+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, July 30, 2008

Saiful ulangi tidak aniaya Anwar, siasatan polis selesai sebelum 18 Ogos?

Mstar Online

30-07-2008 07:29:41 PM
Oleh G. MANIMARAN dan NURUL AIN HUSSAIN

(Mukahir) KUALA LUMPUR: Bekas pembantu khas Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi dia tidak menganiaya bekas Timbalan Perdana Menteri itu manakala polis mahu menyelesaikan kes dakwaan meliwat secepat mungkin dengan mengambil kira pertimbangan bahawa ia membabitkan kepentingan umum dan negara.

"Insya-Allah kita akan buat secepat yang mungkin... waktu terdekat," kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar kepad mStar Online hari ini.

Ketika ditanya sama ada polis akan menyelesaikan sebelum 18 Ogos ini, beliau berkata:
"Itu tidak penting, yang penting kita meneruskan siasatan dengan bersungguh-sungguh. Ini kerana kes ini menarik minat orang ramai, menyentuh kesejahteraan dan ketenteraman kita.

"Kita akan melakukan yang terbaik untuk menentukan kes ini mendapat keputusan yang benar dan tepat."

Tambah beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menentukan kebenaran bagi memastikan kepentingan pengadu dan orang yang disiasat terpelihara.

"Kedua-dua pihak akan terpelihara. Kita memberi jaminan pada (aspek) itu," katanya lagi.


  • Anwar kemuka JAWI laporan Pusrawi, Saiful dipanggil
  • Peguam puas hati, JAWI enggan komen


    Kelmarin, laporan perubatan yang tidak disahkan daripada sebuah hospital swasta mendedahkan pemeriksaan ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, empat jam selepas beliau membuat laporan polis terhadap Anwar pada 28 Jun, didakwa tidak mempunyai bukti berlakunya perbuatan liwat.

    Mohd Saiful dikatakan diperiksa oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid, pegawai perubatan di Hospital Pusrawi.

    Bagaimanapun, polis menyatakan laporan berita mengenai perkara itu bertujuan untuk mensabotaj penyiasatan mereka dan mengelirukan orang ramai.

    Malah, kelmarin Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar meminta pihak polis menyegerakan siasatan terhadap dakwaan kes liwat Anwar.

    Ismail yang memberitahu, pihaknya telah menemu bual sejumlah saksi yang banyak sepanjang sebulan yang lalu dan akan memanggil pengendali portal berita untuk membantu siasatan jika keadaan memerlukan.

    "Kita sedang mengkaji (untuk memanggil pengendali portal) dan jika perlu kita akan memanggil mereka," katanya.

  • Dalam pada itu, Saiful dalam kenyataan yang ditulis sendiri dengan tangan berkata: "Saya juga menyatakan bahawa tiada sebab untuk saya memfitnah dan menganiaya Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes ini."

    Kenyataan itu dibacakan oleh peguamnya, Zamri Idrus pada sidang akhbar di sini petang ini - beberapa jam selepas Anwar selesai memberi keterangan di JAWI.

    Sehubungan itu kata Saiful, dia menuntut supaya Anwar tidak berdolak-dalik dalam kes berkenaan.

    "Saya telah membuat laporan polis berkenaan saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar. Saya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan ke atas laporan polis saya tersebut.

    "Saya kini sedang menunggu hasil siasatan daripada pihak polis untuk membawa individu yang terbabit ke muka keadilan," katanya dalam kenyataan bertarikh hari ini.

    0 comments:

    Carian dalam Tau Takpe

    masukkan je apa-apa yg nak dicari

    Tau takpe

    Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

    - OrangKita (OK) -

    Video mesti tengok!!!

    | Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |