Harakahdaily Sun | Nov 02, 08 | 11:38:57 am MYT | |
KUALA TERENGGANU, 2 Nov (Hrkh) -Akhbar Mingguan Malaysia (terbitan Utusan Melayu) hari ini dengan cara yang paling tidak bertanggungjawab dan tidak professional telah memanipulasi kenyataan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkenaan pelantikan Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). (Berikut adalah petikan berita daripada muka depan akhbar berkenaan) Hadi mahu penjelasan Oleh ZULKIFLI MANZOR KEMAMAN 1 Nov - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan negeri Selangor melantik Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Kata Abdul Hadi, sebagai sebuah negeri yang majoriti penduduknya orang Melayu dan beragama Islam, sistem pentadbiran sepatutnya diterajui oleh kaum tersebut. Sehubungan itu, beliau akan meminta penjelasan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berhubung pelantikan Siew Moi itu. "Secara umum apa yang saya dapat katakan pemerintahan dan pentadbiran negara mestilah diterajui oleh orang Melayu yang beragama Islam. "Saya tidak boleh komen lebih-lebih kerana perlu meminta penjelasan daripada rakan-rakan kami di Selangor terlebih dahulu,"katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Ijtimak Kepimpinan Pas Terengganu di bandar Chukai di sini, hari ini. Isnin lalu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pelantikan Siew Moi yang sepatutnya bersara tahun ini tetapi dilanjutkan tempoh persaraannya sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS untuk tempoh setahun bagi mengambil alih tugas Pengurus Besar PKNS sekarang, Datuk Harun Salim yang akan bersara hujung bulan ini. Ekoran keputusan itu, enam persatuan kakitangan PKNS menyerahkan memorandum kepada Abdul Khalid dan mendesaknya menarik balik pelantikan Siew Moi itu kerana dikatakan tidak memenuhi aspirasi penubuhan PKNS bagi membantu meningkatkan sosial dan ekonomi bumiputera. Abdul Hadi berkata, Pas tidak boleh membuat sebarang pendirian berhubung keputusan yang dibuat oleh PKR di Selangor. Menurutnya, pelantikan Siew Moi hanya sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS yang menjalankan tugas-tugas pengurus besar agensi itu. "Jawatan Pengurus Besar itu masih belum sah dimiliki sepenuhnya oleh Siew Moi,"jelasnya. Beliau berkata, isu pelantikan orang bukan Melayu itu juga bukan merupakan perkara dasar pentadbiran di Selangor kerana ia hanya melibatkan sebuah organisasi. ________________________ Seluruh rakyat Malaysia perlu menilai laporan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan mengambil tindakan sewajarnya, memandangkan akhbar media perdana tersebut telah berkali-kali melakukan perbuatan melaporkan berita secara yang tidak wajar. Berikut disiarkan Transkrip Penuh Sidang Media Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Dewan Dato' Seri Amar DiRaja, Chukai Kemaman selepas merasmikan Ijtimak Kepimpinan PAS Kali Ke-12, semalam 1 November 2008 yang disiarkan oleh Buletinonline. Lima orang wartawan hadir dalam sidang media tersebut; Khairul Azlam Mohamad dari Harakah, Sazali Mohd Noor dari Jabatan Penerangan PAS Negeri Terengganu, Lee Yoon Sang dari Sin Chew Daily, Khairul Rizal dari Sinar Harian dan Zulkifli Manzor dari Utusan Malaysia. Turut Hadir adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Wan Mutalib Embong. (Berikut adalah transkrip penuh sidang media tersebut) DS Hadi : Soalan teruslah Lee : Dato Seri, dengar ucapan Dato' Seri kata tambah 5% sokongan undi sokongan dari Melayu boleh memerintah semula negeri Terengganu boleh Dato' Seri ulas sikit, pasal tadi Dato Seri Kata dengan undi yang baru baru dapat 20 kerusi parlimen, boleh ulas balik DS Hadi: Yang pertama kita perlu menyedari bahawa di negeri Terengganu keputusan pilihanraya seringkali bergantung kepada undi penentu. Undi penentu ini kebiasaannya adalah undi atas pagar yang tidak berparti Sebenarnya 40 peratus lebih undi yang kita capai adalah undi PAS sama ada ahli atau pun penyokong. Kita dapati PAS mempunyai pengaruh yag sangat kuat di negeri Terengganu. Barisan Nasional lebih bergantung kepada undi atas pagar atau pun pengundi hantu yang dibawa dari luar yang dilakukakn melalui politik wang dan penyusunan pengundi dengan kerjasama daripada SPR dan pendaftaran Negara. Menunjukkan bahawa kekuatan UMNO Terengganu bertongkat kepada cara-cara tersebut. Kita boleh membuat perubahan dalam rakyat negeri Terengganu sendiri dengan sedikit perubahan itu, Insya-Allah terlaksana apa yang disebut tadi Kita mesti sedar bahawa kalau pemilihan Umno mereka dipengaruhi oleh 'money politic' politik wang maka pilihan raya umum lebih-lebih lagi lah, kalau dalam parti pun itu cara dia pilihanraya umum lebih-lebih lagi Khairul Rizal : Hah apa ni, penubuhan Kerajaan baru yang diwar-warkan oelh Anwar Ibrahim, macaman strategi politik penubuhan itu DS Hadi : Kita tunggu, tunggu daripada perubahan ahli-ahli parlimen Umno dan Barisan Nasional yang lain. Lee: DS Anwar bercakap dia rasa pada situasi sekarang amat sukar DS Hadi: Tidak mustahil, walaupun sukar tidak mustahil boleh berlaku, dengan perpecahan yang berlaku dalam Umno sekarang Sebagaimana perubahan boleh berlaku semasa perpecahan tahun 90, akhir tahun 80-an bila Tengku Razaleigh keluar daripada Umno dan berlaku lagi tahun 99, 98, bila Dato' Seri Anwar dipecat, dan boleh berlaku lagi dengan pergolakan yang berulang hari ini, bahkan terdapat di kalangan orang Umno sendiri contohnya Dato' Musa Hitam mengatakan Umno sudah dihingapi penyakit tua, Musa Hitam kata bukan saya kata Lee : Jadi Dato' Seri masih yakin boleh lagi lah dalam... DS Hadi : Perubahan boleh berlaku, tidak mustahil Saya tak baca Dato' Seri Anwar buat kenyataan saya baru balik Lee : Dia (DS Anwar) kata situasi macam ini susah sikit DS: Saya baru balik Lee : Dia mengakui 'chances' kurang lah D W Mutalib : Kesan pemilihan UMNO. DS Hadi: Iya...kita tunggu pemilihan UMNO, lepas pemilihan Khairul Rizal: Aaa...pimpinan di negeri Terengganu akan memecat beberapa Exco yang tidak mengikut arahan dia...yang baru-baru ni. DS Hadi: Itu hal dalaman Umno, saya tak mahu campur. Lee: Dato' Seri boleh komen sikit tak itu.. isu Low Siew Moi dilantik sebagai pemangku PKNS nampak...aaa...bantahan dari PAS Selangor. DS Hadi: Saya baru balik daripada luar negara baru,aaa... sehari, tak dapat maklumat, dan saya memerlukan maklumat dari kawan-kawan Selangor, tak boleh beri...komen. Lee: Pasal dia kata...bantah sebab bukan Melayu. DS Hadi: Iya...Saya kena dengar dari Selangor dulu. D W Mutalib: Pelantikan tu pemangku kan. Lee: aa...pemangku. D W Mutalib: it is acting...so..its not a final decision. DS Hadi: Aaa..Kalau pemangku itu boleh. Lee : Maknanya kalau pemangku itu boleh terimalah ke macamana? DS Hadi: Saya kena dengar keputusan Selangor dulu. Lee: Sama dengan isu pemansuhan saham 30% Bumiputera, dapat tentangan dari PAS juga, So...macamana? DS Hadi: Itu juga saya mesti dapat penjelasan dari Selangor, kita tunggu baru balik dari luar negara, tak pergi lagi...apa nama ni...pejabat di Kuala Lumpur. Lee: Dato' Seri beri komen secara am lah, kalau seseorang itu tidak diterima sebab dia bukan Islam, dilantikkan jawatan ini kalau disebabkan dia bukan Islam, so...alasan diberikan... DS Hadi: Sekarang.. semua pihak telah menerima sama ada PKR ataupun DAP, teras pemerintahan dan pentadbiran Negara mestilah orang Melayu Islam...sudah diterima..dalam masa yang sama tidak menafikan peranan semua kaum yang ada dalam negara ini...itu asas umum. Khairul Rizal: Dato' Seri,ada pergolakan di antara Keadilan dan PAS dalam pembentukan kerajaan Baru...? DS Hadi: Kerajaan baru pun tak ada lagi...bagaimana kita nak bergolak, nanti ada kerajaan dulu lah.Kerajaan Pusatlah...kerajaan negeri kita dah selesai di mana apa nama ni...Kedah, Perak, Kelantan lebih awal daripada negeri-negeri yang dikuasai oleh Umno...lebih awal Kita semua tahu.Perlis berapa minggu baru selesai. Terengganu berapa minggu...dekat sebulan nak selesai...kita lepas pilihan raya tubuh kerajaan. Mungkin masud soalan tu kerajaan Pusat. Kerajaan Pusat kena tunggu dulu. Sazali: Dengan perpecahan dalam Umno sekarang ini. Ada yang sudah untuk memasuki Pakatan. DS Hadi: Yang masuk pun dah ada. Sazali: Dari pimpinan Umno? DS Hadi : Iya...ada pimpinan Umno yang masuk. Lee: Bila kan..kemuka nama yang disebut tadi lah...pemimpin yang sudah masuk dalam. DS Hadi: Bila tiba masa lah. Sazali: Tak boleh beritahu ya? DS Hadi: Aah...tak boleh lah. Lee : Dato' Seri...pemimpin UMNO ke pemimpin Barisan Nasional? DS Hadi: Umnolah...Umnolah...sebab baru ni saya pergi ke Johor sebelum pergi ke luar Negara, tiga minggu lepas, terima borang 200, 200 orang sebuah kampung setinggan ahli Umno. Khairul Rizal: Di mana? DS Hadi: Di Johor...di Johor Zulkifli: Perkembangan terkini Razak Baginda...lepas...mungkin ada komen dari sudut penghakiman. DS Hadi: Itu urusan mahkamah, apa yang saya mahu supaya mahkamah betul-betul adil dan telus. Saya buat penegasan sekali lagi, calon Perdana Menteri mesti bersih, sebab itu saya mahu Dato' Seri Najib mesti dibersihkan oleh mahkamah, melalui mahkamah melalui BPR mesti bersih, itu adalah amalan negara demokrasi. Di negara Barat yang mengamalkan demokrasi, di Amerika di England mana-mana pun, kalau ada tuduhan ada berita saja, pemimpin itu mesti dibawa ke Jawatan kuasa 'Senate' atau pun 'Congress' kalau perlu mahkamah...mahkamah. Sehingga betul-betul dia membersihkan diri dia daripada tuduhan, baru dia layak jadi pemimpin. Dan kita mengharapkan Perdana Menteri sebelum mengundur diri meninggalkan jasa yang baik. Membetulkan kesilapan-kesilapan yang dibuat oleh mereka terdahulu, seperti memulihkan badan kehakiman, BPR, SPR ! Insya-Allah kalau Perdana Menteri boleh buat perubahan-perubahan ini, beliau meninggalkan jasa yang baik. - mks._ |
Sunday, November 2, 2008
Utusan manipulasi kenyataan Presiden PAS
Posted by
Sang Pemantau
at
9:08 PM
Labels: bohong rakyat, Harakahdaily, penjelasan isu, TGHA, utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment