Tuesday, April 20, 2010
Tuhan Selamatkan PKR Dari Dikencing Halili.
Langkah Dr Halili dilihat pahit untuk ditelan, tetapi kalau diselami ia bertimbun dengan rahmat. Tuhan mengawalkan Halili menyertai Umno sebelum beliau menjadi ahli parlimen atau dalam keadaan beliau sudah menjadi ahli parlimen.
Apa kata, kalau beliau dipilih jadi calon Hulu Selangor dan kemudian menyertai Umno, tentu luka hati penyokong dan ahli PKR makin parah. Sungai Choh, Ampang Pecah di Kuala Kubu Baru akan menjadi merah kerana disimbah darah kekecewaan ahli. Ahli akan menangis atas tindakan itu kelak.
Apabila Tuhan mengawalkannya membawa Halili ke dalam Umno ini bermakna Tuhan tidak mahu ahli PKR dan Pakatan Rakyat merasai kesedihan atasnya lebih parah lagi. Sekurang-kurangnya dengan Tuhan membuka pintu hati Halili menyertai Umno ia membolehkan ahli PKR cepat mencari ubat merawati dan mbaluti kelukaan itu. Ahli PKR dan penyokong PKR kena bersujud syukur kepada Terima atas apa yang berlaku ke atas Halili.
Saya cukup yakin, dan dari sumber yang diperolehi kenapa beliau tidak dipilih sebagai calon kerana sudah ada keraguan dan kesetiaan beliau kepada parti. Itulah yang menjadi dilema kepada Anwar Ibrahim dalam menimbangkan Halili dan calon lain menjadi calon. Anwar juga sudah tahu ke mana sahabat karibnya itu. Dan ia tidak menghairankan kalau Ezam Mohd Noor yang dikembangbiakkan oleh Anwar pun boleh meninggalkan dan mencerca Anwar sambil berlari-lari ke rumah Umno semula. Jadi apalah sangat dengan Halili dan orang-orang sejenis dengannya. Bagaimana cara Ezam mengentuk pintu belakang Umno begitulah juga Halili.
Apa lah Halili berbanding dengan Ezam dan lain-lain. Seorang pakar bedah saraf boleh dan pakar membedah tetapi dia tidak pakar dalam menilai saraf politik yang lebih shofiketed dari saraf kepala manusia. Saya sebelum ini pun tidak pernah menulis dan mencatat nama Dr Halili ini menunjukkan nama itu hama dalam kamus politik saya. Dia menjadi sebutan hanya kerana diambil Anwar menjadi doktor peribadi.
Yang tinggal dalam Keadilan adalah mereka yang kental. Mereka yang suci hati dan nekad berjuang untuk melakukan perubahan demi rakyat. Pun begitu kesetiaan seseorang tidak boleh diukur. Hari ini mungkin setia esok mungkin memungkiri segala persetiaan. Itulah manusia. Mereka yang rapuh, lemah semangat dan tidak tahan diugut dengan api perjuangan, akan menggeletar dan mengaku kalah kepada musuh.
Sekali lagi terima kasih kepada Halili kerana bersikap gentlemen menyertai Umno tidak dalam mendapat mandat rakyat. Pasti ahli PKR akan lebih kecewa kalau beliau bertindak seperti beberapa yang lain setelah berjaya memasuki ke parlimen yang dihampar karpet merah oleh rakyat kemudian berak dan kencingnya atas laluan itu.
Dalam usaha menganggui semangat dan jentera PKR saya percaya selepas ini ada bebera individu lain akan mengikut jejak Halili. Kalaupun tidak orang besar tetapi pembantu Halili semasa dalam bilik pembedahan pasti akan menurut jejak bosnyanya.
Begitu juga dengan calon bebas Melayu itu saya saya dia juga akan mengistyharkan diri dan menyokong Umno. Hari ini Chandran sudah berbuat demikian. Membatalkan niat dan menyatakan sokongan kepada MIC. Dari awal sudah diduga kenapa dan mengapa Johan Mat Diah menyertai pilihan raya berkenaan ia adalah strategi dan motif yang jelas.
Orang sudah tahu di mana akar politiknya. Ia bertunjang di Shah Alam Selangor. Kalau akar tunjang sudah buruk sudah pasti akar cabang, akar rambut dan ranting serta daun-daun pokok berkenaan semuanya akan buruk dan akan layu yang mana akhirnya pokok itu akan menyembah bumi.
Saya percaya ahli PKR dan Pakatan Rakyat sudah memahami tribulasi ini. Makanya hadapilah hari-hari mendatang yang tersisa selama enam hari saja lagi dengan penuh semangat dan keyakinan kepada perjuangan yang tidak berbelah bahagi. Percayalah apa yang berlaku hari ini, esok dan lusa itu semua menandakan kedudukan UBN hari ini sudah benar-benar terdesak. UBN akan sedia menerima apa saja untuk menguatkan partinya hatta bangkai.
Ahli PKR dan penyokong Pakatan Rakyat perlu menjadikan tindakan berpaling tadah Halili itu sebagai penyuntik semangat baru untuk berkerja lebih kuat lagi demi kemenangan PKR. Jangan sesekali merasa cemas dan hilang tumpuan dengan kejutan yang kecil itu.
Ingatlah kemenangan sejati ialah bila kita mampu mempertahankan prinsip dan setia janji kepada rakyat bukannya bersikap hipokrit untuk melepaskan diri dan membalas dendam atas kekecewaan kerana sesuatu sebab. [*** 12:15 t/hati 18/04/10]
0 comments Labels: msomelayu, penjelasan isu, tolak BN
Sunday, April 18, 2010
Kamalanathan Calon BN Pilihan Yang Keempat
msomelayu
DR MAHATHIR Mohamad awal-awal telah memberi peringatan kepada pengundi Hulu Selangor supaya memilih parti bukannya calon. Apabila Mahathir berkata begitu, bererti dia sudah tahu bahawa calon BN kali ini tidak begitu hebat dan mempunyai apa-apa keistimewaan. Sebab itu Mahathir mengalih perhatian daripada calon kepada parti. Apa lagi Mahathir cukup kenal dengan keistimewaan dan kehebatan calon PKR, Zaid Ibrahim semasa dalam Umno dulu.
Pandangan Mahathir itu bertentangan dengan aspirasi dan kehendak rakyat di Hulu Selangor yang tertindas dan dibiarkan kerajaan BN sejak lebih 50 tahun lalu yang mana mereka memerlukan calon yang boleh membela mereka dan membawa suara hati mereka di parlimen. Kegagalan G Palanivel menjadi wakil rakyat yang baik telah meninggalkan kesan pahit kepada pengududuk Hulu Selangor. Sebab itu Umno dan MIC sendiri secara keras menolak Palanivel.
Dengan memilih parti sudah pasti hasrat rakyat itu tidak akan tercapai. Sesudah lebih 50 tahun apalah yang BN lakukan kepada mereka? Berbagai masalah di Hulu Selangor khasnya melibatkan rakyat bawahan belum diselesaikan. Masalah pemilikan tanah, air dan kemudahan asas lain hanya baru terubah selepas Selangor diambil oleh kerajaan Pakatan Rakyat tahun 2008. Kehidupan masyarakat dalam kawasan Felda juga setakat lepas untuk memenuhi keperluan hidup seharian saja dan tidak mampu untuk bermewah. Masih ada peneroka yang belum mendapat gerak hak milik sepenuhnya.
Keuntungan atau aset yang menjadi milik Felda sebanyak RM400 billion tidak pun sampai kepada mereka bagi mengubahkan kehidupan tradisi Felda. Kekayaan Felda yang sudah dikorpartkan lebih untuk memberi kemewahan hidup kepada para kontraktor dan para penaungnya saja.
Mahathir dapat membaca apa yang menimpa BN pada pilihan raya kali ini. Parti itu menghadapi masalah dalam menentukan calon. Perbalahan MIC bakal membawa bahana kepada parti berkenaan. Samy Velly, Palanivel yang dicalonkan oleh MIC, serta V Mugilan yang dicalonkan oleh Umno, menghadapi pilihan raya kali ini dalam rasa kecewa dan dukalara apabila impian masing-masing tidak menjadi kenyataan.
Selalunya orang yang ditimpa perasaan malang ini tidak bersemangat, dan mereka akan berkerja ada kadar saja. Untuk tidak dikatakan merajuk ataupun bersikap kebudak-budakan mereka akan turun juga ke majlis ceramah membantu calon BN. Manakala para petugas Umno akan bekerja hanya mengharapkan upah dan imbuhan semata-mata. Kalau upah ini tidak dihulur mereka akan menutup pos dan bilik gerakan.
Muhyiddin Yassin pun tahu akan kewibawan dan kelemahan calon BN kali ini. Sebab itu dalam kenyataan akhbarnya semalam beliau cuba membina imej Kamalanathan dengan berbagai cara. Antaranya Muhyiddin mentafsirkan nama Kamalanathan mencermin aspriasi rakyat Malaysia yang berslogankan 1 Malaysia. Kata Muhyiddin nama Kamalananthan itu mewaikili tiga suku kaum di negara ini. Kamal katanya adalah nama Melayu, Alan, adalah nama Cina dan Nathan adalah India.
Apakah hanya tiga kaum atau bangsa itu saja ada di Hulu Selangor. Bagaimana dengan kaum Orang Asli? Apakah UBN telah melupai peranan dan kewujudan kaum Asli di Hulu Selangor?
Jelas apa yang Muhyiddin lalukan itu kerana beliau lihat tidak ada modal lain dan kelebihan lain kepada calon BN itu melainkan dari segi nama saja. Apa yang ada kepada nama? Sekuntum bunga tahi ayam kalau pun dinamakan ros ia tetap juga akan berbau busuk juga. Rasanya nama Zaid lebih mesra dan ada ertinya bagi orang Melayu kerana nama Zaid itu mengingatkan kita kepada Zaid bin Harithah anak angkat kepada Rasulullah s.a.w.
Kamalanathan, 35 belum ada apa-apa jasa dan bakti yang ditunjukkan selama ini. Orang tidak mengenalinya cemerlang dalam apa-apa pun. Nama beliau itu baru dikenali hari ini. Mungkin kalau tidak dicalonkan orang masih tidak tahu menyebut namanya. Dia sendiri tidak menyangka akan dipilih menjadi calon. Tetapi kerana BN menghadapi masih parti itu terpaksa melupai dua nama lain itu.
Dalam urutan calon BN, Kamalananthan berada diurutan ke empat. Selain dari Palanivel yang sudah awal-awal dicalonkan oleh MIC dan Mugilan dicalonkan Umno, seorang lagi calon berkulit hitam yang menjadi minat Umno ialah Mohd Farid Rawi Abdullah. Kalangan pemimpin Umno sangat berminat kepada penceramah ini. Dengan ilmu dan populariti yang ada kepada beliau, Rawi dikira mampu memberi cabaran sengit kepada calon PKR, Zaid Ibrahim. PKR mungkin angkat tangan sebelum masuk gelanggang kalau Farid Rawi menjadi calon.
Sayangnya Mohd Rawi enggan memasuki belenggu politik. Penceramah ini dapat membaca apa akan jadi kepada dirinya kalau dia berselimut dalam kanvas politik, lebih-lebih lagi Umno. Mungkin beliau sudah tahu akan onak dan reba serta juga kebusukan yang berhimpun dalam Umno maka beliau tidak bersetuju untuk menjadi calon.
Kesimpulannya calon BN adalah pilihan ke empat dan paling tidak popular. Fahamlah sendiri kalau sudah berada di tangga ke empat. Kalau BN sendiri berkecamukan dalam menentukan calon, rasanya pengundi Hulu Selangor dapat memikirkan apakah kesan kalau mereka terus memberi kepercayaan kepada calon itu. Kalau komponen BN sendiri kurang senang dengan Kamalananthan, masakan rakyat mereka selesai dengannya.
Saya lihat Kamalanatha juga sseperti gelabah dan masih dalam rasa bingung kerana dipilih menjadi calon. Dalam komentarnya selepas diumumkan sebagai calon, dia mengakui dirinya unik kerana dapat bercakap dalam bahsa Melayu, Inggeris dan Tamil. Betulkah itu keunikan? Rasanya itu bukan keunikan lagi. Setelah berada di Malaysia selama lebih 50 tahun kebolehan kita berbahasa Melayu bukan satu yang perlu dibanggakan lagi. Sebaliknya kebolehan itu sesuatu yang biasa yang tidak perlu dijadikan kebanggaan. Mana-mana orang yang tidak bercakap menggunakan bahasa Melayu yang baik ia dianggap sebagai tidak petriotik.
Apabila soal kebolehana ini cuba diketengahkan Kalamanthan dan menganggap dirinya sebagai unik, maka dapatlah kita meninjau sejauh manakah akal dan ketinggian siasah ketua penerangan MIC ini. Memanglah beliau unik, tetapi unik dalam kenunikan yang beliau rasakan sendiri sedangkan orang sedikitpun tidak merasa itu sesuatu yang boleh dibanggakan apa lagi dijadikan pra syarat untuk jadi pemimpin. Kehebatan Kalamanathan berbahasa Melayu mungkin dikagumi orang India tetapi tidak bagi Melayu dan Cina serta Orang Asli di Hulu Selangor. [wm.kl. 10:15 am 18/04/10]
0 comments Labels: msomelayu, tolak BN
Tuesday, May 12, 2009
Hishamuddin Jangan Main Api Di Terengganu!
msomelayu
[kemas kini] SAH Dr Ramzi telah ditangkap polis. Beliau katanya ditangkap di Jertih jam 8:30 pagi tadi. Beliau kini dibawa ke IPK Terengganu. Reporter sedang mengerumuni IPK untuk mendapat penjelasan lanjut.
ADA maklumat mengatakan Ahmad Ramzi Mohamad Zubir (Dr Ramzi) telah ditangkap polis pagi ini. Sama-sama kita tunggu pengumuman daripada Polis Di Raja Malaysia (PDRM). HARI ini 12 Mei, tanggal yang disebut-sebut Umno Terengganu akan disusun semula. Katanya kedudukan Ahmad Said sebagai Timbalan Pengerusi Umno Terengganu akan berubah. Pengerusinya, Hishamuddin Hussein ada nama lain untuk diganti di tempat Mat Said. Siapa?
Khabar ini rasanya tidak berapa benar dan tidak logik. Hishamuddin baru saja diumumkan oleh Najib Razak sebagai pengerusi Umno Terengganu dengan Mat Said sebagai timbalan. Apakah Hishamuddin sedia mengkhianati pilihan Najib?
Bukan itu saja menukar dan mengenepikan Mat Said ia bermakna mengenepikan restu istana kepada Mat Said. Khabarnya juga motif penyusunan semula itu untuk memenggalkan jawatan Mat Said sebagai MB Terengganu?
Justeru tidak mungkin Hishamuddin akan menambahkan pening kepala Najib. Isu di Perak belum habis dan melanda kembali kini, nak mula dengan Terengganu pulak? Kalau begitu rosak jahanam semua Umno Malaysia ini. Makanya tidak mungkin ada penyusunan semula Umno Terengganu kini.
Hishamuddin katanya telah membuat penyelidikan dan kajian mengenai kelemahan dan kekuatan Umno Terengganu. Katanya dia telah turun ke Terengganu untuk mengenal pasti masalah dalam menyelesaikan kemelut yang ditimbulkan itu. Sebelum beliau memberi taklimat kepada pihak istana Terengganu beliau sudah turun awal-awal ke negeri penyu menangis itu.
Timbul sedikit keanihan kenapa Hishamuddin seolah melindungi pemergiannya lebih awal ke Terengganu dalam rangka mencari kesimpulan bagi menenangkan ombak politik Umno Terengganu itu. Dalam kenyataan kepada media beliau seolah memaklumkan kepada istana dulu sebelum hendak berbuat sesuaatu ke atas Umno Terengganu! Manakala pemergian ke Terengganu itu juga diminta supaya disembunyikan.
Apakah yang silap di sini dan apakah Hishmuddin ada agenda lain di Terengganu. Beliau memang ke Terengganu tetapi bukan menemui akal umbi tetapi menemui buah hati! Apakah maksud buah hati itu pulak? Apakah Idris Jusoh buah hatinya?
Biarlah, Hishamuddin dan orang politik memang ada berbagai agendanya sendiri. Agenda itu pula kekadang terlalu confidential. Misalnya dua orang wakil rakyat dari Kelantan ada kekasih masing-masing yang sedang menuntut di Universiti Malaya. Hujung minggu mereka akan ke Kuala Lumpur, beri tahu isteri dan anak buah kononnya ada mesyuarat parti atau agensi tertentu. Walhal mereka berfoya-foya dengan buah hati masing-masing.
Hujung minggu mereka akan ke UM ambil buah hati untuk makan-makan dan sebagai-sebagainya. Nama kekasih kedua-dua wakil rakyat berkenaan sudah pun dalam tangan saya. Hanya tunggu hari untuk disahkan dan 'dikebekkan' dalam blog ini.
Berbalik kepada cerita Umno Terengganu tadi, kalaulah benar hari ini Hishamudin akan umumkan perstruktruan semula Umno Terengganu melibatkan Mat Said ia adalah satu tindakan kurang bijak. Apa lagi kalau 10 orang Adun yang menjadi penganggu kepada Mat Said itu diambil kira ia akan menjadikan Umno Terengganu makin celaru.
Sebaiknya Hishamddin usah bermain api di Terengganu. Beliau harus tinggalkan politik Umno Terengganu kepada orang Terengganu. Orang Terengganu lebih mengetahui segalanya. Mereka akan mengetahui ikan apa ada di bawah lautan hanya dengan melihat kepada pecahan ombak apabila ikan itu sesekali menyedut udara di atas muka laut.
Hishamuddin kalau nak pergi ke Terengganu untuk bersuka ria dan berkelah pergilah tidak ada siapa nak marah.
Kemelut yang berlaku sudah semakin jelas. Yang terbungkus sudah mula 'terkebek'. Apabila polis sudah nak tangkap orang bernama Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, maka jelas siapa di sebalik penyebaran SMS tempoh hari. Orang ini pula adalah bekas Setiausaha Politik, Idris Jusoh. Apakah Idris tidak terlibat dalam soal ini?
Mungkin SMS itu dirangka demikian rupa. Disuruh buat dan dihantar ke dalam telefon sendiri kemudian buat report polis. Matlamatnya ialah untuk tidak mahu hadir siang dewan. Tujuan tidak mahu hadir sidang dewan supaya dewan kelihatan kosong dan yang ada Mat Said dengan speaker saja. Dengan cara itu dunia akan melihat Mat Said dipulau oleh Umno sendiri.
Maka betul dan benarlah kata Rahman Bakar, kemelut politik di Terengganu untuk menjatuhkan Mat Said ada grand design.
Kalaulah itu strategi kumpulan 10, itu silap. Mereka terlupa mengenai kehebatan Mat Said yang boleh berkawan dengan orang Pas. Semua Adun Pas di dewan katanya menyokong Mat Said. Pembelian dua ekor kambing Harun Taib oleh Mat Said adalah signal jelas bagaimana Mat Said rapat dengan orang Pas sampai boleh masuk ke dalam gok (kandang) kambing beor orang Pas.
Beginilah hidup. Selalu berlaku, walaupun perancangan manusia bijak tetapi bijak lagi perancangan Allah azajawa. Inilah kelemahan manusia tidak menyedari mereka berada di bawah kekuasan Tuhan. Kalau niat tidak betul maka semua perbuatan menjadi ‘belok belekar’.
Kepada Hismamuddin beliau harus selidiki dulu soal SMS itu. Beliau Menteri Dalam Negeri yang jaga polis. Kerah polis serek segera Ahmad Ramzi, soal dan siasat dia habis-habisan jangan bersikap double standard pula. Buka dan kobek apa yang ada dalam Umno Terengganu sebenarnya. Lepas itu barulah Hishamuddin buat keputusan. [wm.kl.11:00 am 12/05/09]
0 comments Labels: msomelayu, terengganu, UMNO haprak
Thursday, April 9, 2009
Senarai Kabinet Najib Belum Muktamad
msomelayu
KEMUNGKINAN sebelum menjelang 3:00 petang esok Najib Razak akan merombak dan mengemaskinikan beberapa kali lagi Kabinet sulungnya. Semalam Kabinetnya dikatakan telah pun disusun dan bakal diumumkan hari ini. Namun disebabkan ada tekanan dan berbagai -bagai pandangan Najib menangguhkan untuk mengumumnya.
Masalah Najib itu terselamat hari ini apabila beliau masih berbincang dengan dua lagi ketua parti komponen iaitu parti PBB dari Sarawak dan ketua parti MIC. Jadi penangguhan itu boleh dijadikan alasan menutup keserabutan Najib.
Ada yang mengatakan Mahathir Mohamad, Sanusi Junid dan juga Daim Zainuddin. Peranan ketiga ahli politik bertaraf "lesung hindik" ini tidak dapat disahkan. Samada Mahathir berperanan atau tidak ia terjawab esok. Dalam pada itu semasa perhimpunan agung Umno lalu nama Sanusi didondang-sayangkan sebagai penasihat keselamatan kepada kerajaan Najib.
Sekiranya Mukhriz menyertai Kabinet Najib samada sebagai, menteri atau timblan menteri atau setiasuaha parlimen maka jelas Mahathir ada saham dalam penyusunan Kabinet sulung perdana menteri ke 6 itu. Manakala kalau Mukhriz menyertai Kabinet maka Khairy Jamaluddin sudah tentu akan terpelanting. Ini bermakna kunjungan Mahathir untuk bersarapan dengan Najib selepas sehari Najib mengangkat sumpah itu ia bukan saja untuk makan 'soto Muar' tetapi ada perbicangan santai yang lain.
Siang tadi saya sempat menghubungi beberapa orang yang dikatakan akan dilantik dan mereka yang hampir dengan beberapa orang yang dikatakan akan dilantik atau dibawa masuk ke dalam Kabinet Najib. Mereka ini rata-rata mengunci mulut tidak mahu menceritakan apa yang berlaku hatta ke atas diri mereka sendiri.
"Tidak boleh sebut kerana belum angkat sumpah, segala-galanya boleh berlaku. Nak lantik menteri ini samalah nak pilih calon pilihan raya. Baik nama kita disenaraikan tiba-tiba boleh hilang begitu saja," kata seorang ahli Parlimen nun jauh dari Sabah.
Namanya juga disebut akan dilantik menjadi menteri. Daripada percakapan dan cara dia ketawa seakan dia sudah pasti namanya berada dalam senarai Kabinet Najib. Khabarnya dua muka baru di Sabah akan menyertai Kabinet Najib.
Kejutan juga bakal berlaku esok bila mana negeri Melaka yang ketiadaan wakil dalam jemaah menteri mungkin terisi. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi besar kemungkinan akan dinaikan pangkat menjadi menteri penuh. Kalau jadi ia merupakan satu sejarah buat Melaka.
Manakala sehingga saat ini nama-nama menteri yang dikatakan kekal terbuang, Azalina Othman Said, Muhammad Mohd Taib, Syed Hamid Albar masih kekal 'dibuang' oleh Najib. Nama-nama turut yang akan terpelanting lain, Rais Yatim, Nur Mohammad Yaacob. Rais juga berada dalam kemungkinan sama ada dikekalkan sebagai menteri ataupun dilantik sebagai Setiausaha Agung Umno. Mereka itu dianggap sebagai orang Abdullah Badawi.
Menteri Wilayah Persekutuan, Zulhasnan Rafique yang juga dianggap orang Abdullah bagaimana pun masih kekal. Katanya pengekalan Zulhasnan itu memandangkan performancenya di Wialayah memberangsangkan. Selama memegang kementerian itu Zulhasnan berjaya membawa beberapa perubahan termasuk idea untuk membangun Bandaraya moden yang lengkap dengan kemudahan IT. Kejayaan lain ialah mengadakan lagu dan bendera khas Wilayah di samping memperkenalkan darjah kebesaran dan pingat.
Kedudukan Khairy Jamaluddin seperti sudah pasti tidak tersenarai dalam Kabinet Najib. Khabarnya Kahiry telah pun dimaklumkan! Jika ini berlaku ia sesuatu yang malang bagi Najib kerana jelas ketiadaan Khairy nanti menunjukkan beliau ditangani oleh Dr Mahathir Mohamad. Walaupun sejuta satu Najib menafikannya orang tidak akan mempercayainya seperti mana sukar orang untuk tidak mempercayai Najib tidak terlibat dengan kes Altantuya, bahawa ditekan oleh Mahathir.
Seperti dikatakan sebelum ini jika Najib tegal untuk melenyapkan Khairy dan menimbulkan Mukhriz ini bermakna Najib bakal berdepan dengan situasi politik yang tidak tenang untuk masa akan datang. Tindakan itu juga merombak tradisi sebelum ini di mana ketua pemuda, Hishamuddin dibawa ke dalam Kabinet. Keberanian menafikan hak ketua pemuda itu akan dilihat sebagai tindakan double standard Najib.
Saya tidak mengira Khairy akan mendiamkan diri begitu saja. Dan apa yang Najib kena ingat Khairy bukan bersendirian, kalau Mukhriz ada penyokong setianya, apa kurangnya dengan Khairy. Kuasa Khairy dan Mukhriz sama besar dan sama banyak iaitu satu suara dalam Parlimen. Apa kata kalau tiba-tiba Khairy jadi berjiwa kecil merajuk dan menyokong Pakatan Rakyat, takkah haru?
Masalah MCA juga dikatakan masih belum selesai dan ini juga memungkinkan Najib akan mengemaskan senarai Kabinetnya sehingga Subuh kelak.
Setakat ini yang dapat dipastikan dua muka baru dari Kelantan juga akan dibawa masuk dalam Kabinet Najib. Kedua nama itu sudah pun tercatat terang dalam senarai Najib sejak semalam tadi dan tidak berubah hingga kini. Siapa, cubalah teka? [d' kota kl 10:30 pm 08/04/09]
0 comments Labels: msomelayu, najib razak
Tuesday, April 7, 2009
Foto sekitar pengundian Bkt Gantang.
msomelayu
SEBOLEH-BOLEHNYA saya tidak sesekali akan mencuri gambar dari mana-mana blog atau protal berita lain untuk menjadi hiasan blog saya. Saya akan cuba mengambil gambar sendiri dan mengelakkan dari memaki gambar saduran. Sejak dari pagi tadi blog Merah Tinta seolah lesu kerana tidak memaparkan kemeriahan di pusat-pusat pembuangan undi di Bukit Gatang atau Bukit Selambau.
Terasa blog seperti hina bila tandus dengan foto. Apa lagi apabila membelek blog lain ada memaparkan pelbagai gambar di sekitar pusat-pusat pengundian terasa hiba dan sedih. Blog-blog yang lain juga yang menyambung terus dengan blog utama turut sama mencecuk gambar-gambar yang disiarkan. Maka jadilah gambar-gamabr itu sterotaip saja.
Menjadi prinsip saya akan memepertahankan kod etik selaku penulis. Mungkin ada penjenguk yang merasa sesuatu kekosongan bila catatan dan laporan tidak disertakan gambar walaupun gambar yang diakseskan dari blog atau laman-laman protal berita lain. Sorry le!
Tidak mengapa, saya lebih senang blog saya tanpa gambar daripada menyiarkan gambar yang sama. Dan dalam keadaan masa bergerak pantas, serba kekurangan adalah sukar bagi saya untuk bersaing dengan blog atau protal berita lain yang cukup segala peralatan dan tenaga manusianya. Hanya dengan sebatang kara apalah yang dapat dilakukan!
Pun begitu kerana ingin memaparkan dan mempersembahkan sesuatu yang memuaskan hati penjenguk, saya terus mencari dan memburu jurugambar Siasah, Zamzarina untuk mendapatkan gambar-gambar daripadanya. Zam pula keseorangan terpaksa bekerja ke sana kemari untuk merakamkan gambar dari beberapa lokasi yang termampu.
Dan apa yang menjadi masalah lagi di Bukit Gantang ini kemudahan internetnya tidak begitu memuaskan. Sama ada untuk download dan mengirimkan berita dan gambar memakan masa panjang kadang-kadang memboringkan.
Bagaimana pun dalam serba kepayahan dan kekurangan, di sini disertkan juga beberpa keping gambar yang dirakam Zamzarina di sekitar pusat pengundian di beberapa lokasi yang tidak disebutkan kepada saya. Ini menyebabkan keterangan gambar ini tanpa disertakan tempat dan semata-mata berpandukan kepada ilusi dan interpretasi saja. Terima kasih Zam walaupun lewat namun gambar-gambar ini masih mampu menceritakan segalanya kepada penjenguk blog Merah Tinta. Terima kasih! [bkt gantang 6:10 pm 07/05/09]
Mohd Nizar Jamaluddin melawat ke lokasi banjir di
Ahmad Awang mengangkat tangan gembira mungkin berpuas hati dengan perayu undi dan petugas Pas.
Ini dia Naib Presiden Pas yang paling aktif dan kuat bekerja membantu bagi memastikan kemenangan Pas.
Foto ini ada ceritanya tersendiri. Petugas Pas bergambar
Sesuatu yang senang dilihat, anak gadis menjadi petugas siarraya Pas.
Ini pula lagak petugas 'pemuda' Pas!
Apakah wanita ini akan kekal selamanya dengan UBN?
0 comments Labels: gambar, msomelayu, Perak, PRK
Salahkah Orang Kafir Baca Quran?
msomelayu
PARA pemuka Islam kini kalut membuat laporan polis terhadap Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming (foto) kerana Kor Ming membaca sepotong ayat Quran dalam ceramahnya. Cara Kor Ming membaca ayat Quran itu dikatakan telah menghina dan mempersendakan kitab suci Islam itu.
Mufti Perak, Harunssani Zakaria juga turut sama bangkit mengecam dengan bertanya apa hak Kor Ming membaca ayat Quran kerana dia (Kor Ming) tidak beriman kepada Islam?
Kenyataan dan pertanyaan Harussani itu mengejutkan! Apakah orang kafir tidak boleh membaca ayat Quran? Begitu sekali kerasnya Islam sampai melarang orang bukan Islam daripada membaca kitab suci itu.Dalam hal ini saya merasa aneh dengan tingkah laku umat Islam negara ini yang begitu sensitif bila menyentuh soal agama. Sensitif yang berlaku itu pula tidak kena pada tempatnya. Macam mana orang bukan Islam hendak mengetahui keistimewaan Quran dan mukjizat Nabi Muhammad s.a.w. itu kalau mereka tidak boleh membaca ayat al-Quran?
Tidak ada pula didalam Quran ayat-ayat menjelaskan Quran tidak boleh dibaca oleh bukan Islam. Yang ada ialah ayat-ayat Quran yang mencela mereka yang tidak beriman dengan al-Quran. Tidak ada juga ayat yang melarang orang kafir daripada menyentuh al-Quran?
Dalam hal ini siapakah yang tidak beriman dengan al-Quran? Saya rasa bukan saja Kor Ming tetapi orang Islam (Melayu) juga tidak beriman dan yakin dengan Quran dan sunnah.
Tidak beriman dan yakin dengan Quran ialah tidak mengambil ayat-ayat Quran sebagai panduan dalam memerintah negara. Demikian juga mereka yang menghina janggut nabi juga manusia yang mempersendakan Rasulullah.
Dalam kes Kor Ming ini saya tidak nampak yang Setiausaha DAP Perak itu mencela dan menghina al-Quran. Seharusnya umat Islam dan para pemuka Islam memuji langkah Kor Ming itu dan merasa bangga sebab Kor Ming merujuk kepada Quran. Beliau tidak merujuk kepada Bible, Taurat atau pun Zabur untuk menguatkan hujahnya. Tetapi dia rujuk kepada Quran. Itu merupakan satu keistimewaan kepada Islam.
Umat Islam negara ini khasnya mereka yang mempertikaikan tindakan Kor Ming itu saya rasa tidak luas pengetahuannya dalam ilmu agamanya. Mereka tidak sampai mencecah ilmu syariat, tariqat, hakikat dan marifat. Mereka lebih terkongkong dengan ideologi politik partisan.
Di Kelantan orang Cina membaca ayat Quran dalam ceramah politiknya sesuatu yang tidak pelik dan asing. Tahun-tahun 70-an Pengerusi MCA Kelantan, Foo Chow Yong sering kali membaca ayat Quran dalam ceramah-ceramahnya dan juga ucapan rasmi sebagai Exco Kerajaan Kelantan.
Saya masih ingat ayat yang menjadi kesukaanaya ialah ayat dalam surah Al-Imran: 103 yang bermaksud; Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatlah nikmat Allah kepadamu."
Chow Yong membaca ayat itu menyeru orang supaya bersatu padu dan tidak berpecah belah. Seruan supaya berpadu adalah ajaran Islam. Maksud dan tujuannya samalah dengan ayat yang dibaca oleh Kor Ming itu yang bermaksud hendaklah kamu (pemerintah) berlaku adil sesama insan (manusia).
Kalaulah Kor Ming tersalah quote, kenapa perlu membuat laporan polis. Sepatutnya kesalahan itu ditegur dengan baik dan penuh hikmah. Shabul Samaah Mufti Perak, Harussani sepatutnya memanggil dan mengajar Kor Ming dengan bacaan yang betul dan benar. Beliau bukannya melenting dan menunjukkan sikap perang dengan bukan Islam.
Di Kelantan bila Chow Yong baca ayat Quran umat Islam tidak melatah. Tidak ada ustaz, atau pun tok iman dan NGO Islam yang membuat laporan polis mendakwa dia mempersendakan Islam. Ini menunjukkan rakyat Kelantan faham mengenai hal itu dan tidak mudah memandang serong kepada orang bukan Islam yang membaca ayat-ayat Quran.
Sepatutnya umat Islam di Perak dan juga mereka yang mempertikaikan tindakan Kor Ming itu belajar dan mengambil iktibar apa yang dilakukan oleh rakyat Kelantan.
Sikap dan ketinggian kefahaman mengenai Islam itu nampaknya masih diteruskan oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto). Nik Aziz bila ditanya mengenai Kor Ming itu tidak melenting dan melihatnya penuh bijaskana. Katanya, “sepatutnya Kor Ming lama dah membaca al-Quran dan tindakan beliau itu hasil dakwah Pas.”Mufti Kelantan juga ketika itu Allahyarham, Datuk Haji Mohamad Noor, tidak pun menegur tindakan Foo Chow Yong itu. Apakah dalam soal ini, Mufti Perak Harussani merujuk kitab berlainan dengan kitab yang rujuk oleh Mufti Datuk Haji Mohammad Noor, Mufti Kelantan dalam melihat kes Foo Chow Yong itu?
Cara pemuka Islam yang membuat laporan polis dan Mufti Perak menegur Kor Ming itu ia menyebabkan orang bukan Islam jadi semakin takut dan gerun untuk mendekati Islam. Bagi saya tindakan dilakukan oleh umat Islam yang bertujuan menyokong UBN itu tidak bersifat fatah dan berfahaman sempit. [wm.kl. jam 9:00 pm 06/04/09]
0 comments Labels: hina Islam, msomelayu, penjelasan isu
Sunday, April 5, 2009
Mana Cerita Dari Janda Perdana Menteri
Bukan saja karektor Najib sebagai seorang pelajar yang baik, cerdik dan pintar sejak sedari kecil dilukiskan; kegemaran, pakaian, cara pidato dan telatah Najib di meja makan juga turut sama dilukiskan. Pendeknya semua tidak terlepas dari cakupan media massa, masing-masing berlumba untuk menukilkan (glorify) sesuatu yang indah dan menyeronokkan.
Sebelum si janda Rosmah Mansor menjelma dalam lataran hidup Najib, Puteri Zainah atau lebih dikenali dengan Ku Yie inilah yang mengikut Najib ke majlis-majlis kerajaan. Yang menemani Najib menziarahi rakyat di Pekan dan seluruh Pahang semasa Najib menjadi Menteri Besar Pahang dulu. Ku Yielah yang menjadi pujaan dan kesayangan Tun Puan Rahah. Ku Yielah yang lebih dikenali dan dimesrai rakyat Pahang berbanding dengan Rosmah.2 comments Labels: msomelayu, najib razak
Tuesday, March 24, 2009
Kebangsawan Najib Sudah Menyerlah
BARU sekejap tadi bakal Perdana Menteri, Mohd Najib Razak selesai merasmikan serentak perhimpunan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno di PWTC. Ada beberapa kelainan dalam ucapan Najib kali ini terutamanya, intonasi, gaya serta isu kandungannya. Yang paling ketara gaya Najib bercakap tadi seperti dia sudah perdana menteri Malaysia, menjerit-jerit dan kadang-kadang mempersendakan orang lain.
0 comments Labels: msomelayu, najib razak, UMNO haprak
Sunday, March 8, 2009
Hendak Jumpa Raja Pun Dihalang!
msomelayu
Apa nak jadi dengan negaraku?
Hendak Jumpa Raja Pun Dihalang!
APA nak jadi dengan Malaysia? Kebebasan sudah tidak ada lagi. Suara rakyat sudah dipancung. Rakyat boleh bersuara jika ada permit. Percakapan rakyat perlu dijaga dan dikawal oleh undang-undang. Kehidupan rakyat seolah-olah berada dalam kawalan rejim komunis.
Apa-apa kegiatan perlu dikawal atas nama keselamatan! Walhal keselamatan yang dijaminkan itu bukan untuk keamanan, tetapi membuka ruang kepada satu mala petaka. Atas nama keselamatan jiwa dan kalbu rakyat terus sakit dan marah. Marah...
Rakyat hendaklah dibisukan dari bercakap mengenai apa saja. Apa-apa cakap yang tidak senada dengan kerajaan, akan disekat dan dihalang dan dianggap sebagai menghasut yang boleh didakwa di bawah akta Hasutan 1948. Atau kalau perlu kepada yang keras dan degil di penjara di bawah ISA.
Cakap-cakap mestilah senada dengan kerajaan dan yang baiknya membodek kerajaan. Jadi cina buta kepada kerajaan. Dalam masa sama kerajaan melaungkan kebebasan, melaungkan keadilan dan melaungkan ketelusan. Hakikinya kebebasan sudah mati, keadilan sudah lama pincang dan ketelusan sudah lama ditambak dengan kuasa yang ada; polis, mahkamah dan kemudian penjara. Pintu penjara negara ini tidak pernah terkatup melainkan senantiasa dingangakan seluasnya.
Jangan cakap mengenai apa-apa pun. Diam atau gamkan mulut! Kerajaan sedang mengajar rakyat menjadi beruk yang bisu yang tertenggek atas dahan mati yang hanya perlu merasa seronok bila tuan menghulurkan pisang separuh masak. Kemudian beruk perlulah menghingguk-hingguK batang pokok menandakan terima kasih kepada penghulur pisang separuh masa itu. Jangan tungging jubur nanti ditembak. Inilah negaraku Malaysia di bawah kerajaan Umno Barisan Nasional (UBN).
Apa yang berlaku hari ini adalah konklusi ke atas segala kekejaman kerajaan. Manusia dari benua mana pun kalau melihat apa yang berlaku hari ini akan terkejut dan hairan. Masakan rakyat tidak boleh menemui rajanya untuk menyampaikan bantahan jiwanya yang bimbang mengenai masa depan anak bangsanya sendiri. Bukankah itu gila namanya kalau bukan babuk?
Kalau rakyat berhimpun hendak memaki hamun raja-raja dan sultan ada ‘kulihah’nya kalau mereka dihalang, disekat kemudian ditembak dengan gas pemedih mata. Hatta kalau guna peluru hidup pun tidak mengapa. Tembaklah anasir yang merosak negara, boleh dibenarkan dan seluruh rakyat akan memuji dan memuja kerajaan.
Misalnya kalau rakyat berhimpun hendak runtuhkan istana, tembaklah mereka, bomlah macam Israel bom rakyat Palestin biar hancur kepala dan terburai tali perut mereka. Tidak mengapa itu wajar sebab mereka pengkhianat. Di mana-mana dan sesiapa saja pengkhianat perlu ditembak sampai mampus tanpa mengira darjat, keturunan dan kedudukan mereka.
Kalau mereka berarak hendak robohkan Parlimen, lambang keunggulan institusi demokrasi negara ini, tak mengapa, halang dan sekatlah mereka. Kalau perlu tembak mereka, tembak dan pancunglah kepala mereka sekali. Usahkan air gatal (water cannon) atau gas pemedih mata, hatta C4 yang digunakan untuk meletupkan Altantuya Shariibuu pun halal digunakan. Bunuhlah...
Tetapi hari ini rakyat berhimpun hendak menyerahkan sekeping kertas kepada rajanya – Yang di-Pertuan Agong, apakah itu perbuatan salah? Salahkah? Apakah itu satu dosa dan satu penderhakaan? Puluhan ribu yang berarak ke istana hari ini kerana ingin membela bahasa mereka, Bahasa Melayu. BAHASA MELAYU?
Mereka bukan berarak untuk membela bahasa penjajah, tetapi berarak untuk membela bahasa mereka, bahasa Melayu. Mereka melakukan tugas dan tanggungjawab mereka kepada rakyat. Mereka buat untuk kebaikan bangsa Melayu dan juga negara ini bukan untuk kepentingan sesiapa atau mana-mana golongan. Manfaat yang diperjuangkan itu untuk kepentingan bersama.
Kenapa harus dicurigai niat suci mereka. Kenapa tidak reti membaca hati putih rakyat? Perarakan hari ini bukan bermotif politik. Apakah pihak kerajaan, penguasa buta mata hati dan suduh tertutup sanubari mereka. Begitu mudah pihak polis membuat andaian kononnya ianya didalang parti politik. Kenalkah mereka kepada Dr Hassan Ahmad, A Samad Said, Ainon Mohamad, Dr Hassan Mohamad, Dr Shahrir Md Zain, Baha Zain dan lain-lain. Mereka bukan aktivis politik, mereka adalah pencinta dan pejuang sastera dan bahasa.
Kenapa kerja suci mereka diragui? Kenapa? Apakah perbuatan mereka itu salah? Apakah di zaman ini rakyat tidak lagi boleh mengadu hal-hal masalah kepada raja-raja mereka. Apakah raja-raja hak sesuatu golongan saja? Atau raja-raja hanya sedia mendengar dari golongan tertentu yang boleh memberi apa-apa nafkah untuk kehidupan mereka saja. Begitukah? Dan bukankah sokongan rakyat jelata adalah jaminan keunggulan institusi raja dan keselamatan keturunan mereka?
Seharusnya tidak ada sekatan dan halangan ke atas perarakan membawa memorandum untuk menghapuskan PPSMI itu. Mereka perlu diberi jalan seluasnya. Mereka bukan perlu dinanti dan dihalang dengan gas pemedih mata, gari, belantan atau kamera tetapi mereka perlu diiringi dan dikawal daripada pengacau lain. Itu sepatutnya.
Pembawa memorandum itu adalah mereka yang suci dan bersih. Tangan mereka putih daripada rasuah dan gila kuasa politik atau membunuh manusia lain. Mereka tidak ada apa-apa ambisi untuk berkuasa. Mereka membawa sekeping hati rakyat Melayu untuk ditunjukkan kepada raja mereka, betapa remuk, bera dan birunya hati rakyat kerana bahasa mereka diinjak-injakkan. Yang membuka kaki menginjanya orang yang mengaku Melayu juga. Jadi salahkah? Salahkah? Salahhhhhhhkah?
Kepada para penembak tepat dalam pasukan polis, FRU, SB dan segala macam, apakah mereka sedar apa yang GMP lakukan itu untuk siapa? Untuk mereka, anak-anak mereka juga. Mungkin mereka boleh beralasan kerana itu arahan ketua mereka. Siapa ketua mereka? Apakah ketua mereka juga tidak ada akal budi dan akal fikir bagi menilai apa yang GMP lakukan itu.
Semuanya kini sudah jadi haru biru dan tidak tahu hujung pangkal. Kedudukan rakyat pun cuba dipisahkan dari raja dan istana. Atas nama nak menjaga kemuliaan raja tetapi mereka menyimpan motif untuk menjauhkan rakyat dengan rakyat. Mereka mahu memonopolikan raja sebagai hak mereka saja.
Yang salah di sini bukan raja. Tetapi para pengawal raja yang zalimnya. Para penasihat yang ada kepentingan. Raja sebagai raja berperlembagaan mengikut saja lembaga yang menentukan gerak geri mereka. Bagaimana pun diharap raja sesekali perlu menjenguk jendela untuk menghirup udara di luar dan melihat realiti yang riuh randah di luar istana.
Namun kita percaya keadaannya tidak seperti itu. Kini memorandum PPSMI itu sudah pun ditangan Yang di-Pertuan Agong ia diserahkan oleh A Samad Said dan Dr Hassan Ahmad. Kita berharap baginda akan meneliti dan menatapnya dengan penuh prihatin, insaf dan sedia menimbangkan.
Suara Perdana Menteri dikejauhan kedengaran hari ini juga satu perkembangan yang baik. Kata Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi yang hendak bersara esok lusa itu, masalah PPSMI perlu ditangani dengan segera kerana ia semakin mendapat tekanan. Kata Abdullah kalau ia tidak ditangani segera ia akan menjadi masalah besar. Jadi, tunggu apa lagi?
Hairan, apakah perdana menteri itu sudah tidak ada kuasa lagi? Atau kuasanya telah dirampas oleh timbalannya? Kalaulah beliau serius dan ikhlas kenapa beliau tidak arahkan hari ini juga Menteri Pelajaran, Hishmuddin Hussein agar memansuhkan PSPMI? Kenapa harus bermadah helah lagi. Atau suara perdana menteri itu sebagai hendak memujuk dan menyejukkan hati para pejuang bahasa dan sastera saja. Sesungguhnya Abdullah perlu menyengolahkan semula Hishamuddin.
Perarakan hari ini tidak akan menjadi kalau perdana menteri prihatin dan peka, dan tidak pekak. Wang kerajaan yang digunakan untuk membeli gas pemedih mata boleh diselamatkan. Wang petrol atau diesel trak dan kereta peronda polis dan helikopter boleh diselamatkan. Rakyat juga tidak berpedih mata dan pegap-pegap urat kerana lari menyelamatkan diri semasa perarakan tadi. Keadaan negara juga tidak menggambarkan seperti huru hara yang menakutkan pelabur.
Namun kerana PM kurang cerdik, lambat bertindak, teragak-agak, berfikir terlalu panjang, lembab dan lemah maka jadikan apa yang sudah terjadi. Apakah makna seorang PM mengatakan ia perlu diselesaikan segera? Dalam konteks hari ini ialah mengarahkan supaya PPSMI dimansuhkan. Dan bila PM tidak dapat bertindak maka ia menggambarkan seolah kuasanya sudah tidak ada.
Untuk apa Abdullah bersuara menyatakan masalah itu kalau ia sudah kehilangan kuasa sebelum jawatannya terlepas? Kalau hanya setakat bermadah untuk menarik simpati dan memberi keseronokan kepada rakyat tidak payahlah. Rakyat tidak lagi mengharap apa-apa harapan kepada Abdullah. Rakyat tidak lagi menaruh apa-apa keyakinan kepada Abdullah. Rakyat semuanya sudah cemuh dan menganggap Abdullah kini sedang persis koma sebelum jasadnya dibawa ke kuburan untuk ditalqinkan Najib.
Tahniah dan syabas kepada semua rakyat yang berarak hari ini. Yakin dan percayalah penderitaan yang dikecapi hari ini adalah penawar dan peristiwa yang akan menjadi manis selepas ini. Dan parut yang berbekas hari ini adalah bukti kepada anak bangsa bahawa kita adalah seorang pejuang. [***kl 7:00 malam 07/03/09]
0 comments Labels: bahasa melayu, minda rakyat, msomelayu
Sunday, March 1, 2009
Ahmad Said Terus Mendedahkan Siapa Dirinya Sebenar?
msomelayu
NAMPAK marah sungguh ketua SPRM, Ahmad Said Hamdan dengan anugerah lembu oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) atas kesungguhanya menyiasat aduan mengenai lembu korban terhadap MB Selangor, Abdul Khalid Ibrahim.
Kata Ahmad Said perbuatan AMK itu menghina pegawai kerajaan dan satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu. Ahmad Said juga mempertikaikan tindakan AMK itu tidak profesional kerana menganugerahkan lembu berkenaan.
Ahmad Said juga mempertahankan tindakannya yang membuat kenyataan terbuka berhubung siasatan ke atas Khalid dan mendedahkan pihak SPRM kononnya ada bukti kukuh untuk mengheret Khalid ke mahkamah.
Saya percaya AKM dan orang ramai menghormati tugas SPRM kerana ia bertujuan membenteraskan rasuah. Bila ada laporan mereka kena siasat tidak kira siapa individu berkenaan. Jadi berhubung masalah ini tidak ada maksud hendak membantah siasatan berkenaan.
Tetapi apa yang dibantah oleh AMK dan disokong oleh orang ramai ialah apabila Ahmad Said mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya beliau didedahkan.
Jikalau Ahmad Said tidak membuat kenyataan yang dilihat cenderong untuk memberi 'mata' kepada pihak lain tindakan SPRM itu tidak akan dipersoalkan, malahan ia akan dipuji. Lembu itu juga tidak menjadi mangsa politik dan terpaksa dibawah lori untuk meziarahi pejabat SPRM Selangor. Namun kerana sikap tidak profesional Ahmad Said itu maka lembu pun ikut sama susah.
Sebelum ini sudah berapa banyak SPRM atau BPR membuat siasatan ke atas orang politik termasuk pemimpin baik pembangkang atau kerajaan. Tetapi kenapa tidak ada bantahan terbuka seperti itu sebelum ini jawabnya kerana SPRM atau BPR menjaga etika mereka. Ketua pengarahnya sebelum ini tidak menampakkan mereka cenderong kepada mana-mana pihak dan masih bersikap adil!
Apa yang berlaku ke atas Ahmad Said ialah kerana kesalahan dirinya sendiri. Kerana sikap tidak profesional dan terdapat unsur bodek dalam kenyataan berkenaan. Maka beliau kena tanggung dan mengambil tanggungjawabnya dan jangan mengheret isu ini kepada pegawai-pegawai SPRM lain yang ikhlas, jujur dan telus. Masih banyak pegawai SPRM yang berkhidmat dengan penuh semangat berpandukan kepada cogankata perkhidmatan suruhanjaya berkenaan.
Sekali lagi bila beliau mengulas mengenai isu anugerah lembu itu dan membuat laporan polis berhubung anugerah lembu itu menggambarkan kedangkalan Ahmad Said sebagai ketua SPRM.
Beliau nampaknya emosi dan tidak dapat menahan diri daripada mengikut rentak gendang yang dipalu oleh budak-budak AMK. Apakah orang seperti itu yang rapuh kesopanan dan menjaga wibawa sebagai ketua kepada sebuah susuhanjaya sepenting itu masih layak untuk berada di tempat itu?
Kalau beliau ada maruah Ahmad Said sepatutnya telah meninggalkan jawatan itu. Anugerah lembu itu cukup memalukan dan menunjukkan betapa tahap profesional beliau mengenadalikana SPRM lebih kurang lembu saja.
Saya percaya selepas ini banyak lagi lembu atau haiwan-hawain lain yang tidak sepatutnya dikirimkan kpada SPRM sebagai menggambarkan hakikat sebenarnya SPRM yang diketuai oleh Ahmad Said itu akan terus dihantar kepada SPRM. [wm.kl. 5:20 pm 01/03/09]
0 comments Labels: msomelayu, SPRM
Saturday, December 27, 2008
Henti Momokkan Hukum Hudud - Abdul Aziz
msomelayu
PAGI tadi saya berkesempatan berjumpa dengan Pensyarah Kuliyyah Unang-undang UIA, Prof Abdul Aziz Bari di pejabatnya di UIA Gombak. Sudah lama saya ingin berjumpa dan bertukar fikiran dengan Profesor ini yang juga pakar mengenai perlembagaan negara ini. Mungkin kerana kesibukan masing-masing menyebabkan niat itu tidak menjadi kenyataan hinggalah pagi ini.
Hari ini sejarah bagi saya kerana berjumpa dengan beliau. Perjumpaan itu tentulah bertolak daripada wacana Tranformasi Politik Malaysia di Kota Bharu minggu lepas di mana beliau salah seorang panelis bersama Khairy Jamaluddin dan Husam Musa. Saya turut sama hadir untuk mengikuti wacana yang dianggap penting dalam proses membangunkan politik bangsa itu.
Ada beberapa yang saya inginkan penjelasan daripada beliau berkenaan wacana itu. Dalam pengamatan saya ada semacam sesuatu yang tidak memuaskan hatinya. Ada perkara yang tidak sampai atau sempat dilontarkan menerusi wacana itu.
Alhamdulilah, walaupun hari ini hari cuti umum namun profesor berkenaan sedia untuk ke pejabatnya. Khabarnya beliau selalu berada di pejabat tanpa mengira hari termasuk hari cuti umum!
Berbaloi, hampir tiga jam bersembang mencakupi pelbagai topi politik semasa dengan beliau khasnya mengenai hukum hudud yang kini sudah menerawang semula di persada maya dan menjadi polemik menarik antara orang politik. InsyaAllah interviu penuh dengan beliau akan disiarkan dalam Siasah minggu hadapan.
Rumusan mengenai pertemuan tadi, Abdul Aziz minta agak hudud jangan lagi dimompokkan sebagai satu sistem yang kejam dan zalim. Menurutnya masyarakat juga sudah faham mengenai hudud dan hukum hudud ini bukan perkara baru bahlah lama diperkatakan.
Dalam hal ini katanya Pas harus berhenti daripada memperkatakan hudud dalam konktes politik dan ia juga perlu dibincang seara terbuka dan lebih rasional lagi mengatasi kerangka politik partisan itu sendiri.
“Hudud bukan hak Pas tetapi hak semua individu yang yakin kepadanya. Jadi janganlah tempelkan hudud itu kepada Pas sahaja saja, umpamanya mengatakan hudud ini undang-unang rekaan Pas dan sebagainya,” begitulah tegas Abdul Aziz.
Dalam pada itu perbincangan mengenai hudud perlu dibuat dalam satu flatform khas yang khusus dan spesifik. Ia juga bukan seharusnya dibincang oleh Pas tetapi harus melibat golongan profesional lain, kumpulan agama, golongan akademi atau NGO yang memperjuang Islam seperti Peguam Muslim atau sebagainya.
Dalam pada itu menurut Abdul Aziz, Pas janganlah sesekali menjadikan hukum hudud untuk mengejek dan mengutuk Umno kerana sebagai tabii Umno akan membalas dan mempertahankan dirinya kalau ianya diejek.
"Bila keadaan ini berlaku maka terjadilah polemik tidak berkesudahan antara kedua puak yang tidak mengutungkan Islam," tukasnya.
Secara jujur Abdul Aziz merasakan Pas tidak mampu untuk melaksanakan hudud secara bersendiri kerana ia memerlukan banyak perkara yang perlu dilengkapkan. Misalnya prasarana untuk melaksanakannya masih belum wujud seluruhnya. Justeru kata menurutnya kalau pun Pas ada kuasa ia tidak semestinya Pas mampu melaksanakannya.
"Pas hanya boleh berkata ia ingin melaksakananya tetapi pelaksananya siapa?" tanya beliau. "Pelaksanaan hukum hudud bukan semudah diucapkan. Perkara paling penting mempersiapkan segala prasarananya terlebih dahulu baru boleh dilaksanakan," tegasnya.
Menarik... itulah yang dapat saya simpulkan mengenai pandangan yang dilontarkan oleh Abdul Aziz mengenai hudud ini. Apa yang penting beliau tidak mahu hudud dijadikan alat atau pun diperkatakan dalam kerangka politik kerana ia akan menjadi polimek yang tidak mengutungkan mana-mana pihak. [wm.kl 6:00 pm 27/12/08]
0 comments Labels: hudud, msomelayu
Monday, December 15, 2008
Pilihan raya kecil Kuala Terengganu Pas Pertaruhkan Siapa?
msomelayu
KALAU BN ada tiga hingga lima calon untuk diletakkan bertanding dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 6 Januari depan, Pas pula ada tiga calon yang menjadi sebutan dan sandaran untuk merampas kerusi berkenaan. Di sini saya tidak bercadang untuk mengulas dan menganalisa calon-calon BN, dan hanya akan menyorot calon-calon Pas sahaja.
Tiga nama disebut-sebut akan diletakkan oleh Pas, ialah Naib Presiden, Mohamad Sabu yang juga calon Pas di kerusi berkenaan dalam pilihan raya umum lalu, Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mustafa Ali dan seorang ahli perniagaan Prof Khazani Abdullah.
Ketiga calon ini realtifnya berbeza antara satu sama lain. Mohamad Sabu dikenali sebagai pekerja parti yang lantang dan rajin di dalam Pas. Pekerja yang pandai mengulas isu dan membuat humor ketika bersyarah. Beliau juga menjadi daya penarik kepada majlis ceramah Pas.
Kerana kehebatan itu beliau saya sifatkan sebagai calon berlabel nasional. Mustafa Ali pula pemimpin veteran dalam Pas yang berpengalaman. Saya namakan sebagai pekerja lama parti. Manakala Khazani tokoh muda Pas yang masih belum dikenali calon amatur dan harapan masa depan. Pekerja baru parti.
Walaupun Pas Terengganu tidak ‘kasik’ calon dan masih ada serangkaian calon lain, seperti Wan Mutalib Embong, Abu Bakar Chik dan lain-lain, tetapi itulah tiga nama yang dikira akan disenaraipendekkan oleh Pas Terengganu untuk dipertimbangkan dan diputuskan oleh Pas Pusat dan Majlis Syura Ulama.
Rasanya elok juga untuk melihat populariti calon-calon berkenaan berdasarkan poll yang dibuat oleh beberapa portal berita dan juga blog persendirian termasuk blog saya. Perbandingan ini hanya tertumpukan kepada dua nama saja, Mohamad Sabu dan Mustafa Ali kerana Khazani tidak disenaraikan dalam mana-mana poll.
Ada empat orang nama yang disenaraikan dalam poll berkenaan, iaitu Mohamad Sabu, Mustafa Ali, Wan Mutalib Embong dan Syed Azman Syed Ahmad. Jelas sekali dari segi popular menurut poll-poll itu, Mohamad Sabu menjadi pilihan utama berbanding dengan Mustafa Ali.
Misalnya poll yang dibuat oleh KL.Pos yang dikutip jam 11:00 pagi ini (11 Disember 2008) Mohamad Sabu mendapat sokongan sebanyak 89%, Mustafa 4% dan Wan Mutalib sebanyak 7%.
Manakala poll dari blog pinkturtle pula yang dikutip pada waktu sama daripada 430 pengundi, sebanyak 68% atau 291 undian diberikan kepada Mohamad Sabu, Syed Azman 27% atau 115 undian, Wan Mutalib dan Mustafa masing-masing 3% atau kira-kira 11-13 undi saja.
Poll dari blog saya pula yang dikutip pada masa sama, daripada 216 pengundi Mohamad Sabu menerima 122 undian atau 56%, Syed Azman 43 undi atau 19%, Wan Mutalib menerima 6 undi atau 2% dan Mustafa menerima 21 undi atau 9%. Saya turut meletakkan pilihan ‘calon-calon lain’ yang menerima 24 undi atau 11%.
Saya mengagakkan mereka yang membuat pengundian menerusi poll dalam ketiga blog berkenaan adalah hampir 90 % orang yang sama dan kebanyakan mereka adalah pelayar dari luar Kuala Terengganu. Jelas dari poll itu Mohamad Sabu menjadi calon popular dengan mengatasi calon-calon lain dari ketiga poll berkenaan.
Ada beberapa sebab kenapa Mohammad Sabu popular, antaranya kerana nama beliau sudah disebut awal-awal oleh Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahukan Mohamad Sabu diberikan peluang bertanding sekali lagi. Sedikit sebanyak pandangan Nik Aziz itu mempengaruhi pengundi terutamanya pengundi yang taksub dengan cara politik beliau (Nik Aziz).
Selain itu ialah kerana Mohamad Sabu dilihat popular berbanding dengan nama-nama lain di kalangan masyarakat bawahan dan mereka yang meminati politik berbentuk ceramah.
Persoalannya kini apakah Pas Terengganu akan mengambil kira trend yang ditunjukkan oleh poll berkenaan ataupun suara pemerhati dan peminat politik Pas di luar Terengganu itu? Kalau Pas memperlakukan ini sudah tentu Mohamad Sabu adalah calon paling layak.
Sebaliknya sekiranya Pas Terengganu ada kriteria dan indikatornya sendiri, populariti berdasarkan poll dan ukuran orang awam itu tidak akan diterima pakai dan memungkinkan Mohamad Sabu tidak akan diturunkan semula.
Dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu ini apa yang paling diutamakan kemenangan. Pas perlu menang untuk membuktikan bahawa pengaruh Pas masih kuat di negeri itu. Kemenangan itu juga akan menjadi petunjuk untuk masa depan Pas – pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Manakala dalam konteks Pakatan Rakyat pula kemenangan itu sangat penting bagi meyakinkan rakyat untuk meneruskan projek terbengkalai untuk menumbangkan kerajaan BN yang diilhamkan oleh Anwar Ibrahim.
Justeru calon yang dianggap benar-benar mampu memberi kemenangan akan dipilih dan diberikan keutamaan.
Seperti disebutkan tadi nama Khazani tidak dimasukkan ke dalam poll. Jadi beliau tidak mendapat petunjuk apakah beliau mampu atau tidak. Namun Dewan Pemuda Pas Terengganu beriya mahu menonjolkan Khazani sebagai calon dalam pilihan raya berkenaan sambil menafikan yang Pas Terengganu kekurangan calon tempatan.
Berdasarkan latar belakang pendidikan akademi Khazani yang luas dan cemerlang itu beliau berkelayakan. Tetapi bila diukur kepada pengalaman dan penglibatan dalam politik ia masih mentah dan muda.
Mari kita tinjau satu persatu potensi yang ada kepada ketiga calon berkenaan.
Mohamad Sabu – memang beliau orang luar dan pertama kali bertanding di Kuala Terengganu. Beliau pernah menang di luar negerinya, iaitu di Kelantan selama dua penggal. Mohamad Sabu adalah tokoh yang tersendiri dalam Pas dengan anutan, fahaman dan aliran pemikiran sendiri. Beliau dilihat seorang pejuang Islam yang percaya kepada kekuatan semangat, iltizam yang ampuh dan bukan bersujud kepada kebendaan.
Mohamad Sabu bukan seorang pengamal politik kebendaan. Kehidupannya sendiri sedarhana. Kepercayaan dan dasar politiknya, Hadith dan Quran. Beliau seorang yang tertarik dengan pendekatan Islam secara jema’i.
Dari segi dakwah menerusi ceramah memang ada kepada beliau. Mohamad Sabu juga mempunyai semangat perjuangan yang kental dan tidak cair dengan ugutan. Pendeknya Mohamad Sabu seorang pejuang Islam tulen dalam Pas dan sudah teruji keimanannya.
Bagaimana pun statusnya sebagai orang luar memberi sedikit masalah kepadanya. Pilihan raya kecil menyebabkan pengundi akan melihat kepada isu-isu local dan dalam hal ini sebagai orang luar beliau tidak mempunyai kelebihan berbanding dengan calon setempat. Apa lagi pengundi di Kuala Terengganu itu sendiri kuat semangat kedaerahannya dan melihat calon yang ada pertalian persaudaraan dengan mereka.
Mustafa Ali – adalah tokoh veteran Pas Terengganu yang banyak pengalaman. Beliau sudah tidak popular dan sedang menghadapi kesuraman cahaya politiknya. Di luar Terengganu beliau sudah ditolak dengan politiknya yang kurang tegas dan play save. Kelebihan yang ada kepadanya ialah beliau calon tempatan. Mustafa mempunyai banyak pertalian persaudaraan dengan pengundi di Kuala Terengganu.
Khazani Abdullah – Beliau tokoh muda yang belum dikenali. Dalam erti kata lain beliau tidak mempunyai apa-apa aset semasa melainkan mempunyai latar belakang pendidikan dan kerjaya yang baik.
Berdasarkan kepada huraian dan dapatan itu Pas kini hanya mempunyai dua calon sahaja iaitu Mohamad Sabu dan Mustafa Ali. Sekrianya pengundi Terengganu masih berpegang kepada tradisi dan politik 'semangkuk' (tempatan) maka Mustafa Ali lah calonnya.
Kesimpulannya bagi saya sebelum Pas memutuskan calon, Pas harus melihat apakah yang diharapkan daripada kemenangan pilihan raya kecil kecil itu. Sekiranya Pas mahu menjadikan kemenangan itu sebagai modal meneruskan projek terbengkalai 16 September, Pas harus memilih calon yang boleh menyambungkan projek berkenaan. Sebaliknya jika Pas merasakan projek itu perlu terbengkalai maka Pas boleh memilih calon yang hanya membawa kemenangan tetapi tidak akan merubah suasana politik nasional. [wm.kl 10:30 11/12/08]
0 comments Labels: msomelayu, PAS, PRK
Saturday, November 29, 2008
Presiden Pas Tunai Haji
msomelayu
PRESIDEN Pas, Abdul Hadi Awang bersama isterinya siang tadi selamat berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan Haji dengan menaiki penerbangan komersial (MAS). Ikut bersama Abdul Hadi ialah Ketua Pemuda Pas, Sallahuddin Ayub bersama isteri dan Setiausaha Politiknya.
Abdul Hadi selama berada di Makkah akan menjadi tetamu kerajaan Arab Saudi.
Satu penerbangan bersama Abdul Hadi ialah Pengerusi Shapadu, Sharani. Sebelum menaiki pesawat kedua mereka dikatakan bersembang lama di bilik menunggu.
Beberapa pemimpin Pas turut berada di lapangan terbang untuk mengucap selamat jalan kepada Abdul Hadi. Antara mereka ialah, Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa, Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas, Mustapa Ali, timbalannya yang juga ahli Parlimen Kota Bharu, Wan Abdul Rahim.
Ikut sama menghantar Abdul Hadi ialah Yang Dipertua Pas Kawasan-Kwasan di seluruh Selangor dan Unit Amal Wilayah Persekutuan.
Abdul Hadi dijangka berada di Makkah selama dua minggu dan dijangka akan turut mengadakan pertemuan tidak langsung dengan beberapa pihak dari Malaysia.
Sebagai rekod Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi sudah tiga hari berada di Makkah manakala Setiausaha Politik Perdana Menteri, Alwi Che Amat akan berangkat ke Makkah lusa. [k trg. 8:00 pm 27/11/08]
0 comments Labels: msomelayu, TGHA
Saturday, November 15, 2008
Harapan Mahathir, Najib Hapus Rasuah Tidak Mungkin Tercapai!
WALAUPUN sudah lagi tidak menjadi ahli Umno namun Mahathir Mohamad terus bercakap, berusaha dan membentangkan formula bagaimana untuk menyelamatkan keadaan parti Melayu itu yang sedang menuju kehancuran kini. Mungkin juga tindakan Mahathir keluar Umno itu sebagai sebahagian usaha dan formula untuk memperkuatkan Umno?
Menurut bekas PM itu kalau Najib gagal hapuskan rasuah ia menyebabkan Umno akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang. Mahathir masih percaya rasuah boleh dihapuskan dengan syarat Najib dan pasukannya berusaha. Mereka yang tidak rasuah perlu ditonjol dan diberikan peranan penting dalam parti tersebut, barang kali termasuklah anaknya, Mukhriz Mahathir.0 comments Labels: mahathir, msomelayu, najib razak, rasuah
Tuesday, November 11, 2008
Umno Semakin Hari Semakin Buruk
msomelayu
BURUK dan busuknya Umnoku oh... bukan Umnomu! Umno yang mengakhiri persidangan peringkat bahagian hari ini meninggalkan beberapa tragedi dan peristiwa yang bukan saja busuk tetapi menakutkan. Segala macam keburukan, kejahatan dan kedurjaan nampaknya bersarang dalam Umno.
Sudah ada juga tanda-tanda bukan saja budaya samseng ala gedebe Kampung Dusun, tetapi budaya Tamil Elan juga ada.
Berbagai kejadian tidak elok dilaporkan berlaku di sepanjang mesyuarat bahagian Umno sejak sebulan lalu. Apa yang berlaku menunjukkan perkembangan tidak sihat sedang melanda parti orang Melayu itu. Empat bahagian ditangguhkan dan tidak dapat menyelesaikan mesyuarat mereka seperti mana dijadualkan. Kegagalan itu menjelaskan betapa Umno sedang berhadapan dengan masalah moral ataupun pentadbiran yang meruncing.
Empat bahagian itu dua di Kelantan masing-masing satu Perak dan satu di Negeri Sembilan.
Dua bahagian di Kelantan ialah Tanah Merah dan Pengkalan Chepa. Keduanya patut mengadakan persidangan semalam, namun ditangguhkan atas nasihat Ibu Pejabat Umno setelah merujuk kepada perundangan. Mesyuarat Umno bahagian Tanah Merah ditangguh ekoran bantahan ahli kepada ibu pejabat parti belum diputuskan.
Satu lagi bahagian ialah Pengkalan Chepa. Mesyuarat bahagian itu ditangguh atas arahan sepucuk surat dari ibu pejabat yang meminta agar semua cawangan dalam bahagian itu diadakan semula.
Satu bahagian di Perak di tangguhkan adalah di Larut. Masalahnya kerana pertikaian berlaku antara ketua bahagian itu Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dengan calon ketua, Hamzah Zainuddin. Hamzah dikatakan tidak berhak bertanding kerana beliau baru menjadi ahli Umno bahagian berkenaan. Kerana pertikaikan itu Raja Ahmad meminta agak mesyuarat ditangguhkan.
Manakala bahagian Seremban, Negeri Sembilan pula ditangguhkan, lagi teruk, apabila mesyuarat itu menajdi kecoh dan sampai baling kerusi. Dua ahli perwakilan dilaporkan mengalami cedera parah. Apa yang berlaku di Seremban hari ini adalah klimaks 'kemabukan kuasa' dalam Umno.
Jika diperhatikan apa yang berlaku dalam mesyuarat bahagian itu menunjukkan Umno berada dalam keadaan membimbangkan. Politik buruk, tidak bermoral yang sebelum ini berlaku dalam parti MIC, kini sudah diambil tempat pula oleh Umno.
Kenapa berlaku tragedi demikian? Apakah puncanya? Apakah yang menjadi ahli tidak berpuas hati dan terpaksa menggunakan kaedah atau mekanisme yang boleh mencemarkan maruah dan martabat orang Melayu? Kalau Onn Jaafar dan Tuanku Abdul Rahman masih hidup tentu mereka akan menangis melihat nasib dialami Umno kini.
Apakah kerana nilai atau pun pengagihan wang rasuah bagi menyokong calon tertentu tidak adil! Seperti mana diketahui umum masalah rasuah dalam Umno menjadi-jadi. Rasuah sudah menjadi budaya. Ahli sudah ada mindset, bahawa mereka hadir mesyuarat wajib diupah... dan menjadikan kehadiran itu sebagai sumber rezeki instant.
Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi ketika memberi pandangan berhubung kejadian di Seremban itu mengatakan ia satu kejadian yang memalukan. Siapa yang malu?
Memang memalukan. Umno sebagai parti tulang belakang dalam BN sepatutnya terhindar daripada terlibat dengan kejadian-kejadian memalukan itu. Dengan apa yang berlaku ia boleh menyebabkan parti komponen akan hilang penghormatan kepada Umno.
Jangan kesal dan salahkan orang kalau satu masa nanti MCA atau Gerakan atau MIC atau rakan dalam BN akan mempersoalkan wibawa Umno? Mereka akan hilang kepercayaan dan penghormatan kepada Umno. Dan jangan terkejut kalau mereka rama-ramai mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno bersendirian. Tidak mustahil.
Mungkin sebelum sampai ke perhimpunan agung Mac depan lagi banyak laporan kejadian tidak diingini dikemukakan. Menurut pihak Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithaudden Ismail pihaknya menerima 900 aduan berhubung salah laku disepanjang mesyuarat bahagian. Ini satu kes teruk.
Jumlah itu bukan sesuatu yang kecil. Ia angka yang menggerunkan dan perlu diberikan perhatian segera oleh seluruh ahli Umno. Sudah pasti angka aduan itu akan bertambah dari hari kesehari.
Melihat kepada masalah yang berlaku dalam persidangan peringkat bahagian yang penuh dengan masalah, kelam kabut, pertikaian dan bantah membantah itu apakah berkemungkinan persidangan Umno untuk semua bahagian akan dibatalkan dan diadakan semula?
Segalanya bergantung kepada keputusan Lembaga Disiplin yang akan membuat kajian dan penilaian. Kalau ianya dibatalkan maka sekali lagi Umno mencatat satu lagi sejarah hitam dalam usianya sesudah 62 tahun. Tidak mustahil semua ini, tidak mustahil! [wm.kl. 09/11/08]
0 comments Labels: msomelayu, UMNO haprak
Thursday, November 6, 2008
Wang Rasuah RM750 Juta Dibawa Dengan Jet Persendirian
msomelayu
SEBAIK Parlimen berhenti rihat tengah hari tadi, seorang kawan ajak untuk makan tengah hari di luar. Pekena kepala ikan kari. Mula janji nak makan dengan seorang ahli Parlimen Pas, kebetulan YB itu kena uruskan bininya, temujanji itu dibatalkan.
Tempat kepala ikan bukan jauh sangat. Tetapi kerana jam, perjalanan memakan masa hampir satu jam. Dalam tempoh satu jam, macam-macam yang sempat dibualkan.
Kawan itu bertanya apa yang saya postkan dalam blog hari ini (semalam). Rupanya kawan ini belum lagi jenguk blog saya. Dia adalah antara penjenguk setia blog saya. Begitulah dakwanya.
"Belum baca lagi?" tanya saya dan terus memberi tahu bahan yang dipostkan pagi tadi sebelum turun rumah menuju Parlimen. "Umno sebuah universiti rasuah," kata saya.
Kawan itu ketawa besar. Ketawa ala orang Umno, kaya, berkuasa dan tidak hairan kepada sesiapa. Kalau nak dengar gaya orang Umno ketawa silalah ke coffee house. Dia ahli Umno yang tegar dan tebal dengan cauvinis Melayu. Dua lagi kawan hanya diam membisu. Kawan di sebelah tersenyum, dia sudah membaca catatan saya pagi ini. "Betul yang kau tulis, Umno sudah teruk," balas kawan di sebelah mengiyakan apa yang saya luahkan dalam tulisan.
"Memang Umno sudah berada di peringkat paling (dia menekankan suaranya) palinggggg....parah.! Parah... Ti..." katanya terus memandu di celah-celah kesesakan lalulintas. "You tahu berapa wang yang digunakan pada setiap persidangan Umno bahagian," kata kawan itu. Semua telinga tertumpu kepada cerita kawan ini.
"Ha berapa?' tanya kawan yang berada hadapan penuh minat.
"Banyak... *** **, banyak. Untuk satu kawasan di Kelantan dia orang minta RM150.00 untuk seorang perwakilan. Cuba kali dengan 500 perwakilan, sudah jadi RM75,000. Kalaulah semua bahagian meminta jumlah itu berapa yang harus kena bayar?," katanya.
"Itu harga paling rendah, tetapi ada sesetengah perwakilan dibayar hingga RM500 sampai RM1,000 seorang. Bayangkanlah..." katanya kawan itu lagi kesal.
"Iya ke...!?" tanya kawan itu hairan.
"Iya... I tahu I terlibat. Dalam satu bahagian I berjumpa dengan orang bahagian, setiausaha ada, ahli jawatakan kuasa PUN ada. Mereka berterusn terang kalau bagi sekian-sekian baru mereka akan calonkan... kalau tak dak... maka tak daklah," jelas kawan itu lagi yang mengakui telah turun ke 80 bahagian Umno sejak dua tiga bulan Lepas kagi. Apa yang dicakapnya mungkin betul sebab dia adalah pengurus kempen kepada seorang calon jawatan tertinggi.
"Kalau macam ni teruklah Umno," tekan kawan di hadapan bimbang.
"Memang sudah teruk. Umno sudah punah jahanam," kata kawan itu lagi. Saya dan kawan di belakang hanya jadi tukang dengar.
"Dari mana dia orang dapat duit begitu banyak?" tanya kawan di hadapan buat-buat tidak tahu.
"Inilah *** **, kerja Umno. Umno sudah nak menjual negara ini. Semua pakai duit..." dia berhenti kerana sebuah kereta melintas liar di hadapannya. "Cis.... ha ini orang Umnolah ni... kalau orang Pas dia tak bawa kereta macam ni...," sumpah kawan itu marahkan kereta yang tidak beradat.
"Macam mana you cam orang Umno," tanya saya.
"Hai... Ustaz.... takkan tak kenaL!" kawan itu memperli saya dan terus bercerita.
"*** ** tahu macam mana dia orang bawa balik duit dari luar negera? RM750 juta....duit dari Switzerland dibawa balik.... " Kawan itu terngangga dan saya juga terkejut. Percaya dengan tidak bercampur gaul.
"Macam mana tu? Mana boleh bawa begitu saja?" tanya kawan di sebelah saya yang hanya diam membisu. Sejak tadi asyik menggaru-garu gatal dibetisnya.
"Dia orang ada kemudahan *** **. Duit itu diangkut ke Singapura. Semua duit dalam not Singapura. Dibawa masuk dengan menggunakan jet tentera!"
"Ha..." kawan itu terkejut beruk sekali lagi.
"Jet tenteraaaa....*** **. Kalau dah masuk dengan jet tentera.... sapa nak ganggu? Begitu juga orang yang ke Switzerland tu pakai jet persendirian..... Ini Umno... bukan Pas!" jelasnya lagi.
Saya tidak terbayangkan dengan apa yang diceritakan kawan itu. Dalam hati berdoa semoga ianya tidak benar. Kalaulah begitu lagak Umno tidak ada apa yang boleh diharapkan lagi. Suara untuk menghapuskan politik wang hanya sia-sia sahaja. Ia hanya sebuah retorik yang panjang saja.
Kalau dengar cerita para taukeh judi melambakkan duit kepada tokoh-tokoh tertentu yang hendak bertanding dalam pilihan raya memang biasa dan pernah nampak dengan mata sendiri. Kerja angkut duit dalam karung guni macam penyamun memang dibuat oleh Umno pun.
Sesampai di restoran kepala ikan kami baham dua ketul kepala ikan sebesar buah kelapa muda. Kelazatan dan kesedapan kari kepala ikan menyebabkan cerita tentang bagaimana wang sebanyak RM750 juta dikatakan dibawa masuk itu sudah tidak ingat lagi. Sambil makan terbetik dalam hati saya, jangan-jangan wang yang hendak dibayar kepala ikan itu nanti juga termasuk wang RM750 juta itu. Jangan! [wm.kl. 10:00 pm 04/11/08]
0 comments Labels: msomelayu, rasuah
