Harakahdaily Mohd Sabri Said Sat | Aug 02, 08 | 6:37:49 pm MYT | |
PERMATANG PAUH, 2 Ogos (Hrkh) - Umno nampak gayanya sudah nyalakan 'lampu hijau' sebagai propaganda sempena pilihan raya kecil P44 Permatang Pauh yang bakal diadakan ekoran peletakan jawatan Ahli Parlimennya, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertempat di Politeknik Seberang Perai pada hari Ahad ini (esok). Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Dato' Seri Najib Tun Razak dijangka hadir berucap atas nama perpaduan Melayu kononnya orang Melayu harus bersatu bukan berpecah sebagaimana sekarang. Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri, Suraya Saat ketika ditanya menyifatkan, program anjuran Badan Bukan Kerajaan (NGO) itu adalah tali hayat Umno untuk memperhebahkan kepada rakyat bahawa orang Melayu harus bersama mereka bukan parti lain yang dilabelkan petualang bangsa. Walhal, orang Melayu tidak lagi simpati dengan Umno ekoran kedegilan kepimpinan yang dikatakan meneruskan agenda kepentingan peribadi daripada perjuangan parti. "Program yang dilaksanakan atas nama Himpunan Perpaduan Melayu secara jelas merupakan lampu hijau untuk Umno berkempen bukan bermatlamat menyatukan perpaduan melayu. Ada sesuatu yang tak kena, " tambahnya. Jelas beliau lagi, agenda penyatuan Melayu lebih waras jika disatukan atas dasar Islam daripada nama Melayu sendiri kerana Melayu belum tentu boleh mengeratkan persefahaman abadi sepertimana yang terkandung dalam al-Quran. Sifat kasih sayang kerana Islam sambungnya, lebih terjamin dari kasih kerana Melayu. Persahabatan atas nama Islam lebih selamat daripada kata-kata seorang kawan sebangsa kerana banyak berlaku kawan tikam belakang bila dirinya terasa tersepit. "Apa salahnya Melayu disatukan atas nama Islam bukan Melayu sepertimana yang dimimpikan oleh kepimpinan Umno yang asyik menimba kepentingan bila merasakan diri mereka berkuasa, " terang Suraya yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Permatang Pauh. Menyentuh mengenai pilihan raya kecil Permatang Pauh itu nanti beliau bertekad akan membawa Dewan Muslimat turun padang bersama Wanita KeADILan bagi memastikan perjuangan Pakatan Rakyat diteruskan dengan kemenangan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Kemenangan itu amat penting ujarnya, untuk Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri menggantikan Abdullah yang dianggap Perdana Menteri terlemah manakala menyekat kemaraan Najib yang disifatkan tidak sesuai ekoran terlalu banyak skandal. Muslimat tetap memberi kerjasama seratus peratus dengan Wanita KeADILan sama ada bahagian ataupun negeri semata-mata tidak mahu Barisan Nasional (BN) bertapak di kubu Pakatan Rakyat. "Inilah masanya rakyat di Permatang Pauh teruskan perjuangan bersama Pakatan Rakyat dengan menolak BN yang zalim serta banyak melakukan penyelewengan, " jelas beliau. - mks. _
|
Saturday, August 2, 2008
Permatang Pauh: Umno guna talian hayat 'perpaduan Melayu'
Posted by
Sang Pemantau
at
11:07 PM
Labels: Harakahdaily, melayu kita, PRK, UMNO haprak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment