+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, May 29, 2008

Aneh Ezam kembali kepada Umno dalam Tun Mahathir keluar parti itu - Azmin

Harakahdaily

Wan Nordin Wan Yaacob

Thu | May 29, 08 | 5:42:43 pm MYT

KUALA PILAH, 29 Mei (Hrkh) - Kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK), Ezam Mohd Noor ke dalam Umno telah pun dihidu oleh Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali selepas Ezam meninggalkan KeADILan tahun lalu.

Azmin ketika ditemui di Parlimen baru-baru ini tidak terperanjat dengan laporan mengenai kemasukan Ezam ke dalam Umno, sebaliknya berkata ia terserah kepada bekas Ketua AMK itu untuk berbuat demikian kerana Ezam bukan ahli KeADILan lagi.

Bagaimanapun secara sinis beliau menyatakan bahawa "bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri sebagai orang yang pernah menjadi Presiden Umno telah bertindak keluar dari Umno, kerana telah melihat bahawa Umno sudah rosak, peliknya ada orang pula yang masuk ke dalam Umno".

"KIta jangan melihat perjuangan itu mesti diukur dengan seseorang itu perlu masuk penjara dahulu untuk menyatakan beliau seorang pejuang, sebaliknya perjuangan itu dilihat bagaimana kita konsisten dengan apa yang kita katakan tidak kira sewaktu parti berada di atas mahupun di bawah," ujarnya sinis.

Beliau juga mengingatkan kepada ahli KeADILan bahawa sesiapa sahaja yang bertindak keluar parti dan menertai semula Umno, mereka adalah seorang pengkhianat kepada perjuangan.

Namun dalam kes Ezam beliau tidak mahu mengulas lanjut dan beliau hanya menyatakan bahawa terpulang kepada Ezam kerana bekas Ketua AMK itu bukan ahli KeADILan.

"Saya sebenarnya orang yang meraikan perbezaan pendapat kerana ia dibenarkan dalam ISlam asalkan ia dalam kerangka besar perjuangan kita, saya tidak bermusuh dengannya," katanya sinis.

"Dalam perkembangan terbaru ini saya orang yang paling gembira kerana isu ini bukannya baru iaitu bila laporan dilaporkan (Ezam mahu kembali kepada Umno) saya tak terkejut kerana bukan sahaja saya dah hidu gerak gerinya tetapi ada bukti yang cukup bahawa matlamat akhirnya beliau kembali kepada Umno," tegas Azmin.

Beliau sedikit pun tidak kesal kerana baginya beliau tidak mahu mengkhianati amanah yang diletak rakyat bukan sahaja Melayu tetapi semua kaum kepada KeADILan.

"Tun Mahathir membayar satu harga yang mahal untuk keluar Umno, beliau sebagai seorang bekas Presiden Umno selama 22 tahun dan beliau juga sebagai bekas Perdana Menteri, ini fakta.

"Tetapi keputusan Ezam masuk Umno ialah keputusan peribadinya, saya tidak mahu campur lansung, saya fikirkan hanya perkara yang lebih besar, perjuangan rakyat adalah lebih penting," ujar Azmin.

Ditanya mengenai kelantangan suara Ezam sewaktu menjawat Ketua AMK dengan mengkritik Umno dan hingga terpenjara kerana kelantangan itu Azmin hanya berkata "Jangan ukur semangat perjuangan seseorang itu berapa lama dalam penjara, tetapi ukuran pejuang itu ialah dia kena konsisten semasa parti berada dalam keadaan hebat hinggalah ke bawah dan kini KeADILan kembali hebat," ujarnya.

"Jangan sokong ketika parti berada di atas, tinggalkan ketika di bawah, ini saya ingatkan kepada saya dan ahli parti.Hari ini kita sungguh-siungguh kutuk Umno, tetapi esok kita sokong semula macam mana rakyat nak hormati kita," ujarnya sinis.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |