+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, July 30, 2008

Rakyat Bercakap Tentang Kehidupan Yang Tertekan, UMNO Bercakap Tentang Mercedes

Buletin Online

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Wartawan Buletin Online
Tuesday, 29 July 2008

http://buletinonline.net/images/berita9/salahudinlatest.jpgDalam masa rakyat bercakap tentang kehidupan yang tertekan akibat kenaikan harga minyak, kesusahan dan kemiskinan, pemimpin UMNO bercakap tentang samada hendak menggunakan Mercedes E200 Kompressor atau Proton Perdana V6 Executive.

Anggota Parlimen Kubang Kerian, YB Salahudin Ayob berkata, pemimpin UMNO sering bercakap tentang integriti, buat pelan integriti, namun rasuah menjadi amalan negara.

Sebaliknya menurut beliau, PAS yang sudah memerintah Kelantan empat penggal, terbukti mempunyai integriti dan kredibiliti dalam mentadbir negeri.


“Kalau mereka nak tuduh kerajaan yang kita pimpin di Kelantan, ada kaitan dengan tuduhan rasuah, saya boleh bangga menjawab kembali tuduhan ahli-ahli parlimen UMNO,”ujar beliau.


Beliau berkata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat mempersilakan pihak polis atau Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk datang ke Kelantan melakukan penyiasatan sekiranya ada pemimpin Kelantan yang terlibat dengan rasuah.


“Kalau benar Tok Guru Nik Aziz dan Exco Kelantan terlibat melakukan rasuah,

“Tok Guru Nik Aziz kata sila datang ke pejabatnya 25 jam sehari, kita buka untuk siasatan polis dan BPR.”kata Salahudin

Beliau berkata pemimpin UMNO khususnya di Terengganu bukan berbincang bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat, tetapi berbincang tentang masalah kereta yang hendak digunakan oleh kerajaan.

”Bukan mereka bincang bagaimana nak mengeluarkan negeri Terengganu dari kemiskinan, bukan mereka bincang nak gunakan wang royalti minyak supaya sampai kesetiap rumah orang miskin,

“tapi hari ini tuan-tuan mendengar, dikedai-kedai kopi orang kampong mendengar, Menteri Besar Terengganu dan Perdana Menteri bergaduh tentang Proton Perdana dan kereta Mercedes,” ujar Salahudin dalam ceramah yang diadakan di Ma’ahad Tahfidz Wal Tarbiyah, Jalan Kelantan dekat sini semalam.


Beliau berkata demikian dalam mengulas isu pertukaran kereta rasmi kerajaan Terengganu yang sehingga kini belum selesai dan menyifatkannya sebagai membuang masa dan memalukan Negara.

Menyentuh tentang persoalan politik negara, Salahudin yang juga Ketua Pemuda PAS berkata, kekuatan gabungan parti-parti dalam komponen Barisan Nasional (BN) adalah kerana kuasa dan pangkat.

Beliau berkata UMNO yang menjadi tulang belakang BN hanya dihormati disaat UMNO kuat dan berkuasa, bila UMNO lemah, pada bila-bila masa parti-perti komponen yang lain berpaling tadah dari UMNO.


“Nampak mereka bersatu, nampak semacam mereka kuat, tetapi kekuatan mereka semata-mata kerana kuasa, kekuatan mereka semata-mata kerana jawatan penting dalam kerajaan,
”Mereka akan menghormati UMNO disaat UMNO kuat dan berkuasa, bila UMNO lemah dan bila UMNO berada dalam keadaan yang terumbang ambing, pada bila-bila masa Gerakan dan parti-parti yang lain, berpaling tadah dari UMNO,” kata beliau

Turut berucap dalam majlis sempena Isra’ Mikraj itu adalah Setiausaha Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan Ustaz Muzaihar Kamal, mewakili Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO), AFMY.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |