+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, April 24, 2008

Yang di-Pertuan Agong Hadir Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-213

Bernama

24 April, 2008 15:59 PM


KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-213 di Istana Negara di sini Khamis.

Pada mesyuarat itu, Seri Paduka diringi Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mesyuarat dua hari itu yang berakhir hari ini dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Menurut Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah dalam kenyataan hari ini, mesyuarat membincangkan perkara berkaitan pertahanan, keselamatan dan pelantikan.

Kesemua Sultan dan Yang di-Pertua Negeri menghadiri mesyuarat itu kecuali Sultan Pahang, Sultan Johor, Sultan Perak dan Sultan Terengganu yang masing-masing menghantar wakil.

Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Sultan Johor diwakili Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar, Sultan Perak oleh Pemangku Sultan Raja Dr Nazrin Shah Sultan Azlan Shah, dan Sultan Terengganu diwakili oleh Yang di-Pertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.

Turut hadir ialah menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri.

-- BERNAMA

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |