Harakahdaily Roy Rasul Thu | Apr 24, 08 | 10:36:48 am MYT | |
KUALA LUMPUR, 24 April (Hrkh) - Projek kereta api laju Kuala Lumpur - Singapura sudah lama dipertikai dan dibantah oleh PAS, kata Bendahari Agung PAS, Dr Hatta Ramli. Kerana itu katanya, PAS menyokong penuh pendirian kerajaan untuk membatalkan projek tersebut. Katanya, ini kerana masalah pengangkutan awam di bandaraya Kuala Lumpur dan di bandar lain di negara ini belum lagi sempurna. Beliau berkata sewajarnya kerajaan perbaiki jalan-jalan berkenaan daripada membangunkan projek mega tersebut. "Yang penting bagi PAS setiap projek yang hendak dibangunkan boleh memberi manfaat kepada rakyat tetapi projek keretapi laju itu bukan untuk dapat dinikmati semua orang," katanya semasa diminta mengulas mengenai pembatalan projek berkenaan oleh kerajaan semalam. Media dipetik melaporkan, kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan cadangan projek pembangunan sistem keretapi laju yang menghubung Kuala Lumpur - Singapura kerana projek itu memerlukan kos yang terlalu tinggi. Ini kata, Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri, Sulaiman Mahbob, kerajaan membatalkan projek tersebut kerana berdasarkan model kewangan yang dibentangkan syarikat konsesi, kita perlu menanggung beban kos kewangan besar. Sementara itu, Dr Hatta berkata, adalah wajar projek kereta api itu dibatalkan kerana kemudahan untuk berulang-alik ke kota Singapura sudah wujud umpamanya lebuh raya Johor - Singapura. Beliau berkata, apa yang perlu dilaksanakan kerajaan ialah perbaiki sistem pengangkutan awam negara ini dengan lebih sempurna. Tambahan pula katanya, banyak jalan-jalan yang dibina di negara ini rosak malah ada yang tidak diperbaiki. "Bagi PAS kalau itu yang menjadi sebab kerajaan membatalkan projek tersebut memang wajib disokong," katanya. Namun katanya, jika pembatalan tersebut dibatal atas sebab sesuatu yang ingin disembunyikan atau mahu menyindir seseorang ia perlu dijelaskan kepada rakyat. Malah katanya, kerajaan sewajarnya menjelaskan kepada rakyat jumlah kos yang ditanggung kerajaan sebenarnya sehingga mereka membatalkan projek berkena |
Thursday, April 24, 2008
PAS sudah lama protes projek keretapi laju ke Singapura
Posted by
Sang Pemantau
at
6:37 PM
Labels: bela rakyat, Harakahdaily, PAS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment