Tranungkite
Dilulus terbit pada Sunday, July 20 @ 23:28:48 MYT oleh SongkokPutih Oleh Tuan Guru Haji Abdul hadi Awang
PAS tidak menafikan bahawa memang telah ada pertemuan antara pimpinan tertinggi parti dengan YAB Perdana Menterti yang juga selaku Presiden Umno, bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama berkaitan umat Islam dan bangsa Melayu.
Perjumpaan pertama dengan YAB Perdana Menteri berlaku sejurus selepas PRU ke 12 yang lalu yang melibatkan YB Ustaz Nasharudin Mat Isa Timbalan Presiden PAS, Dato' Mustapha Ali, Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat dan YB Hj Abd Khalid Samad ahli parlimen Shah Alam.
Pertemuan ini telah pun dilaporkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak PAS.
20 Julai, 2008
DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
Presiden
Parti Islam Se Malaysia (PAS)
2 comments:
Pertemuan UMNO dengan PAS merupakan suatu implikasi yang baik. Diharapkan agar pertemuan antara dua parti ini akan dijalankan dengan lebih kerap lagi untuk meningkatkan persahabatan dan persefahaman antara isu-isu kepentingan bersama berkaitan dengan umat islam dan juga bangsa melayu.
Betu tu dave....yang penting ISLAM terbela......kuatkan roh ISLAM di kalangan bangsa melayu....baru kuat bangsa kita ni....bukan macam melayu sekarang...Islam dah semakin takde dalam kehidupan....mintak dijauhkan....
Post a Comment