+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++
Showing posts with label bohong rakyat. Show all posts
Showing posts with label bohong rakyat. Show all posts

Friday, September 4, 2009

Bila Harga Minyak Naik, Maka Tahukah Engkau Tentang Perkara Ini?

Hembusan.blogspot

1. Berapa harga minyak dunia pada masa ini?

"Penetapan RON95 pada RM1.80 dan RON97 pada RM2.05 adalah berikutan purata kos produk bagi petrol telah meningkat daripada US$40.75 (RM142.63) pada Disember 2008 kepada US$82.30 (RM288.05) pada Ogos 2009."

(Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna. Petrol RON95 kini RM1.80 seliter, Utusan Malaysia).
Fakta paling penting: Semenjak awal tahun 2009 ini, iaitu apabila ekonomi dunia semakin merudum, harga minyak dunia TIDAK PERNAH pun melepasi paras USD80 setong. Tertinggi yang pernah dicatatkan adalah pada 21 Ogos yang lalu, iaitu di paras USD75 setong.

Jadi dari mana datang nilai USD82.30 ini? Seseorang sila jelaskan kalau saya ada terlepas pandang apa-apa fakta.



2. Benarkah dakwaan kerajaan bahawa tiada perubahan harga petrol utama negara?

Benar. Harga memang tidak berubah, tetapi kualiti sudah tidak sama. Dahulu, petrol jenis RON97 yang selalu kita gunakan sebelum ini berharga RM 1.80 seliter. Kini, ia menjadi RM 2.05 seliter.

RON95 yang baru dilancarkan memang berharga RM1.80. Namun RON95 kurang bagus pada enjin. RON97 bagus pada enjin.

Contoh lain bagi mudah faham: Dulu kita beli filem DVD (RON97) pada harga RM 20. Kini harga DVD itu dah jadi RM 30. Kalau nak tonton juga filem tu pada harga RM 20, boleh dapatkan salinannya dalam bentuk VCD (RON 95) yang lebih rendah kualiti audio dan videonya.

Undian di The Star Online (tepat pada 1 September 2009) menunjukkan bahawa 52% responden berasa tidak selesa apabila beralih kepada RON95.



3. Maka, apa implikasi kenaikan harga minyak ini kali ini?

Kenaikan ini dilakukan pada waktu yang sangat tidak bijak. Ramadhan adalah bulan yang terkenal dengan "barang tak ada" dan "harga barang naik". Bila minyak naik masa bulan Ramadhan, makin lagi banyaklah barang yang akan naik harga.

Kenaikan harga minyak sehingga ke paras USD 75 setong baru-baru ini adalah dek kerana keyakinan bahawa ekonomi dunia semakin nampak macam mahu pulih, seperti di Jerman dan Perancis. Namun beberapa pakar ekonomi juga berpendapat bahawa trend tersebut mungkin bersifat fatamorgana:
We have seen this strength (in the oil price) which reflected renewed confidence in the economy. But in the last week or so people are starting to say that the stock market is overbought and the data is not that good.

(John Vautrain, penganalisis tenaga di Konsultan Purvin & Gertz, Singapura)
Jangkaan mereka lagi, harga minyak mungkin akan turun lagi (dan bukannya naik) dalam beberapa minggu yang mendatang.

Jika tekaan mereka benar, maka Malaysia akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih daripada kesemputan ekonomi. Ini kerana, apabila harga barang semakin mencanak, orang ramai akan lebih suka menyimpan berbanding berbelanja.

Sama ada dunia mengamalkan sistem ekonomi kapitalis, sosialis atau pun Islamis, apabila majoriti orang jadi takut hendak membeli dan lebih banyak menyimpan di dalam bank dan di bawah bantal, maka ekonomi akan mandul.

Ekonomi hanya akan jadi subur apabila orang yakin untuk berbelanja sakan, di samping mereka masih ada duit untuk disimpan, diderma dan dizakatkan. Justeru, kita fikirkan sama ada kenaikan harga minyak pada kali ini boleh memandulkan atau menyuburkan ekonomi Malaysia yang baru sahaja menyambut hari jadinya yang ke-52 ini.

Read More...

Thursday, May 28, 2009

Datuk Seri Najib, awak bohong ke?

penarikbeca

Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar beritahu saya, "Hang tengok news ChannelNewsAsia. Dia kata Malaysia ni dah nak technical recession, kan?

"Semalan hang bubuh dalam blog hang, (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) kata, negara tidak dijangka terjerumus ke dalam kemelesetan atau kemelesetan teknikal.

"Tu tak pa lagi, aku jumpa news Najib kata kerajaan yakin bahawa Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi teknikal tahun ni. News Bernama tu.

"Hari ni, (Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr) Zeti (Akhtar Aziz) kata dia jangka ekonomi akan terus menguncup suku kedua tahun ini. News Bernama jugak.

"Hang tengok balik news yang hang bubuh dalam blog hang tu, Najib kata kemelesetan teknikal berlaku apabila tahap keluaran sebenar nasional merosot dalam dua suku tahun berturut-turut yang menyebabkan penguncupan dalam jumlah pengeluaran ekonomi.

"Malaysiakini pula report Zeti kata, suku kedua akan lebih teruk.

"Hang tolong search news Harakah, kalau tak silap MIER (Institut Kajian Ekonomi Malaysia) kata, tahun ni memang technical recession. Time statement tu kalau tak silap sebelum Najib kata kerajaan yakin Malaysia tak akan technical recession.

"Orang cerdik daripada dia dah bagi tau technical recession, dia pi konar kot lain. Tu nak kata apa tu? Orang boleh tuduh Najib bohong tu!"

Berita ChannelNewsAsia 27/5/09
Malaysia heads for recession after 6.2% Q1 contraction

KUALA LUMPUR: Malaysia's export-dependent economy shrank 6.2 per cent in the first three months of 2009 and was headed for a technical recession, the central bank said Wednesday.

Bank Negara governor Zeti Akhtar Aziz said that second-quarter results "will be very similar" to the outcome in the first quarter which saw the economy contract for the first time in nearly eight years.

"We are almost completing the second quarter and we see that the export sectors and export demand continue to remain weak and the environment is still challenging," she said.

Two successive quarters of negative economic growth represent a technical recession.

Zeti said a recovery in the economy, which has been battered by falling exports and manufacturing, will gather pace in the second half of the year.

"In the third quarter we will see a significant improvement taking place and in the fourth quarter we have a higher degree of confidence that we will have positive growth," she told a press conference.

The economy grew by a bare 0.1 per cent in the last quarter of 2008, but the first 2009 quarter's outcome was worse than economists had expected.

In March, the government warned the economy could contract by 1.0 per cent this year despite a massive, 16.2-billion-dollar stimulus package, dumping its earlier target of 3.5 per cent growth.

However, Second Finance Minister Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah said earlier this week that the contraction would be sharper than previously forecast.

"I cannot tell you but it will definitely be below minus 1.0 per cent," he said.
Berita Harakah 5/11/08
Kemelesetan: Dakwaan Najib bertentangan pakar ekonomi

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Hrkh) - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan yakin bahawa Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi teknikal pada tahun hadapan.

Dakwaan Najib itu bertentangan dengan pandangan pakar-pakar ekonomi termasuk jangkaan Pengarah Eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER), Profesor Emeritus Datuk Mohamed Ariff mengenai perkara itu.

Mohamed Ariff berkata, jika Amerika yang merupakan salah satu rakan dagangan utama Malaysia menghadapi kemelesetan, peratusan kemungkinan Malaysia akan menghadapi kemelesetan teknikal tahun hadapan meningkat sehingga 40 peratus.

"Ia bermakna pertumbuhan negatif untuk dua suku tahunan dan 30 peratus kemungkinan ia akan menjadi kemelesetan sebenarnya yang berpanjangan melebihi dua suku tahunan, bergantung kepada apa yang berlaku di Amerika," katanya.

Menurut beliau, krisis kredit dunia tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda walaupun kerajaan-kerajaan seluruh dunia berusaha mengurangkan kadar faedah dan menyuntik kecairan besar-besaran.

Mohamed Ariff berkata, kini semakin kuat kebimbangan tentang kemungkinan kemelut ekonomi dunia berlarutan sehingga akhir 2010 atau 2011.

Beliau juga menyatakan bahawa keyakinan pengguna dan perniagaan di Malaysia jatuh menjunam dan keadaan akan mungkin akan bertambah buruk jika pengurangan pinjaman mengakibatkan kekeringan dana untuk pelaburan dan perbelanjaan isi rumah

Pandangan Najib juga bertentangan dengan pandangan Ahli Majlis Ekonomi Malaysia, Datuk Mohamed Azman Yahya yang mengingatkan bahawa kemerosotan ekonomi yang semakin hampir mungkin lebih mencabar dari krisis yang dihadapi pada tahun 1998

Dalam krisis kali ini, katanya, Malaysia menghadapi risiko stagflasi di mana pertumbuhan akan bergerak perlahan di dalam persekitaran yang tinggi kosnya.

Ia juga mungkin yang terburuk, katanya, dan apa yang lebih membimbangkan ialah kemerosotan kali ini ialah fenomena global.

"Dari segi reaksi yang bersifat polisi ia mengelirukan - terlalu banyak ransangan sama ada dari segi fiskal atau kewangan mungkin mengakibatkan tekanan inflasi, (jika ransangan) terlalu sedikit mungkin membawa kepada kemelesetan," kata Pengerusi Eksekuti Bolton Berhad itu.

Malaysia juga, katanya, mungkin akan menghadapi cabaran dari segi daya saing secara umum terutama kerana ia terlalu lama bergantung kepada buruh asing yang murah.

Mohamed Azman juga membangkitkan sentimen umum yang pesimis dan keyakinan pengguna yang rendah dan langkah berjimat cermat yang semakin meluas akan memberi kesan kepada kelajuan aliran wang dan ekonomi domestik.

Sebelum ini, laporan Political & Economic Risk Consultancy (PERC) yang berpengkalan di Hong Kong meletakkan Malaysia antara negara yang paling berisiko tinggi dalam menghadapi krisis ekonomi dunia yang dijangka akan bertambah buruk.

The Straits Times Singapura melaporkan, berdasarkan skala 0 kepada yang paling tidak berisiko hinggalah 10 kepada yang paling berisiko, Malaysia diletakkan pada tahap 6.07, iaitu antara yang paling berisiko tinggi di samping India (6.87) dan Thailand (6.28).
Datuk Seri Najib, kawan tak nak kata awak pembohong jenis compulsive liar. Kawan nak tanya je, awak bohong ke?

Berkaitan:
The Malaysian economy is worse than expected (Malaysian Insider)
Malaysia heads toward recession after economy contracts 6.2% (Bloomberg)
Malaysia heads for recession after 6.2% Q1 contraction (AFP)
Malaysia's economy shrinks sharper-than-expected by 6.2 percent in first quarter (AP)
Economy contracts 6.2% in 1Q (The Nut Graph)
Outlook: India, South Korea and Southeast Asia (ThomasNet)

Read More...

Masih banyak makanan guna asid borik


kosmo online


KERATAN Kosmo! 24 Februari 2006.


GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kesal dengan langkah Kementerian Kesihatan yang tidak mengambil perhatian serius terhadap gesaannya sejak 25 tahun ini berhubung larangan penggunaan asid borik dalam makanan.

Ketika ini, kajian persatuan itu mendapati, penggunaan bahan terlarang yang menjadi agen penyebab kanser dan merosakkan anggota dalaman badan itu semakin meluas dalam bahan makanan yang diminati ramai.

Melalui ujian terbaru CAP, pelbagai jenis makanan seperti bak chang (ladu Cina), mi kuning, kuew teow dan kuih nyonya didapati mempunyai kandungan asid borik yang tinggi.

Pengerusi CAP, S.M. Mohamed Idris berkata, pihaknya telah membuat aduan rasmi terhadap Kementerian Kesihatan berhubung perkara itu sejak 1984 tetapi sehingga kini tiada langkah drastik yang diambil.

"Satu sampel bak chang mengandungi 569 bps (bahagian per sejuta) asid borik, mi kuning pula antara 6.51 hingga 296 bps dan kuih nyonya antara 0.78 hingga 13.5 bps.

"Ia memudaratkan tubuh jika diambil secara rutin dan kebanyakannya terkandung dalam makanan yang kerap dimakan seperti mi dan kuih-muih," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini semalam.

Asid borik adalah toksik yang boleh membawa kepada keracunan, penyakit gastrousus, kerosakan buah pinggang dan hilang selera makan.

Read More...

Wednesday, April 15, 2009

Mahu jambatan bengkok

Kosmo Online


GAMBARAN artis jambatan bengkok atau jambatan indah bagi menggantikan Tambak Johor.


KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) semalam meminta agar kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak menyambung semula projek jambatan bengkok bagi menggantikan Tambak Johor yang dibatalkan pada 2006.

Presidennya, Syed Ali Alattas berkata, rata-rata ahlinya di negeri itu mengadu kerana sejak pembukaan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) pada November tahun lalu, perniagaan mereka merosot teruk.

"Pembatalan jambatan bengkok telah menyebabkan laluan ke dan dari Singapura tidak lagi melalui bandar raya Johor Bahru sebaliknya terus ke CIQ.

"Johor Bahru sekarang bagaikan bandar mati. Itulah pandangan usahawan khasnya usahawan kecil," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Perundingan dan pelaksanaan pembinaan jambatan bengkok atau 'Jambatan Indah' itu diilhamkan Perdana Menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ia ekoran Singapura yang tidak memberikan keputusan muktamad untuk bekerjasama membina jambatan lurus menggantikan Tambak Johor.

Bagaimanapun pembinaan jambatan bengkok dibatalkan atas keputusan kerajaan semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

Sementara itu di Johor Bahru, Pergerakan Pemuda UMNO Johor turut berpendapat perlunya kerajaan mengkaji semula projek jambatan bengkok kerana ia mampu merancakkan ekonomi negara, khususnya di Johor.


Read More...

Saturday, April 4, 2009

TV3 dan Utusan putar belit laporan kes Nizar di Perak

Utara Online

BeritaLaporan Buletin Utama TV3 semalam ( 1/4/2009 ) dan laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini ( 2/4/2009 ) mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar untuk membatalkan saman terhadapnya oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas tidak menggambarkan keputusan sebenar Mahkamah Tinggi tersebut.


Utusan melaporkan hari ini ( 2/4/2009 ) seperti berikut:-

“ IPOH 1 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar untuk membatalkan saman terhadapnya oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas.Keputusan ini secara tidak langsung membolehkan ketiga-tiga ADUN Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang), Kapt. (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong.”

Laporan utusan di atas khususnya perenggan yang menyatakan “ keputusan ini secara tidak langsung membolehkan ketiga-tiga ADUN Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang), Kapt. (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong” adalah satu laporan yang amat mengelirukan dan boleh dibaca sebagai laporan yang mala fide ( berniat jahat ) di atas alasan –alasan berikut :-

1. Mahkamah Tinggi Ipoh HANYA menolak permohonan Sivakumar bagi membatalkan saman pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga “ADUN” tersebut ke atas beliau.

2. Keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Sivakumar tidak bermakna Mahkamah mengisytiharkan ketiga-tiga “ADUN” Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang), Kapt. (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong kerana isu tersebut belum didengar dan diputuskan oleh Mahkamah.

3. Apabila Hakim mendengar mana-mana permohonan untuk membatalkan Saman ( sama ada Writ Saman atau Saman Pemula - dalam kes ini ianya adalah Saman Pemula ) yang mana permohonan tersebut dibuat di bawah Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 ( juga dikenali sebagai permohonan “to strike out pleading” ) , Hakim hanya memutuskan permohonan tersebut sahaja . Ini bermakna di dalam kes di Ipoh tersebut hakim hanya memutuskan sama ada membenarkan permohonan Sivakumar atau menolak permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga “Adun tersebut”.

4. Di dalam kes ini Mahkamah memerintahkan permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga “Adun tersebut” ditolak. Itu sahaja perintah yang Mahkamah berikan. Tiada perintah lain diberikan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh.

5. Selepas Mahkamah memerintahkan permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga “Adun tersebut” ditolak , Mahkamah yang sama telah menetapkan untuk meneruskan pendengaran Saman Pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga “ ADUN” bebas tersebut dan tarikh pendengaran Saman Pemula telah ditetapkan pada 8 hb April 2009 ini.

6. Selagi Mahkamah belum mendengar dan memutuskan isu yang dibangkitkan di Saman Pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga “ADUN” tersebut , ketiga-tiga mereka belum boleh dikatakan sebagai wakil rakyat yang sah dan kerusi mereka juga tidak boleh dikatakan tidak kosong sepertimana yang dilaporkan oleh TV3 dan Utusan Malaysia.

7. Pasukan Peguam Sivakumar telah memutuskan untuk memfailkan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut dan terdapat kemungkinan besar keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut akan diketepikan oleh Mahkamah Rayuan kelak sepertimana Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh Dato’ Ridzuan yang melarang Sivakumar diwakili oleh peguam.

Saya harap penjelasan di atas dapat sedikit sebanyak membetulkan salah faham para pembaca di atas laporan putar belit TV3 dan Utusan Malaysia di atas.

...Penulis adalah peguam untuk Datuk Seri Nizar untuk kesnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sumber

Read More...

Saturday, December 27, 2008

RM6.1 juta bina dua dewan cina


Ahmad Said (kanan) menyampaikan replika cek kepada Pengerusi Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Hwa Wei Sin, Kweh Beng Hui (kiri) sambil disaksikan (bermula dua dari kiri) Toh Chin Yaw, Pengetua SMK Chung Hwa Wei Sin, Seah Kwee Siang, Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan Wong Fong Meng pada Program Mesra Rakyat Menteri Besar Terengganu di Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 26 Dis. - Kerajaan negeri meluluskan peruntukan segera sebanyak RM6.1 juta bagi pembinaan Dewan Perhimpunan Masyarakat Tionghua dan dewan sivik di Sekolah Menengah Chung Hwa Wei Sen di sini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, daripada jumlah itu, RM3.3 juta adalah bagi pembinaan dewan perhimpunan manakala sebanyak RM2.8 juta lagi untuk dewan sivik sekolah tersebut.

Katanya, kelulusan itu sebagai bukti kerajaan negeri sentiasa prihatin dan membela nasib masyarakat keturunan Cina yang sebelum ini menyokong Barisan Nasional (BN).

'' Kerajaan juga memberi kelulusan kerana masyarakat Cina amat memerlukannya bagi memastikan mereka menikmati kemudahan serupa dengan tempat lain," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri menyatakan demikian semasa berucap pada Majlis Ramah Mesra Menteri Besar Bersama Masyarakat Cina di Dewan Sekolah Menengah Chung Hwa Wei Sin di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang juga calon BN dalam pilihan kecil Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Wong Fong Meng dan lebih 5,000 masyarakat Cina.

Mengenai cadangan pembinaan Dewan Perhimpunan Cina, Ahmad berkata, kerja-kerja pembinaan bangunan itu akan dilakukan di Bukit Kecil di sini, apabila pelan dan reka bentuk bangunan diluluskan.

Katanya, pembinaan dewan sivik di Sekolah Menengah Chung Hwa Wei Sen pula amat dinanti-nantikan kerana bakal menyediakan kemudahan kepada masyarakat tersebut bagi menjalankan pelbagai aktiviti berkaitan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bandar, Toh Chin Yaw ketika bercakap kepada pemberita mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana meluluskan peruntukan besar untuk faedah masyarakat Cina.

Katanya, pengumuman itu amat dinanti-nantikan kerana ia telah sekian lama diperjuangkan dan baru sekarang menjadi kenyataan.

Read More...

Saturday, December 20, 2008

Pelabur gelisah hilang deposit jika Kotaqwa bubar

Berita Harian

KOTA BHARU:
Pelabur skim anjuran Koperasi Taqwa Berhad (Kotaqwa), kini mula bimbang terhadap kemungkinan kehilangan deposit dan pelaburan mereka yang mencapai puluhan ribu ringgit berikutan kemungkinan koperasi itu dibubar, manakala asetnya disita.

Kotaqwa yang membuka pejabat Wilayah Timur di Jalan Pengkalan Chepa dekat sini, dikatakan ada lebih 1,000 ahli seluruh Kelantan, yang menyertai Skim Simpanan Khas Al-Mudharabah.

Pelabur yang bergegas ke pejabat Kotaqwa itu, sebaik membaca laporan media berhubung serbuan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) terhadap koperasi terbabit, kini resah kerana hasrat menutup akaun bagi mendapatkan kembali deposit, perlu menunggu dua bulan lagi untuk mendapatkan wang.

Mereka yang ditemui turut mendakwa tidak menerima dividen, sejak Mei lalu dan sudah dua kali ditangguhkan pembayarannya.

Wanita warga emas yang juga pelabur Kotaqwa dari Selising, Pasir Puteh, mendakwa dia bersama ahli keluarga berkongsi menyertai skim koperasi itu menerusi pelaburan pokok RM22,500 pada Disember tahun lalu.

Beliau yang turut melabur simpanannya RM5,000 berkata, mereka dijanjikan pulangan lapan peratus setiap minggu daripada nilai deposit terbabit.

"Sepanjang Disember tahun lalu sebaik membuat pelaburan skim itu, saya menerima dividen lapan peratus atau RM100 seminggu. Mulai Januari hingga April tahun ini, bayaran dividen itu ditukarkan kepada pembayaran secara bulanan dan saya menerima RM400 sebulan.

"Bagaimanapun, sejak Mei lalu, pengurusan koperasi berkata dividen akan dibayar setiap empat bulan pada kadar empat peratus saja, membuatkan kami rasa tidak puas hati tetapi pengurusan koperasi kata langkah itu kerana memenuhi syarat ditetapkan kerajaan," katanya.

Katanya, beliau bersama suami serta beberapa rakan ke Kotaqwa semalam bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu dan mahu mendapatkan semula baki wang dilaburkan.

"Kotaqwa berjanji akan membayar dividen tertunggak itu akhir bulan ini dan pengurusan koperasi berjanji memulangkan baki deposit saya RM3,000 dalam tempoh dua bulan," katanya yang kini gelisah kemungkinan kerugian besar kerana menyertai skim koperasi terbabit.

Semalam, Berita Harian melaporkan, tiga koperasi iaitu Kotaqwa, Koperasi Usahawan Malaysia Berhad dan Koperasi Birr Berhad, diserbu pihak berkuasa pada Selasa lalu, kerana dipercayai menganjurkan aktiviti berciri skim cepat kaya bagi memperdaya lebih 5,000 ahli membabitkan pelaburan berjumlah RM80 juta.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar, dilaporkan berkata tindakan tiga koperasi terbabit menyalahi Akta Koperasi 1993 kerana dikatakan menawarkan pulangan antara lapan hingga 12 peratus sebulan atas modal pelaburan menerusi Skim Simpanan Khas Al-Mudharabah dan Skim Usahawan Ternakan.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah Kotaqwa menerusi laman sesawangnya, www.kotaqwa.com.my, menegaskan operasi koperasi itu berjalan seperti biasa kerana setakat ini tiada arahan daripada SKM mengenai penggantungan dan pembekuan seperti diumumkan Noh.

Read More...

Friday, December 19, 2008

Pembangunan ‘Mee Segera’ dan Bantuan ‘kilat pilihanraya’ Mula Mencurah

Buletin Online

Ditulis oleh SM Noor & Wan Kay
Friday, 19 December 2008

http://buletinonline.net/images/berita15/meesegera1.jpg
Kuala Terengganu – Barisan Nasional (BN) mengekalkan strateginya menjelang pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu dengan mula mencurahkan projek-projek pembangunan ‘mee segera’.

Bermula semalam 18 Disember, beberapa jalan utama di Bandar Kuala Terengganu mula dibanjiri jentera-jentera berat pembina jalan raya dan kerja-kerja menurap semula dilakukan dengan segera.

Tinjauan Buletinonline di jalan Sultan Mohamad Gong Kapas mendapati sehingga jam 2.00 pagi ini (19 Disember) taktor ‘Roadcare’ dan jentera penurap jalan ‘UEM- Road builder’ masih sibuk menurap jalan tersebut.

http://buletinonline.net/images/berita15/meesegera2.jpgAmalan ‘membeli undi’ dengan pembangunan ‘mee segera’ adalah strategi yang paling kerap digunakan oleh BN diwaktu yang lalu.

Kali terakhir BN telah menggerakkan pembangunan ‘mee segera’ terus menerus selama 24 jam sehari dan menurap semua jalan di seluruh Ijok sebelum pilihanraya kecil DUN tersebut tahun lalu.

Bagaimana pun strategi ‘menggula-gula’kan rakyat dengan pembangunan ‘mee segera’ tidak dilaksanakan semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Muhammad Mohd Taib (Mad Taib) akan turun ke Kuala Terengganu sekali lagi, hari ini untuk berkempen.

Kempen Mad Taib berselindung mempergunakan agensi kerajaan RISDA diberi nama Lawatan Kerja Menteri Penbangunan Luar Bandar dan Wilayah.

Selepas merasmikan satu acara kecil ‘Kursus Kefahaman Koperasi Pekebun Kecil RISDA (yang mungkin sengaja diada-adakan) beliau akan bertemu dengan jentera pilihanraya UMNO di hotel Primula.

Selepas itu, beliau akan mula akan ‘membeli undi’ dengan menyampaikan sumbangan pakaian untuk kanak-kanak di Dewan Wisma Darul Iman.

Dalam perkembangan yang sama kira-kira 8,000 penduduk Tionghua di Terengganu akan menerima 'duit raya kilat pilihanraya' sempena sambutan Tahun Baru Cina tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Toh Chin Yow mengumumkan demikian, walaupun Tahun Baru Cina masih jauh.

Beliau berkata kerajaan sudah meluluskan peruntukan kira-kira RM25 juta untuk tujuan tersebut menurut laporan akhbar Utusan Malaysia.

Beliau yang juga Pengerusi MCA Terengganu memberitahu, mereka yang terdiri daripada golongan berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan, warga emas berusia 65 tahun ke atas, orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal serta duda layak memohon.

Read More...

Thursday, December 18, 2008

Dividen tinggi jadi perangkap - Tiga koperasi anjur skim cepat kaya diserbu, tawar dividen 12 peratus sebulan

Kosmo Online


PEJABAT Koperasi Taqwa Malaysia Berhad (Kotaqwa) Wilayah Timur di Kota Bharu.


PUTRAJAYA - Jika pada 1990-an berpuluh-puluh ribu rakyat Malaysia terpedaya dengan skim pelaburan anjuran individu bernama Pak Man Telo, kini koperasi berdaftar pula didakwa sudah terikut-ikut dengan janji keuntungan skim yang sama.

Bezanya, Pak Man Telo atau nama sebenarnya Osman Hamzah memperdayakan 50,000 orang dengan nilai pelaburan RM99 juta. Tiga buah koperasi kini didakwa menjalankan skim yang hampir serupa dengan mengutip RM80 juta daripada 5,000 ahli.

Akibatnya, operasi kesemua koperasi tersebut kini digantung dan asetnya dibekukan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) berkuat kuasa semalam.

Koperasi-koperasi itu ialah Koperasi Birr Berhad (Birr) dan Koperasi Usahawan Malaysia Berhad (KUMB) yang beroperasi di Kuala Lumpur. Sebuah lagi koperasi yang turut digantung ialah Koperasi Taqwa Malaysia Berhad (Kotaqwa) yang berpangkalan di Kota Bharu, Kelantan.

Kegiatan koperasi-koperasi itu disiasat selepas pihak pengurusannya menawarkan perolehan dividen antara 8 hingga 12 peratus sebulan.

Dalam pendedahannya, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, kegiatan yang bermula sejak beberapa tahun lalu itu dibongkar dalam serbuan SKM bersama Bank Negara Malaysia (BNM) setelah ketiga-tiga koperasi itu didapati melanggar Akta Koperasi 1993 dan Akta Penggubahan Wang Haram.

Read More...

Friday, November 28, 2008

Saiful nafi sakit kelamin

Kosmo Online


MOHD. SAIFUL datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Desas-desus mengenai dakwaan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang dikatakan sakit sejak dua bulan lalu akhirnya terjawab semalam.

Mohd. Saiful, 23, menyangkal tohmahan yang dibuat ke atas dirinya seperti yang tersebar dalam laman web serta khabar angin yang menyatakan dirinya terlantar sakit, lumpuh dan menghidap penyakit kelamin serta meninggal dunia baru-baru ini.

"Itu semua tidak benar dan merupakan fitnah serta satu pembohongan besar yang direka oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Saya ingin tegaskan keadaan kesihatan saya sangat baik tidak seperti yang difitnahkan dan sentiasa berdoa kehadrat Allah S.W.T agar kebenaran dapat ditegakkan," katanya dalam satu kenyataan ringkasnya kepada media di pekarangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini semalam.

Beliau dilihat hadir ke pejabat Jawi kira-kira pukul 11 pagi semalam sambil ditemani oleh bapanya, Azlan Mohd. Lazim serta peguam, Zamri Idris.

Mohd. Saiful memakai kot dan berseluar hitam serta bersongkok kemudian dilihat memasuki pejabat Jawi sebelum keluar dan mengadakan sidang akhbar.

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan kehadirannya ke pejabat itu, sebaliknya hanya ingin menjawab segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan selama ini.

Read More...

Saturday, November 22, 2008

Media pro Umno-BN tabur fitnah,kelirukan rakyat

Harakahdaily

Tarmizi Mohd Jam & Irwan Muhammad Zain
Fri | Nov 21, 08 | 7:10:46 am MYT

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Hrkh) - Pemimpin Pakatan Rakyat, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang sepakat mengecam konspirasi media pro Umno/BN yang sedang bertungkus lumus untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat dengan menabur fitnah, adu-domba dan memainkan isu-isu sensitif bagi mengelirukan rakyat.

Selain untuk mencetuskan kemarahan rakyat, tindakan media pro Umno/BN itu juga bertujuan untuk menjatuhkan reputasi lima kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin.

Perkara ini didedahkan oleh ketiga-tiga mereka pada 'Majlis Makan Malam dan Bengkel Mini Pakatan Rakyat' yang diadakan di Hotel De Palma, Ampang dekat sini baru-baru ini.

Presiden PAS dalam penegasannya bimbang peranan yang dimainkan oleh media arus perdana boleh mengancam kestabilan dan kemuafakatan parti-parti dalam Pakatan Rakyat sekiranya perkara ini tidak dapat dibendung dengan segera.

Kata beliau, peri pentingnya media telah dibuktikan oleh MCA dengan mengambil alih dua buah akhbar utama berbahasa Cina, Nyangyang Siang Pau dan Sin Chew Daily selepas pilihan raya kecil Lunas bagi menyekat sokongan orang-orang Cina terhadap pembangkang.

Sementara itu, Ketua Umum KeADILan menyifatkan media arus perdana bertindak 'kasar' dengan melaporkan isu-isu sensitif yang boleh mencetuskan perbalahan kaum dan agama seperti yang berlaku ke atas exco kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Teresa Kok dan Ronnie Liu serta editor Malaysia-today, Raja Petra Kamaruddin.

"Media sekarang ini mainkan isu perkauman. Bangkitkan isu agama. Seolah-olah terdapat pergeseran dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat dan ini amat merbahaya," tegas Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Justeru itu, ketiga-tiga pemimpin mengingatkan rakyat agar tidak terpedaya dengan laporan-laporan berniat 'jahat' yang disiarkan oleh media cetak dan elektronik yang dikuasai Umno/BN.

Pada majlis itu, hampir semua ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat hadir bersama beberapa pemimpin PAS, KeADILan dan DAP. - mks. _

Read More...

Tuesday, November 18, 2008

Najib minta Mohd. Zin jelas deklasifikasi perjanjian konsesi tol

Mstar Online

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan meminta Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed membuat penjelasan berhubung keputusan mendeklasifikasi perjanjian konsesi tol, di mana kandungan kontrak tersebut bukan lagi merupakan rahsia rasmi.

"Mana kamu dapat cerita ini? Saya akan minta menteri jelaskan hal ini...Menteri Kerja Raya," ujarnya ketika ditemui pada majlis Anugerah Belia Felda Malaysia 2009 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Sebuah akbar tempatan hari ini melaporkan bahawa kerajaan sudah menetapkan untuk mendeklasifikasi perjanjian konsesi tol itu yang dibuat pada mesyuarat kabinet baru-baru ini.

Menurut laporan tersebut, perjanjian itu tidak lagi tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Laporan itu yang memetik sumber turut berkata, perkara itu merupakan salah satu pembaharuan yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang telah dijanjikannya sebelum peralihan kuasa tahun depan.

Ditanya sama ada hal itu ada dibincangkan pada mesyuarat kabinet tersebut, Najib yang enggan mengulas lanjut tentang perkara itu hanya berkata:

"Ada dibincangkan pada mesyuarat-mesyuarat sebelum ini."

Read More...

Thursday, November 13, 2008

Harga beras turun minggu depan

Kosmo Online

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menurunkan harga beras Super Tempatan Lima Peratus Hancur (ST5) dan Super Tempatan 10 Peratus Hancur (ST 10) apabila langkah pentadbiran diwartakan minggu depan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed berkata, beras ST15 tidak terbabit kerana harganya sudah rendah iaitu RM1.80 sekilogram serta tidak naik sejak 10 tahun lalu.

Tambahnya, harga beras ST5 dan ST10 sudah rendah kerana terdapat beberapa syarikat menurunkan harga walaupun harga siling masing-masing adalah RM2.80 dan RM2.70 sekilogram.

“Realitinya, harga sudah lebih rendah. Bagaimanapun, kerajaan akan laksanakan langkah pentadbiran untuk pastikan semua pemborong dan peruncit mengikut arahan menurunkan harga beras berkenaan.

“Oleh itu, kita akan wartakan langkah pentadbiran ini pada minggu depan dan letak harga baru bagi beras ST5 dan ST10,” katanya yang menjawab soalan tambahan Datuk Seri Azmi Khalid (BN-Padang Besar) yang mengemukakan isu agar harga beras turun memandangkan terdapat penurunan harga runcit minyak.

Bermula pada Jun lalu, kerajaan mula memperluaskan kawalan harga ke atas beras ST5 dan ST10 bagi memastikan ia tidak melambung berikutan kenaikan harga beras di pasaran dunia sementara kawalan bagi harga beras ST15 pula dimulakan sejak 1998.

Read More...

Wednesday, November 12, 2008

Minyak mungkin turun kepada rm2

Kosmo Online

PUTRAJAYA – Harga minyak mungkin turun lagi ke paras RM2 sebelum penghujung tahun ini.

Bagaimanapun, kerajaan tidak bercadang meneruskan penurunan itu sehingga di bawah RM1.92 seliter.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad berkata, kerajaan mungkin menetapkan paras minimum bagi harga runcit petrol dan diesel walaupun harga di pasaran dunia terus merudum.

“Sama ada harga minyak akan turun sehingga RM1.92, itu terpulang kepada perbincangan kerana sekiranya ia turun mendadak, pemberian subsidi juga mungkin dikurangkan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Beretika di sini semalam.

Shahrir menambah, penetapan harga minyak, baik naik atau turun tidak akan dibuat secara mendadak.

“Dulu kita guna kaedah penurunan dua kali sebulan supaya pengguna tidak rasa terkejut. Begitu juga sekiranya keputusan kenaikan harga minyak dilakukan.

“Kalau harga nak diturun mendadak, kaedah yang sama juga mungkin digunakan apabila harga naik semula,” tambahnya.

Read More...

Harga petrol wajar bawah RM1.62 seliter

Kosmo Online

KUALA LUMPUR – Kerajaan wajar menurunkan harga minyak petrol ke paras RM1.62 seliter berikutan trend penurunan harga minyak dunia semasa yang kini berada pada paras AS$64.10 setong.

Harga itu berdasarkan jangkaan Pensyarah Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Abdul Rahim Anuar ketika diminta mengulas kewajaran paras harga petrol semasa jika mengikut pasaran minyak global terkini.

Namun kata Abdul Rahim, beliau yakin kerajaan mampu untuk menurunkan harga minyak pada paras yang lebih rendah..

Menurut beliau, ia tidak mustahil untuk dilaksanakan kerana ketika harga minyak petrol dijual pada harga RM1.92 seliter sebelum ini, harga minyak di pasaran dunia adalah sekitar AS$78 setong.

“Jika diikutkan, kerajaan mampu turunkan harga petrol lebih rendah daripada RM1.92 seliter kerana harga minyak di pasaran dunia dijangka turun lagi,’’ katanya.

Read More...

Tuesday, November 11, 2008

Tarif elektrik turun jika harga arang batu turun

MyMetro

KUALA LUMPUR:
Kerajaan akan mempertimbang mengurangkan kadar tarif elektrik sekiranya harga arang batu di pasaran turun di bawah paras AS$75 satu tan selama tiga bulan berturut-turut, kata Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor.

“Tak kiralah bila, kalau harga komoditi (arang batu) itu jatuh di bawah paras AS$75 satu tan untuk tempoh tiga bulan berturut-turut, saya akan meminta Suruhanjaya Tenaga mengkaji semula sama ada kita boleh turunkan tarif elektrik atau tidak,” katanya.

“Tetapi sehingga sekarang, dah lima bulan (sejak Julai) harga arang batu terus meningkat,” katanya kepada media ketika ditanya sama ada kerajaan akan menurunkan kadar tarif elektrik berikutan penurunan harga minyak dunia, selepas merasmikan Kempen Kesedaran Kecekapan Tenaga Kebangsaan, di sini.

Read More...

Sunday, November 9, 2008

Syed Hamid: KDN tidak akan pertikai keputusan mahkamah bebaskan Raja Petra

Mstar Online

KAJANG: Kementerian Dalam Negeri tidak akan mempertikai keputusan mahkamah berhubung pembebasan penulis blog Raja Petra Raja Kamarudin daripada tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Menterinya Datuk Seri Syed Hamid Albar.

"Itu mahkamah punya keputusan, jadi kalau dia dibebaskan, itu hak mahkamah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Masjid Penjara Kajang, Hulu Langat, di sini hari ini.

Raja Petra, 58, ditahan di bawah ISA pada 12 Sept lepas selepas bertindak secara sedar, sengaja dan tidak bertanggungjawab menyiarkan artikelartikel tulisannya yang mempersenda dan menghina orang Islam, kesucian Agama Islam serta peribadi Nabi Muhammmad S.A.W yang telah membangkitkan kegelisahan dan kemarahan masyarakat Islam di negara ini.

Raja Petra dibebaskan hari ini atas perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menerima permohonan habeas corpus daripada penulis blog itu.

Dalam perkembangan lain, Syed Hamid meminta pihak yang melemparkan dakwaan rasuah ke atasnya agar membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) bagi kesahihan.

Mengulas laporan polis yang dibuat Ketua Penerangan PAS Johor Mazlan Aliman yang mendakwa beliau merasuah penyokongnya bagi meraih jawatan Naib Presiden Umno, Syed Hamid berkata pihak terbabit perlu menggunakan saluran yang betul dalam mendapatkan penjelasan dan bukannya menggunakan taktik fitnah.

"Saya hairan kenapa PAS buat laporan itu. Saya tengok mereka (PAS) ni suka cari benda fitnah. Semua ada saluran dan caranya, siapa tidak puas hati boleh bawa kepada BPR dan terpulang kepada BPR untuk menentukan siasatannya," katanya. BERNAMA

Read More...

Pemimpin amal politik wang tiada tempat dalam UMNO - Najib

Utusan Online

PEKAN 8 Nov. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan bahawa tidak ada tempat dalam UMNO bagi pemimpin parti itu yang terlibat dalam gejala politik wang.

Tegasnya, UMNO memerlukan pemimpin yang memiliki kredibiliti dan bersih daripada amalan politik wang untuk meneruskan perjuangan parti ke peringkat tertinggi.

Bagaimanapun, kata beliau, ia terpulang kepada ahli parti untuk memilih pemimpin dan bergantung tahap penguatkuasaan parti berhubung gejala itu.

''Tidak ada tempat untuk pemimpin yang mengamalkan politik wang tetapi ia akhirnya terpulang kepada ahli UMNO untuk membuat pilihan.

''Ia juga bergantung kepada tahap penguatkuasaan kita. Ia macam perangkap laju, ada yang terlepas dan ada yang terkena," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail yang meminta pucuk pimpinan UMNO segera menyelamatkan parti itu daripada kehancuran berikutan berleluasanya politik wang pada pemilihan sekarang yang disifatkan paling serius dengan lebih 900 aduan diterima setakat ini.

Menurut Tengku Ahmad Rithauddeen, beliau berulang kali melaungkan amaran mengenai politik wang malangnya lebih banyak aduan diterima kali ini berbanding pemilihan empat tahun lalu.

Mengulas lanjut, Najib yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, pihaknya sedar untuk menangani politik wang dalam pemilihan parti bukan sesuatu yang mudah tetapi usaha ke arah itu perlu diperhebatkan.

''Kita sedar ia bukan mudah. Bercakap memang mudah tetapi hendak melakukannya sukar. Namun bukan bererti usaha-usaha ke arah itu kita hentikan. Kita patut memperhebatkan lagi usaha kita," tegasnya.

Ditanya mengapa tiada sebarang tindakan diambil ke atas calon-calon tertentu setakat ini, katanya, setiap aduan dan laporan memerlukan bukti kukuh untuk mensabitkan seseorang calon dengan politik wang.

''Walaupun ia (Lembaga Disiplin UMNO) bukan mahkamah tetapi asas bukti (politik wang) mesti ada iaitu di mana berlaku kejadian, berapa jumlah wang yang diterima dan bukti wangnya," jelasnya.

Dalam pada itu, Najib berkata, UMNO sedang meneliti kesahihan setiap aduan politik wang yang sebahagiannya dipercayai palsu dan bertujuan menjatuhkan calon tertentu.

Menurut beliau, pihaknya mengaku menerima banyak aduan berhubung politik wang tetapi setiap tindakan tidak boleh diambil terburu-buru bagi mengelakkan mana-mana calon teraniaya.

''Aduan itu banyak tetapi kita jangan menganiaya sesiapa. Kadang-kadang ada aduan palsu dan kurang tepat. Kadang-kadang pihak tertentu hendak mengena atau menjatuhkan mana-mana pemimpin dengan politik wang.

''Setiap aduan mesti disiasat dari segi kesahihan laporannya," katanya

Beliau menegaskan, amalan politik wang perlu dibanteras bagi memastikan imej parti tidak terjejas selain perjalanan proses pemilihan adalah bersih.

Amalan politik wang, tambah Najib, akan menyebabkan pemimpin yang tidak sepatutnya dipilih memegang sesuatu jawatan.

''Kita mungkin mempunyai barisan pemimpin yang tidak dapat mengangkat perjuangan UMNO ke tahap yang lebih tinggi lagi selain merosakkan kredibiliti parti itu sendiri.

''Rakyat akan menilai terhadap UMNO melalui pemimpin yang diketengahkan," jelasnya.

Read More...

Thursday, November 6, 2008

Eurocopter: 'Game high profile' yang ranapkan wang rakyat?

Harakahdaily

Wan Nordin Wan Yaacob
Thu | Nov 06, 08 | 1:38:23 pm MYT

Pengumuman Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) bahawa urusan pembelian Eurokopter EC725 Cougar tiada berlakunya penyelewengan mengundang pelbagai reaksi daripada pelbagai lapisan kepimpinan.

Sebelum pengumuman itu pun, banyak pihak mempertikaikan beberapa kenyataan dua pemimpin utama negara, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Dato' Seri Najib Razak yang sangat bercanggah antara mereka.

Pada mulanya, 27 September 2008, Abdullah mengumumkan bahawa syarikat pengeluar helikopter, Eurocopter Malaysia Sdn. Bhd. telah memenangi tender terbuka antarabangsa untuk menggantikan helikopter Nuri dengan Eurocopter EC725 Cougar.

Ramai yang melihat pengumuman tersebut memberikan sedikit kelegaan kepada keluarga angkatan tentera khususnya kepada yang ahli keluarganya pernah terkorban dalam kemalangan melibatkan Nuri.

Pada hemat rakyat dan ahli keluarga mangsa mungkin sekurang kurangnya pengorbanan keluarga mereka diberi perhatian dengan kerajaan mengambil keputusan tidak lagi menggunakan 'keranda terbang' Nuri.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa bahawa India membeli 197 unit EC725 Cougar pada harga yang sama dengan jumlah wang yang dibayar Malaysia untuk hanya mendapat 12 buah.

Sementara MT KeADILan, Badrul Hisham Shaharin memetik dalam www.defenseindustrydaily.com yang melaporkan mengenai pembelian Kerajaan Korea untuk model yang sama tetapi dengan harga yang juga lebih murah berbanding Malaysia.

Skandal ini mendapat perhatian sebagai skandal berprofail tinggi apabila pendedahan berserta bukti oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengenai terdapat skandal dibelakang pembelian ini.

Terdapat banyak percanggahan mengenai harga pesawat tersebut antara Timbalan Menteri Pertahanan, Dato' Wira Abu Seman Yusop yang berkata harganya RM1.6 bilion.

Sementara Setiausaha Kementerian Pertahanan, Abu Bakar Abdullah berkata harganya RM 1.1 bilion.

Paling menarik perhatian, ketika berucap di Parlimen Abu Seman mendedahkan keputusan pembelian helikopter pengganti Nuri hanya dibuat hanya berpandu kepada katalog.

Malangnya, dengan merujuk kepada katalog ini pembelian dengan harga yang berlipat kali lebih mahal dari yang dibeli oleh kerajaan lain diiktiraf PAC dengan mendakwa ianya mengikut prosedur.

Luluh hati rakyat dibuatnya, malah isu tersebut yang pada pandangan Anwar boleh dibawa ke Parlimen ketika Najib menggulung perbahasan Belanjawan 2009, akhirnya tidak kesampaian kerana sikap Najib menutup ruang perbahasan.

Gegak-gempita Dewan Rakyat pada 4 November lalu ketika seluruh anggota Parlimen Pakatan Rakyat bertindak keluar dewan selepas melihat ruang demokrasi disempitkan oleh Najib.

Beberapa ahli Parlimen yang bangun termasuk Anwar, Dato' Kamaruddin Jaffar (PAS Tumpat); Mahfuz Omar (PAS Pokok Sena); Azmin Ali (KeADILan Gombak); Salahuddin Ayub (PAS Kubang Kerian); Saifuddin Nasution (KeADILan Machang); Tian Chua (KeADILan Batu) dan ramai lagi mendesak Najib membuka ruang tidak diendahkan.

Malah, ketetapan yang dibuat Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung Peraturan Mesyuarat 37 (2) dengan pengakuan Najib bahawa tidak akan memberi ruang sehingga selesai membacakan cadangan menyebabkan dewan panas dan berbalam dengan reaksi berang tindakan 'boikot' pembangkang.

Pastinya seperti kata Mahfuz Omar, Najib bimbang dengan segala pendedahan mengenai skandal membabitkannya termasuk isu Eurokopter menjadi bahan perbahasan pada petang 4 November lalu.

Najib seolah-olah sudah membaca rentah dan hati Anwar yang sememangnya akan melayangkan soalan tersebut bagi dijawab sendiri oleh Presiden Unmno yang baru itu.

Pastinya kemarahan rakyat pada pilihan raya umum ke-12 lalu yang disemarakkan Anwar dengan isu-isu penyelewengan pembelian Sukhoi dan Scorpene membayangi Najib berdepan dengan Anwar.

Paling pelik dalam skandal burung besi baru yang diidamkan Najib sebelum ini (ketika menjadi menteri Pertahanan) dimana 23 hari selepas umumkan pembelian Ec725 Cougar Abdullah badawi terpaksa umumkan 'penangguhan' pembelianya atas alasan ekonomi antarabangsa tidak stabil.

Namun pastinya persepsi umum tidak terlepas dari melihat bahawa pengumuman pembatalan dibuat dua minggu selepas keputusan dibuat dan lebih pelik ialah ia dibuat sehari sebelum PAC bersidang untuk menyiasat skandal tersebut.

Rela atau tidak, Najib pastinya tidak lupa dengan kenyataannya sendiri yang mengatakan faktor ekonomi tidak wajar dijadikan pengukur tunggal untuk membuat keputusan perbelanjaan untuk pertahanan negara.

Beberapa pemerhati politik dan Ketua Pemuda PAS sendiri melihat kenyataan Najib seolah terus mempertahankan usaha pembelian Eurocopter.

Pastinya tidak terjangkau oleh pemikiran rakyat bahawa sebenarnya mungkin percanggahan ini sebenarnya bibit 'perang' antara dua pemimpin tertinggi negara ini.

Malah bak kata Salahuddin, skandal ini dan keputusan PAC pastinya perlu diteliti semula kerana ianya membelakangi Parlimen, polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang sekaligus menimbulkan tanda tanya adakah ini 'game high profile'? - mks. _

Read More...

Sunday, November 2, 2008

Awas, rakyat diingatkan propaganda media arus perdana

Harakahdaily

Basiron Abdul Wahab
Sun | Nov 02, 08 | 10:38:42 am MYT

JERANTUT, 2 Nov (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa mengingatkan para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat supaya tidak mempercayai sama sekali laporan media arus perdana.

Katanya media arus perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan lainnya mendokong aspirasi Barisan Nasional dan menjadi alat propaganda parti itu. Media berkenaan mempunyai agenda politik di dalam setiap laporannya.

Secara sinis Husam berkata, adalah wajar jangan membaca media jenis berkenaan bagi mengelakkan 'pening kepala' atau 'naik darah'.

"Buat apa kita mengeluarkan wang untuk membelinya kemudian kita menjadi pening kerananya. Elok jangan baca atau menonton media berkenaan.

Image"Media berkenaan sama ada berbahasa Malaysia, Inggeris mahu pun Tamil mempunyai agenda tertentu,"beliau berkata demikian ketika berdialog dengan para penyokong Pakatan Rakyat di Kompleks Imam Syafie, dekat sini.

Menjawab isu yang ditimbulkan, Husam mengatakan rakyat pelbagai bangsa bersetuju kuasa politik negara kekal ditangan orang Melayu dan parti politik Melayu ialah PAS dan Umno. Umno sering memomokkan jika Umno jatuh kononnya kuasa politik Melayu akan jatuh, itu tidak benar.

Menurut Husam, Umno kini sangat bermasalah sehingga ketahap ada pemimpinnya memberi kenyataan untuk melelong parti itu ditambah pula dengan isu ekonomi yang semakin meruncing sedangkan dalam pilihan raya lalu kekuatan Umno tidak tergugat kerusi Umno masih utuh tetapi Umno berada dalam keadan lemah ditambah pula dengan masalah ekonomi, jika tidak ditangani dengan berkesan boleh menyebabkan rakyat menderita.

ImageSenario yang berlaku meyakinkan Husam gelombang perubahan akan berlaku sehingga ke Johor negeri kelahiran Umno.

Bagaimanapun Husam bimbang gelombang perubahan tidak berlaku di Pahang.

Katanya Pahang perlu menang sekurang-kurangnya enam kerusi parlimen bagi membolehkan PAS mensasarkan 40 kerusi parlimen sebagaimana disebutnya sebelum ini.

Menurut Husam beliau lebih suka jika perubahan kuasa berlaku melalui pilihan raya walaupun tidak menolak peralihan kuasa boleh berlaku melalui cara lain tetapi ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk menjatuhkan Umno yang telah berkuasa lebih 50 tahun itu.

Jelas beliau, plan peralihan kuasa Abdullah-Najib juga mungkin merubah pendirian ahli parlimen BN, begitu juga kawalan terhadap anggota parlimen BN juga semakin meningkat berikutan kebimbang dan khuatir terhadap adanya anggota parlimen BN ingin berhijrah kepada Pakatan Rakyat.

ImageHusam yang juga anggota Exco kerajaan Kelantan berkata, jika Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa daripada BN antara perkara utama yang akan diperbaiki ialah Suruhanjaya Pilihan Raya bagi memastikan pilihan rakyat berjalan mengikut lunas demokrasi serta memperbaiki sistem pengurusan ekonomi.

Turut hadir pada majlis itu termasuklah Pesuruhjaya PAS Pahang,Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man; Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh; Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Abdul Majid Hassan; Dr Hamzah jaafar dan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pahang N. Balasubramaniam .

Ustazah Noridah dalam majlis tersebut telah menyampaikan sumbangan kepada masyarakat kaum India sempena Hari Deepavali. - mks. _

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |