+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Sunday, April 13, 2008

Bila babi dipolitikkan!

Buletin Online





Ditulis oleh Arifudin Ishak
Thursday, 10 April 2008
The image “http://buletinonline.net/images/berita/babipolitik.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Dalam tempoh sebulan selepas pilihan raya umum berakhir, arena politik tempatan semakin hangat dan riuh-rendah dengan pelbagai isu dan kontroversi!

Barisan Nasional (BN) dilanda badai dengan isu krisis dalaman kesemua sayap partinya, manakala Pakatan Rakyat gabungan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas cuba mencuri perhatian dengan kelantangan pemimpin-pemimpin parti berkenaan.

Kini, isu yang terhangat ialah apabila kerajaan campuran PKR, DAP dan Pas di Selangor meluluskan perlaksanaan projek ternakan babi berkelompok berskala besar.

Projek yang menelan kos bernilai RM100 juta itu akan dibangunkan di Sepang yang dijangka siap dalam tempoh enam bulan hingga setahun.

Sebaik sahaja Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan negeri dibawah pimpinannnya meluluskan perlaksaan projek terbabit, ia megundang reaksi banyak pihak.The image “http://buletinonline.net/images/berita/wordartikel.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Ramai yang melenting serta tidak senang duduk terutamanya pemimpin parti BN mengenai tindakan kerajaan negeri berkenaan yang dianggap terburu-buru serta tidak peka dengan sensitiviti rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Mereka menyifatkan tindakan meluluskan projek ternakan babi itu adalah satu keputusan yang membabi buta!

Bantahan turut disuarakan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa).

Antara bantahan yang lantang disuarakan ialah mengenai isu pencemaran alam sekitar.

Persoalannya adakah kita akan disajikan semula dengan slot ulangan episod sedih dan sadis yang membawa korban tinggi akibat wabak penyakit virus Japanese Encephalitis (JE), di Sungai Nipah dan Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan pada tahun 1999?

Adakah pisang akan berbuah dua kali?

Menurut Abdul Khalid, beliau tetap mempertahankan keputusan melaksanakan projek ternakan kontroversi itu kerana baginya ia sekadar meneruskan projek yang telah diluluskan pada 30 Januari lalu oleh kerajaan negeri sebelum ini iaitu di bawah payung BN.

Abdul Khalid turut menjelaskan bahawa projek itu wajar diteruskan memandangkan kawasan tersebut sememangnya telah menjadi tapak utama ladang ternakan babi di Selangor.The image “http://buletinonline.net/images/berita/wordartikel1.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Difahamkan juga projek itu mematuhi piawaian kualiti yang ditetapkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta kerajaan negeri.

Justeru projek ternakan babi itu tidak akan mencemarkan alam sekitar kerana semua bahan buangan akan diguna semula dalam bentuk bio gas untuk menjana elektrik dan air bagi pembersihan ladang serta penanaman makanan untuk babi yang diternak.

Jadi, kalau sungguh bagai dikata dan projek ini lancar seperti dirancang apa yang perlu dikecohkan?

Kadang-kala kita jangan takut hendak menongkah arus! Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sendiri pernah ‘popular’ dengan isu penyapunya yang menerima kecaman hebat dari pelbagai pihak. Jangan lupa, ada nasi ada keraknya!

Bagi penulis, usah jadi seperti anjing menyalak bukit. Kerajaan negeri Selangor sendiri pasti sudah bersedia dengan ‘skema jawapan’ terhadap semua persoalan yang dibangkitkan.

Bukankah duduk semeja dan bermusyawarah (berbincang) itu lebih baik dan molek. Kata orang cari guru tempat belajar, jangan menyesal kemudian!

Penulis difahamkan projek kontroversi ini bakal menggunakan teknologi Jerman secara moden dan tertutup. Ini bermakna semua sisa buangan yang tercerna akan dikitar semula untuk pengeluaran gas metana.

Lebih hebat, kawasan ternakan tertutup ini akan dilengkapi dengan sistem penghawa dingin yang canggih.

Seharusnya kita anjakkan sedikit paksi pemikiran kita agar tidak terlalu konservatif. Jika projek ‘mega’ ini diteruskan, ia akan dilaksanakan secara berkelompok.

Ini bermakna semua ladang-ladang babi yang sedia ada di negeri Selangor akan ditutup dan dipindahkan ke satu tempat yang dikawal selia secara terpeinci dan moden.

Malah pada masa yang sama kerajaan negeri berjanji tidak akan meluluskan sebarang permohonan pembukaan ladang babi yang baru.

Tidakkah langkah ini dilihat lebih baik dari membiarkan lebih banyak ladang babi dibina di beberapa tempat di seluruh negeri Selangor?

Jadi secara logiknya, masalah pencemaran yang menghantui penduduk-penduduk yang berada di kawasan ternakan babi selama ini akan dapat ditangani dengan segera dan efisyen.

Memindahkan kesemua ladang babi sedia ada ke satu ‘perkampungan’ babi yang dikhususkan untuk menternak, menyembelih dan memproses babi umpama menyediakan ‘one stop centre’ untuk pasaran dalam negara.

Kos pembinaan ladang tersebut juga bukan ditanggung oleh kerajaan negeri sebaliknya ditanggung oleh pemilik ladang yang menyertai projek kelompok tersebut.

Lihatlah isu ini dengan waras dan telus. Jangan kita politikkan sesetengah pembaharuan positif yang cuba dilakukan untuk kesejahteraan rakyat.

Kerajaan Selangor juga pasti sudah mengkaji tindakan ini agar tidak meninggalkan kesan buruk kepada orang ramai khususnya penduduk di sekitar Sepang.

Penulis percaya, Menteri Besarnya sendiri sudah berfikir panjang sebelum beliau dan barisan exconya membuat percaturan ‘berani mati’ apabila meneruskan projek ternakan babi bernilai jutaan ringgit ini.

Jika tidak, ia umpama menjerat leher sendiri dan sudah pasti mandat yang diamanahkan rakyat hanya bertahan selama sepenggal!

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |