supaya jangan membina semua benteng menutup jalan tersebut. Selasa lalu, kira-kira 12 penduduk cedera serius dalam satu pergaduhan yang berlaku ketika Grand Saga membina semula benteng tersebut. Penduduk menuduh syarikat konsesi tol itu mengupah ‘samseng' yang bersenjatakan kayu untuk menghalang mereka mengalih batu benteng di situ. Menurut Bernama, polis telah menjalan siasatan untuk mengesan ‘samseng' yang membelasah penduduk terbabit. Sekumpulan penduduk BMC pergi ke Parlimen hari ini untuk menemui Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Zin Mohamed. |
Thursday, May 29, 2008
BMC: Penduduk buang semula benteng
0 comments Labels: malaysiakini, rusuhan
Dua harga jual petrol, diesel
Berita Harian
Oleh Azman Zakaria, Abdul Halim Yusoff, Nazura Ngah dan Sazarina Shahrim
PERDANA Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bekas Ketua Pemuda PKR Mohamad Ezam Mohd Nor ketika sidang media selepas menyerahkan borang keahlian ahli Umno di parlimen, semalam. - Gambar Rosdan Wahid |
Sistem berperingkat pastikan rakyat nikmati subsidi, warga asing beli ikut pasaran
KUALA LUMPUR: Kerajaan mungkin melaksanakan sistem harga berperingkat bagi petrol dan diesel untuk kenderaan yang didaftarkan di negara ini serta negara asing, dalam usaha memastikan subsidi yang diberikan hanya dinikmati rakyat tempatan.
Melalui sistem harga berperingkat itu, semua pemilik kenderaan yang didaftarkan di luar negara perlu membeli petrol atau diesel mengikut harga pasaran dunia jika memasuki negara ini.Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata pelaksanaan langkah itu dapat membantu memastikan hanya rakyat tempatan menikmati subsidi minyak yang diberikan kerajaan, manakala kenderaan asing dikehendaki membayar harga penuh (mengikut pasaran semasa).
"Mesyuarat Kabinet pada Jumaat ini (esok) akan membincangkan cadangan supaya kenderaan asing yang mengisi minyak dan petrol dikenakan bayaran mengikut harga pasaran," katanya selepas menerima borang keahlian Umno bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Noor, di pejabatnya di bangunan Parlimen, semalam.
Isnin lalu, kerajaan memutuskan supaya semua stesen minyak yang terletak dalam lingkungan 50 kilometer (km) dari sempadan negara tidak lagi dibenarkan menjual petrol atau diesel kepada kenderaan yang didaftarkan di luar negara, mulai esok.
Larangan itu membabitkan semua stesen minyak dalam lingkungan jarak 30 hingga 50km dari sempadan Malaysia-Thailand di Perlis, Kedah, utara Perak dan Kelantan serta Malaysia-Singapura iaitu di beberapa daerah di Johor termasuk Kulai dan Johor Bahru.
Arahan bertulis mengenai larangan itu, yang dibuat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 akan dikeluarkan kepada kira-kira 200 hingga 300 pemilik stesen minyak di kawasan berkenaan, dalam masa terdekat.
Abdullah berkata, jika cadangan untuk melaksanakan sistem harga berperingkat itu dipersetujui mesyuarat Kabinet, maka kenderaan asing yang mengisi minyak di negara ini perlu membayar mengikut harga penuh.
"Tunggulah Jumaat (esok) ini (untuk pengumuman)... jika penguatkuasaannya diumumkan, semua pihak perlu ikut peraturan baru itu," katanya yang enggan mengulas lanjut.
Difahamkan, cadangan berkenaan ialah antara perkara yang dibincang oleh Jawatankuasa Kabinet Mengenai Inflasi yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam beberapa mesyuaratnya sebelum ini.
Abdullah berkata, semua cadangan itu adalah sebahagian usaha untuk membendung pengaliran keluar subsidi minyak yang diberikan kerajaan bagi meringankan beban rakyat negara ini serta mencegah penyeludupan.
"Minyak kita murah, jadi biarlah ia digunakan oleh rakyat kita dan bukan digunakan oleh orang tertentu untuk buat keuntungan. Minyak kita pun bukan banyak sangat, ada pula orang nak bawa keluar untuk buat untung... ini tak boleh.
"Minyak itu pula dibeli oleh orang yang bukan dari negara kita, sama ada dari Singapura atau Thailand. Jadi dia kena bayar harga penuh bila beli minyak dan cara yang baik ialah jika tak jual kepada mereka," katanya.
Semalam, Najib dilaporkan sebagai berkata, kerajaan dijangka mengumumkan beberapa langkah bagi mengurangkan kesan kenaikan harga minyak terhadap rakyat dan ekonomi negara selepas mesyuarat Kabinet pada Jumaat ini.
0 comments Labels: Berita Harian, subsidi
Misteri Perletakan Jawatan Deris Jusoh
|
Ditulis oleh Editor | |
Thursday, 29 May 2008 | |
Semua akhbar media perdana (online) berbahasa Melayu melaporkan Deris telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu. Namun sehingga malam ini tidak ada maklumat yang paling jelas berkenaan perletakan jawatan Deris. Sebaliknya, Akhbar berbahasa Inggeris, NST Online dan The Star Online tidak menyiarkan langsung berita Deris meletakkan jawatan. Ada sesuatu yang disembunyikan oleh UMNO, Deris dan Mad Said tentang percaturan politik Terengganu.
mStar pula menambah kenyataan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu yang memetik kata Rosol bahawa beliau (Rosol) juga melepaskan jawatannya itu bagi mengikut jejak langkah Idris.
Bernama melaporkan pada jam 5.51 petang menyatakan Deris Jusoh mengumumkan keputusannya dengan satu kenyataan ringkas melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar oleh Deris kepada agensi tersebut. Deris berkata perkara itu telah dimaklumkan semasa beliau mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga Presiden Umno, di ibu negara, Rabu (mungkin kelmarin). "Saya telah memberitahu Perdana Menteri bahawa saya setuju meletak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu dan beliau (Perdana Menteri) terima, saya akan hantar surat peletakan jawatan itu esok," katanya. Bernama juga melaporkan bahawa Deris tidak menyatakan sebab-sebab beliau bersetuju untuk melepaskan jawatan itu. Walaubagaimana pun, maklumat berkenaan perjumpaan Deris dengan Pak Lah sebagaimana SMS yang diterima Bernama dari Deris, tidak dapat disahkan. Sejak dari pagi sudah pasti para wartawan berkumpul di Parlimen mengikuti sidang yang sedang berlangsung, selain menunggu kemunculan Ezam yang dijadualkan bertemu Pak Lah. Adalah mustahil tiada seorang pun yang dapat menghidu tentang pertemuan Deris dengan Pak Lah sebagaimana yang didakwa oleh Deris. Manakala Pak Lah ketika membuat pengumuman menerima Ezam kembali masuk UMNO pada jam 4.10 petang tadi, tidak pula membuat sebarang ulasan tentang perletakan jawatan Deris sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu. Adakah perletakan jawatan Deris hari ini adalah satu ‘drama politik’ yang telah ditulis skripnya ?? Dan mungkin ada kaitannya dengan misteri Utusan Online kelmarin ( 27 Mei) yang sengaja menyiarkan semula berita 26 April (sebulan lalu) bertajuk ‘Ahmad Said sedia dilantik Pengerusi UMNO Terengganu’ ??? |
0 comments Labels: buletin online, pokyeh
Ezam rela diperalat serang Anwar, dua lagi sertai Umno
Mstar Online
29-05-2008 09:44:43 PM
Oleh SA'ODAH ELIAS dan ZANARIAH ABD. MUTALIB
(Dikemas kini) PETALING JAYA: Mohamad Ezam Mohd. Nor hari ini menegaskan, beliau kembali ke pangkuan Umno semalam demi prinsip, tetapi rela diperalatkan untuk melawan bekas ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pembangkang.
Lima jam selepas beliau mendedahkan rahsia menyertai Umno, dua lagi ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan permohonan untuk menyertai Umno kerana mendakwa sudah hilang kepercayaan ke atas Anwar
Bekas Ketua Bahagian PKR Bahagian Permatang Pauh, Anuar Shaari, 40, dan bekas Exco Pemuda Keadilan Pusat, Khairul Anuar Ramli, 27, menyerahkan borang permohonan mereka kepada Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di bangunan di Parlimen petang ini.
Terdahulu, Ezam ketika menjawab soalan sama ada beliau bersedia diperalatkan Umno untuk menangkis pengaruh Anwar, penasihat PKR berkata:
"Saya orang politik. Dalam politik kita sentiasa dipergunakan. Saya rela untuk dipergunakan Umno demi kebaikan,"
Sehari selepas menghantar borang menganggotai semula Umno kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, parti yang telah memecatnya pada 1998, Ezam pada sidang akhbar di sini pagi ini, secara terbuka mengkritik Anwar yang dianggapnya seorang pemimpin yang terlalu obses dengan kuasa.
Walaupun pada awal sidang akhbar Ezam menggunakan pendekatan mengkritik bekas mentornya itu secara beralas, tetapi selepas bertubi-tubi soalan diajukan mengenai pendiriannya tentang Anwar, beliau tidak lagi berselindung.
Anwar, katanya, berdosa besar kerana setelah dibebaskan dari penjara, telah mengubah prinsip perjuangan PKR daripada sebuah parti berbilang kaum yang berasaskan Melayu menjadi sebuah parti yang telah membuang terus perjuangan Melayunya itu.
Beliau juga dengan sinis mengkritik Anwar sebagai pemimpin yang mengamalkan politik menghalalkan cara sehingga sanggup memperalatkan Dasar Ekonomi Baru dalam kempen pilihan raya umum ke-12 hanya untuk menarik sokongan bukan Melayu.
Anwar, jelas Ezam telah membawa PKR keluar daripada landasan perjuangannya semata-mata untuk kepentingan peribadi beliau.
"Jika tidak percaya, tanyalah pemimpin-pemimpin peringkat negeri dan bahagian. Janganlah tanya pemimpin besar, kerana mereka sudah kenyang," ujar Ezam, bekas Ketua Angkatan Pemuda PKR, yang keluar parti itu April 2007.
Ditanya apakah punca menyebabkan beliau terus hilang kepercayaan terhadap Anwar setelah hampir 10 tahun berjuang dalam Parti Keadilan, Ezam menjawab:
"Sebabnya besar. Ia satu perselisihan yang serius. Jangan lupa, saya dan Datuk Nala (S Nalakaruppan yang turut hadir pada sidang akhbar itu) adalah dua orang yang pernah masuk penjara kerana Anwar. Semuanya kami akan dedahkan nanti."
Ezam juga menafikan spekulasi bahawa beliau ditawarkan jawatan untuk menyertai Umno.
Katanya, jika tawaran menjadi ukuran sudah lama beliau menganggotai semula Umno dan bukannya sekarang.
Sebelum ini, dedah Ezam, beliau pernah ditawarkan jawatan dan kedudukan tinggi untuk meninggalkan Keadilan (kini PKR) oleh pemimpin kerajaan, tetapi tidak berminat kerana tidak ada tanda-tanda reformasi dalam Umno.
Beliau mengulangi bahawa minatnya kepada Umno bangkit semula berikutan perubahan dasar yang cuba dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam isu rasuah dan institusi kehakiman.
Ditanya sama ada benar beliau ditawarkan jawatan pengerusi di salah sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), beliau pantas menjawab: "Tidak, walaupun saya berharap ia benar."
Ezam berkata, beliau juga tidak bimbang untuk berhadapan dengan pemimpin-pemimpin Umno yang pernah beliau kritik satu masa dahulu kerana tuduhan-tuduhan rasuah serta salah guna kuasa kerana beliau berpegang pada perinsip kebenaran.
"Itu bukan satu masalah bagi saya, tetapi mungkin bagi mereka. Mereka semua kini perlu berhadapan dengan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang lebih bebas," tegasnya.
Walaupun kini berada dalam Umno, Ezam berkata, beliau bukan sahaja akan meneruskan agendanya menentang rasuah, malah akan juga akan menyuarakan tentangan terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dianggapnya satu akta yang kejam.
Ezam merupakan antara mereka yang pernah ditahan di bawah ISA.
Beliau juga berazam membuka mata seramai mungkin pemimpin dan penyokong PKR tentang kepincangan parti itu serta mengajak mereka beramai-ramai menyertai Umno dengan melancarkan program bergerak ke seluruh negara tidak lama lagi.
Katanya, hanya konsep perkongsian kuasa yang didukung Barisan Nasional sahaja boleh menjamin masa depan Malaysia, seperti yang terbukti lebih 50 tahun selepas merdeka.
Perkongsian kuasa antara PKR, DAP dan Pas di bawah nama Pakatan Rakyat, kata beliau bukan satu alternatif kerana walaupun baru sahaja ditubuhkan untuk membolehkan mereka memerintah di beberapa negeri, telah terdapat bibit keretakan.
"Siapa tidak tahu bahawa sejak kebelakangan ini pemimpin DAP telah pun bertindak memboikot semua mesyuarat Pakatan Rakyat. Tetapi jika ditanya pemimpin Pakatan Rakyat, sudah pasti mereka akan nafikan," katanya lagi.
Ditanya kemungkin beliau bertanding jawatan tinggi, termasuk jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti akhir tahun ini, Ezam tidak mengiya atau menidakkannya tetapi berkata, ia sesuatu yang akan ditentukan oleh pihak lain kerana ia bergantung pada pencalonan yang akan beliau terima.
Pada sidang media itu, Ezam juga mengumumkan kemasukan ke dalam Umno lima rakan seperjuangannya ketika dalam Pergerakan Pemuda PKR dahulu.
Dalam pada itu, Anuar dan Khairul Anuar menyerahkan borang permohonan mereka kepada Najib di bangunan di Parlimen petang ini.
Kedua-dua mereka dikatakan sudah hilang kepercayaan sepenuhnya kepada kepimpinan PKR dan ingin menyertai Umno atas dasar keikhlasan dan kesedaran serta mahu berjuang untuk agama dan bangsa.
NAJIB Tun Razak menerima borang menyertai Umno daripada Anuar Shaari dan Khairul Anuar Ramli di Kuala Lumpur petang tadi.
Menurut Anuar yang pernah menjadi ahli Umnodan juga bekas Setiausaha Sulit Menteri Kewangan (jawatan yang pada ketika itu disandang Anwar) sehingga 1998, berkata, beliau telah menemui Najib tahun lalu dan menyatakan hasratnya.
“Penyertaan semula ke dalam Umno ini adalah atas kesedaran kerana saya sudah berada dalam Umno dan PKR.
"Justeru setelah membuat perbandingan dan kesimpulan, saya harus kembali kepada akar iaitu agama dan bangsa yang diperjuangkan Umno.
“Saya telah meninggalkan PKR pada tahun lalu sebelum menjadi Ahli Lembaga Pengarah Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK)," katanya.
Menurut Anuar, beliau telah mengumumkan kenyataan keluar daripada PKR kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinanan di hadapan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tahun lalu.
“Hari ini, saya mengumumkan penyertaan semula ke dalam Umno sebagai ahli biasa dan saya perlu bekerjasama dengan ahli-ahli lain serta menunjukkan prestasi yang baik," katanya.
Anuar turut mengakui terdapat lagi ahli PKR yang akan menyertai Umno.
Sementara itu, Khairul Anuar yang tidak pernah menjadi ahli Umno sebelum ini berkata, sikap Anwar yang tidak konsisten dalam tutur katanya menyebabkan beliau hilang kepercayaan terhadap enasihat PKR itu.
“Saya sebenarnya menyertai Umno dari sekolah lagi kerana menyangka ia satu wadah bagi rakyat.
"Kemudian, saya melihat sikap Anwar dengan Pas, cakap lain, dengan DAP cakap lain, itu yang menyebabkan saya hilang kepercayaan kepada beliau," katanya yang pernah bertanding atas tiket bebas merebut kerusi Dewan Undangan Negeri Kulim pada pilihan raya umum lalu.
Ditanya sama ada penyertaan mereka ke dalam Umno telah dirancang memandangkan Ezam mengumumkan penyertaan beliau semalam, Anuar berkata, itu hanya ebetulan dan mereka tidak pernah merancang.
“Saya suka kalau mereka mahu masuk Umno secara ikhlas. Saya tak pernah ajak ahli lain,” katanya.
- Ezam sudah tidak relevan dengan politik Malaysia dan PKR
- Ezam sedia tanding Ketua Pemuda jika ada sokongan
- Hasrat Ezam sertai Umno perlu kelulusan MT - Muhyiddin
0 comments Labels: Ezam, mstar online, UMNO haprak
Nikmat rakyat Selangor yang tidak dikecapi dalam pemerintahan BN
Harakahdaily Adnan Ibrahim Thu | May 29, 08 | 3:53:24 pm MYT | |
Pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan menyiasat penglibatan samseng yang memukul penduduk hingga berlaku tragedi berdarah, sama ada ia turut melibatkan syarikat konsesi lebuh raya Cheras-Kajang atau tidak, sangat dialu-alukan rakyat. Kes orang awam kena pukul oleh semseng yang diupah syarikat pemaju atau konsesi memang sudah menjadi perkara biasa dalam pemerintahan BN. Sebab itu pemerintah BN memang terkenal dengan berleluasanya mafia yang `mencari makan' dengan golongan kapitalis untuk mengugut dan memukul orang awam yang dikatakan menggangu urusan `pembela' mereka. Malah bagi bukti penglibatan semseng dengan pemaju amat sukar kerana ia dilindungi sama ada pihak berkuasa atau pengaruh kerajaan sendiri. Walaupun perkara ini juga berkait dengan unsur rasuah atau imbuhan lumayan bertujuan tutup mulut dan putar belit kejadian sebenar. Bagi menjaga kepentingan kapitalis ini, tidak hairanlah orang awam turut dipukul oleh pasukan keselamatan. Polis yang hadir sepatutnya bertindak menjaga keselamatan apabila ada perhimpunan sebaliknya mereka bertindak di luar etika memukul orang awam. Dalam kes 20 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) membelasah remaja Chang Jiun Haur dengan cota dan ditendang sehingga berdarah, memang boleh berlaku kerana dasar seumpama itu masih lagi menguasai Kerajaan Pusat. Chang Jiun, 21 dikatakan hadir di tempat pembinaan benteng konkrit dekat Bandar Mahkota Cheras (BMC) malam tadi bersama adik perempuannya dan dua lagi rakan lelaki. Ketika memandu keluar dari tapak benteng tersebut pada kira-kira jam 11.30 malam kelmarin, kereta beliau dikepung oleh anggota polis yang sebelum ini, menyeleraikan pergaduhan membabitkan penduduk BMC. Alasan beliau dipukul kerana didakwa melanggar anggota FRU. Bagaimanapun, seorang pegawai polis yang membawa Chang ke Hospital Kajang berkata tidak seorangpun anggotanya dilanggar oleh kereta remaja itu. Sementara media elektronik dan akhbar 'mainstream' secara besar-besaran serta menjadi berita utama melaporkan remaja terbabit melanggar anggota FRU dengan keretanya. Laporan yang sering kali menyalahkan orang awam apabila berlaku tragedi sedemikian tanpa usul periksa memang kerap berlaku. Malah penduduk yang dipukul samseng juga dilaporkan secara memutar belitkan kejadian dengan menuduh penduduk bergaduh dengan pekerja. Akhbar berbahasa Cina melaporkan lebih daripada 10 orang cedera parah dalam kejadian pergaduhan samseng dengan penduduk tersebut. "Mereka terus menyerang penduduk terbabit. Kira-kira 10 orang dipukul dan tiga daripadanya adalah wartawan. Kamera juga turut dirampas," dakwa Pengerusi Jawatankuasa Buka Jalan BMC, Tan Boon Hwa. Penduduk BMC, Chin Kee Chong patah tangan kanannya serta turut cedera di bahagian kepala, manakala seorang lagi penduduk, Lee Ah Seng, cedera parah di kepalanya yang memerlukan tujuh jahitan. Akhbar Inggeris ada menyiarkan jurugambar Utusan Malaysia, Roy Azis Abdul Aziz dipukul ketika beliau cuba mengambil gambar pergaduhan tersebut. Sebaliknya media memanipulasikan berita mengatakan wartawan dipukul penduduk dan kemera mereka dirampas. Bagaimanapun penduduk Selangor kali ini sangat bersyukur mempunyai pemerintah yang prihatin tentang nasib dan maruah mereka yang diaibkan sedemikian rupa. Hal seumpama ini tidak berlaku dalam pemerintah Barisan Nasional (BN) yang lebih memihak kepada pemaju bila berlaku konflik antara kedua pihak. Nikmat hidup sebagai rakyat yang dihargai pemerintah mula terasa sejak pakatan rakyat mengambil alih pemerintahan selepas pilihan raya umum lalu. Inilah pentingnya menyokong kerajaan berjiwa rakyat. Kebahagian seumpama ini hanya dapat dikecap semasa pemerintahan khalifah Umar apabila mengarahkan tentera memerangi Yahudi yang mempersendekan dan mentertawakan seorang muslimat yang auratnya terdedah dikalayak ramai di pasar. Wanita tersebut merasa terhina dan maruahnya dicabar lalu mengadu kepada pemerintah Umar. Lalu Umar mengarahkan tentera tersebut bertujuan memberi peringatan dan pengajaran bahawa rakyat di bawah pemerintahan Islam akan dibela maruah dan keaiban mereka. Ini contoh negara Islam dan perkara inilah yang perlu diteladani oleh pemerintahan pakatan rakyat. Dalam sidang media selepas mesyuarat exco kerajaan Selangor, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya akan menyiasat hubungan kumpulan samseng yang didakwa diupah oleh syarikat konsesi lebuh raya Cheras-Kajang sehingga menimbulkan ketegangan berdarah di BMC. "Kerajaan negeri akan memanggil (mesyuarat agung tergempar atau EGM) untuk membuat audit terhadap Grand Saga Sdn Bhd untuk mendapatkan penjelasan aliran kewangan untuk mengupah samseng tersebut," kata Abdul Khalid. "Jika ada bukti syarikat (konsesi lebuh raya) tersebut ada berbuat demikian, kerajaan percaya pegawai-pegawai termasuk pengarah syarikat boleh dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mencedera," kata Abdul Khalid di Shah Alam, semalam. Khalid berkata Selangor tidak boleh mengetepikan hak orang awam walaupun anak syarikat kerajaan negeri memiliki saham dalam Grand Saga. - mns |
0 comments Labels: Harakahdaily, PR Selangor
Ezam sedia tanding Ketua Pemuda jika ada sokongan
PETALING JAYA: Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Nor berkata beliau bersedia bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno jika kedudukannya sebagai Ketua Pemuda mampu membina dan mengangkat martabat Melayu menjadi bangsa yang dihormati.
Bagaimanapun, katanya kedudukannya yang masih terlalu baru di dalam Umno tidak membenarkan beliau untuk membuat keputusan yang besar itu.Namun, Mohamad Ezam berkata beliau akan membincangkan soal itu dengan pemimpin Umno yang lain terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.
"Saya kena bincang dulu dengan pimpinan, kena bincang dengan kawan-kawan dan kalau jawatan itu untuk kepentingan negara, ia boleh membantu kepentingan negara, kepentingan parti, membina dan mengangkat martabat Melayu menjadikan Melayu satu bangsa yang dihormati oleh bangsa-bangsa lain, saya akan pertimbangkan secara serius,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas kemungkinan kemasukan beliau ke dalam Umno ialah untuk mengisi jawatan Ketua Pemuda yang akan dikosongkan penyandangnya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. - Bernama
0 comments Labels: Berita Harian, Ezam
Mukhriz rayu Najib pujuk Pak Lah, tidak rela Presiden Umno diaibkan
Mstar Online
29-05-2008 09:36:57 PM
Oleh G. MANIMARAN
KUALA LUMPUR: Datuk Mukhriz Mahathir, yang lantang mengkritik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sejak pilihan raya umum ke-12, menemui Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dua minggu lalu untuk merayu agar beliau "melakukan sesuatu bagi mempercepatkan peralihan tampuk kepimpinan dengan segera."
Mukhriz mengakui telah menemui Najib untuk menyampaikan pendiriannya itu pada 15 Mei lalu, empat hari sebelum ayahnya, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan keluar Umno di Alor Star.
"Ada perjumpaan dengan beliau (Najib). Itulah, saya terangkan pendirian saya. Beliau kata beliau faham, saya pun merayu kepada beliau melakukan sesuatu.
"Tetapi nampaknya setakat itu sahaja. Masih belum nampak apa-apa lagi," kata beliau yang juga Exco Pemuda Umno ketika ditemui di sini, baru-baru ini.
Mukhriz, Ahli Parlimen Jerlun menjelaskan, beliau telah merayu kepada Najib agar berbincang dengan Abdullah untuk membincangkan peralihan kuasa dengan segera - sebelum mesyuarat cawangan dan bahagian.
Pada pertengahan bulan lalu, Abdullah yang memegang jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno sejak 2003 berkata, beliau akan tetap mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti Disember ini.
Perdana Menteri turut menjelaskan, hanya selepas pemilihan itu, beliau akan berbincang dengan Najib berkaitan hal-hal peralihan kuasa.
"Mungkin beliau rasa satu tahun, dua tahun boleh lagi. Bagi saya, satu, dua tahun bermakna kita cuma ada dua atau tiga tahun untuk membuat kerja-kerja menawan balik negeri-negeri yang tewas," kata Mukhriz yang memutuskan untuk kekal dalam Umno walaupun Dr. Mahathir memutuskan untuk keluar Umno kerana kecewa dengan senario politik dalam parti.
Mukhriz juga telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno.
Dalam pertemuan itu, beliau yang turut ditanya mengenai tindakannya terus mendesak Abdullah melepaskan jawatan parti dan kerajaan dengan segera, Mukhriz menjelaskan, beliau tidak mahu Abdullah diaibkan dengan kemungkinan kekalahan dalam pemilihan Umno Disember ini.
"Tidak pernah berlaku dalam parti, dalam sejarah Umno ini, presiden yang menyandang jawatan itu kalah dalam pemilihan.
"Jadi, saya khuatir itu akan berlaku sekiranya Abdullah cuba untuk mempertahankan jawatannya sebagai presiden. Misalnya Tengku Razaleigh Hamzah (Ketua Umno Bahagian Gua Musang) mahupun sesiapa melawan beliau untuk jawatan presiden.
"Jika presiden yang menyandang kalah dalam pemilihan, ia merupakan keputusan yang mengaibkan," kata beliau yang seolah-olah memberikan alternatif kepada Abdullah agar mengelak daripada 'kekecewaan' seterusnya.
Sama ada beliau ingin menyelamatkan Abdullah daripada kemungkinan tersebut dengan memberi alternatif, Mukhriz menjelaskan:
"Cuba kita bayangkan, keyakinan orang terhadap Umno, sokongan terhadap Umno sekarang. Sudah kalah lima negeri dalam pilihan raya, majoriti Abdullah sendiri pun menurun.
"Jika dalam pemilihan Umno kalah lagi, sudah tentu mengaibkan individu tersebut dan ada kesannya kepada parti.
"Jadi, saya rasa kalau boleh jawatan presiden parti itu, ada peralihan kuasa sebelum kita mulakan mesyuarat cawangan (Julai ini)."
.
IKUTI SEDUTAN PERBUALAN MUKHRIZ BERSAMA WARTAWAN MSTAR ONLINE DAN AGENDA DAILY BARU-BARU INI.
Komen berhubung gesaan Badan Perhubungan Umno Kedah agar Mukhriz henti kritik kepimpinan Umno?:
Pengerusi Badan Perhubungan Negeri (Datuk Seri Mahdzir Khalid) pun dilantik oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi). Apa yang kita boleh harapkan daripada beliau (Datuk Mahdzir). Setakat ini, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan hanya daripada mereka yang dilantik termasuk Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Kedah, yang kedudukan beliau sendiri pun, di peringkat negeri, sebagai bekas Menteri Besar yang mengakibatkan negeri (Kedah) kalah, dilantik memegang jawatan tersebut. Walhal semasa Tan Sri Sanusi Junid (Menteri Besar) dulu, walaupun tidak kalah negeri, tetapi disebabkan kalah banyak kerusi Dewan Undangan Negeri, beliau dengan rela meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.
Wajarkah Mahdzir Khalid berundur?:
Ini bukan saya yang berkata. Tetapi kalau kita dengar apa yang telah disebutkan dalam mesyuarat Badan Perhubungan Negeri dengan Jawatankuasa Pengurusan, yang dihadiri oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak (Timbalan Presiden), Tan Sri Muhyiddin Yassin (Naib Presiden) dan Datuk Seri Rafidah Aziz (Ketua Wanita) dan Datuk Noraini Ahmad (Ketua Puteri), salah satu perkara yang dituntut oleh ketua-ketua bahagian Kedah ialah selepas ini biarlah Pengerusi Badan Perhubungan Negeri dilantik daripada kalangan ketua-ketua bahagian dan bukannya timbalan atau naib ketua bahagian. Saya ingat ia satu cadangan baik.
Pendirian dalam isu mengecam kepimpinan parti?:
Sudah tentu saya bukan hipokrit. Apabila saya bercakap, saya konsisten sepanjang masa. Itu yang penting. Kalau saya diberi peluang untuk memberi penjelasan kepada peringkat (Jawatankuasa) Pengurusan, apa yang saya bercakap dan kenapa saya bercakap, jadi itu yang saya akan sampaikan kepada pihak pengurusan, kalau ditanya.
Apakah kesudahan pendirian Mukhriz dalam mengecam Abdullah selepas ini?:
Kalau Abdullah tidak mengalah, contohnya, beliau tidak mahu berundur, maka Umno akan berhadapan dengan satu masalah yang besar, satu dalam pemilihan kali ini dan seterusnya yang lebih penting dalam pilihan raya akan datang. Jadi, kalau boleh kita memerlukan masa yang panjang untuk bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum akan datang. Jadi, kalau mengatakan masih ada empat tahun, empat tahun lah kita mahu untuk memulihkan parti. Jadi jangan dilewatkan lagi.
Mengenai pembaharuan diumumkan oleh Abdullah sejak pilihan raya umum ke-12?:
Bermaksud merealisasikan manifesto pembangkang? (Secara berseloroh). Saya ingat itu tidak membantu langsung manifesto kita. Manifesto BN belum lagi dikotakan. Apa yang kita janjikan dalam manifesto belum dikotakan. Saya pun rasa agak pelik apabila Yang Berhormat Senator Datuk Mohd Zaid Ibrahim (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) berkata, perkara-perkara yang dilaksanakan sekarang ini sebenarnya telah disebutkan dalam manifesto pilihan raya tahun 2004. Jadi, apa yang kita buat selama ini. Sekarang ini baru hendak dibangkitkan. Bila pembangkang membangkitkan, baru kita hendak melakukan. Jadi, mahu tidak mahu, saya terpaksa berfikir bahawa ada agenda lain.
Setakat saya melihat, setakat ini, macam itu. Kita tidak memimpin. Kalau kita mengatakan bahawa kita masih berkuasa, kononnya kan, kita pegang kuasa, tapi kita asyik menari ikut rentak pembangkang. Jadi apa gunanya kita berkuasa. Kalau sayalah, buat apa hendak mempedulikan pembangkang. Laksanakan sahaja apa yang kita hendak melaksanakan. Setakat ini, suruhanjaya kehakiman, agensi pencegahan rasuah, mungkin itu penting, tetapi bukankah patut kita mengotakan janji yang kita buat semasa pilihan raya, dalam manifesto BN. Ini pula kita membantu pembangkang merealisasikan apa yang mereka sebutkan dalam manifesto mereka. Itu yang saya rasa agak pelik.
Konsisten dengan pendirian mengecam kepimpinan?
Sudah tentu. Dan, walaupun kita tidak mendengar kenyataan daripada pihak-pihak lain seperti yang dilakukan oleh akhbar dan sebagainya, tetapi bila saya bergerak (ke seluruh negara sejak kebelakangan ini), begitu ramai sekali pemimpin akar umbi dalam Umno, yang bersependapat dengan saya dalam hal ini bahawa kita tiada masa untuk memulihkan Umno dan kita berharap peralihan kuasa yang dituntut itu akan berlaku pada kadar yang segera.
Adakah tindakan Mukhriz hanya gimik publisiti?:
Sudah tentu saya tidak mahu tinggalkan parti. Saya sendiri sudah menekankan bahawa saya akan kekal dalam parti dan pada waktu yang sama, saya berpegang pada hak saya untuk bersuara. Jadi sampai sekarang ini pun saya tidak fikir bahawa apa yang diperkatakan ini, memberi alasan kepada mana-mana pihak berkenaan untuk memecat atau mengambil tindakan disiplin terhadap saya. Setakat yang saya tahu, tidak ada peruntukan dalam perlembagaan parti, mahupun tataetika yang mengatakan bersuara hingga mengkritik presiden parti bertentangan dengan peraturan dan perlembagaan parti.
Mukhriz sanggup hadapi tindakan disiplin?:
Saya terpaksa menerima apa pun keputusan yang (jika) dibuat. Tetapi itu satu tindakan yang saya lihat tidak... kerana akan membawa mesej bukan sahaja kepada ahli-ahli Umno, tetapi seluruh rakyat Malaysia khususnya orang Melayu bahawa dalam Umno ini tiada sifat (ruang) untuk tegur-menegur. Jadi, itu saya rasa salah satu sebab ramai orang menolak Umno dalam pilihan raya (umum lalu). Dan, bila tidak boleh bercakap akhirnya orang, dalam diam-diam itu, menzahirkan rasa tidak puas hati dalam undi. Jadi, kita tidak mahu tunggu sampai itu berlaku lagi. Biarlah kita memahami dan mengawal keadaan itu daripada sekarang.
Antara peralihan kuasa dan pemilihan parti? Tiada peruntukan peralihan kuasa dalam perlembagaan Umno:
Yang pertamanya, kita memerlukan masa untuk memulihkan parti. Jangan anggap bahawa dalam masa empat tahun, dua tahun ataupun dalam satu tahun, kita boleh memulihkan parti dan menang balik dalam pilihan raya akan datang. Ini andaian yang saya ingat merbahaya. Jadi kita memerlukan masa yang panjang untuk mengembalikan keyakinan rakyat khususnya orang Melayu terhadap Umno.
Keduanya, bagi saya kita menyelesaikan masalah yang kita ada sekarang. Masalah yang kita ada sekarang ialah isu kepimpinan, maksudnya ini pun pandangan saya sendiri, sebahagian besar masalah sekarang ini adalah disebabkan oleh presiden parti sendiri. Jadi pada pandangan saya, kalau beliau mengundur dan memberi laluan kepada penggantinya, maka sebahagian besar daripada masalah kita akan sekali gus selesai. Walaupun kita kata dalam perlembagaan cuma ada pemilihan dan tiada peralihan kuasa, kita selalu ada peralihan kuasa kecuali zaman Allahyarham Tun Abdul Razak apabila beliau meninggal dunia ketika masih memegang jawatan. Yang lain, kita serah kuasa dan selepas serah kuasa, baru ada pemilihan. Itu yang selalunya kita amalkan. Saya faham bahawa dalam politik ada pemilihan. Tetapi tidak pernah berlaku dalam parti, dalam sejarah Umno ini, presiden yang menyandang jawatan itu kalah dalam pemilihan yang diadakan. Jadi saya khuatir itu akan berlaku sekiranya Abdullah cuba untuk mempertahankan jawatannya sebagai presiden. Misalnya Tengku Razaleigh Hamzah, mahupun sesiapa pun boleh melawan dia untuk jawatan presiden. Jadi jika presiden yang menyandang kalah dalam pemilihan, ia merupakan keputusan mengaibkan.
Mukhriz pula memberi alternatif kepada Abdullah?:
Cuba kita bayangkan, keyakinan orang terhadap Umno, sokongan terhadap Umno sekarang. Sudah kalah lima negeri dalam pilihan raya, majoriti Abdullah sendiri pun menurun. Jika dalam pemilihan Umno kalah lagi, sudah tentu mengaibkan individu tersebut dan ada kesannya kepada parti. Jadi, saya rasa kalau boleh jawatan presiden parti itu, ada peralihan kuasa sebelum kita memulakan mesyuarat cawangan (Julai ini). Tapi bagi jawatan lain terpulanglah kepada ahli-ahli Umno macam mana hendak lakukan.
Sekarang ini pun, preesiden parti sudah diaibkan. Dengan kehadiran Abdullah, sokongan kepada presiden parti menurun, orang tidak hormat pada Umno, dan jauh sekali hormat pada presiden. Jadi, setahu saya, ini tidak pernah berlaku walaupun saya akui ada ketikanya bila timbul masalah berhubung Datuk Seri Anwar Ibrahim (yang dipecat pada 1998) dan Tengku Razaleigh melawan ayanda saya (dalam pemilihan 1987 dan disusuli perpecahan dalam Umno), ada ketikanya presiden parti pun kehilangan sokongan, tetapi tidak sampai kalah pemilihan atau kalau dalam pilihan raya. Jadi itu yang kita perlu membezakan. Tetapi kali ini seolah-olah orang menidakkan apa yang telah berlaku dalam pilihan raya baru-baru ini, yang kerapkali kita sebut tetapi seolah-olah orang tidak ingat bahawa kita sudah hilang lima negeri campur satu. Di Parlimen tengoklah apa yang berlaku tiap-tiap hari. Ini yang kita bimbangkan.
Mukhriz yakin Abdullah akan kalah dalam pemilihan?:
Saya ingat banyak perkara boleh berlaku. Antaranya, kalau orang nampak dia bertanding juga maksudnya di peringkat kepimpinan tertinggi dalam parti, tiada sifat hendak dengar cakap ahli-ahli peringkat akar umbi. Maka oleh itu, mesyuarat cawangan pun (kemungkinan) tidak cukup kuorum, orang tidak hadir, benda-benda macam itu akan berlaku. Jadi sekali gus ia menunjukkan bahawa ahli Umno sudah menjauhi diri daripada parti. Sekarang ini pun kononnya cuma 1,000 orang yang keluar parti. Tetapi ahli-ahli Umno yang tidak secara rasmi keluar parti, sebaliknya dari hakikatnya sudah pun keluar daripada parti.
Mukhriz menghadapi dilema antara keluarga dan politik Umno?:
Saya tidak rasa ada dilema sebab saya tidak nampak apa yang ayah saya buat akan menghancurkan saya. Beliau sebenarnya sayang kepada parti sebagaimana saya pun sayang pada parti. Cuma pendekatan yang berbeza. Beliau memutuskan hendak memperjuangkan perkara ini di luar parti, saya hendak buat dalam parti, tapi matlamat sama saja. Jadi, saya mempersoalkan presiden parti, adakah beliau benar-benar sayang kepada parti sebab beliau dari segi politiknya, banyak pihak telah menemui dengan beliau, merayu supaya mengundurkan diri. Jadi dari segi politik sudah jelas sangat apa yang harus beliau lakukan. Jadi atas pertimbangan apa yang beliau masih mahu kekal dalam jawatan? Saya kira bukan politik lagi. Itu yang saya risau!
Langkah susulan Mukhriz?:
Saya telah berjumpa dengan ramai orang, ada yang mengeluarkan kenyataan tidak bersetuju dengan pendirian Pemuda Perak, tetapi tidak keluar dalam akhbar. Setakat ini, sambutan yang diberikan amat baik sekali. Tiada pihak yang mengatakan kepada saya jangan meneruskan usaha ini kecuali perjumpaan yang dianjurkan oleh Ketua Bahagian Jerlun.
Mukhriz berhasrat untuk menemui Abdullah?:
Tiada ada rancangan. Tetapi jika ada peluang, kalau hendak jumpa tiada masalah. Pendirian saya sudah jelas. Saya tidak akan berubah pendirian walaupun berpeluang untuk menemui Abdullah kelak.
Kemungkinan pertemuan antara Dr. Mahathir-Abdullah?:
Bagi Tun (Dr. Mahathir) saya kira, setakat ini, bukan mengatakan beliau sudah tutup pintu, tetapi kalau hendak jumpa untuk merayu atau hendak memujuk beliau mengubah pendirian, memang ia satu tindakan membuang masa.
Adakah kecaman Mukhriz 'keterlaluan'?:
Apa yang saya bawa ini satu pendekatan. Mungkin orang lain ada pendekatan lain. Orang lain pun fikir macam itu juga, maksudnya Abdullah kerana berundur dan memberi ruang kepada Najib. Jadi bila kita selesaikan barulah kita benar-benar boleh meyakinkan ahli-ahli kita dan orang Melayu dengan parti kita.
Regu semasa pemilihan Disember ini?:
Sehingga sekarang saya tidak ada gandingan dengan sesiapa. Yang itu terpulang kepada ahli-ahli Umno sendiri yang buat keputusan tentang siapa yang patut tanding.
Calon pilihan untuk jawatan presiden?:
Tapi kalau tanya siapa pilihan saya, saya kata Najib. Tapi saya sendiri tidak jamin yang Najib sendiri akan merestui kehendak saya atau merestui hajat saya untuk bertanding Ketua Pemuda. Itu terpulang kepada beliau.
Kalau ahli-ahli Umno memutuskan untuk memilih Tengku Razaleigh sebagai Presiden, kita akur kepada kehendak ahli-ahli Umno. Bagi saya asalkan Abdullah tidak jadi presiden lagi.
Jika Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein kekal Ketua Pemuda?:
Setahu saya beliau sudah mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda dan akan bertanding jawatan sekurang-kurangnya setaraf dengan Ketua Pemuda. Kalau begitu maksudnya jawatan Naib Presiden. Macam saya katakan dulu, jika beliau kekal mahu mempertahankan jawatan Ketua Pemuda, saya tidak akan langgar (menentang) beliau. Saya mungkin bertanding jawatan lain. Bagaimanapun saya pun kena dengar juga pandangan ahli-ahli Umno.
0 comments Labels: mstar online, najib razak, Pak Lah undur, sidang akhbar
Kembali kepada perjuangan pengasas bangsa - Ezam
KLpos |
0 comments Labels: Ezam, kenyataan media, klpos, UMNO haprak
Anwar Will Run for Malaysia Parliament Once Eligible
By Haslinda Amin and Angus Whitley
May 29 (Bloomberg) -- Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim, freed from prison in 2004, said he'll ``immediately'' contest a parliamentary seat once he confirms his eligibility, part of a plan to topple the government by mid-September.
``If we're absolutely certain of my eligibility, we would opt to do it immediately,'' he told Bloomberg Television in an interview today. Anwar said he doesn't have confirmation from Malaysia's Attorney General that he can hold public office, after serving time in jail on corruption charges he denies.
Anwar, 60, a former Malaysian deputy premier, is seeking to overthrow a coalition that's ruled since independence from Britain in 1957. Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi, weakened in March 8 elections, is introducing measures to slow inflation and reduce corruption to win back public support.
Anwar, who has calculated he was legally able to be a lawmaker in mid-April, said he may instruct his lawyers to seek an official response from the Attorney General unless he has a ruling by the end of this month.
Malaysian Attorney General Abdul Gani Patail declined to comment when reached on his mobile phone today.
Anwar today repeated claims that his alliance has lined up the necessary 30 defections from Abdullah's coalition to take power. He also said the opposition coalition will discuss who might have the role of deputy prime minister in any potential government that he would lead.
``The issue now is to ensure a smooth transition of power, according to constitutional provisions,'' Anwar said.
Anwar's People's Justice Party, the Democratic Action Party, and the Pan-Malaysian Islamic Party won control of five of Malaysia's 13 states in the March elections, and denied the coalition its usual two-thirds majority in Parliament.
0 comments Labels: DSAI, Media luar
Shahidan enggan, biar Idris undur
Malaysiakini |
May 29, 08 9:58pm |
Walaupun nasib mereka hampir serupa, Datuk Seri Shahidan Kassim enggan melepaskan jawatan pengerusi badan perhubungan Umno Perlis biarpun rakan sejawatannya di Terengganu berbuat demikian semalam. Datuk Seri Idris Jusoh, yang hilang jawatan menteri besar seperti Shahidan, memaklumkan hasratnya itu kepada presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Mengulas keputusan Idris, Shahidan dilaporkan berkata "tiada sebab" untuk beliau meletakkan jawatan tersebut. "Mengapa nak letak jawatan. Saya juga ketua (Umno) bahagian," katanya, lapor Bernama. Shahidan menegaskan, beliau masih pengerusi perhubungan dan tidak menghadapi masalah dengan jawatan itu. Idris - yang membuat kenyataan ingin mempertahankan kedudukannya sebagai pengerusi perhubungan hujung minggu lalu, senada dengan Shahidan - akhirnya dilaporkan menyerahkan surat meletakkan jawatan hari ini. Di Perak lima hari lalu, Idris berkata beliau tidak akan meletakkan jawatan walaupun tindakan itu boleh menimbulkan kebuntuan politik di Terengganu. Selepas mengalami krisis perebutan jawatan menteri besar Mac lalu, Idris dan Shahidan masing-masing digantikan dengan Datuk Ahmad Said dan Datuk Dr Md Isa Sabu. Bagaimanapun, Ahmad hari ini dilaporkan tidak dimaklumkan secara rasmi pengganti Idris. Dalam tradisi Umno dan BN, menteri besar akan memegang jawatan pengerusi perhubungan parti dan pengerusi BN negeri. Ahmad berkata pelantikan jawatan yang sedang kosong itu hak Abdullah, lapor laman web The Star. Wakil rakyat Kijal berharap peralihan kepemimpinan Umno Terengganu akan berjalan lancar selepas Idris meninggalkan jawatannya itu. Mengulas peletakan jawatan setiausaha perhubungan Datuk Rosol Wahid sebagai susulan keputusan Idris, Ahmad berkata perkara itu biasa kerana wakil rakyat Ajil itu dilantik oleh Idris. |
0 comments Labels: malaysiakini, pemimpin haprak
Ezam ibarat ayam jantan yang gah berkokok tetapi ekornya dipenuhi najis
Harakahdaily Mohd Rashidi Hassan Thu | May 29, 08 | 4:33:19 pm MYT | |
Ada banyak rumours diperkatakan apabila Ezam Mohamed Nor menyerahkan borang keahlian Umno seumur hidup kepada Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen semalam. Ezam mengatakan beliau berhasrat masuk Umno bukan kerana mengkagumi personaliti Abdullah, sebaliknya perubahan dasar yang dijalankan khususnya dalam persoalan Badan Pencegah Rasuah dan isu kehakiman, begitu menarik minatnya. Hakikatnya pada beliau perubahan dasar yang dibuat oleh Abdullah, Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi Umno begitu mendorong pendiriannya untuk berubah. BN dan Umno sudah berubah? Benarkah begitu? Apakah pendirian yang diambil Ezam sekarang ini, sinomin dengan perjuangan beliau selama ini? Ezam sejak dua tahun lepas adalah orang yang tidak berparti. Kisah Ezam keluar KeADILan bukan lagi menjadi isu. Dua tahun lalu beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Angkatan Muda atas alasan hendak menumpukan kepada Gerak. Namun, ada yang mengatakan beliau bergaduh dengan Naib Presiden KeADILan, Mohamed Azmi Ali, ada juga yang mendakwa Ezam bergaduh dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Ketika Anwar dipecat pada tahun 1998, Ezam adalah Setiausaha Politiknya, manakala Azmin sebagai Setiausaha Sulit. Kedua-dua anak muda ini merupakan antara tonggak utama dan orang kepercayaan Anwar untuk menggerakkan gerakan reformasi semasa Anwar merengkok dalam tahanan. Dalam parti politik, pemimpin memang ada banyak perbezaan pendapat. Soal pergaduhan dan bagaimana bentuk pendekatan masing-masing tidak perlu dihuraikan di sini. Kunjungan Ezam ke Harakah Kira-kira tiga minggu sebelum Parlimen dibubarkan Februari lepas, Ezam Mohd Noor berkunjung ke pejabat Harakah, menemui Ketua Pengarang Kumpulan, Ahmad Lutfi Othman. Jika tidak silap, hari itu hari Ahad. Hari cuti. Banyak pejabat ditutup, begitu juga dengan Harakah. Hanya dua tiga orang sahaja yang bekerja. Kami mencadangkan perjumpaan dibuat pada hari lain, namun beliau tetap mahu berjumpa katanya, atas urusan yang amat penting. Saya dimaklumkan oleh Ketua Pemberita, Wan Nordin Wan Yaacob tentang kehadiran Ezam bertemu dengan Lutfi, tetapi tidak dapat turut serta kerana ada tugasan di Alor Setar. Butiran mengenai pertemuan tersebut dimaklumkan oleh Lutfi dalam mesyuarat Jabatan Pengarang selepas itu. Dalam pertemuan tersebut saya dimaklumkan Ezam begitu beriya-iya meminta dibekalkan bahan-bahan untuk membantunya berkempen membantu pembangkang, khususnya PAS dalam Pilihan Raya Umum ke 12. Bahan utama yang diminta beliau ialah mengenai laporan Badan Pencegah Rasuah dan sebarang dokumen mengenai penyelewengan yang membabitkan Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Seri Mohd Khir Toyo. Bahan-bahan tersebut sememangnya ada pada Lutfi, kerana sebelum ini beliau begitu giat mendedahkan apa yang disifatkan penyelewengan, salah laku dan rasuah yang membabitkan seorang bertaraf MB. Pada saya, apa yang diminta Ezam barangkali ada relevannya dengan peranan beliau sebagai Pengerusi Gerak, yang digiat memperjuangan budaya bersih rasuah dalam negara. Namun, sampai kesudah Lutfi enggan menyerahkan dokumen tersebut, setelah didesak beberapa kali oleh Ezam. Saya bertanya kepada Lutfi, mengapa tidak diberikan sahaja dokumen itu kepada Ezam, barangkali boleh membantu kempen PAS di Selangor. Namun Lutfi enggan memberikan, katanya, dia berasa hairan mengapa Ezam tiba-tiba meminta dokumen mengenai Khir dan merasakan ada sesuatu yang pelik berlaku. Benarkah Ezam dibeli? Sewaktu saya berbual-bual dengan rakan-rakan KeADILan di pejabat Anwar di seksyen 16 Petaling Jaya beberapa hari sebelum PRU, saya ada memaklumkan kepada mereka bahawa bekas sahabat baik mereka ada mengunjungi Harakah. "Ah! Engkau pedulikan sahaja dia tu, dia dah kena beli dengan Khairy (Khairy Jamaluddin)," dakwa seorang bekas Setiausaha Anwar. Belum pun saya bertanya lebih lanjut beliau mendakwa, "Kami dapat maklumat dari budak-budak Gerak, RM1 juta dah masuk dalam akaun dari Norza, budak Khairy." Saya faham mereka mendakwa seolah-olahnya Ezam sudah memperolehi sesuatu dari Khairy, melalui Dato' Norza Zakaria, Ahli Majlis Tetinggi Umno, yang dikaitkan sebagai kroni rapat menantu PM itu. Persoalan mengapa Ezam meminta dokumen mengenai Khir Toyo terjawab. Khairy dikatakan tidak menyukai bekas MB Selangor itu dan berusaha untuk menjatuhkannya dengan menggunakan Ezam. Oleh kerana itu pada saya, kebimbangan Lutfi di atas gaya body language Ezam dalam pertemuan mereka barangkali juga ada asasnya. Di kalangan KeADILan diberitahu, Ezam ada membuat beberapa kali pertemuan dengan Khairy, sebelum ini. Kes tentang apa yang didakwa membabitkan 'perundingan' Ezam dengan pemimpin-pemimpin Umno bukannya baru. Beberapa tahun lepas, didedahkan kes yang sama timbul sewaktu 'perundingan' diadakan dengan Dato' Seri Abdul Aziz Shamsuddin, bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar. Kalangan yang masuk Umno ketika itu, membabitkan bekas Naib Ketua Pemudanya, Zahid Mat Arif dan bekas tahanan ISA, Lokman Nor Adam yang didakwa memperolehi sejumlah wang atau 'ghanimah politik' di atas penggadaian prinsip perjuangan mereka. Zahid dan Lokman beserta beberapa yang lain, ditempelak hebat kerana meninggalkan perjuangan untuk memasuki Umno. Ketika Lokman ditempelak, untuk menjawab segala tohmahan, Lokman mengatakan bukan inisiatif beliau pada asalnya pertemuan yang diadakan di sebuah hotel di Subang dibuat. Katanya, beliau ada bukti dan gambar ada pimpinan tertinggi KeADILan yang mengetuai delegasi perundingan untuk memasuki Umno, ketika itu. Ada yang mengatakan dakwaan mereka ada kaitannya dengan Ezam. Jika ini benar, soal Ezam hendak masuk Umno, bukannya perkara baru. Maka Ezam tidak boleh mengelak untuk dikaitkan dengan persepsi bahawa, perundingan beliau masuk Umno barangkali membabitkan soal jawatan dan 'peruntukan'. Soal banyak mana, apa yang diperolehi oleh Ezam dan rakan-rakan rapatnya, yang mendorong mereka memasuki Umno, tidak dapat dipastikan. Apa yang Ezam mampu lakukan dalam Umno? Sebelum ini, khususnya sewaktu Ezam 'bercerai' dengan KeADILan, beliau begitu rapat dengan pemimpin-pemimpin PAS, antaranya Dato' Husam Musa, Mohamad Sabu, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub. Ezam juga sering berjumpa dengan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Ada banyak janji 'tidak akan masuk Umno' yang sering Ezam ulang-ulangkan di hadapan pemimpin PAS. Ada banyak "Sumpah Keramat" Ezam dalam ceramah-ceramahnya yang menempelak, mengecam bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad, Abdullah Badawi, Najib dan banyak lagi yang masih ada dalam rekod berbentuk kaset dan VCD. Semua rekod-rekod ini menjadi bukti bahawa Ezam sebenarnya sudah menggadaikan prinsip perjuangan yang beliau sendiri bersumpah acapkali. Tanpa disedarinya sumpah-sumpah ini semua sedang memakan diri Ezam. Hanya masa dan waktu sahaja akan menentukan. Wallahu a'lam. Apa pun yang berlaku, sama ada ungkapan Ezam berbentuk janji, sumpah dan sebagainya, hakikat yang dibuktikan sekarang di hati Ezam hanya ada Umno, bukan PAS, jauh sekali KeADILan. Ezam barangkali berfikir, laluannya memasuki Umno, menerusi Khairy terus kepada Abdullah boleh menjadi suatu advantage baginya. Semuanya belum tentu! Orang-orang Umno sedang mencongak, ada tiga kemungkinan yang boleh berlaku dengan kemasukan Ezam ke dalam parti yang hampir karam itu. Pertama, seperti kata Dato' Seri Najib Tun Razak, 'Ezam ada banyak maklumat'. Mungkin maklumat-maklumat ini boleh digunakan untuk membelasah Anwar dan menghalang pembentukan Kerajaan Pakatan Rakyat. Kemungkinan kedua; Tidak boleh dinafikan wujud persepsi bahawa Ezam masih agen Anwar Ibrahim. Dalam keadaan sekarang, ada kalangan ahli Umno yang bimbang, Ezam boleh digunakan Anwar untuk menambahkan kerosakan dalam Umno. Kemungkinan ketiga; Tiada apa-apa pun perubahan yang boleh berlaku kepada Umno! Sewaktu berbondong-bondong ahli Umno diketuai bekas Presidennya, Dr Mahathir keluar Umno kerana kegagalan Abdullah Badawi, Ezam pula hendak masuk Umno atas alasan Abdullah sudah mengubah Umno dan kerajaan. Apa yang Abdullah ubahkan pun tidak diketahui. Malah Abdullah, BN dan Umno ditolak rakyat dalam PRU Mac lepas kerana dasar-dasar yang lapuk yang tidak boleh diterima. Malahan sebahagian besar orang-orang Umno berpendapat, parti itu hanya akan berubah hanya apabila Abdullah Badawi meletakkan jawatan. Umno ibarat Titanic dan tongkang pecah yang sedang menanti untuk karam. Mudah-mudahan 'niat' baik Ezam dan suku sakatnya menyertai kapal, boleh menampung kerosakannya untuk terus berlayar. Barangkali Umno/BN boleh terus berlayar, tetapi bukan sebagai kerajaan, tetapi sebagai pembangkang. Ikutlah, mungkin juga nasib Ezam untuk terus menjadi pembangkang. Cuma, pesanan bekas rakan-rakan seperjuangan kepada anda, jangan jadi seperti "Ayam jantan yang gah berkokok berderau-derau, tetapi ekornya bergelumang dengan najis." Apa pun, well...good luck saudara Ezam! |
0 comments Labels: Ezam, Harakahdaily
Gempar berita Pandikar Amin letak jawatan... Pak Lah ketawa riang
Tatkala Buletin Utama TV3 menyiarkan berita ura-ura Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia akan meletakkan jawatan sehingga menimbulkan kegemparan di Parlimen, beliau malam Khamis kelihatan terus mempengerusikan hari terakhir Penggal Pertama Mesyuarat Pertama Sidang Dewan Rakyat Ke-12.
Agendadaily cuba mendapatkan komen daripada Pandikar Amin.
Namun, apa yang berlaku sejurus menamatkan sidang tersebut pada jam 8.35 malam Pandikar Amin terus menuju ke bilik rehat Ahli Parlimen yang berada di situ ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Agendadaily yang turut berada di bilik rehat berkenaan segera mendapatkan reaksi Perdana Menteri mengenai laporan Buletin TV3 tersebut.
“Mana ada…apa ni,” kata Perdana Menteri sambil melihat ke wajah Pandikar Amin.
Pandikar Amin terus memberikan penjelasannya “ Mereka mungkin tidak faham slanga orang Sabah (bila bercakap dalam bahasa Inggeris)”.
Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata, memang ada wartawan bertanya kepada beliau sama ada beliau mampu bertahan menghadapi karenah Ahli-Ahli Parlimen pada sesi sidang Dewan Rakyat pertama penggal ke-12 kali ini.
“Saya menjelaskan, saya masih dapat mengawal keadaan, jika suatu masa nanti saya sudah tidak dapat mengawal keadaan, saya akan letak jawatan,” katanya menjelaskan maksud jawapannya kepada soalan yang dikemukakan oleh wartawan berkenaan.
“Saya seronok menjalankan tugas saya…saya akan terus jalankan tugas saya selagi Perdana Menteri mahu saya teruskan tugas ini,” katanya sambil disambut tepukan oleh Abdullah dan beberapa orang Menteri yang turut hadir serta dua orang Timbalan Speaker Dewan Rakyat.
Sementara itu Abdullah ketika ditanya sama ada beliau berpuashati dengan perjalanan sidang Dewan Rakyat kali ini berkata, beliau gembira dengan perjalanan Dewan Rakyat tersebut.
“Saya gembira…malah saya ikuti sidang dari atas (pejabatnya di bangunan Parlimen,” katanya.
Pandikar Amin ketika menangguhkan sidang Dewan Rakyat membaca serangkap pantun “Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, kalau ada silap dan salah, sama-sama kita perbaiki”. – 29/5/2008
0 comments Labels: agenda daily, Pak Lah undur
Eksklusif: “Kenapa saya berubah?” Ezam Mohd Nor
KLpos |
Oleh Helme Hanafi | |
Khamis, 29 Mei 2008 | |
PAGI 28 Mei dalam diari Mohamad Ezam Mohd Nor bermula begini –dalam catatan saya yang tiba ke rumahnya kira-kira jam 11.00 pagi di Seksyen 7 Shah Alam. Ada deretan kereta diletakkan di tepi pagar rumah banglo dua tingkat itu. Sebaik melangkah masuk dan memberi salam, nampak kelibat ayah Ezam, Pak Cik Mohd Nor, dan ibu Ezam, bonda Aisyah tersenyum.
“Kenapa saya berubah? Saya tidak berubah, saya menyokong dasar, bukan parti atau individu, dasar UMNO kini berubah, jadi saya kembali menyokong UMNO dan sudah tentulah menyokong kepimpinan yang berani mengubah dasar tersebut” Ezam, tidak kelihatan, kata isterinya, Bahirah, beliau masih di bilik menghabiskan bacaan Al Quran -rutin pagi yang diamalkan beliau sejak di penjara Kajang lagi. Jam 11.30 pagi, Ezam keluar, dengan baju lengan panjang berwarna biru air, seluar slack berjalur halus berwarna kelabu kehitaman, dan kot. “Dah minum?” katanya ramah, sambil bersalaman. Tenang, memang gaya Ezam dari dulu lagi. Biarpun hari ini, beberapa jam lagi beliau akan berdepan dengan orang yang pernah diserangnya bertahun-tahun. “Kenapa abang berubah?” Beliau dalam kiraan jam, akan mengumumkan sokongannya yang tidak berbelah bagi, kepada parti dan orang yang pernah menjadi musuhnya dahulu. Dan saya mencuri kesempatan untuk bertanya, “Kenapa abang berubah?” “Kenapa saya berubah? Saya tidak berubah, saya menyokong dasar, bukan parti atau individu, dasar UMNO kini berubah, jadi saya kembali menyokong UMNO dan sudah tentulah menyokong kepimpinan yang berani mengubah dasar tersebut,” kata Ezam. “Saya yakin agenda perubahan yang diumumkan Perdana Menteri sekarang ini, termasuk soal memperkasa BPR, memulihkan institusi kehakiman dan banyak lagi merupakan agenda perubahan yang besar dan wajar disokong,” katanya. Sambil berbual ringan, Ezam melihat jam di tangan yang waktu itu sudah menunjukkan jam 11.55 pagi. “Kita pergi dua kereta, empat orang satu kereta, dari sini kita singgah di Bandar Sunway, ada restoran Bakso, jumpa Hamdan, saya hendak isi borang di situ, dari situ kita bergerak ke KL Sentral, Datuk Wan Farid tunggu dan dia akan bawa kita masuk ke Parlimen,” kata Ezam pada semua yang hadir. Arahannya jelas dan tegas. Itulah ciri Ezam yang menarik minat saya sejak dulu. Dan ramai lagi, satu ketika dalam Angkatan Muda PKR, gaya Ezam berceramah menjadi ikutan pemimpin pemuda lainnya.Termasuklah gaya sebutan khasnya bila berkata “Kerana apa?...” yang intonasinya ditekan, sedalam-dalamnya, berhenti senafas dan disambung semula. Doa keluarga iringi langkah Ezam Selepas berdoa, dan Ezam mengucup pipi kedua ibu bapanya memohon restu, bersalaman dengan isteri dan adiknya, Illa. Kami bertolak tepat jam 12.10 tengahhari. Mengikut arahan yang jelas tadi. Di dalam kereta, Ezam yang duduk di kerusi penumpang sebelah depan, sibuk melayan sms dan panggilan telefon.
Ezam bersalaman, sambil berkata, “Bismillah...,” Abdullah yang sebelum itu senyum, bertukar serius. Diambilnya borang Ezam itu, dengan kata-kata yang sama, “Bismillah...” Tangan Ezam digengam erat. Abdullah kembali tersenyum. Lebih manis dari biasa. Kilauan cahaya kemera tidak henti-henti merakamkan satu lagi saat bersejarah kepada bangsa dan negara. Bila sampai di Restoran Bakso itu, Hamdan Taha, rakan karib Ezam bersama seorang lagi sudah menunggu. Sudah ada beberapa helai borang keahlian Umno seumur hidup. Satu yang kosong diserahkan. Ezam ambil dan membacanya, “Ada Pen?” katanya, pen di ambil, dan tanpa rasa gementar, beliau mengisinya, satu persatu. Dan menandatangani borang tersebut. Selesai bab borang, kami bergegas ke KL Sentral, sepanjang perjalanan, Ezam kembali melayan panggilan telefon. Kami sampai di KL Sentral jam 2.15 petang, sambil menunggu Datuk Wan Farid, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, yang akan membawa Ezam ke Parlimen. Sebaik Wan Farid muncul dengan kereta Perdananya, Ezam berpindah kenderaan. Beliau bersama Wan Farid, dan kami mengikuti dari belakang. Terus ke Parlimen, dan terus ke pintu VIP, di sana setiausaha politik Pak Lah, Datuk Reezal Marican, sudah menunggu. Kebetulan ada juga Bendahari Umno, Datuk Azim Zabidi, dan Ketua Pemuda Umno Datuk Hishamuddin Hussein. Wartawan rasmi Parlimen Ezam bersalaman dengan semua, bergurau dengan Hishamuddin, yang beberapa hari sebelum itu memberitahu wartawan beliau ada tiga soalan kepada Ezam sebelum masuk Umno. Ezam bersalaman, dan berjalan beriringan dengan Hishamuddin. Gaya orang politik. Dari situ kami menaiki lif ke tingkat dua. Bilik menunggu Perdana Menteri di Parlimen. Di sajikan air teh o kosong, sambil Ezam, Wan Farid, Reezal Marican dan seorang lagi setiausaha politik Abdullah yang baru dilantik, Datuk Alwi berbual. Tidak ada wartawan dibenarkan masuk, kecuali dari Agendadaily.com, Hanafiah Man dan Lukman Abdullah yang sudah boleh dianggap wartawan rasmi Parlimen. Saya sempat menghantar beberapa sms kepada Jeff, dan Epul rakan yang bertugas mengemaskini KLpos.com. Kira-kira jam 3.40 petang, Ezam bertemu Abdullah. Entah apa yang mereka bualkan. Saya tidak masuk. Cuma menunggu bersama-sama lebih 50 wartawan di bilik sidang media yang bakal diadakan. Bersebelahan dengan bilik menunggu. Sambil berbual-bual dengan penganalisis politik terkenal Mohd Sayuti Omar dan Zubaidah Abu Bakar yang hadir untuk merakam detik bersejarah itu. “Bismillah...” Selepas 40 minit. Abdullah dan Ezam keluar. Sidang akhbar diadakan. Abdullah seperti biasa menjawab semua soalan. Dan pada soalan, apa peranan yang akan dimainkan oleh Ezam di dalam Umno, beliau dengan selamba berkata, “Itu biar Ezam yang jawab”. Ezam sendiri, memilih untuk mengadakan sidang akhbar sehari selepas pengumuman rasmi tersebut. Hari ini. Ezam bersama penyokongnya akan mengadakan sidang akhbar di sebuah hotel di Petaling Jaya kira-kira jam 11.00 pagi. Ada detik yang penting. Yang saya sempat catatkan. Tatkala Ezam menyerahkan borang keahlian Umno seumur hidup kepada Abdullah. Ezam bersalaman, sambil berkata, “Bismillah...,” Abdullah yang sebelum itu senyum, bertukar serius. Diambilnya borang Ezam itu, dengan kata-kata yang sama, “Bismillah...” Tangan Ezam digengam erat. Abdullah kembali tersenyum. Lebih manis dari biasa. Kilauan cahaya kemera tidak henti-henti merakamkan satu lagi saat bersejarah kepada bangsa dan negara. Semalam. 28 Mei. Abdullah, menerima seorang hulubalang baru dalam perjuangannya untuk perubahan. Dan seperti kata Ezam, “Saya tidak berubah, dasar UMNO yang berubah, jadi saya kembali menyokong UMNO dan sudah tentulah menyokong kepimpinan yang berani mengubah dasar tersebut,”. Selamat..
BERITA BERKAITAN
|
0 comments Labels: Ezam, klpos, UMNO haprak
Aneh Ezam kembali kepada Umno dalam Tun Mahathir keluar parti itu - Azmin
Harakahdaily Wan Nordin Wan Yaacob Thu | May 29, 08 | 5:42:43 pm MYT | |
KUALA PILAH, 29 Mei (Hrkh) - Kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK), Ezam Mohd Noor ke dalam Umno telah pun dihidu oleh Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali selepas Ezam meninggalkan KeADILan tahun lalu. Azmin ketika ditemui di Parlimen baru-baru ini tidak terperanjat dengan laporan mengenai kemasukan Ezam ke dalam Umno, sebaliknya berkata ia terserah kepada bekas Ketua AMK itu untuk berbuat demikian kerana Ezam bukan ahli KeADILan lagi. Bagaimanapun secara sinis beliau menyatakan bahawa "bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri sebagai orang yang pernah menjadi Presiden Umno telah bertindak keluar dari Umno, kerana telah melihat bahawa Umno sudah rosak, peliknya ada orang pula yang masuk ke dalam Umno". "KIta jangan melihat perjuangan itu mesti diukur dengan seseorang itu perlu masuk penjara dahulu untuk menyatakan beliau seorang pejuang, sebaliknya perjuangan itu dilihat bagaimana kita konsisten dengan apa yang kita katakan tidak kira sewaktu parti berada di atas mahupun di bawah," ujarnya sinis. Beliau juga mengingatkan kepada ahli KeADILan bahawa sesiapa sahaja yang bertindak keluar parti dan menertai semula Umno, mereka adalah seorang pengkhianat kepada perjuangan. Namun dalam kes Ezam beliau tidak mahu mengulas lanjut dan beliau hanya menyatakan bahawa terpulang kepada Ezam kerana bekas Ketua AMK itu bukan ahli KeADILan. "Saya sebenarnya orang yang meraikan perbezaan pendapat kerana ia dibenarkan dalam ISlam asalkan ia dalam kerangka besar perjuangan kita, saya tidak bermusuh dengannya," katanya sinis. "Dalam perkembangan terbaru ini saya orang yang paling gembira kerana isu ini bukannya baru iaitu bila laporan dilaporkan (Ezam mahu kembali kepada Umno) saya tak terkejut kerana bukan sahaja saya dah hidu gerak gerinya tetapi ada bukti yang cukup bahawa matlamat akhirnya beliau kembali kepada Umno," tegas Azmin. Beliau sedikit pun tidak kesal kerana baginya beliau tidak mahu mengkhianati amanah yang diletak rakyat bukan sahaja Melayu tetapi semua kaum kepada KeADILan. "Tun Mahathir membayar satu harga yang mahal untuk keluar Umno, beliau sebagai seorang bekas Presiden Umno selama 22 tahun dan beliau juga sebagai bekas Perdana Menteri, ini fakta. "Tetapi keputusan Ezam masuk Umno ialah keputusan peribadinya, saya tidak mahu campur lansung, saya fikirkan hanya perkara yang lebih besar, perjuangan rakyat adalah lebih penting," ujar Azmin. Ditanya mengenai kelantangan suara Ezam sewaktu menjawat Ketua AMK dengan mengkritik Umno dan hingga terpenjara kerana kelantangan itu Azmin hanya berkata "Jangan ukur semangat perjuangan seseorang itu berapa lama dalam penjara, tetapi ukuran pejuang itu ialah dia kena konsisten semasa parti berada dalam keadaan hebat hinggalah ke bawah dan kini KeADILan kembali hebat," ujarnya. "Jangan sokong ketika parti berada di atas, tinggalkan ketika di bawah, ini saya ingatkan kepada saya dan ahli parti.Hari ini kita sungguh-siungguh kutuk Umno, tetapi esok kita sokong semula macam mana rakyat nak hormati kita," ujarnya sinis. |
0 comments Labels: Harakahdaily, UMNO haprak
7 bekas pemimpin AMK ikut Ezam
Malaysiakini |
Muda Mohd Noor & Zahra Hamdan | May 29, 08 1:01pm |
Tujuh orang bekas pemimpin utama Angkatan Muda Keadilan (AMK), termasuk bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan menurut jejak langkah bekas ketua AMK, Ezam Mohd Nor untuk menyertai Umno. Manakala yang lainnya akan menyerahkan borang keahlian masing-masing dalam masa terdekat ini. Majlis penerangan "Reaksi itu termasuk dari pemimpin PKR di negeri yang diperintah oleh parti itu sendiri," kata Ezam. Ezam berkata, beliau akan membuat penerangan ke seluruh negara untuk memberitahu ahli PKR mengenai keputusannya menyertai semula Umno. Bagaimanapun, katanya, beliau tidak akan memaksa mereka untuk mengikut jejaknya menyertai Umno. "Saya membuat penerangan supaya mereka dapat membuat keputusan sendiri," katanya lagi. Ketika ditanya sama ada beliau akan terus berada dalam Umno jika agendanya membawa perubahan di dalam Umno tidak berjaya, Ezam berkata, beliau tidak boleh meramalkan masa depan. "Kita tidak tahu masa akan datang. Dalam politik ada keluar masuk. Tetapi saya bukan keluar Umno tetapi dipecat pada 1999 kerana mengkritik presiden parti ketika itu (Tun Dr Mahathir Mohamad)," katanya.
|
0 comments Labels: malaysiakini, UMNO haprak