Malaysiakini |
Muda Mohd Noor | Jul 2, 08 5:23pm |
Seorang menteri dan timbalan menteri dari Umno hari ini menafikan khabar angin yang menyebut mereka adalah antara empat ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat parti, menyertai Pakatan Rakyat. Mereka yang disebut-sebut itu ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaacob (kiri) dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah (kanan). Dakwaan mengenai perkara itu tersebar luas di internet sejak Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, dua daripada empat ahli Parlimen yang akan melompat parti itu, adalah dari Umno. Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Ismail menyifatkan dakwaan tersebut sebaagai "tidak masuk akal dan tidak ada asas". "Saya tidak pernah berkawan dan berjumpa dengan orang PKR. Tidak ada tawaran untuk berbuat demikian (lompat parti)," katanya. Ismail yang juga ahli Parlimen Bera berkata, tidak mungkin beliau menyertai Pakatan kerana sudah mempunyai jawatan iaitu menteri belia dan sukan. "Buat apa lagi saya melompat parti kerana PKR sebuah parti yang tidak berjaya di masa depan. "Ia parti sementara, pada tahun 2012, parti itu akan kalah teruk," katanya. Saifuddin turut nafi Ismail berkata, beliau bukan seorang yang kecewa dalam politik, sebaliknya gembira kerana sudah menjadi menteri belia dan sukan. Katanya, ada kemungkinan Anwar hendak mengalih perhatian rakyat daripada krisis peribadi yang sedang dihadapinya. Anwar dikatakan akan mengumumkan nama empat ahli Parlimen BN yang akan menyertai Pakatan Rakyat di Stadium Malawati, Shah Alam malam tadi, termasuk dua daripada Umno. Bagaimanapun, Anwar tidak berbuat demikian dalam ceramahnya malam tadi. Sementara itu, Bernama memetik Saifuddin menafikan dakwaan beliau akan PKR seperti yang disiarkan di internet. Katanya, dakwaan yang beliau pernah ke luar negara untuk bertemu Anwar baru-baru ini adalah tidak benar sama sekali kerana beliau tidak pernah bertemu dengan mantan timbalan perdana menteri itu sejak 10 tahun lalu. "Saya tetap ahli Umno dan Barisan Nasional (BN) yang setia...Saya dipilih sebagai ahli Parlimen Temerloh atas kepercayaan pengundi saya. "Malah saya dilantik sebagai timbalan menteri di atas tiket Umno dan BN dan saya tidak akan membelakangkan perdana menteri,” katanya dalam kenyataan ringkas melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama. |
Wednesday, July 2, 2008
Menteri Umno nafi lompat parti
Posted by
Sang Pemantau
at
8:29 PM
Labels: keluar BN, malaysiakini, UMNO haprak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment