+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, April 24, 2008

Shabery: Saya percaya Anwar patut bimbang...

Mstar Online

24-04-2008 12:30:18 PM

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) tidak bimbang mengenai khabar angin bahawa anggota Parlimen BN di Sabah mungkin menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti didakwa oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, sebaliknya, Pakatan Rakyat sepatutnya berasa bimbang dengan kemungkinan anggota Parlimen mereka menyertai BN ekoran kemarahan rakyat terhadap projek babi berteknologi tinggi RM100 juta di Selangor.

"Saya percaya dia (Anwar) patut bimbang, mungkin ada parti komponen Pakatan Rakyat itu akan bersama dengan BN. Orang banyak marah dengan apa yang berlaku di Selangor sekarang ini. Dia kena sedar, orang Melayu marah sekali.

"Bukan saya nak mainkan sentimen perkauman di sini. Bukan soal ternakan babi itu isu perkauman tetapi bukankah itu yang dijadikan `priority' (keutamaan) kepada kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen selepas meninjau persiapan bagi penyiaran secara langsung sidang Dewan Rakyat yang bermula minggu depan.

Ahmad Shabery berkata kedudukan Umno dalam Dewan Rakyat yang mempunyai 222 kerusi masih kuat, dengan menguasai lebih 70 kerusi berbanding PKR dengan 31 kerusi.

Semalam Anwar mendakwa beberapa anggota Parlimen BN di Sabah sudah memutuskan untuk menyertai Pakatan Rakyat dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk berbuat demikian.

"Yang menghalang mereka berbuat demikian ialah masanya belum sesuai. Malahan, anggota Parlimen berkenaan belum mengangkat sumpah di Parlimen. Kami tidak mahu tergesagesa," katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu.

Mengenai persiapan bagi siaran langsung itu, Ahmad Shabery berkata beliau berpuas hati dengan infrastruktur yang terdapat di bangunan Parlimen bagi liputan siaran langsung itu.

Beliau berkata siaran langsung sidang Dewan Rakyat akan dapat membantu mempereratkan hubungan di antara rakyat dan kerajaan, dan menurutnya itu merupakan kehendak rakyat.

"Yang pentingnya bukan setengah jam itu, (siaran langsung) selama setengah jam itu adalah permulaan.

"Jika infrastruktur kita sudah dibina dengan baik, dari setengah jam ia boleh disambung selama satu jam ataupun berapa banyak yang kita hendaki," katanya.

Ahmad Shabery berkata kerajaan mungkin menimbangkan untuk memanjangkan tempoh siaran langsung sidang Dewan Rakyat sekiranya mendapat maklumbalas yang baik daripada orang ramai.

"Kita tak nak bazirkan duit rakyat. Sekiranya rakyat minat menonton dan ia tidak mengganggu waktu kerja mereka, tidak mustahil kami akan memanjangkan lagi siaran langsung tersebut.

"Kami juga mungkin akan membuat siaran ulangan pada waktu malam dan juga tidak mustahil RTM akan memaparkan siaran tersebut pada 'saluran' yang tersendiri, terutamanya sebab RTM sedang dalam proses didigitalkan," katanya. BERNAMA

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |