+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, May 14, 2008

Tiada cadangan letak Suruhanjaya Anti Rasuah di bawah Parlimen

Mstar Online

13-05-2008 01:50:52 PM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (SARM) yang akan ditubuhkan kelak tidak akan diletakkan secara khusus di bawah tanggungjawab Parlimen, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Beliau berkata mengikut struktur baru suruhanjaya itu, sebuah Lembaga Penasihat Bebas Pencegahan Rasuah serta Jawatankuasa Parlimen Mengenai Pencegahan Rasuah akan diwujudkan.

Anggota Lembaga Penasihat Bebas Pencegahan Rasuah akan dimaklumkan oleh pihak suruhanjaya mengenai keskes rasuah yang melibatkan kepentingan umum bagi membolehkan lembaga memantau dan membuat pertanyaan serta memberi syor untuk tindakan lanjut mengenai keskes tersebut, katanya di Dewan Rakyat ketika menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) sama ada Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan bebas daripada kawalan Jabatan Perdana Menteri.

"Suruhanjaya ini akan membentangkan laporan tahunannya kepada ahliahli Jawatankuasa Parlimen Mengenai Pencegahan Rasuah, dan dengan itu Lembaga Penasihat Bebas dan jawatankuasa parlimen itu akan dapat memastikan ketelusan dan keberkesanan pelaksanaan fungsi suruhanjaya.

"Ini mewujudkan elemen akauntabiliti bagi setiap tindakan yang diambil," kata Nazri.

Menjawab soalan Teo berhubung mengapa kerajaan tidak memberi kuasa kepada suruhanjaya itu untuk membuat pendakwaan, beliau berkata Perlembagaan memperuntukkan kuasa pendakwaan terletak pada Peguam Negara.

Malaysia, katanya, mengamalkan undang-undang yang membezakan antara tugas membuat siasatan, mendakwa dan menghakimi bagi mengelak pertindihan tugas dan berlakunya konflik kepentingan.

Kepada pertanyaan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) sejauh mana Perdana Menteri tidak akan campur tangan, Nazri berkata soal pendakwaan berada sepenuhnya pada Peguam Negara yang bebas membuat keputusan sendiri. BERNAMA

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |