Buletin Online
|
Ditulis oleh SM Noor & WanKay | |
Friday, 05 September 2008
| |
Dungun - “Ini adalah kali kedua kilang ini ditutup, kali pertama, berlaku pada tahun 2006, hampir 500 orang hilang pekerjaan, sendiri yang tutup, dan kali kedua ini kilang ini disewa oleh Rapid Skill Sdn Bhd, sebuah syarikat swasta, lebih 100 orang hilang kerja, kebanyakkannya bekas pekerja Permint Plywood,”kata Setiausaha PAS Kawasan Dungun Haji Roslan Ismail, ketika mengulas penutupan kilang Permint Plywood di Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), dekat sini.
Justeru, beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) Bukit Besi menyelar kerajaan UMNO/BN yang tidak bertanggunjawab membiarkan kilang tersebut ditutup dan menyebabkan rakyat hilang pendapatan dan mata pencarian.
“sekarang mereka biarkan kilang dibawah kuasa mereka ditutup dalam bulan Ramadhan, pekerja yang diberhentikan, dan bakal menghadapi Hari Raya Aidil Fitri dalam keadaan tak menentu,
“Tidak ada makna Ketengah ditubuhkan, sekiranya gagal memajukan rakyat, setelah 35 tahun ditubuhkan, masih ada penduduk dibandar utamanya sendiri menganggur dan dibuang kerja,” tambah beliau |
0 comments:
Post a Comment