MyMetro
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mempertimbang mengurangkan kadar tarif elektrik sekiranya harga arang batu di pasaran turun di bawah paras AS$75 satu tan selama tiga bulan berturut-turut, kata Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor.
“Tak kiralah bila, kalau harga komoditi (arang batu) itu jatuh di bawah paras AS$75 satu tan untuk tempoh tiga bulan berturut-turut, saya akan meminta Suruhanjaya Tenaga mengkaji semula sama ada kita boleh turunkan tarif elektrik atau tidak,” katanya.
“Tetapi sehingga sekarang, dah lima bulan (sejak Julai) harga arang batu terus meningkat,” katanya kepada media ketika ditanya sama ada kerajaan akan menurunkan kadar tarif elektrik berikutan penurunan harga minyak dunia, selepas merasmikan Kempen Kesedaran Kecekapan Tenaga Kebangsaan, di sini.
Tuesday, November 11, 2008
Tarif elektrik turun jika harga arang batu turun
Posted by
Sang Pemantau
at
12:34 AM
Labels: bohong rakyat, Harian Metro
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment