| Nazri Abdullah |
| HULU SELANGOR, 24 April: Warga peneroka digesa berani mempertahankan hak mereka dari terus ditipu dan ditindas Felda dan kerajaan BN khususnya dalam isu hak pemilikan tanah. |
Saturday, April 24, 2010
Peneroka digesa bangkit dari terus ditipu
0 comments Labels: Harakahdaily, penindasan, tolak BN
Monday, July 20, 2009
Tambang naik
Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my
Kenaikan 1.2 sen hingga RM31.70 mulai Ogos
KUALA LUMPUR: Kadar tambang lapan pengangkutan awam meningkat antara 2 sen hingga RM6.33 di Semenanjung, manakala di Sabah (2 sen hingga RM31.70) dan Sarawak (1.2 sen hingga RM2), berkuat kuasa 1 Ogos ini.
Kenaikan itu diluluskan Kabinet pada 17 Jun lalu berikutan peningkatan kos operasi perkhidmatan berkenaan. Kali terakhir kadar tambang bas ekspres, bas henti-henti, teksi dan kereta sewa dinaikkan pada Mei 2005, manakala bas sekolah pada April 2006.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, ketika mengumumkannya semalam, berkata Kabinet juga menggariskan beberapa langkah penambahbaikan industri pengangkutan awam agar seiring dengan kenaikan tambang itu.
Antaranya:
Pada sidang akhbar selepas menyampaikan surat tawaran kelulusan Fasa 3 kepada 831 pemandu teksi di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini, Mohamed Nazri yakin rakyat tidak terkejut dengan kenaikan tambang itu kerana ia sudah diwar-warkan lebih dua bulan lalu.
"Mereka sudah tahu. Pada masa itu, sudah tentu pandangan diberikan dan akhirnya kita umumkan," katanya.
Beliau berkata, peningkatan kadar tambang bas ekspres dan berhenti-henti sebanyak 30 peratus juga bukan kenaikan baru, sebaliknya dirasionalisasikan dengan kadar tambang tambahan semasa atau surcaj yang diluluskan sebelum ini.
Mohamed Nazri berkata, penentuan kadar tambang itu mengambil kira inisiatif serta subsidi diberikan kerajaan, di samping mengimbangi kepentingan pengusaha dan pengguna agar kenaikannya tidak membebankan.
"Kadar tambang baru adalah had kadar maksimum (siling) dan pengusaha pengangkutan awam dibenar untuk mengenakan tambang lebih rendah daripada kadar ditetapkan. Bagi tujuan kemudahan dalam operasi perkhidmatan bas, teksi dan kereta sewa, kadar tambang akan digenapkan kepada nilai RM0.10 terdekat.
Kenaikan itu membabitkan 32,921 teksi, bas sekolah (16,343), kereta sewa (19,128), bas berhenti-henti (9,061), bas ekspres (4,998), bas mini (3,168), teksi lapangan terbang (2,814) dan bas pengantara (195).
Beliau berkata, tambang bas ekspres di seluruh negara bagi kanak-kanak berumur antara tujuh hingga 12 tahun dinaikkan daripada 50 peratus kepada 75 peratus berbanding kadar tambang yang ditetapkan, manakala bas sekolah berhawa dingin di Semenanjung dan Sabah dibenar mengenakan tambahan tambang 30 peratus.
Bagi teksi dan kereta sewa di Semenanjung pula, perkhidmatan antara 12 tengah malam dan 6 pagi dikenakan caj tambahan 50 peratus ke atas kadar yang ditetapkan, manakala tambahan RM2 untuk sewaan melalui telefon.
Penumpang teksi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Terminal Tambang Murah juga dikenakan caj tambahan RM12, Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang (RM7), manakala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah Subang dimansuhkan.
Caj penumpang melebihi dua orang, bagasi yang diletakkan dalam but kenderaan dan tiga kanak-kanak bawah umur 12 tahun juga dimansuhkan.
Mohamed Nazri berkata, kaliberasi meter teksi mengikut kadar baru itu boleh dilakukan sehingga Disember depan dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) memberi diskaun pemeriksaan khas dengan bayaran hanya RM10 berbanding RM50 sebelum ini.
Beliau juga meminta pengguna yang ingin membuat aduan terhadap pemandu atau pengusaha pengangkutan awam, melakukannya secara bertulis kepada beliau atau Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan bukan melalui telefon bagi memudahkan siasatan.
0 comments Labels: barang naik, Berita Harian, penindasan
Monday, June 1, 2009
Manohara dakwa 'diperlaku seperti binatang'
| Malaysiakini |
| Jimadie Shah Othman | Jun 1, 09 4:15pm |
Bekas model terkenal Indonesia, Manohara Odelia Pinot memberitahu sidang akhbar di Jakarta semalam bahawa sepanjang sembilan bulan berkahwin dengan Tengku Temenggung Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra, dia "diperlakukan seperti binatang" dan "barang mainan". Sidang akhbarnya itu turut disiarkan oleh sebuah stesen televisyen Indonesia - Tran7 - yang kini tersebar melalui Youtube di Internet.Manohara mendakwa dia menjadi mangsa penganiayaan seksual, fizikal dan mental oleh suaminya. "Semuanya benar, tiada pembohongan tentang perkara itu. Saya ada bukti," katanya dalam sidang akhbar tersebut. "Jadi di Kelantan itu, jika saya dibilang puteri, (itu) benar-benar enggak. Saya diperlakukan seperti binatang. Saya dikunci dalam bilik. "Jika dibenarkan keluar pun, saya dipaksa senyum dan berlakon tiada apa-apa berlaku. Jika tidak, saya akan hadapi masalah apabila pulang nanti," katanya. Dalam sidang akhbar tersebut, Manohara turut menyuara kekecewaannya terhadap kedutaan negaranya di Malaysia kerana tidak menyiasat dakwaan beliau didera itu."Mereka kata saya gembira dan patut dibiarkan sendiri di Kelantan. Tetapi mereka tidak sekali pun menyiasat atau menelefon saya. Mereka kata, berdasarkan gambar, saya nampak gembiran dan OK," katanya. 'Dakwa kedutaan tak bantu' Dia juga mendakwa kedutaan Indonesia di Malaysia dan Singapura tidak membantunya ketika berada dalam kecemasan. "Pada hari Ahad (semalam), saya hubungi kedutaan Indonesia (Di Singapura) dahulu dan minta pertolongan. Mereka menolaknya walaupun ia kecemasan, sebab semalam hari cuti. "Mereka (kedutaan) minta saya hubungi semula pada hari Isnin (hari ini) dan memohon maaf kerana kerana tidak dapat membantu. Inilah jenis respons yang kamu dapat ketika waktu-waktu kecemasan. "Inilah Indonesia. Saya harap perkara ini boleh berubah," katanya yang banyak menggunakan bahasa Inggeris dalam sidang media di Jakarta semalam. Media Indonesia semalam melaporkan, Manohara yang asalnya mengikuti suaminya menziarahi Sultan Kelantan yang sedang gering dilaporkan "melarikan diri" dan pulang ke Indonesia dengan pertolongan kedutaan Amerika Syarikat di Kota Singa itu.Bagaimanapun, Mohd Soberi Shafii - sahabat karib kepada Tengku Muhammad Fakhry - berkata "Manohara tidak lari atau dilarikan, sebaliknya pulang dengan izin suaminya". |
0 comments Labels: malaysiakini, penindasan
Tuesday, May 26, 2009
Warga emas cedera dicekik, diheret 5 meter
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
bhkb@bharian.com.my
Peragut sempat larikan sebahagian rantai leher mangsa
TUMPAT: Seorang warga emas cedera dicekik dan diheret kira-kira lima meter oleh seorang lelaki yang meragut rantai lehernya di sebuah kedai runcit dekat Sri Tujoh di sini.
Dalam kejadian jam 4 petang kelmarin, Saadiah Musa, 63, cedera di mata, leher, tangan dan lutut selepas bergelut dengan peragut terbabit bagi menyelamatkan rantai lehernya yang bernilai RM5,000.
Saadiah berkata, sebelum kejadian itu sebuah Proton Wira Aeroback merah tua, beberapa kali lalu di hadapan kedainya tetapi beliau tidak mengesyaki apa-apa.
"Tiba-tiba kereta itu berhenti dan seorang lelaki berkaca mata hitam turun serta menuju ke arah saya memberitahu hendak membeli bawang dan gula. Saya masuk ke dalam kedai untuk mengambil gula dan membungkus bawang yang dimintanya.
"Ketika membongkok mengambil barangan itu, tiba-tiba saya dicekik dan muka ditolak ke lantai. Saya memegang tangannya untuk menghalangnya menarik rantai saya," katanya ketika ditemui, semalam.
Saadiah berkata, beliau meronta sambil menjerit memanggil suaminya yang berada dalam rumah, tetapi peragut terbabit terus mengheretnya keluar kira-kira lima meter hingga rantai lehernya terputus.
"Lelaki itu melarikan diri bersama sebahagian rantai leher yang putus ke arah Proton Wira yang menunggu di hadapan kedai," katanya yang menerima rawatan pesakit luar di Hospital Tumpat.
Katanya, kejadian itu adalah yang pertama sejak membuka kedai runcit di kampung itu lima tahun lalu.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Tumpat, Superintendan Othman Nayan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.
Beliau berkata, polis sedang mengesan dua lelaki terbabit yang dipercayai penduduk tempatan di sekitar Tumpat.
0 comments Labels: Berita Harian, penindasan, rosak akhlak
Friday, April 10, 2009
Buta mata terkena kelongsong
mohdkhairi.mohamad@kosmo.com.my

![]() |
| KERATAN Kosmo! 8 April 2009. |
KOTA BAHRU - Nasib malang menimpa seorang peniaga, Mohd. Huzaifah Mohd. Nor, 18, apabila mata kanannya buta dalam sekelip mata akibat terkena kelongsong gas pemedih mata Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dalam kejadian Selasa lalu.
Insiden berlaku sewaktu mangsa yang sedang sibuk mengemas barang berniaga sebelum pulang tiba-tiba menjadi sasaran kelongsong itu yang dipercayai dilepaskan oleh polis bagi meleraikan rusuhan di luar Stadium Sultan Muhamad Ke-IV di sini.
"Masa itu keadaan kelam-kabut, saya dengan sepupu tengah kemas barang berniaga untuk pulang, tiba-tiba saya rasa ada benda keras kena mata kanan saya.
"Selepas itu saya rebah dan hampir pengsan kerana terlalu sakit, darah banyak keluar dari mata kanan.
"Dalam keadaan separuh sedar itu, saya dipapah oleh sepupu saya ke hospital yang terdekat yang terletak kira-kira 200 meter dari tempat kejadian. Mata saya selesai dibedah kira-kira pukul 2 pagi semalam (kelmarin)," ceritanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini semalam.
Tambahnya, kecederaan itu menyebabkannya mengalami kecacatan kekal dan pasti menyukarkan kehidupannya sebagai pelajar di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pengkalan Chepa dekat sini.
0 comments Labels: kosmo, penindasan
Pelajar buta terkena serpihan gas pemedih mata
| Malaysiakini |
| Apr 10, 09 9:44am |
| Seorang pelajar buta sebelah mata setelah terkena serpihan objek daripada gas pemedih mata ketika rusuhan penyokong bola sepak Kelantan di luar stadium malam Selasa lepas. Ketika kejadian, Muhammad Huzaifah Mohd Noor, 18, dari Kampung Pasir Tok Kambing di Kota Bharu sedang mengemas barangan jualan di gerai minuman milik sepupunya, lapor Bernama. Mata kanan Muhammad Huzaifah, pelajar Institut Latihan Perindustrian Pengkalan Chepa, gagal dipulihkan walaupun menjalani pembedahan lebih empat jam di hospital sejurus selepas kejadian. Menceritakan detik kejadian, Muhammad Huzaifah berkata kejadian itu berlaku ketika beliau sedang membantu sepupunya Abdul Rahman Hussein di gerai yang terletak 100 meter dariStadium Sultan Muhammed IV, dan bersiap untuk pulang. "Tiba-tiba saya tengok keadaan jadi kecoh dan orang ramai berlari sambil terdengar polis memberi arahan supaya bersurai. "Saya berpaling ke arah anggota polis berkenaan yang kebetulan melepaskan gas pemedih mata ke arah saya, tanpa sempat saya mengelak, objek itu terkena mata kanan saya," mangsa dipetik berkata di Hospital Raja Perempuan Zainab II semalam. Abdul Rahman pula berkata beliau sempat tunduk apabila gas pemedih mata itu dilepaskan yang terkena Muhammad Huzaifah dan beliau melihat darah keluar dari mata kanan mangsa sambil menjerit kesakitan. "Saya dan beberapa orang lagi terpaksa memapah beliau ke hospital yang letaknya tidak jauh dari tempat berkenaan," katanya. Ibu mangsa Kamariah Hussein, 60, berkata apa yang berlaku sangat menyedihkan beliau sekeluarga tambahan pula suaminya Mohd Noor Abdul Rahman, 72, baru tiga hari dibenarkan keluar dari hospital kerana sakit jantung. Menurut Kamariah, lapor agensi berita itu lagi, aduan polis telah dibuat pada malam kejadian dan keluarganya turut menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat. Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi kelmarin mengesahkan seorang remaja berusia 18 tahun cedera selepas terkena gas pemedih mata. |
0 comments Labels: FRU, malaysiakini, penindasan
Friday, December 19, 2008
IJN – No to privatization
by Dr. Chen Man Hin
When Institut Jantung Negara (IJN) - National Heart Institute - was launched in 1992, the Malaysian government promised that IJN would be a centre to serve all people with heart diseases, irrespective of race and with due care and treatment for the poor.
Assurance was given that heart patients would be treated fairly as in all government-run hospitals and that IJN would not be an exclusive hospital for the rich and well-to-do. People from all walks of life would be allowed to enjoy the facilities in the special heart hospital.
This aspiration of IJT to help poor heart cases is now shattered by the announcement that IJN would be handed to a private company, albeit the largest corporation in the country - Sime Darby.
PRIVATISED HOSPITALS ARE RUN ON A BUSINESS BASIS WITH OBJECTIVE OF EARNING PROFITS - TO MAKE MONEY
It is unlikely that Sime Darby will run IJN as a social and charitable hospital, like a government hospital. Its objective is to earn as much profits as possible. There are too many private hospitals in the country which charge substantially, which only the rich could afford.
With Sime Darby at the controls of IJN, the poor who form the majority of the patients will suffer, and being unable to pay, they will not have access to health care offered by IJN as of today.
The government stands to lose by giving control of IJN away:-
1 IJN is a going concern and successfully managed and bringing great benefits to the people and a sound reputation internationally as a well-organised heart centre.
2. as an institute with excellent facilities and world class medical expertise, it is well placed to lead the battle against the threat of heart disease as the number one killer in the country. This is the sacred duty of IJN. This role cannot be performed by a private hospital whose aim is to make profits.
3. The government must not relinquish its responsibility by giving up the one place where heart patients look confidently for care and treatment, in particular the poor of this country.
0 comments Labels: bloggers united, IJN, penindasan
Biro aduan awam didakwa 'enggan terima rungutan'
| Malaysiakini |
| Abdul Rahim Sabri | Dec 19, 08 11:17am |
| Biro Pengaduan Awam (BPA) didakwa enggan menerima rungutan penduduk Kampung Baru Plentong Tengah, Johor Bahru walaupun mereka hadir bersama Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pagi ini. |
0 comments Labels: Johor, malaysiakini, penindasan
PAS bantah IJN dijual pada Sime Darby
| Irwan Muhammad Zain Fri | Dec 19, 08 | 12:07:13 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 19 Dis (Hrkh) - PAS membantah keras hasrat kerajaan mahu menjual Institut Jantung Negara (IJN) kepada Sime Darby Berhad. "Kita mempersoalkan apa keperluan terdesak kerajaan mahu menjual IJN ini kepada Sime Darby sedangkan IJN tidak menghadapi masalah kewangan sebaliknya kerajaan yang menghadapi masalah kewangan. "Kalau Kementerian Kewangan sudah tidak mampu menguruskan IJN serahkan saja kepada Kementerian Kesihatan," kata beliau ketika dihubungi sebentar tadi. Beliau turut mempersoalkan apakah hasrat kerajaan mahu menjual IJN kepada Sime Darby kerana ada pihak tertentu yang bakal memperolehi keuntungan. Mahfuz menegaskan PAS mebantah penjualan IJN kerana kerana selama ini institusi itu sedikit sebanyak membantu rakyat yang tidak berkemampuan. Selain itu beliau berkata, banyak projek yang diswastakan di negara ini mengakibatkan bayaran yang meningkat dan beliau tidak melihat mana-mana projek yang diswastakan bayarannya menurun. "Sudah tentu apabila bayaran meningkat ia akan membebankan golongan berpendapatan rendah," kata beliau. Beliau juga menegaskan apa yang penting ialah sama ada penswastaan boleh menjamin kecekapan dan keberkesanan khidmat yang diberikan. "Bila diswastakan tentu akan ramai doktor pakar memilih untuk berkhidmat di hospital swasta kerana tawaran gaji dan beberapa insentif yang menarik dan akhirnya hospital kerajaan tidak lagi mempunyai doktor pakar," tegas Mahfuz. Bernama pada 17 Disember lalu melaporkan Sime Darby Berhad melalui Sime Darby Healthcare telah menulis surat kepada kerajaan menyatakan hasratnya membeli kepentingan dalam IJN Holdings Sdn Bhd. Kabinet pada prinsipnya sudah bersetuju untuk menjual kepentingan Kementerian Kewangan kepada Sime Darby Healthcare. IJN ditubuhkan untuk membantu rakyat mendapatkan rawatan jantung pada kadar yang lebih murah berbanding hospital swasta. Ketika ini, Kementerian Kewangan melalui syarikat Menteri Kewangan diperbadankan memiliki 99 peratus saham IJN. - mks. _ |
0 comments Labels: Harakahdaily, IJN, PAS, penindasan
Thursday, November 13, 2008
Pekerja Zoo Singapura rakyat Malaysia mati dibaham harimau
SINGAPURA: Zoo Singapura di Jalan Mandai di sini gempar apabila seorang pekerja rakyat Malaysia mati dipercayai dibaham harimau putih peliharaan zoo itu hari ini.
Polis Singapura ketika dihubungi Bernama berkata Nordin Montong, 30-an, dijumpai dalam keadaan cedera di leher dan badannya.

Polis menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.30 tengah hari tadi mengenai kejadian itu dan terus berkejar ke zoo berkenaan.
Paramedik yang turut dikejarkan ke sana mengesahkan Nordin meninggal dunia pada pukul 12.45 tengah hari.

Polis bagaiamanapun tidak pasti dari negeri mana di Malaysia Nordin berasal.
Laporan awal mendapati dia dipercayai diserang oleh tiga ekor harimau putih apabila masuk ke dalam kandang pameran haiwan itu.
Para penjaga zoo yang melihat kejadian itu cuba menyelamatkan Nordin dengan mengalihkan perhatian harimau-harimau itu. BERNAMA
0 comments Labels: mstar online, negara luar, penindasan
Friday, October 31, 2008
‘Hadiah Istimewa’ Menjelang Monsoon Cup - Penduduk Tok Abu Terima Notis Roboh Rumah
| Buletin Online
Ditulis oleh WanKay | |
| Friday, 31 October 2008
| |
Hairan??!! Rumah yang bertanda pangkah menerima notis roboh, rumah yang bertanda anak panah (rumah kerabat JKKK) tidak diberi notis ! Dalam keadaan ‘kroni’ yang terbabit bergembira menyambut keputusan kerajaan meneruskan penganjuran sukan tersebut dengan peruntukan RM22.6 juta, tiga keluarga di Kampung Tok Abu Seberang Takir mengalami ‘detik cemas dan perasaan gundah gulana’ kerana rumah mereka akan dirobohkan pada bila-bila masa mulai 22 Oktober lalu.
Katanya, tanah tersebut merupakan peninggalan keluarga serta mengakui tidak pernah membuat permohonan secara rasmi kerana pernah mendapat jaminan dari wakil rakyat Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN). “Saya akui kesilapan tidak membuat permohonan rasmi tetapi telah tinggal sejak lebih 20 tahun dan penduduk asal di kampong ini. “Saya pernah dapat ‘jaminan’ seorang bekas wakil rakyat Umno-BN ketika itu supaya duduk (tinggal) di atas tanah itu tanpa rasa bimbang kerana telah turun-temurun,” jelasnya kepada Buletinonline, hari ini. Beliau melahirkan rasa sedih dan dukacita kerana menerima notis dari kerajaan yang dipilihnya pada pilihanraya umum yang lalu. “Saya rasa terkilan dan sedih dengan penerimaan notis itu dan harap kerajaan buat pertimbangan semula dengan menyediakan tapak baru untuk kami sekeluarga sebagai tempat tinggal baru,” katanya ketika ditemui Buletinonline semalam. Menurutnya, pihak kerajaan negeri tidak akan membayar apa-apa pampasan terhadap notis tersebut kerana didakwa menceroboh tanah kerajaan. “Mak Cik cukup-cukup sedih dan terasa hati bila dapat notis kerajaan supaya kami kosongkan tanah itu yang diduduki sejak lebih 35 tahun lalu.
“Mak Cik pernah buat permohonan tanah itu sejak 10 tahun lalu tetapi kerajaan tidak memberikan jawapan dan tiba-tiba menerima notis roboh,” ujarnya dengan nada sedih dan terharu. Katanya, kerajaan negeri perlu melihat kewajaran ‘menghalau’ penduduk asal yang tinggal di atas tanah tersebut sejak terun-temurun lagi. Beliau juga meminta kerajaan berlaku adil, kerana menurutnya hanya tiga buah rumah sahaja disitu yang menerima notis roboh sedangkan dua rumah yang didiami oleh ‘kaum kerabat Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung tidak diberi notis. “Kerajaan kena adil, jangan pilih kasih, mengapa rumah Mak Cik yang kena sedangkan dua rumah lagi ‘adik beradik’ JKKK tidak diberi notis,”katanya sambil jarinya menunjuk kearah dua buah rumah tersebut. “Saya minta kerajaan negeri buat perkiraan dan pertimbangan semula untuk beri hak milik kepada tidak orang penghuni yang masing-masing telah terima notis roboh rumah mereka. “mereka (mangsa) adalah penduduk asal di Kampung Tok Abu ini dan wajar diberi hak milik ke atas tanah yang telah mereka terokai dan usahakan, “menurut kaedah Islam, mereka berhak diberi hak milik kerana usaha mereka ‘menghidupkan’ tanah tersebut ” ujarnya. Katanya, tanah ganti dan pampasan perlu diberi jika kerajaan negeri terpaksa mengambil balik tanah-tanah tersebut. “Masalahnya, ke mana mereka hendak pergi jika rumah mereka dirobohkan dan kerajaan perlu tangani segera dengan menggantikan tapak tanah baru kepada penduduk yang terlibat dengan pengambilan balik tanah di Kampung Tok Abu,” tegasnya. Oleh itu, katanya pihak Pejabat Tanah Daerah perlu menyediakan tapak tanah baru kepada beberapa buah keluarga tersebut yang tidak berjauhan dengan tempat kerja mereka.
Notis berkenaan turut memaklumkan bahawa pihak Pejabat Tanah Daerah tidak akan mengeluarkan apa-apa amaran lagi dan tindakan roboh boleh dilakukan pada bila-bila masa dari sekarang
|
0 comments Labels: buletin online, monsoon cup, penindasan, terengganu
Sunday, September 28, 2008
Lanun bebaskan 41 tebusan Malaysia
KUALA LUMPUR - Kesemua anak kapal tangki milik Malaysia, Bunga Melati 5 yang dijadikan tebusan oleh lanun Somalia sejak bulan lalu telah dibebaskan semalam.
Pengarah Program Bantuan Pelaut Afrika Timur (EASAP), Andrew Mwangura berkata, kapal berkenaan dibebaskan bersama kesemua 41 anak kapal selepas sejumlah wang tebusan dibayar.
Mwangura berkata, pembebasan kapal Bunga Melati 5 yang membawa bahan kimia itu dibuat semalam selepas wang tebusan AS$2 juta dibuat.
"Wang tebusan itu telah dihantar oleh tentera laut Malaysia yang berada di kawasan tersebut," katanya yang dipetik Reuters semalam.
Pada 29 Ogos lalu, kapal tangki Malaysia kedua, MT Bunga Melati 5 ditawan oleh lanun tidak dikenali di perairan antarabangsa di luar pantai Yaman pada 9.50 malam.
Ada 41 anak kapal dan 36 daripadanya adalah rakyat Malaysia manakala lima lagi rakyat Filipina.
Semasa kejadian, kapal tangki, yang membawa muatan 30,000 tan metrik petrokimia, sedang dalam perjalanan ke Singapura dari Yanbu, Arab Saudi.
Pada 19 Ogos, kapal MT Bunga Melati Dua, ditawan oleh sekumpulan lanun bersenjata di Teluk Aden, antara Yaman dan Somalia.
Kapal yang membawa muatan minyak sawit dengan anak kapal terdiri daripada 29 rakyat Malaysia dan 10 warga Filipina, diserang pada kira-kira 10.00 malam, semasa dalam perjalanan menuju ke Rotterdam dari Dumai, Sumatera.
0 comments Labels: kosmo, penindasan
Saturday, September 27, 2008
Angkara ISA buat anak isteri tahanan hidup melarat
| Anis Nazri || anisnazri@harakah.net.my | Foto Wan Zahari Fri | Sep 26, 08 | 12:22:08 pm MYT | |
| SANDAKAN, 26 Sept (Hrkh) - Tiada yang begitu menyayatkan hati apabila menyaksikan pengorbanan yang dilalui Nasimah Jamal, 16, apabila terpaksa membanting tulang empat kerat untuk meneruskan kelangsungan hidupnya sekeluarga. Di saat remaja seusianya sibuk menimba ilmu di sekolah, Nasimah hanya menghabiskan masanya di kedai menjual telur, selain membantu ibunya, Norhatta Paraji di kedai runcit kecil milik mereka. Tidak bersekolah Keciciran tersebut tidak lain dan tidak bukan angkara ISA yang menyelubungi kehidupan mereka sejak empat tahun lalu, di saat ayah kesayangannya ditahan akta rimba itu. Kesukaran Norhatta menjaga tujuh orang anak sekaligus, menimbulkan rasa trauma kepadanya untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Dengan kesempitan hidup yang dialaminya, kekangan kewangan serta masa yang perlu diluangkan bersama anak-anak menjadikan hasrat melihat anak-anak menimba ilmu terpendam begitu sahaja. Norhatta, memiliki tujuh orang anak, masing-masing berusia lingkungan 16 tahun sehingga lima tahun, yang hanya menghabiskan masa-masa bersama di rumah usang milik mereka. Menyaksikan episod masa depan mereka yang gelap ini, jelas membuktikan betapa ISA itu bukan saja menafikan hak bapa mereka menjalankan tanggungjawabnya, malah menafikan hak anak-anak untuk mendapat pendidikan sewajarnya. Malah, Nasimah terpaksa bekerja membantu ibunya dalam meneruskan sisa-sisa kehidupan mereka sekeluarga tanpa belaian kasih sayang seorang ayah. Biarpun memiliki kedai, berapa sangatlah keuntungan yang diperoleh beliau. Malah, setelah hampir dua jam Harakah mengunjunginya, bilangan pelanggan yang memasuki kedainya tidak sampai tiga orang. Tidak pernah melawat ayah Tidak cukup dengan derita yang terpaksa ditanggung, keluarga ini tidak pernah berpeluang melawat ayah mereka yang ditahan di Kemta kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang membolehkan mereka tiba di Semenanjung bertemu bapa mereka. Hanya surat dari Kemta saban minggu yang menjalinkan ikatan hati dan kasih sayang antara suami dan isteri, bapa dan anak-anak. Dengan surat-surat itulah kerinduan yang tersarat di dada dapat dilepaskan. Namun, ianya sudah pasti tidak terubat begitu sahaja. Luah rasa rindu Beberapa hari lalu, anak sulungnya, Nasimah, melahirkan rasa rindu terhadap ayahnya. Nasimah menghantar sistem pesanan ringkas kepada aktivis GMI, Norlaila Othman, menyatakan rasa rindu serta memohon pertolongan agar dapat bertemu ayah tersayang. Hati siapa yang tidak tersentuh melihat anak-anak kecil ini terbiar tanpa kasih sayang seorang bapa. Walaupun ibunya masih ada, namun kasih sayang ibu tidak mampu menyamai kasih sayang seorang bapa. Apatah lagi, kekejaman ISA itu bukan hanya memisahkan kasih sayang antara suami-isteri dan bapa-anak, tetapi turut menghimpit kehidupan mereka, serta menafikan hak pendidikan anak-anak. Menginsafi nasib mereka, khususnya menjelang Syawal yang sewajarnya disambut dengan gembira bersama keluarga, Harakah menunaikan rasa tanggungjawab sosial dengan menyampaikan sumbangan kepada mereka. Sumbangan hasil derma pembaca Harakah yang budiman, disampaikan sendiri Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman kepada Norhatta bagi meringankan bebanan hidup dan perasaan mereka sekeluarga menjelang Syawal ini. - mr_ |
0 comments Labels: Harakahdaily, ISA, penindasan
Monday, September 15, 2008
Pengalaman wartawan 18 jam ditahan ISA
| Mstar Online 15-09-2008 01:54:48 PM |
| BERITA TULISAN WARTAWAN SIN CHEW DAILY, TAN HOON CHENG MENGENAI PENGALAMAN 18 JAM DITAHAN DI BAWAH ISA
Suddenly, a group of plain cloth police officers appeared at my front gate. The person who started to identify the group and the purpose of this visit was a woman officer. She was also the only one in her uniform. Through the gate, she told me that I have to follow them to the Police station, in response to that I told her that unless they have a warrant of arrest, I will not open the gate. At the same time, I immediately rung up the legal adviser of our company and my direct superior, seeking their advice. Later, the female officer told me that they are arresting me under Internal Security Act, therefore a warrant is not required. On hearing that, I was immediately was prepared for the worst. I have to act calm, comforting my parents and reassuring them that my colleagues would be waiting for me at the police station to render assistance. When I was taken away, my parents acted strongly, they kept on asking the police to accord me with proper treatment. I was brought to Seberang Perai Tengah IPD (district head office), and I was placed in a chilling cold room while waiting for the police to begin their paperwork. I was accompanied by a female officer who seemed to be trembling as a result of the low room temperature as well. To break the silence, I initiated a conversation. She told me, "You seemed to be very calm." I told her, "I am arrested under the Internal Security Act, even though I am scared, I have to face this reality. But I am worried about my parents, friends and relatives, they must be very worried about me." To be frank, I was very cool-headed. I believed that there must be a lot of people out there supporting me, giving me the strength that I need, so I must stay strong, to be with these people who are supporting me. The police recorded all my personal belongings, these were later taken away from me. After that, I am considered ready to be sent to the Police Contingent Headquarters in Penang. When I was brought out of the police station, I realised that a lot of my colleagues in the media, together with representative from different parties and groups were already waiting outside the Police station to show their support. Seeing this,I was deeply touched, I could no longer hold my tears. When the police car arrived at the station's entrance, my superior, Puah Eu Peng, our Northern Region Manager, tried to halt the car with his body, to slow the police car's movement. He knocked at the window, to make sure that I was in the car and gestured to show me his support. I instantly wiped off my tears, I realised that a lot of them are staying with me, I must be with them as well. After taking my thumbprints, I was given my dinner and arranged to spend my night in remand. It was not to my knowledge that my colleagues in the profession and people from different groups and parties were there to show their support, right outside that station. I requested the female officer to keep the lights on. She told me not to worry, she will not switch off the lights. The police also informed me that I would be meeting my parents tomorrow morning at eight. I have spent a very long time, thinking of everything that I have to tell my parents. I have lost touch with the outside world this is my only opportunity, I must cherish it, to clearly explain everything to my parents. After clearing my mind and organising my thoughts, I tried to sleep while lying on the wooden bed with the company of the mosquitoes and the noise of water dripping. I have no idea what tomorrow holds for me, but I know I have to be in my perfect condition to handle everything. I have never suffered from insomnia and this very night, I finally experienced it. Deep down in my heart, I know that those who care about me, would also be experiencing the same, my heart wrenched thinking of that. At 6 o'clock in the next morning, when I was about to wash up, the female officer passed me the clothing brought by my parents. I was surprised; everything was new, the toiletries, t-shirts, shorts, panties. I later discovered that the 'parents' that the police officer was referring to were a bunch of my colleagues. While waiting outside the Penang Police Contingent Headquarter, they have prepared all these for me. They were uncertain when I would be released, but they told themselves that they must get these necessity items ready in the briefest time possible. I met my parents and bided them goodbye, the police informed me that they would bring me to the Police Headquarter in Bukit Aman in Kuala Lumpur. My heart sank, I told myself this is the beginning of it, I must brace myself for everything. After few turns of event, I was eventually brought to the Perak Police Headquarter in Ipoh. After a brief interrogation session, I was brought back to Penang Police Headquarter again. It was here, where I was interrogated further. I told myself to keep my mind clear, I must tell them the truth, and respond appropriately. After the interrogation session, I was brought to see another higher-ranked officer, he told me, "We can both go home now!". Both of us turned to the clock on the wall, the time was 2.25p.m. This my 18 hours under ISA. I have gone through a lot After being released, I received a lot of messages, telephone calls and bouquets. My colleagues in the press, representatives from political parties, society leaders, schoolmates, classmates, friends and relatives have visited me at home. Of course, not forgetting the readers and the public who called up or visited Sin Chew Daily's office in Penang or the Head Office in Petaling Jaya. Calls, messages, well wishes, and visits from readers and friends. To all of them, I have to express my deepest gratitude. During that 18 hours which was filled with a lot of uncertainties, I felt that there is some unknown strength that has supported me throughout, I knew it must be from you all, those whom I knew or have not met! I realise that our journey is still full with challenges and obstacles, so we have to continue the same righteous spirit and courage that we have all shown this time! Our society needs this spirit, to build a better tomorrow. I have finally been freed, but I hope Teresa Kok and Raja Petra Kamaruddin and all those detainees under the Internal Security Act, could be released as soon as as possible. If the authorities think that they have broken the law, they should brought to the court of law to receive transparent and fair trials.
|
0 comments Labels: ISA, mstar online, penindasan
Monday, September 8, 2008
Rakyat Susah, BNBBC Makan Angin.
| Buletin Online
| | | |
| Ditulis oleh Wartawan Buletin | |
| Monday, 08 September 2008
| |
Sinar Harian memetik beliau berkata, dalam keadaan rakyat susah menanggung keperitan hidup akibat kenaikan harga barangan keperluan berpunca daripada kenaikan harga bahan api, kerajaan BN sepatutnya menunjukkan teladan yang baik dengan tidak menganjurkan lawatan ke luar negeri yang pastinya menelan belanja yang besar.
|
0 comments Labels: buletin online, penindasan, tolak BN
Saturday, September 6, 2008
Kerajaan Terengganu, KETENGAH, Tidak Bertanggungjawab
| Buletin Online
| | | |
| Ditulis oleh SM Noor & WanKay | |
| Friday, 05 September 2008
| |
| sendiri yang tutup, dan kali kedua ini kilang ini disewa oleh Rapid Skill Sdn Bhd, sebuah syarikat swasta, lebih 100 orang hilang kerja, kebanyakkannya bekas pekerja Permint Plywood,”kata Setiausaha PAS Kawasan Dungun Haji Roslan Ismail, ketika mengulas penutupan kilang Permint Plywood di Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), dekat sini.
“sekarang mereka biarkan kilang dibawah kuasa mereka ditutup dalam bulan Ramadhan, pekerja yang diberhentikan, dan bakal menghadapi Hari Raya Aidil Fitri dalam keadaan tak menentu,
“Tidak ada makna Ketengah ditubuhkan, sekiranya gagal memajukan rakyat, setelah 35 tahun ditubuhkan, masih ada penduduk dibandar utamanya sendiri menganggur dan dibuang kerja,” tambah beliau |
0 comments Labels: buletin online, penindasan, terengganu
Raja Petra boleh dikenakan tindakan di bawah ISA
Mstar Online
06-09-2008 12:12:41 PM
PUTRAJAYA: Penulis blog "Malaysia Today" Raja Petra Kamaruddin (gambar) boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ekoran ulasannya yang terdapat di laman web itu yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata jika siasatan yang akan dijalankan berikutan laporan polis yang dibuat empat agensi agama mendapati beliau bersalah, tindakan itu boleh dikenakan terhadapnya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan polis yang dibuat hari ini terhadap Raja Petra oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Dalam ulasan artikel bertajuk `I Promise to be a good, nonhypocritical Muslim', Raja Petra menggunakan ayat-ayat yang menghina orang Islam selain membenarkan komentar yang menghina Islam dan Nabi Muhamamd untuk artikel `Not all Arabs are descendants of the Prophet' disiarkan dalam laman web berkenaan.
"Tindakan yang dibuat oleh agensi agama itu adalah sejajar dengan undang-undang kerana tindakan dia (Raja Petra) mengeluarkan kata-kata lucah, buruk terhadap Nabi Muhammad adalah bertentangan dengan undang-undang.
"Siasatan dan tindakan yang cepat perlu dibuat supaya dapat menyedarkan dia (Raja Petra) dengan segera dan dia perlu belajar menghormati agama Islam...kerana tidak ada sebarang lesen percuma dalam kebebasan untuk melakukan apa-apa sahaja," katanya.
Syed Hamid berkata orang bukan Islam pun tidak akan menulis seburuk apa yang Raja Petra tulis.
Walaupun Raja Petra menafikan beliau bukan pemilik laman web itu, Syed Hamid berkata siapa pemiliknya tidak penting tetapi memandangkan Raja Petra sering menjadikan dirinya wakil kepada laman web berkenaan jadi beliau perlu bertanggungjawab untuk apa jua kandungan yang disiarkan.
Syed Hamid juga berkata penubuhan Majlis Media perlu dikaji semula memandangkan tindakan laman web kebelakangan ini seolah-olah meletakkan undangundang di tangan mereka sendiri.
Cadangan penubuhan Majlis Media pernah dikemukakan sebelum ini tetapi dikatakan menerima bantahan daripada para pengamal media.
"Penubuhan majlis itu bukan untuk menguasai media tetapi bagaimana untuk mengurus media sekiranya mereka melanggar kebebasan yang diberikan dan saya akan cuba berbincang semula dengan pengamal media bagi mendapatkan maklum balas mengenai perkara itu," katanya. BERNAMA
0 comments Labels: mstar online, penindasan, RPK
Wednesday, September 3, 2008
Angkara JKKK, OKU dinafikan duit raya?
| Buletin Online
| | | |
| Ditulis oleh Wartawan Buletin | |
| Tuesday, 02 September 2008
| |
Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said menyatakan Kerajaan negeri Terengganu meluluskan peruntukan RM46.594 juta sebagai bantuan kepada golongan yang memerlukan sempena Hari Raya Aidilfitri ini.
Namun sebaliknya tinjauan Buletin Online mendapati bukan semua rakyat dapat merasai ‘nikmat’ dana khas ‘duit raya’ yang dinyatakan oleh Ahmad.
Antaranya adalah sebuah keluarga miskin warga emas dari Kampung Bukit Nenas, Encik Nasir Hamzah, dari Kampung Bukit Nenas, dekat sini.
Walaupun beliau adalah penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri ini, namun menurutnya bantuan duit raya melalui dana khas telah ‘dipotong’ tanpa sebarang penjelasan.
“Saya tidak pernah bantuan raya dana khas sejak kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah semula Terengganu ini tetapi dahulu ada juga sekali-sekala.
“Saya pun sudah lama tidak bekerja kerana masalah mata kabur dan mengharapkan bantuan bulanan pejabat kebajikan masyarakat,” ujarnya.
|
0 comments Labels: buletin online, penindasan, terengganu
Sunday, August 10, 2008
Lebih Ramai Penduduk Akan Dihambat keluar Dari Pulau Duyong
| Buletin Online | | | |
| Ditulis oleh Wartawan Buletin | |
| Friday, 08 August 2008 | |
|
Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Penduduk Pulau Duyong (Pekeduy) Muzafeq Affyulzaifuzan Muhammad menyatakan demikian ketika ditemui Buletin Online baru-baru ini. “walau bagaimanapun saya akan buat siasatan,” katanya apabila ditanya kawasan manakah yang akan terlibat dengan tindakan kerajaan tersebut. |
0 comments Labels: buletin online, penindasan, terengganu
Peguam Wan Rohimi Wan Daud berkata, Felda kini menggunakan Akta Kumpulan Penempatan Berkelompok atau Group Settlement Act (GSA) 1960 untuk menindas peneroka.
Sidang akhbarnya itu turut disiarkan oleh sebuah stesen televisyen Indonesia - Tran7 - yang kini tersebar melalui
Dalam sidang akhbar tersebut, Manohara turut menyuara kekecewaannya terhadap kedutaan negaranya di Malaysia kerana tidak menyiasat dakwaan beliau didera itu.
Media Indonesia semalam melaporkan, Manohara yang asalnya mengikuti suaminya menziarahi Sultan Kelantan yang sedang gering dilaporkan "melarikan diri" dan pulang ke Indonesia dengan pertolongan kedutaan Amerika Syarikat di Kota Singa itu.
Menurutnya, Siva memaklumkan kepada mereka, "daripada semua biro aduan awam (di seluruh negara), inilah negeri yang paling mengecewakan."
Pengerusi penaja PKKBPT Kamarul Arifin Yusa (foto) mengesahkan BPA tidak merekodkan sebarang aduan berhubung perkara tersebut.
Penjualan IJN atas dasar penswastaan itu menandakan kedudukan kewangan negara barada pada tahap kritikal akibat dari penyelewengan dan rasuah yang semakin meningkat, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar.






"Sejak suami ditahan, saya mengambilalih tugas suami sebagai bapa kepada mereka, selain meneruskan peranan saya sebagai ibu. Bagaimana dalam satu masa, saya terpaksa mencari nafkah, menghantar dan mengambil anak bersekolah, sekaligus menjaga anak kecil saya?" soal beliau ketika krew Harakah menemui beliau di kediamannya di Batu 19, Sandakan, 23 Sept lalu.
Setelah hampir empat tahun dipisahkan dari bapa, mereka tidak berpeluang melawat bapa yang dirindui. Lebih malang lagi, pihak polis (SB) bertindak merampas sijil kelahiran anak-anak ini, yang berasal dari Filipina.
On 12 September, about eight thirty in the evening, I was at my home in Bukit Mertajam, Penang. While enjoying my yew char koay (fried dough stick), I was worried about the show cause letter issued to Sin Chew Daily, and anxious about the days ahead for my newspaper.








