Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Desas-desus mengatakan wakil rakyat dari kerajaan BN melompat parti semakin acap kedengaran. Terbaru, lawatan DS Anwar Ibrahim ke Sabah mengundang rasa tidak senang pemimpin BN yang masih lagi menjadi pengampu kepada Pak Lah. Angin perubahan kerajaan Malaysia semakin kencang apabila DS Anwar Ibarahim sendiri yang mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat akan memerintah Malaysia mungkin bulan depan, Julai, 31 Ogos (sempena kemerdekaan) dan juga pada 16 Sept iaitu sempena pembentukan Malaysia.
Perang psikologi.
Memang apa yang dikatakan DS Anwar ini akan disanggah oleh puak-puak kerajaan yang masih lagi kononnya setia membodek Pak Lah. Tapi, yang pentingnya, DS Anwar telah memberikan kenyataan yang sememangnya mampu mengejutkan pemimpin tertinggi kerajaan yang sedang lena dalam sedar, kononnya rakyat masih lagi menyokong beliau. Walhal, pada realitinya rakyat sudah tidak tahan dengan tindak tanduk pemimpin BN yang lebih banyak menaburkan kata-kata manis, tidak bertindak mengikut keazaman dan hipokrit. Pengumuman DS Anwar ini walaupun semacam retorik semata-mata namun kata-kata sebegini pernah juga dilaungkan oleh DS Anwar sebelum PRU 12 beberapa bulan lepas. Semasa itu, DS Anwar mengatakan bahawa PKR akan memenangi banyak kerusi di parlimen tetapi ada pemimpin yang menyanggah kenyataan ini dengan mengatakan ianya hanyalah mimpi di siang hari. Tetapi, sekarang bagaimana??? Mungkin senario beginilah yang membuatkan Pak Lah dan konco-konconya tidak senang duduk, dan sememangnya dapat dilihat dari cara Pak Lah menjawab segala masalah yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Pak Lah nampak celaru, tak keruan.
Mimpi jadi kenyataan.
Walau cara mana pun kita mentafsir kata-kata DS Anwar membentuk Malaysia baru selepas 16 Sept ini, kita perlu sedar bahawa kita hanyalah merancang, dan Allah juga merancang, semaha-maha perancang. Dan dia jugalah yang akan menentukan segalanya. Memang kita memerlukan pemimpin yang lebih telus, jujur, tidak rasuah dan yang penting sentiasa menjadikan Al-Quran dan sunnah sebagai rujukan kepada pemerintahannya. Dalam kontes ini, saya dapat lihat, ulama-ulama yang berjuang bersama DS Anwar ini akan menjadi penasihat dalam mentadbir negara. Kita mesti ingat, tiada yang lebih besar selain dari keberkatan dan keredhaan Allah. Harapan saya sebagai rakyat Malaysia, berjuanglah kerana Allah untuk rakyat Malaysia keseluruhannya.Insyaalah perjuangan diberkati Allah.
" jikalau takut akan kegagalan, jangan bicara soal perjuangan...." - DSAI
------------------------------------------------
catatan orangkita : 24 Apr 2008, 4.00 am
http://sangpemantau.blogspot.com/
------------------------------------------------
Thursday, April 24, 2008
Malaysia baru selepas 16 Sept???
Posted by
Sang Pemantau
at
4:36 AM
Labels: catatan orangkita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment