| Wan Nik Wan Yussof |
| Semasa dalam ibadat umrah di Madinah-Mekah, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz tetap peka dengan segala perkembangan isu-isu besar dunia. Itulah dia sensitiviti seorang pemimpin besar yang bernama-mesra Tok Guru Nik Aziz, salah seorang pemimpin dalam kelompok berpengaruh di dunia Islam yang tersenarai di ranking 42. Realiti itu memungkinkan Tok Guru Nik Aziz bersikap mesra-jari selalu menghubungi melalui telefon dengan setiausaha-setiausahanya di Pejabat Menteri Besar, meskipun berjauhan merentasi benua dan lautan. Terbaru, Tok Guru Nik Aziz telah mengubungi saya selaku setiausaha politiknya agar merakamkan pandangan dan telahannya berhubung kehadiran Malaysia menyertai Sidang Keselamatan Nuklear di Washington, Amerika Syarikat. Sebagaimana maklumat, Sidang Kemuncak Mengenai Keselamatan Nuklear anjuran Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama telah diadakan pada 12 dan 13 April 2010 di Washington. Ia turut dihadiri 47 ketua-ketua Negara termasuk Malaysia. Juga merupakan sidang nuklear yang terbesar pernah dianjurkan presiden Amerika Syarikat sejak 65 tahun lalu. Tujuan Barrack Obama mengadakan sidang kemuncak itu ialah untuk mendapatkan sokongan dunia bagi memupuk kerjasama sejagat dalam memerangi keganasan nuklear dan mengawal senjata nuklear daripada jatuh ke tangan pengganas. Berdasarkan tujuan sidang yang dikendalikan Obama itu, maka dilihat tujuan pengawalan itu kononnya untuk mengawal keganasan oleh pihak lain yang dianggap ganas. Justeru itu ada pihak yang manganggap sidang tersebut sebagai sidang perdagangan nuklear dan sidang keselamatan Obama. Namun, apa yang utama diambil perhatian antara lain ialah kesungguhan Obama menjayakan visi untuk dunia tanpa senjata nuklear pada masa hadapan. Visi itu telah disokong oleh semua negara pada sidang kemuncak itu. Meskipun perlaksanaannya mungkin mengambil masa yang lama, namun langkah pertama yang diambil ialah memeterai perjanjian antara Amerika Syarikat dan Russia minggu lalu bagi mengurangkan stok penimbal senjata nuklear masing-masing. Bagi pihak Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak turut menyampaikan ucapan. Dalam ucapannya Mohd Najib menggesa semua negara melakukan sepenuhnya amalan telus dalam program nuklear masing-masing dan mematuhi peruntukan-peruntukan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan Triti Pengawalan Nuklear (NPT). Apapun, ucapan Najib itu adalah sekadar memenuhi protokol seperti mana ketua/wakil Negara lain yang turut menyertai sidang itu. Pandangan dan telahan Tok Guru Nik Aziz Berikut adalah pandangan dan telahan Tok Guru Nik Aziz: Ekoran sidang nuklear itu jelaslah kekerasan tidak boleh menyelamatkan manusia. Amerika Syarikat (Amerika) pernah guna bom atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki bagi menundukkan Jepun ketika Perang Dunia ke-2. Begitu juga, kuasa besar itu (Amerika) pernah guna ugutan dan kekerasan ke atas Negara-negara kecil lain (di dunia), tahu-tahu dia pula terpaksa anjurkan persidangan nuklear. Oleh itu, adalah benar dan tepat keputusan Nabi Muhammad SAW mengadakan perjanjian Madinah (Sahifah Madinah) yang melibatkan pihak Yahudi. Kerana Nabi SAW sedar, untuk mencari kebaikan dan keamanan, ia tak boleh gunakan kekerasan. Allah SWT sendiri amat melarang untuk kita gunakan kekerasan dalam diplomasi atau berhubung dengan orang lain. Sebab itulah, selagi kekerasan dijadikan pendekatan oleh pihak berkuasa Malaysia dalam melayani hubungan politik antara PAS-Umno atau Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional, maka selagi itulah tidak akan berlaku keamanan dan keharmonian dalam politik Negara. Apa yang dapat diperhatikan di Madinah dan Mekah, misalnya sekarang di Mekah orang datang puluhan ribu, bertukar ganti (bertali-arus), tidak ada yang paksa pun untuk datang, tetapi punca semua orang itu datang ialah kerana mereka ingatkan Padang Mahsyar. Di sana kelak mereka dihidupkan semula, mereka akan hadapi mahkamah Allah dan mereka akan berdepan dengan Syurga atau Neraka. Maka, inilah daya tarikan sebenar umat Islam untuk datang sangat ke tanah suci. Berpandukan kesedaran itu, perlulah kita semua mengambil pengajaran betapa cara kekerasan, ugutan hatta diskriminasi seperti mana dilakukan oleh pihak Pusat terhadap Kelantan tidak akan menyelesaikan masalah dan jauh sekali menemui keamanan serta keharmonian. Pengalaman kita di Kelantan, akibat diskriminasi pernah berlaku sekumpulan petani di Pasir Puteh tak boleh buat padi (tanam padi) akibat berlaku protes dan sekatan baja subsidi kepada satu pihak, menyebabkan satu pihak itu (mangsa diskriminasi) bertindak menyekat laluan jentera pembajak masuk ke bendang satu pihak lagi yang menerima baja. Hasilnya semua pihak (mangsa diskriminasi) dan pihak yang terima baja (penyokong diskriminasi) sama-sama rugi (tak dapat tanam padi). Oleh itu, cara diskriminasi (seperti juga kekerasan) ia tidak akan jadi tarikan ke arah menyelesaikan masalah umat. Berbalik kepada sidang nuklear tadi, hasil penyertaan 47 negara tadi, keputusannya Yahudi sendiri (Amerika dan sekutunya) mula nak berunding dengan Israel. Sehingga capai keputusan untuk berunding sama dengan Republik Islam Iran yang merupakan musuh ketat mereka. Maknanya, Amerika dah mula inginkan hubungan baik dibuat dengan Iran dan jelas mereka dah tak nak lagi kepada cara kekerasan. Hal ini membuktikan cara yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW itu awal-awal lagi melalui Perjanjian Madinah adalah betul dan benar. Oleh sebab itu, kita kena ingat bila (seseorang) manusia itu kuat sangat diugut, manusia itu akan bangkit dan sedar, bahawa mereka tidak lemah dan mereka boleh bangkit untuk melawan pihak yang mengugut. Jika demikian dunia kini, dan Amerika sendiri dah semacam mengiktiraf sejarah diplomasi yang diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW adalah betul, tinggal lagi Umno di Negara kita ini tidak mahu mengubah cara mereka dalam menerima hakikat kebenaran Islam. Misalnya dalam isu hak Kelantan menerima royalti minyak, mereka tidak guna diplomasi. Perjanjian diketepikan, apa mereka pakai ialah kuasa, walaupun Umno tahu cara mereka guna kuasa itu salah dari segi hukum diplomasi. Maka, kita kena ingat rakyat itu yang memberi mandat kuasa dan pemilik kuasa ialah Allah SWT. Jangan diskriminasikan rakyat Kelantan. Dicatat oleh, Wan Nik Wan Yussof Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan. |
Friday, April 16, 2010
Sidang Keselamatan Nuklear - Pengamatan Tok Guru Nik Aziz
0 comments Labels: Harakahdaily, minda pemimpin, TGNA
Tuesday, May 5, 2009
A Samad Said: Malangnya rakyat bila akhbar disekat
| Irwan Muhammad Zain Mon | May 04, 09 | 4:11:24 pm MYT | |
| SABAN tahun Hari Kebebasan Media pada 3 Mei dirayakan oleh pengamal media di seluruh dunia. Di Malaysia tidak terkecuali. Ia juga disambut tidak kira dari media konvesional atau media baru. Namun persoalan yang timbul, apakah cukup hanya dengan merayakan Hari Kebebasan Media sedangkan hakikatnya banyak sekatan dikenakan terhadap syarikat penerbitan dan juga para wartawan. Bagi Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said segala sekatan yang dikenakan seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, yang mewajibkan keperluan mendapatkan permit penerbitan Kementerian Dalam Negeri, yang kemudiannya menyekat segala bentuk informasi daripada disampaikan secara jujur dan telus. Beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Samad berkata pelbagai akta di negara ini bukan hanya menyekat wartawan atau penulis untuk melaporkan perkara sebenarnya tetapi turut menghalang rakyat dari mendapat informasi yang tepat. Media di negara ini, tambahnya, tidak diberi ruang atau kebebasan yang munasabah hingga menyebabkan bantahan berterusan dilakukan oleh pihak-pihak yang terkesan akibat segala macam akta yang mengongkong itu. Beliau bersetuju dengan desakan supaya dihapuskan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, khususnya memansuhkan keperluan memohon permit penerbitan. "Adanya akta dan permit ini menyebabkan media oposisi sering digertak, malah ada yang dikenakan tindakan gantung," tegas beliau. Segala tindakan berat sebelah yang dikenakan terhadap media pembangkang dan lain-lain media yang tidak condong kepada pemerintah dianggap Pak Samas sebagai aksi ketinggalan zaman. "Tidak seharusnya juga media oposisi dihadkan jualan hanya kepada ahli sahaja. "Seluruh rakyat berhak untuk mendapatkan maklumat dari media oposisi dan juga media arus perdana. "Jadi tidak adil jika media oposisi dihadkan jualan kepada ahli sahaja kerana media milik kerajaan dibenarkan untuk dijual kepada seluruh rakyat," tegas Sasterawan Negara itu lagi. Akta tidak membebankan Berbeza dengan bekas Ketua Pengarang Kumpulan (NSTP), Dato' A Kadir Jasin yang berpendapat segala akta yang dikenakan itu tidak membebankan. Beliau berpendapat pelbagai akta tersebut hanya membebankan bagi mereka yang baru menceburi dalam dunia media. "Bagi orang seperti saya yang sudah lama dalam bidang ini, akta itu semua tidak menyekat atau membebankan," ujar beliau. Namun Kadir tidak menolak kadang kala masalah kawalan yang dikenakan menimbulkan sedikit kegusaran tetapi bukan dari aspek perundangan sebaliknya dari aspek perlaksanaan kerana pegawai yang ditugaskan sering bertukar ganti. Beliau juga tidak akan membantah jika ada desakan agar akta-akta yang ada itu dihapuskan kerana ia merupakan hak dan kebebasan pihak yang memperjuangkannya. Mengenai lanjut, Kadir menegaskan erti kebebasan media di negara ini amat luas. Bagi beliau, yang sering takut cuma wartawan atau pengarang yang gagal mengemukakan hujah dengan baik dalam laporan atau tulisan mereka. "Yang penting," kata Kadir, "bukan sekatan akta tetapi bagaimana seorang wartawan atau penulis itu berhujah melalui tulisan dan jika hujah itu mempunyai fakta yang lengkap, tiada tindakan yang boleh dikenakan." Wartawan, tegas beliau, mempunyai etika tersendiri yang harus dipatuhi dan ini bermakna mereka juga tidak bebas untuk menulis sesuka hati tanpa berpegang kepada etika tersebut. Saringan dalaman Sementara itu, Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman bersetuju bahawa wartawan perlu menampilkan kualiti kerja yang cemerlang dan sentiasa berusaha meningkatkan mutu laporan pemberitaan yang terbaik. "Tapi halangan yang menekan, macam kami di Harakah selalu terima, elok dibuang sahaja, lagipun ia sudah ketinggalan zaman," ujar Lutfi merujuk kes Harakah yang sering dirampas KDN dan dianggap sentiasa melakukan kesilapan hanya kerana menjualnya kepada khalayak bukan ahli PAS. "Selain akta dan peraturan tidak munasabah KDN itu, saringan dalaman terutama di syarikat penerbitan besar juga menyebabkan dunia kewartawanan kita tandus dengan karya atau laporan yang bermutu dan mendalam," ujar Lutfi lagi. "Tanpa kebebasan sukar sekali kita mencari bakat-bakat baru wartawan yang berketrampilan. Sekatan permit menyebabkan tiada siapa yang mahu melabur untuk industri yang banyak mengundang risiko ini. "Saya sendiri pernah mengusahakan Penerbitan Pemuda, menerbitkan dua majalah bulanan, mempunyai ramai kakitangan, tapi akhirnya KDN haramkan begitu saja. Saya dapat rasakan peritnya ketika itu, menanggung hutang apabila tak dapat membuat kutipan selepas majalah diharamkan. Akhbar saya yang mendedahkan menteri rasuah dirampas di kilang percetakan, tanpa sempat masuk pasaran," kata Lutfi. _ |
0 comments Labels: Harakahdaily, media bebas, minda pemimpin
Thursday, April 9, 2009
UMNO Tolak ISLAM, Tak Salah? -TGNA
Blogtokguru
“Sepatutnya sudah lama benda al-Quran ini dibaca dan digunakan dengan meluas oleh semua orang termasuk oleh orang Cina”.(Berita TV1 pada pagi 6 April 2009 dan rancangan Berita TV9 jam 8.00 malam). Inilah lebih kurang, bunyi kata-kata saya sewaktu diminta mengulas penggunaan dan sebutan ayat al-Quran oleh Exco Kerajaan Negeri Perak, YB. Nga Ko Ming.
Sebagai penjelasan lanjut, izinkan saya berkata begini.Islam ini pada dasarnya diturunkan untuk membawa petunjuk. Ia sumber hidayah. Ia menjadi rahmat dan penawar. Nilai gunanya adalah untuk seluruh semesta alam. Ia bersifat “rahmatal lil ‘alamiin.” Ia berguna untuk seluruh umat manusia tanpa mengira perbezaan kaum,suku bangsa, warna kulit dan bahasa. Sepatutnya, al-Quran itu boleh digunakan dengan jujur dan ikhlas oleh penggunanya tanpa mengira sesiapa.Pada saya, kesediaan YB. berkenaan yang cenderung menggunakan ayat al-Quran adalah satu permulaan kepada satu perkembangan yang cukup menggalakkan. Tidak ada sebab ia tidak dialu-alukan. Jika dalam zaman awal Islampun, Abu Lahab yang bukan Islam itupun diizin membaca dan memahami surah Al-Lahab yang mencela beliau, maka apa pilihan kita untuk menutup hak bukan Islam untuk mendekati, membaca dan cuba memahami al-Quran ?
Isu ini bermula sebaik saja pemimpin Umno mencetuskan keresahan demi meraih perhatian untuk mendapatkan populariti dan simpati ke atas partinya yang semakin dibenci orang. Saya diberi faham bahawa isu asal hanyalah kecil. Isu yang berbangkit ialah nama surah sahaja yang disebut salah tetapi ayat yang dikutip dan diterjemahan adalah betul.
Bacaannya masih OK; cuma intonasi dan sebutannya saja yang sedikit tersalah. Tetapi, taklah pula bacaannya itu sebaik seorang qari musabaqoh atau tilawah. Hatta, ada juga orang Islam baka, yang sudah lama Islamnya sekalipun; masih tidak sempurna dari segi tertib dan tartil, dari segi sebutan dan tajwid serta lafaz panjangpendeknya.
Apa yang saya nampak, YB. berkenaan tidak mentafsir. Dia cuma membaca terjemahan "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan". Dia terjemah perkataan “ehsan” sebagai 'belas kasihan'. Itu saja.
Dalam Islam, ada satu perkara yang disebut “ Li iilaafi-quraisy “ seperti yang terkandung didalam surah Quraisy ayat 1. Maksud bergerak dari kalimat ini saya ertikan sebagai “menjinak atau menjinakkan.” Menjinakkan siapa, jika tidak orang-orang yang belum Islam kepada Islam? Disini, apa salah orang Cina jika dia baca Quran dengan tujuan untuk berjinak-jinak dengan Islam? Jika katakan tersalah(katakan), maka dengan lemah lembut dibetulkan. Tak berbangkit sama sekali soal keperluan lapuran Polis oleh sesiapa. Pada saya, ini percubaan menutup ruang dan menyekat langsung laluan non-Muslim mendekati Islam seperti yang pernah dilakukan oleh sebahagian dari penguasa masjid di tempat-tempat tertentu yang menghalang orang non Islam dari memasuki masjid. Sedangkan dalam surah ‘Abasa, jelas yang Nabi SAW menerima, menegur dan membimbing orang Islam dan non Islam didalam masjid.
Berbalik kepada isu, jika orang Cina baca salah, maka apa jaminan yang orang Melayu yang kebanyakannya datang dari jenis Islam baka inipun turut tidak salah ? Hal ini boleh disahkan oleh guru-guru tajwid seluruh negara pada bila-bila masa. Ambil saja surah al-Fatihah yang menjadi ummul kitab.Saya tidak suka mencabar tetapi saya hampir pasti akan kekurangan yang juga turut melanda orang Melayu yang diperanakkan dalam suasana Islam sepenuhnya ini.satu lagi ialah apa gunanya Quran jika tidak untuk dibaca?Bagaimana orang bukan Islam mahu memahami jika diharamkan mereka dari bertatih membaca al-Quran. Ini permulaan.Kita kena faham. Hatta, Saidina Umar sendiri diwaktu belum Islam(kufur) sekalipun direkodkan pernah merampas sesuatu dari tangan adik beliau. Beliau lalu mendapati bahawa ia satu tulisan dari Surah Toha lalu beliau membacanya dalam keadaan genggam dan lepas. Sebenarnya kufur zaman dulu adalah orang Cina atau Indialah di zaman sekarang. Sepatutnya, kita berbangga apabila orang bukan Islam boleh memetik dan cuba-cuba membaca ayat dari kitab suci kita.
Salah satu punca kelemahan dalam menguasai ilmu pembacaan al-Quran ini ialah tidak dapat menguasai tulisan jawi. Ini kerja siapa jika tidak dari kerja pemimpin Umno akibat dari “dasar anti- jawi” mereka yang amat dungu? Pemimpin Umno yang sebelum inilah? Dalam keadaan pemimpin Umno yang meninggalkan Quran dan telah membunuh tulisan jawi itu, tiba-tiba, apabila ada pemimpin Cina membaca Quran dalam pelat yang dipandang salah, pemimpin Umno sibuk mendesak DAP mengemukakan permohonan maaf secara terbuka. Disini soalan pertama saya, mana lebih besar dosanya, menolak Quran dan mengherdik hukum Islam dengan dosa cuba membaca al-Quran? Soalan kedua saya, apa kata, jika dalam satu masa terdekat, ada pihak yang dapat buktikan yang ada juga pemimpin Melayu dari Umno yang membaca Quran dengan salah? Mahu atau wajarkah mereka dimalukan dengan dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka?
Saya perlu ingatkan di sini bahawa kita sedang hidup di zaman IT. Ingatlah bahawa bukti cukup mudah untuk dicari. Saya pernah tengok keajaiban teknologi internet yang ditunjukkan oleh kawan-kawan dan anak cucu saya. Di sana ada kamera digital, adanya “youtube”, ada 3G, ada pen drive, CD, email dan pelbagai lagi rangkaian produk rakaman yang cukup sofistikated.
Dalam hal begini saya lebih gemar kita semua melakukan muhasabah. Jika takdirnyalah, rakan-rakan kita dari yang “belum Islam” ini ada kekurangan dari segi sebutan ayat-ayat Quran, kenapa kita tidak berfikir untuk adakan kelas-kelas asas pengenalan ilmu al-Quran kepada non Islam? Dalam hal ini, gunakanlah semua rangkaian radio dan telivisyen kita untuk mengadakan slot-slot rancangan berupa kelas “mesra al-Quran” seperti yang ada dalam rancangan “learn a word a day” atau belajarlah satu perkataan satu hari . Mungkin juga ia boleh disusuli dengan kelas-kelas malam percuma di semua masjid dan surau. Mungkin juga, kelas-kelas tuisyen malam disekolah-sekolah boleh juga diatur seperti sistem sekolah dewasa di awal tahun 60 han. Atau , kita ada IKIM, JAKIM, YADIM, dan Jabatan-Jabatan Agama Islam setiap Negeri. Saya percaya, kita boleh melakukan sesuatu ;mengambil kesempatan dan menafaat dari trend keghairahan baru yang sihat ini demi membangun bersama Islam dan mendekatkan non Islam kepada Islam.
Di sini, tidak bolehkah kita sama-sama cuba berfikir dalam kerangka pemikiran sebuah kerajaan. Janganlah terlalu mahu berpolitik secara berparti dalam serba-serbi sehingga segenap perkara hendak dipolitik mengikut syak wasangka kepartian. Sikit-sikit menuntut maaf.Ini seperti yang didesak oleh Naib Ketua Bahagian Hulu Terengganu misalnya dalam akhbar semalam bertarikh 7 April 2009. Sikit-sikit lapuran polis. Sikit-sikit ini perkara perkauman, menghasut, sensitif dan boleh menimbulkan pecah belah. Jika kita tidak sensitifkan isu ini maka tidak sensitif lah ia. Perkara ini bukannya susah sangat tetapi sengaja nak dikeliru dan nak disusah-susahkan. Mungkin dalam kekeliruan dan kemarahan yang sengaja di api-apikan itulah Umno mengharapkan dirinya dijulang. Sekarang, orang sudah ramai yang cerdik. Ini khususnya dikalangan orang-orang muda. Mereka biasanya lebih cepat menghidu dan dapat membezakan terus antara durian dengan tempoyak.
Sebagai penutup, mari kita mendalami keluhan dukacita YB. Nga di atas pendirian terbaru Umno ini. Kata beliau, “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.” Pendek kata, pelik sungguh Umno ini. Dia tolak Islam tak salah. Orang Tionghua nak dekati Islam melalui bacaan al-Quran di kira salah ?
Sejak kalah di kedua bukit, Umno ini, betul-betul sudah menjadi sebuah parti yang meracau. Tidak cukup dengan seribu satu masalah di kedua tangan, dia masih menimbulkan masalah. Kehadirannya cukup menimbulkan serba salah. Ajaran yang dibawanya semakin sehari semakin salah.
Nik Abdul Aziz Nik Mat
Menteri Besar kelantan
Tanggal: 7 April 2009
0 comments Labels: minda pemimpin, TGNA, UMNO haprak
Friday, April 3, 2009
PAS bimbang Malaysia diketuai pemimpin tak berkualiti - Nik Aziz
| Salmah Mat Husain Thu | Apr 02, 09 | 6:54:50 pm MYT | |
| KOTA BHARU, 2 April (Hrkh) - PAS bimbang negara ini akan diketuai seorang pemimpin yang tidak berkualiti apabila banyak tuduhan yang dipalit terhadapnya gagal dijelaskan kepada umum. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, bakal Perdana Menteri baru perlu membersihkan diri terlebih dahulu terhadap segala tomohan yang dilemparkan kepadanya sebelum ini. "Saya menyebut perkara lama, selagi tuduhan atau tomahan yang dilemparkan terhadap bakal perdana menteri yang akan mengambil alih kepimpinan negara esok belum dibersihkan, saya begitu dukacita dan kecewa sekali. "Nampak sangat pemimpin negara kita tidak berkualiti menjadi pemimpin negara," katanya ketika diminta pandangannya terhadap Dato' Seri Najib Razak yang akan mengambil alih teraju negara esok. Menurutnya juga orang yang paling berkualiti sekali di dunia ini ialah Nabi Muhammad s.a.w. yang bersifat al-Amin. Katanya, sifat berkenaan tidak boleh dibuat-buat, sebaliknya ia merupakan tabiat semulajadi yang ada kepada baginda sejak kecil lagi. "Sekiranya tuduhan yang dilemparkan secara terbuka belum lagi diperjelaskan, bagaimana rakyat dapat menerimanya. "Nak harapkan amanah tu bolehlah...tetapi nak harap amanah pada tebuan, tebuan dengan lebah serupa saja," ujarnya. Menurutnya pemimpin yang belum dibersihkan imej bagaimana mungkin boleh menduduki tempat tertinggi dalam negara, sedangkan Islam amat menitikberatkan soal kualiti. Media asing termasuk Liberation yang berpangkalan di Perancis sebelum ini mengaitkan Najib dengan model Mongolia yang mati dibunuh dengan kejam di negara ini. Beberapa akhbar lagi turut mengaitkan nama bakal Perdana Menteri Malaysia dalam kes tersebut termasuk; The Nation Thailand, The New York Times, 9News, The Australian, The Times of India dan Timesonline. Bagaimanapun, Tuan Guru Nik Aziz berharap kerajaan pusat di bawah Perdana Menteri baru lebih bersifat mesra dengan kerajaan Kelantan seperti yang berlaku di zaman Abdullah. Kata beliau, sebaiknya Najib perlu melakari rekod baru dalam sejarah pentadbiran negara dalam menjalinkan hubungan lebih erat dan bersih berbanding Perdana Menteri sebelum ini. "Walaupun kita akui diskriminasi sebelum ini tetap berlaku dengan wujudnya Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang langsung tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan negeri. "Kita harap perdana menteri baru mengambil perhatian penuh terhadap Kelantan dan negeri-negeri lain di bawah Pakatan Rakyat," katanya. Beliau bersyukur sekiranya perkara itu benar-benar berlaku di era pentadbiran Najib. Kata beliau, ia bersesuaian dengan negara demokrasi dan semangat federalisme, di mana pemimpin perlu menterjemahkan suasana itu. "Walaupun kaki di bawah, mata di atas tetapi semuanya bekerja untuk satu tubuh. Sekiranya kaki tersadung, muka akan tersungkur mengakibatkan hidung berdarah, mulut meraung. "Sebagai sebuah negeri di bawah persekutuan, tidak wajar Kelantan dipinggirkan, apa lagi masyarakatnya terkenal sebagai rakyat yang rajin, berilmu pengetahuan dan dedikasi," ujarnya. - mj/mks. _ |
0 comments Labels: Harakahdaily, minda pemimpin, TGNA
Thursday, April 2, 2009
adakah esok untuk umno?
Salam Kamunting,
Berkata Ibnu Khaldun, “Apabila sesebuah negara telah mencapai umur tua, ia tidak akan bangkit lagi.”
Kata - kata pemikir besar Islam ini mudah difahami. Tua adalah sakit yang tiada ubatnya. Ia bererti tiada lagi di hadapan selain ajal yang menutup segala harapan. Ia melanda manusia, haiwan, pokok tumbuhan dan semua makhluk tuhan.
Dunia ini pun sudah cukup tua. Ia seperti wanita tua bongkok sebagaimana digambarkan kepada al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam pada malam Isra’ dan Mikraj. Sampai masanya dunia ini akan mati. Kiamat adalah kematian bagi dunia ini sebagaimana disebut bahawa kematian setiap diri adalah kiamat kecil untuknya.
Tua mengakibatkan lemah jasmani, bahkan rohaninya juga. Ia tidak mampu lagi sebagaimana kudrat masa mudanya. Apabila ia lemah, penyakit datang dengan mudah dan susah pula dirawati. Ia akan menarik kematian dengan lebih segera.
Justeru kebangunan sesebuah negara dan keruntuhannya diikat oleh hukum alam ( sunnah Allah ) ini. Ia akan terhenti pada umur tuanya. Jika tiada faktor awal lain melandanya, maka ia akan diasak oleh faktor umurnya. Tiada negara yang berjaya dalam tamadunnya kecuali ia akan berakhir juga dengan sebab ketuaannya.
Ibnu Khaldun semasa menulis dan memutuskan kaedah dan sunnah ini sudah pasti melihat dengan jelas sejarah ketamadunan manusia yang terdahulu. Jika anda membaca dan memahami al Quran, terdapat beberapa lagi faktor atau sunnah tuhan yang menyentuh mengenai kejayaan dan kegagalan tamadun manusia.
Pada menetapkan sunnahNya, Allah menegaskan, ” Dan engkau tidak akan dapati sebarang penukaran lagi terhadap sunnah Allah dan engkau tidak akan dapati sebarang perubahan lagi terhadap sunnah Allah.” ( Fathir:43)
Negara kita selepas merdeka, melalui sistem demokrasi barat, telah diterajui oleh pemerintahan Barisan Nasional yang diketuai UMNO. Kini, ia telah mencapai umur lebih 50 tahun. Jika dikira umur sebuah tamadun, ia masih terlalu muda. Tetapi dalam sistem demokrasi hari ini yang memberi kuasa dan kebebasan kepada rakyat untuk melantik dan menukar parti yang memerintah, maka pemerintahan BN dikira sudah cukup tua.
Ia sudah lemah dan tak bermaya lagi.
Anda boleh melihat di dunia hari ini, dalam tempoh 50 tahun, negara - negara yang mengamalkan demokrasi telah mengalami pertukaran dan perubahan kerajaan lebih daripada sekali. Bermula di Amerika, England, India sehinggalah ke negara - negara jiran seperti Indonesia, Filipina, Thailand dan Jepun, sesetengah perubahan yang berlaku adalah kerana faktor ketuaan yang mengakibatkan kelemahan dalam pemerintahan.
Kerana itu, pendapat ramai penganalisis politik negara yang melihat faktor UMNO dan BN yang telah mencapai umur tua sebagai petanda kejatuhan UMNO dan kerajaan BN bukanlah suatu telahan yang kosong atau sekadar analisis murahan.
Selepas UMNO dilihat memuncak di zaman Tun Mahathir, kemudian mula lemah di hujung pemerintahannya, ia berusaha untuk bangkit di zaman Pak Lah. Kejutan kebangkitan berlaku. Tetapi ia sekadar untuk beberapa tempoh yang pendek sekali. Ia sekadar panadol penahan sakit. Ia diasak oleh penyakit yang mula berakar di zaman Tun Mahathir. Pak Lah yang gagal sering dilihat dan dijadikan mangsa oleh UMNO dan Tun Mahathir sendiri seolah - olah beliau mampu membaiki dan membina kembali apa yang dulu diruntuhkannya sendiri.
Hari ini, apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih kepimpinan UMNO dengan laungan perubahan menyeluruh dalam parti kebangsaan itu, ramai yang memberi harapan untuk kebangkitan UMNO kembali. Setiap presiden baru tuahnya pasti ada.
Untuk mengamati benar atau batilnya harapan itu, anda perlulah dahulu melihat dan memerhatikan benar atau batilnya dakwaan bahawa UMNO memang telah disumpah sunnah ‘tua’.
Saya cuba gariskan beberapa fenomena yang mungkin mencetus jawaban yang mujarab untuk memastikan kebenaran dakwaan bahawa UMNO telah tua dan tiada ubat untuknya lagi. Saya adalah anatara yang beriman dengan dakwaan ini.
1) Saya tiada jawaban untuk mengeluarkan UMNO daripada dimamah faktor yang telah menumbangkan rakan - rakannya daripada kalangan pemerintahan tua negara - negara jiran Malaysia. Satu - satunya negara terdekat yang masih selamat ialah Singapura. Adakah anda melihat UMNO sehebat parti pemerintah negara itu?
2) Saya tiada keyakinan langsung untuk mengatakan Datuk Seri Najib mampu membawa perubahan besar dalam UMNO. Pertama, beliau sendiri dipalit dakwaan buruk yang sukar dibersihkan. Mr dirty menggantikan Mr clean. Bolehkah saya meyakini bahawa pakaian kotor adalah lebih memikat berbanding pakaian bersih?
Kedua, UMNO terlalu memerlukan perubahan besar. Perubahan kecil - kecilan, singgul - singgulan, tempel - tempelan adalah membazirkan masa, wang dan harapan. Jiwa kecil Datuk Seri Najib tidak mungkin melakukan yang besar dalam pelan perubahan canangannya.
3) Rasuah adalah barah yang membunuh. Ia membunuh negara sebagaimana dadah membunuh manusia. Saya melihat pelan membasmi rasuah dalam UMNO lebih teruk daripada pelan membasmi dadah dalam negara. Jika UMNO sendiri membawa virus rasuah, bagaimana ia mampu menyelamatkan negara daripada rasuah?
Bagi saya, UMNO sedang membunuh diri. PAS tidak akan sempat membunuh UMNO.
4) Saya tidak melihat pelapis dalam UMNO yang dikagumi. UMNO meninggalkan generasi lemah yang ditakuti masa depannya. Bapa yang meninggalkan anak - anak yang lemah pasti menyaksikan kematian keturunannya. Pertikaian dan kejayaan kumpulan yang dipalit rasuah dalam sayap pemuda UMNO baru - baru ini adalah menakutkan. Adakah anda mampu menyalahi saya di dalam tidak meletakkan harapan kepada generasi pelapis UMNO?
5) Rakyat telah dihidangkan dengan alternatif pemerintahan baru oleh Pakatan Rakyat. Bahkan, cara hidup tawaran Islam yang terbukti berjaya oleh PAS. Rakyat kini boleh menilai dan membezakan. Penutup mata telah dirungkai dan cahaya di hadapan sudah cukup terang.
Adakah anda boleh memberi keyakinan bahawa Kelantan adalah gagal? Anda perlu tahu bahawa tiada yang lebih berani menghukum kegagalan politik melebihi rakyat Kelantan. Mengapa mereka tidak menghukum PAS di Kelantan?
Lima fenomena yang saya sebutkan di atas cukup untuk menjadi sandaran di dalam menentukan kebenaran bahawa UMNO telah mencapai umur tua yang tidak akan menyaksikan kebangkitan lagi. Anda bolehlah merenung lama. Tiada cela berfikir lama untuk masa depan negara. Itu ibadah yang besar.
Ia adalah sebagaimana kata Maulana Abul Hasan Ali an Nadawi dalam komentarnya terhadap hikmah Ibnu Khaldun di atas, “ Justeru tiada lagi faedah di dalam menghabiskan masa dan tenaga untuk mengislah dan menguatkan negara ‘tua’ itu. Sayugia sekali disediakan satu kumpulan yang mampu melakukan inqilab Islami, lalu membentuk sebuah negara Islam yang baru di atas asas agama dan ilmu yang baru.” ( Rujuk kata pengantar oleh Sayyid Sabiq untuk buku ‘HujjatuLlah al Balighah’ oleh al Imam al Dahlawy )
Mengislah UMNO adalah membuang masa menghabis tenaga. Semoga rakyat tahu. Semoga rakyat berani berubah.
0 comments Labels: bloggers united, minda pemimpin, UMNO haprak
Friday, December 19, 2008
IJN PRIVATISATION

1. I have always been for privatisation. In fact privatisation started during my time. People know all about the Government companies, departments and functions which were privatised. Some were successful, some were not. But I don't think people know about privatisation proposals which had been rejected. I know about them because the proposals were studied carefully before they were rejected. There were reasons of course but there was no necessity to make public the rejections or the reasons.
2. With regard to the Institut Jantung Negara, I must say I have a personal attachment to it. I don't think I need to explain why. The IJN is really the institution that is physically closest to my heart.
3. IJN is a unique institution. It started as a Government department but the Government felt that it was unfair to put the staff on Government pay scheme. So it was corporatised. As a corporate body it has been successful in giving the people good service. It is one institution that has not been subjected to criticisms and vilifications by the press or the public as most other institutions have been. We often hear of its many "firsts" and we are proud of them.
5. The service they provide is excellent. People usually complain about their personal grouses to me. But not a single patient, rich or poor that I have met has voiced complaints to me or to the people I know about their bad experience with IJN.
6. Maybe I am biased because I owe my life to IJN. But I think as a corporatised institution the IJN has done extremely well.
7. If it is going to give the same service to civil servants and pensioners the Government will have to pay out the same amount of money after privatisation. How does the Government gain? Besides if the poor are going to be charged the same low fees and charges how does Sime Darby make money? Or will the Government continue to subsidise an ever growing bill for treatment of the poor? If so why is there a need to privatise? How does Sime Darby, a business entity make money when 80 per cent of the patients are poor?
8. Some of the major surgeries performed there are so costly that the IJN lost money on them. Will Sime Darby shoulder these losses?
9. There are far too many questions about this privatisation which need to be answered. Some I think cannot be answered.
10. I seldom oppose privatisation but this is one instant when I feel privatisation is the wrong thing to do.
11. Leave this institution as it is. It is our pride and it is doing a good job as it is.
12. The Barisan Nasional Government is not too popular today. Why do something that may give the opposition another issue to belabour the Government.
0 comments Labels: dr det, IJN, minda pemimpin
Monday, November 17, 2008
RM7 billion “black hole” in 2009 Budget - Najib has got lousy advisers
Yesterday, the Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman presented a walloping RM2.78 billion budget for the state for 2009, declaring that the amount allocated would be able to keep up the economic momentum to ensure Sabah’s continuous growth, especially amidst the current economic turmoil.
He also announced a higher state development fund for next year to the tune of RM1.040 billion.
Very impressive but where have all the past billion-ringgit development funds for Sabah gone to, and will the huge budget and massive develoment funds announced by Musa yesterday go the way of past funds – disappearing into thin air instead of translated into projects on the ground to directly benefit the people?
In Tawau this morning, I visited Jalan Sin Onn, an important artery for Tawau but which is choked with traffic. The Barisan Nasional Government had promised to build Jalan Sin Onn into a four-lane dual carriageway, way back in the Seventh Malaysia Plan as part of its “Sabah Baru” manifesto to capture power in Sabah state.
It was in the Seventh Malaysia Plan as well as in the Eighth Malaysia Plan. It is now in the Ninth Malaysia Plan but will it again be shunted to the Tenth Malaysia Plan into a ‘never-never” future, without a single foot of construction?
Jalan Sin Onn has become a daily traffic nightmare in broad daylight in Tawau.
I will meet the Works Minister, Datuk Mohd Zin Mohamed in Parliament to check on the status of the upgrading of Jalan Sin Onn in Tawau.
The Sabah Chief Minister should not talk about development in Sabah until he can resolve once and for all the basic infrastructure problems like regular and efficient power and water supply.
We just launched my new book “The Cries of Sabah”, which also highlighted the development nightmare of Sabahans to the extent that it is said that “If there is no power disruption in Sabah, then it’s not Sabah” and where SESB stands for “Sabah Everyday Sure Blackout”!
The power breakdown in Tawau in the last two days were so bad (I am told that the people of Tawau and Sabah have become quite numbed to such disruptions) that it had turned Tawau’s daily newspaper, Morning Post, into an evening paper, as it could only be printed and distributed at 4 pm!
All over the world, governments are preparing their countries to face the world’s worst economic crisis in 80 years. China has announced a US$586 billion economic stimulus package while South Korea unveiled a US$11 billion stimulus package.
In the United States, Congress is working with the Bush Administration to craft a US$700 billion bailout of troubled US banks.
Malaysia, however, is an oddity. Although the government has announced a measly RM7 billion economic stimulus package when winding up the debate on the 2009 Budget on November 4, this RM7 billion economic stimulus package is quite a mirage as it has not been formally presented to Parliament by way of an amendment to the 2009 Budget and is therefore not before Parliament for approval when every sen of government expenditure must be passed by the House.
This is why there is a complete air of unreality in the 2009 Budget debate, as there is a RM7 billion “black hole” so long as the economic stimulus package has not been incorporated into the 2009 Budget and placed on the agenda for parliamentary approval.
This RN7 billion “black hole” in the 2009 Budget is completely indefensible and unacceptable. The Prime Minister-designate Datuk Seri Najib Razak has got very lousy advisers who could land him in such a trouble as not complying with parliamentary procedures and practices in seeking a formal approval from Parliament for the RM7 billion package.
He should rectify this gross mistake without any delay or he would seen as acting in a very arrogant and supercilious manner in his relationship with Parliament – five months before he actually become Prime Minister!
(Speech 3 at the Tawau DAP Thousand-People “Towards A New Era” dinner at Lau Gek Poh Memorial Hall, Tawau on Saturday, 15th November 2008 at 9 pm)0 comments Labels: bloggers united, minda pemimpin, najib razak
Monday, September 22, 2008
Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak - Aziz Bari
0 comments Labels: Agong, Harakahdaily, minda pemimpin
Monday, September 8, 2008
Mustafa Ali: Kerajaan BN Tidak Akan Tumbang 16 September Ini?
msomelayu
LAPAN hari lagi akan tibalah fajar yang ditunggu-tunggu oleh banyak orang iaitu fajar 16 September. Hari yang dikira penting dan bakal meruba landskap politik negara ini. Hari yang menamatkan riwayat kerajaan BN.
Pada hari itu adalah hari yang disasarkan oleh Penasihat Umum PKR, Anwar Ibrahim kerajaan BN pimpinan Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Razak akan tumbang dan hancur.
Serentak itu juga jawatan Perdana Menteri akan berubah tangan kepada Anwar. Anwar akan membentuk kerajaan baru - kerajaan Pakatan Rakyat dan sekaligus akan menobatkan dirinya sebagai Perdana Menteri ke-6. Sudah pasti mereka yang bertungkus lumus bersama Anwar termasuk yang berkempen di pilihan raya kecil Permatang Pauh lalu akan dilantik menjadi anggota Kabinet atau sekurang-kurangnya turut merasai tempias nikmat 16 September!
Di mana-mana saja orang ramai bercakap mengenai perubahan itu. Seolah penantian ketibaan 16 September membawa perubahan yang pasti. Penantiannya seperti penantian 1 Syawal yang akan dirayakan dengan penuh hikmah dan makna sebagai menandakan kemenangan manusia Muslim dalam perang melawan nafsu.
Apakah 16 September menjadi hari kemenangan rakyat kerana menentang kezaliman dan ketidakadilan Barisan Nasional? Atau ianya tidak lebih daripada sebuah nyanyian sunyi dunia orang politik semata-mata yang diiringi dengan gesekan rebab Tok Selampit?
Ada pendapat yang pro kontra mengenai 16 September. Ada yang menpercayai melampau terhadapnya menyebabkan mereka kini hanya duduk membilang saat, minit dan hari saja sampai mengabaikan kerja rutin lain. Keyakinan mereka kepada teori yang dipersembahkan bagaimana perubahan dan kejatuhan itu berlaku cukup tinggi dan sukar untuk dirasionalkan lagi. Ada setengah menanti dengan pelbagai azam, termasuk memegang pisau cukur untuk membotakkan kepala sebaik saja fajar 16 September muncul.
Bagaimana pun kepada ahli politik yang matang dan tidak mudah 'disimsilabimkan' dengan sihir politik cukup waspada dalam menerima dakwaan dan dendangan lagi 16 September itu. Mereka hanya memerhatinya dengan senyuman-senyum kambing (bukan kambing Jamnapari) dari birai jendela saja.
Salah seorang daripada mereka ialah Pengarah Pilihan Raya Pas, Mustafa Ali (foto). Bagi beliau 16 September hanya sebuah gimik semata dan beliau yakin tidak akan berlaku pertukaran kerajaan pada tarikh tersebut seperti mana yang digembar gemburkan. Dalam erti kata lain BN tidak akan tumbang pada tarikh tersebut dan Anwar tidak akan angkat sumpah menjadi Perdana Menteri ke-6.
"Saya tidak yakin 16 September kerajaan BN dan Pak Lah akan jatuh," begitulah tegasnya berkali-kali dalam forum khas "16 September" anjuran sebuah tv internet di ibu Kota Kuala Lumpur hari ini. Saya adalah salah seorang ahli panelnya.
Beliau yang bercakap berdasarkan pengalaman dan atas kapisiti peribadinya memberi dua sebab untuk menolak 16 September tidak berlaku apa-apa perubahan.
Pertama katanya dari segi teknikal. Ini jelas kerana katanya pada tarikh berkenaan Parlimen tidak bersidang jadi bagaimana perubahan (menjatuhkan) kerajaan berlaku kerana tidak ada persidangan pada hari itu.
"Sesuatu undi tidak percaya ataupun 'peralihan kerajaan' akan dilakukan menerusi Parlimen saja. Jadi kalau Parlimen tidak bersidang bagaimana akan berlaku undi tidak percaya?" soal beliau. Tambahnya, hanya Parlimen saja boleh melakukan apa-apa perubahan termasuk untuk mengadakan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri.
Beliau memberi hujah itu kerana mengulas ada teori mengatakan kerajaan hari ini akan jatuh dengan mudah apabila sudah ada 122 orang ahli Parlimen yang menandatangani menyatakan tidak percaya kepada Abdullah sebaliknya menyokong bekas TPM (Anwar), ketika itu juga Yang di-Pertuan Agong boleh melantik Anwar menjadi PM tanpa perlu mandat Parlimen.
Menurutnya pandangan dan teori berkenaan tidak betul kerana apa-apa tindakan termasuk undi tidak percaya akan dilakukan di Parlimen dan Yang di-Pertuan Agong akan menerima keputusan Parlimen dulu sebelum memberi perkenaan melantik sesiapa untuk menjadi PM setelah ianya dipersetujui oleh ahli Parlimen.
Kedua dari segi politik. Menurutnya dari segi politik juga tidak logik kalau ada ahli Parlimen BN berhijrah kepada Pakatan semata-mata kerana hendak menyokong Anwar. "Adalah ganjil dan sukar untuk dipercayai ahli Parlimen akan bersedia untuk berhijrah dari tempat (komponen) yang sudah ada kuasa kepada Pakatan yang belum ada kuasa," katanya.
Misalnya begitu juga adalah mustahil ahli Parlimen MCA untuk meninggalkan BN kerana merekalah yang asaskan komponen itu bersama Umno, apa lagi Pakatan Rakyat itu sendiri satu Pakatan yang longgar.
Justeru katanya beliau menyifatkan apa yang berlaku kini tidak lebih daripada gimik politik saja yang sengaja dikejutkan dengan tujuan tertentu oleh orang-orang tertentu termasuk mereka yang bersekongkol dengan Anwar.
Dari segi moral dan intergriti juga, penghijrahan itu seperti mana yang disebut itu tidak akan berlaku kerana ia melibatkan soal moral dan intergriti. Kerajaan yang ditubuhkan atas penghijrahan dan tawaran kebendaan akan dilihat sebagai tidak bermoral dan ini sesuatu yang tentunya akan dititik beratkan.
Dalam konteks ini katanya bagi Pas ia sangat bertentangan parti itu yang menekankan soal moral dan akhlak. Bagi Pas katanya, tindakan politik demikian sesuatu yang bertentangan dengan nilai perjuangan Pas dan ia tidak akan dilakukan oleh mereka yang sudah lama dan menghayati perjuangan Pas. "Tidak tahulah kalau mereka yang baru dalam Pas bersedia untuk sama-sama berbuat demikian!"
Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu bagaimana mengakui masa kini adalah waktu terbaik untuk pembangkang menguatkan usaha untuk menjatuhkan BN kerana berbagai kelemahan dan kepincangan BN serta penolakan rakyat kepada mereka seperti mana pilihan raya lalu sangat jelas.
Pun begitu bagi Mustafa beliau merasakan sesuai dan lebih gentleman kalau penggulingan BN itu dilakukan menerusi saluran demokratik seperti pilihan raya akan datang. "Bermula dari sekarang sepatutnya pembangkang membuat persiapan unutk menumbangkan BN menerusi pilihan raya dan bukannnya dengan mengharapkan berlaku lompat parti dan cara-cara yang tidak demokratik dan tidak bermoral untuk mengambil alih kerajaan", ujarnya.
Dalam pada itu Mustafa juga menegaskan hubungan Pas dengan Pakatan Rakyat masih seperti dulu dan tidak timbul soal Pas ingin meninggalkan Pakatan apa lagi untuk bergabung dengan Umno. [wm.kl. 4:15 pm 09/08/08]
0 comments Labels: Malaysia baru, minda pemimpin, msomelayu
Thursday, September 4, 2008
Dr. M rayu sokongan ubah pemimpin, pembangkang boleh hancur negara
Mstar Online
03-09-2008 10:57:02 PM
Oleh G. MANIMARAN
PETALING JAYA: Selepas empat bulan keluar dari Umno, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad secara terbuka meminta sokongan khususnya ahli-ahli Umno untuk membawa perubahan dalam kepimpinan negara dan kerajaan.
"Apa yang mungkin saya buat akan perlukan sokongan terutamanya daripada UMNO. Tetapi UMNO dan pimpinannya tidak boleh diharap. Mereka hanya berminat mengaut sesuatu untuk diri sendiri tetapi tak kira jika UMNO dan negara ini hancur.
"Apa yang ahli UMNO dan penyokong Barisan Nasional (BN) lain yang tidak puas hati dapat lakukan, dan yang telah pun mereka buat, ialah undi pembangkang untuk tunjukkan ketidakpuasan hati mereka terhadap parti dan kerajaan," kata beliau menerusi tulisan terbaru dalam blognya, hari ini.
Dr. Mahathir yang keluar Umno Mei lalu berkata, ramai yang menyatakan sokongan untuk mengubah kepimpinan secara tidak langsung dalam blognya.
"Tetapi kebanyakannya nampak risau dan tidak mahu tinggalkan nama mereka. Biasanya mereka guna nama samaran. Jadi sokongan tidak begitu berkesan.
"Saya tak boleh lakukan semuanya seorang diri. Saya perlukan sokongan. Saya tak boleh pergi kepada Datuk Seri Abdullah, tangkap dia dan buang dia," katanya.
Beliau juga mendakwa, pihak pembangkang juga akan menghancurkan negara ini jika mereka menang dan tubuhkan kerajaan.
"Rakyat sebenarnya mendapat kerajaan yang padan bagi mereka, baik atau buruk. Jila mereka dapat kerajaan yang buruk, ini adalah oleh kerana mereka tidak sanggup bertindak untuk perbetulkan keadaan, tidak sanggup ambil risiko untuk mengalih kepimpinan kerajaan kepada yang baik," katanya lagi.
Dalam tulisannya itu, Dr. Mahathir yang juga bekas Presiden Umno memberitahu, penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah hancurkan Umno, MCA, Gerakan, MIC dan BN.
"Gerakan bercakap tentang meninggalkan BN. MCA agak senyap tetapi pimpinannya yang sebelum ini menyokong Abdullah walau apa pun terjadi, kini sudah undur daripada menjadi pemimpin.
"Ahli kanan MCA, Gerakan dan MIC telah sertai pembangkang," kata beliau sambil menambah, dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh bulan lalu, ahli Umno dan BN tidak berani pakai baju dengan logo Umno atau BN.
"Mereka tidak berani letak pelekat atau bendera parti di kereta mereka. Rapat umum mereka diceroboh ahli PKR yang memakai logo parti dan ahli BN dan Umno duduk senyap seperti tikus bila belia PKR menjerit "bohong" semasa (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) berucap.
"BN berada dalam keadaan yang amat sedih. Tidak ada satu pun pemimpin yang berani. Saya sebolehnya tidak mahu katakan ini, tetapi kemenangan PKR di Permatang Pauh mungkin menandakan berakhirnya hayat kesemua parti komponen BN dan juga BN," katanya.
0 comments Labels: dr det, minda pemimpin, mstar online
Thursday, July 17, 2008
Mustafa dakwa komplot terhadap Abdullah dan Anwar serentak
Siasahdaily
Tuesday, July 15, 2008
KUALA LUMPUR, 16 Julai: PAS mengesyaki ada komplot dalam Umno dan kerajaan yang anti Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan anti kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.0 comments Labels: DSAI, minda pemimpin, Pak Lah undur, siasahdaily
Sunday, July 13, 2008
PERALIHAN KEPIMPINAN

Saya percaya ramai daripada ahli UMNO dan orang ramai juga berasa lega apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mengisytiharkan yang dianya akan letak jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri pada Jun 2010. Pengisytiharannya di hadapan pemimpin-pemimpin UMNO dari seluruh Negara disambut dengan tepukan gemuruh.
Dia juga memilih Dato Seri Najib Tun Razak sebagai penggantinya.
Saya tidak hendak pertikai samada ini menurut tradisi UMNO atau tidak. Tetapi saya ingin tarik perhatian kepada keadaan dalam parti UMNO, parti Barisan Nasional dan Negara menjelang pilihanraya ke-13 hanya empat setengah tahun lagi.
Kerja untuk memulihkan parti-parti dan kepercayaan rakyat sebelum Pilihanraya Umum ke-13 memerlukan masa yang panjang. Masa yang ada hanyalah empat setengah tahun jika tidak kurang daripada itu.
Kenyataan yang dibuat oleh Dato Seri Abdullah bermakna dalam masa yang singkat ini, walaupun Dato Seri Najib mengambilalih pada Jun 2010; UMNO, BN dan Kerajaan akan dipimpin oleh dua pemimpin, masing-masing dengan masalah masing-masing dalam hanya dua setengah tahun bagi tiap satu.
Masa ini terlalu singkat untuk berusaha memulih semula parti BN, UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP dan lain-lain. Sesungguhnya selain daripada parti-parti di Sabah dan Sarawak semua parti BN di Semenanjung telah ditolak oleh rakyat dan perlu rawatan luar biasa.
Keadaan politik dan peristiwa selepas Pilihanraya Umum ke-12 bergolak dan tidak menentu. Sebenarnya kurang kepercayaan keapada BN menambah kerana mesej rakyat kepada pemimpin tertinggi Kerajaan tidak dipedulikan olehnya. Pemimpin ini ternampak khayal dan berada dalam keadaan menidakkan kenyataan.
Dengan Dato Seri Abdullah menerus kepimpinannya hingga Jun 2010, pemulihan tidak dapat dimulakan kerana beliau tidak faham kehendak rakyat - iaitu beliau berhenti daripada mengepalai parti dan Kerajaan.
Jika Dato Seri Najib ambil alih pada Jun 2010 dia hanya mempunyai dua setengah tahun untuk pulihkan UMNO, pulihkan BN dan menolong memulih parti-parti komponen dalam BN.
Kerja ini bukan mudah. Ia berkehendakkan Dato Seri Najib dan semua pemimpin UMNO dan BN turun padang untuk menjelaskan tindakan yang akan diambil oleh mereka untuk memperbaiki kerosakan dalam parti-parti mereka dan pemerintahan yang dilakukan oleh Dato Seri Abdullah.
Dimasa yang sama mereka perlu bertindak untuk memulih ekonomi Negara. Dalam tiga empat tahun yang menyusul ekonomi dunia akan alami huru-hara kerana kenaikan harga minyak, bahan mentah dan makanan. Amerika Syarikat akan terus menghadapi krisis kewangan disebabkan hutang Amerika Syarikat yang tidak dapat dibayar dan kemelesetan ekonominya.
Dalam Negara inflasi luar biasa akan berlaku disertai oleh pengangguran yang tinggi. Perniagaan runcit dan industri perkhidmatan akan tergugat. Kenaikan harga barang dan makanan akan diikuti dengan lebih ramai kes muflis dan penutupan perniagaan.
Semua ini perlu ditangani oleh Dato Seri Najib dan anggota Kabinet daripada BN dalam dua setengah tahun. Ini tidak boleh jadi kerja sambilan. Ia berkehendak tumpuan sepenuh masa.
Apakah Dato Seri Najib mampu menangani semua masalah-masalah ini disamping memulihkan parti-parti? Sebenarnya kredibiliti Dato Seri Najib telah banyak merosot sejak dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dibawah pimpinan Dato Seri Abdullah.
Dahulu Dato Seri Najib merupakan bintang yang gemilang di antara Menteri-Menteri Kabinet. Tetapi oleh kerana dia tunduk rendah kepada Dato Seri Abdullah, dengan selalunya mengia apa sahaja yang dikata dan dibuat oleh Dato Seri Abdullah, pandangan tinggi rakyat kepadanya sudah jatuh merudum. Dia perlu masa untuk memperbaiki semula imejnya. Jika daripada sekarang hingga Jun 2010 dia masih dilihat sebagai "Mr Yes" yang utama, mustahil dia akan dapat pulih imejnya.
Kenyataannya yang dia berasa terharu kerana kepercayaan Dato Seri Abdullah kepadanya tidak meyakinkan sesiapa yang dia boleh ubah sikapnya. Dia akan dilihat sebagai pemimpin yang lemah yang mudah dikongkong oleh Dato Seri Abdullah. Apakah ada jaminan yang dia akan dapat bebaskan dirinya daripada Dato Seri Abdullah setelah mengambil alih? Sukar bagi kita mempercayai yang dia mampu.
Di masa yang sama banyak tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.
Dalam keadaan ini pemulihan UMNO, BN, MCA , MIC, Gerakan dan PPP tidak mungkin dijayakan sebelum Pilihanraya Umum ke-13.
Dato Seri Abdullah harus tahu bahawa akhirnya rakyat yang akan menentukan siapa menang dan siapa kalah.
Hari ini Dato Seri Abdullah boleh paksa, ugut, sogok ahli dan pemimpin UMNO untuk ikut kehendaknya, untuk sokong apa sahaja yang dikatakan olehnya, atau yang dibuat olehnya.
Tetapi seperti pada Pilihanraya Umum ke-12, ahli UMNO dan BN, penyokong biasa UMNO dan BN dan mereka yang secara terbuka pandang jijik kepada kepimpinannya akan tolak UMNO dan BN.
Percayalah jika UMNO dan BN hendak dipulih supaya tidak kalah lebih teruk dalam Pilihanraya Umum ke-13 berbanding Pilihanraya Umum ke-12 Dato Seri Abdullah perlu letak jawatan sekarang juga.
Biarlah ada pertandingan untuk jawatan-jawatan presiden, timbalan presiden dan lain-lain dalam Mesyuarat Agong Disember ini.
Siapa juga yang dipilih hendaklah diasingkan daripada Dato Seri Abdullah supaya pengaruhnya dan ketamakan konco-konconya tidak lagi dapat merosakkan Negara.
Apabila ini berlaku maka kepemimpinan baru dan seluruh jentera parti boleh digerak dengan semangat yang baru untuk berusaha menarik balik ahli dan penyokong yang telah undi parti lawan atau merosakkan undi pada Pilihanraya Umum ke-12.
Kerajaan perlu disusun semula supaya dapat menghadapi dan mengatasi masalah ketidakstabilan politik, masalah ekonomi yang telah rosak dan tekanan politik dan ekonomi dari luar negeri.
Ahli UMNO yang sudah di sedapkan oleh kenyataan Dato Seri Abdullah perlu fikir dengan mendalam.
Jika kerana diri sendiri hendak senang Parti UMNO biar dihancurkan, generasi sekarang dan akan datang akan kutuk kamu. Janganlah kerana duit RM100, kain pulikat dan sejadah, bangsa sendiri dijual.
Janganlah utamakan kepentingan diri, keinginan untuk jadi menteri, untuk mendapat kontrak bagi diri sendiri, maka bangsa dan maruah dijual.
Dan Dato Seri Abdullah sendiri harus ingat parti lawan hanya memerlukan 30 kerusi sahaja lagi untuk menang pilihanraya. Sokongan oleh ahli yang setia secara buta tuli tidak mencukupi untuk menang. Sokongan penyokong yang bukan ahli diperlukan.
Di masa yang sama jikalau calon-calon parti komponen tidak menang kerana orang Cina dan India tidak suka pada Dato Seri, justeru itu menolak MCA, MIC, Gerakan dan PPP, BN tidak akan menang Pilihanraya Umum ke-13, Dato Seri tidak akan dapat memberi gula-gula lagi.
Sedarlah akan hakikat ini semua. Jika Dato Seri kalah, UMNO dan BN kalah, generasi ini dan akan datang akan kutuk Dato Seri, pemimpin dan ahli-ahli UMNO.
0 comments Labels: dr det, minda pemimpin, UMNO haprak
Tuesday, June 17, 2008
Cadangan Nik Aziz bayar gaji ikut takwim hijrah lebih baik
| Harakahdaily Adnan Ibrahim Mon | Jun 16, 08 | 4:59:07 pm MYT | |
|
Ia bukan sahaja meringankan bebanan rakyat malah secara tidak langsung memartabatkan takwim hijrah. Perkara ini pernah disuarakan oleh Nik Abdul Aziz mengenai kealpaan orang Islam tentang takwim tersebut. Sebagai langkah mengatasi kealpaan dan kelalaian umat Islam daripada mengingati bulan hijrah beliau mencadangkan gaji kakitangan perkhidmatan awam hendaklah dibayar pada setiap bulan hijrah. Jika itu dilaksanakan bermakna dalam setahun kakitangan awam memperolehi hampir 12.4 kali bayaran gaji. Ini berdasarkan bulan hijrah 11 hari lebih pendek daripada bulan masehi. Cadangan Nik Abduil Aziz itu dilihat lebih konkrit dan praktikal untuk meringankan bebanan rakyat akibat kenaikan harga minyak berbanding pengumuman Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa bayaran gaji kakitangan awam akan dibayar dua kali sebulan. Ansuran dua kali sebulan bukan bermakna meningkatkan pendapatan rakyat sebaliknya ia boleh meningkatkan bebanan rakyat yang berpendapatan kecil. Mungkin maksud Abdullah untuk mengawal perbelanjaan rakyat. Cadangan Abdullah itu barangkali berkesan kepada kakitangan awam yang berpendapatan tinggi. Bagi golongan berpendapatan kecil, bagaimana bentuk penjimatan lagi yang perlu dilakukan oleh mereka. Setiap hujung bulan, bayaran sewa rumah dan ansuran kereta perlu dijelaskan. Sekiranya hanya separuh gaji yang diterima pada hujung bulan keadaan akan bertambah rumit. Oleh yang demikian sebagaimana dakwaan Abdullah untuk meringankan bebanan rakyat akibat kenaikan harga minyak, sepatutnya beliau mengambil cadangan Nik Abdul Aziz itu yang lebih munasabah yang serentak memartabatkan takwim hijrah. Beberapa tahun dahulu Nik Abdul Aziz pernah mencadangkan gaji kakitangan kerajaan negeri di bayar mengikut takwim hijrah bagi memartabatkan tahun tersebut di samping ia sentiasa dan mudah menjadi ingatan kepada umat Islam untuk beramal dengan bulan hijrah. Ia juga mendekatkan umat dengan peristiwa Islam serta hari kebesaran dan keagungan Islam. Bagaimanapun cadangan tersebut senyap begitu sahaja kerana tidak bersesuaian dengan pembayaran gaji kerajaan pusat. Namun begitu Nik Abdul Aziz mungkin boleh membangkitkan semula cadangan tersebut apabila Abdullah membuat pengumuman bayaran gaji dua kali sebulan. Pengumuman Abdullah itu tidaklah memberi erti yang besar kepada rakyat. Sebaliknya cadangan Nik Abdul Aziz ia membangkitkan nostalgia keagungan Islam serta memberi keuntungan kepada kakitangan awam. Cadangan Nik Abdul Aziz itu juga dikatakan mendapat sokongan bukan Islam walaupun tidak dinyatakan secara terangan. Sekumpulan bukan Islam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melihat cadangan tersebut merupakan satu yung baik kepada rakyat Kelantan. Sekiranya usaha kerajaan Kelantan berjaya ia akan menarik minat umat Islam dan bukan Islam kepada pemerintahan ulama Kelantan. Kejayaan pemerintah Kelantan merealisasikan Islam itu sebaliknya merugikan kakitangan awam di bawah kerajaan pusat dan negeri lain yang tidak diperintah oleh PAS. Lalu mereka menghantar satu memorandum meminta kerajaan membayar gaji kakitangan awam sebanyak 13 kali setahun. Mengikut laporan NGO terbabit, tentang pelaksanaannya ia terpulang kepada satu mekanisme yang boleh dibentuk kerajaan melalui perbincangan yang lebih lanjut. Bagaimanapun apabila kerajaan Kelantan tidak berjaya membuat perubahan pelaksaaan tersebut maka isu itu senyap begitu sahaja dan pihak NGO terbabit juga tidak lagi menuntut dengan kerajaan pusat. Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, berpendapat pembayaran gaji dua kali sebulan tersebut bukan cara efektif menyelesaikan masalah rakyat berikutan kenaikan harga minyak. Cuepacs mencadangkan satu mekanisme lain, yang terbaik dan berkesan, bagi membantu mereka, kata beliau yang menyambut baik usaha kerajaan mahu membantu meringankan beban kewangan rakyat. "Jika diberi ansuran dua kali sebulan, mereka yang berpendapatan RM5,000 atau RM6,000 tidak merasa kesannya tetapi mereka yang bergaji RM3,000 ke bawah yang meliputi 650,000 pekerja akan merasa bebanannya," ujarnya. Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Abdullah bahawa kakitangan kerajaan akan dibayar dua kali dalam sebulan mulai Ogos ini. Beliau berkata langkah itu adalah bagi memudahkan mereka mengurus perbelanjaan dan aliran tunai isi rumah berikutan kenaikan harga bahan api. "Separuh pertama akan dibayar pada pertengahan bulan dan separuh kedua akan dibayar pada hujung bulan. "Potongan-potongan seperti cukai pendapatan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sebagainya akan dilakukan pada hujung bulan," katanya. Namun begitu cadangan tersebut tidak mengembirakan kakitangan kerajaan yang berpendapatan kecil. Malah kakitangan awam bergaji rendah ditemui turut menyuarakan bebanan mereka nanti jika pelaksanaan tersebut diteruskan. - mns _ |
0 comments Labels: Harakahdaily, minda pemimpin, TGNA
Friday, May 30, 2008
Opinion : Ezam kembali kepada Umno dengan agenda tersendiri?
Husammusa.com
29/05/2008
Semalam Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor kembali menyertai UMNO selepas mengisytiharkan keluar daripada parti pembangkang itu tahun lalu.
Beliau menyerahkan sendiri borang keahliannya kepada Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama dengan yuran keahlian seumur hidup RM 100.
Apa yang lebih menarik ialah perjumpaan Ezam dengan Presiden Umno itu telah diadakan di bangunan Parlimen dengan siaran langsung dilakukan oleh TV3.
Kemasukkan Ezam semula ke Umno seolah-olah cuba digambarkan terdapat suatu usaha pemulihan dalaman yang dilakukan untuk menjadikan Umno sebagai sebuah parti yang kembali kuat dan kukuh.
Disini Pak Lah akan dilihat sebagai seorang yang berjaya menyatukan semula perpecahan yang telah berlaku di dalam Umno terutamanya ketika zaman Tun Mahathir menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri.
Dalam harakahdaily pula melaporkan Ustaz Idris Ahmad mengatakan beliau pernah menghantar sms kepada Ezam supaya tidak menyertai Umno kembali tetapi dibalas dengan yakin oleh Ezam tentang keputusan beliau itu serta beliau mempunyai agenda sendiri dengan tindakan tersebut.
Yang menjadi persoalan sekarang ialah apakah agenda peribadi beliau tersebut. Adakah beliau akan bertindak sebagai salah seorang pelindung untuk Pak Lah. Bukan setakat menjadi pelindung untuk Pak Lah menentang pihak Pakatan Rakyat tetapi melindungi Pak Lah dari serangan dari dalaman parti sendiri.
Kita masih ingat saudara Ezam dengan enam kotak misteri yang pernah menjadikan beliau hidup susah kerana mempertahankan kotak tersebut. ISA dan OSA pernah beliau hadapi dalam mempertahankan kebenaran yang cuba beliau bawa.
Adakah kemasukkan beliau kembali ini bersama-sama dengan kotak rahsia tersebut. Adakah beliau masih berminat untuk membawa individu-individu yang tersenarai dalam kotak tersebut ke muka pengadilan.
Ataupun kotak-kotak tersebut akan digunakan pula untuk menakutkan musuh-musuh dalaman parti yang mengharapkan Pak Lah turun dari puncak kuasa. Kerana kita semua tahu semalam, Ezam berkata kemasukkan beliau semula ke dalam Umno adalah kerana tertarik dengan kepimpinan Pak Lah dalam melawan gejala rasuah dalam negara.
Kemanakah pula arah Ezam selepas ini untuk meneruskan agenda peribadi beliau yang sehingga sekarang kelihatan masih samar.
webmaster
0 comments Labels: bloggers united, Ezam, minda pemimpin
Monday, May 26, 2008
Pulau Terlepas, Batu Terhempap, Putih Mata Akhirnya!
AnwarIbrahimblog
Keputusan ICJ terpaksa diterima rakyat Malaysia dengan rasa amat sugul, pahit bagaikan menelan empedu. Hanya kita terkilan dengan keputusan hakim 12 berbanding 4, yang mengukuh hujah Singapura ke atas Pulau Batu Putih. Penghujahan pihak Kerajaan Malaysia ternyata lemah dan dangkal.
Meneliti keterangan penghakiman, Kerajaan Malaysia lebih berjaya mengemukakan alasan dari sudut sejarah, tetapi penghujahan undang-undang hambar!
Pasukan Malaysia diketuai Tan Sri Gani Patail Peguam Negara yang dikenali licik mengikut arahan penguasa politik tetapi tidak pernah terserlah selaku pakar perundangan. Singapura diwakili Prof Tommy Koh, tersohor dengan penglibatannya dalam sidang Undang-undang laut dunia serta Prof Jayakumar, pakar undang-undang. Hanya ini yang kami masyghulkan. Apakah kepentingan negara tidak terkorban seandainya yang dimajukan untuk mempertahankan maruah ibi pertiwi adalah pakar handalan?
Kini penguasa dan media Umno bermadah, Pulau Batu Putih hanya sebesar setengah padang bola dan Batu Tengah (yang dianugerah kepada Malaysia) tenggelam di kala air pasang!
Rakyat harus melahirkan penyesalan dan bantahan di atas kecuaian dan bantahan ke atas Kerajaan Umno-BN dan Peguam Negara!
ANWAR IBRAHIM
0 comments Labels: kedaulatan negara, minda pemimpin
Monday, May 12, 2008
Game for laughs - Dr Mujahid Rawa
The Star Online
Monday May 12, 2008
Full name: Dr Mujahid Yusof Rawa
Party: PAS
Age: 44
Marital status: Married
Number of children: Three
Constituency: Parit Buntar, Perak
Education: PhD in Political Science
Profession: Former lecturer
DR MUJAHID, son of the late one-time PAS president Yusof Rawa, won the Parit Buntar parliamentary seat with a 7,551-vote majority over his rival Abdul Raman Suliman from Barisan Nasional. He polled 21,221 votes against Abdul Raman’s tally of 13,670 votes.
As a young boy, Mujahid collected DC and Marvel comics, which he said helped to improve his English.
He plays the guitar and likes slow rock with meaningful lyrics. He likes movies that make him laugh yet have a message behind the humour.
How much time to do you spend on the computer?
About five hours in a day.
Do you blog?
No. Planning to start a website for constituents to give feedback or suggestions to improve the area.
Do you play a musical instrument, dance or sing?
I am a left-handed guitarist.
What kind of music do you listen to?
Slow rock with lyrics that touch on humanity, love and those with a good message to share.
Name a favourite song.
Winds of Change by the Scorpions.
Are you into movies?
Yes, I love comedies that are thought-provoking.
Name a favourite movie.
Finding Nemo, Beauty and the Beast and Garfield The Movie.
What do you read?
Comics when I was young. I had a collection of DC and Marvel comics which helped me to improve my English. Now I read more on global politics and books on management, like Mission Possible.
What was the last book you read?
It was a political book but I can’t remember the title. But the best book I have ever read and still read is Modern Islamic Political Thought by Hamid Enayat.
Are you into English Premier League football?
No.
What’s your favourite sport?
I like swimming.
What do you play?
Badminton with my children.
Who is your favourite sports star?
Nicol David, because her will and motivation inspire a lot of youths. Internationally, it is Diego Maradona.
Coffee or tea?
Tea – Chinese tea, jasmine tea, oolong tea, and my favourite is peppermint tea, which I love to share with my friends at home.
Got a nickname?
My family and close friends call me Mujai because I was the youngest in a family of 11 children.
What languages can you speak?
Bahasa Malaysia, English, Arabic, a bit of Persian, some French and broken Hokkien.
Do you smoke?
No.
What is the gadget you can’t do without?
Handphone and laptop.
Favourite food?
Nasi kandar.
You have a weakness for ....
Whenever I travel abroad, I will buy souvenirs unique to that country.
Any pets?
I love cats and I used to feed stray cats when I was in Malacca.
What car do you drive and how long have you had it?
A second-hand Mercedes Benz E220, for about a year.
What is your contribution to environmental conservation?
I contribute through my writings and at home, I will collect the newspapers, bottles and sell them. I also encourage my neighbours to do the same. My children will help to collect them too.
Name an idol (dead or alive) whom you look up to and why.
My late father Haji Yusof Rawa. He was a leader whom I respected very much. He was a good friend who listened to my problems and a religious and knowledgeable man. He was strict with us when it came to our religious practices but he was also an open man when it came to living in a multi-racial environment.
Any phobia?
I hate snakes and slithery creatures, but I do accept that they are God’s creation too.
0 comments Labels: minda pemimpin, PAS, the star, wawancara
Friday, May 9, 2008
Kerajaan yang lemah tidak baik bagi negara berbilang kaum seperti Malaysia - DrM
Wednesday, May 7, 2008
Saya ucapkan terimakasih kepada pelawat yang sudi melayari chedet.com. Saya minta maaf kerana tidak berkesempatan mengeluarkan artikel baru buat masa ini.
Tetapi sebagai menyahut permintaan pembaca, saya telah mengalih bahasa penulisan yang sebelumnya untuk paparan kali ini, sementara saya sediakan artikel yang baru.
Saya akan cuba menulis sekerap mungkin. Dua artikel pertama sebelum ini telah ditulis di dalam bahasa Inggeris. Saya akan tulis di dalam kedua-dua bahasa, Malaysia dan Inggeris, mengikut kesesuaian.
Saya mengalu-alukan maklumbalas pembaca sebagai cara untuk mengetahui pendapat yang berlainan daripada pendapat saya sendiri.
Saya minta maaf kerana tidak mungkin dapat menjawab semua pertanyaan yang diajukan. Bagaimanapun, di dalam penulisan saya yang selanjutnya saya akan cuba menjawab sedikit-sebanyak soalan-soalan yang diajukan.
Sekali lagi saya ingin mengingatkan pelayar web chedet.com supaya kita sama-sama menjaga etika dan mengambil sikap bertanggunjawab serta bertata-tertib dengan tidak menggunakan perkataan kesat di dalam ruang komentar.
Saya terima kritikan dan saya siarkan komen pengkritik-pengkritik yang tidak setuju dengan saya, tetapi saya tidak boleh siarkan kritikan yang mengandungi perkataan-perkataan yang kesat dan kurang sopan samada terhadap saya mahupun terhadap orang lain.
Saya harap semua pelayar laman web ini dapat menghormati permintaan saya ini. Saya mengalu-alukan semua pengunjung dan mengucapkan selamat melayari chedet.com.
Berkenaan dengan rencana saya tentang pelantikan hakim, ramai tidak setuju dengan pendapat saya bahawa apabila Kerajaan terpaksa berkerjasama dengan pembangkang ianya menunjuk kelemahan Kerajaan dan pendapat saya bahawa pembangkang adalah musuh.
Dari segi politik, pihak pembangkang adalah musuh. Terpaksa bekerja dengan pembangkang bukanlah tidak demokratik, tetapi menampilkan kelemahan Kerajaan.
Kerajaan yang lemah tidak baik bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia. Ianya hanya akan mengundang ugutan terhadap kuasa kerajaan. Kerajaan tidak boleh memuaskan hati semua pihak. Jika Kerajaan tidak tegas dan terpaksa berdolak-dalik, akan timbul masalah kurang keyakinan terhadap Kerajaan. Ini akan menyebabkan polisi dan projek tidak dapat diimplimentasi dengan lancar. Mungkin ada orang yang sudah sedar akan keadaan ini.
Kerajaan yang tidak memerlukan sokongan pembangkang akan lebih berjaya menempuh kritikan dan bangkangan yang semua Kerajaan harus hadapi. Tetapi Kerajaan juga haruslah mengambil maklum terhadap teguran yang dibuat pembangkang dan jika perlu mengambil tindakan berdasarkan teguran tersebut.
Di dalam konteks hari ini, Kerajaan Persekutuan tidak berdaya untuk membawa apa-apa perubahan kepada perlembagaan dan akan terpaksa menghadapi ugutan sepanjang masa. Sokongan pembangkang mungkin bersyarat dan kredit akan diberi kepada mereka.
Salah satu kepentingan memperolehi dua-pertiga majoriti di Parlimen ialah kerana tidak akan timbul masalah lompat parti oleh mana-mana ahli Kerajaan. Sekarang kita dengar tentang masalah ini hampir setiap hari. Kepimpinan Barisan Nasional kini bagai cacing kepanasan. Dan cacing yang kepanasan tidak boleh mencapai apa-apa pun.
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan sebelum ini tidak pernah gagal mendapat dua-pertiga majoriti Parlimen. Sebagai ukuran kekuatan, majoriti dua-pertiga membenarkan Kerajaan membuat apa sahaja keputusan yang difikirkan baik tanpa perlu bergantung kepada mana-mana pihak lain.
Mungkin juga cadangan untuk meminta sokongan atau kerjasama dibuat dengan ikhlas di atas semangat demokrasi. Persoalannya kenapa sekarang? Kenapa tidak apabila Kerajaan memperoleh majoriti 90 peratus selepas Pilihanraya Umum 2004? Perubahan kepada cara hakim-hakim dipilih sepatutnya boleh dilakukan selepas kejayaan cemerlang 2004.
Saya berpendapat bahawa negara ini memerlukan satu Kerajaan Persekutuan yang kuat dan tidak perlu bergantung kepada mana-mana pihak, yang boleh berkhidmat kepada rakyat dan negara tanpa perlu rasa takut atau ragu-ragu.
Tetapi saya juga berpendapat akan perlunya pembangkang yang kuat. Ini adalah untuk memastikan yang Kerajaan tidak menyimpang daripada landasan sebenar, ataupun menyalahguna kuasanya.
Gandingan pihak Kerajaan yang kuat dan pembangkang yang mempunyai kekuatan serta keinginan untuk memantau penyalahgunaan kuasa Kerajaan akan membawa kebaikan bagi Malaysia.
Berkenaan cadangan Kerajaan menubuhkan suruhanjaya kehakiman, adakah ini kerana ianya bagus ataupun tindakan tergesa-gesa untuk memenangi sokongan yang hilang?
Berkenaan kritikan saya terhadap kepimpinan Kerajaan sekarang, saya percaya saya mempunyai hak berbuat demikian. Berhenti daripada Kerajaan hanya bermakna menyerahkan kuasa dan kekuatan. Tetapi ianya tidak bermakna saya harus menyerahkan hak kerakyatan saya. Saya mempunyai hak untuk mengambil berat terhadap pentadbiran tunggang terbalik negara ini dan juga parti yang saya tolong pulihkan pada tahun 1987.
Parti ini bukan kepunyaan Dato Seri Abdullah. Ianya bukan untuk menyokong beliau sebagai pemimpin lebih-lebih lagi setelah salah percaturan di dalam pentadbiran serta pilihanraya umum baru-baru ini. Parti juga bukan kepunyaan saya. Ianya adalah kepunyaan semua ahlinya. Buat masa ini ahli parti tidak dibenar mengkritik. Mereka hanya boleh mengiakan apa sahaja yang Dato Seri Abdullah kata atau lakukan.
Memandang yang pihak pembangkang juga menyokong Dato Seri Abdullah, jika saya tidak mengkritik, tidak ada sesiapa yang akan berbuat demikian. Dan tanpa kritikan, Kerajaan dan Dato Seri Abdullah sudah tentu akan menyimpang.
0 comments Labels: dr det, minda pemimpin
Saturday, May 3, 2008
Mudah sahaja jika mahu kalah - Mohamad Sabu
Siasah Daily
RAWANG, 2 Mei: Para pemimpin dan penyokong parti-parti Pakatan Rakyat diminta bekerja untuk menyatukan sesama mereka bagi memastikan mereka kekal memerintah dan sentiasa mendapat sokongan rakyat.
Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, kejayaan yang mereka capai dalam pilihan raya ke 12 lalu kerana rakyat melihat mereka bersatu dan tidak saling serang menyerang antara satu sama.
"Jika mahu jatuh, bergaduhlah dan seranglah antara satu sama lain, sebagaimana kita buat semasa pilihan raya 2004 lalu," kata Mohamad Sabu ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan PAS Kawasan Selayang di Dewan Merdeka, Kuang 1 Mei lepas.
Lebih 200 para perwakilan dari 28 buah cawangan PAS seluruh Selayang menyertai mesyuarat agung itu.
Mohamad dipercayai merujuk kepada beberapa kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin Pakatan khasnya DAP dan PAS sejak kebelakangan ini terutama dalam isu negara Islam.
"Kalau kita nak kalah senang je. Kita pakat kutuk sesama kita. PAS kutuk DAP, DAP kutuk PAS. PKR curigai DAP dan PAS, manakala PAS pula curigai PKR. Akhirnya kita pun akan bergaduh dan bila tiba pilihan raya kita kalahlah," kata Mohamad.
Bagi beliau, semua orang tahu PAS dan DAP mempunyai perbezaan tetapi banyak juga persamaaan yang ada antara mereka.
"Jika kita cari perbezaan, kita jumpalah. Tetapi kalau kita ingin terus menang, kita kena cari persamaan antara kita dan bekerja dalam kerangka persamaan itu.
"Kita banyak persamaan. Dalam isu ISA kita bersama, memerangi kezaliman BN kita bersama, memerangi rasuah dan penyelewengan kita bersama. Jadi kenapa kita cari perbezaan antara kita.
"Terbukti rakyat menyokong kita kerana kita bersatu. Jadi kalau mahu kalah, mudah sahaja," kata beliau.
0 comments Labels: Mat Sabu, minda pemimpin, siasahdaily



