+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, April 24, 2008

Pemergian Rustam kehilangan besar kepada dunia penulisan

Harakahdaily

Intan Abdullah | Foto Wan Zahari Wan Salleh

Wed | Apr 23, 08 | 2:33:29 pm MYT

KUALA LUMPUR, 23 April (Hrkh) - Harakahdaily merakamkan takziah kepada keluarga arwah A Rustam Sani di atas pemergian beliau pada jam 2.30 pagi tadi.

ImageMengimbas kembali sumbangan dan penglibatan beliau di persada penulisan, Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman berkata pemergian beliau adalah merupakan suatu kehilangan besar kepada negara khususnya dalam dunia penulisan kewartawanan dan media alternatif.

"Bagi saya, peranan dan sumbangan arwah terutamanya dalam era reformasi sememangnya cukup besar kerana beliau merupakan seorang ideolog atau pemikir hebat pada ketika itu," ujarnya ketika dihubungi.

Jelasnya, Rustam telah muncul sebagai penulis yang berupaya menghasilkan karya yang dapat diterima oleh kawan dan lawan.

"Beliau mempunyai kelebihan dan kebijaksanaan tersendiri dalam mengetengahkan kritikan sosialnya meskipun dalam akhbar pro-pemerintah," katanya.

Ianya dapat dilihat sebelum era reformasi arwah merupakan kolumnis dalam akhbar Utusan Melayu dan News Straits Times.

Lutfi menyifatkan arwah Rustam sebagai penganalisis politik paling hebat disebabkan tulisannya yang begitu bertenaga disokong dengan hujah bernas serta bahasa indah yang mudah difahami pelbagai peringkat pembaca.

"Walaupun beliau merupakan sarjana dan intelek terulung negara, beliau berjaya menghasilkan penulisan yang berkesan serta mampu membawa isu yang berat dan besar dengan gaya kewartawanan yang menarik," ujarnya.

Sepanjang menerajui Harakah, Lutfi menganggap sikap Rustam bekerjasama dalam berkongsi idea dan buah fikiran.

Image"Di Harakah juga, setahu saya pada awal era reformasi arwah cukup banyak membantu Harakah selain kolumnya, sentiasa memberikan buah fikiran, bimbingan dan tunjuk ajar dalam meletakkan Harakah sebagai media nombor satu negara.

"Secara peribadi, orang yang saya rujuk ketika saya memulakan sesuatu penerbitan adalah Rustam dan beliau terbukti tidak pernah menghampakan," katanya lagi.

Tambahnya, pada peringkat permulaan penerbitan majalah Detik pada 1988 dan akhbar Siasah tiga tahun lepas, beliau telah meminta arwah Rustam menjadi kolumnis dalam kedua-dua majalah dan akhbar itu.

"Saya amat terharu dengan sifat mudah membantu merangsang penerbitan baru kerana tanpa ragu-ragu, beliau terus menyatakan kesediaannya," ujarnya lagi.

Arwah Rustam mempunyai blog peribadinya yang boleh dilayari di alamat karya-merdeka.blogspot.com

Pada masa yang sama, Lutfi mengharapkan ada pihak yang boleh mengusahakan pengumpulan tulisan arwah Rustam yang telah banyak disiarkan sebelum ini kerana ia satu khazanah tidak ternilai khususnya buat generasi akan datang.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, serta menempatkannya bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah. - mr

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |