Malaysiakini |
Muda Mohd Noor | Nov 7, 08 12:36pm |
Sia-sia sahaja melaporkan politik wang kepada lembaga disiplin Umno kerana ia tertakluk kepada keputusan Majlis Tertinggi (MT), kata seorang pegawai calon presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah. Datuk Kamal Amir Kamal Hijaz menambah, beberapa rakannya telah membuat laporan kepada lembaga disiplin mengenai politik wang tetapi tiada maklum balas yang diterima mengenainya. "Semua orang bercakap mengenai politik wang... Kita difahamkan ada kira-kira 800 laporan serupa telah dibuat kepada lembaga disiplin Umno. "Tetapi kita tahu lembaga disiplin Umno bukannya sebuah badan bebas, jadi tidak perlu membuat laporan kepadanya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Bagaimanapun, katanya lagi, pihaknya dengan kerjasama cawangan dan bahagian Umno di seluruh negara sedang mengumpul bukti mengenai politik wang. Katanya, sebaik sahaja laporan tersebut diperolehi, ia akan diadukan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk tindakan lanjut. "Jika Umno berani, ia perlu menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk menyiasat politik wang dalam parti. "Suruhanjaya ini juga yang sepatutnya yang menyelia mesyuarat Umno di seluruh negara," katanya ketika diminta mengulas sama ada akan membawa isu sogokan seperti dakwaannya kepada lembaga itu yang dipengerusikan Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail. Kamal Amir kelmarin mendakwa Tengku Razaleigh gagal mendapat cukup pencalonan untuk jawatan presiden Umno kerana enggan menyogok wang kepada para perwakilan. Beliau mendakwa, wakil lebih 50 bahagian Umno yang hendak mengadakan mesyuarat perwakilan, datang menemuinya (Kamal) untuk meminta sogokan sebelum mesyuarat dijalankan. "Ada yang datang meminta RM500 dan ada juga yang mahu bayaran sehingga RM1,500 seorang. "(Tetapi) saya memberitahu mereka bahawa kami tidak ada wang. Tengku (Razaleigh) tidak mahu mengeluarkan wang untuk mendapatkan pencalonan. "Tengku hanya menawarkan diri supaya dinilai dan dipilih oleh para perwakilan dan bukannya memberi wang untuk mendapatkan pencalonan," katanya. |
Friday, November 7, 2008
Sogokan: Sia-sia adu ke lembaga disiplin
0 comments Labels: malaysiakini, rasuah, UMNO haprak
Media Israel puji Barack Obama
BAITULMAQDIS – Media di Israel semalam memuji bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang meminta Rahm Emanuel untuk menjadi ketua kakitangannya di White House.
Sebuah akhbar di Israel turut menganggap Emanuel yang berketurunan Yahudi sebagai `orang kita di White House.’
Stesen-stesen radio dan akhbar Israel menyatakan bapa Emanuel dilahirkan di Baitulmaqdis dan pernah menjadi anggota sebuah pergerakan bawah tanah Yahudi, Irgun yang menentang askar-askar British sebelum penubuhan negara Israel.
Menurut sebuah stesen radio, Emanuel sendiri secara sukarela berkhidmat dengan tentera Israel dan bertugas selama dua bulan di sebuah pangkalan di utara Israel dalam Perang Teluk pada 1991.
“Adalah jelas bahawa beliau akan menggunakan pengaruh ke atas Presiden (Obama) supaya menjadi pro-Israel,” kata bapa Emanuel, Dr. Benjamin kepada akhbar Maariv di Israel.
|
|
Dr. Benjamin menyatakan anaknya itu menghabiskan masa musim panas dengan melawat Tel Aviv, Israel dan beliau boleh bercakap bahasa Hebrew tetapi tidak begitu fasih.
Sebelum ini pihak Parti Demokrat sudah meminta Emanuel untuk menjadi ketua kakitangan iaitu satu tugas penting bagi membentuk perjalanan pentadbiran White House.
Emanuel pernah menjadi pembantu sewaktu Bill Clinton menjadi Presiden AS.
Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Kempen Parti Demokrat pada 2006 dan memainkan peranan penting dalam mengembalikan pengaruh Parti Demokrat selepas 12 tahun dibayangi kejayaan Parti Republikan.
Emanuel juga kekal berkecuali ketika Obama berentap dengan Senator Hillary Clinton untuk menjadi calon Presiden AS bagi mewakili Parti Demokrat.
|
|
Obama menang dalam pilihan raya Presiden AS yang diadakan pada Selasa lalu dengan menewaskan Senator John McCain daripada Parti Republikan.
Beliau akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden AS pada Januari depan sekali gus menjadi penduduk kulit hitam pertama memegang jawatan itu.
Sementara itu, sebuah akhbar di AS menyatakan Obama kini menyenaraikan barisan kabinetnya dengan spekulasi bahawa anak bekas Presiden AS, John F. Kennedy, Caroline mungkin menjadi Duta ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Seorang lagi anak kepada adik Kennedy iaitu Robert F. Kennedy Jr. turut dilaporkan mungkin menjadi pentadbir Agensi Perlindungan Alam Sekitar.
Semalam, Obama dijadualkan menghadiri taklimat keselamatan Pengarah Perisikan Kebangsaan, Michael McConnell.
“Obama diberikan talimat berhubung kemampuan yang kita lakukan untuk AS,” kata Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), Michael Hayden dalam surat kepada kakitangan-kakitangannya. – Agensi
0 comments Labels: kosmo, negara luar, yahudi
Anak migran Israel terima tawaran Obama jadi Ketua Staf White House
WASHINGTON: Anggota Dewan Perundangan Demokrat dari Illinois, Rahm Emanuel, migran dari Israel yang merupakan seorang Yahudi Amerika telah menerima tawaran Barack Obama yang baru dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat untuk berkhidmat sebagai Ketua Staf di White House.
Menurut Fox News, Emanuel, 49, yang lahir di Chicago merupakan anak kepada Benjamin, seorang doktor yang dilahirkan di Israel manakala ibunya, Martha pula merupakan warga Yahudi Amerika dan kini bertugas di organisasi hak sivil di Chicago.
George Stephanopoulos menerusi ABC News memetik Obama berkata, beliau menyukai Emanuel kerana "dia tahu polisi, tahu politik dan tahu Capitol Hill White House".
Dalam pada itu, Emanuel melahirkan rasa terharu dengan tawaran yang diberikan itu.
"Saya tahu sesuatu tentang White House dan saya rasakan, itu adalah salah satu faktor mengapa Obama ingin saya berkhidmat dengannya," katanya.
Barack Obama mencipta sejarah bergaya dengan memenangi pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS).
AS pernah memiliki senator dan gabenor masyarakat kulit hitam tetapi ini kali pertama seorang menjadi presiden.
0 comments Labels: mstar online, negara luar, yahudi
Nazri Kelirukan Parlimen, Kata Karpal
PUTRAJAYA, 7 Nov (Bernama) -- Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mengelirukan Parlimen bila beliau berkata hakim-hakim yang terlibat dalam krisis Kehakiman 1988 tidak dipecat tetapi diminta bersara awal.
Karpal berkata beliau akan membawa usul mengemukakan Nazri di bawah Peraturan Tetap 36 (12) kerana mengelirukan Parlimen Isnin lalu dimana beliau kemudian akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak Istimewa untuk tindakan diambil.
Beliau berkata Nazri mesti menjelaskan mengapa beliau membuat kenyataan secara terbuka di Parlimen yang memberi tafsiran bahawa nama-nama hakim itu telah dibersihkan oleh tribunal, bertentangan dengan hasil siasatan dua buah tribunal berkenaan.
Karpal merujuk kepada Malayan Law Journal (MLJ) bertarikh 28 Okt 1988 yang melaporkan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dan hakim-hakim Mahkamah Agung allahrayham Tan Sri Wan Suleiman Pawan Teh dan Datuk George Edward Seah dipecat dari jawatan selepas tribunal mendapati mereka bersalah kerana salah laku.
Mereka bagaimanapun, menerima pencen penuh.
Tiga hakim lain, Tan Sri Datuk Mohd Azmi Kamaruddin, allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdoolcader dan Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh telah digantung tugas tetapi dikembalikan jawatan mereka.
Karpal memberitahu pemberita di Istana Kehakiman di sini hari ini bagi mengembalikan penghormatan dan digniti hakim-hakim yang dipecat itu, Kerajaan sepatutnya telah menubuhkan dua tribunal untuk membersihkan mereka dari tindakan yang telah diambil terhadap mereka dan bukan memberikan bayaran ex-gratia.
"Apa yang sepatutnya telah dilakukan ialah bukan membayar ex-gratia kepada hakim-hakim itu tetapi mengadakan sebuah lagi tribunal bagi membersihkan nama mereka.
Ini masih boleh dilakukan. Membayar ex-gratia kepada mereka tidak membersihkan mereka daripada didapati bersalah kerana salah laku," kata beliau.
Karpal berkata bayaran ex-gratia itu malahan bererti yang Kerajaan berpendapat bahawa mereka (hakim-hakim itu) sebenarnya tidak bersalah.
-- BERNAMA
0 comments Labels: bernama, Karpal, parlimen
ISA: Raja Petra terkejut dengan keputusan mahkamah
Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB
[DIKEMAS KINI, sehingga 5.30 petang] SHAH ALAM: Editor laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin melahirkan rasa terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini yang membebaskan beliau secara rasmi daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan menyifatkan ia sebagai sesuatu yang amat berharga.
"Saya terkejut sebenarnya. Saya memohon dibebaskan di bawah Seksyen 8 (di bawah ISA) dan ia berjaya. Tidak ramai yang mencabar Seksyen 8 berjaya, jadi (sebelum ini) saya tidak terlalu berharap.
"Ia (peluang dibebaskan) seperti 50-50," katanya.
Raja Petra dibebaskan secara rasmi oleh Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 3.20 petang tadi.
Keputusan itu dibacakan oleh Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad.
Hakim Syed Ahmad Helmy turut memuji sikap profesional pihak pendakwaan yang menyelesaikan urusan pembebasan Raja Petra sebelum jam 4 petang seperti yang diminta oleh beliau pagi tadi.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai perasaannya selepas dibebaskan, Raja Petra berkata, dia tidak dapat memikirkannya buat masa ini dan berasa amat letih.
Ditanya mengenai pengajaran yang diperolehinya sepanjang berada dalam tahanan ISA, Raja Petra berkata, dia mahu berjuang habis-habisan supaya ISA dimansuhkan.
Katanya, beliau tidak tahu sebab beliau dibebaskan dan berfikir mengenainya.
"Ia mungkin disebabkan ISA bukan undang-undang yang sah untuk digunakan bagi penentang politik.
"Saya rasa keputusan mahkamah hari ini telah menjelaskannya. Mesejnya adalah ia (ISA) tidak boleh digunakan untuk tujuan politik.
"Saya bukan pengganas...saya bukan orang yang berbahaya...saya hanya seorang penulis," katanya yang kelihatan begitu gembira dengan pembebasannya.
Terdahulu, Raja Petra tiba di mahkamah dengan sebuah van polis dari Kem Tahanan Kamunting, Taiping kira-kira pukul 3.05 petang dengan memakai kemeja-T berwarna coklat dan seluar jeans biru.
Kira-kira 30 jurugambar dari dalam dan luar negara berasak-asak untuk mengmabil gambarnya sebaik beliau turun dari van tersebut.
Kira-kira 100 penyokongnya yang sudah mula berkumpul sejak pukul 8 pagi tadi melaungkan 'RPK' (Raja Petra Kamarudin) sebagai menyambut ketibaan penulis laman web itu.
Kebanyakan mereka memakai kemeja T yang tertera perkataan 'Free RPK, no to ISA' sebagai tanda sokongan mereka terhadap beliau.
Dalam pada itu, isteri Raja Petra, Marina Lee Abdullah menyatakan rasa gembiranya dengan pembebasan suaminya itu.
"Saya gembira semuanya menjadi baik seperti yang saya harapkan. Ia satu perkembangan yang hebat.
"Saya harap akan ada perubahan nanti dalam negara ini," katanya.
Raja Petra dan isteri meninggalkan pekarangan mahkamah kira-kira pukul 3.30 petang dengan menaiki kereta jenis Rolls Royce.
Raja Petra, 58, ditahan pada 12 September lalu iaitu hari yang sama ketika ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng turut ditahan di bawah akta yang sama.
Bagaimanapun Teresa dan Tan telah pun dibebaskan.
Pagi tadi, Mahkamah Tinggi di sini membebaskan Raja Petra daripada penahanan mengikut ISA setelah membenarkan permohonan habeas corpusnya.
Dalam penghakimannya, Hakim Syed Ahmad Helmy berkata walaupun Seksyen 8 ISA selaras dengan Artikel 149 Perlembagaan Persekutuan tetapi dalam kes ini alasan penahanan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar tidak termasuk dalam skop Seksyen 8 akta itu.
Beliau telah mengarahkan agar Raja Petra, 58, yang kini berada di Kem Tahanan Kamunting, Taiping, sejak 12 Sept lepas, dibawa ke mahkamah sebelum pukul 4 petang bagi urusan pembebasannya.
Seksyen 8(1) menetapkan bahawa seseorang itu boleh ditahan selama dua tahun.
Barisan peguam yang mewakili Raja Petra adalah Malik Imtiaz Sarwar, Azhar Azizan Harun dan Ashok Kandiah.
Manakala peguam pihak pendakwaan adalah Peguam Kanan Persekutuan, Abdul Wahab Mohamad
0 comments Labels: ISA, mstar online, RPK
SPR: Jawapan PM 'tidak masuk akal'
Malaysiakini |
Nov 7, 08 7:41pm |
Jawapan perdana menteri berhubung kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menentukan kesahihan status lebih 11,000 pemilih yang menggunakan kad pengenalan lama "tidak masuk akal", kata ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh. Tambahnya, SPR sudah mempunyai satu sistem perisian canggih seperti SPINTRA untuk memastikan kesahihan nama dalam daftar pemilih dan pilihanraya dijalankan dengan telus, adil dan bebas kerana belanjawan besar diperuntukkan untuk itu dalam Bajet 2009. Fuziah membidas penjelasan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terhadap soalan lisannya semalam. Perdana menteri berkata "status dan perkembangan mengenai 11,842 pemilih (tercatat dalam daftar pemilih 2004) yang menggunakan kad pengenalan lama yang belum dapat dikesan sehingga kini." Wakil rakyat PKR itu mendakwa terdapat bukti kukuh di kawasan parlimennya yang "menunjukkan SPR telah melakukan penipuan daftar pemilih". "Beberapa kes yang melibatkan pemilih yang berumur lebih 100 tahun dan yang telah meninggal dunia telah dikeluarkan daripada daftar pemilih sewaktu pembersihan daftar pemilih hujung tahun 2006, akan tetapi nama pemilih tersebut telah dimasukkan semula ke dalam daftar pemilih yang digunapakai dalam pilihanraya umum ke-12 Mac lalu," katanya. "Kad pengenalan baru diwujudkan (direka) seolah-olah si mati (nama pada daftar pemilih) lahir pada 1985, sedangkan berdasarkan kad pengenalan lama, beliau lahir pada 1885," tambahnya. Ahli parlimen itu mempersoalkan peruntukan kerajaan kepada SPR sedangkan, menurutnya, ia masih belum dapat menjamin ketelusan pilihanraya. "Saya menyeru agar integriti SPR dikembalikan supaya dapat bertindak sebagai badan yang bebas, dan bukan lagi menjadi boneka Barisan Nasional dengan mengorbankan harapan seluruh rakyat Malaysia dalam memacu masa depan Negara," kata Fuziah. |
0 comments Labels: malaysiakini, Pak Lah undur, SPR
Hukuman mati tiga pengebom Bali: Keluarga diarah bersedia
[DIKEMAS KINI] TENGGULUN: Keluarga kepada tiga pengebom Bali yang telah menyebabkan kematian 202 orang pada tahun 2002 diarahkan "bersiap-sedia" dengan hukuman mati yang bakal dijatuhkan kepada ketiga-tiga militan itu - ditembak oleh skuad khas, dalam waktu terdekat, bulan ini.
Menurut laporan AFP, para pendakwa dan polis hari ini telah melawat abang kepada dua pengebom, Amrozi, 47, dan Mukhlas, 48, di perkampungan Jawa Timur dan memberikan memberi amaran agar mereka bersedia untuk "berita buruk".
"Kami datang ke sini hanya untuk memberitahu mereka (keluarga) agar bersedia dengan hukuman mati yang akan dilaksanakan terhadap militan itu," kata Ketua Pendakwa Daerah Irnensis selepas bertemu dengan keluarga tersebut selama 30 minit.
Dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut bila hukuman ke atas tiga pengebom tersebut - Amrozi, Mukhlas dan Imam Samudra akan dilaksanakan.
Salah seorang ahli keluarga pengebom itu, Ali Fauzi berkata, keluarganya sudah bersedia dengan hukuman itu.
"Pihak pendakwa telah arahkan kami bersedia dan berkata agar tidak menantikan surat mengenai hukuman tersebut. Kami tidak ada masalah tentang hal ini," katanya.
Media tempatan turut melaporkan bahawa kunjungan yang sama juga telah dibuat ke rumah keluarga Samudra di bandar Jawa Barat, Serang semalam.
Semua hukuman mati di Indonesia dilaksanakan oleh skuad penembak dan biasanya dilakukan di lokasi dan waktu yang tidak dinyatakan. Pesalah selalunya akan diberitahu tentang hari hukuman mereka tiga hari sebelumnya.
Helikopter juga telah disediakan untuk membawa mayat militan-militan itu kelak dari penjara Nusakambangan ke rumah keluarga masing-masing.
Tiga pengebom tersebut sebelum ini pernah berkata, mereka rela "mati syahid" untuk mencapai impian mereka mewujudkan utopia Islamik di Asia Tenggara.
BERITA TERDAHULU
JAKARTA: Pelampau Islam semalam berarak di ibu negara Indonesia, di sini sebagai tanda protes dengan keputusan hukuman mati yang dikenakan ke atas tiga pengebom Bali, di mana peguam bela juga sedang meminta kebenaran agar ahli keluarga ketiga-tiganya dibenarkan melawat pada masa yang sama.
Sambil melaungkan "Allahu Akhbar", kira-kira 100 ahli militan menuju ke pejabat badan hak asasi kebangsaan di mana peguam-peguam pengebom itu berbincang dengan pegawai di sana bagi mendapatkan kebenaran tersebut.
Mereka mengutuk hukuman tersebut dan menyifatkan pengebom-pengebom tersebut - Imam Samudra, Amrozi Nurhasyim dan Ali Ghufron sebagai "pejuang suci".
Peguam bela Mahendradatta seperti yang dipetik AFP, menggesa agar badan hak asasi, Komnas Ham supaya menyokong permintaan ahli keluarga untuk melawat tiga militan itu, yang dijangka akan menjalani hukuman mati - ditembak oleh skuad khas, dalam waktu terdekat, bulan ini.
Menurut Pengerusi Komnas Ham, Ifdhal Kasim, tiga pesalah itu mempunyai hak untuk bertemu dengan keluarga masing-masing sebelum hukuman dijatuhkan.
"Pesalah yang menantikan hukuman dijatuhkan seharusnya diberikan peluang untuk bertemu ahli keluarganya," katanya.
Sementara itu, ahli keluarga tiga pengebom itu telah menulis surat kepada Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono merayu agar hukuman tersebut ditangguhkan, kata seorang lagi peguam bela, Fahmi Bachmid.
Namun begitu, katanya, surat tersebut bukan permohonan untuk pengampunan. Tiga pengebom tersebut sebelum ini pernah berkata, mereka rela "mati syahid" untuk mencapai impian mereka mewujudkan utopia Islamik di Asia Tenggara.
0 comments Labels: mstar online, negara luar
Altantuya - Malaysiatoday exposed DPM and Shafee SMS connections
The following text message correspondence is between YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Deputy Prime Minister of Malaysia, and Dato' Shafee Abdullah, a Malaysian lawyer who initially represented Abdul Razak Abdullah Baginda who is on trial for abeting the murder of Mongolian national, Altantuya Shaariibuu.
While it does not answer lingering questions about Najib's alleged past relations with Altantuya, the text messages show clearly Najib's active intereference in the case very early on. The messages highlight Najib's willingness to speak with both members of the Attorney General's Chambers and Inspector General of Police about the case, something that suggests an abuse of executive power.
What is particularly revealing and troubling is that the counsel, Shafee, keeps asking Najib for details indicating some political intervention that may have influenced the case. This observation is strengthened by Najib's message to Shafee on 16 November 2006: "Pls do not say anything to the press today. i will explain later. RB will have to face a tentative charge but all is not lost." This message raises a lot of questions about Najib's role in this case. Why did he mention "tentative" charge and that "all is not lost" for RB (Razak Baginda)? How would Najib know this before Razak was charged? Is there already a deal in place that will see Razak aquitted? These are important questions which will have ramifications not just on this case but far beyond.
The text messages were transmitted between Najib's personal mobile phone (+601... and Shafee's mobile phone (+601....
Those who seek the truth should challenge Najib and Shafee to deny that this correspondence took place between them. Perhaps a record of the messages still resides in the server of the relevant telecommunications company.
The truth is buried somewhere. Those who know what truly happened hope that the truth has been buried deep with Altantuya. But the funny thing is, the truth always finds its way into the hands of those who fight for justice – sometimes in the most mysterious circumstances.
The SMS-Chat Begin ....
Wednesday 8/11/2006
Shafee to Najib (S2N) Date: 8/11/2006 02:59:31
--> Dato Seri, The Razak Baginda thing is troubling me.Can I help? Salam, Shafee
Najib to Shafee (N2S) Date: 8/11/2006 03:45:05
--> I will speak with u later tonight.
S2N Date: 8/11/2006 03:45:31
--> Thank you
S2N Date: 8/11/2006 06:28:56
--> Met the investigating officer today.Position is serious for RB.The 3 are highly implicated.RB's case can be fought.There are redeeming features for him.But we need to meet Dato Seri as there are other looming issues at large.But not to worry. Salam > Shafee
N2S Date: 8/11/2006 21:06:11
--> I have spoken to IGP. U can represent n meet RB in court.
Thursday 9/11/2006
N2S Date: 9/11/2006 12:45:30
--> If RB's remand is upto Sunday, does it mean that he has to be charged by Fri or be released? i hope it is looking better for him.
S2N Date: 9/11/2006 13:11:23
--> 3 things can happen.Firstly, they can ask for more time for detention.We will resist.Second,they have to release him by Friday or thirdly charge him by Friday.Police took him to his office for document search.Nothing incriminating found.Now they are recording stmt from him.Later search in house.Under control so far Dato Seri. Salam, shafee
S2N Date: 9/11/2006 14:09:03
--> Dato Seri, Re RB need to meet up with you today. shafee
N2S Date: 9/11/2006 14:17:47
--> 630 pm at my house in PJaya this evening.
S2N Date: 9/11/2006 14:18:21
--> Thank you
Friday 10/11/2006
N2S Date: 10/11/2006 15:14:31
--> Any news about RB ?
S2N Date: 10/11/2006 15:19:40
--> Dato Seri, Negotiating for conditional release.If not police need 2 or 3 more days extention.I suspect its an exercise in public relation as they do not want public to think a VIP was given an easier time.Being a vip under these conditions is a liability.Otherwise we are on track according to plan. Salam, Shafee
N2S Date: 10/11/2006 15:27:01
--> Thanks, he is very stressful according to his wife n would be a huge help if he could get a conditional release latest by sun.
N2S Date: 10/11/2006 21:35:52
--> Saw the news on tv. RB was sent for DNA. Not sure it was neccessary.
S2N Date: 10/11/2006 21:40:19
--> Unnessasary.But I think its on his lung infection.He has just been sent again to HUKM.Will know more later from inside contacts.
Saturday 11/11/2006
S2N Date: 11/11/2006 03:17:56
--> Dato Seri, I was at ghkl ccu 4th floor.RB was admitted due to lung infection:mild pneumonia and asthmatic.This was the pain he was suffering in the chest and unexplained coughing for months.He is under an able physician Dato Dr Jeyaindran Sinnadurai(head of Dept of Medicine)Its good he is resting there than in the lockup.Dna was done to eliminate that he was at scene of crime(paternity can be ruled out as well).Need to see Dato Seri on some concerns. Salam. Shafee
N2S Date: 11/11/2006 08:54:17
--> ANy chance of a release by sun ?
S2N Date: 11/11/2006 08:58:14
--> Police should release him by then except that I think the police is disturbeb by Media and public pressure.Other factors need be coomunicated to Dato Seri in person. Investigation wise we are on track for release.
S2N Date: 11/11/2006 09:26:52
--> It is clear that the Police will ask for extention t'row.I will resist strongly in view of the fact that the last few days investigation on RB have completed investigations that require RB's presence in custody.Secondly, from yesterday the Police has done nothing much with him except to do the dna.Thirdly, I am concerned with the Police carelessness yesterday in allowing the 3 other suspects to be freely mixing and therefore tainting their subsequent stmnts as they could be 'group coached'.But it also show Police no longer need to isolate the suspects.Even RB was handcuffed to the C/I. Salam . Shafee
N2S Date: 11/11/2006 11:46:48
--> I Can see u today at my Taman duta hse at 6 pm.
S2N Date: 11/11/2006 11:59:08
--> OK Dato Seri.Insyaallah I will be there.
Sunday 12/11/2006
S2N Date: 12/11/2006 13:53:41
--> 2 days extention to Tuesday.They must release him by then maybe conditionally.Police asked for full 14days.He has message.
S2N Date: 12/11/2006 14:06:23
--> Will give Dato Seri in a while
S2N Date: 12/11/2006 15:10:17
--> 0320949418
Monday 13/11/2006
S2N Date: 13/11/2006 15:53:36
--> Am in his office now.Another search. AG will be unwilling to charge and lose a case yet again.It is agood idea to suggest to AG to hood on and let investigtion proceed with Razak Released on Bond.
N2S Tel: 60122143177 Date: 13/11/2006 16:23:29
--> How was the search ?
S2N Date: 13/11/2006 16:25:56
--> We provided them everything,including old pda and note books and a couple of bills.Nothing incriminating.
Wednesday 15/11/2006
S2N Date: 15/11/2006 13:21:32
--> Things going as expected.2 male officer charged for murder in common intention.Razak's name not in. Lady officer released but rearrested under Emergency Ordinance to be used as Crown witness(exactly as predicted). I am expecting RB to be released on Bond.4 of my lawyers are watching brief the proceedings in the murder case.Rb matter prob t'row. Pl call. Shafee Ps coming back now from Taipei.
N2S Date: 15/11/2006 23:31:09
--> So hopefully he will be released tmrw?
S2N Date: 15/11/2006 23:34:38
--> Dato Seri, I am driving up from S'pore ,no more flight to KL tonight.Hope for th best.Any indication? Shafee
N2S Date: 15/11/2006 23:36:52
--> Not heard anything untoward yet.
Thursday 16/11/2006
S2N Date: 16/11/2006 10:52:43
--> Anything Dato Seri? I am already in Court.
N2S Date: 16/11/2006 10:53:50
--> Pls do not say anything to the press today. i will explain later. RB will have to face a tentative charge but all is not lost.
S2N Date: 16/11/2006 10:54:30
--> OK, TQ
Friday 17/11/2006
S2N Date: 17/11/2006 10:50:30
--> Dato Seri, Its important you speak toYusoff Zainal Abidin as he knows the law a lot better in the Chambers.I am confident he is concerned with the negligible evidence agst Razak.The Raja Mahani and Tengku Ariston cases ought to be the guiding critera for AG.They cannot afford another scandallous loss by the Prosecution as in Norita, Ariston,Dato Balwant etc.
N2S Date: 17/11/2006 11:39:46
--> OK will try. Meanwhile try to console the wife. She is hysterical.
S2N Date: 17/11/2006 11:41:29
--> I know Dato Seri.I will do everything I can.Salam, Shafee
S2N Date: 17/11/2006 12:57:49
--> Dato Seri, Razak has not been sent to Hospital.He is clearly not well.He is refusing to take Prison's medicine for fear of sabourtage.The chief Physician of GHKL Dato Dr Jaya Sinnadurai is shocked that they have not brought Razak back to GHKL.I have spoken to Haji Darussalam,Sg Buloh's Prison Director.Can You sound this to Dato Radzi Shek Ahmad?Need to see you of s'thing that I think had happened that led to her death.Utterly shocking if I am right. Shafee
S2N Date: 17/11/2006 15:45:34
--> Dato Seri, I am at Sg Buloh Prison.I have organised Razak to be in HUKL,He is on his way there now. The Pengarah Hj Darussallam and deputy Supt Gunasegaran very helpful. Shafee
N2S Date: 17/11/2006 21:27:02
--> My regards to him. He Is always in my thought.
S2N Date: 17/11/2006 21:34:44
--> Will tell him
Sunday 19/11/2006
S2N Date: 19/11/2006 16:25:08
--> Dato Seri, I need Dsp Musa ,your ADc to call me to clarify a point.He is not answering Shafee
Monday 20/11/2006
S2N Date: 20/11/2006 13:02:33
--> Any developement Dato Seri? Shafee
N2S Date: 20/11/2006 14:30:20
--> Not yet.
S2N Date: 20/11/2006 14:30:38
--> Thank you
S2N Date: 20/11/2006 21:05:17
--> Dato Seri.Razak is being transfered to Sg. Buloh t'row.Can Dr. Jaya do anything?
N2S Date: 20/11/2006 23:04:50
--> When is he being transffered?
S2N Date: 20/11/2006 23:05:48
--> T'row
N2S Date: 20/11/2006 23:07:01
--> What time?
S2N Date: 20/11/2006 23:08:01
--> Probably late morning
Thursday 23/11/2006
N2S Tel: 60122143177 Date: 23/11/2006 13:46:51
--> Your message read" Najib released on personal bond!".
S2N Date: 23/11/2006 13:50:00
--> Razak released on Bail of 1 million. On personal bond undertaking. Shafee?I am terribly sorry for that mistake.Whole night tak tidur preparing. My profuse apologies Sir. salam. shafee
N2S Date: 23/11/2006 14:00:25
--> ALhamdullillah , at least he is on bail.Big relief for him n family.
S2N Date: 23/11/2006 14:02:02
--> Dato, I need to brief you urgently b4 you speak to him.Shafee
N2S Date: 23/11/2006 14:12:32
--> OK but not intending to speak to him as yet.
Saturday 2/12/2006
S2N Date: 2/12/2006 18:59:15
--> Dato Seri, Got some info that are troubling.Quite serious.Are you in Taman Duta?Can we meet? Salam, Shafee
... those who know more, please come forward!
Copied and pasted from Malaysia Today
0 comments Labels: Altantuya, bloggers united, malaysia today, najib razak
Presiden MCA Mahu Rakyat Malaysia Bebaskan Diri Mereka Daripada Belenggu Perkauman
Bernama
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini berkata sudah sampai masanya bagi rakyat Malaysia membebaskan diri mereka daripada belenggu isu perkauman.
Dengan mengambil Barack Obama, yang dipilih sebagai Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat, sebagai contoh, Ong berkata: "Sedihnya di Malaysia, kita masih berbalah dalam soal remeh berhubung pelantikan seorang wanita Cina sebagai pemangku pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
"Sudah sampai masanya bagi kita membebaskan diri melakukan sesuatu perkara secara ortodoks. Di Amerika Syarikat, ia mengambil masa lebih 200 tahun bagi seorang lelaki kulit hitam untuk dipilih sebagai presiden di sebuah negara yang dikuasai orang kulit putih.
"Ironiknya, rakyat di Malaysia, yang bersorak untuk Obama tidak berfikir bahawa seorang wanita Cina itu layak menerajui PKNS, kata Ong yang juga Menteri Pengangkutan, dalam satu kenyataan di sini.
Ong berkata reaksi daripada sesetengah ahli politik daripada kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang berhubung pelantikan itu menunjukkan bahawa mereka masih lagi berada di dalam kepompong perkauman mereka sendiri.
-- BERNAMA
0 comments Labels: bernama, MCA, perkauman
Perihal 'serigala lapar' yang berebut rezeki dalam Umno
Safar Jumaat Fri | Nov 07, 08 | 11:30:05 am MYT | |
'JANGAN cakap saja, bawa bukti', kata Setiausaha Agung Umno, Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ekoran kenyataan beberapa calon yang mahu bertanding pelbagai jawatan tertinggi parti, kononnya mereka disekat, dihalang dan disabotaj oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Terbaru, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendakwa, menjelang minggu terakhir mesyuarat bahagian-bahagian Umno, ada pihak-pihak tertentu berusaha menyekat pencalonan dibuat terhadapnya bagi mencukupkan quota, melayakkannya bertanding. Sebelum ini, Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail mendakwa, aduan sudah diterimanya terhadap calon-calon yang bertanding menggunakan wang sebagai umpan mendapatkan pencalonan termasuk yang menawarkan diri bagi jawatan Timbalan Presiden. Apa yang menarik, jika ada calon-calon yang 'terperangkap' dengan politik wang dan kesalahan menyekat pencalonan dibuat terhadap calon selain dari dirinya, maka kemungkinan hanya seorang sahaja calon yang layak bertanding kerusi Timbalan Presiden, menjadikan dia menang tanpa bertanding! Lebih mengejutkan, Lembaga Disiplin turut menyebut, calon-calon Naib Presiden, juga turut diadukan kepadanya terlibat menggunakan wang yang banyak untuk mencari pencalonan. Tentulah, aduan itu 'berasas' kerana jika tidak, mustahil Tengku Ahmad Ritahauddeen mahu mengeluarkan kenyataan itu, sebelum ianya dipastikan berasas. Ramai di luar, sedang menanti dengan penuh minat, siapakah di kalangan calon-calon Timbalan Presiden kali ini yang bakal 'dihalang' oleh Lembaga Disiplin Umno dari bertanding kerana, setiap ahli yang dikenakan tindakan hilang kelayakkan dipilih dan memilih. Tentulah, mereka yang sudah menerima habuan, terasa mudah untuk 'tidak perlu terikat' dengan sesiapa, kerana 'orang yang menghulurkan wang kepada mereka' sudah dikenakan tindakan. Jika tidak, penerima wang dan habuan termasuk gelaran Dato' yang lazimnya 'banyak' apabila tiba musim pemilihan parti, mestilah 'tahu membalas budi'. Sebenarnya, kisah sekat-menyekat ini sudah lama berlaku. Bukan sahaja di di kalangan calon-calon Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden, tetapi turut berlaku di bahagian-bahagian, yang selama ini, tiada siapa mengambil peduli mengenainya. Itulah sebabnya, Umno semakin hari semakin mengecil, hilang sokongan dan kalah dalam pilihan raya. Kalau ada orang mengadu dengan Muhammad, telah berlaku sekat-menyekat di bahagian-bahagian tertentu, sebagai anggota Jawatankuasa Pengurusan Umno (atas kedudukannya sebagai Ketua Penerangan), apakah beliau akan bertindak untuk menyiasat atau memanjangkan aduan itu kepada Ibu Pejabat Umno? Masalah dalam Umno ialah, budaya pentingkan diri sendiri, mengatasi kepentingan umum. Mereka yang berjawatan tinggi, hanya hendak berhubung dengan penyandang jawatan Ketua Bahagian tanpa memperdulikan mereka yang tidak berjawatan. Apabila mereka yang tidak berjawatan dapat menewaskan penyandang, aduan penyandang pula tidak diperdulikan kerana peyandang sudah tewas. Inilah yang berlaku, kecuali dalam kes Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, seperti ada 'segerombolan serigala mengejar seekor biri-biri' hingga 'hancur Mohd Isa' mereka kerjakan. Hari ini, segerombolan serigala itu sudah berpecah-belah. Masing-masing mahu menguasai puncak bukit yang masih ada saki baki rezeki yang perlu direbut untuk kroni dan saudara mara mereka. Ini yang menyebabkan serigala-serigala ini 'bergaduh' sesama sendiri, termasuklah cerita kononnya Tengku Razaleigh Hamzah yang tidak mendapat pencalonan disebabkan tidak menyogok wang. Sepatutnya, Lembaga Disiplin tidak bergerak seperti 'orang atas kerusi roda' yang memerlukan orang lain membantu menolaknya untuk bergerak, sebaliknya bertindak pro aktif dengan menyeret mereka yang membuat kenyataan tanpa bukti ke lembaga itu, untuk disiasat, mengapa mereka membuat tuduhan sesuka hati, tanpa membawa bukti ke Ibu Pejabat parti! Antara yang berulang-ulang bercakap isu yang sama ialah seorang calon Naib Presiden, Dato' Seri Dr Rais Yatim yang terlalu sukar untuk mendapat pencalonan walaupun, dia digambarkan sebagai pakar perlembagaan negara. Sebelum ini, tulisan-tulisannya termasuk yang menyentuh tentang musang berbulu ayam dan akan gugur seperti nangka busuk, gagal menarik minat bahagian-bahagian supaya mencalonkannya sebagai salah seorang Naib Presiden. Dalam kes Dato' Seri Azalina Othman, tafsiran 'pelan peralihan kuasa' dalam Pergerakan Wanita Umno, boleh ditafsirkan sebagai 'usaha menyekat' orang lain (termasuk orang luar dari kalangan Pergerakan itu) dari menyertai Wanita Umno. Tidak hairanlah, kalau Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Dato' Kamalia Ibrahim beregu untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Wanita dan naib, Tan Sri Rafidah Aziz dijangka tidak ada masalah untuk 'membuka laluan' tetapi jika Azalina 'mendapat pencalonan mencukupi untuk kerusi Naib Ketua Pergerakan Wanita, Rafidah dijangka tidak akan 'membenarkan' Azalina menjadi calon naib walaupun menentang Shahrizat atau Kamalia. Azalina sebagai seorang Menteri mempunyai banyak kelebihan jika dibandingkan dengan Shahrizat dan Kamalia yang bukan dari kalangan YB. Tugas Muhammad sekarang, jika mendapat cukup atau tidak pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden, haruslah membawa bukti ke Ibu Pejabat Umno, supaya tindakan mengikut saluran seperti yang dikatakan Tengku Adnan boleh diambil. Jika tidak, Lembaga Disiplin seharusnya menjalankan siasatan dan menyeret Muhammad ke Lembaga Disiplin bersama Rais Yatim yang bercakap isu yang sama - jika dibiarkan akan menyebabkan keyakinan ahli terhadap parti, merosot. - mr_ |
0 comments Labels: Harakahdaily, rasuah, UMNO haprak
Ketua Pemuda UMNO : Khairy melawan arus…
Agenda daily
Oleh: ROSLAN BIAN
Ini semua berkisar pada dakwaan Naib Ketua Pemuda UMNO ini sangat berpengaruh keatas bapa mertuanya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sehingga wujud istilah tangan-tangan ‘tingkat 4’ di pejabat Perdana Menteri. Ahli Parlimen Rembau itu mengakui kepada Agendadaily semasa berbual di kantin Parlimen Khamis bahawa berbagai tanggapan negatif terhadap dirinya mempengaruhi kedudukannya untuk berdepan dengan jawatan nombor satu Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada Mac tahun depan. “Saya terima dari segi tanggapan itu wujud, tetapi saya tak boleh terima bahawa tanggapan itu betul. Selama inipun, saya ada jelaskan. Ada yang dengar, ada yang tak mahu dengar,” “Kalau dia orang tak boleh terima saya dan saya masih boleh terima keputusan mereka…kalau mereka tak nak juga, saya kenalah terima (tanggapan),” katanya. Selain itu, Khairy juga berdepan dengan persepsi ‘ tak masuk geng’ sebagai orang yang tidak sesuai dan boleh mencacatkan pandangan terhadap pentabiran baru dibawah Datuk Seri Najib Tun Razak selepas Mac 2009 nanti. “Itu semua tanggapan… Ini tidak adil buat saya. Kenapa saya tak boleh masuk (pegang jawatan dalam UMNO). Kenapa perlu ada geng. Kalau ada geng pun, hanya geng UMNO. Kita semua geng UMNO,” katanya. Menjawab soalan bahawa beliau akan terus berada dalam UMNO sebagai bayang-bayang Pak Lah, Khairy berkata, “ Itu bukan soal sapa-sapa. Ini soal imej UMNO dan pada masa akan datang,Datuk Seri Najib adalah Presiden UMNO. Bukan soal imej Pak Lah atau pemimpin lain,”
“Apa boleh buat...Saya kenalah terima”, kata Khairy Jamaluddin mengulas tanggapan sesetengah pihak bahawa beliaulah antara punca Barisan Nasional (BN) dilanda tsunami politik pada pilihan raya ke 12, Mac lalu.
Proses peralihan kuasa dan menjelang tiadanya Perdana Menteri dibelakangnya nanti dikatakan membuat ratingnya untuk menang jawatan Ketua Pemuda UMNO yang satu ketika dulu dilihat bagai kacang saja kini agak kelabu.
Ditanya sama ada pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO itu akan memberi jawapan kepada tanggapan itu, Khairy (sambil ketawa) berkata, “ Tak lah begitu. Sebab nanti, kalau saya kalah, orang kata tanggapan itu betul. “Bagi perwakilan buat keputusan,” katanya. Khairy menjelaskan, apa saja yang beliau buat, memang kena buat untuk beri pandangan yang jelas tentang perjuangannya terhadap parti. “Kita jangan beri tanggapan umum atau tanggapan ahli-ahli UMNO itu dibuat atas tanggapan yang tidak betul,” ujarnya. Mengenai jumlah pencalonan dan kedudukan ke tiga di belakang Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo setakat hujung minggu lalu , beliau menganggap kedua-dua calon itu mungkin mereka lebih popular. Bagaimanapun beliau menilai masuk fasa ke dua nanti iaitu selepas proses pencalonan semua calon mempunyai peluang merebut jawatan tersebut. Menurut Khairy tempoh lima bulan menjelang pemilihan bulan Mac nanti adalah satu tempoh lama dan penilaian perwakilan boleh dipengaruhi dengan pelbagai cara dan pendekatan, hujah dan sebagainya. “Kita tak boleh kata penyokong Dr Khir Toyo akan sokong lagi lima bulan akan datang. Perwakilan kini berfikiran terbuka. Kita jumpa mereka ..tanya soalan dan macam-macam. Sebab itu saya suka cadangan Agendadaily buat debat, biar semua tengok,” katanya. “Saya bukan mencadangkan untuk tonjol saya seorang…tapi beri peluang pada semua..sebab debat ini gelanggang sama rata…kita tak boleh bawa orang lain, tak boleh bawa penasihat kita dan kita kena jawab dengan fikiran kita sendiri,” “Kalau betul-betul kita nak mengamalkan meritokrasi dalam politik UMNO, inilah caranya. Kalau tak nak debat ini dijadikan modal pembangkang, buat cara tertutup..tapi lebih baik kita buat terbuka,” katanya. Kepada satu soalan lain Khairy kata, beliau tidak memikirkan ianya satu masalah walaupun banyak bahagian Pemuda UMNO Negeri Sembilan tidak mencalonkannya. “Tiada masalah, kita kena yakin dengan perwakilan. Masa umum nak bertanding, ada yang tanya peluang saya, saya kata 30 peratus…sekarang betul,” katanya sambil mengakui bahawa beliau bergerak dengan kekuatan sendiri bukannya seperti dikatakan banyak pihak kononnya kekuatan Pak Lah. Beliau berpuashati dengan proses pencalonan setakat ini secara keseluruhan walaupun ada dengar cerita-cerita politk wang tetapi ssetakat cakap-cakap sebab tiada bukti. “ Banyak orang cakap. Tapi kita kena ikut apa keputusan yang dapat. Dan jangan buruk sangka mana-mana pihak tanpa sebarang bukti,” ujarnya. Sebagai Naib Ketua, Khairy juga berharap perwakilan terutama yang baru dapat menilai rekod beliau selama empat tahun dalam pergerakan itu.
0 comments Labels: agenda daily, KJ beruk, UMNO haprak
Kes liwat: Pendakwa gagal pindah kes ke Mahkamah Tinggi
[DIKEMAS KINI, sehingga 2.45 petang] KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Jalan Duta hari ini memutuskan kes tuduhan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Hakim S.Komathy Suppiah mula membacakan penghakiman ketika sidang bermula pada jam 3.17 petang tadi.
Terdahulu, wartawan sudah mula memasuki mahkamah pada pukul 2.45 petang tadi.
Bagaimanapun, perkarangan mahkamah hari ini agak lengang.
Komathy menetapkan hari ini untuk membuat keputusan bagi mengesahkan sama ada sijil perakuan yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sama ada sah atau tidak.
Pada 31 Oktober lalu, peguam bela yang diketuai Sulaiman Abdullah mengemukakan hujah tambahan berhubung isu campur tangan Abdul Gani yang telah menandatangani surat kuasa memindahkan kes tersebut.
Sementara itu, pasukan pendakwa raya turut mengemukakan hujah tambahan berkaitan isu tersebut.
Mahkamah kini mendengar permohonan pendakwa raya untuk memindahkan kes liwat ini ke Mahkamah Tinggi.
Kes Anwar menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan masuk hari ketujuh di Mahkamah Sesyen Jalan Duta hari ini selepas ditangguhkan pada 8 Oktober lalu.
Perbicaraan kes liwat Anwar masih berada di peringkat awal dengan mahkamah mendengar hujah bantahan pihak pembelaan berhubung permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.
Hujah bantahan oleh pihak pembelaan melibatkan persoalan mengenai tandatangan Peguam Negara pada sijil perakuan yang dilampirkan kepada mahkamah untuk memindahkan kes tersebut di bawah Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah.
Persoalan itu timbul kerana Abdul Gani kini disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) setelah Anwar membuat laporan polis terhadapnya.
0 comments Labels: DSAI, mahkamah, mstar online, sepol bodo
Sia-sia adu sogokan ke lembaga disiplin, kata peg. Ku Li
Malaysiakini |
Muda Mohd Noor | Nov 7, 08 12:36pm |
Sia-sia sahaja melaporkan politik wang kepada lembaga disiplin Umno kerana ia tertakluk kepada keputusan Majlis Tertinggi (MT), kata seorang pegawai calon presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah. Datuk Kamal Amir Kamal Hijaz menambah, beberapa rakannya telah membuat laporan kepada lembaga disiplin mengenai politik wang tetapi tiada maklum balas yang diterima mengenainya. "Semua orang bercakap mengenai politik wang... Kita difahamkan ada kira-kira 800 laporan serupa telah dibuat kepada lembaga disiplin Umno. "Tetapi kita tahu lembaga disiplin Umno bukannya sebuah badan bebas, jadi tidak perlu membuat laporan kepadanya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Bagaimanapun, katanya lagi, pihaknya dengan kerjasama cawangan dan bahagian Umno di seluruh negara sedang mengumpul bukti mengenai politik wang. Katanya, sebaik sahaja laporan tersebut diperolehi, ia akan diadukan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk tindakan lanjut. "Jika Umno berani, ia perlu menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk menyiasat politik wang dalam parti. "Suruhanjaya ini juga yang sepatutnya yang menyelia mesyuarat Umno di seluruh negara," katanya. Kamal Amir kelmarin mendakwa Tengku Razaleigh gagal mendapat cukup pencalonan untuk jawatan presiden Umno kerana enggan menyogok wang kepada para perwakilan. Beliau mendakwa, wakil lebih 50 bahagian Umno yang hendak mengadakan mesyuarat perwakilan, datang menemuinya (Kamal) untuk meminta sogokan sebelum mesyuarat dijalankan. "Ada yang datang meminta RM500 dan ada juga yang mahu bayaran sehingga RM1,500 seorang. "(Tetapi) saya memberitahu mereka bahawa kami tidak ada wang. Tengku (Razaleigh) tidak mahu mengeluarkan wang untuk mendapatkan pencalonan. "Tengku hanya menawarkan diri supaya dinilai dan dipilih oleh para perwakilan dan bukannya memberi wang untuk mendapatkan pencalonan," katanya. |
0 comments Labels: ku li, malaysiakini, rasuah, UMNO
Zaid: Judges were sacked
KUALA LUMPUR, Nov 7 — Former de facto Law Minister Datuk Zaid Ibrahim has refuted his successor Datuk Seri Nazri Aziz's claim that the six Supreme Court judges who lost their jobs in the 1988 judicial crisis were not sacked.
"I have only this to say. The judges had been sacked and a miscarriage of justice of the gravest kind has been committed," he told The Malaysian Insider today of the judges who were removed in the fallout from an intense dispute in Umno which saw the party being deregistered.
Yesterday, Nazri, the Minister in the Prime Minister's Department, announced in Parliament that RM10.5 million was paid as ex-gratia to former Lord President Tun Salleh Abas and the five others, explaining that requests from MPs had forced the government to renege on a promise by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Badawi to keep the amounts secret.
Stating that "if they were sacked, there would be no pension," Nazri claimed that the judges were not sacked as pensions were paid to and "accepted faithfully" by Salleh, Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri George Edward Seah Kim Seng, Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh and the families of the late Tan Sri Eusoffe Abdolcadeer and the late Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh.
Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad had been portrayed as the villain in the saga considered by the Bar Council to have marked the end of judicial independence, but he has consistently denied the charge by pointing out that the judges had been removed by properly set up tribunals.
Abdullah’s government had announced the decision to pay the judges the ex-gratia sum in his speech at the Bar Council dinner on April 17.
"The government would like to recognise the contributions of these six judges to the nation, their commitment towards upholding justice and to acknowledge the pain and loss they have endured," he had said.
Zaid, then the de facto Law Minister, had initiated the effort which came under criticism from Dr Mahathir and his supporters.
The Malaysian Insider understands that the Cabinet had decided to refer to the monies as "goodwill ex-gratia payments," as stated in Abdullah's April 17 speech, instead of "compensation" as the latter would imply an admission of guilt.
Since his resignation from the Cabinet and Senate, there has been a push by some ministers, including his successor Nazri, to disclose the sum in the name of accountability.
"Any responsible government would do the only right thing and that is to compensate them. That's what I had done and the Prime Minister was right in supporting the decision," Zaid told The Malaysian Insider.
Enam hakim terima ex-gratia RM10.5 juta, tidak dipecat
KUALA LUMPUR:Kerajaan membayar ex-gratia sebanyak RM10.5 juta kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohd Salleh Abas dan lima lagi bekas hakim kanan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz.
Beliau berkata bayaran kepada Mohd Salleh melibatkan RM5 juta, Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh (RM2 juta) dan Tan Sri George Edward Seah Kim Seng juga RM2 juta.
Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdolcadeer dan Tan Sri Azmi Kamaruddin pula masingmasing menerima bayaran berjumlah RM500,000, katanya.
Beliau berkata keputusan secara dasar telah dibuat Jemaah Menteri sama ada untuk membayar atau tidak ex-gratia kepada hakim berkenaan.
"Kita memutuskan untuk membayar dan soal menentukan berapa, perkara itu dilakukan oleh pihak ibu pejabat kewangan untuk tentukan berapa nilainya. Kita cuma berikan bayaran exgratia tapi jumlahnya ditentukan (diluluskan) oleh Kabinet," katanya ketika sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2008 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Selain bayaran ex-gratia, beliau berkata lima bekas hakim itu turut menerima pencen bulanan iaitu Mohd Salleh sebanyak RM5,102.16, Wan Suleiman (RM4,815), Eusoffe (RM4,815), Wan Hamzah (RM6508.59) dan Azmi (RM5,916.90).
Kepada soalan Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) sama ada hakim berkenaan dipecat atau diarahkan berhenti lebih awal, Nazri berkata tidak pernah ada tribunal ditubuhkan di mahkamah yang memutuskan memecat mereka.
"Tidak pernah panel dipanggil dan dibentuk untuk memecat...soal pemecatan itu satu hukuman, soal syor berhenti awal juga satu hukuman..tidak ada tribunal dibentuk untuk memecat (mereka)," katanya.
Sementara itu, Nazri berkata kerajaan telah mengambil keputusan untuk melancarkan beberapa inisiatif untuk menguatkan kepercayaan rakyat kepada sistem kehakiman termasuk menambah baik pentadbiran pendengaran kes di mahkamah serta menubuhkan jawatankuasa pelantikan kehakiman.
Katanya, langkahlangkah tersebut bukan satu perkara yang mudah dan harus dilaksanakan satu persatu supaya kepentingan negara dan setiap kumpulan terpelihara.
Pada sidang akhbar kemudiannya di lobi Parlimen, Nazri sekali lagi menegaskan hakim berkenaan diminta bersara lebih awal dan dengan itu mendapat pembayaran pencen.
"Kalau dipecat, mereka tidak akan mendapat pencen. Mereka diminta bersara, barulah pencen dibayar," katanya.Nazri berkata keputusan kerajaan untuk
mendedahkan jumlah pembayaran exgratia itu adalah demi untuk menjaga kepentingan awam.
"Hakim berkenaan berpegang pada janji mereka kepada Perdana Menteri untuk tidak mendedahkannya tetapi oleh kerana anggota Parlimen tidak berpuas hati dan berhujah bahawa wang itu diambil daripada dana awam, kami tiada pilihan selain mendedahkan jumlahnya.
"Seperti yang saya katakan, wang itu bukan diambil dari poket Perdana Menteri, ia diambil daripada dana awam jadi kami perlu dedahkannya," katanya.
Persidangan Dewan Rakyat disambung Isnin.BERNAMA
0 comments Labels: badan kehakiman, mstar online
Tangguh beli Eurocopter tidak jejas kredibiliti ATM
KUALA LUMPUR 6 Nov. - Keputusan kerajaan menangguhkan pembelian 12 unit helikopter Eurocopter EC725 tidak menjejaskan kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal berkata, dalam keadaan negara yang aman seperti sekarang, perkhidmatan helikopter Nuri yang mampu digunakan sehingga tahun 2015 adalah memadai.
''Kita telah gunakan Nuri sejak zaman pemberontakan komunis lagi dan ia terbukti berkesan sehingga sekarang.
''Jadi kita (ATM) akur dengan keputusan penangguhan kerajaan itu berdasarkan kemampuan kewangan negara," katanya pada sidang akhbar selepas menerima tabik hormat Perbarisan Hari Ulang Tahun ATM Ke-75 di Kem Sungai Besi di sini hari ini.
Hadir sama Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin; Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.
Pada 28 Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pembelian helikopter itu ditangguh sebagai langkah berjimat cermat berikutan krisis kewangan dunia.
Abdul Aziz memberitahu, perancangan pembelian Eurocopter adalah sebagai nilai tambah kepada aset-aset ATM khususnya Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) seperti dalam operasi-operasi mencari dan menyelamat.
''Jika kita perlukan helikopter sebegitu, Nuri masih ada dan ia boleh disokong oleh pesawat milik agensi lain seperti bomba, polis serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)," jelasnya.
Terdahulu dalam ucapannya beliau berkata, kematangan ATM terbukti setelah dipilih sebagai 'Institusi Paling Dipercayai di Malaysia' hasil kajian Asia Barometer Survey baru-baru ini.
Beliau memberitahu, pengiktirafan itu adalah bukti keyakinan orang awam terhadap integriti dan keupayaan ATM sesuai dengan tema sambutan hari ulang tahunnya iaitu 'Komitmen Kami, Keyakinan Anda'.
Menjawab satu soalan, beliau berkata, penugasan aset serta para pegawai dan anggota ATM yang kini mengawal keselamatan laluan kapal-kapal dagang Malaysia di perairan Teluk Aden, Somalia akan berakhir pada hujung bulan ini.
Dalam pada itu, perbarisan Jubli Intan ATM hari ini menampilkan 56 pegawai dan 691 anggota lain-lain pangkat daripada ketiga-tiga perkhidmatan darat, laut serta udara yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Romainor Mohamed.
Perbarisan itu turut menampilkan aset-aset ATM yang digunakan sejak awal penubuhannya sehingga sekarang.
0 comments Labels: penyelewengan, utusan
Norman nafi menikahi Memey
KUALA LUMPUR – “Saya tidak pernah bernikah dengan Memey, malah tidak pernah menghantar borang nikah. Ini semua spekulasi.’’
Demikian tegas pelakon popular yang kini dilanda kontroversi, Norman Hakim atau Mohamed Norhakim Zaidon, 32, ketika ditanya mengenai desas desus beliau sudah berkahwin dengan pelakon baru, Memey Suhaiza Suhaimi, 20, yang ditangkap atas dakwaan berkhalwat dengannya baru-baru ini.
Norman lebih rela berserah kepada Tuhan bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku sehingga meretakkan hubungan dengan isterinya, Abby Abadi, 30.
“Saya enggan komen lanjut pasal Memey, nanti ia akan disalahertikan pula, apa yang pasti keluarga kami tidak pernah berjumpa atau berbincang mengenai pernikahan dan sebagainya.
“Ini komen terakhir saya berkenaan isu ini, berikanlah saya ruang untuk menyelesaikan masalah ini sambil mencari penyelesaian terbaik buat kami sekeluarga,’’ katanya kepada pemberita di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan di sini, semalam.
Beliau yang ditemani abangnya, Mohd. Sophie, 44, dan sepupunya, Raizan Abd Razak berada di masjid itu untuk melakukan solat hajat dan istiqarah bersama beberapa jemaah lain.
Norman juga reda dengan apa yang bakal berlaku termasuk keretakan rumah tangganya sekali lagi.
“Namun di sudut hati saya masih tersemat rasa sayang terhadap Abby dan anak-anak.
“Kalau Abby nak serang saya secara peribadi sekali pun biarlah, saya tidak akan balas kerana ia akan mengeruhkan lagi keadaan,’’ jelasnya.
0 comments Labels: artis, kosmo
Pembebasan Raja Petra Satu Pencapaian Yang Menakjubkan, Kata Isteri
SHAH ALAM, 7 Nov (Bernama) -- Mable atau Marina Lee, isteri editor laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi di sini membebaskan suaminya daripada penahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai satu pencapaian yang menakjubkan.
"Saya tak tahu apa nak cakap...ia menakjubkan dengan apa yang berlaku hari ini," katanya kepada pemberita selepas keputusan itu.
Marina yang memakai kemeja-t berwarna merah dengan tulisan "I Am With RPK" juga bersyukur apabila perkara itu (keputusan pembebasan Raja Petra) berlaku seperti yang beliau jangkakan.
Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dalam penghakiman pada pukul 9.45 pagi ini berkata walaupun Seksyen 8 ISA selaras dengan Artikel 149 Perlembagaan Persekutuan tetapi dalam kes ini, alasan penahanan yang dibuat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar tidak termasuk dalam skop Seksyen 8 akta itu.
Beliau telah mengarahkan agar Raja Petra, 58, yang kini ditahan di Kem Tahanan Kamunting, Taiping, Perak sejak 12 Sept lepas, dibawa ke mahkamah sebelum 4 petang ini bagi urusan pembebasannya.
Alasan penahanan Raja Petra di bawah ISA antara lain menyebut, beliau sejak 16 Jan lepas sehingga ditangkap pada 12 Sept lepas melalui laman web blog "Malaysia Today" yang dimiliki dan dikendalikan beliau telah bertindak secara sedar, sengaja dan tidak bertanggungjawab menyiarkan artikel-artikel tulisannya dan komen pembaca yang mempersenda dan menghina orang Islam, kesucian Agama Islam serta peribadi Nabi Muhammmad SAW yang telah membangkitkan kegelisahan dan kemarahan masyarakat Islam di negara ini.
Tindakan beliau itu sekaligus boleh mewujudkan krisis keyakinan terhadap agama Islam serta mencetuskan persengketaan dan ketegangan agama di antara masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini, serta artikel-artikel tulisannya yang berunsur fitnah dan palsu terhadap pemimpin negara bertujuan untuk menjejaskan keyakinan dan menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan yang mana seterusnya boleh menggugat ketenteraman awam dan memudaratkan keselamatan negara.
Raja Petra telah memohon writ habeas corpus bagi mendapatkan pembebasan dirinya daripada penahanan mengikut ISA dengan alasan bahawa penahanannya tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan. Beliau menamakan Syed Hamid sebagai responden.
Peguam Kanan Persekutuan Abdul Wahab Mohamad ketika ditanya sama ada pihaknya akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu berkata" Saya akan merujuk kepada pihak atasan dahulu sekiranya ingin membuat rayuan."
Sementara itu, suasana di mahkamah yang sesak menjadi riuh rendah apabila kira-kira 50 penyokong Raja Petra bertepuk tangan dan bersorak sebaik mahkamah membuat keputusan menyebabkan Hakim Syed Ahmad Helmy menegur dengan berkata: "This is the Court of Law" "Ini adalah Mahkamah Undang-undang."
-- BERNAMA
0 comments Labels: bernama, ISA, mahkamah, RPK
Mahkamah perintah Petra dibebaskan
Malaysiakini |
Nov 7, 08 10:00am |
Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini mengisytiharkan bahawa penahanan penulis blog Raja Petra Kamaruddin di bawah ISA adalah tidak sah dan memerintahkan supaya beliau dibebaskan segera. |
0 comments Labels: mahkamah, malaysiakini, RPK