| Written by Presiden PAS | |
| Friday, 04 September 2009 | |
Terdapat kajian oleh pihak berkenaan yang menyebut bahawa beransur-ansur dalam melaksanakan undang-undang bukan maksud beransur-ansur dalam menurunkan syariat. Ini adalah terjemahan yang tidak betul. Barangkali hasil daripada terjemahan inilah menyebabkan arak masih dibenarkan dijual di negara ini, dihalalkan buat semenara waktu kemudian dikarakan akan diharamkan terus sebagaimana pernah berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w di samping kononnya dilaksanakan syariat secara sedikit demi sedikit. Oleh kerana terjemahan tidak betul maka fahaman pun turut sama menyeleweng. Tasyri' dalam bahasa Arab adalah masdar (Kata terbitan) dari Syara'a, tayri'an. Maka tasyri' itu ialah membuat undang-undang bukan mendaulatkan undang- undang.
Dalam menyebut undang-undang (tasyri') memang berlaku secara tadarruj (beransur-ansur) di mana undang-undang ini dikatakan beransur-ansur oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w secara tadarruj, beransur-ansur ayat demi ayat.
| |
| Last Updated ( Friday, 04 September 2009 ) |
Tuesday, September 8, 2009
Ramadhan dan penurunan (nuzul) al-Quran
0 comments Labels: ramadhan, TGHA
Tuesday, April 21, 2009
Pas Wilayah Tidak Tolak Hadi!
Saya selaku Setiausaha Badan Perhubungan Pas Wilayah Persekutuan kecewa dengan tindakan wartawan Malaysiakini, Jimadie Shah Othman dalam artikelnya yang bertajuk “PAS Wilayah tolak Hadi?” yang mana beberapa kenyataan saya turut digunakan disitu dan dimanipulasikan dengan niat yang subjudis terhadap proses pemilihan kepimpinan parti peringkat Wilayah Persekutuan.Adalah dengan ini saya meminta agar pihak Malaysiakini tidak membuat spekulasi melampau terhadap keputusan mesyuarat agung peringkat kawasan di Wilayah Persekutuan.
Perwakilan dan Pimpinan Baru Kawasan Buat Keputusan
Saya tidak menafikan bahawa sehingga kini sebanyak 9 kawasan telah mengadakan mesyuarat agung. Mengikut tradisinya, kebiasaanya Perwakilan mesyuarat agung kawasan akan menyerahkan mandat bagi membuat pencalonan untuk Jawatan Peringkat Pas Pusat kepada kepimpinan Pas Kawasan yang baru dilantik.
Walaubagaimana pun, Pas Titiwangsa telah memecahkan tradisi ini bila mana ada perwakilan mahu beberapa jawatan peringkat tertinggi parti dicadangkan untuk dipilih dalam mesyuarat Agung termasuklah bagi jawatan Presiden.
Kedua-dua tindakan perwakilan ini tidak bercanggah dengan perlembagaan dimana perwakilan boleh mengunakan kuasa mereka untuk menentukan calon dalam mesyuarat agung atau sebulat suara memberikan mandat kepada Kepimpinan yang baru.
Andaian bahawa ke semua kawasan ‘keberatan’ untuk menamakan calon bagi jawatan Presiden adalah tidak benar dan berniat jahat. Hakikatnya saya menegaskan bahawa pencalonan bagi jawatan berkenaan sedang diteliti oleh kawasan dan itu adalah tanggungjawab mereka untuk menamakan siapa pemimpin yang mereka suka. Tidak timbul isu menolak kepimpinan presiden sekarang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti yang digembar-gemburkan oleh Malaysiakini.
Dimaklumkan juga bahawa semua pencalonan dari kawasan diserahkan terus kepada Jawatankuasa Pemilihan diperingkat Pas Pusat tanpa perlu melalui Badan Perhubungan Pas Wilayah Persekutuan dan saya sebagai Setiausaha Badan Perhubungan hanya menyelaraskan jadual mesyuarat Agung kawasan-kawasan sahaja.
Media jangan siarkan kenyataan yang tidak sahih
Seterusnya saya ingin merujuk kepada perenggan berikut;
“Mengenai hasrat PAS Bukit Bintang mencalonkan Nik Aziz bagi jawatan presiden, seorang pemimpinnya berkata, pihak mahu menjadi “pencetus” kerana terdapat banyak lagi kawasan yang mempunyai hasrat yang sama, tetapi masih “berdiam diri”.”
Saya melihat bahawa ini adalah satu lagi tindakan tidak bertanggungjawab pihak media untuk mempengaruhi dan menganggu perjalanan mesyuarat agung di Wilayah Persekutuan. Berdasarkan etika dan tanggungjawab pengamal media, Malaysiakini tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan atau pandangan yang subjudis tanpa menyatakan siapakah yang mengeluarkan pandangan itu.
Dengan menggunakan pengenalan diri seperti ’seorang pemimpinnya’, ’sumber dalaman’, ‘pimpinan utama’ dan sebagainya tanpa menyatakan nama orang yang bertanggungjawab disebalik gembar gembur politik itu, saya melihat ianya hanyalah sekadar satu andaian dan propaganda media yang tidak beretika.
Seharusnya kenyataan sedemikian tidak disiarkan kerana ianya bukanlah maklumat sahih dan boleh mendorong tanggapan negatif terhadap Pas Wilayah Persekutuan sekaligus menganggu perjalanan Mesyuarat Agung diperingkat Kawasan dan Dewan-dewan yang lain.
Malaysiakini kena tarik balik, hormati Mursyidul Am Pas
Saya menegaskan bahawa saya menolak artikel “PAS Wilayah tolak Hadi?” yang disiarkan oleh Malaysiakini dan meminta agar ianya ditarik balik kerana terlalu banyak manipulasi dan fakta-fakta yang tidak sahih digunakan dalam artikel berkenaan.
Saya juga ingin memperingatkan kepada semua pihak agar menghormati kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat berhubung isu pro-muzakarah dengan pro-Pakatan (atau “kumpulan Erdogan”). Diharapkan isu ini tidak dibangkitkan lagi sesuai dengan penegasan Mursyidul Am bahawa tidak wujud kumpulan-kumpulan seperti yang digemburkan media.
Itu hanyalah persepsi sesetengah pihak yang bukan dilaungkan oleh majoriti ahli dan pimpinan. Perbezaan pendapat adalah lumrah dalam Pas, begitu juga parti-parti politik lain.
Wujudnya kumpulan pro-muzakarah dan pro-Pakatan (atau “kumpulan Erdogan”) hanyalah persepsi terpencil yang diperbesarkan media dan sebenarnya ia tidak wujud seperti yang dinyatakan oleh Mursyidul Am, yang ada hanyalah ahli Pas dan penyokong Pas sahaja.
Diharapkan agar pihak media, terutamanya Malaysiakini berhati-hati dan bertanggungjawab dalam membuat penulisan agar tidak mencetuskan spekulasi atau gossip semata-mata untuk menaikkan rating pembaca mereka. Saya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakkan undang-undang jika terdapat kenyataan saya yang dimanipulasi oleh media sehingga menyebabkan ahli-ahli Pas Wilayah Persekutuan sangsi akan kredibiliti saya sebagai salah seorang pimpinan yang diberi amanah.
Hedzer Ibrahim
Setiausaha
Badan Perhubungan Pas Wilayah Persekutuan
0 comments Labels: Detik daily, PAS, penjelasan isu, TGHA
Wilayah: Tidak calon Hadi 'tradisi PAS'
| Malaysiakini |
| Jimadie Shah Othman | Apr 21, 09 1:37pm |
| PAS Wilayah Persekutuan nafi menolak kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden ekoran kebanyakan kawasan tidak mencalonkan sesiapa untuk jawatan tertinggi parti dalam mesyuarat agung tahunan masing-masing. "Andaian bahawa kesemua (PAS) kawasan 'keberatan' untuk menamakan calon bagi jawatan presiden adalah tidak benar dan berniat jahat. "Hakikatnya, saya menegaskan bahawa pencalonan bagi jawatan berkenaan sedang diteliti oleh (jawatankuasa) kawasan," kata setiausaha badan tersebut Hedzer Ibrahim hari ini. "Dan itu adalah tanggungjawab mereka untuk menamakan siapa pemimpin yang mereka suka. Tidak timbul isu menolak kepimpinan presiden sekarang seperti yang digembar-gemburkan oleh Malaysiakini. "Dimaklumkan juga bahawa semua pencalonan dari kawasan diserahkan terus kepada jawatankuasa pemilihan di peringkat PAS pusat tanpa perlu melalui badan perhubungan PAS Wilayah Persekutuan." Tindakan beberapa PAS kawasan di Wilayah Persekutuan yang tidak membuat sebarang pencalonan dalam mesyuarat masing-masing bagi jawatan teratas - presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden untuk pemilihan parti itu Jun depan - menimbul tanda tanya. Dalam kenyataan terbarunya, Hedzer berkata, menjadi tradisi bagi kawasan memberikan mandat kepada kepimpinan yang baru di kawasan masing-masing untuk menamakan calon-calon jawatan tertinggi parti itu. Bagaimanapun, tambah beliau, PAS Titiwangsa "memecahkan tradisi" tersebut. Difahamkan PAS Titiwangsa menamakan Abdul Hadi dan Nasharuddin Mat Isa masing-masing untuk mempertahankan jawatan presiden dan timbalan presiden. Manakala PAS kawasan Bukit Bintang tidak membuat pencalonan bagi jawatan presiden, tetapi mencadangkan calon untuk jawatan timbalan dan naib presiden. Difahamkan, kawasan tersebut dijangka membuat kejutan dengan mencalonkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mencabar Abdul Hadi. Kedua-dua pemimpin atasan PAS ini sering bergeser secara terbuka dalam isu kerajaan campuran dengan BN dan juga muzakarah dengan Umno. Hedzer menambah, sama ada menyerahkan kepada jawatankuasa atau mesyuarat agung kawasan untuk berbuat demikian tidak bercanggah dengan perlembagaan. "Perwakilan boleh mengunakan kuasa mereka untuk menentukan calon dalam mesyuarat agung atau sebulat suara memberikan mandat kepada kepimpinan yang baru," katanya. Ketika dihubungi Malaysiakini, beliau menjelaskan, tradisi tersebut "diamalkan sejak dahulu lagi", termasuk menjelang pemilihan pada muktamar tiga tahun lalu. Hedzer menambah, ia merupakan "kesefahaman" dan bukanlah sesuatu yang ditetapkan. Beliau juga menafikan tindakan tersebut tidak menggambarkan pandangan sebenar perwakilan kerana mandat tersebut diberikan dalam mesyuarat agung tahunan kawasan masing-masing. Menurutnya, pencalonan yang dibuat menggambarkan hasrat akar umbi kerana terdapat wakil-wakil cawangan menganggotai jawatankuasa PAS kawasan. Ditanya sama ada amalan itu patut diubah bagi mengelakkan salah faham, beliau menyerahkan perkara itu kepada kawasan masing-masing. Berhubung cadangan mencalonkan Nik Abdul Aziz sebagai presiden, Hedzer berkata laporan Malaysiakini semalam "propaganda media yang tidak beretika." Menurutnya, tindakan tersebut "boleh mendorong tanggapan negatif terhadap PAS Wilayah", sekali gus "menganggu perjalanan mesyuarat" kawasan dan dua sayap lagi dewannya – Pemuda dan Muslimat – yang sedang berlangsung hingga bulan depan. Tambahnya, kewujudan kumpulan pro-muzakarah dan pro-Pakatan (atau "kumpulan Erdogan") hanyalah "persepsi terpencil" yang diperbesarkan media dan "tidak wujud". |
0 comments Labels: malaysiakini, PAS, TGHA
Cadangan Kerajaan Perpaduan tidak berbangkit lagi - TG Haji Hadi
| Khairul Azlam Tue | Apr 21, 09 | 3:12:22 pm MYT | |
| PELBAGAI isu panas berlegar dalam masyarakat dan rakyat, amat memerlukan kupasan serta penjelasan oleh kepimpinan PAS. Jika tidak dirungkai akan berlaku kekusutan serta terbelit dalam kefahaman sesama sendiri. Justeru, wartawan Harakah Terengganu, KHAIRUL AZLAM MOHAMAD mewawancara Presiden PAS, Dato� Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di kediamannya, di Rusila, Marang baru-baru ini bagi mendapatkan pandangan berkenaan isu-isu yang melingkungi dalam dan luar parti. HARAKAH: Dalam agenda membentuk 'Kerajaan Perpaduan' atau 'Government Unity', adakah PAS masih optimis untuk berunding bersama Dato� Seri Najib Tun Abdul Razak bagi merealisasikan hasrat tersebut? USTAZ ABDUL HADI: Saya melihat masih ramai yang tidak faham tentang 'Unity Government' termasuk orang PAS sendiri dan di kalangan pimpinan pun ada yang masih belum faham lagi. Ini kerana, mungkin mereka sibuk, tidak berpeluang membaca buku-buku politik dan tidak membaca istilah-istilah politik. Dalam politik ada kerajaan yang sepenuhnya, ada yang disebut'Unity Government', ada 'Coalition Government' dan ada 'Front National'. 'Front National' itulah dia Barisan Nasional (BN) yang ada pembangkang. Kerajaan campuran ini adalah antara satu parti yang memerintah dengan parti yang lain diajak sama dalam pemerintah dengan syarat-syarat yang dibuat. Di mana kebiasaannya dia (parti) terikat, partinya terikat dengan syarat-syarat bersama dengan kerajaan dan tidak banyak perubahan dibuat. Dan PAS berpengalaman dalam dua kerajaan iaitu Kerajaan Campuran (Perikatan) dan Kerajaan Barisan Nasional. 'Unity Government' bukan Kerajaan Campuran dan bukan Barisan Nasional. Itu kena faham. Ini kerana ada orang PAS sendiri faham masuk Barisan Nasional dan kerajaan campuran semula. Ini menandakan tidak faham 'Unity Government'. Boleh Dato' Seri jelaskan apa yang dimaksudkan dengan 'Unity Government' ini? 'Unity Government' ini adalah Kerajaan Perpaduan yang melibatkan semua parti politik dan tidak ada pembangkang langsung. Semua parti duduk dalam kerajaan dan semua parti ini ada identiti, ada syakhsiyyah, ada kepelbagaian dan dia (parti) berhak untuk membangkang di mana 'Unity Government' ini membolehkan orang dalam Umno sendiri bangkang kerajaan. Ini kita (PAS) memecahkan tradisi yang dibuat oleh Umno yang ada pada hari ini. Di mana orang Umno tidak boleh bangkang parti dia dan kalau bangkang dia akan kena pecat. Ini termasuklah, kita membebaskan Umno itu sendiri. Ini kena faham dan dalam masa yang sama 'Unity Government' ini mestilah melakukan perubahan yang adil untuk semua rakyat. Ini termasuklah untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), badan kehakiman, pentadbiran. Boleh Dato' Seri kemukakan contoh-contoh apa yang dikatakan "Unity Government" yang dipakai di mana-mana? Konsepnya mesti berubah dan bukan apa yang ada pada hari ini. Sebagai contoh, di Indonesia yang saya sebut tadi. 'Unity Government' di Indonesia berlaku pemisahan kuasa dengan 'SPR' atau Pemilu di Indonesia dengan badan politik. Pemisahan kuasa dengan badan kehakiman, sehingga badan kehakiman di Indonesia boleh menyeret Suharto ke mahkamah, boleh menyeret Perdana Menteri dan Menteri-menteri ke Mahkamah jika melakukan kesalahan. Ini kita (PAS) hendak bersihkan negara. Di Israel sebagai contoh, Perdana Menteri Israel pun boleh dibawa ke mahkamah dan disiasat. Ini 'Unity Government' dan pilihan raya di Indonesia adalah pilihan raya yang berubah. Di mana Barisan Nasional tidak ada hak memonopoli TV termasuklah semua parti boleh menggunakan TV. Tapi Dato' Seri, masih ramai orang yang tidak faham termasuk ahli-ahli PAS sendiri? Inilah masalahnya. Ramai yang tidak faham dengan konsep ini. Rakyat ada kebebasan. Ini 'unity' biar kita kena faham. Apa yang saya rasa lucu, ada orang Umno yang membangkang dan ada orang Umno yang bersetuju. Tetapi, orang PAS juga bangkang dia (PAS) tidak tahu. Ini menandakan, dia (orang PAS) tidak tahu apa 'Unity Government'. Barangkali kalau dia tahu bentuknya saya rasa orang boleh terima. Oleh kerana, ramai orang tidak faham, maka, saya tarik balik cadangan saya itu. Saya tarik balik sehingga orang kita faham betul-betul. Adakah cadangan Dato' Seri ini telah dibincangkan pada peringkat jawatankuasa tertinggi parti? Sebenarnya, 'Unity Government' ini kita telah bincang dalam dialog politik di kalangan kepimpinan PAS Pusat. Kita telah membincangkan semua aspek. Aspek Barisan Nasional, aspek Kerajaan Campuran termasuklah 'Unity Government' dan ini juga menjadi perbincangan termasuklah aspek undi tidak percaya. Dan termasuk 'Unity Government' yang saya kemukakan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menjadi Perdana Menteri. Ianya disokong oleh KeADILan dan DAP. Saya telah memaklumkan kepada DAP dan DAP menyertai dalam beberapa usaha yang dilakukan tetapi oleh kerana, kita melihat orang Umno sendiri takut hendak buat 'Unity Government' dan mungkin dia (pemimpin Umno) bimbang kerana akan ada orang dia (Umno) dibicarakan di Mahkamah, maka ia terhenti. Umno takut untuk teruskan? Dia (Umno) tidak berani. Sebab itu "Unity Government' tidak jadi dan saya tarik balik cadangan saya. Saya yakin dan percaya pada suatu hari nanti orang akan terima cadangan saya, orang akan fikir balik. Apabila masa tenang balik dia (Umno) fikir balik. Apabila keadaan yang munasabah. Dan 'Unity Government' adalah untuk membuangkan orang yang bermasalah dalam negara. Ini bukan sahaja dalam kerajaan tetapi juga dalam pembangkang sendiri. Apakah isu ini dijangka akan menjadi topik perbahasan hangat para perwakilan pada muktamar akan datang? Ini akan menilai orang yang bercakap itu faham atau tidak dan dengan sebab itu, saya harap jika tidak faham usah bercakap nanti orang nampak kita tidak faham, kita jahil. Tetapi yang hendak bercakap (Unity Government) mesti yang faham. Apakah implikasi terhadap kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan KeADILan di Bukit Selambau? Implikasi terhadap kemenangan PAS di Bukit Gantang dan Bukit Selambau sudah tentu kepada perkembangan politik tanah air. Sokongan kepada Pakatan Rakyat terutama kepada PAS sendiri. Pertama, sudah tentulah terserlah jentera pilihan raya di semua tempat adalah jentera PAS yang memainkan peranan yang besar. Kedua, kerjasama yang erat antara PAS dengan parti-parti Pakatan Rakyat khususnya di kalangan bukan Melayu memberi implikasi Islam. Di mana, kita telah berjaya memecahkan tembok pemisahan yang memisahkan antara kita dengan orang-orang bukan Islam hasil daripada kita memperkenalkan politik Islam yang terbuka kepada semua manusia bukan sahaja kepada orang Islam termasuk juga orang bukan Islam. Adakah ini kesan langusng dari dakwah PAS selama ini? Keadilan Islam adalah mutlak dan kita telah berjaya merealisasikan konsep ini dalam pemerintahan PAS di Kelantan dan pernah di Terengganu. Dalam masa yang singkat pemerintahan PAS di Perak dan di Kedah dan kenyataan kita di negeri Pakatan Rakyat. Hasil dari pelaksanaan yang ringkas ini telah memberi keyakinan awal kepada orang-orang bukan Islam menyebabkan mereka bekerjasama dengan jentera PAS. Bahkan, memberi undi kepada orang-orang PAS sendiri dalam pilihan raya di Bukit Gantang dan dalam masa yang sama kita berjaya memberi kefahaman kepada akar umbi PAS tentang pelaksanaan kerjasama. Maksud Dato' Seri, hubungan kerajsama itu makin erat dan dihayati sebetulnya dalam bentuk praktikal ... Ya! Jentera PAS di Bukit Selambau telah memberi kerjasama yang baik untuk memenangkan calon KeADILan. Walaupun calonya dari bukan Islam tetapi mereka adalah dalam kumpulan yang bertahaluf dengan PAS dan akan memberi kekuatan kepada kerajaan yang dipimpin PAS di Kedah. Ini sudah tentu ia memberi implikasi yang mendalam pada perkembangan politik tanah air. Maka, berlakunya satu anjakan paradigma di kalangan pengundi-pengundi muda orang Melayu Islam yang memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat termasuk PAS. Ini ternyata, melalui saluran-saluran orang muda seperti saluran 3, 4, 5 dan 6. Saluran ini memberi kemenangan besar kepada PAS, walaupun saluran-saluran tua masih lagi menunjukkan perubahan yang sedikit walaupun banyak isu yang berlaku. Dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang, undi kaum Cina meningkat banyak. Apakah mesejnya itu? Kita melihat pengundi bukan Islam telah mengundi PAS di Bukit Gantang dan memberi undi yang besar. Sebab itu, majoriti di Bukit Gantang adalah di luar jangkaan PAS. Ia di luar kiraan yang kita buat. Ini kerana, ditambah dengan pengundi-pengundi yang bukan Islam. Saya sendiri telah memberi hujah untuk mengemukakan satu senarai calon di Bukit Gantang. Dan hujah ini dibincang bersama kalangan Jawatankuasa Politik PAS Pusat, kemudian mendapat sokongan daripada pengundi muda dan bukan Islam. Ini perubahan yang berlaku. Sudah tentu dengan perkembangan politik tanah air khususnya di Semenanjung iaitu di kawasan-kawasan rakyat mendapat maklumat, celik politik meningkat. Walaupun media arus perdana yang dikuasai kerajaan dan disalahgunakan oleh kerajaan, cuba menutup kebenaran di pihak Pakatan. Sebab itu, tidak pelik jika di Batang Ai kita menemui kegagalan kerana itu kawasan pendalaman yang rakyat tidak mendapat maklumat. Radio dan berita pun jarang-jarang dengar, apa lagi TV dan kertas-kertas undi dibawa dengan helikopter. PAS kurang yakin dengan ketelusan, keamanahan pilihan raya itu. Pada pengamatan Dato' Seri, bagaimana reputasi Perdana Menteri baru yang dipimpin oleh Dato� Seri Najib? Saya anggap ini kenderaan lama yang masih lagi kebocoran tayar, kelemahan enjin dan akan lebih parah. Ia berlaku, sejak pada zaman Tun Dr Mahathir dan ini bukan baru. Pada zaman Tun Dr Mahathir lagi sudah berlaku kelemahan-kelemahan ini dan Tun Abdullah Ahmad Badawi memikul dengan berat penyakit-penyakit itu dan penyakit itu tidak boleh diubat. Sehingga zaman Tun Abdullah Badawi dan Najib mengambil-alih kenderaan yang sama. Cuma yang berubahnya �nakhoda�. Kapalnya �bocor� yang sama dan dibayangi gejala rasuah, dibayangi penyalahgunaan kuasa dan dibayangi oleh pelbagai jenis penyelewengan yang tidak boleh diatasi hingga ke hari ini. Jadi, perubahan yang dijanjikan oleh Umno dengan pelantikan Dato� Seri Najib sebagai Perdana Menteri sekadar perubahan yang bersifat kosmetik. Apa komen Dato' Seri? Begitulah! Kalau kita hendak kata secara jelas kerana sehingga hari ini tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan berlaku satu perubahan yang menyeluruh. Sebab itu, kita kata tunggu. PAS akan lihat positif terhadap sebarang perubahan yang baik dan PAS akan menentang penyelewengan. Soalnya sama sahaja. Tiada perubahan bahkan lebih meningkat dari masa-masa yang lalu berdasarkan kemajuan yang dicapai. Boleh Dato' Seri mengulas sedikit beberapa keputusan mahkamah terutama dalam kes yang berkait dengan kemelut di negeri Perak? Sehingga hari ini, saya tidak yakin dengan kebebasan kehakiman berlaku dengan sepenuhnya di negara kita. Dan tidak ada pemisahan kuasa di antara �legislative� dengan pentadbiran, dengan kehakiman. Tidak ada dalam erti kata yang sebenar dalam pentadbiran mengikut sistem British. Apatah lagi mengikut sistem Islam. Dan British pun banyak mengambil daripada Islam dan membekalkan sistem pemerintahan kepada negara barat. Di sini berlakunya pemisahan kuasa yang diajar oleh Nabi s.a.w. pada zaman pemerintahannya. Dan pemisahan kuasa di antara politik, kehakiman dan pentadbiran. Sehingga Nabi kita Muhammad s.a.w. dalam mengendalikan kes dia (Nabi) dengan rakyat dibawa kepada hakim yang dilantik, yang dibebaskan bercampuran dengan Rasulullah s.a.w. sendiri. Tiada campurtangan Rasulullah s.a.w. sendiri dalam kehakiman. Ini pada zaman Khilafah dan cara ini diambil oleh British dan diamalkan di negara kita. Diamalkan pada zaman Tunku Abdul Rahman, masih ada di zaman Tun Abdul Razak dan makin lemah pada zaman Tun Hussein Onn dan zaman Mahathir lagi lemah. Semua orang tahu bagaimana bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dipecat dan bagaimana hakim-hakim yang lain dipecat. Ini adalah gejala yang tidak sihat yang dimulakan pada zaman Tun Dr Mahathir dengan sebab itu, saya meragui zaman pemerintahan Najib yang dibayangi oleh Tun Dr Mahathir yang ada di dalamnya. Muktamar PAS dijangka akan diadakan pada bulan Jun ini. Beberapa jawatan utama pastinya dipertandingkan. Wajarkah 'pertandingan' di peringkat jawatan tertinggi parti itu? Ini bukan kali yang pertama berlaku sejak zaman PAS mula ditubuhkan. Zaman Dato� Asri Muda, zaman Ustaz Yusof Rawa, zaman Dato� Fadzil Noor bahkan, pada zaman saya pun berlaku dalam muktamar yang lalu. Tetapi saya yakin terdapat kematangan di kalangan ahli PAS dan saya minta kematangan ini dipelihara. Dan PAS hendaklah selamat daripada gejala-gejala politik yang tidak sihat seperti politik wang, politik ugut, politik melobi dan politik kempen yang �melampau�. Apa yang berlaku, pertandingan atas dasar �berlumba-lumba untuk mengerjakan kebajikan� dan bukan berlumba-lumba untuk menjadi ketua dan berlumba-lumba mendapat kelebihan. Kalau berlumba untuk jadi ketua itu dilarang oleh Islam. Kalau berlumba untuk mendapat fadhilat, untuk berada di medan yang hadapan, untuk menghadapi musuh dan menjadi sasaran kepada gejala-gejala politik zalim. Itu merupakan satu petanda yang baik dan itulah yang kita harapkan berlaku dalam PAS ini. Penilaian Dato' Seri terhadap cabaran dan harapan kepada Pakatan Rakyat yang menggabungkan kerjasama antara PAS, KeADILan dan DAP? Harapan saya supaya Pakatan Rakyat diteruskan dan bagi PAS sendiri kita akan meningkatkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat. Sebenarnya, Pakatan Rakyat ini ditaja oleh PAS sejak zaman kita (PAS) bersama dengan Parti Melayu Semangat 46. Kemudian, lebih meningkat lagi dengan Barisan Alternatif (BA) pada zaman Ustaz Fadzil Noor dan pada tahun 2004-2008 ianya menjadi lebih matang lagi. Dan kita mengharapkan mantap lagi pada masa yang akan datang. Harapan saya 'Pakatan Pembangkang' ini tidak berpecah. Kita bersatu dalam menghadapi �Pakatan Kerajaan� dan berlakunya dua parti dalam negara itu lebih sihat dan tidak banyak memecahkan rakyat. PAS bersikap anjal atau fleksibel dalam menangani kerjasama di atas prinsip Islam dengan PAS tidak menjual prinsip dan PAS tidak memaksa parti-parti lain dalam pakatan menjual prinsip tetapi kita (PAS) boleh bekerjasama dalam perkara yang sama atau titik persamaan yang satu di antara kita bagi membuat perubahan ke arah yang adil, menentang kezaliman. Di mana menegakkan yang adil dan menentang yang zalim merupakan perkara sejagat yang kita tidak berbeza antara satu sama lain. <>Sejak mutakhir ini dilihat kecelaruan berlaku dalam politik Umno-BN, bukan sahaja di Terengganu, malah di seluruh negara. Apa yang Dato' Seri boleh simpulkan? Saya tidak mahu campurtangan banyak dalam hal Umno. Pengamatan saya dari luar itu lebih bersifat perlumbaan untuk merebut kepentingan. Royalti akan dipulangkan balik kepada Terengganu. Ini sudah tentu banyak projek yang akan mencurah di Terengganu melalui royalti yang akan dipulang-balik itu. Mereka merasakan mereka tidak berpeluang lebih banyak melalui projek-projek ini, akan berrsikap haloba untuk mendapat kuasa itu. Kepada saya ini suatu gejala yang tidak baik bagi negeri Terengganu, cukup dengan berlakunya projek-projek haloba dari tahun 1978 hingga 1998. Ketika PAS berkuasa dulu, macam mana PAS betulkan kepincangan ini? Apabila PAS cuba hendak buat pembetulan, kita telah dicantas melalui politik yang kotor. Daftar pemilih yang terlalu besar jumlah sehingga tidak padan dengan penduduk di negeri Terengganu. Dan kita sabar menghadapi karenah itu. Kita tidak bertindak liar. Bahkan, saya pernah sebut di dalam Dewan Undangan Negeri (Dun), PAS pernah bersabar selama 40 tahun. Dari tahun pilihan raya 1959, kita menang dan kita jatuh. Kita tunggu hingga pilihan raya 1999 (40 tahun). Kita boleh sabar, kerajaan PAS jatuh di tengah jalan dalam tahun 60-an. Kita sabar dan kita menunggu sehingga PAS menang tahun 1999. PAS pernah diguling tahun 2004 dengan cara yang begitu rupa dan kita bersabar. Kita balik dengan lapan kerusi semula dan kita sabar menghadapi karenah-karenah ini. Saya percaya mereka (pemimpin) yang rakus dalam Umno tidak bersabar dalam melihat perubahan ekonomi yang akan berlaku bagi kepentingan puak masing-masing tanpa mengira dunia ditenggelam oleh gejala dan krisis ekonomi yang parah. Sudah tentu Terengganu yang duduk dalam Malaysia akan menerima kesan yang sama. Sepatutnya, kita berfikir bagaimana untuk mengatasi masalah rakyat dan kekayaan yang dikurniakan oleh Allah SWT. Bukan kita berebut untuk mendapat projek dan merasakan kuasa politik yang ada ini boleh menghalang di kalangan tertentu mendapat projek dan berlakulah pergolakkan itu. Pakatan Rakyat sekali lagi bakal berdepan dengan pilihan raya kecil di Dun Penanti Pulau Pinang, ekoran pengosongan kerusi Adunnya, Mohamad Fairus Khairuddin daripada KeADILan. Apa harapan Dato' Seri? PAS bersedia untuk menghadapi pilihan raya. Sebenarnya, PAS mempunyai cawangan yang banyak di Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti dan kawasan itu juga adalah �kubu� kuat PAS. Insya-Allah, jentera PAS akan lebih baik daripada Bukit Gantang dan lebih baik daripada Bukit Selambau. Apatah lagi, PAS pernah menghadapi pilihan raya di Permatang Pauh. Di mana, Dun Penanti berada dalam Parlimen Permatang Pauh dan kita mengganggap ini satu latihan yang paling baik bagi PAS untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. - azm_ |
0 comments Labels: Harakahdaily, penjelasan isu, TGHA, wawancara
Friday, February 6, 2009
Bubar Dun Perak, beri peluang rakyat memilih
Harakahdaily
Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Fri | Feb 06, 09 | 4:17:21 pm MYT
Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah parti yang sah berdaftar dan senantiasa mendukung prinsip rukunegara termasuklah prinsip kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.
Kami sepenuhnya percaya bahawa kedudukan kesemua prinsip-prinsip rukunegara ini haruslah dihormati oleh seluruh warga di dalam negara kita ini untuk memastikan keharmonian dan keadilan yang menyeluruh terus terpelihara. Oleh yang demikian, PAS berpendapat bahawa suasana kekalutan yang sedang berlaku di negeri Perak Darul Ridzuan pada masa kini boleh dielakkan dari menjadi lebih buruk sekiranya prinsip asas yang merujuk kepada undang-undang negeri dan perlembagaan persekutuan dijadikan rujukan.
PAS berpandangan bahawa Menteri Besar (MB) Perak pada masa ini, iaitu Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, hanyalah boleh diturunkan dari kedudukannya sebagai menteri besar menerusi undi tidak percaya yang dilakukan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa ianya bersidang.
PAS yakin bahawa sekiranya permohonan MB untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri diterima, maka suasana yang tegang dan boleh menuju kepada satu krisis perlembagaan boleh dielakkan.
Pembubaran Dun akan membuka ruang kepada rakyat untuk membuat pilihan mereka menerusi satu pilihan raya yang menyeluruh di negeri Perak.
Saya juga ingin meminta kepada seluruh rakyat di negeri Perak khususnya dan seluruh ahli dan penyokong kerajaan Pakatan Rakyat di seluruh negara secara amnya supaya bertenang dan tidak terjebak dalam perangkap provokasi yang mungkin ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu./wann _
0 comments Labels: Harakahdaily, kenyataan media, TGHA
Saturday, November 29, 2008
Presiden Pas Tunai Haji
msomelayu
PRESIDEN Pas, Abdul Hadi Awang bersama isterinya siang tadi selamat berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan Haji dengan menaiki penerbangan komersial (MAS). Ikut bersama Abdul Hadi ialah Ketua Pemuda Pas, Sallahuddin Ayub bersama isteri dan Setiausaha Politiknya.
Abdul Hadi selama berada di Makkah akan menjadi tetamu kerajaan Arab Saudi.
Satu penerbangan bersama Abdul Hadi ialah Pengerusi Shapadu, Sharani. Sebelum menaiki pesawat kedua mereka dikatakan bersembang lama di bilik menunggu.
Beberapa pemimpin Pas turut berada di lapangan terbang untuk mengucap selamat jalan kepada Abdul Hadi. Antara mereka ialah, Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa, Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas, Mustapa Ali, timbalannya yang juga ahli Parlimen Kota Bharu, Wan Abdul Rahim.
Ikut sama menghantar Abdul Hadi ialah Yang Dipertua Pas Kawasan-Kwasan di seluruh Selangor dan Unit Amal Wilayah Persekutuan.
Abdul Hadi dijangka berada di Makkah selama dua minggu dan dijangka akan turut mengadakan pertemuan tidak langsung dengan beberapa pihak dari Malaysia.
Sebagai rekod Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi sudah tiga hari berada di Makkah manakala Setiausaha Politik Perdana Menteri, Alwi Che Amat akan berangkat ke Makkah lusa. [k trg. 8:00 pm 27/11/08]
0 comments Labels: msomelayu, TGHA
Sunday, November 2, 2008
Sah! Sudah ada pimpinan Umno sertai Pakatan Rakyat
| Harakahdaily Sun | Nov 02, 08 | 11:56:29 am MYT | |
| KEMAMAN, 2 Nov (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengesahkan, sudah ada pemimpin Umno yang menyertai Pakatan Rakyat. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas usaha Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan di peringkat Pusat sebagaimana yang diuar-uarkan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) sebelum ini. "Kita sedang tunggu perubahan ahli-ahli parlimen Umno dan Barisan Nasional yang lain, tidak mustahil ia (perubahan kerajaan peringkat pusat) akan berlaku, "walaupun sukar, tidak mustahil ia berlaku dengan perpecahan yang berlaku kepada Umno sekarang,"kata beliau dalam sidang media yang diadakan selepas beliau merasmikan Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu Kali Ke-12 yang diadakan di Dewan Dato' Seri Amar DiRaja, Chukai, dekat sini semalam. Buletinonline melaporkan, Ustaz Hadi berkata, perubahan kerajaan pernah berlaku dalam (keputusan pilihan raya) tahun 1990 ekoran perpecahan yang berlaku dalam Umno akhir tahun 1980-an dan telah berlaku perubahan (dalam pilihan raya) tahun 1999 kerana masalah yang sama berlaku dalam Umno. "Sebagaimana perubahan boleh berlaku pada akhir tahun 80an bila Tengku Razaleigh keluar dari Umno, dan berlaku lagi pada 1999 bila Anwar dipecat (dari Umno). "Dan boleh berlaku lagi dengan pergolakan (dalam Umno) yang berlaku sekarang, bahkan Musa Hitam berkata Umno sudah dihinggapi penyakit tua,"tegas beliau yang masih yakin perubahan boleh berlaku dan Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan pusat. Bagaimanapun apabila diminta untuk mendedahkan siapakah pemimpin Umno yang telah menyertai Pakatan Rakyat, beliau menjawab "bila tiba masanya" beliau akan mendedahkannya. Dalam perkembangan yang sama beliau yakin PAS berupaya untuk kembali memerintah negeri Terengganu apabila berlaku perubahan dan undi sokongan orang Melayu kepada PAS meningkat sebanyak lima peratus. "Pertama kita perlu menyedari bahawa di negeri Terengganu keputusan pilihan raya seringkali bergantung kepada undi penentu dan undi penentu biasanya (adalah) undi atas pagar atau undi orang-orang yang tidak berparti. "Sebenarnya 40% lebih undi yang kita capai adalah undi PAS sama ada ahli atau penyokong, dan kita dapati PAS mempunyai pengaruh yang sangat kuat di Terengganu. "Barisan Nasional lebih bergantung kepada undi atas pagar atau pengundi hantu yang dibawa daripada luar yang dilakukan dengan politik wang dan penyusunan pengundi dengan kerjasama SPR dan pendaftaran Negara,"kata beliau. Dengan itu, katanya keadaan itu menunjukkan bahawa kekuatan Umno Terengganu bertongkat (bersandar) kepada cara-cara tersebut. Beliau berkata dalam pemilihan parti, Umno telah dipengaruhi dengan politik wang, apatah lagi dalam pilihan raya umum. "Kita boleh membuat perubahan dalam (pada) rakyat negeri Terengganu sendiri (dan) dengan sedikit perubahan itu (peningkat undi 5%) akan terlaksana apa yang disebut tadi, "Rakyat mesti sedar bahawa kalau pemilihan Umno, mereka dipengaruhi oleh politik wang, maka pilihan raya umum politik wang berlaku (dengan) lebih-lebih lagi,"tambahnya. - mks._ |
0 comments Labels: Harakahdaily, lompat parti, TGHA
Utusan manipulasi kenyataan Presiden PAS
| Harakahdaily Sun | Nov 02, 08 | 11:38:57 am MYT | |
| KUALA TERENGGANU, 2 Nov (Hrkh) -Akhbar Mingguan Malaysia (terbitan Utusan Melayu) hari ini dengan cara yang paling tidak bertanggungjawab dan tidak professional telah memanipulasi kenyataan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkenaan pelantikan Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). (Berikut adalah petikan berita daripada muka depan akhbar berkenaan) Hadi mahu penjelasan Oleh ZULKIFLI MANZOR KEMAMAN 1 Nov - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan negeri Selangor melantik Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Kata Abdul Hadi, sebagai sebuah negeri yang majoriti penduduknya orang Melayu dan beragama Islam, sistem pentadbiran sepatutnya diterajui oleh kaum tersebut. Sehubungan itu, beliau akan meminta penjelasan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berhubung pelantikan Siew Moi itu. "Secara umum apa yang saya dapat katakan pemerintahan dan pentadbiran negara mestilah diterajui oleh orang Melayu yang beragama Islam. "Saya tidak boleh komen lebih-lebih kerana perlu meminta penjelasan daripada rakan-rakan kami di Selangor terlebih dahulu,"katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Ijtimak Kepimpinan Pas Terengganu di bandar Chukai di sini, hari ini. Isnin lalu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pelantikan Siew Moi yang sepatutnya bersara tahun ini tetapi dilanjutkan tempoh persaraannya sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS untuk tempoh setahun bagi mengambil alih tugas Pengurus Besar PKNS sekarang, Datuk Harun Salim yang akan bersara hujung bulan ini. Ekoran keputusan itu, enam persatuan kakitangan PKNS menyerahkan memorandum kepada Abdul Khalid dan mendesaknya menarik balik pelantikan Siew Moi itu kerana dikatakan tidak memenuhi aspirasi penubuhan PKNS bagi membantu meningkatkan sosial dan ekonomi bumiputera. Abdul Hadi berkata, Pas tidak boleh membuat sebarang pendirian berhubung keputusan yang dibuat oleh PKR di Selangor. Menurutnya, pelantikan Siew Moi hanya sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS yang menjalankan tugas-tugas pengurus besar agensi itu. "Jawatan Pengurus Besar itu masih belum sah dimiliki sepenuhnya oleh Siew Moi,"jelasnya. Beliau berkata, isu pelantikan orang bukan Melayu itu juga bukan merupakan perkara dasar pentadbiran di Selangor kerana ia hanya melibatkan sebuah organisasi. ________________________ Berikut disiarkan Transkrip Penuh Sidang Media Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Dewan Dato' Seri Amar DiRaja, Chukai Kemaman selepas merasmikan Ijtimak Kepimpinan PAS Kali Ke-12, semalam 1 November 2008 yang disiarkan oleh Buletinonline. Lima orang wartawan hadir dalam sidang media tersebut; Khairul Azlam Mohamad dari Harakah, Sazali Mohd Noor dari Jabatan Penerangan PAS Negeri Terengganu, Lee Yoon Sang dari Sin Chew Daily, Khairul Rizal dari Sinar Harian dan Zulkifli Manzor dari Utusan Malaysia. Turut Hadir adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Wan Mutalib Embong. (Berikut adalah transkrip penuh sidang media tersebut) DS Hadi : Soalan teruslah Lee : Dato Seri, dengar ucapan Dato' Seri kata tambah 5% sokongan undi sokongan dari Melayu boleh memerintah semula negeri Terengganu boleh Dato' Seri ulas sikit, pasal tadi Dato Seri Kata dengan undi yang baru baru dapat 20 kerusi parlimen, boleh ulas balik DS Hadi: Yang pertama kita perlu menyedari bahawa di negeri Terengganu keputusan pilihanraya seringkali bergantung kepada undi penentu. Undi penentu ini kebiasaannya adalah undi atas pagar yang tidak berparti Sebenarnya 40 peratus lebih undi yang kita capai adalah undi PAS sama ada ahli atau pun penyokong. Kita dapati PAS mempunyai pengaruh yag sangat kuat di negeri Terengganu. Barisan Nasional lebih bergantung kepada undi atas pagar atau pun pengundi hantu yang dibawa dari luar yang dilakukakn melalui politik wang dan penyusunan pengundi dengan kerjasama daripada SPR dan pendaftaran Negara. Menunjukkan bahawa kekuatan UMNO Terengganu bertongkat kepada cara-cara tersebut. Kita boleh membuat perubahan dalam rakyat negeri Terengganu sendiri dengan sedikit perubahan itu, Insya-Allah terlaksana apa yang disebut tadi Kita mesti sedar bahawa kalau pemilihan Umno mereka dipengaruhi oleh 'money politic' politik wang maka pilihan raya umum lebih-lebih lagi lah, kalau dalam parti pun itu cara dia pilihanraya umum lebih-lebih lagi Khairul Rizal : Hah apa ni, penubuhan Kerajaan baru yang diwar-warkan oelh Anwar Ibrahim, macaman strategi politik penubuhan itu DS Hadi : Kita tunggu, tunggu daripada perubahan ahli-ahli parlimen Umno dan Barisan Nasional yang lain. Lee: DS Anwar bercakap dia rasa pada situasi sekarang amat sukar DS Hadi: Tidak mustahil, walaupun sukar tidak mustahil boleh berlaku, dengan perpecahan yang berlaku dalam Umno sekarang Sebagaimana perubahan boleh berlaku semasa perpecahan tahun 90, akhir tahun 80-an bila Tengku Razaleigh keluar daripada Umno dan berlaku lagi tahun 99, 98, bila Dato' Seri Anwar dipecat, dan boleh berlaku lagi dengan pergolakan yang berulang hari ini, bahkan terdapat di kalangan orang Umno sendiri contohnya Dato' Musa Hitam mengatakan Umno sudah dihingapi penyakit tua, Musa Hitam kata bukan saya kata Lee : Jadi Dato' Seri masih yakin boleh lagi lah dalam... DS Hadi : Perubahan boleh berlaku, tidak mustahil Saya tak baca Dato' Seri Anwar buat kenyataan saya baru balik Lee : Dia (DS Anwar) kata situasi macam ini susah sikit DS: Saya baru balik Lee : Dia mengakui 'chances' kurang lah D W Mutalib : Kesan pemilihan UMNO. DS Hadi: Iya...kita tunggu pemilihan UMNO, lepas pemilihan Khairul Rizal: Aaa...pimpinan di negeri Terengganu akan memecat beberapa Exco yang tidak mengikut arahan dia...yang baru-baru ni. DS Hadi: Itu hal dalaman Umno, saya tak mahu campur. Lee: Dato' Seri boleh komen sikit tak itu.. isu Low Siew Moi dilantik sebagai pemangku PKNS nampak...aaa...bantahan dari PAS Selangor. DS Hadi: Saya baru balik daripada luar negara baru,aaa... sehari, tak dapat maklumat, dan saya memerlukan maklumat dari kawan-kawan Selangor, tak boleh beri...komen. Lee: Pasal dia kata...bantah sebab bukan Melayu. DS Hadi: Iya...Saya kena dengar dari Selangor dulu. D W Mutalib: Pelantikan tu pemangku kan. Lee: aa...pemangku. D W Mutalib: it is acting...so..its not a final decision. DS Hadi: Aaa..Kalau pemangku itu boleh. Lee : Maknanya kalau pemangku itu boleh terimalah ke macamana? DS Hadi: Saya kena dengar keputusan Selangor dulu. Lee: Sama dengan isu pemansuhan saham 30% Bumiputera, dapat tentangan dari PAS juga, So...macamana? DS Hadi: Itu juga saya mesti dapat penjelasan dari Selangor, kita tunggu baru balik dari luar negara, tak pergi lagi...apa nama ni...pejabat di Kuala Lumpur. Lee: Dato' Seri beri komen secara am lah, kalau seseorang itu tidak diterima sebab dia bukan Islam, dilantikkan jawatan ini kalau disebabkan dia bukan Islam, so...alasan diberikan... DS Hadi: Sekarang.. semua pihak telah menerima sama ada PKR ataupun DAP, teras pemerintahan dan pentadbiran Negara mestilah orang Melayu Islam...sudah diterima..dalam masa yang sama tidak menafikan peranan semua kaum yang ada dalam negara ini...itu asas umum. Khairul Rizal: Dato' Seri,ada pergolakan di antara Keadilan dan PAS dalam pembentukan kerajaan Baru...? DS Hadi: Kerajaan baru pun tak ada lagi...bagaimana kita nak bergolak, nanti ada kerajaan dulu lah.Kerajaan Pusatlah...kerajaan negeri kita dah selesai di mana apa nama ni...Kedah, Perak, Kelantan lebih awal daripada negeri-negeri yang dikuasai oleh Umno...lebih awal Kita semua tahu.Perlis berapa minggu baru selesai. Terengganu berapa minggu...dekat sebulan nak selesai...kita lepas pilihan raya tubuh kerajaan. Mungkin masud soalan tu kerajaan Pusat. Kerajaan Pusat kena tunggu dulu. Sazali: Dengan perpecahan dalam Umno sekarang ini. Ada yang sudah untuk memasuki Pakatan. DS Hadi: Yang masuk pun dah ada. Sazali: Dari pimpinan Umno? DS Hadi : Iya...ada pimpinan Umno yang masuk. Lee: Bila kan..kemuka nama yang disebut tadi lah...pemimpin yang sudah masuk dalam. DS Hadi: Bila tiba masa lah. Sazali: Tak boleh beritahu ya? DS Hadi: Aah...tak boleh lah. Lee : Dato' Seri...pemimpin UMNO ke pemimpin Barisan Nasional? DS Hadi: Umnolah...Umnolah...sebab baru ni saya pergi ke Johor sebelum pergi ke luar Negara, tiga minggu lepas, terima borang 200, 200 orang sebuah kampung setinggan ahli Umno. Khairul Rizal: Di mana? DS Hadi: Di Johor...di Johor Zulkifli: Perkembangan terkini Razak Baginda...lepas...mungkin ada komen dari sudut penghakiman. DS Hadi: Itu urusan mahkamah, apa yang saya mahu supaya mahkamah betul-betul adil dan telus. Saya buat penegasan sekali lagi, calon Perdana Menteri mesti bersih, sebab itu saya mahu Dato' Seri Najib mesti dibersihkan oleh mahkamah, melalui mahkamah melalui BPR mesti bersih, itu adalah amalan negara demokrasi. Di negara Barat yang mengamalkan demokrasi, di Amerika di England mana-mana pun, kalau ada tuduhan ada berita saja, pemimpin itu mesti dibawa ke Jawatan kuasa 'Senate' atau pun 'Congress' kalau perlu mahkamah...mahkamah. Sehingga betul-betul dia membersihkan diri dia daripada tuduhan, baru dia layak jadi pemimpin. Dan kita mengharapkan Perdana Menteri sebelum mengundur diri meninggalkan jasa yang baik. Membetulkan kesilapan-kesilapan yang dibuat oleh mereka terdahulu, seperti memulihkan badan kehakiman, BPR, SPR ! Insya-Allah kalau Perdana Menteri boleh buat perubahan-perubahan ini, beliau meninggalkan jasa yang baik. - mks._ |
0 comments Labels: bohong rakyat, Harakahdaily, penjelasan isu, TGHA, utusan
Tuesday, September 23, 2008
Takut punca PM enggan temui pemimpin Pakatan Rakyat - Anwar
| Salmah Mat Husain I Foto Rizal Tahir Tue | Sep 23, 08 | 6:33:57 pm MYT | |
| KOTA BHARU, 23 Sept (Hrkh) - Dato' Seri Anwar Ibrahim memberitahu beberapa langkah lain terpaksa diambil berikutan keengganan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bertemu dengan pemimpin Pakatan Rakyat. Ketua Pembangkang itu melahirkan rasa dukacita terhadap keengganan Perdana Menteri bagi membincangkan perkara penting berkaitan politik negara. "Saya tidak mengerti kenapa pertemuan yang begitu penting untuk rakyat ditolak. Kenapa Perdana Menteri sukar ditemui untuk berbincang dengan pembangkang. "Janganlah kerana rasa takut kepada penyokong sendiri maka pertemuan itu ditolak, gunakan kedudukan dan kuasa kita sebagai seorang Perdana Menteri jangan sekali-kali dipengaruhi pihak lain," ujarnya pada persidangan media di sini, hari ini. Sebelum itu beliau mengadakan pertemuan tertutup dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Abdul Hadi Awang di JKR 10. Perdana Menteri baru-baru ini menolak untuk berjumpa dengan pemimpin Pakatan Rakyat selepas dihantar surat bagi diadakan pertemuan tersebut. Anwar yang juga anggota parlimen Permatang Pauh berkata, selain menolak pertemuan dengan pemimpin Pakatan Rakyat, cadangan persidangan khas parlimen pada 13 Oktober depan juga tiada sebarang reaksi daripada Perdana Menteri. "Sudahlah pertemuan ditolak, persidangan khas parlimen juga tak nak buat, mungkin takut ada undi tidak percaya, atau undi percaya," ujarnya. Beliau juga berkata, Pakatan Rakyat membantah keras tindakan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar terus menahan penulis blog Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin di bawah ISA kerana hanya mendedahkan kepincangan pemimpin kerajaan.
"Tindakan itu sebagai satu ugutan kerajaan untuk menakutkan rakyat. ISA sebenarnya akan memburukkan lagi imej pentadbiran pemimpin negara di bawah Barisan Nasional," katanya. Ditanya pertemuan tertutup dengan dua pemimpin tertinggi PAS, beliau berkata, ia banyak menyentuh mengenai perkembangan semasa dan mencari titik pertemuan untuk meneruskan langkah-langkah lebih baik dalam parti. Beliau juga tidak menafikan perbincangan ke arah pembentukan kerajaan baru. - mj _ |
0 comments Labels: DSAI, Harakahdaily, Pak Lah undur, TGHA, TGNA
Tuesday, September 16, 2008
Masa untuk menyertai PAS - Presiden PAS
0 comments Labels: Harakahdaily, PAS, TGHA
Koleksi Video - Nik Abdul Aziz bidas pemimpin PAS kata 16hb September gagal
OK - TGNA bidas pemimpin PAS yang kata 916 gagal....tengok wajah TGHA...macam tak puas hati je dengan TGNA cakap...Apa dah jadi wahai tok-tok guru PAS??
0 comments Labels: koleksi video, PAS, TGHA, TGNA
Tuesday, September 2, 2008
Siapa PM tidak penting, Islam mesti berkuasa
| | | | |
| Ditulis oleh WanKay | |
| Sunday, 31 August 2008 | |
Hulu Terengganu – Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang menegaskan, dasar Islam yang jelas dibawa PAS meletakkan matlamatnya, Islam mesti menguasai pemerintahan Negara, tanpa mengira siapa yang bakal meneraju kepimpinan sebagai Perdana Menteri
Hulu Terengganu – Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang menegaskan, dasar Islam yang jelas dibawa PAS meletakkan matlamatnya, Islam mesti menguasai pemerintahan Negara, tanpa mengira siapa yang bakal meneraju kepimpinan sebagai Perdana Menteri Beliau enggan mengulas panjang dan berkata persoalan tersebut mesti menunggu masa dan tarikh 16 September 2008 akan datang, apabila beliau diminta mengulas lanjut kenyataan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa tarikh 16 September 2008 bakal mengubah senario politik Negara. |
0 comments Labels: buletin online, Negara Islam, TGHA
Saturday, August 2, 2008
Ada usaha pujuk Hadi Awang
| KLpos | | |
| Oleh Mohd Sayuti Omar | |
| Jumaat, 01 Ogos 2008 | |
| APA masalah yang sedang menghimpit Tokguruku Nik Aziz kini. Apakah beliau sakit dan sudah tidak relevan untuk memegang jawatan tertinggi dalam parti sebagai Mursyidul Am Pas? Persoalan ini timbul apabila ada usaha di kalangan pemimpin tertinggi Pas akan memujuk Abdul Hadi Awang supaya memegang jawatan berkenaan. Apakah Nik Aziz sudah tidak inginkan jawatan itu apa pun beliau sudah tidak dapat dijinakkan semasa mesyuarat jawatankuasa agung Pas bersama Majlis Syura Ulama kelmarin. Tidak ada pula perkara buruk dilaporkan berlaku dalam mesyuarat berkenaan. Nik Abdul Aziz dikatakan mengambil sikap yang menggembirakan dan sehaluan dengan sesetengah pihak apabila beliau juga tidak bersetuju Pas berunding dengan Umno untuk tubuh kerajaan bersama. Keadaan ini menimbulkan sedikit tanya tanya. Sekiranya dalam mesyuarat kelamrin beliau bersikap sebaliknya memesongkan kata-katanya sebelum ini yang tidak setuju kemudian setuju berunding dengan Umno ada logiknya juga kalau beliau perlu disingkirkan dari jawatan berkenaan. Kerana dengan adanya disitu sebagai orang tua menyusahkan! Bagaimana pun dalam mesyuarat semalam Nik Aziz dikatakan keluar dari bilik mesyuarat selepas beliau memberi kata nasihat dan pandangan berhubung isu semasa yang menjadi tumpuan kini. Apakah tindakan itu setelah timbul ketegangan dalam mesyuarat berkenaan dan sehinggakan beliau dicadangkan agar melepaskan jawatan? Untuk tujuan membujuk Abdul Hadi itu dikatakan dua pemimpin tertinggi Pas yang menetang keras ura-ura Pas hendak bermuqabalah dengan Umno akan terbang ke Jakarta esok untuk menemui Abdul Hadi. Abdul Hadi kini sudah pun berada di Jakarta. Perkembangan ini masih menjadi tanda tanya. Bagaimana pun pada hemat saya, tidak munasabah kalau Nik Aziz hendak disingkirkan dari kedudukan itu. Beliau sendiri masih menampakkan komitmennya dengan jawatan berkenaan. Cadangan itu bukan kerana Nik Aziz sudah letih atas jemu tetapi ia lebih kepada strategi. Apa yang dapat dibaca dari cadangan ini ada golongan yang mahukan Abdul Hadi turun dari kerusinya itu. Mungkin mereka mengira dengan adanya Abdul Hadi di situ yang dilihat keras dan tegas dengan prinsip siasah Islamiyah sukar untuk mereka menjanakan parti menurut acuan sekular mereka. Jadi satu cara terhormat dilakukan agar Abdul Hadi pegang jawatan Mursyidul Am dan mengumumkan persaraan sebagai presiden pada muktamar di Ipoh mulai 13 Ogos hadapan. Pujukan itu adalah paksaan secara halus! Mungkin idea ini telahpun disampaikan kepada Nik Aziz dan Nik Aziz telahpun merestuinya. Kenapa dikatakan begitu kerana kalau benar Nik Aziz sudah tidak berkeupayaan kenapa jawatan itu tidak dilepaskan kepada Dr Haron Din, timbalan Mursyidul Am Pas? Apakah Haron Din masih belum cukup ilmu untuk memegang jawatan berkenaan! |
0 comments Labels: klpos, TGHA, TGNA
Friday, August 1, 2008
PAS tolak kerjasama dengan BN bentuk kerajaan - Presiden PAS
| Harakahdaily Nyza Ayob dan Intan Abdullah Foto Wan Zahari Wan Salleh Thu | Jul 31, 08 | 4:34:28 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 31 Julai (Hrkh) - PAS menolak mengadakan sebarang rundingan dengan Barisan Nasional (BN) bagi mewujudkan kerajaan sama ada di peringkat pusat atau negeri. Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata sebarang tawaran untuk mewujudkan kerjasama politik tidak lagi berbangkit. "PAS akan terus terbuka untuk mengadakan sebarang perbincangan dengan parti-parti politik, badan bukan kerajaan, institusi ataupun mana-mana individu demi kepentingan agama dan rakyat," ujarnya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini. PAS mengulangi pendiriannya untuk terus kekal bersama pakatan Rakyat dan akan memainkan peranan aktif dan positif termasuk perjuangan bersama untuk membuat perubahan. Ditanya mengenai tindakan yang akan diambil oleh parti tersebut terhadap mana-mana pimpinan yang mengadakan pertemuan sulit dengan BN, katanya, "tiada yang sulit lagi, kita mengatakan boleh mengadakan pertemuan dengan syarat ia dimaklumkan kepada parti." PAS juga katanya menghargai sokongan bukan Islam dan mereka akan diberikan peranan lebih pada masa akan datang dalam arena politik bersama PAS. Dalam pada itu, Ustaz Abdul Hadi turut menyatakan bahawa pihaknya turut menyatakan sokongan dalam isu Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim. "Saya tidak mahu isu ini dipolitikkan. Kalau sekiranya ia tidak boleh (dirujuk kepada mahkamah syariah) Umno kena buat perubahan. "Ya, saya membela siapa yang kena zalim termasuk Dato' Seri Anwar," ujarnya. Sidang media tersebut diadakan sebaik selesai Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS yang dibuat secara bulanan, dengan turut dihadiri Majlis Syura Ulama' yang dipengerusikan Ustaz Abdul Hadi. Turut serta dalam mesyuarat tersebut ialah Musyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, kata Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar dalam sidang media tersebut. Hadir sama, Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah salleh. - mns_
|
0 comments Labels: Harakahdaily, kerajaan BN, PAS, TGHA
Monday, July 21, 2008
PAS mengaku bertemu dengan Perdana Menteri
Tranungkite 20 Julai, 2008 Presiden Parti Islam Se Malaysia (PAS)
Dilulus terbit pada Sunday, July 20 @ 23:28:48 MYT oleh SongkokPutih
Oleh Tuan Guru Haji Abdul hadi Awang
PAS tidak menafikan bahawa memang telah ada pertemuan antara pimpinan tertinggi parti dengan YAB Perdana Menterti yang juga selaku Presiden Umno, bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama berkaitan umat Islam dan bangsa Melayu.
Perjumpaan pertama dengan YAB Perdana Menteri berlaku sejurus selepas PRU ke 12 yang lalu yang melibatkan YB Ustaz Nasharudin Mat Isa Timbalan Presiden PAS, Dato' Mustapha Ali, Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat dan YB Hj Abd Khalid Samad ahli parlimen Shah Alam.
Pertemuan ini telah pun dilaporkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak PAS.
DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
2 comments Labels: kenyataan media, PAS, TGHA, tranungkite, UMNO
Tuesday, July 15, 2008
Presiden Pas Sihat Sejahtera
msomelayu
PRESIDEN Pas Abdul Hadi Awang yang dimasukan ke Institiut Jantung Negara (IJN) kerana mengalami stress semalam kini berada dalam keadaan sihat dan ceria. Beliau dijangka akan keluar di IJN hari ini.
Laporan media mengatakan beliau menghadapi masalah jantung tidak tepat. "Saya di minta berihat sahaja kerana stress," jelas Abdul Hadi.
Sehari dua lalu menurutnya beliau agak sibuk dengan beban kerja dan tugas yang meruncing di mana tiga hari berturut-turut tidak mempunyai rihat yang secukupnya."Alhamdluliah jatung tidak ada apa-apa masalah. Tekanan darah juga stabil, dan hari ini sudah boleh keluar," jelasnya.
Ketika singgah mengunjunginya sekejap tadi Abdul Hadi sedang menghadapi laptopnya melayari beberapa web site dan blog. Abdul Hadi dikatakan seorang penagih internet yang tegar!
Beliau juga kelihatan bahagia menerima beberapa tetamunya yang tiba hampir serentak di samping isterinya Toh Puan Seri Zainab Awang di sisi. Beberapa panggilan telefon tidak putus masuk ke telefonnya bertanyakan mengenai kesihatannya.
Ini termasuk panggilan daripada bekas menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Jamaluddin Jarjis yang juga turut mengirimkan jambangan bunga untuk Abdul Hadi. Beliau juga turut menerima panggilan dari Pesuruhjaya Pas Terengganu Mustafa Ali yang mahu mengetahui perkembangan diri bekas MB Terengganu itu. [wm.kl 12:00 t/hari 15/07/08]
0 comments Labels: msomelayu, TGHA
Saturday, July 12, 2008
Hadi: Apa perlu mainkan isu Altantuya?
| Malaysiakini |
| Jul 11, 08 4:30pm |
| Presiden PAS tidak senang isu berkaitan pembunuhan Altantuya Shaariibuu dibesar-besarkan di media, dengan alasan kematian wanita Mongolia ini - yang dianggap kes berprofil tinggi - tiada bezanya dengan kehilangan nyawa orang lain. Laporan polis Saiful Rundingan PAS-Umno? Peranan dan sumbangan PAS Abdul Hadi juga menuntut peranan dan sumbangan PAS dalam pilihanraya umum lalu - yang menyaksikan kemenangan besar parti itu bersama PKR dan DAP - dihargai dengan alasan ia tercapai melalui kerja keras PAS. |
0 comments Labels: Altantuya, malaysiakini, PAS, TGHA
Saturday, July 5, 2008
Kembali Kepada Islam Yang Sebenar - Presiden PAS
| | | | |
| Ditulis oleh Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang | |
| Friday, 04 July 2008 | |
Kenyatan Media Presiden PASBerhubung dengan pelbagai fitnah yang tersebar dengan meluas dalam negara kita kebelakangan ini, bagi pihak PAS saya suka menyeru agar semua kita kembali berpaut kepada ajaran Islam yang sebenar. Kita menegaskan bahawa fitnah adalah lebih merbahaya dari membunuh oleh kerana itu kita tidak boleh menyibarkan sebarang fitnah sewenang-wenangnya. Sesungguhnya Islam meletakkan garispanduan dalam semua perkara tapi malangnya kita sendiri memilih untuk menjauhkan diri daripada ajaran Islam. Islam dengan jelas mengajar dan menetapkan hukuman yang berkait dengan memfitnah termasuk fitnah zina dan liwat. Seseorang tidak boleh menuduh seseorang yang lain dengan dosa itu melainkan mengemukakan empat orang saksi. Sekiranya tidak ada empat orang saksi maka orang yang menuduh hendaklah dijatuhkan hukuman hudud dan menjadi fasik, dan beliau tidak boleh menjadi saksi lagi. Di dalam Islam seorang yang dituduh tidak boleh dianggap bersalah sehingga dibuktikan kesalahnnya ataupun orang itu mengaku sendiri dengan rela diri tanpa paksaan yang ia telah melakukan kesalahan tersebut. Kita mengharapkan masyarakat Islam supaya memelihara akhlak yang diajar oleh Islam ini dan menunjukkan contoh yang terbaik kepada semua pihak. Apa yang mendukacitakan gejala ini berlaku dikalangan pemimpin-pemimpin Melayu yang mengaku beragama Islam. Oleh itu saya menyeru supaya sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan sedemikian rupa hendaklah bertaubat kepada Allah swtr kerana dosa itu termasuk di dalam kategori dosa besar yang diberi amaran keras oleh Allah swt di dalam al Quran dan oleh Nabi kita Muhammad saw dan diperingatkan oleh para ulamak disepanjang zaman. |
0 comments Labels: buletin online, kenyataan media, PAS, TGHA
Thursday, June 26, 2008
Berita kerjasama PAS dan Umno satu fitnah - Presiden PAS
| Harakahdaily Intan Abdullah | Foto Wan Zahari Wan Salleh Thu | Jun 26, 08 | 4:33:11 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 26 Jun (Hrkh) - Presiden PAS hari ini membidas kenyataan yang dimainkan sesetengah pihak berhubung isu kerjasama PAS dan Umno dengan penegasan bahawa ianya merupakan fitnah semata-mata. "PAS cukup menyedari usaha ini yang telah mencetuskan kegelisahan di kalangan kepimpinan Pakatan Rakyat serta kemarahan ahli-ahli dan penyokong Pakatan Rakyat, kami amat sedar mengapa Umno-BN menggunakan taktik ini dalam keadaan mereka tersepit dengan pelbagai krisis kepimpinan dalaman serta berdepan dengan pelbagai kemarahan rakyat dengan isu kenaikan harga minyak dan inflasi," ujarnya. Jelasnya dengan tegas bahawa tiada sebarang rundingan kerjasama dibuat parti itu dengan Umno-BN. Malah, beliau turut menafikan desas-desus sesetengah pihak yang mendakwa berlaku pertemuan antara pihaknya dengan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak di London baru-baru ini yang kononnya memberi peluang kepada perbincangan mengenai kerjasama kedua-dua parti itu berlaku. Menjawab soalan pemberita mengenai kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz yang enggan mengadakan kerjasama dengan Umno-BN tetapi tidak menolak bertemu dengan mana-mana pemimpin parti itu, Nasharudin turut menyokong pandangan tersebut. "Ia adalah suatu perkara yang menjadi kebiasaan antara pemimpin-pemimpin parti tanpa suatu agenda tertentu yang membabitkan keputusan dasar parti," jelasnya. PAS juga ujarnya sedang meneliti sama ada akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak terbabit yang telah mencetuskan kekecohan serta memfitnah parti tersebut. "Saya tidak menafikan ia mungkin suatu strategi untuk mewujudkan kontroversi pada Pakatan Rakyat terutamanya di kalangan penyokong bagi mengalih perhatian rakyat dengan kelemahan kerajaan yang sedia ada," katanya lagi. Dalam kenyataan tersebut juga, Ustaz Hadi mengalu-alukan sokongan semua pihak bagi merealisasikan usaha Pakatan Rakyat menyelamatkan negara daripada terus dihimpit oleh kesempitan hidup akibat daripada polisi kepimpinan negara yang tempang dan tidak bertanggung jawab. Turut hadir dalam sidang media tersebut, Setiausaha Agong PAS, Dato' Kamarudin Jaffar, Bendahari, Dr Hatta Ramli, Ketua Penerangan, Mahfuz Omar, Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub dan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad. - mns_ |
0 comments Labels: Harakahdaily, PAS, TGHA, UMNO haprak




Seluruh rakyat Malaysia perlu menilai laporan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan mengambil tindakan sewajarnya, memandangkan akhbar media perdana tersebut telah berkali-kali melakukan perbuatan melaporkan berita secara yang tidak wajar.
Katanya,�kerajaan sepatutnya membebaskan Raja Petra sebagaimana pembebasan yang dilakukan ke atas anggota Parlimen Seputih, Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng yang juga turut ditahan di bawah ISA. 






"Kita mengajak ahli-ahli parlimen BN untuk menyertai Pakatan Rakyat untuk sama-sama sokong dan dokong perubahan yang hendak dilaksanakan," katanya.
"Isu tersebut hendaklah diselesaikan mengikut syariat Islam, berdasarkan perlembagaan 121 yakni kes yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah dirujuk kepada Mahkamah Syariah.
"Mengapa pembunuhan Altantuya ini dibesarkan, sedangkan pembunuhan di kaki lima dibiarkan? Yang penting penyiasatan yang adil kepada semua itu perlu."
"Saya tidak mahu kerja-kerja politik diganggu oleh isu-isu berkait dengan masalah individu. Masalah individu diselesaikan secara masalahnya sendiri.
"Kalau tidak jumpa dengan Umno macam mana nak sampaikan mesej kita?" kata Abdul Hadi.
"Dan orang PAS boleh buat kerja untuk memenangkan Pakatan Rakyat. Perlu disedari bahawa PAS yang paling banyak cawangan. PAS yang paling banyak pekerja dalam pilihanraya ke-12.
Dalam satu sidang media di Dewan Rakyat yang dibacakan oleh timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa beliau berkata, akibat tindakan pihak media tersebut menyebabkan timbul kecurigaan dan kebimbangan umum khususnya ahli dan penyokong PAS serta Pakatan Rakyat.
"Ia merupakan suatu dakwaan yang tidak bertanggung jawab, tidak beretika dan berunsur fitnah kerana tujuan saya ke sana adalah untuk menghadiri seminar mewakili parlimen Malaysia," katanya tegas.
Tambahnya, kemenangan yang diperolehi daripada Pilihan Raya Umum ke-12 adalah merupakan harapan seluruh rakyat untuk PAS bersama dengan Pakatan Rakyat membawa kehidupan rakyat yang sejahtera.